Muktahir
ini, muncul suatu golongan yang asyik mengkritik apa sahaja yang
dirasakan tidak sekepala dengan mereka. Mereka ini boleh muncul di
mana-mana laman sosial seperti facebook, forum-forum malah terdapat juga
blog-blog yang tumbuh bagai cendawan atas dasar mengkritik ini. Tidak
dapat dipastikan puncanya, barangkali mereka terpengaruh dengan
rancangan seumpama Akademi Fantasia, American Idol dan sebagainya.
Mereka berfikir sekiranya mereka dapat mengkritik selantang Simon
Cowell, mungkinkah mereka akan mendapat lebih perhatian yang diingini?