JTR mengalu-alukan tuan puan untuk membaca tulisan dalam blog ini bagi manfaat tuan puan
Photobucket

Memaparkan catatan dengan label anti syiah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label anti syiah. Papar semua catatan

Ahad, 10 Julai 2011

Ayatullah Yaasir al-Habib Terkena Kanser Mulut Selepas Bermubahalah

Posted by Abu Hannan On 9:00:00 PTG


Sekitar bulan Jun yang lepas, hangat diperkatakan bahawa Ayatullah Yaasir al-Habib yang berfahaman syiah yang mengkafirkan sahabat kini telah ditimpa musibah akibat dari kesan sumpah mubahalah yang pernah dilakukannya bersama Syaikh Muhammad al-Kus. Kita boleh sahaja menyaksikan video mubahalah tersebut di laman web youtube khususnya. 

Mubahalah tersebut sekitar tajuk sama ada Para Sahabat Rasulullah s.a.w termasuk isteri kesayangan baginda Nabi s.a.w Ummul Mu'minin ahli neraka atau tidak. Ayatullah Yaasir al-Habib berpendirian bahawa kesemua Sahabat r.anhum juga Ummul Mukminin adalah ahli neraka dan munafiq manakalah Syaikh Muhammad al-Kus berpendirian sebaliknya. Berikut adalah rakaman sumpah mubahalah yang dilakukan mereka berdua:



Berita bahawa Ayatullah Yaasir al-Habib telah mengidap penyakit barah mulut tersebut telahpun keluar di akhbar-akhbar utama negara Arab seperti Akhbar 'Ukkaz, al-Muraabit al-'Iraqiah, al-Anba' dan lain-lain lagi.

Difahamkan dari kenyataan akhbar yang disahkan sendiri oleh Syaikh Muhammad al-Kus yang mewakili jemaah ahlu al-Sunnah wa al-jamaah, Ayatullah Yaasir al-Habib mengidap penyakit barah mulut, lidah dan rahang sebalah kanan selepas 8 bulan majlis mubahalah diadakan.

Ini adalah laknat yang diturunkan oleh Allah ke atasnya akibat sering mencerca Ummul Mu'minin Aisyah r.anha. Akibatnya, Yaasir kini sukar untuk bertutur dan berbicara.

Ini adalah video rakaman sidang akhbar dan kenyataan rasmi Syaikh Muhammad al-Kus.



Ini adalah link-link akhbar berkenaan berita tersebut:


جريدة عكاظ
http://www.okaz.com.sa/new​/Issues/20110625/Con201106​25429023.htm

المرابط العراقي:
http://www.almorabit.com/m​ain/ar/almorabit-arabic-ar​ticles/34-articles-cat-ar/​3855-2011-06-16-18-05-35.h​tml

الأنباء:
http://www.alanba.com.kw/A​bsoluteNMNEW/templates/las​t2010.aspx?articleid=20560​8&zoneid=29&m=0

Wallahu A'laam.

Khamis, 16 Jun 2011

Awas Ancaman Syiah!

Posted by Abu Hannan On 9:11:00 PTG

hassan al-Attas syiah melayu (klik untuk mengenalinya)


Majoriti kaum muslimin menilai bahawa menentukan sikap terhadap Syi’ah adalah sesuatu yang sulit dan membingungkan. Kesulitan ini terpulang kepada banyak hal. Di antaranya kerana kurangnya informasi tentang Syi’ah. Syi’ah menurut majoriti kaum muslimin adalah eksistensi yang tidak jelas. Tidak diketahui apa hakikatnya, bagaimana ia berkembang, tidak melihat bagaimana masa lalunya, dan tidak dapat diprediksi bagaimana di kemudian hari. Berangkat dari sini, sangat banyak di antara kaum muslimin yang meyakini Syi’ah tak lain hanyalah salah satu mazhab Islam, seperti mazhab Syafi’i, Maliki dan sejenisnya.

Ia tidak memandang bahawa perbezaan antara Sunnah dan Syi’ah bukan pada masalah furu’ (cabang) saja, akan tetapi banyak juga menyinggung masalah ushul (fundamental/asas).

Hal lain yang menyulitkan untuk menentukan sikap terhadap Syi’ah adalah; bahawa majoriti kaum muslimin tidak bersikap realistik dan praktik. Mereka sekadar berangan-angan dan berharap tanpa mengkaji…
Dengan bahasa yang agak sepadan, sebahagian kaum muslimin mengatakan: 
“La, mengapa harus terjadi perselisihan? Marilah kita duduk bersama dan melupakan perselisihan di antara kita… yang Sunni meletakkan tangannya di atas yang Syi’i dan berjalan sama-sama. Kan kita semua juga beriman kepada Allah, Rasul-Nya dan hari kiamat?”

Orang ini lalai bahawa masalah yang sesungguhnya jauh lebih rumit dari ini…

Sebagai contoh, orang yang beriman kepada Allah dan hari akhir namun menghalalkan khamr (arak) atau zina misalnya, hukumnya kafir. Menghalalkan maksudnya memandang bahawa hal tersebut boleh-boleh sahaja, dan mengingkari pengharamannya dalam Al Qur’an atau Sunnah Nabi.

Berangkat dari asumsi ini, kita akan melihat hal-hal yang sangat berbahaya dalam sejarah kaum Syi’ah, yang mengharuskan para ulama Islam untuk merenung kembali dan menentukan sudut pandang Islam terhadap bid’ah-bid’ah kaum Syi’ah yang demikian besar.

Hal lain yang turut merumitkan masalah ini adalah; banyaknya luka Islam di majoriti negeri kaum muslimin, di samping banyaknya yang memusuhi mereka dari kalangan Yahudi, Nasrani, kaum salib, komunis, Hindu dan sebagainya.

Dari sini, sebagian mereka yang ‘intelek’ memandang agar kita jangan membuka front permusuhan baru. Hal ini boleh saja dibenarkan jika front tersebut mulanya tertutup lalu kita berusaha membukanya. Namun jika sejak semula telah terbuka lebar dan serangan mereka datang siang dan malam, maka mendiamkan hal tersebut berarti suatu kehinaan.

Kita tidak perlu lagi mengulang pertanyaan yang sering dilontarkan kebanyakan orang:  
“Apakah mereka (Syi’ah) lebih berbahaya dari Yahudi?”

Sebab hakikat dari pertanyaan ini adalah untuk membungkam lidah mereka yang sedar akan penderitaan umat, sekaligus membina kikuk mereka yang berusaha menjaga dan melindungi kaum muslimin.

Saya akan menyanggah mereka dan mengatakan kepada mereka:  
“Jadi apa salahnya kalau umat Islam menghadapi dua bahaya yang mengintai secara bersama-sama? Apakah muslimin Ahlussunnah yang mencari-cari alasan untuk menyerang Syi’ah, ataupun realiti di lapangan membuktikan berulang kali bahawa merekalah yang memulai serangan?”
Kita menyaksikan kuatnya serangan Syi’ah terhadap umat Islam, dan saya rasa realiti kita saat ini tak jauh berbeza dengan masa lampau. Bahkan saya bersaksi bahawa sejarah akan mengulangi dirinya, dan generasi muda akan mewarisi dendam kesumat nenek moyang mereka.

Tak ada kebaikan sedikit pun yang boleh diharapkan dari kelompok yang menganggap bahawa 99% sahabat Nabi adalah fasik, mengingat hal itu merupakan pengingkaran yang nyata akan sabda Rasulullah s.a.w:

“خَيْرُ النَّاسِ قَرْنِي”
“Sebaik-baik generasi adalah generasiku.” (HR. Bukhari no 3451 dan Muslim no 2533)

Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan yang lainnya.

Realita Syi’ah –dari dulu sampai sekarang- adalah amat sangat menyakitkan. 

Mari kita lihat kembali beberapa masalah yang akan menjadikan visi kita lebih jelas, sehingga dapat membantu kita untuk menentukan sikap paling tepat yang mesti kita ambil terhadap Syi’ah; lalu kita tahu: lebih baik bicara ataukah diam saja!

PERTAMA:
Semua orang tahu bahawa sikap Syi’ah terhadap para sahabat Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam mulai dari Abu Bakar Ash Shiddiq, Umar Al Faruq, Utsman Dzin Nuurain, lalu isteri-isteri Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam terutama Aisyah radhiallahu ‘anha hingga para sahabat secara umum, sebagaimana yang dinyatakan terang-terangan oleh sumber-sumber mereka yang telah mereka yakini; adalah bahawa para sahabat tadi adalah orang-orang fasik dan murtad. Majoriti mereka telah sesat dan berusaha menyembunyikan serta menyelewengkan ajaran Islam.

Dari sini apakah kita harus mengawasi dan diam saja ‘demi menghindari fitnah’?

Fitnah apakah yang lebih besar dari pada menuduh generasi teladan sebagai masyarakat ‘fasik dan pendusta’?!?

Marilah kita merenungi sama-sama perkataan bijak salah seorang sahabat yang bernama Jabir bin Abdillah radhiallahu ‘anhu:

“إذا لَعَنَ آخرُ هذه الأمَّة أوَّلها، فَمَنْ كان عنده علمٌ فليظْهره، فإنَّ كاتم ذلك ككاتم ما أُنزل على محمدٍ صلى الله عليه وسلم”.
“Bila umat Islam di akhir zaman mulai melaknat pendahulunya, maka siapa saja yang berilmu hendaklah menunjukkan ilmunya. Bila ia menyembunyikan, maka ia seperti yang menyembunyikan ajaran Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam.” (Nisbat riwayat ini kepada Nabi sanadnya dha’if, namun riwayat ini adalah dari perkataan Jabir bin Abdillah)

Bisakah Anda menangkap kedalaman makna ucapan ini?

Cercaan terhadap generasi sahabat bukan sekadar cercaan terhadap mereka yang telah tiada, tidak juga seperti ucapan sebahagian orang bahawa: “Cercaan tersebut tidak berbahaya bagi para sahabat, kerana mereka telah masuk Syurga, meskipun Syi’ah tidak suka.” Akan tetapi bahaya besar di balik ucapan ini ialah kerana cercaan terhadap para sahabat pada hakikatnya adalah cercaan terhadap Islam secara langsung. Sebab kita tidak mendapatkan ajaran Islam kecuali melalui para sahabat radhiyallahu ‘anhum.

Kalau berbagai cercaan yang menimbulkan keraguan akan akhlak, niat, dan perbuatan para sahabat dibiarkan; lantas agama model apa yang akan kita anut?

Hilanglah agama kita kalau kita terima semua itu. Hilanglah hadits-hadits Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dan ajaran beliau.

Justeru kita bertanya kepada Syi’ah: “Al Qur’an apa yang kalian baca sekarang? Bukankah yang menyampaikannya adalah majoriti sahabat yang kalian cerca? Bukankah yang berjasa mengumpulkannya adalah Abu Bakar Ash Shiddiq radhiallahu ‘anhu, yang kalian anggap berbuat licik untuk menjadi khalifah? Lantas mengapa ia tidak merubah-rubah Al Qur’an sebagaimana merubah-rubah Sunnah menurut tuduhan kalian?”

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda dalam sebuah hadits:

“عَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ المهديين مِنْ بَعْدِي”.
“Kalian wajib berpegang teguh pada Sunnahku dan Sunnahnya Khulafa’ur Rasyidin yang telah mendapat hidayah sepeninggalku.” (HR. Tirmidzi no 2676, Ibnu Majah no 42 dan Ahmad no 17184)

Jadi, Sunnah Khulafa’ur Rasyidien adalah bahagian yang tidak terpisah dari agama Islam. Hukum dan sikap yang diputuskan oleh Abu Bakar, Umar, Utsman dan Ali adalah hujjah (dalil) bagi setiap muslim, bila, di mana pun, dan sampai hari kiamat… lantas bagaimana mungkin hujatan terhadap mereka kita biarkan?!
 
Sebab itulah, ulama-ulama kita yang mulia demikian berang bila mendengar ada orang yang berani menghina sahabat. Imam Ahmad bin Hambal misalnya, beliau pernah mengatakan:

إذا رأيت أحدًا يذكر أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم بسوءٍ، فاتهمه على الإسلام
“Kalau engkau mendapati seseorang berani menyebut para sahabat dengan tidak baik, maka tuduhlah dia sebagai musuh Islam.” (Ash Sharimul Maslul ‘ala Syaatimir Rasul 3/1058 oleh Ibnu Taimiyyah)

Al Qadhi Abu Ya’la (salah seorang fuqaha mazhab Hambali) mengatakan: “Para fuqaha sepakat bahawa orang yang mencaci-maki para sahabat tak lepas dari dua kondisi: kalau dia menghalalkan hal tersebut maka dianggap kafir, namun jika tidak menghalalkannya maka dianggap fasik” (Ibid, 3/1061)

Abu Zur’ah Ar Razi (salah seorang pakar hadits yang wafat th 264 H) mengatakan:

“إذا رأيتَ الرجلَ ينتقص من أصحاب النبي صلى الله عليه وسلم، فاعلم أنّه زنديق”
“Kalau engkau mendapati seseorang mengkritik sahabat Nabi saw, maka ketahuilah bahawa dia itu Zindiq (munafik).” (Al Kifayah fi ‘Ilmir Riwayah hal 49 oleh Al Khatib Al Baghdadi)

Sedangkan Ibnu Taimiyyah berkata: 
“Barang siapa menganggap bahawa para sahabat telah murtad sepeninggal Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam kecuali segelintir orang yang jumlahnya tak sampai belasan orang, atau menganggap fasik majoriti sahabat; maka orang ini kekafirannya tidak diragukan lagi.” (Ash Sharimul Maslul 3/1110 oleh Ibnu Taimiyyah)

Sikap yang keras terhadap para pencerca sahabat ini, tak lain adalah kerana para sahabatlah yang menyampaikan agama ini kepada kita. Kalau salah seorang dari sahabat dicerca, berarti Islam jadi meragukan. Mengingat banyaknya pujian yang Allah berikan kepada mereka dalam Al Qur’an, maupun dalam Sunnah Nabi-Nya, jelaslah bahawa orang yang menghujat para sahabat berarti mendustakan ayat-ayat dan hadits yang cukup banyak tadi.

Mungkin ada yang berkata: “Lah, kami tidak pernah mendengar si Fulan dan si Fulan yang Syi’ah itu menghina para sahabat?”

Kepada mereka, kami ingin agar memperhatikan poin-poin berikut:

Pertama: Kaum Syi’ah Itsna Asyariyah pada dasarnya meyakini bahawa para sahabat telah bersekongkol melawan Ali bin Abi Thalib, Ahlul Bait, dan Imam-imam yang diyakini oleh mereka. Isinya, tidak ada seorang Syi’i pun (baik di Iran, Iraq, maupun Lebanon) melainkan ia meyakini kefasikan para sahabat. Sebab jika mereka menganggap para sahabat adalah orang shalih, hancurlah rukun iman mereka sebagai Syi’ah. Jadi, telah menjadi suatu keniscayaan apabila setiap orang Syi’ah baik pejabat, ulama, maupun rakyat jelata untuk bersikap tidak hormat kepada para sahabat, dan tidak menerima agama yang mereka bawa dalam bentuk apa pun.

Kedua: Tokoh-tokoh Syi’ah senantiasa mengelak untuk menampakkan kebencian mereka kepada para sahabat, meski terkadang nampak juga dalam sebagian statemen atau perilaku mereka, sebagaimana firman Allah:

لَتَعْرِفَنَّهُمْ فِي لَحْنِ الْقَوْلِ
“Dan kamu benar-benar akan mengenal mereka dari kiasan-kiasan perkataan mereka.” (Qs Muhammad: 30)

Banyak di antara kita yang menyaksikan debat antara DR. Yusuf Al Qaradhawi dengan Rafsanjani (mantan presiden Iran) di TV Al Jazeera. Kita sama-sama menyaksikan bagaiman Rafsanjani selalu mengelak dari setiap usaha DR. Qardhawi agar ia menyebut sahabat dan ummahatul mukminin (isteri-isteri Nabi) dengan baik.

Dan ketika Khomeini (pemimpin Revolusi Iran sekarang) ditanya tentang hukum mencaci-maki para sahabat, dia tidak mengatakan bahawa hal itu keliru atau haram. Namun ia menjawab secara dusta dengan berkata: “Semua perkataan yang mengakibatkan perpecahan di antara kaum muslimin pasti diharamkan dalam syari’at.” Intinya, haramnya mencaci-maki sahabat menurutnya ialah kerana hal itu menimbulkan perselisihan di antara kaum muslimin, bukan keranaa haram menurut syari’at, sebagaimana yang dilansir oleh koran Al Ahraam Mesir tanggal 23 November 2006.

Ketiga: Kita harus waspasa terhadap akidah ‘taqiyyah’ (bermuka dua/berolok-olok) yang menurut syi’ah adalah sembilan persepuluh dari agama mereka. Artinya, mereka biasa mengatakan perkataan yang bertentangan dengan keyakinan mereka selama mereka belum berkuasa. Namun setelah berkuasa mereka akan menampakkan jati dirinya terang-terangan.

Dalam sejarah Syi’ah, kita menyaksikan bahwa tatkala mereka menguasai beberapa wilayah Daulah Abbasiyah yang Sunni di Iraq, Mesir, Afrika Utara (Maghrib) dan semisalnya; mereka langsung terang-terangan mencerca para sahabat, dan menjadikan hal itu sebagai pokok agama mereka.

Jadi, jelaslah bagi kita dari sini akan pentingnya menjelaskan hakikat Syi’ah terhadap para sahabat yang mulia. Kalau tidak, maka orang yang menyembunyikan kebenaran ini ibarat syaitan yang bisu, dan sikap ini akan mengakibatkan kehancuran Islam.

KEDUA:
Bahaya Doktrinasi Syi’ah di Dunia Islam. Tidak diragukan lagi bahawa doktrinasi Syi’ah (tasyayyu’) demikian gencar dilakukan di berbagai negara Islam. Ia tidak hanya marak di tempat asalnya seperti Iran, Iraq dan Lebanon, namun kini berlangsung sangat kuat di Bahrain, Emirat Arab Bersatu, Syria, Jordan, Saudi Arabia, Mesir, Afghanistan, Pakistan dan negara-negara muslim lainnya. (Termasuk Indonesia yang dalam lima tahun terakhir meningkat secara drastis, lewat tokoh-tokoh mereka macam Jalaluddin Rakhmat, Quraish Shihab dan sebagainya. Bahkan menurut pengamatan sebagian pihak, jumlah murid Kang Jalal mencapai lebih dari 10 juta! Juga termasuk di Malaysia, apabila pihak berkuasa agama menahan sekurang-kurangnya dua kali terhadap pengikut Syiah Imam Dua Belas di Selangor, selain terdapat penulis novelis yang tidak mengakui dirinya Syi'i tetapi tulisan beliau penuh dengan unsur-unsur kepercayaan Syiah yang sesat–pent)

Parahnya lagi, banyak orang yang menganut pemikiran-pemikiran Syi’ah tanpa mengira bahawa mereka adalah Syi’ah. Bahkan setelah menulis beberapa artikel ini, kami –yaitu Dr. Raghib Sirjani- mendapat banyak e-mail yang penulisnya mengaku Sunni, namun isinya penuh dengan pemikiran dan gaya Syi’ah.

Kita juga tidak menutup mata akan perang global yang ditujukan kepada para sahabat lewat media massa (Yakni media massa di Mesir tempat penulis tinggal -pent) dan saluran-saluran televisyen di negeri-negeri Sunni. Yang paling masyhur ialah cercaan salah satu akhbar Mesir terhadap Siti Aisyah radhiallahu ‘anha beberapa hari terakhir. Demikian pula perang yang dilancarkan terhadap Shahih Bukhari, termasuk acara televisyen yang dibawakan oleh wartawan terkenal dan selalu mengkritik para sahabat dalam setiap episod.

Masalah semakin rumit dan tidak bisa didiamkan, mengingat adanya perkawinan silang antara manhaj (metod) Syi’ah dengan Tasawuf, dengan memberitahu bahawa keduanya mencintai Ahlul bait.

Dan kita semua tahu bahawa faham tasawuf demikian merebak di banyak negara di dunia. Dan fahaman ini telah terjangkit virus bid’ah, khurafat dan kemunkaran yang demikian banyak, dan bertemu dengan Syi’ah dalam hal mengultuskan Ahlul bait. Dari sini, penyebaran Syi’ah sangat mudah ditebak seiring dengan tersebarnya tarekat-tarekat Sufi.
Pemimpin Syiah dalam parti pembangkang terbesar di Bahrain, Ali Salman

KETIGA:
Kondisi di Iraq demikian mencengkam. Pembunuhan muslimin Ahlussunnah disebabkan identiti mereka adalah fenomena biasa yang sering terjadi. Setiausaha Agung ulama Ahlussunnah di Iraq yang bernama Harits Adh Dhaary menyebutkan bahawa ada lebih dari 100 ribu muslim Sunni yang tewas di tangan Syi’ah sejak tahun 2003 hingga 2006. Ditambah proses pengusiran yang terus menerus di beberapa lokasi demi mempermudah kekuasaan Syi’ah di sana. Dan majoriti mereka yang dideportasi (diusir) keluar dari Iraq adalah Ahlussunnah; dan ini menyebabkan perubahan susunan masyarakat yang sangat berbahaya akibatnya kelak.

Pertanyaannya sekarang: “Apakah fitnah yang timbul ketika membahas masalah Syi’ah lebih berbahaya dari fitnah terbunuhnya sekian banyak warga Ahlussunnah tadi? Lantas sampai bila masalah ini harus didiamkan? Padahal semua orang tahu betapa solidnya dukungan Iran dalam pembersihan mereka yang beridentiti Sunni?”

KEEMPAT:
  
Cita-cita Iran terhadap Iraq demikian besar, bahkan hal nampak nyata. Mengingat kedua negara sebelumnya pernah terlibat perang sengit selama 8 tahun penuh, dan sekarang jalannya terbuka lebar bagi Iran. Apalagi Iraq memiliki nilai religius penting bagi kaum Syi’ah, mengingat adanya wilayah-wilayah suci di sana, termasuk enam makam Imam Syi’ah. Di Najaf terdapat makam Ali bin Abi Thalib, lalu di Karbala’ terdapat kuburan Husein, dan di Baghdad terdapat makam Musa Al Kazhim dan Muhammad Al Jawwad, tepatnya di wilayah Al Kazhimiyyah. Sedangkan di Samarra terdapat makam Muhammad Al Hadi dan Hasan Al ‘Askari; dan masih banyak kuburan-kuburan palsu lain yang dikatakan sebagai kuburan para Nabi seperti Adam, Nuh, Hud dan Shalih di Najaf; namun semuanya palsu.

Selain Cita-cita Iran terhadap Iraq yang sangat berbahaya, Amerika juga mendukung terealisasinya cita-cita  tersebut. Kita semua menyaksikan bagaimana pemerintahan Syi’ah bentukan Amerika di Iraq. Sandiwara saling tuduh antara Amerika dan Iran sudah tidak mampan lagi sekarang, sebab tidak pernah terlintas dalam benak Amerika untuk menyerang Iran sama sekali, akan tetapi yang sangat mencemaskan bukanlah cita-cita untuk menguasai minyak atau kekayaan Iraq saja, bukan pula sekadar memperluas kekuasaan Syi’ah; namun parahnya mereka menjadikan kebrutalan dan sadisme tersebut sebagai sebahagian dari agama mereka. Sebab Syi’ah menuduh para sahabat dan pengikut mereka dari kalangan Ahlussunnah sebagai musuh-musuh Ahlulbait dan menjulukinya dengan naashibah atau nawaashib. Padahal kita lebih menghargai Ahlulbait daripada mereka.

Mereka lalu mengeluarkan hukum-hukum mengerikan atas tuduhan tersebut. Misalnya Khomeini yang mengatakan: 
“Pendapat yang lebih kuat ialah memasukkan nawashib (gelaran kepada ahlussunnah) sebagai ahlul harbi (lawan perang), yang hartanya halal di mana pun didapati, dan dengan cara apa pun.” (Tahrirul Wasilah 1/352 oleh Al Khumaini)
Lalu tatkala imam mereka yang bernama Muhammad Shadiq Ar Ruhani ditanya tentang hukum orang yang mengingkari keimaman dua belas imam, dia mengatakan sesuatu yang sangat aneh: 
“Sesungguhnya imamah (jabatan imam) lebih tinggi dari nubuwah (kenabian) dan kesempurnaan agama ini ialah dengan menjadikan Amirul mukminin alaihissalam sebagai imam; Allah ta’ala berfirman: alyauma akmaltu lakum dienakum (pada hari ini telah kusempurnakan bagimu agamamu). Maka siapa yang tidak mempercayai keimaman dua belas imam niscaya ia akan mati dalam kekafiran” (Lihat fatwa ini dalam link berikut: www.imamrohani.com/fatwa-ar/viewtopic.php)
Khomeini dalam bukunya Al Hukumatul Islamiyyah mengatakan bahawa para imam akan mencapai kedudukan yang tidak pernah dicapai oleh malaikat terdekat maupun rasul sekalipun. Kerananya, tidak mengakui keimaman menurut mereka lebih berat dari pada tidak mengakui kenabian, dan inilah tafsiran atas pengkafiran Syi’ah atas Ahlussunnah, yang diikuti dengan penghalalan darah mereka di Iraq dan negeri-negeri lainnya. Oleh kerana itu, Iraq harus dimasukkan dalam kekuasaan mereka kerana banyaknya tempat-tempat ’suci’ mereka yang masih dikuasai oleh orang-orang yang mereka anggap kafir.

KELIMA:
Ancaman langsung tak berhenti di Iraq saja, namun cita-cita mereka terus meningkat untuk menguasai daerah sekitarnya. Mereka menganggap Bahrain sebagai bagian dari Iran, sebagaimana pernyataan ketua pemeriksa umum Ali Akbar Nathiq Nuri di pejabat pemimpin revolusi ketika memperingati 30 tahun revolusi Iran. Ia mengatakan: “Bahrain pada dasarnya adalah wilayah Iran yang keempat belas, yang diwakili oleh seorang legislatif di majlis permusyawaratan Iran.” (Lihat situs al jazeerah berikut: www.aljazeera.net/NR/exeres/684338CB-837A-4879-8C7A-1A1B995DD286.htm)

Kita juga tahu bahwa Iran menduduki tiga pulau milik Emirat Arab Bersatu di teluk Arab, dan jumlah mereka makin bertambah di Emirat hingga nisbahnya mencapai 15% dari total jumlah penduduk, dan menguasai pusat-pusat perdagangan terutama di Dubai.

Demikian pula kondisinya di Arab Saudi yang tidak statik; sebab sejak revolusi Iran tahun 1979, berbagai gangguan stabiliti terjadi berulang kali di Arab Saudi. Bahkan itu terjadi secara langsung setelah revolusi Iran, dengan munculnya demonstrasi Syi’ah di Qathif dan Saihat (dua wilayah Saudi), yang paling gencar di antaranya adalah tanggal 19 November 1979.

Masalah pun kadang semakin parah hingga berubah menjadi semakin huru-hara dan kejahatan di Baitullah Makkah. Sebagaimana yang terjadi pada musim haji tahun 1987 dan 1989. Bahkan pasca jatuhnya pemerintahan Saddam Husein, sekitar 450 tokoh Syi’ah di Saudi mengajukan cadangan kepada putera mahkota ketika itu, yaitu Raja Abdullah dan meminta agar diberi jabatan-jabatan tinggi di dewan parlimen, jalur diplomasi, badan ketenteraan dan keamanan, serta menambah jumlah mereka di majlis syura.

Bahkan Ali Syamkhani, yang merupakan penasihat tertinggi masalah ketenteraan bagi pimpinan umum revolusi Iran mengatakan, bahawa bila Amerika menyerang projek nukliar Iran, maka Iran tidak sekadar membalas dengan menyerang fasiliti milik Amerika di teluk, namun akan menggunakan peluru-peluru berpandu  balistiknya untuk menyerang target-target strategiknya di teluk Arab. Pernyataan ini disiar oleh majalah Times Inggeris pada hari Ahad 10 November 2007.

Inikah semuanya?
Tidak… namun masih banyak sekali hal-hal yang belum kami sebutkan.
Dalam tulisan ini kami baru menyebutkan lima poin yang menjelaskan bahaya Syi’ah dan gentingnya masalah ini. Dan masih ada lima poin lagi yang tak kalah penting yang akan saya sampaikan dalam tulisan berikutnya atas izin Allah. Dan setelah itu kami akan paparkan metod paling tepat untuk mengatasi kondisi yang sangat berbahaya ini.
Masalah Syi’ah bukanlah catatan kaki dalam sejarah umat Islam, hingga sahaja boleh untuk ditinggalkan atau ditunda… namun ia merupakan masalah yang menduduki prioriti utama bagi umat Islam.

Kita semua mengetahui bagaimana Palestin dibebaskan dari tangan kaum Salib di atas tangan Shalahuddien; dan itu tidak terjadi kecuali setelah beliau membebaskan Mesir dari kekuasaan Syi’ah Ubeidiyyah. Dan ketika itu Shalahuddien tidak mengatakan bahawa perang salib harus lebih diprioritikan daripada menyingkirkan kekuasaan Syi’ah dari Mesir. Hal itu kerana beliau yakin bahawa kaum muslimin tidak akan mendapat pertolongan kecuali bila akidah mereka bersih dan tentara mereka ikhlas.

Shalahuddien juga tidak memaksa rakyat Mesir untuk berperang bersamanya demi target utamanya (yaitu pembebasan Palestin), kecuali setelah membebaskan mereka dari belenggu-belenggu Syi’ah Ubeidiyyah.

Apa yang kami sebutkan tentang Mesir di masa Shalahuddien sama dengan yang kami sebutkan tentang Iraq sekarang, demikian pula dengan setiap negara yang terancam oleh Syi’ah… dan kita harus mengambil pelajaran dari sejarah!

Semoga Allah memuliakan Islam dan kaum muslimin…

terjemahan dari web al-burhan.com

Sabtu, 26 Mac 2011

Ulama Rabithah Ingatkan Bahaya Konspirasi Global Syi’ah Safawiyah

Posted by Abu Hannan On 4:54:00 PG



Syi’ah Safawiyah adalah merupakan gabungan kerjasama pemerintah Iran, pemerintah Syria, kelompok Hizbullah dan kelompok Syiah Iraq yang ingin mengembalikan kejayaan dinasti (Syi’ah) Safawiyah dan Fathimiyah dalam menguasai kekuasaan di semenanjung Arab dan Afrika. (DR Muhammad Bassam Yusuf penulis buku Menyingkap Konspirasi Besar Zionis-Salibis dan Neo Syiah Shafawis terhadap Ahlussunnah di Semenanjung Arabia)

Hidayatullah.com—Gejolak kawasan Timur Tengah akhir-akhir ini rupanya menjadi perhatian Rabithah Ulama Al-Muslimin (Muslim Scholars Association)/Ikatan Ulama Muslimin. Dalam sebuah Muktamar terbarunya di Istanbul, Turki yang berlangsung dari 27-28 Rabi’ul Awwal 1432 H baru-baru ini, Rabithah Ulama Muslim mendukung langkah-langkah reformasi di Tunisia dan Mesir.

Acara bertema, “Ulama dan Kebangkitan Umat” yang yang dihadiri lebih dari seratus ulama dan du’at (dai) dari 35 negara itu membahas dan mendiskusikan berbagai topik aktual di Dunia Islam. Sejumlah keputusan dan seruan penting dari muktamar tersebut, antara  mendukung reformasi yang terjadi di Tunisia dan Mesir serta negeri-negeri Islam lainnya.

Rabithah Ulama juga mengingatkan bahawa perubahan yang hakiki bermula dari taubat kepada Allah, berpegang teguh kepada agama-Nya serta dengan menunjukkan wibawa dan jatidiri umat yang sebenarnya.
Rabithah juga ikut mendukung upaya masyarakat Libya untuk membebaskan diri pemerintahannya yang  zalim. Meski demikian, Rabithah juga mengingatkan umat Islam dari bahaya konspirasi global Syi’ah Safawiyah dengan propagandanya yang menipu; baik itu di Bahrain dan negara lainnya.

Selain itu, beberapa poin dari pertemuan itu adalah;  masalah kejayaan umat Islam yang pada dasarnya bertumpu pada optimalisasi peranan ulama dan pemerintah.  Rabithah Ulama juga mengatakan,  para ulama yang salih di setiap negeri adalah referensi utama bagi umat dalam menyelesaikan masalah-masalah aktual dan kontemporari.

Kerananya, menurut Rabitah Ulama, revitalisasi peranan agama dalam kehidupan, perwujudan pan-Islam, penanaman moral, penghormatan terhadap Hak Asasi Manusia, kebebasan yang sejalan dengan tuntutan syariat, serta kepemimpinan umat adalah tugas ulama rabbani. Tak lupa, Rabithah Ulama mengingatkan tentangan besar umat Islam di masa depan.

“Umat Islam sejatinya sedar terhadap tentangan besar yang dihadapinya; yang merupakan simpul yang menghambat kemajuan serta kebangkitannya. Dan jawapan terhadap tentangan itu adalah menghidupkan sunnah serta mengoptimumkan pemanfaatan ilmu dan teknologi,” demikian salah satu poin keputusannya.

Para tokoh dan ulama yang berkumpul untuk membicarakan masalah-masalah umat antara lain; Syeikh Al-Amin al-Haj hafidzahullah, salah seorang ulama yang berasal dari Sudan yang menjadi Ketua pada Rabithah tersebut. Juga Nampak hadir Syeikh Abdul Aziz bin Abdul Muhsin At-Turky, menjabat sebagai penanggung Jawab Rabithah, Syeikh Muhammad Sidia dari Moritania, Syeikh Dr. Muhammad Yusri dari Mesir, Dr. ‘Adnan Umamah, Syeikh Muhammad Abdul Karim, Syeikh Dr. Mahran Mahir, Syeikh Dr. Alauddin Az-Zaky, Dr. Nashir Al-Hunainy, Dr. Ahmad Farid dari Mesir, Dr. Said Abdul ‘Adzim, Dr. Ali As-Salus, Syeikh ‘Aqil Al-Maqtary dari Yaman, Syeikh Abdullah Al-Ahdal, Syeikh Abdul Majid Ar-Rimy, Dr. Muhammad Al ‘Abdah dari Syria, Dr. Abdullah bin Hamud At-Tuwaijri dari Saudi, Syeikh Dr. Sulaiman Al-‘Asyqar dari Jordan, Dr. Hikmat Al-Hariry dan masih banyak lagi.

Untuk mengetahui apa itu Syi’ah Safawiyah dan bahaya gerakannya, nahimunkar.com mengutip tulisan berikut ini:



GERAKAN TRANSNASIONAL SYI’AH KONTEMPORARI DI TIMUR TENGAH
(Studi Kes Antagonisme Iran dan Hizbullah terhadap Amerika Syarikat dan Israel)
Pengantar

Di balik hegemoni Amerika Syarikat di dunia umumnya dan hegemoni Israel di Timur Tengah, ada 2 aktor dunia yang secara frontal melakukan perlawanan terhadap kedua negara tersebut. Aktor tersebut adalah Iran (state actor) dan Hizbullah (non state actor). Boleh dilihat bagaimana seorang Presiden Iran Mahmud Ahmadinejad dengan lantang menyerukan agar Israel dihapus keberadaannya dari peta dunia. Selain itu sikapnya yang konsisten untuk melanjutkan projek nukliar walaupun ditentang oleh Amerika Syarikat dan PBB.

Antagonisme terhadap Amerika Serikat dan Israel juga ditunjukkan oleh gerakan Syi’ah Lebanon yang dipimpin oleh Syekh Hassan Nasrallah yakni Hizbullah. Dunia dikejutkan oleh kemenangan Hizbullah dalam perang melawan Israel selama sebulan pada tahun 2006. Di mana kemenangan ini sangat memalukan Israel yang dikenal kuat dalam militiar kerana dibantu oleh Amerika Syarikat. Sehingga mampu untuk dikatakan bahawa Iran dan Hizbullah telah menjadi ikon masyarakat dunia untuk menggugat imperialisme dan hegemoni Amerika-Israel.

Dalam dunia Islam, Iran dan Hizbullah dikenali sebagai gerakan Syi’ah. Syi’ah dalam terminologi syariat bermakna : mereka yang mengangkat slogan kecintaan kepada Ali bin Abi Thalib beserta anak cucunya bahawasanya Ali bin Abi Thalib lebih utama dari seluruh sahabat dan lebih berhak untuk memegang tampuk kepemimpinan kaum muslimin (khalifah), demikian pula anak cucu sepeninggal beliau. (Al-Fishal Fil Milali Wal Ahwa Wan Nihal, 2/113, karya Ibnu Hazm). Sedang dalam istilah syara’, Syi’ah adalah suatu aliran yang timbul sejak masa pemerintahan Utsman bin Affan yang dipimpin oleh Abdullah bin Saba’ Al-Himyari. Walaupun dikenal sebagai gerakan Syi’ah, Iran dan Hizbullah tetap dianggap sebagai lokomotif perjuangan Dunia Islam melawan hegemoni AS dan Israel. Iran dan Hizbullah dianggap telah banyak memberikan pelajaran bagaimana seharusnya umat Islam dunia harus berdiri menentang kezaliman. Populariti kedua gerakan Syi’ah ini terus naik dan menenggelamkan peranan kalangan Sunni seperti presiden, raja, dan pemimpin negara Arab bahkan gerakan Hamas yang melakukan perlawanan bersenjata terhadap Israel.

Di balik antagonisme yang diperanankan oleh Iran dan Hizbullah, penulis ingin memberikan penjelasan sisi lain dari gerakan Syi’ah ini. Apakah gerakan Syi’ah ini benar-benar memperjuangkan kejayaan Islam. Apakah tujuan gerakan ini sebenarnya. Ada atau tidak keterkaitan antara Iran dan Hizbullah serta gerakan Syi’ah lainnya di Timur Tengah. Apa saja yang telah dilakukan kedua gerakan ini dibalik antagonismenya terhadap Amerika Syarikat dan Israel. Jawaban dan penjelasan dari pertanyaan-pertanyaan diatas diharapkan menjadi penilaian yang objektif terhadap “realiti permukaan” kedua gerakan Syiah ini.

Pembahasan
Selain kesamaan aliran pemikiran keagamaan, antara Iran dan Hizbullah memiliki keterkaitan dalam hal kerja sama dan pakatan strategi. Banyak kalangan yang mengatakan bahawa Hizbullah mendapatkan bantuan persenjataan dan amunisi dari Iran. Salah seorang pemimpin Hizbullah pernah ditanya wartawan di tahun 1987 “Apakah kalian merupakan sebagian dari Iran?”. Pemimpin Hizbullah tersebut menjawab : “Bahkan kami adalah Iran di Lebanon dan Lebanon di Iran”. Selain itu secara simbolik Hasan Nashrullah pun meletakkan foto Imam Khomeni (pemimpin spritual Iran) dalam ruang kerjanya (pejabatnya) di Lebanon.

Ternyata hubungan gerakan Syi’ah tidak hanya Iran dan Hizbullah. DR Muhammad Bassam Yusuf (penulis buku Menyingkap Konspirasi Besar Zionis-Salibis dan Neo Syiah Shafawis terhadap Ahlussunnah di Semenanjung Arabia), mensinyalir adanya aliansi strategi antara gerakan Syi’ah di Timur Tengah. Aliansi tersebut melibatkan Iran, Hizbullah, Syria, dan kelompok Syi’ah di Iraq. Kes kemarahan pemimpin Syria Basyar Al-Asad terhadap pemerintah Lebanon diikuti oleh turunnya 5 menteri Syi’ah dari Hizbullah menunjukkan adanya keterkaitan antara Hizbullah dan Syria. DR Bassam Yusuf menulis adanya pertemuan di Damaskus pada tahun 2007 antara Iran dan Syria untuk membentuk aliansi strategi yang didalamnya juga turut ada kelompok Hizbullah. Aliansi strategi gerakan Syi’ah ini disebut dengan projek kebangkitan Syi’ah Safawiah. Aliansi yang ingin mengembalikan kejayaan dinasti Safawiyah dan Fathimiyah dalam menguasai kekuasaan di semenanjung Arab dan Afrika.

Berikut adalah beberapa fenomena Projek Safawistik ini:

1. Adanya gerakan dan upaya pembersihan etnik dan mazhab Sunni Arab di Iraq seiring dengan upaya pengisoliran terhadap mereka di wilayah Selatan Iraq. Ditambah lagi dengan seruan untuk membahagi kawasan Iraq berdasarkan kelompok aliran, serta mendorong pasukan Amerika Syarikat untuk terus melakukan penangkapan, penawanan, pembunuhan, penghancuran dan pembersihan terhadap kaum Sunni, terhadap masjid-masjid, lembaga-lembaga, dan juga gerakan-gerakan Sunni.

2. Keterlibatan kaum Parsi (Iran) Safawis di Irak dengan kerjasama yang sangat sempurna dengan pimpinan tertinggi kaum Syiah di Iraq, khususnya yang memiliki ras Persia. Dan itu diwujudkan dalam bentuk kerjasama inteligen, ketenteraan, ekonomi, politik dan agama, dengan dukungan penuh dari Amerika Syarikat baik secara ketenteraan dan logistik.

3. Keterlibatan kaum Parsi Safawis di Syria untuk mengerahkan gerakan Syi’ahisasi terhadap Muslim Sunni. Selain itu adanya pemberian kewarganegaraan Syria kepada para keturunan Parsi dan warga Syiah Iraq oleh pemerintah Syria. Dan jumlah mereka hingga saat ini telah melebihi 1.000.000 orang. Mijoritinya bermukim di Wilayah al-Sayyidah Zainab dan sekitarnya di Damaskus, Syria.

4. Menonjolnya upaya-upaya pemalsuan yang sangat tidak adil dan kejam dalam perhitungan demografi terhadap rakyat Syria. Dan bukti yang paling jelas atas itu adalah studi-studi fiktif yang dipublikasikan oleh Inteligen Syria bahawa masyarakat Syria adalah masyarakat minoriti, dan peratusan Sunni dari keseluruhan jumlah masyarakat Syria itu hanya 48%. Padahal, rakyat Syria secara majoriti mutlak terdiri dari Sunni, dan ini adalah sebuah fakta yang terlalu jelas di Syria.

5. Kesepakatan dan konspirasi bersama dengan kekuatan Amerika Syarikat. Publikasi oleh pimpinan spiritual tertinggi Syiah di Iraq, berupa fatwa-fatwa yang mengharamkan perlawanan terhadap Amerika Syarikat dan melabel kaum Sunni mereka label teroris. Dan semua itu dilakukan seiring dengan upaya-upaya dusta mereka yang seolah mendorong perlawanan terhadap Amerika hingga negara Iraq merdeka.

6. Semakin meningkatnya upaya-upaya penangkapan yang dilakukan oleh Pemerintah Syria terhadap warga Arab Iran (al-Ahwaz) yang mencari perlindungan ke Syria sejak puluhan tahun yang lalu. Tidak hanya itu, sebagian tokoh perlawanan al-Ahwaz (Khalil ibn ‘Abd al-Rahman al-Tamimy dan Sa’id ‘Audah al-Saky) kemudian diserahkan kepada pihak Inteligen Iran.

Fenomena di atas menunjukkan sikap yang bertentangan dengan “politik pencitraan” Iran dan Hizbullah (bahagian dari aliansi Syi’ah Safawis) yang dikenal vokal terhadap Amerika Syarikat dan Israel. Keterlibatan Iran dan Hizbullah dalam aliansi Syiah Safawis merupakan sisi lain wajah Iran dan Hizbullah sebagai ikon perlawanan Dunia Islam. Sebuah kenyataan yang jarang diekspos dan hanya ada di “dunia balik layar”.

Untuk menarik simpati dunia dan agar diterima sebagai sebahagian dari Dunia Islam, gerakan Syiah Safawis ini menjadikan isu Palestin sebagai umpan politik. Isu palestin dimainkan agar ada keterlibatan emosional seluruh bangsa Muslim di dunia. Upaya untuk mempermainkan isu Palestin dilakukan dengan berbagai langkah berikut :

1. Lebih dari sekali, Presiden Iran meneriakkan slogan-slogan kosongnya untuk seruan menghapuskan Israel dari peta dunia

2. Mengumumkan aliansi Iran-Syria dengan beberapa organisasi Palestin yang memiliki citra yang baik di mata dunia Arab dan Islam. Pemerintah Iran juga memberikan kesan akan memberikan bantuan kewangan kepada pemerintahan Hamas. Namun faktanya bantuan itu tak pernah ada. Bantuan Iran itu tidak lebih dari sekedar slogan dan janji kosong, sebab kaum Safawis-Parsi ini tak akan dapat digerakkan kecuali dengan motif bangsa dan kelompok, dan dalam hal ini organisasi Palestin adalah kaum Sunni.

3. Penyelenggaraan berbagai pertemuan mencurigakan antara pemerintah Syria dengan pemerintah Israel yang diikuti oleh pernyataan bahawa pemerintah Syria adalah pilihan mereka yang harus didukung. Sementara pihak Syria juga menyatakan keinginannya untuk berdialog dengan Israel. Padahal pada saat yang sama, pihak Syria gencar melakukan pembersihan etnik terhadap warga negaranya, melakukan konspirasi terhadap upaya pengajaran Islam Sunni, sementara memberikan dorongan bahkan bantuan moral dan material terhadap pengajaran Syiah-Safawis

4. Keterlibatan Mossad yang cukup dalam di Iraq dengan dukungan pemerintah Iraq buatan Amerika Syarikat dibantu oleh tentera Syiah Safawiyah di Iraq untuk menangkap dan membunuh para ulama dan tokoh Sunni yang berpengaruh di Iraq. Tindakan kejam dilakukan berupa penculikan, penyiksaan hingga pembunuhan. Dan aliansi strategi ini bahkan telah siap melakukan langkah yang sama di tiga wilayah: Iraq, Syria dan Lubnan. Kerana itu, tindakan apapun yang dilakukan oleh salah satu dari aliansi ini, sesungguhnya merupakan sebahagian dari projek global Safawis ini di sepanjang kawasan Sedari Iran hingga Lubnan, termasuk didalamnya Iraq dan Syria.

Projek Syi’ah Safawis ini setidaknya dibangunkan di atas 5 asas:

1. Bekerja sama dengan kekuatan Barat di bawah komando Amerika Syarikat untuk menguasai negeri-negeri kaum Muslimin. Dan seluruh dunia mengetahui dengan baik, bahawa Iran memiliki peranan yang sangat besar dalam bekerja sama bersama Amerika Syarikat untuk menjatuhkan Afghanistan dan Iraq. Para petinggi Iran sendiri mengakui hal itu. Muhammad Ali Abthahi, wakil presiden Iran yang lalu mengatakan: “Seandainya bukan kerana Iran, Amerika tidak mungkin mampu menguasai Iraq… Seandainya bukan kerana Iran, Amerika tidak mungkin mampu menundukkan Afghanistan.”

2. Menyalakan api peperangan antara kelompok, melakukan upaya pembersihan etnik dan kelompok, bekerja keras untuk membahagi-bahagikan wilayah. Mengusir warga Iraq sunni dari wilayah-wilayah di mana mereka hidup bersama dengan kaum Sy’iah. Ditambah dengan peranan-peranan merosak (yang dilakukan oleh) para pemimpin spritual Syi’ah di Iraq untuk menghancurkan kaum Sunni dan semua lembaga yang mereka miliki. Al-Syirazy menyerukan dalam khutbahnya untuk menghancurkan masjid-masjid Sunni di Iraq. Dan kaum Syi’ah benar-benar menghancurkan ratusan masjid Sunni, atau mengubahnya menjadi Husainiyat dan pusat-pusat Syi’ah Safawis.

3. Membunuh tokoh-tokoh potensi Sunni baik dari kalangan ilmuwan, ketenteteraan dan agama dan melakukan upaya untuk berlaku kejam, mengusir atau membalas dendam pada tokoh-tokoh Sunni.

4. Penyamaran (Camouflage) demografi sebagaimana yang terjadi di Syria secara khusus. Dan juga seperti yang terjadi di Lebanon, Jordan, dan Iraq.

5. Menciptakan kesan-kesan fiktif dengan kaum Zionis Israel. Padahal itu hanyalah sebuah pancingan agar Israel mengamuk lalu menghancurkan negeri-negeri kaum Muslimin. Berharap keadaan negara Muslim lainnya sama seperti Afghanistan dan Iraq

Ada 4 wilayah yang dipilih oleh kaum Syiah Safawi sebagai jejak awal merealisasikan tujuan dan rencana mereka adalah sebagai berikut :

1. Wilayah Iran
Di kawasan ini operasi pembersihan terhadap kaum Sunni sangat luas terjadi. Ini diikuti dengan penghalalan harta, kehormatan dan bahkan masjid-masjid mereka (perlu diingat, bahawa di seluruh Taheran tidak ada satupun masjid kaum Sunni)

2. Wilayah Iraq
Kerja sama dilakukan dengan Amerika Syarikat untuk melakukan upaya-upaya seperti: penghancuran dan membahagi-bahagi wilayah Iraq, mempersenjatai tentera-tentera Syiah untuk menyerang Sunni, pembersihan dan pengusiran kaum Sunni, dan memalsukan peratusan jumlah penduduk Iraq dengan menyebarkan studi-studi palsu yang menyatakan majoritinya Syi’ah, padahal sebelumnya kaum Sunni adalah pada posisi 52% penduduk Iraq.

3. Wilayah Syria
Pemerintah Syria –yang merupakan sekutu strategik Iran- telah melakukan berbagai upaya penangkapan dan pembersihan yang sangat luas terhadap rakyat Syria sendiri. Mereka melakukan pembatasan terhadap lembaga-lembaga pendidikan Islam, dan memberikan keleluasaan bagi lembaga-lembaga Syi’ah padahal Syi’ah di Syria sama sekali tidak wujud. Pemerintah Syria juga melindungi upaya misionarisme Syiah di tengah kaum muslimin Syria, memberikan kewarganegaraan pada kaum Syiah yang datang dari Iran dan Iraq, serta mempersempit ruang gerak orang-orang al-Ahwaz yang berpindah ke Damaskus. Syria juga menyiapkan dirinya sebagai pangkalan penggempuran terhadap Lubnan dan Jordan, tentu dengan menggunakan masalah Palestin sebagai ‘senjata’ untuk kepentingan aliansi ini

4. Wilayah Lebanon
Hizbullah dan Gerakan Amal –keduanya jelas gerakan Syiah- memainkan peranan sebagai gerakan perlawanan palsu. Melakukan perlawanan terhadap Israel demi menjaga senjata tetap di tangan dan memainkan lobi politik di Lubnan demi kepentingan aliansi Safawis-Parsi. Kedua gerakan ini jelas-jelas melancarkan misionarisme Syiah dan sengaja memancing Israel untuk menghantam Lubnan bila saja aliansi Safawistik itu memmerlukannya. Upaya menghancurkan keutuhan Lubnan, terus dilakukan untuk membentuk sebuah negara Syiah dalam Negara Lubnan

Penutup
Penjelasan sistematis di atas sudah jelas menunjukkan bagaimana usaha gerakan Syi’ah Safawis (pemerintah Iran, pemerintah Syria, kelompok Hizbullah dan kelompok Syiah Iraq) untuk menguasai jazirah Arab khususnya daerah yang terdapat antara Iran dan Palestin. Penjelasan yang akan membantu untuk membaca realiti politik antarabangsa yang dimainkan Iran dan kaum Syiah safawis lainnya.

Perlawanan mereka terhadap zionis Israel tentu akan mendapat simpati dunia Islam. Namun gerakan yang menjadikan upaya perlawanannya sebagai bahagian dari sebuah pewujudan tujuan yang tak jauh berbahaya dari projek Zionisme di Timur Tengah adalah suatu tindakan di luar kemanusiaan. Pelaksana projek hanya menjadikan masalah Palestin sebagai barang dagangan sementara.
Abdul Hamid al-Riki telah mati dibunuh oleh kerajaan Syiah Safawiyah, Iran sejerus penahanannya oleh kerajaan Syria (sekutu Iran) di Damascus, Syria pada 25 Mei 2010.

Jumaat, 11 Mac 2011

Teologi Kristian di dalam Akidah Syiah

Posted by Abu Hannan On 9:29:00 PG

Gambaran Saidina Ali r.a di sisi Agama Syiah

Gambaran Isa di sisi Kristian


Kebelakangan ini sibuk orang memperkatakan tentang Syiah, malahan telah banyak kenyataan akhbar tentang kesesatan Syiah. Namun, kebanyakkannya lebih menjerus kepada persoalan Feqh dan Akidah, tanpa menyedari bahawa Syiah sebenarnya membawa teologi agama Kristian.

Apatah lagi, kesamaan dan keselarian yang wujud dalam beberapa konsep yang wujud dalam agama Kristian dan Syiah adalah sesuatu yang kritikal. Bahkan, apabila habis membaca dan meneliti rencana ringkas ini, kita akan memberi kesimpulan bahawa Syiah bukan lagi sebuah mazhab tetapi lebih kepada sebuah AGAMA.

Saya akan cuba mengupas beberapa konsep dari sudut teologi yang pada pandangan saya sebuah ‘kebetulan’ yang secara disengajakan.

Justify Full
Konsep Jesus ciptaan pertama


Dalam buku saya yang bertajuk “Akidah Kita Nyawa Kita” saya ada membincangkan tentang perbalahan antara dua Pemikir Kristian tentang kedudukan Jesus. Sebahagian menyatakan bahawa Jesus adalah sebahagian dari Tuhan, manakala sebahagian lagi mendakwah bahawa Jesus adalah ciptaan pertama Tuhan.

Untuk rencana ini, kita akan mengambil dakwaan kedua iaitu Jesus adalah ciptaan pertama Tuhan. Ciptaan yang terhasil dari kalimah Allah, menurut agama Kristian.

Perhatikan ayat seterus ini yang saya ambil dari sebuah magnum opus Syiah iaitu Bihar al-Anwar, Ali berkata “Allah adalah Esa dan unik dalam keesaanNya, Allah mengucapkan satu kata yang kemudian menjadi cahaya, dari cahaya itu Dia menciptakan aku dan keturunanku. Allah kemudian mengucapkan kata lain yang kemudian menjadi roh, dan roh itu Dia masukkan dalam cahaya. Kemudian cahaya itu Dia masukkan dalam tubuh kita. Maka kita adalah Roh Tuhan dan Kata-katanya..”

Menurut para ulama syiah, Saidina Ali menuturkan ayat ini merujuk kepada dirinya, dan para keturunannya, para Imam Sebelas. Manakala berdasarkan daripada ayat ini juga, para ulama Syiah telah menafsirkan bahawa para Imam adalah perantara sejati antara Allah dengan manusia. Sejak bermulanya kehidupan dunia ini, mereka para imam adalah ciptaan Allah yang pertama. Daripada merekalah, semua ciptaan dimulakan, dan melalui mereka ciptaan itu pada akhirnya akan dinilai dan disempurnakan.

Perhatikan petikan-petikan tersebut. Kedua-duanya membawa satu konsep yang sama iaitu Para Imam Dua belas Syiah dan Jesus adalah ciptaan pertama Tuhan!

Pertanyaan yang boleh kita bangkitkan ialah, adakah ini pegangan islam yang sebenar? Adakah Allah memerlukan sesuatu sebelum menciptakan manusia yang lain? Dari petikan-petikan tersebut kita akan dapati bahawa kedua-duanya mempunyai doktrin “Setiap permulaan bermula dari sesuatu yang bermula, iaitu para Imam yang dimulakan/Jesus yang dimulakan, kemudian barulah ciptaan yang lain wujud dan terhasil”.

Apakah pandangan Ahlu Sunnah wal Jamaah dalam perkara ini? Ahlu Sunnah wal Jamaah berpegang bahawa Allah tidak memerlukan perantaraan untuk menciptakan apa sekalipun. Cukup dengan kekuasaan dan keagungan Allah, cukup dengan firmannya iaitu “Jadi, maka jadilah.” Sepertimana Firman Allah dalam Surah Yaasin 36: 82, “Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: ” Jadilah engkau! “. Maka ia terus menjadi.”



Konsep Jesus sebagai juruselamat

Kristian menganggap bahawa Jesus sebagai Juruselamat kepada seluruh manusia. Perkara ini dinyatakan sendiri oleh Paul. Paul menyatakan Jesus sebagai “Tuhan dan Juruselamat kita yang besar”. Ia berdasarkan kepada Bible Titus 2:13, “dengan menantikan penggenapan pengharapan kita yang penuh bahagia dan penyataan kemuliaan Allah yang Mahabesar dan Juruselamat kita Yesus Kristus”. Dalam masa menurut Paul, kita seharusnya dengan rendah hati memuji Tuhan dan mengasihi Dia dengan kasih yang tidak berkesudahan, sepertimana yang disebutkan dalam Bible Efesus 6:24, “Kasih kurnia menyertai semua orang, yang mengasihi Tuhan kita Jesus Kristus dengan kasih yang tidak hilang.”


Baiklah, perhatikan pula petikan di bawah yang datangnya dari Syiah.

“Pada Imam adalah sumber keSELAMATAN pada hari pembalasan bagi orang-orang yang mengakui statyus mereka sebagai teman (Auliya’) dari Allah, dan para ahli waris yang sebenarnya dari para Nabi. Sebaliknya para imam akan menjjadi hakim ya gjekas terhadap orang-orang yang menentang status kemuliaan mereka. Manakala Jesus akan turun dari Syurga untuk membantu Imam Dua Belas sehingga beberapa bahagian dalam PENEBUSAN DOSA dan penghakiman terakhir oleh para Imam”. Rujukan ini diperolehi dari sebuah Tesis yang ditulis oleh Mahmod Mustafa Ayoub yang bertajuk “Redemtice Suffering in Islam: A study of Devotional Aspects of Asyura in the Middle Age”.


Dua konsep ini sebenarnya sangat kritikal dan besar. Kerana ia menyakut masalah Akidah yang pastinya akan memberi petunjuk bahawa Syiah bukan lagi sebuah Mazhab, tetapi sebuah agama.

Saya tinggalkan dua perkara ini untuk dinilai dan diperhalusi oleh semua tentang keberadaannya. Sama ada kita masih mahu mengaku dan menerimanya sebagai sebuah mazhab dan dipraktikan di Malaysia, atau kita akan perangi habis-habisan.


Saya tinggalkan persoalan ini kepada anda.

Alhamdulillah, saya Muslim

Rabu, 12 Januari 2011

Syiah Sesat; Siapa Yang Keliru?

Posted by Abu Hannan On 4:37:00 PTG


Berikutan isu penangkapan kira-kira 200 penganut syiah di gombak baru-baru ini, seorang penulis bernama Abu Bakar Abdullah yang mendakwa sebagai pengikut setia mazhab Shafi’e telah melahirkan rasa bingung dan tidak puas hati serta mendakwa  JAKIM dan ulama’sunnah khususnya di Malaysia keliru dalam memfatwakan ajaran syiah Imamiyyah sebagai ajaran sesat. Ini juga rentetan persoalan yang dikeluarkan oleh pembaca setia JTR bertanyakan berkenaan tulisan tersebut yang bagi beliau mungkin ada kebenarannya. Jawapan untuk persoalan ini telah disediakan oleh Lubna Salma dari Kajang berkenaan kekeliruan Abu Bakar Abdullah dalam suratnya yang dihantar dan disiar di akhbar Harakah. 

Persoalan saudara yang bertanya berbunyi begini:
saudara saya telah terbaca dalam satu tulisan diharakah yang menyatakan dia keliru dengan JAKIM dengan menyesatkan syiah.pandangan beliau nampak macam betul juga. tolong saudara jelaskan.

Khamis, 6 Januari 2011

Meratap & Faisal Tehrani

Posted by Abu Hannan On 9:31:00 PTG


Artikel kali ini tidak ingin saya panjangkan tulisannya.

Saya akan terus membincangkan dalil-dalil yang di bawa oleh Dr. Faisal demi menyokong upacara 'Asyura yang saban tahun dirayakan oleh Syi'ah Rafidhah yang telah menyimpang dari landasan al-Quran,Sunnah Rasulullah SAW dan petunjuk Ahli Keluarga Rasulullah SAW yang mulia.

Jumaat, 17 Disember 2010

Ajaran Sesat Syiah; Tahniah JAIS

Posted by Abu Hannan On 6:42:00 PG


Syiah yang bergerak aktif di sekitar lembah kelang hari ini telah berjaya dilumpuhkan aktivitinya apabila pihak JAIS berjaya memberkas seramai 200 orang pengikut syiah yang mengkafir dan menghalalkan darah siapa sahaja yang berbeza i'tiqad dengannya. JTR secara terbuka mengucapkan tahniah di atas kepekaan pihak JAIS yang berjaya melakukan serbuan di premis-premis tertutup milik ajaran sesat syiah ini bagi memastikan fahaman songsang dan pelik syiah ini boleh dihentikan dari terus merebak dikalangan muslim di Malaysia. Semoga ajaran-ajaran sesat seperti ini akan terus dapat dibendung oleh pihak-pihak Jabatan Agama negeri-negeri lain terutama Pulau Pinang, Kedah, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. 

Jumaat, 16 Julai 2010

Pembohongan Syiah Di Dalam Sejarah Islam

Posted by Abu Hannan On 6:01:00 PG




PENGENALAN


Ulamak ilmu jarh wa ta'dil (penilaian keadilan perawi hadith) telah bersetuju secara keseluruhannya bahawa fenomena pembohongan di kalangan syiah adalah lebih menonjol dan ketara berbanding dengan kelompok-kelompok yang lain. Kitab-kitab ilmu jarh wa ta'dil yang masyhur seperti kitab-kitab Imam Bukhari, Ibnu 'Adi, Ibnu Mu'ien, Ad-Daruquthni dan lain-lain penulisan mereka yang berikhtisaskan hal ehwal sanad periwayatan, secara nyata membuat kesimpulan bahawa, pembohongan oleh syiah adalah yang paling banyak di kalangan ahli qiblat. Bahkan muncul pepatah yang berbunyi 'lebih pembohong dari rafidhi (syiah)' sebagai mengisyaratkan kepada betapa seseorang itu sangat kuat berdusta.

Rabu, 7 Julai 2010

Muawiyyah sangat mesra dengan Ahlul bayt

Posted by Abu Hannan On 9:53:00 PTG



Sejak akhir-akhir ini, saya berkesempatan berjumpa dengan mereka yang secara terang-terang menghina sahabat Rasulullah s.a.w. Sesuatu yang amat mendukacitakan apabila doktrin luar yang tidak tahu mana asal usulnya datang dan terus meresap ke dalam minda umat Islam. Antara sahabat Rasulullah yang menjadi mangsa kutukan dan cercaan mereka ini ialah salah satunya Penulis al-Quran, Muawiyah Bin Abi Sufyan serta keturunannya termasuk Yazid bin Muawiyah. Mereka yang menghina dan mengkafirkan sahabat ini tidak lain adalah mereka yang terdoktrin dengan doktrin syiah. Antara dakwaan mereka terhadap keluarga Muawiyyah ialah Yazid Bin Muawiyyah yang membunuh Cucunda Nabi s.a.w. Benarkah dakwaan ini?

Rabu, 30 Jun 2010

Iraq dan Palestin; Di Mana Prioriti Kita?

Posted by Abu Hannan On 4:03:00 PTG




“Ya Syakira, kami ini orang Arab. Dari tanah Arab. Kami tahu hal yang sebenarnya terjadi.”, jelas Ameerah.

Aku menarik nafas dan menghela perlahan.



Ameerah ialah sahabat yang aku kenal di bumi UIA ini pada bulan Ramadhan tahun lepas. Ada beberapa peristiwa menjurus kepada perkenalan kami di masjid. Dia merupakan pelajar Master dalam jurusan Undang-undang.



Pagi tadi usai kelas Political Science, aku terus pulang ke Mahallah Saffiyah. Cadangnya nak baca Ulum Quran. Esok ada mid term. Berselisih dengan Ameera si pipi merah bermata biru. Salam dihulur. Pipi bertemu.

Perjalanan

Tembusi Petra, Jordan Slideshow: BenTaleb’s trip was created by TripAdvisor. Create a free slideshow with music from your travel photos.
Sabda Baginda SAW ; "Ketahuilah ia (Dajjal) berada di laut Syam atau laut Yaman.. akan datang dari arah timur (lalu menunjukkan dengan tangan baginda).."[Riwayat Muslim]. Daripada Abi Bakr al-Siddiq r.a, sabda Baginda SAW, "Dajjal akan muncul ke bumi dari arah timur bernama KHURASAN." [Riwayat al-Tirmizi]. Daripada Anas bin Malik r.a, sabda Baginda SAW, "Dajjal akan keluar dari kota Yahudi ISFAHAN (Khurasan, IRAN) bersama 70,000 penduduk ISFAHAN". [Fath al-Rabbani Tartib Musnad Ahmad. Ibn Hajar berkata : "Sahih"]. Ibn Kathir berkata, Dajal pada mulanya akan muncul dari ISFAHAN dari sebuah kota Yahudi [al-Nihayah fi al-Fitan wa al-Malahim]. ISFAHAN adalah sebuah bandar terbesar YAHUDI di Iran dan pusat loji nuklear Iran pada masa kini.