Pendahuluan
Bagi menjamin sebuah Negara yang punyai
jatidiri, teguh dan disegani kawan dan lawan, sudah tentu salah satu kreteria
yang menjadi kayu ukurnya adalah cara hidup masyarakat yang bertunjang kepada
prinsip keagamaan yang kukuh juga memegang prinsip tatasusila dan kesopan
sebaiknya. Ini jugalah yang ditekankan dalam rukun negara kita yang sangat
luhur.
Pula itu, Malaysia yang terlatak di benua
asia, sangat terkenal dengan budaya sopan, hormat menghormati dan masyarakat
yang patuh pada agama, seeloknya ciri-ciri ini dikekalkan walaupun percaturan
globalisasi serangan hedonisme barat terus menyerang media-media massa kita
pada hari ini.
Hari ini, salah satu serangan pemikiran dan
cara hidup yang perlu ditangkis secukupnya adalah berkenaan dengan isu LGBT
yang sehingga kini masih lagi diperkatakan. Ini ekoran adanya sebuah kumpulan
yang tanpa segan silu memperjuangkan hak mereka-mereka yang berorientasikan
LGBT. Mereka dengan berani tampil dengan acara-acara tertentu bagi menuntut
pihak kerajaan mengiktiraf cara hidup itu selain mengalihkan stigma masyarakat
agar persepsi sebaliknya kepada LGBT timbul dan diakui tanpa kesalahan.
Hakikatnya LGBT adalah satu cara hidup yang sememangnya tidak diterima oleh
agama, tidak juga oleh manusia yang berakal sihat.
Maka pada hari ini, telah lahir sekumpulan
NGO-NGO Islam yang bangkit mempertahankan keharmonian bermasyarakat berasaskan
prinsip-prinsip Islam. Mereka bergabung dengan kekuatan wahdatul fikr (kesatuan
idea) dan wahdatul amal (kesatuan tindakan) bagi mempertahankan institusi
kesopanan dalam masyarakat kekal tanpa gangguan anasir kotor dan jelek. Salah
satunya NGO aktif yang benar-benar menentang segala isu yang berkait dengan pemesongan
fahaman umat Islam ialah Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM).
Karektor Fifi
dalam siaran Radio Hot.fm
memandangkan NGO-NGO Islam
semua satu suara dalam menentang LGBT, adalah sangat elok untuk NGO-NGO Islam
terutama PPMM mwnyuarakan kebimbangan terhadap beberapa isu yang mungkin dilihat
enteng atau masalah kecil oleh sesetengah pihak.
Satu-satunya isu yang PPMM lihat cuba dinormalisasikan di media-media Malaysia hari ini ialah watak lelaki lembut bersuara wanita yang dibuat-buat. Watak sebegini kebelakangan sering ditonjolkan di kaca-kaca televisyen, Watak ini juga dalam pemerhatian PPMM sering diselitkan antaranya dalam siaran televisyen yang bergenre komedi, ini tidak kurang juga ditonjolkan di corong-corong radio. Kini, apa yang dilihat, ia sedang berlaku di radio Hot.fm apabila watak 'Fifi', sebagai lelaki lembut menjadi salah seorang penyampai di stesen radio berkenaan.
Watak tersebut mungkin dari mata kasar hanya sekadar watak komedi dan tidak lebih dari itu. Akan tetapi, secara tersiratnya, ia ingin mengambarkan bahawa masyarakat sedang menerima 3 gender dalam kehidupan bermasyarakat di Malaysia iaitu, Lelaki, Perempuan dan Pondan/Transgender.
Lebih merbahaya apabila ada penyampai radio lelaki menyatakan kepada penyampai radio berwatak fifi tersebut dengan katanya "cik fifi memang suka duduk depankan..." pada 27 Mac 2012 . Walaupun sekali dengar seolah ia satu komedi, tetapi pada makna lain, ia menunjukkan keingin seksual si Fifi yang berwatak pondan.
Saya mengandaikan, dalam
sepuluh responden yang mendengar perbualan penyampai tersebut, hanya 2 orang
yang sensitif terhadap dialog tersebut. Ini jika dibiarkan berterusan, hanya
akan mematikan sensitiviti masyarakat selain ianya sebagai memudakan lagi
budaya ini diterima oleh masyarakat di Malaysia.
Saya melihat, walaupun
tiada sokongan secara zahir kepada kumpulan penyokong LGBT dibuat oleh
media-media arus perdana di Malaysia, akan tetapi secara tersiratnya, dengan
adanya watak-watak pondan, lelaki lembut dan lain-lain, ia seolah-olah membantu
kumpulan tersebut mempromosi cara hidup sedemikian. Pendekatan seperti ini
hanya akan memperlihatkan kepada masyarakat sikap tidak ikhlas dan bermuka-muka
pihak media dalam menangani isu serius ini.
gambar hiasan |
Teguran kepada Stesyen Radio Hot.fm
Di kesempatan ini, saya meminta agar bukan sahaja radio Hot.fm cuba
memperbaiki modul siaran, begitu juga kepada penyiar-penyiar rakan media yang
lain terutama media televisyen dan media cetak. Pastikan siaran tersebut
menepati norma-norma hidup bermasyarakat yang tinggi dengan budaya dan adat
ketimuran berdasarkan neraca al-Quran dan al-Sunnah.
Rasulullah s.a.w bersabda dalam sebuah hadith:
“Bukan dari golongan kami siapa saja wanita yang menyerupai
lelaki dan siapa saja lelaki yang menyerupai wanita.”(Musnad
Ahmad, no: 6875 dengan sanad yang dinilai hasan oleh Ahmad Syakir)
Bahkan ‘Abdullah ibn ‘Abbas r.a. menerangkan bahawa:
“Rasulullah s.a.w. melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan
wanita yang menyerupai lelaki.” (Shahih al-Bukhari,
no: 5546). Hadis-hadis larangan dalam bab ini juga diriwayatkan oleh Abu
Hurairah dan Aisyah r.a.
Berdasarkan dua hadith nabi s.a.w. di atas, secara mijoritinya, ulamak
berpendapat bahawa lelaki dan wanita yang berusaha untuk menyerupai jantina yang
berbeza dengannya adalah salah satu perbuatan haram lagi dibenci. Menyerupai di
sini tidaklah hanya tingkah laku, akan tapi, cara hidup, penampilan, pakaian
dan lain-lain lagi.
Dalam hal ini, kanak-kanak yang belum baligh juga tidak tertinggal dari hukum
tersebut. Haram bagi ibu bapa kanak-kanak termasuk penjaga yang berusaha
mengenakan pakaian perempuan kepada anak lelaki mereka, begitu juga sebaliknya,
mengenakan pakaian lelaki kepada kanak-kanak perempuan.
Dr. Jamil bin Habib al-Luwaihiq menjelaskan:
“Apa-apa yang berlaku untuk orang lelaki dan wanita dalam bab ini,
berlaku pula untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan. Maka tidak boleh
mengenakan kepada kanak-kanak lelaki pakaian kanak-kanak perempuan atau
mengenakan kepada kanak-kanak perempuan pakaian untuk kanak-kanak
lelaki.” [al-Tasyabbuh al-Manhy ‘Anhu fi al-Fiqh al-Islami (edisi
terjemahan oleh Asmuni dengan judul Tasyabbuh Yang Dilarang Dalam Fikih
Islam; Darul Falah, Jakarta, 2007), ms. 138, Hafiz Firdaus Abdullah, Islam, Jantina dan Seks]
Melalui hadith-hadith
tersebut, juga pandangan salah seorang ulama’ berkenaan isu LGBT ini,
menunjukkan bahawa Islam benar-benar serius menangani dan mencegah perkara
berhubung isu ini dari menular dalam urat masyarakat kita.
Jika kita tidak bersatu
berganding bahu dalam mengubati, menangani dan mencegah gejala ini, saya berpendapat, Umat Islam akan melalui satu jalan sukar dan getir di masa hadapan
kelak. Ini kerana apa yang PPMM lihat menjadi faktor semakin meningkatnya
gejala LGBT ini adalah dari watak-watak yang ditonjolkan di dalam media seolah
menyokong karekter yang dibawa pengamal LGBT ini.
Apapun, ini bukanlah satu-satunya kes yang memalukan, banyak lagi rancangan yang sengaja menonjolkan watak-watak pondan, gay, tomboy, pengkid dan lain-lain dalam media arus perdana kita.
Sekali lagi, saya berharap agar adanya gesaan dari pihak NGO lain dan pihak kerajaan melalui kementerian-kementerian terbabit untuk memantau gejala ini agar ia tidak terus menular dan dipandang biasa suatu hari nanti oleh seluruh masyarakat Malaysia.
Saya juga meminta agar
pihak Stesyen Radio Hot.fm menghentikan serta merta rancangan yang menyiarkan
watak Fifi tersebut dan menukar segmen siaran tersebut kepada yang lebih
berobjektif menghidupkan sakhsiah masyarakat pendengar. Gesaan ini tidaklah
terhenti kepada Stesyen Radio berkenaan sahaja malah ia turut melibatkan
seluruh pengamal media tempatan.
Sekian, wassalam.