JTR mengalu-alukan tuan puan untuk membaca tulisan dalam blog ini bagi manfaat tuan puan
Photobucket

Jumaat, 26 Mac 2010

Kenal Ya'juj & Ma'juj?

Posted by Abu Hannan On 10:16:00 PTG 22 comments

 adakah ini gambaran sebenar kaum mereka?
 
Ya'juj dan Ma'juj adalah dua suku besar, masih termasuk anak cucu adam. Berasal dari keturuanan Yafits putera Nuh a.s dan mereka tidak hidup di alam ghaib seperti para malaikat dna bangsa jin.

Secara fizikal mereka berasal dari ras bangsa Turki, negara-negara tentangga, anak keturunan mereka, dan yang serumpun dengan mereka. Tempat tinggal asli mereka adalah di bahagian utara benua Asia, tepatnya di negara Mongolia dan bahagian timur Turkistan. Mereka tetap berada di wilayah tersebut dan tidak mampu keluar darinya disebabkan ada dinding Zulkarnain yang dipancang dengan kuat sejak bertahun-tahun lamanya.

Mereka mula keluar pada zaman Nabi s.a.w.:
"Celakalah orang-orang Arab kerana keburukan yang telah dekat. Hari ini dinding Ya'juj dan Ma'juj telah dibuka seperti ini." Seraya beliau melingkarkan ibu jadi dengan jari telunjuk. (HR Bukhari & Muslim)




 

22 Komen:

Salam,syabas infomasi banyak membantu,yang penting, kesedaran bahawa ianya akan tiba jua satu hari nanti.

brother One, kekadang, dgn cara ini sahaja, kita takut untuk melakukan dosa dan berusaha yang terbaik untuk meraih syurga Allah..

Semoga ALlah menjauhkan kita dari fitnah gog magog ini...

assalammualaikum :) sy salah seorang dpd manusia yg membaca blog kamu. Mula kenal blog kamu semenjak keluar dlm surat kabar. byk sy perlu belajar dan membetulkn diri sy dengan membaca blog kamu. terima kasih

terima kasih kepada wawa meiko, semoga kita dpat berubah dari baik kepada yg lebih baik... Apa pun, saya cuma berusaha agar kita tidak terus lena dengan dodoian dunia, bahkan harus terus berhati2 dengan fitnah akhir zaman yg sangat dahsyat ini.

Semoga Allah menghindari kita dari fitnah al-masih al-dajjal!

Salam ukhuwwah!

betul ke ni?
aku ada baca buku yang dia cakap yakjuj dan makjuj ni orang biasa dan bkn ni pagari oleh tmbok yang ghaib.
untuk keterangan lnjut, sila baca buku bertajuk yakjuj dan makjuj karya muhamad alexander penulis dari indonesia

sedang dalam pembacaan... Terima kasih Kerk!

salam.
sy dah bca buku dr muhammad alexander tu. hujah2nya sgt relevan&logik.rsanya agak susah bg penulis2 barat menentangnya.
dulu fikiran sy bgtu smpit & ingtkan yakjuj makjuj itu mcm rksasa (mole people) yg saintis tgah kaji tu..rupa2nya manusia mcm kita gak la.tembok tu bukan tembok ghaib.

tanpa nama di atas, terima kasih atas perkongsian yg bersifat testimoni kepada buku tersebut. Saya sedang lagi dalam pembacaan..

Terima kasih sekali lagi! =)

hakikat sebenar yakjuj makjuj ini tidak penting,yang penting apa yang kita sedari dari kewujudannya..lgpun,ulasan tentang fizikal makhluk ini kurang penjelasannya didlm Al-quran dan haddis sahih..

anda adalah seorang muda yg bertuah kerana Diterang hati oleh Allah untuk berdakwah dgn cara anda ini.. tahniah dan teruskan usaha2 mulia anda ini.. setiap post anda telah saya jadikan education items utk anak2 saya dan diri saya sendiri.. selamat berjaya...

Terima kasih yg tidak terhingga... semoga ALlah merahmati saya dan keluarga anda!

maklumat kat link ni mcm menarik

http://www.hanifwahid.com/blog/2010/02/15/gog-and-magog-p3-the-barrier-and-origins-%E2%80%93-transcript/

Terima kasih berkongsi link!

salam... saya cadangkan pembaca2 menonton video series "age of dajjal" di youtube (semuanya 30 episode). Ia ada juga menerangkan pasal Yakjuj dan Makjuj, yg mulanya dari puak Khazar yg telah memeluk agama Yahudi..
yg lebih memeranjatkan ada satu perayaan, Lord Mayor's Show di London (http://en.wikipedia.org/wiki/Lord_Mayor%27s_Show) yg telah disambut sejak dari 1535 yg mereka akan membawa patung Gog dan Magog (Yakjuj & Makjuj) yg dikatakan 'gergasi' penjaga bandar London..

ya'juj ma'juj ni zionis..akan muncul di palestin..satu bangsa perosak..

penambahan www.tv9.com.my
halaqah (4 part) 28 mac 2010

http://www.tv9.com.my/Shows/Episodes.aspx?MasterID=66%20&ShowID=544&MenuID=1&SubMenuID=1&TemplateID=2&EpID=32132&VideoID=32859#ancPlayer

Terima kasih.. Semoga Allah merahmati..

saya memang dari dlu pembaca blog ini dan sy sungguh berterima kasih dengan penulis kerana informasi didalam blog ini..dah lama saya mengkaji tentang yakjuj dan makjuj ini dan bebrapa buku yg saya baca mempunyai berbagai pendapat...sy menghargai buku yang ditulis oleh muhammad elexander yang sy kira sebagai buku terbaik untuk dibuat rujukan pada masa ini...harap penulis blog ini terus berusaha untuk membongkar usaha2 musuh islam untuk mengharcurkan kaum muslimin..

Terima kasih, doakan saya dan crew2 JTR yg lain dpt menruskan menjejaki tinggalan rasul ini..

teruskan usaha murni anda.. tumpang kongsikan kupasan anda di facebook saya.. moga Allah merestui niat baik kite semua.. teruskan mengupas n berkongsi sbb umat islam berhak tau semua ini esp agenda yahudi

sekiranya dajjal, yakjuj dan makjuj adalah simbolik, maka andaiannya:
dajjal=yahudi, freemason, illuminati...
yak/makjuj=komunis rusia/cina (atheis)
wallahuualam

kepada yang berkenaan, izin kan aku share ya.

Catat Ulasan

Pada pendapat anda?

Perjalanan

Tembusi Petra, Jordan Slideshow: BenTaleb’s trip was created by TripAdvisor. Create a free slideshow with music from your travel photos.
Sabda Baginda SAW ; "Ketahuilah ia (Dajjal) berada di laut Syam atau laut Yaman.. akan datang dari arah timur (lalu menunjukkan dengan tangan baginda).."[Riwayat Muslim]. Daripada Abi Bakr al-Siddiq r.a, sabda Baginda SAW, "Dajjal akan muncul ke bumi dari arah timur bernama KHURASAN." [Riwayat al-Tirmizi]. Daripada Anas bin Malik r.a, sabda Baginda SAW, "Dajjal akan keluar dari kota Yahudi ISFAHAN (Khurasan, IRAN) bersama 70,000 penduduk ISFAHAN". [Fath al-Rabbani Tartib Musnad Ahmad. Ibn Hajar berkata : "Sahih"]. Ibn Kathir berkata, Dajal pada mulanya akan muncul dari ISFAHAN dari sebuah kota Yahudi [al-Nihayah fi al-Fitan wa al-Malahim]. ISFAHAN adalah sebuah bandar terbesar YAHUDI di Iran dan pusat loji nuklear Iran pada masa kini.