Sufian Talib Bersama Dr. Abdul Basit Abdul Rahman (kiri) ketika majlis Istiadat Konvokesyen KIAS
Beliau membesar di Segamat, Johor. Mendapat pendidikan awal seawal umur 6 tahun di Tadika Kemas seterusnya menyambung pelajaran diperingkat rendah di Sekolah Kebangsaan Batu Anam pada 1995 sehingga tahun 2000. Meneruskan pengajian diperingkat menengah tahfiz pada 2001 sehingga 2003 di Maahad Ihya al-Ahmadi, Banting Selangor. Menyambung pengajian menengahnya di Madinatul Ilmi, Bachok Kelantan sekitar tahun 2004-2005. Hasil dari minat terhadap ilmu-ilmu syariah, beliau telah meneruskan pengajiannya ke Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan dalam program diploma al-Syariah di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) dari tahun 2006 hingga 2009. Sekarang sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang Fiqh Wa Usuluh di Universiti AL al-Bayt, Jordan untuk program Ijazah Sarjana Muda dan akan tamat pada 2011.
Tesis pertama beliau yang bertajuk 'Tajassus, Mengintip Pesalah Khalwat; Satu Tinjauan Hukum Menurut Perspektif Syarak" telah melayakkan beliau dianugerahi Diploma pada Majlis Konvokesyen KIAS pada 2009. Beliau aktif menulis sama ada di dalam blog juga di dalam makalah-makalah dan majalah. Merupakan sebahagian daripada kolumnis Majalah Risalah Syariah terbitan Jabatan Syariah KIAS. Sering juga menulis helaian-helaian artikel sebagai edaran dakwah. Beliau pernah mengejutkan Malaysia satu ketika dahulu dengan pencerahan beliau berkenaan AJL dan unsur-unsur luar Masonic. Beliau kini sedang menyiapkan satu lagi karya penulisannya yang bertajuk 'Ajaibnya Minda'.
Pernah berkhidmat sebagai Pembantu Penyelidik kepada Dr. Ahmad Najib Bin Abdullah al-Qari', Penyarah Universiti Malaya pada awal 2009. Selain itu, beliau juga aktif dalam kerja-kerja dakwah siber dan mengetuai usrah bersama pemuda-pemuda di Segamat. Hasil minat dengan dunia pengkajian menyebabkan beliau kerap berjumpa dengan tokoh-tokoh agamawan tanah air seperti, Dr. Ahmad Najib Bin Abdullah, Dr. Johari Mat, Dr. Maszlee Malik, Dr. Zakaria Daud, Maulana Asri Yusof, Us Hasyimi Che Pa dan lain-lain.
Bersama Us. Farid Ravi Di AABU, Jordan.
Bersama Dr. danial Zainal Abidin di klinik beliau di Pulau Pinang
Kedua Ibu dan Ayah bersama Dr. Abdul Basit Abdul Rahman di Majlis Konvo KIAS
Bersama Dr. Johari Mat di Pejabatnya
Menyambut kedatangan TG Nik Abdul Aziz di Madinatul Ilmi, Kandis
Ustz. Nurul Akma Bin Mohammad, Penyelia Tesis Diploma penulisan
Bersama wartawan Astro Awani
Bersama Us. Hasrizal (saifulislam.com) & Dr Maszlee Malik di Mu'tah University, Jordan.
Pengerusi Aqsa Syarif

















3 Komen:
anda layak menadi jurucakap freemason, syabs belajar jauh jauh tetapi akal kontot...pemakn najis biasiswa kerajaan talibarut zionis jordan(asal palestin) dan alsaud al lawrence..syabas kafirkanlah di nejad dan hassan nasrallah anda budak muda yang akan menjadi tua macam para sheikh buta mata sebelah al saud apabila berhadapan dengan Ilahi yang akan menanya anda bagaimana anda menyesatkan 500 juta enganut mazhab ahlul bait jaafari.syabas..dan ingat orang macam anda dan kawan kawan anda akan diterus dimakan oleh USA plus zionis plus dajal..dan tidak akan kemana mana mungkin hanya hebat apabla janggut panjang sampai ke perut...orang sesat makinmaju orang jagut buta makin khayal dengan sejarah palsu
wahabi laknatullah...
Picik dan lemah akal, Rasulullah Saw. dan ahlul bait sangat sedih dan terhina..bertobatlah ya akhi..
Catat Ulasan
Pada pendapat anda?