JTR mengalu-alukan tuan puan untuk membaca tulisan dalam blog ini bagi manfaat tuan puan
Photobucket

Memaparkan catatan dengan label tinta pengembaraan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tinta pengembaraan. Papar semua catatan

Rabu, 11 Ogos 2010

Bermonolog di Pagi 1 Ramadhan 1431H

Posted by Abu Hannan On 2:02:00 PTG

 "Ya Allah, sampaikan juga aku dan seluruh muslimin dengan Malam al-Qadr-Mu"

Pagi hening ditemani angin berhawa dingin di musim panas seolah menyambut kedatangan bulan yang di dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Terasa, betapa Allah telah memakbulkan doa hambanya yang sering meminta, "Ya Allah, sampaikanlah aku dengan Ramadhan". Pagi Ramadhan, ciakkan burung-burung gembira mencipta satu senario harmoni dan ketengan di dini harinya. Alhamdulillah, inilah Ramadhan di bumi Syam, bumi yang dijanjikan dengan keberkatan oleh Rasulullah s.a.w. Akhirnya, aku dipertemukan jua dengannya. Syukur. 

Rabu, 17 Februari 2010

Tetamu Dataran Syam

Posted by Abu Hannan On 2:28:00 PG


Kenangan bersama 2 Orang Otai;
Ust Hasrizal Abdul Jamil & Ust Maszlee Malik
 bersama Ust Hasrizal & Ust Maszlee Malik
PERTAMA* ditinggalkan dengan sedikit kekesalan. Kekesalan kerana terpaksa pulang awal ke Mafraq. Dua hari bersama dua orang otai yang tidak asing lagi dalam dunia akademik dan dakwah, Ust Hasrizal Abd Jamil dan Ust. Maslee Malik rasa tidak cukup untuk mengorek seberapa banyak rahsia ilmu yang tersimpan di dalam tubuh mereka. Hasil pertemuan yang termaktub (kismet) di Lauh Mahfuz itu memberi saya erti, kenapa hidup mesti memberi. Berborak bersama Ust Maszlee Malik yang merupakan alumni Universiti AL al-Bayt memberi 1001 harapan dan rasa tanggungjawab. “kamu kena teruskan menulis, ruang dah ada tinggal lagi kamu perlu mujahadah sedikit, teruskan, jangan berhenti” katanya sebelum disapa Ust Hasrizal untuk ke dewan menikmati jamuan tengah hari seusai Solat Jumaat. Kata-kata itu menyebabkan liang-liang roma sekitar kepala ini meremang, tandanya semangat yang tidak terhingga bercampur juga kesejukan diakhir musim sejuk menyebabkan saya sedikit menggigil ketika bersila bersama beliau. 

Khamis, 1 Oktober 2009

kepada si pengempen Uptrend!!

Posted by Abu Hannan On 4:43:00 PG

Uptrend, Susah bagi orang yang tak nak faham!

Baru-baru ini, kecoh seketika dikalangan sepupu sepapat saya ketika beraya di kampung kami di Melaka. Kecohnya disebabkan pertikaian halal atau haramnya uptrend. Saya hanya mendengar sahaja pertikaman lidah antara abang saya (yang tidak setuju mengatakan uptrend halal) dan seorang sepupu saya yang kini hampir menjadi jutawan uptrend.

Walaubagaimana pun, saya lebih selesa untuk memberi respon dengan hanya menulis tanpa bertikam lidah kerana cara itu lebih membuang masa saya dan meningkatkan paras suhu darah dalam badan. Untuk Kak Long, Angah, Bob n lain-lain, baca beberapa perkaran Syubhat dalam perniagaan Uptrend ini. Cara nak kenal sama ada halal atau tidak sesuatu transaksi kewangan itu, Islam gariskan dua perkara yang paling bebas iaitu:

1. Riba
2. Gharar (terdapat kekelabuan atau perkara yang tidak jelas atau cuba disembunyikan)

Itu asasnya, dan sebagai umat Islam, perlu diingat bahawa neraca segala perbuatan kita adalah berdasarkan shariah yang dinilai oleh al-Quran dan al-Sunnah serta Qaul Ulama tanpa menjual nama mana-mana ulama' tersebut. Ramai usahawan Uptrend yang lebih selesa menjual nama ulama untuk menghalalkan perniagaan mereka. Na'uzubillah, semoga Allah mengampunkan dosa-dosa mereka.

Ini komen ringkas saya berdasar apa yang uda terbaca dari laman web uptrend sendiri:

1. Logik atau tidak harga sesuatu barang yang murah dijual dengan harga yang terlalu mahal. contohnya 2 kotak kopi berharga RM 120? Ini sudah diragui di dalam Islam kerana beberapa perkara:
a) Harga terlalu tinggi dan tidak setaraf dengan nilai barang.
b) Wujud gharar (ragu-ragu) mengapa harga terlalu tinggi.
c) Terdapat unsur-unsur penginayaan dalam jual beli.
kalau tak percaya, lihat senarai harga yang diambil dari web uptrend2u ini.

NO CODE DESCRIPTIONS BV IBP (RM) *DELIVERY (EM) **S-POINTS RETAIL PRICE(RM)
1 EP0005 Coffee X'Sotika
(10sachets)
2 Box 45.6 152.00 7.60 152 120.00 Per Box
2 EP0006 LumiGlow E. Skin Cream (50G) 1 Btl 45.6 152.00 7.60 152 285.00 Per Btl
3 EP0007 LumiGlow E. Skin Cream (50G) 4 Btl 159.6 532.00 11.40 532
4 EP0008 LumiGlow E. Skin Cream (50G) 10 Btl 300.2 1200.80 26.60 1201
5 EP0011 Omega Plus 3 Btl 60.8 152.00 7.60 152 76.00 Per Btl
6 EP0010 Oxylife 2 Btl 45.6 152.00 7.60 152 142.50 Per Btl
7 EP0004 Uptrend Red Yeast Coffee (20 sac) 10 Box 19.95 130.00 30.40 130 23.00 Per Box
8 EP0013 Uptrend ClensUp 1 Box 19 53.20 7.60 53 121.60 Per Box
9 EP0014 Uptrend TrimmUp 2 Box 76 212.8 11.40 213 228.00 Per Box
10 EP0015 Uptrend HealUp 2 Btl 19 53.20 11.40 53 57.00 Per Box
11 EP0016 Nine Immuna 1 Btl 34.2 79.80 7.60 80 114.00 Per Btl
12 EP0017 Nine Pepta 1 Btl 34.2 79.80 7.60 80 114.00 Per Btl
13 EP0018 Nine Muda 1 Btl 34.2 79.80 7.60 80 114.00 Per Btl
14 EP0019 Nine Flexa 1 Btl 34.2 98.80 7.60 99 144.40 Per Btl
15 EP0020 Nine Immuna, Muda, Pepta, Flexa 1 Btl Each 125.4 319.20 7.60 319 486.40 Per set
16 EP0021 Oncoblast
(12 Btl/Box )
1 Box 87.4 399.00 11.40 399 475.00 Per Box


2. Produk dibeli dengan paksaan apabila anda jadi ahli. Dalam shariah, setiap jual beli mesti ada kesepakatan dan reda meredai antara pembeli dan penjual, Islam tidak mengiktirafan paksaan. Mengikut shariah, setiap jual beli mesti disepakati oleh kedua-dua pihak dan ada peruntukan untuk memberi tempoh pemulangan sekiranya terdapat kerosakan dalam barangan atau produk. Ini berdasarkan hadis Nabi yang bermaksud: "Sesungguhnya jual beli itu adalah reda meredai. Tengok syarat-syarat menjadi ahli Uptrend:

How Can i Start?

  • Excellent. Simple as it is, simply follow the 4 steps;
  • Sign up as our IBP with a registration fee of RM38.00
  • Purchase and sell at least one of the Product Packages (SCPP)
  • Introduce this business to at least 2 or more other individuals to join you as an IBP
  • Lastly, simply duplicate the system

3. Mengamalkan sistem Piramid (macam MLM). Saya dari sudut peribadi memang meragui sistem MLM ni lebih-lebih lagi sistem yang digunakan adalah sistem piramid. Secara ringkas, berlaku penginayaan di dalam sistem ini. Biasanya yang lebih untung adalh Upline dan yang akan bagi duit kepada Upline adalah downline mereka sehingga upline tidak lagi perlu berusaha dan hanya goyang kaki. Ini biasa terjadi dalam mana-mana MLM yang diamalkan. Sistem ini menganiaya orang bawah kerana hasil penat lelah mereka keuntungan mereka dimiliki juga oleh upline mereka tanpa perlu bekerja keras. Untuk mengetahui lebih banyak menganai MLM ini dari perspektif shariah, rujuk buku Wang Anda & Islam oleh Ust Zaharuddin.

Ini tiga perkara yang banyak memberi kesangsian kepada saya dan rakan-rakan lain mengenai perniagaan uptrend ini. Boleh rujuk link ini untuk kepastian yang lebih jelas oleh Pakar Kewangan Islam Ust Zaharuddin Abd Rahman.

Ahad, 27 September 2009

Beberapa Hari Di Bumi Jordan

Posted by Abu Hannan On 10:56:00 PTG

bersiar-siar di pekan (al-balad) Mafraq.
Di Hadapan Laut Mati
Ketika melawat gua tempat tidurnya ashabul kahfi

Di dalam gua Ashabul Kahfi


inilah makanan pertama kami di Jordan
Setibanya kami di Airport, Amman.
Ketika di dalam Royal Jordanian. Saya duduk di sebelah wanita Kristian
الأردن أولا


Beberapa hari kami di bumi Jordan, banyak perkara baru yang kami pelajari dan akan pelajari.. Adapun saya, hidung ini tak henti-henti mengalirkan darah, risau jugak takut-takut disebabkan penyakit lain, tapi saya percaya, ini mungkin kerana iklim di sini yang banyak berbeza yang menyebabkan hidung ini berdarah. Ini gambar-gambar sekitar hampir seminggu saya dan sahabat-sahabat menjejakkan kami di bumi Anbiya' ini... semoga keluarga dan sahabat-sahabat yang membaca tidak terlalu risau dengan gambaran-gambaran yang terukir di fikiran sendiri. Allahu Musta'an



Rabu, 2 September 2009

terus ke mercu

Posted by Abu Hannan On 1:29:00 PTG


Terus Ke Mercu
Oleh: Abu Hannan Mohammad Sufian Bin Talib
1 Sept 2009, Batu Anam, Segamat Johor
12.40 tgh hari.



Selama tiga tahun saya dan sahabat-sahabat seangkatan membesar di Nilam Puri, Kelantan, bumi yang tidak asing lagi bagi para ilmuan Islam di Malaysia. Terlalu banyak pengalaman suka dan duka saya dan sahabat ketika di sana. Di Nilam Puri lah tempat saya menghabiskan masa menuntut ilmu dengan para sarjana yang berkaliber seperti Dr Ahmad Najib, Dr Johari Mat, Dr Basit, Dr Zakaria @ Mahmood Daud, Ust Hasyimi dan ramai lagi. Sebuah coretan pengalaman yang sukar untuk dilupakan. Apapun, masa itu sentiasa bergerak mendewasakan dunia dan umur. Pada 17 Ogos 2009, saya telahpun menerima anugegah berstatus diploma dalam bidang al-Syariah. Rasa terharu dihati ini masih belum lagi hilang, masih terngiang-ngiang lagi memori ketika istiadat konvokesyen KIAS diadakan di Balai Islam Lundang, Kota Bharu. Saya bersyukur kepada Allah kerana telah memberi ruang untuk saya menadah sebanyak mungkin ilmu bersama insan-insan idola saya ketika di sana. Walaubagaimana pun, ilmu yang ada ini masih lagi tidak mencukupi dan masih penuh dengan cacatnya. Kaki ini akan terus melangkah dan terus melangkah untuk mengaut rumput-rumput ilmu yang masih hijau di bumi yang lain. Selamat tinggal Nilam Puri, Ardh al-Kinanah…

Dari Nilam Puri ke Mafraq, Jordan


Alhamdulillah, Allah masih mengizinkan saya untuk mencari ilmu yang sentiasa kurang ini. InsyaAllah saya dan 14 orang sahabat lain dari KIAS akan terbang ke Jordan pada 3 hari raya ini bagi merealisasikan hasrat masing-masing menjunjung titah ‘Iqra’ dari tuhan Rab al-‘Alamin. Kami akan melanjutkan pelajaran di Universiti Al al-Bayt, Jordan di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pengajian Islam. Saya sendiri akan meneruskan kursus syariah dalam pengkhususan syariah wa al-Qanun. Tempoh masa pengajian kami ketika di sana nanti hanya dua tahun sahaja dan bukannya empat tahun. semoga Allah merahmati perjalanan hidup meranjaui liku-liku mehnah ini. Apa pun kepada sahabat-sahabat yang membaca coretan ringkas ini, diharap dapat bersama-sama tegur menegur jika saya ada melakukan kesilapan ketika berada dibumi orang nanti. Doa kalian amat saya harapkan. Hanya Allah sahaja yang boleh memberi ganjaran kepada kalian.

Selasa, 14 April 2009

Posted by Abu Hannan On 7:56:00 PTG

Catatan Pengalaman:

Hitam Putih Di Pulau Mutiara

oleh: Abu Hannan Mohammad Sufian Bin Talib

KIAS, Nilam Puri, Kelantan.

Penulis bersama tiga orang sahabat bergegas ke Pulau Mutiara atas tanggungjawab yang diamanahkan oleh YBrs. Dr Ahmad Najib Bin Abdullah al-Qari’. Kami telah dilantik oleh beliau untuk menjadi Researcher Asst (RA) dalam menyiapkan beberapa projek yang dikendalikan oleh pensyarah-pensyarah Universiti Malaya, Nilam Puri. Dari Segamat jam 8.00 malam bertarikh 12 April 2009, saya bertolak ke Pulau Pinang dengan dihantar oleh kedua orang tua di perhentian bas. Dua orang lagi iaitu, Sdr Mohd Shahril Bin Mohd Shukri dan juru foto, Sdr Rusli Wahab bertolak dari Kota Bharu, Kelantan pada hari yang sama, cuma mereka bertolak pada jam 10.00 malam dua jam lewat daripada saya. Walaupun begitu, sahabat dari Kelantan terlebih dahulu tiba diikuti dengan saya. Bertemu di Perhentian Butterworth, kelihatan kedua-dua sahabat sedang menunggu saya yang tiba kurang lebih jam 5.15 pagi.

Tujuan Sebenar

Saya tidak merasakan perlu untuk menulis seperti tulisan di dalam diari, tetapi sekadar ingin mencoret kenangan manis dan kelat ketika sekian lama tidak mengunjungi Pulau Pinang. Tujuan sebenar kunjungan kami ke sini adalah ingin mewawancara seorang cendikiawan Islam lokal terkenal iaitu Dr. Danial Zainal Abidin. Ini untuk melengkapkan lagi kajian kami dan Dr. Ahmad Najib mengenai karya-karya berkaitan al-Quran dan Sains di Malaysia. Hasil kerja keras ‘menempah’ masa yang agak mahal untuk bersama-sama Dr. Danial, akhirnya Allah memberi ruang dan peruntukan waktu bagi kami bertemu dengannya. Pada jam 10.00 pagi kami telahpun berada di Klinik Syifa’, tempat di mana kami menemuramah beliau. Kawasannya adalah di Gelugor. Dengan suasana yang agak sederhana, kami di sambut oleh Pn. Salmiah, (pengurus Dr. Danial) di pejabatnya dengan senyuman manis memberikan lagi kekuatan kepada kami untuk bertemu dengan Dr. Danial. Alhamdulillah, akhirnya kedua mata ini dapat juga melihat beliau secara mubasyarah yang selama ini hanya dapat dilihat di rancangan-rancangan tv dan melalui tulisan sahaja.

Pertemuan kami lebih kurang 1 jam tersebut cukup memberikan input-input menarik bagi kami dalam memberi erti kepada kami sebagai penuntut ilmu. Perkenalan yang sesingkat itu sangat membuatkan hati kami terlalu ceria kerana dapat berkenalan dengan seorang penulis buku yang terlalu tawadhu’ dan insaf dengan ilmu yang dimilikinya. Pertuturan yang jelas dan berhati-hati beliau memperlihatkan kepada kami bahawa beliau seorang yang mengikuti dan menerapi disiplin serta amanah ilmiah. Bukan seperti ‘ustaz-ustaz’ lain yang lebih suka hentam kromo sahaja bila tidak tahu menjawab. Pada kami, beliau boleh dijadikan sebagai sebuah ikon atau model kepada remaja seperti kami dalam menggali Islam dengan lebih dalam. Berdakwah kepada non-muslim melalui skop sains adalah satu cabang untuk Islam diterima oleh semua golongan, lebih-lebih lagi remaja. Sikap remaja yang lebih senang Islam disampaikan dengan cara yang saintifik, pembuktian fisikal dan mental telah dikenal pasti oleh beliau. Ini membuatkan kami boleh menarik nafas panjang kerana suatu modul baik telahpun dimulakan oleh beliau. Anda boleh merujuk terus ke buku tulisan beliau yang bertajuk: “Bahan Berdakwah Untuk Remaja”. Sifat ramah beliau juga memberi keyakinan kepada kami bahawa beliau seorang yang mudah didekati. Pertemuan kami pada hari itu diakhiri oleh dengan penyampai sedikit cenderahati dari Dr. Ahmad Najib kepada beliau. Amat mengharukan kami, apabila beliau juga turut memberikan beberapa naskhah buku tulisan beliau kepada kami sebagai hadiah.

Bersiar-siar

Setelah selesai memenuhi tanggungjawab, kami telah bersepakat untuk bersiar-siar ke beberapa tempat menarik di Pulau Pinang. Perjalanan tersebut dimulakan dengan bertolaknya kami menggunakan Rapid Penang untuk ke Komtar. Komtar merupakan lokasi wajib apabila sampai di Penang. Memang tidak boleh dinafikan, orang Penang memang baik dan peramah, suka memberi senyuman dan amat gemar bersapa. Buktinya, ketua lawatan kami, Shahril sempat bergelak ketawa dan mendapatkan beberapa maklumat mengenai lokasi yang ingin kami lawati bersama pemandu bas tersebut. Kami seterusnya mendapatkan makan tangah hari di sebuah kedai mamak berdekatan dengan Komtar, menu untuk makan tengah hari tersebut adalah Nasi Kandar, makanan yang memperkenalkan Pulau Pinang kepada masyarakat Malaysia. Berselera benar kami pada tengah hari itu, mana tidaknya, perut kami sudah memberi isyarat apabila beberapa jenis bunyi kedengaran.

Kami seterusnya meneruskan perjalanan ke Batu Feringgi, lokasi di mana terletaknya pantai yang sangat menarik untuk dikunjungi. Setibanya kami di situ, kelihatan beberapa kedai-kedai dan restoran-restoran arab terdapat di sana. Kami membeli beberapa jenis makanan dan minuman untuk dibawa ke pesisir pantai. Duduk berehat di bawah pohon nyiur, sambil di tiup angin cukup memberikan kerehatan kepada kami. Setelah hampir setengah jam berehat di situ, kami mengambil keputusan untuk bersiar-siar sebentar sebelum pulang ke Komtar untuk membeli sedikit buah tangan dari Pulau Pinang.

Terjumpa Bangunan Syiah

Dalam kami berjalan-jalan, ketua rombongan kami tiba-tiba terkejut lalu berkata menyatakan bahawa beliau ternampak sebuah bangunan syiah. Buktinya, terdapat tulisan-tulisan yang agak banyak menceritakan mengenai perihal ahl al-bait. Kami turut berpaling melihat bangunan tersebut. Ternyata, ia sebuah bangunan milik komuniti syiah. Kelihatan gambar seorang ulama’ besar syiah, Ayatollah Khomeini dan gambar lukisan yang kami sangkakan ia sebagai gambaran bagi Saidina ‘Ali r.a. Pintu pagarnya yang tertutup menyebabkan kami tidak boleh masuk ke halaman bangunan tersebut. Tidak tahu samaada bangunan itu sebuah masjid, musalla, rumah atau tidak, kami hanya menyatakan ia sebagai sebuah bangunan. Apa yang kami lihat di dalam bangunan tersebut ialah dua orang kanak-kanak yang kelihatan sedang mempelajari sesuatu di hadapan muka pintu. Juru foto kami terus mengambil beberapa gambar foto bangunan tersebut. Kesimpulan yang boleh kami katakan, syiah semakin melebarkan sayapnya diseluruh Malaysia dan semakin berani. Mungkin mereka menggunakan kesempatan kebebasan bersuara untuk mereka mempromosi syiah sesat di tanah air kita.

Perbualan kami dalam perjalanan seterusnya hanya tertumpu mengenai topik syiah. Satu ancaman aqidah yang merasuk kepada golongan yang inginkan agama. Bermacam-macam persoalan yang ditimbulkan dalam perbualan kami bertiga. Salah satunya, Pihak berkuasa agama tak buat pemantauan ke?, dan macam-macam lagi.

Kami tiba semula di Komtar, berpusing-pusing sekitarnya untuk mencari beberapa ole-ole dari Penang untuk kami bawa pulang ke Kota Bharu. Lebih kurang jam 6.00 petang, kami bertolak dari Komtar ke Terminal Bas Sungai Nibong. Menggunakan perkhidmatan teksi, kami dilayan mesra oleh pemandu teksi tersebut. Kami sempat mengambil beberapa gambar foto sekitar kawasan–kawasan cantik sekitar Pulau Pinang. Bas kami untuk bertolak ke Kota Bharu ialah pada jam 9.00 malam. Masa-masa terakhir kami di sana hanya di dihabiskan di musalla terminal. Meredakan sedikit keletihan dan berbual-bual mengenai perjalanan sepanjang hampir sehari di Pulau Mutiara. Selesai solat, kami mengambil sedikit makan malam sebelum bertolak pulang ke Kelantan. Tepat jam 9.00 malam, bas kami bergerak meninggalkan Pulau Pinang. Itulah sedikit coretan tentang kisah Putih dan Hitam kami sehari di Pulau Pinang.

Putih ertinya manis dan indah, Hitam ertinya kelat dan kotor”.


Perjalanan

Tembusi Petra, Jordan Slideshow: BenTaleb’s trip was created by TripAdvisor. Create a free slideshow with music from your travel photos.
Sabda Baginda SAW ; "Ketahuilah ia (Dajjal) berada di laut Syam atau laut Yaman.. akan datang dari arah timur (lalu menunjukkan dengan tangan baginda).."[Riwayat Muslim]. Daripada Abi Bakr al-Siddiq r.a, sabda Baginda SAW, "Dajjal akan muncul ke bumi dari arah timur bernama KHURASAN." [Riwayat al-Tirmizi]. Daripada Anas bin Malik r.a, sabda Baginda SAW, "Dajjal akan keluar dari kota Yahudi ISFAHAN (Khurasan, IRAN) bersama 70,000 penduduk ISFAHAN". [Fath al-Rabbani Tartib Musnad Ahmad. Ibn Hajar berkata : "Sahih"]. Ibn Kathir berkata, Dajal pada mulanya akan muncul dari ISFAHAN dari sebuah kota Yahudi [al-Nihayah fi al-Fitan wa al-Malahim]. ISFAHAN adalah sebuah bandar terbesar YAHUDI di Iran dan pusat loji nuklear Iran pada masa kini.