JTR mengalu-alukan tuan puan untuk membaca tulisan dalam blog ini bagi manfaat tuan puan
Photobucket

Memaparkan catatan dengan label isu semasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label isu semasa. Papar semua catatan

Ahad, 21 Ogos 2011

Produk Muslim?

Posted by Abu Hannan On 7:38:00 PTG



Hari ini hari Sabbath..hari cuti. Selalunya hari Sabtu dan Ahad ni aku cabut keluar..sebab dalam dua hari ini lah hari yang paling ramai orang datang minta derma. Rumah aku tepi jalan…sapa-sapa yang minta derma mesti singgah punya.

Macam-macam orang yang datang minta derma. Dari derma buat surau di Narathiwat, buat Masjid kat Kuala Nerang, untuk anak yatim di Kuala Krai..sampai la orang Pakistan jual ayat Kursi. Dulu orang datang minta derma bawa resit saja…tapi sekarang dah upgrade sikit. Depa bawa minyak angin, bawa calendar…lepas tu minta derma.  Kalau dia jual…gerenti aku tak beli. Tapi bila dia sedekah kat kita…dan kita tak sedekah balik..rasa lain macam. Memang pandai depa main saikologi.

Pagi tadi ada satu kereta berhenti kat laman rumah aku. Sebaik saja derebarnya keluar dari kereta, anjing aku pi ligan dia. Dia punya terkejut dan takut..tak berani nak bergerak. Mungkin dia tak sangka..rumah orang Melayu ada anjing.

Aku panggil anjing aku masuk ke kandang dia…dan orang tu pun lega. Dia bagi salam dan dia kenai aku!! Aku saja yang tak kenai dia. Dia nak bercakap tentang mempertingkatkan ekonomi orang kampong.

Aku tanya kat dia pasai apa dia cari aku. Dia bagi tau, ada orang rekomen nama aku. Aku jemput dia masuk kedalam rumah.

“Pasai apa Cek Mat bela anjing? Tak tau ka…kalau bela anjing, malaikat tak mai kerumah?” dia tanya aku. Ada ka soalan itu yang dijadikan pembuka bicara?

“Kalau macam tu baguih la. Malaikat maut pun tak mai rumah. Lagi selamat!” aku balas balik.
“Pasai akidah ni jangan main-main Cek Mat…nanti boleh terpesong.’ Dia jawab. Aku malas la nak berhujah dengan orang macam ni.

Aku bagi tau la masalah aku. Dulu aku buat kerja parti…tapi orang parti kencing aku sampai aku bankrap. Kemudian aku buat kerja tebas rumput dan cuci jalan…tapi tak larat. Jadi aku bela ayam…kot-kot boleh cari makan.

Hari mula-mula…aku bubuh 50 ekor anak ayam. Dalam masa tiga hari..tinggal setengah. Siang dimakan biawak…malam dimakan musang. Salah aku jugak…sebab reban ayam macam reban koboi. Tak tutup habis. Jadi aku keluar duit buat reban yang lebih sempurna.

Dalam masa dua minggu, anak ayam yang terselamat tu semakin besar. Tapi setiap hari ada dua tiga ekor yang hilang. Dalam masa seminggu..baru aku dapat tangkap pencuri ayam aku. Ular sawa.

Aku pinjam duit dari kawan untuk beli jaring. Dan beli lagi anak ayam yang baru. Selamat la.

Selepas 3 bulan, ayam-ayam aku dah besar. Boleh jual untuk duit raya. Tapi satu hari tu…aku pi pulau Pianang dan balik keesokan harinya.Bila balik rumah aku tengok ayam aku dah lesap. Aku tau..ini bukan kerja binatang..tapi kerja manusia.

Aku boleh saspek sapa yang buat kerja ni…kaki Pek Hoon banyak kat tempat aku. Dan semuanya Melayu/Islam.

Perangai orang Melayu Islam memang pelik. Depa tak takut kat polis…depa tak takut kat orang…depa tak takut kat Tuhan. Tetapi kebanyakannya takut kat anjing. Tu pasai aku bela anjing.

“Macam ni Cek Mat…saya nak bagi peluang kepada Cek Mat untuk berniaga secara Islam. Pendapatan kita pun halal…kerja kita pun diredai Allah..makan minum kita pun berkat.” Kata dia.

Macam biasa…aku skeptical sikit. Tapi aku biarkan dia menerusnya.

“Ada beberapa produk yang kita tawarkan. Pertama sekali Cek Mat kena jadi ahli…dan perlu bayar RM100.00. Kalau Cek Mat dapat cari dua orang dibawah Cek Mat..pelaburan Cek Mat sudah balik modal. Kalau dua orang ni dapat cari lagi dua ahli..Cek Mat dah untuk RM100.00. duduk rumah..orang lain buat kerja, duit kita masuk.”
Bila aku dengar macam tu…aku rasa nak peghalau saja dia keluar rumah. Tapi tak baik la bulan posa ni.
“Ini bukan Skim Pak Man Telo!! Cek Mat jangan silap sangka.” Dia tukar tune bila tengok aku macam tak minat saja.” Apa yang kita buat ini sebenarnya membantu umat-umat Islam.”
“Kita ada pakej-pakej untuk dijual. Kita buat beberapa pakej, supaya Cek Mat tak perlu risau. Kalau yang satu tak jalan…ada lagi satu jalan. Dan Cek Mat jangan risau sebab semua produk kita diendorse oleh para ulama.
Pakej pertama ialah Umrah dan ziarah. Yang ni adalah umrah bersama ulama terkenal. Selepas Umrah, kita boleh melawat kebeberapa tempat termasyhur di Iraq, Jordan Mesir.Sesiapa yang mempunyai kemampuan…boleh melawat China, Turki dan beberapa tempat lain.”
OK la. Yang ini aku boleh terima. Jadi macam Travel Agent la. Tapi kat kampong ni…orang ada duit ka?

“Yang tu boleh diaturkan. Sama ada secara menabung atau membuat pinjaman. Seseorang itu boleh menabung dan cuma pergi apabila wangnya sudah cukup. Tapi kesian la kat orang tua-tua kita. Nak tunggu duit depa simpan..sampai bila kan? Jadi kita boleh bagi pinjaman dan dibayar balik bila dia balik kekampung.” Dia jawab.
“Macam mana kalau dia mati sebelum habis bayar?” aku tanya.
“Nampak sangat Cek Mat tak paham undang-undang Islam. Kan dalam Quran ada sebut..sekiranya seseorang itu meninggal dunia, maka waris-warisnya hendaklah menyelesaikan hutang tersebut. Jadi..sebelum kita mengeluarkan pinjaman, dia perlu ada penjamin la.”
Aku garu kepala. Aku ingatkan Singer dengan Courts saja yang bagi kredit.

“Pakej kedua kita ialah Upah Haji. Kalau sesiapa yang tak mampu untuk ke Mekah…kita boleh buat untuk dia dengan bayaran RM1500.00 saja.
Yang ni aku mula rasa pelik. Kalau tak mampu…maknanya tak wajib. “Nanti la…saya tanya Ustaz.” Aku bagi tau kat dia.

“Kita ada lagi satu produk iaitu mengedarkan air Zam-Zam. Ini untuk kemudahan orang-orang Islam yang tak mampu ke Mekah. Jadi, sapa yang tak ke Mekah pun ada peluang minum air Zam-Zam.
Pakej keempat kita ialah Qurban dan Aqiqah di Kemboja. Kita kena juga bantu orang Islam disana.” Kata dia.

Yang ni aku heran. Pasai apa nak buat kat Kemboja? Kat tempat lain tak boleh ka? Kat tempat sendiri tak boleh ka? Aku diam saja.

“Pakej kelima…ini produk baru kita iaitu tepung tayammum. Kalau ada orang tua kita yang sakit..tak boleh nak ambil wuduk..boleh pakai tepung tayammum ni.”

Yang ini aku lagi pelik. Dah darurat sangat ka?

“Dan akhir sekali..pakej tahlil untuk mendoakan mereka yang sudah meningggal dunia. Kita faham…ramai anak-anak yang terlalu sibuk sekarang..jadi kita buatkan untuk mereka. Tak mahal…Cuma RM150.00 satu malam.”
Yang ni aku fed-up. “Pakej upah sembahyang tak ada ka? Saya pun sibuk sangat…kalau ada orang boleh sembahyangkan untuk saya…yang tu saya sanggup bayar.” Aku jawab.

Moral: bila agama dijual belikan, bila ibadat tidak punya sandaran sunnah, bila yang bercakap hal agama tidak punya kepakaran, bila umat sambil lewa isu agama, bila institusi Islam disalah guna, Islam akan ditertawakan oleh mereka yang bijaksana dan berakal. 

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda. "Lagi akan datang kepada manusia tahun-tahun yang tandus (kemarau panjang). Dan pada waktu itu orang yang berdusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan berdusta. Orang khianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berpeluang bercakap hanyalah golongan "Ruwaibidhah"". Sahabat bertanya, "Apakah Ruwaibidhah itu hai Rasulullah?". Nabi saw. menjawab, "Orang yang kerdil dan sebenarnya hina dan tidak mengerti urusan orang ramai".

حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ هَارُونَ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْمَلِكِ بْنُ قُدَامَةَ الْجُمَحِيُّ عَنْ إِسْحَقَ بْنِ أَبِي الْفُرَاتِ عَنْ الْمَقْبُرِيِّ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَيَأْتِي عَلَى النَّاسِ سَنَوَاتٌ خَدَّاعَاتُ يُصَدَّقُ فِيهَا الْكَاذِبُ وَيُكَذَّبُ فِيهَا الصَّادِقُ وَيُؤْتَمَنُ فِيهَا الْخَائِنُ وَيُخَوَّنُ فِيهَا الْأَمِينُ وَيَنْطِقُ فِيهَا الرُّوَيْبِضَةُ قِيلَ وَمَا الرُّوَيْبِضَةُ قَالَ الرَّجُلُ التَّافِهُ فِي أَمْرِ الْعَامَّةِ
Abu Bakr bin Abi Syaibah menuturkan kepada kami. Dia berkata; Yazid bin Harun menuturkan kepada kami. Dia berkata; Abdul Malik bin Qudamah al-Jumahi menuturkan kepada kami dari Ishaq bin Abil Farrat dari al-Maqburi dari Abu Hurairah -radhiyallahu’anhu-, dia berkata; Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan penipuan. Ketika itu pendusta dibenarkan sedangkan orang yang jujur didustakan, pengkhianat dipercaya sedangkan orang yang amanah dianggap sebagai pengkhianat. Pada saat itu Ruwaibidhah berbicara.” Ada yang bertanya, “Apakah yang dimaksudkan dengan Ruwaibidhah?”. Beliau menjawab, “Orang bodoh yang turut campur dalam urusan masyarakat luas.” (HR. Ibnu Majah, disahihkan al-Albani dalam as-Shahihah [1887] as-Syamilah).
 


Oleh: MSK dengan sedikit tambahan dari admin

Isnin, 25 Julai 2011

Tahajjud Cinta & Penilaian Saya

Posted by Abu Hannan On 3:33:00 PTG




Tahajjud Cinta, sebuah drama tv yang baru sahaja disiarkan sebanyak 3 episod ketika saya menulis berkenaannya. Bertemakan Naskhah Islamik karya Erma Fatima, saya merasakan bahawa, Di Malaysia drama dan filem yang berunsur Islam baru berada diperingkat permulaan atau peringkat berjinak-jinak. Sesuatu yang perlu dibanggakan apabila tema Islami menjadi pilihan penerbit filem dan drama ketika mana banyak lagi terbitan-terbitan lain yang sifar Islami dramanya.

Tahniah Erma Fatima! Saya juga mengikuti drama beliau, Kitab Cinta yang telah tamat siarannya di TV al-Hijrah. Sebuah kisah cinta Islami yang turut dibintangi oleh Fazura. Apa yang saya lihat, mesej pandang sisi dalam siri penceritaan tersebut adalah berkisar berkenaan aplikasi hukuman syariah tanpa ada sebarang tindakan mendidik masyarakat terhadap hikmah hukuman tersebut. Akibatnya, mereka yang tidak faham, akan menilai Islam sebagai sebuah agama yang kejam dan tidak adil.

Begitu juga di Tahajjud Cinta, sebuah karya yang tidak murah harganya. Cuba untuk menceritakan berkenaan pengorbanan seorang wanita untuk mendapat hak mereka sebagai kaum hawa. Uniknya cerita ini, dua gambaran yang dilakukan empunya naskhah untuk memperlihatkan kepada masyarakat bagaimana lelaki yang berkepentingan mendominasi kaum wanita. Yang pertama (1) seorang suami yang memang tiada berlatarbelakangkan pendidikan agama, sering menjadikan isterinya tempat melepaskan nafsu kemarahan, manakala yang ke dua (2), lelaki yang nilai luarannya seperti seorang agamawan, menggunakan nas-nas suci al-Quran dan al-Hadith untuk kepentingan nafsunya. Mungkin ini yang cuba digambarkan oleh pengarah melalui drama ini.

Dua gambaran ini bagi saya sudah cukup untuk memahamkan masyarakat (penonton), bahawa itu adalah realiti sejak turun temurun bagaimana wanita diperlakukan sehingga ada diantara mereka mengganggap Islam sebuah agama yang tidak adil. Sebuah pencerapan kesedaran sivil berkenaan dua watak yang sering menghantui wanita. 

Walaubagaimanapun, sebuah naskhah Islami, tidak semestinya tajuknya juga perlu kepada perkataan-perkataan yang religioustik. Antara perkataan yang sering digunakan ialah antaranya, tasbih, kitab, sejadah juga lain-lain. Ini bagi saya hanya menyebabkan penonton akan terhad kepada kelompok-kelompok tertentu sahaja. Mereka yang bukan Islam mungkin akan mengalih siaran tv kerana beliau merasakan ia tidak sesuai dengannya.

Saya lebih suka dengan pendekatan yang lebih terbuka tetapi bersifat harmoni. Sebagai contoh sebuah filem Iran, jalan cerita yang sangat baik untuk semua lapisan masyarakat kerana nilai sivik yang tinggi juga sangat islamik. tajuknya hanya sekadar "KASUT". Apapun, ini hanya pandangan saya. Terpulang kepada pembaca untuk menilainya.

Berbalik kepada Tahajjud Cinta. Hari ini, ramai yang membantah siaran drama episod tersebut. Alasannya, terdapat adegan yang memberi tasawwur (gambaran) negatif pada pelajar agama. Adegan membuka purdah (penutup muka) yang dilakukan Wahdi kepada Seri.Adegan itu bagi saya bukanlah atas sikap suka sama suka antara mereka berdua. Wahdi melakukan perkara demikian adalah kerana keghairahan dia untuk melihat wajah Seri yang dia cintai. Dalam masa yang sama perbuatan tersebut telah menyebabkan Seri tergamam dan mungkin terkejut dengan perbuatan Wahdi. Jika ia dilakukan antara suka sama suka, saya juga mungkin akan turut serta 'Like' halaman Facebook yang membantah penyiaran cerita ini. Apapun, di sini saya sertakan apa kata Fouziah Gous berkenaan adegan itu untuk kita nilai. katanya: 

"Baru tiga episod ditayangkan. Penonton perlu lihat betul-betul. Contohnya, saya ada dialog, 'buang tabiat' kepada Wahdi ketika dia mahu membuka hijab saya, itu semua bersebab. Perlu faham dan jangan ikut emosi. Kalau dilihat dalam-dalam, kami menyampaikan dengan dialog yang jelas dan bukan gerak tubuh semata yang boleh dimanipulasikan. Jika ada yang tidak kena, saya minta maaf. Berilah peluang kepada naskhah ini dan fahami dahulu. Jangan terlalu merumitkan keadaan."
Realiti hari ini mungkin juga sedemikian.Saya melihat, Erma Fatima menggarap adegan tersebut mungkin hasil penelitian beliau terhadap realiti semasa. Jika ia sebuah cerita yang berdasarkan realiti, naskhah tersebut sebuah karya yang bernilai tinggi walaupun dicemuh oleh mereka yang kurang senang.

Contohnya cerita-cerita seram hantu. Pengarah filem contohnya akan melalukan studi terlebih dahulu sebelum melakonkan hantu apa yang sesuai dengan masyarakat tersebut untuk dibawa di dalam filem. Sifat hantu tersebut juga sangat penting untuk menggambarkan bahawa ia adalah sebuah realiti bukan fantasi. Jika tidak, ia hanya seperti cerita kartun. Apapun, itu hanya sangkaan saya.  

Kita Terlalu Cepat Menghukum
Saya melihat, fenomena menghukum tanpa menilai sedalam-dalamnya kesan yang akan berlaku sering terjadi kepada masyarakat, khususnya pelajar jurusan agama. Sikap ini bagi saya adalah sangat tidak sihat. Kebanyakkannya didasari oleh emosi. Institusi perfileman bertemakan cerita Islami di Malaysia masih baru. banyak hal yang perlu dipelajari oleh penggerak industri ini. Berilah peluang kepada mereka untuk untuk cuba melakukan transformasi secara berperingkat-peringkat.

Erma Fatima dahulu pernah ingin untuk menghasilkan teater musikal bertema Islami, tetapi tidak mendapat sambutan dari para penaja untuk menaja kos perbelanjaan teater tersebut. Ini adalah kerana teater tersebut temanya ISLAM. Walaubagaimanapun, hasil usaha beliau, teater tersebut tetap dapat dijalankan dengan baiknya. Jika kita tidak menyokong dan hanya pandai mengkritik tanpa memberi solusi penyelesaian, industri perfileman berunsur Islami alamatnya sukar untuk bertahan dan akhirnya akan berkubur di bumi Malaysia.  

Beri Cadangan
Islam sentiasa memberi gantian (Badil al-Syar'ie) kepada setiap kesalahan yang dilakukan dalam sistem kehidupan. itu bermakna, Islam adalah sebuah agama yang menyelesaikan masalah. Kita juga harus bertindak demikian. Jangan hanya pandai mengkritik dan menghentam tetapi tidak menyediakan solusi yang baik sebagai cadangan. Akibatnya, sangat jarang, penerbit atau pengarah filem datangnya dari mereka yang beraliran agama. Oleh sebab yang demikian, mereka yang sedar, walaupun tidak dari mereka yang khusus dalam aliran agama, mengorak langkah mengambil bahagian dalam kerja dakwah dalam ruang berkenaan. Dalam hal ini, saya memuji Ustaz Hasrizal Abdul Jamil yang memberi idea bernas dalam drama Cinta Sempurna. Nilai dakwah yang diilhamkan dari realiti yang dihadapi beliau diterapkan dalam drama tersebut.

Beri Masa
Ya, tidak semua yang dilakukan manusia, sempurna belaka. Ada cacat celanya yang tersendiri. Anda punya hak untuk menilai negatif, tetapi saya juga ada hak untuk bersuara positif. Jika hanya baru dua episod, kita sudah bertindak tidak sihat untuk tidak membenarkan cerita tersebut ditayangkan, hanya kerana beberapa adegan yang kita lihat 'terlampau', telah menyebabkan mesej utama yang ingin disampaikan tidak sampai kepada masyarakat. Jika benar ia akan diberhentikan, lalu digantikan dengan cerita cinta non Islami, apa yang ingin kita katakan lagi adalah sia-sia. Islam punya kaedah, jika perbuatan menjauhi kemudharatan itu menyebabkan mudharat lebih besar berlaku, ambil mudharat yang lebih kecil.

Beri masa dan ruang untuk mereka membina tapak untuk industri bertema Islami ini kukuh sebagai medan dakwah di Malaysia. Sudahlah kita tidak produktif, kerja kita hanya tahu mengkritik sahaja.

Akhirnya, saya secara peribadi menyokong usaha dakwah yang cuba dibawa oleh Erma Fatima sejak dari dahulu lagi. Kita tahu, tidak semua yang dilakukan tepat, mesti ada salah dan silapnya. Teguran membina sangat diperlukan oleh manusia seperti beliau. Saya juga merupakan salah seorang pelajar Malaysia yang menuntut di Jordan, tetapi saya tidaklah seperti yang didakwa oleh empunya halaman yang bantahan drama tersebut. Saya sangat bersetuju dengan mesej utama yang ingin disampai dalam drama tersebut. nasihat saya, teruskan idea bernas itu, agar masyarakat arif hak mereka sebagai wanita muslim dilindungi oleh Islam.

Wallahu A'lam

Ahad, 10 Julai 2011

Ayatullah Yaasir al-Habib Terkena Kanser Mulut Selepas Bermubahalah

Posted by Abu Hannan On 9:00:00 PTG


Sekitar bulan Jun yang lepas, hangat diperkatakan bahawa Ayatullah Yaasir al-Habib yang berfahaman syiah yang mengkafirkan sahabat kini telah ditimpa musibah akibat dari kesan sumpah mubahalah yang pernah dilakukannya bersama Syaikh Muhammad al-Kus. Kita boleh sahaja menyaksikan video mubahalah tersebut di laman web youtube khususnya. 

Mubahalah tersebut sekitar tajuk sama ada Para Sahabat Rasulullah s.a.w termasuk isteri kesayangan baginda Nabi s.a.w Ummul Mu'minin ahli neraka atau tidak. Ayatullah Yaasir al-Habib berpendirian bahawa kesemua Sahabat r.anhum juga Ummul Mukminin adalah ahli neraka dan munafiq manakalah Syaikh Muhammad al-Kus berpendirian sebaliknya. Berikut adalah rakaman sumpah mubahalah yang dilakukan mereka berdua:



Berita bahawa Ayatullah Yaasir al-Habib telah mengidap penyakit barah mulut tersebut telahpun keluar di akhbar-akhbar utama negara Arab seperti Akhbar 'Ukkaz, al-Muraabit al-'Iraqiah, al-Anba' dan lain-lain lagi.

Difahamkan dari kenyataan akhbar yang disahkan sendiri oleh Syaikh Muhammad al-Kus yang mewakili jemaah ahlu al-Sunnah wa al-jamaah, Ayatullah Yaasir al-Habib mengidap penyakit barah mulut, lidah dan rahang sebalah kanan selepas 8 bulan majlis mubahalah diadakan.

Ini adalah laknat yang diturunkan oleh Allah ke atasnya akibat sering mencerca Ummul Mu'minin Aisyah r.anha. Akibatnya, Yaasir kini sukar untuk bertutur dan berbicara.

Ini adalah video rakaman sidang akhbar dan kenyataan rasmi Syaikh Muhammad al-Kus.



Ini adalah link-link akhbar berkenaan berita tersebut:


جريدة عكاظ
http://www.okaz.com.sa/new​/Issues/20110625/Con201106​25429023.htm

المرابط العراقي:
http://www.almorabit.com/m​ain/ar/almorabit-arabic-ar​ticles/34-articles-cat-ar/​3855-2011-06-16-18-05-35.h​tml

الأنباء:
http://www.alanba.com.kw/A​bsoluteNMNEW/templates/las​t2010.aspx?articleid=20560​8&zoneid=29&m=0

Wallahu A'laam.

Khamis, 16 Jun 2011

Awas Ancaman Syiah!

Posted by Abu Hannan On 9:11:00 PTG

hassan al-Attas syiah melayu (klik untuk mengenalinya)


Majoriti kaum muslimin menilai bahawa menentukan sikap terhadap Syi’ah adalah sesuatu yang sulit dan membingungkan. Kesulitan ini terpulang kepada banyak hal. Di antaranya kerana kurangnya informasi tentang Syi’ah. Syi’ah menurut majoriti kaum muslimin adalah eksistensi yang tidak jelas. Tidak diketahui apa hakikatnya, bagaimana ia berkembang, tidak melihat bagaimana masa lalunya, dan tidak dapat diprediksi bagaimana di kemudian hari. Berangkat dari sini, sangat banyak di antara kaum muslimin yang meyakini Syi’ah tak lain hanyalah salah satu mazhab Islam, seperti mazhab Syafi’i, Maliki dan sejenisnya.

Ia tidak memandang bahawa perbezaan antara Sunnah dan Syi’ah bukan pada masalah furu’ (cabang) saja, akan tetapi banyak juga menyinggung masalah ushul (fundamental/asas).

Hal lain yang menyulitkan untuk menentukan sikap terhadap Syi’ah adalah; bahawa majoriti kaum muslimin tidak bersikap realistik dan praktik. Mereka sekadar berangan-angan dan berharap tanpa mengkaji…
Dengan bahasa yang agak sepadan, sebahagian kaum muslimin mengatakan: 
“La, mengapa harus terjadi perselisihan? Marilah kita duduk bersama dan melupakan perselisihan di antara kita… yang Sunni meletakkan tangannya di atas yang Syi’i dan berjalan sama-sama. Kan kita semua juga beriman kepada Allah, Rasul-Nya dan hari kiamat?”

Orang ini lalai bahawa masalah yang sesungguhnya jauh lebih rumit dari ini…

Sebagai contoh, orang yang beriman kepada Allah dan hari akhir namun menghalalkan khamr (arak) atau zina misalnya, hukumnya kafir. Menghalalkan maksudnya memandang bahawa hal tersebut boleh-boleh sahaja, dan mengingkari pengharamannya dalam Al Qur’an atau Sunnah Nabi.

Berangkat dari asumsi ini, kita akan melihat hal-hal yang sangat berbahaya dalam sejarah kaum Syi’ah, yang mengharuskan para ulama Islam untuk merenung kembali dan menentukan sudut pandang Islam terhadap bid’ah-bid’ah kaum Syi’ah yang demikian besar.

Hal lain yang turut merumitkan masalah ini adalah; banyaknya luka Islam di majoriti negeri kaum muslimin, di samping banyaknya yang memusuhi mereka dari kalangan Yahudi, Nasrani, kaum salib, komunis, Hindu dan sebagainya.

Dari sini, sebagian mereka yang ‘intelek’ memandang agar kita jangan membuka front permusuhan baru. Hal ini boleh saja dibenarkan jika front tersebut mulanya tertutup lalu kita berusaha membukanya. Namun jika sejak semula telah terbuka lebar dan serangan mereka datang siang dan malam, maka mendiamkan hal tersebut berarti suatu kehinaan.

Kita tidak perlu lagi mengulang pertanyaan yang sering dilontarkan kebanyakan orang:  
“Apakah mereka (Syi’ah) lebih berbahaya dari Yahudi?”

Sebab hakikat dari pertanyaan ini adalah untuk membungkam lidah mereka yang sedar akan penderitaan umat, sekaligus membina kikuk mereka yang berusaha menjaga dan melindungi kaum muslimin.

Saya akan menyanggah mereka dan mengatakan kepada mereka:  
“Jadi apa salahnya kalau umat Islam menghadapi dua bahaya yang mengintai secara bersama-sama? Apakah muslimin Ahlussunnah yang mencari-cari alasan untuk menyerang Syi’ah, ataupun realiti di lapangan membuktikan berulang kali bahawa merekalah yang memulai serangan?”
Kita menyaksikan kuatnya serangan Syi’ah terhadap umat Islam, dan saya rasa realiti kita saat ini tak jauh berbeza dengan masa lampau. Bahkan saya bersaksi bahawa sejarah akan mengulangi dirinya, dan generasi muda akan mewarisi dendam kesumat nenek moyang mereka.

Tak ada kebaikan sedikit pun yang boleh diharapkan dari kelompok yang menganggap bahawa 99% sahabat Nabi adalah fasik, mengingat hal itu merupakan pengingkaran yang nyata akan sabda Rasulullah s.a.w:

“خَيْرُ النَّاسِ قَرْنِي”
“Sebaik-baik generasi adalah generasiku.” (HR. Bukhari no 3451 dan Muslim no 2533)

Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan yang lainnya.

Realita Syi’ah –dari dulu sampai sekarang- adalah amat sangat menyakitkan. 

Mari kita lihat kembali beberapa masalah yang akan menjadikan visi kita lebih jelas, sehingga dapat membantu kita untuk menentukan sikap paling tepat yang mesti kita ambil terhadap Syi’ah; lalu kita tahu: lebih baik bicara ataukah diam saja!

PERTAMA:
Semua orang tahu bahawa sikap Syi’ah terhadap para sahabat Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam mulai dari Abu Bakar Ash Shiddiq, Umar Al Faruq, Utsman Dzin Nuurain, lalu isteri-isteri Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam terutama Aisyah radhiallahu ‘anha hingga para sahabat secara umum, sebagaimana yang dinyatakan terang-terangan oleh sumber-sumber mereka yang telah mereka yakini; adalah bahawa para sahabat tadi adalah orang-orang fasik dan murtad. Majoriti mereka telah sesat dan berusaha menyembunyikan serta menyelewengkan ajaran Islam.

Dari sini apakah kita harus mengawasi dan diam saja ‘demi menghindari fitnah’?

Fitnah apakah yang lebih besar dari pada menuduh generasi teladan sebagai masyarakat ‘fasik dan pendusta’?!?

Marilah kita merenungi sama-sama perkataan bijak salah seorang sahabat yang bernama Jabir bin Abdillah radhiallahu ‘anhu:

“إذا لَعَنَ آخرُ هذه الأمَّة أوَّلها، فَمَنْ كان عنده علمٌ فليظْهره، فإنَّ كاتم ذلك ككاتم ما أُنزل على محمدٍ صلى الله عليه وسلم”.
“Bila umat Islam di akhir zaman mulai melaknat pendahulunya, maka siapa saja yang berilmu hendaklah menunjukkan ilmunya. Bila ia menyembunyikan, maka ia seperti yang menyembunyikan ajaran Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam.” (Nisbat riwayat ini kepada Nabi sanadnya dha’if, namun riwayat ini adalah dari perkataan Jabir bin Abdillah)

Bisakah Anda menangkap kedalaman makna ucapan ini?

Cercaan terhadap generasi sahabat bukan sekadar cercaan terhadap mereka yang telah tiada, tidak juga seperti ucapan sebahagian orang bahawa: “Cercaan tersebut tidak berbahaya bagi para sahabat, kerana mereka telah masuk Syurga, meskipun Syi’ah tidak suka.” Akan tetapi bahaya besar di balik ucapan ini ialah kerana cercaan terhadap para sahabat pada hakikatnya adalah cercaan terhadap Islam secara langsung. Sebab kita tidak mendapatkan ajaran Islam kecuali melalui para sahabat radhiyallahu ‘anhum.

Kalau berbagai cercaan yang menimbulkan keraguan akan akhlak, niat, dan perbuatan para sahabat dibiarkan; lantas agama model apa yang akan kita anut?

Hilanglah agama kita kalau kita terima semua itu. Hilanglah hadits-hadits Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dan ajaran beliau.

Justeru kita bertanya kepada Syi’ah: “Al Qur’an apa yang kalian baca sekarang? Bukankah yang menyampaikannya adalah majoriti sahabat yang kalian cerca? Bukankah yang berjasa mengumpulkannya adalah Abu Bakar Ash Shiddiq radhiallahu ‘anhu, yang kalian anggap berbuat licik untuk menjadi khalifah? Lantas mengapa ia tidak merubah-rubah Al Qur’an sebagaimana merubah-rubah Sunnah menurut tuduhan kalian?”

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda dalam sebuah hadits:

“عَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ المهديين مِنْ بَعْدِي”.
“Kalian wajib berpegang teguh pada Sunnahku dan Sunnahnya Khulafa’ur Rasyidin yang telah mendapat hidayah sepeninggalku.” (HR. Tirmidzi no 2676, Ibnu Majah no 42 dan Ahmad no 17184)

Jadi, Sunnah Khulafa’ur Rasyidien adalah bahagian yang tidak terpisah dari agama Islam. Hukum dan sikap yang diputuskan oleh Abu Bakar, Umar, Utsman dan Ali adalah hujjah (dalil) bagi setiap muslim, bila, di mana pun, dan sampai hari kiamat… lantas bagaimana mungkin hujatan terhadap mereka kita biarkan?!
 
Sebab itulah, ulama-ulama kita yang mulia demikian berang bila mendengar ada orang yang berani menghina sahabat. Imam Ahmad bin Hambal misalnya, beliau pernah mengatakan:

إذا رأيت أحدًا يذكر أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم بسوءٍ، فاتهمه على الإسلام
“Kalau engkau mendapati seseorang berani menyebut para sahabat dengan tidak baik, maka tuduhlah dia sebagai musuh Islam.” (Ash Sharimul Maslul ‘ala Syaatimir Rasul 3/1058 oleh Ibnu Taimiyyah)

Al Qadhi Abu Ya’la (salah seorang fuqaha mazhab Hambali) mengatakan: “Para fuqaha sepakat bahawa orang yang mencaci-maki para sahabat tak lepas dari dua kondisi: kalau dia menghalalkan hal tersebut maka dianggap kafir, namun jika tidak menghalalkannya maka dianggap fasik” (Ibid, 3/1061)

Abu Zur’ah Ar Razi (salah seorang pakar hadits yang wafat th 264 H) mengatakan:

“إذا رأيتَ الرجلَ ينتقص من أصحاب النبي صلى الله عليه وسلم، فاعلم أنّه زنديق”
“Kalau engkau mendapati seseorang mengkritik sahabat Nabi saw, maka ketahuilah bahawa dia itu Zindiq (munafik).” (Al Kifayah fi ‘Ilmir Riwayah hal 49 oleh Al Khatib Al Baghdadi)

Sedangkan Ibnu Taimiyyah berkata: 
“Barang siapa menganggap bahawa para sahabat telah murtad sepeninggal Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam kecuali segelintir orang yang jumlahnya tak sampai belasan orang, atau menganggap fasik majoriti sahabat; maka orang ini kekafirannya tidak diragukan lagi.” (Ash Sharimul Maslul 3/1110 oleh Ibnu Taimiyyah)

Sikap yang keras terhadap para pencerca sahabat ini, tak lain adalah kerana para sahabatlah yang menyampaikan agama ini kepada kita. Kalau salah seorang dari sahabat dicerca, berarti Islam jadi meragukan. Mengingat banyaknya pujian yang Allah berikan kepada mereka dalam Al Qur’an, maupun dalam Sunnah Nabi-Nya, jelaslah bahawa orang yang menghujat para sahabat berarti mendustakan ayat-ayat dan hadits yang cukup banyak tadi.

Mungkin ada yang berkata: “Lah, kami tidak pernah mendengar si Fulan dan si Fulan yang Syi’ah itu menghina para sahabat?”

Kepada mereka, kami ingin agar memperhatikan poin-poin berikut:

Pertama: Kaum Syi’ah Itsna Asyariyah pada dasarnya meyakini bahawa para sahabat telah bersekongkol melawan Ali bin Abi Thalib, Ahlul Bait, dan Imam-imam yang diyakini oleh mereka. Isinya, tidak ada seorang Syi’i pun (baik di Iran, Iraq, maupun Lebanon) melainkan ia meyakini kefasikan para sahabat. Sebab jika mereka menganggap para sahabat adalah orang shalih, hancurlah rukun iman mereka sebagai Syi’ah. Jadi, telah menjadi suatu keniscayaan apabila setiap orang Syi’ah baik pejabat, ulama, maupun rakyat jelata untuk bersikap tidak hormat kepada para sahabat, dan tidak menerima agama yang mereka bawa dalam bentuk apa pun.

Kedua: Tokoh-tokoh Syi’ah senantiasa mengelak untuk menampakkan kebencian mereka kepada para sahabat, meski terkadang nampak juga dalam sebagian statemen atau perilaku mereka, sebagaimana firman Allah:

لَتَعْرِفَنَّهُمْ فِي لَحْنِ الْقَوْلِ
“Dan kamu benar-benar akan mengenal mereka dari kiasan-kiasan perkataan mereka.” (Qs Muhammad: 30)

Banyak di antara kita yang menyaksikan debat antara DR. Yusuf Al Qaradhawi dengan Rafsanjani (mantan presiden Iran) di TV Al Jazeera. Kita sama-sama menyaksikan bagaiman Rafsanjani selalu mengelak dari setiap usaha DR. Qardhawi agar ia menyebut sahabat dan ummahatul mukminin (isteri-isteri Nabi) dengan baik.

Dan ketika Khomeini (pemimpin Revolusi Iran sekarang) ditanya tentang hukum mencaci-maki para sahabat, dia tidak mengatakan bahawa hal itu keliru atau haram. Namun ia menjawab secara dusta dengan berkata: “Semua perkataan yang mengakibatkan perpecahan di antara kaum muslimin pasti diharamkan dalam syari’at.” Intinya, haramnya mencaci-maki sahabat menurutnya ialah kerana hal itu menimbulkan perselisihan di antara kaum muslimin, bukan keranaa haram menurut syari’at, sebagaimana yang dilansir oleh koran Al Ahraam Mesir tanggal 23 November 2006.

Ketiga: Kita harus waspasa terhadap akidah ‘taqiyyah’ (bermuka dua/berolok-olok) yang menurut syi’ah adalah sembilan persepuluh dari agama mereka. Artinya, mereka biasa mengatakan perkataan yang bertentangan dengan keyakinan mereka selama mereka belum berkuasa. Namun setelah berkuasa mereka akan menampakkan jati dirinya terang-terangan.

Dalam sejarah Syi’ah, kita menyaksikan bahwa tatkala mereka menguasai beberapa wilayah Daulah Abbasiyah yang Sunni di Iraq, Mesir, Afrika Utara (Maghrib) dan semisalnya; mereka langsung terang-terangan mencerca para sahabat, dan menjadikan hal itu sebagai pokok agama mereka.

Jadi, jelaslah bagi kita dari sini akan pentingnya menjelaskan hakikat Syi’ah terhadap para sahabat yang mulia. Kalau tidak, maka orang yang menyembunyikan kebenaran ini ibarat syaitan yang bisu, dan sikap ini akan mengakibatkan kehancuran Islam.

KEDUA:
Bahaya Doktrinasi Syi’ah di Dunia Islam. Tidak diragukan lagi bahawa doktrinasi Syi’ah (tasyayyu’) demikian gencar dilakukan di berbagai negara Islam. Ia tidak hanya marak di tempat asalnya seperti Iran, Iraq dan Lebanon, namun kini berlangsung sangat kuat di Bahrain, Emirat Arab Bersatu, Syria, Jordan, Saudi Arabia, Mesir, Afghanistan, Pakistan dan negara-negara muslim lainnya. (Termasuk Indonesia yang dalam lima tahun terakhir meningkat secara drastis, lewat tokoh-tokoh mereka macam Jalaluddin Rakhmat, Quraish Shihab dan sebagainya. Bahkan menurut pengamatan sebagian pihak, jumlah murid Kang Jalal mencapai lebih dari 10 juta! Juga termasuk di Malaysia, apabila pihak berkuasa agama menahan sekurang-kurangnya dua kali terhadap pengikut Syiah Imam Dua Belas di Selangor, selain terdapat penulis novelis yang tidak mengakui dirinya Syi'i tetapi tulisan beliau penuh dengan unsur-unsur kepercayaan Syiah yang sesat–pent)

Parahnya lagi, banyak orang yang menganut pemikiran-pemikiran Syi’ah tanpa mengira bahawa mereka adalah Syi’ah. Bahkan setelah menulis beberapa artikel ini, kami –yaitu Dr. Raghib Sirjani- mendapat banyak e-mail yang penulisnya mengaku Sunni, namun isinya penuh dengan pemikiran dan gaya Syi’ah.

Kita juga tidak menutup mata akan perang global yang ditujukan kepada para sahabat lewat media massa (Yakni media massa di Mesir tempat penulis tinggal -pent) dan saluran-saluran televisyen di negeri-negeri Sunni. Yang paling masyhur ialah cercaan salah satu akhbar Mesir terhadap Siti Aisyah radhiallahu ‘anha beberapa hari terakhir. Demikian pula perang yang dilancarkan terhadap Shahih Bukhari, termasuk acara televisyen yang dibawakan oleh wartawan terkenal dan selalu mengkritik para sahabat dalam setiap episod.

Masalah semakin rumit dan tidak bisa didiamkan, mengingat adanya perkawinan silang antara manhaj (metod) Syi’ah dengan Tasawuf, dengan memberitahu bahawa keduanya mencintai Ahlul bait.

Dan kita semua tahu bahawa faham tasawuf demikian merebak di banyak negara di dunia. Dan fahaman ini telah terjangkit virus bid’ah, khurafat dan kemunkaran yang demikian banyak, dan bertemu dengan Syi’ah dalam hal mengultuskan Ahlul bait. Dari sini, penyebaran Syi’ah sangat mudah ditebak seiring dengan tersebarnya tarekat-tarekat Sufi.
Pemimpin Syiah dalam parti pembangkang terbesar di Bahrain, Ali Salman

KETIGA:
Kondisi di Iraq demikian mencengkam. Pembunuhan muslimin Ahlussunnah disebabkan identiti mereka adalah fenomena biasa yang sering terjadi. Setiausaha Agung ulama Ahlussunnah di Iraq yang bernama Harits Adh Dhaary menyebutkan bahawa ada lebih dari 100 ribu muslim Sunni yang tewas di tangan Syi’ah sejak tahun 2003 hingga 2006. Ditambah proses pengusiran yang terus menerus di beberapa lokasi demi mempermudah kekuasaan Syi’ah di sana. Dan majoriti mereka yang dideportasi (diusir) keluar dari Iraq adalah Ahlussunnah; dan ini menyebabkan perubahan susunan masyarakat yang sangat berbahaya akibatnya kelak.

Pertanyaannya sekarang: “Apakah fitnah yang timbul ketika membahas masalah Syi’ah lebih berbahaya dari fitnah terbunuhnya sekian banyak warga Ahlussunnah tadi? Lantas sampai bila masalah ini harus didiamkan? Padahal semua orang tahu betapa solidnya dukungan Iran dalam pembersihan mereka yang beridentiti Sunni?”

KEEMPAT:
  
Cita-cita Iran terhadap Iraq demikian besar, bahkan hal nampak nyata. Mengingat kedua negara sebelumnya pernah terlibat perang sengit selama 8 tahun penuh, dan sekarang jalannya terbuka lebar bagi Iran. Apalagi Iraq memiliki nilai religius penting bagi kaum Syi’ah, mengingat adanya wilayah-wilayah suci di sana, termasuk enam makam Imam Syi’ah. Di Najaf terdapat makam Ali bin Abi Thalib, lalu di Karbala’ terdapat kuburan Husein, dan di Baghdad terdapat makam Musa Al Kazhim dan Muhammad Al Jawwad, tepatnya di wilayah Al Kazhimiyyah. Sedangkan di Samarra terdapat makam Muhammad Al Hadi dan Hasan Al ‘Askari; dan masih banyak kuburan-kuburan palsu lain yang dikatakan sebagai kuburan para Nabi seperti Adam, Nuh, Hud dan Shalih di Najaf; namun semuanya palsu.

Selain Cita-cita Iran terhadap Iraq yang sangat berbahaya, Amerika juga mendukung terealisasinya cita-cita  tersebut. Kita semua menyaksikan bagaimana pemerintahan Syi’ah bentukan Amerika di Iraq. Sandiwara saling tuduh antara Amerika dan Iran sudah tidak mampan lagi sekarang, sebab tidak pernah terlintas dalam benak Amerika untuk menyerang Iran sama sekali, akan tetapi yang sangat mencemaskan bukanlah cita-cita untuk menguasai minyak atau kekayaan Iraq saja, bukan pula sekadar memperluas kekuasaan Syi’ah; namun parahnya mereka menjadikan kebrutalan dan sadisme tersebut sebagai sebahagian dari agama mereka. Sebab Syi’ah menuduh para sahabat dan pengikut mereka dari kalangan Ahlussunnah sebagai musuh-musuh Ahlulbait dan menjulukinya dengan naashibah atau nawaashib. Padahal kita lebih menghargai Ahlulbait daripada mereka.

Mereka lalu mengeluarkan hukum-hukum mengerikan atas tuduhan tersebut. Misalnya Khomeini yang mengatakan: 
“Pendapat yang lebih kuat ialah memasukkan nawashib (gelaran kepada ahlussunnah) sebagai ahlul harbi (lawan perang), yang hartanya halal di mana pun didapati, dan dengan cara apa pun.” (Tahrirul Wasilah 1/352 oleh Al Khumaini)
Lalu tatkala imam mereka yang bernama Muhammad Shadiq Ar Ruhani ditanya tentang hukum orang yang mengingkari keimaman dua belas imam, dia mengatakan sesuatu yang sangat aneh: 
“Sesungguhnya imamah (jabatan imam) lebih tinggi dari nubuwah (kenabian) dan kesempurnaan agama ini ialah dengan menjadikan Amirul mukminin alaihissalam sebagai imam; Allah ta’ala berfirman: alyauma akmaltu lakum dienakum (pada hari ini telah kusempurnakan bagimu agamamu). Maka siapa yang tidak mempercayai keimaman dua belas imam niscaya ia akan mati dalam kekafiran” (Lihat fatwa ini dalam link berikut: www.imamrohani.com/fatwa-ar/viewtopic.php)
Khomeini dalam bukunya Al Hukumatul Islamiyyah mengatakan bahawa para imam akan mencapai kedudukan yang tidak pernah dicapai oleh malaikat terdekat maupun rasul sekalipun. Kerananya, tidak mengakui keimaman menurut mereka lebih berat dari pada tidak mengakui kenabian, dan inilah tafsiran atas pengkafiran Syi’ah atas Ahlussunnah, yang diikuti dengan penghalalan darah mereka di Iraq dan negeri-negeri lainnya. Oleh kerana itu, Iraq harus dimasukkan dalam kekuasaan mereka kerana banyaknya tempat-tempat ’suci’ mereka yang masih dikuasai oleh orang-orang yang mereka anggap kafir.

KELIMA:
Ancaman langsung tak berhenti di Iraq saja, namun cita-cita mereka terus meningkat untuk menguasai daerah sekitarnya. Mereka menganggap Bahrain sebagai bagian dari Iran, sebagaimana pernyataan ketua pemeriksa umum Ali Akbar Nathiq Nuri di pejabat pemimpin revolusi ketika memperingati 30 tahun revolusi Iran. Ia mengatakan: “Bahrain pada dasarnya adalah wilayah Iran yang keempat belas, yang diwakili oleh seorang legislatif di majlis permusyawaratan Iran.” (Lihat situs al jazeerah berikut: www.aljazeera.net/NR/exeres/684338CB-837A-4879-8C7A-1A1B995DD286.htm)

Kita juga tahu bahwa Iran menduduki tiga pulau milik Emirat Arab Bersatu di teluk Arab, dan jumlah mereka makin bertambah di Emirat hingga nisbahnya mencapai 15% dari total jumlah penduduk, dan menguasai pusat-pusat perdagangan terutama di Dubai.

Demikian pula kondisinya di Arab Saudi yang tidak statik; sebab sejak revolusi Iran tahun 1979, berbagai gangguan stabiliti terjadi berulang kali di Arab Saudi. Bahkan itu terjadi secara langsung setelah revolusi Iran, dengan munculnya demonstrasi Syi’ah di Qathif dan Saihat (dua wilayah Saudi), yang paling gencar di antaranya adalah tanggal 19 November 1979.

Masalah pun kadang semakin parah hingga berubah menjadi semakin huru-hara dan kejahatan di Baitullah Makkah. Sebagaimana yang terjadi pada musim haji tahun 1987 dan 1989. Bahkan pasca jatuhnya pemerintahan Saddam Husein, sekitar 450 tokoh Syi’ah di Saudi mengajukan cadangan kepada putera mahkota ketika itu, yaitu Raja Abdullah dan meminta agar diberi jabatan-jabatan tinggi di dewan parlimen, jalur diplomasi, badan ketenteraan dan keamanan, serta menambah jumlah mereka di majlis syura.

Bahkan Ali Syamkhani, yang merupakan penasihat tertinggi masalah ketenteraan bagi pimpinan umum revolusi Iran mengatakan, bahawa bila Amerika menyerang projek nukliar Iran, maka Iran tidak sekadar membalas dengan menyerang fasiliti milik Amerika di teluk, namun akan menggunakan peluru-peluru berpandu  balistiknya untuk menyerang target-target strategiknya di teluk Arab. Pernyataan ini disiar oleh majalah Times Inggeris pada hari Ahad 10 November 2007.

Inikah semuanya?
Tidak… namun masih banyak sekali hal-hal yang belum kami sebutkan.
Dalam tulisan ini kami baru menyebutkan lima poin yang menjelaskan bahaya Syi’ah dan gentingnya masalah ini. Dan masih ada lima poin lagi yang tak kalah penting yang akan saya sampaikan dalam tulisan berikutnya atas izin Allah. Dan setelah itu kami akan paparkan metod paling tepat untuk mengatasi kondisi yang sangat berbahaya ini.
Masalah Syi’ah bukanlah catatan kaki dalam sejarah umat Islam, hingga sahaja boleh untuk ditinggalkan atau ditunda… namun ia merupakan masalah yang menduduki prioriti utama bagi umat Islam.

Kita semua mengetahui bagaimana Palestin dibebaskan dari tangan kaum Salib di atas tangan Shalahuddien; dan itu tidak terjadi kecuali setelah beliau membebaskan Mesir dari kekuasaan Syi’ah Ubeidiyyah. Dan ketika itu Shalahuddien tidak mengatakan bahawa perang salib harus lebih diprioritikan daripada menyingkirkan kekuasaan Syi’ah dari Mesir. Hal itu kerana beliau yakin bahawa kaum muslimin tidak akan mendapat pertolongan kecuali bila akidah mereka bersih dan tentara mereka ikhlas.

Shalahuddien juga tidak memaksa rakyat Mesir untuk berperang bersamanya demi target utamanya (yaitu pembebasan Palestin), kecuali setelah membebaskan mereka dari belenggu-belenggu Syi’ah Ubeidiyyah.

Apa yang kami sebutkan tentang Mesir di masa Shalahuddien sama dengan yang kami sebutkan tentang Iraq sekarang, demikian pula dengan setiap negara yang terancam oleh Syi’ah… dan kita harus mengambil pelajaran dari sejarah!

Semoga Allah memuliakan Islam dan kaum muslimin…

terjemahan dari web al-burhan.com

Perjalanan

Tembusi Petra, Jordan Slideshow: BenTaleb’s trip was created by TripAdvisor. Create a free slideshow with music from your travel photos.
Sabda Baginda SAW ; "Ketahuilah ia (Dajjal) berada di laut Syam atau laut Yaman.. akan datang dari arah timur (lalu menunjukkan dengan tangan baginda).."[Riwayat Muslim]. Daripada Abi Bakr al-Siddiq r.a, sabda Baginda SAW, "Dajjal akan muncul ke bumi dari arah timur bernama KHURASAN." [Riwayat al-Tirmizi]. Daripada Anas bin Malik r.a, sabda Baginda SAW, "Dajjal akan keluar dari kota Yahudi ISFAHAN (Khurasan, IRAN) bersama 70,000 penduduk ISFAHAN". [Fath al-Rabbani Tartib Musnad Ahmad. Ibn Hajar berkata : "Sahih"]. Ibn Kathir berkata, Dajal pada mulanya akan muncul dari ISFAHAN dari sebuah kota Yahudi [al-Nihayah fi al-Fitan wa al-Malahim]. ISFAHAN adalah sebuah bandar terbesar YAHUDI di Iran dan pusat loji nuklear Iran pada masa kini.