JTR mengalu-alukan tuan puan untuk membaca tulisan dalam blog ini bagi manfaat tuan puan
Photobucket

Isnin, 5 April 2010

Dajjal...

Posted by Abu Hannan On 6:48:00 PG 13 comments

 (antara gambaran kepercaya catholic-antichrist)

Alhamdulillah, terlalu ramai yang mengutarakan soalan kepada saya mengenai dajjal dan berharap agar saya dapat menceritakan serba sedikit mengenai perihal al-Masih al-Dajjal ini. InsyaAllah, walaupun sedikit di sebabkan tanggungjawab yang agak terbatas, tetapi saya berharap agar ia memberi sedikit kepuasan kepada pembaca sekalian. Walaubagaimana pun, saya ingin menasihati pembaca sekalian agar memahami isu ini sebagai isu aqidah kerana ia termasuk dalam ghaibiyyat (perkara yang akan datang) justeru itu, JTR berharap agar apabila kalian ingin memahami isu ini, wajib untuk kita kembali kepada dua sumber terbesar umat Islam, al-Quran dan al-Sunnah yang sahih. 


Soalan:
Salam... Ustaz, boleh terangkan sedikit mengenai dajjal? saya masih kelabu mengenainya?

Dajjal menurut bahasa artinya adalah pembohong besar. Orang-orang yang suka memalsukan hadis, oleh para ahli hadis disebut juga dengan dajjal. Demikian pula para pendusta terhadap agama Islam, baik mengaku sebagai rasul ataupun membuat bid’ah juga dinamakan dengan dajjal

عن أبي هُرَيْرَةَ يَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « يَكُونُ فِى آخِرِ الزَّمَانِ دَجَّالُونَ كَذَّابُونَ يَأْتُونَكُمْ مِنَ الأَحَادِيثِ بِمَا لَمْ تَسْمَعُوا أَنْتُمْ وَلاَ آبَاؤُكُمْ فَإِيَّاكُمْ وَإِيَّاهُمْ لاَ يُضِلُّونَكُمْ وَلاَ يَفْتِنُونَكُمْ

Dari Abu Hurairah, ia berkata; Rasulullah saw bersabda; Akan datang di akhir zaman dajjal-dajjal pembohong. Mereka datang kepada kalian dengan membawa hadis yang tidak pernah kalian dengar dan tidak pernah didengar oleh orangtua kalian. Maka waspadalah kalian dan hindarilah mereka, nescaya mereka tidak akan menyesatkan kalian dan mendatangkan bencana bagi kalian (HR Muslim)

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِىِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ لاَ تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يُبْعَثَ دَجَّالُونَ كَذَّابُونَ قَرِيبٌ مِنْ ثَلاَثِينَ كُلُّهُمْ يَزْعُمُ أَنَّهُ رَسُولُ اللَّهِ

Dari Abu Hurairah ra, dari nabi saw bersabda, tidak akan terjadi kiamat sehingga dibangkitkan dajjal-dajal pendusta, jumlahnya mendekati tiga puluh, semuanya mengaku bahawa dirinya rasul Allah (HR Muslim)

Angka 30 di dalam hadis di atas bukanlah angka tetap, melainkan menggambarkan banyak. Sebab di dalam hadis lain dikatakan
يكون قبل الدجال نَيّفٌ وسبعون دجالاً

Sebelum datangnya dajjal (akbar), ada tujuh puluh-an dajjal (HR Ibnu Abi Syaibah)

Hadis-hadis di atas menjelaskan bahawa para pendusta terhadap agama ini adalah dajjal. Tetapi jika dajjal itu diikuti dengan al-Masih ad-dajjal, maka itu adalah dajjal akbar. Dajjal ini dijelaskan sebagai sebuah fenomena yang akan muncul menjelang tibanya kiamat.
 (representation of al-dajjal)

Sebagai sebuah tanda kiamat, maka masalah ini termasuk persoalan ghaibiyyah. Dalam masalah-masalah ghaibiyyah, tidak ada orang yang mengetahuinya kecuali mendasarkannya kepada dalil-dalil syara’. Maka dalam menyebutkan ciri-ciri dajjal, juga harus berdasarkan kepada dalil syara’. Kalau di dalam al-Qur’an disebutkan maka diambil dari al-Qur’an, tetapi kalau tidak ada maka harus diambil dari hadis nabi.

Berikut ini beberapa hadits shahih yang menyebutkan ciri-ciri dajjal, yang juga merupakan dalil akan munculnya Dajjal:
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ بَيْنَا أَنَا نَائِمٌ أَطُوفُ بِالْكَعْبَةِ فَإِذَا رَجُلٌ آدَمُ سَبْطُ الشَّعَرِ يَنْطُفُ أَوْ يُهَرَاقُ رَأْسُهُ مَاءً قُلْتُ مَنْ هَذَا قَالُوا ابْنُ مَرْيَمَ ثُمَّ ذَهَبْتُ أَلْتَفِتُ فَإِذَا رَجُلٌ جَسِيمٌ أَحْمَرُ جَعْدُ الرَّأْسِ أَعْوَرُ الْعَيْنِ كَأَنَّ عَيْنَهُ عِنَبَةٌ طَافِيَةٌ قَالُوا هَذَا الدَّجَّالُ أَقْرَبُ النَّاسِ بِهِ شَبَهًا ابْنُ قَطَنٍ رَجُلٌ مِنْ خُزَاعَةَ

Dari Abdullah Ibnu Umar ra bahwa Rasulullah saw bersabda “Ketika saya sedang tidur, saya bermimpi melakukan thawaf di Ka’bah, lalu ada seorang berambut lebat yang meneteskan air dari kepalanya, lalu aku tanyakan siapakah ini, mereka menjawab, ”Ibnu Maryam as”, kemudian aku berpaling dan melihat seorang laki-laki yang gemuk, berkulit merah, berambut keriting, matanya buta sebelah, dan matanya itu seperti buah anggur yang masak’ (tak bersinar). Mereka mengatakan, ”Ini Dajjal”. Dia adalah orang yang paling mirip dengan Ibnu Qathn, seorang laki-laki dari Khuza’ah.” [HR al-Bukhari, dan Muslim].

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم الدَّجَّالُ مَمْسُوحُ الْعَيْنِ مَكْتُوبٌ بَيْنَ عَيْنَيْهِ كَافِرٌ ثُمَّ تَهَجَّاهَا ك ف ر يَقْرَؤُهُ كُلُّ مُسْلِمٍ

Dari Anas, beliau berkata, Rasulullah saw bersabda, Dajjal itu matanya terhapus (buta), tertulis di antara kedua matanya kafir, kemudian beliau mengejanya, kafir yang bisa dibaca oleh setiap orang muslim dan di antara kedua matanya terdapat tulisan “kafir” (HR Muslim)

Pada hadis pertama di atas menyebutkan beberapa ciri fizikal dajjal, yaitu postur tubuhnya gemuk, kulitnya kemerah-merahan, sebelah matanya buta, matanya seperti buah anggur yang masak. Dan pada hadis kedua disebutkan ciri yang lain, yaitu tertulis huruf kafir di antara kedua matanya. Tanda itu boleh difahami oleh setiap muslim baik yang boleh membaca maupun yang buta huruf.

Allahu a’lam...

13 Komen:

salamua'laik kpd Sufian Talib dan sekalian pembacab JTR.

Dari Abu Hurairah, ia berkata; Rasulullah saw bersabda; Akan datang di akhir zaman dajjal-dajjal pembohong. Mereka datang kepada kalian dengan membawa hadis yang tidak pernah kalian dengar dan tidak pernah didengar oleh orangtua kalian. Maka waspadalah kalian dan hindarilah mereka, nescaya mereka tidak akan menyesatkan kalian dan mendatangkan bencana bagi kalian (HR Muslim)

benarlah apa yg dikatakan dalam hadith ini. tengoklah berapa ramai saudara kita yg lahirnya atas nama Melayu dan Islam yg mempercayai surat-surat berantai sesat yg meletakkan hadith2 sesat.

dajjal itu tertulis kafir di antara dua matanya di atas dahinya. Semua orang akan nampak dan faham tulisan tersebut biarpun buta dan tidak tau baca. begitu juga dgn tentera mereka. Pd awal 1990 Israel laknat telah menubuhkan KFIR Brigade satu unit tentera khas mereka spt SWAT di Amerika. Ya, memang benar semua boleh nampak tulisan tersebut biarpun buta. Ini adalah kerana kezaliman mereka. Biarpun seseorang itu buta, maka dia boleh tau mereka adalah tentera dajjal dan tertulis perkataan Kafir pd mereka atas apa yg telah dan sedang mereka lakukan terhadap bumi Palestin.

salam.
teringat zaman kecik2 dulu ayah saya suka bercerita kisah nabi dan dajjal lepas maghrib...

p/s : kirim salam sayang pada Hisham..pesan kat dia kami di Machang alhamdulillah :p

Zionist KFIR Brigade are the loyal zombies for Euro Khazar Zionist Regime. Their war face-paint resembled black metal, which also indicated they are Satan's and AntiChrist's Dajjal army. They had disguised in the tricky name of Israeli Defense Force (IDF).

Another support paratrooper is GIVATI Brigade. This 2 brigade are managed by MOSSAD and Shin Bet/Israel Security Agency (ISA).

http://b.cdn.tendaweb.com/fckfiles/image/kfir_brigade.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/05B26Ah7R87i2/610x.jpg

http://img61.imageshack.us/img61/3578/p8142571.jpg

http://photos.upi.com/slideshow/lbox/95dd3ef741f3e3a42fe204906d316745/Israel-Defense-Force-Givati-Brigade.jpg

http://www.marinecorpstimes.com/xml/news/2007/06/marine_israel_combattraining_070624/mt_iztrain_800_070622.JPG

http://www.jewcy.com/files/images/idf-videotaping.jpg

http://www.israel1shop.com/catalog/images/givatipatch1.jpg

http://dover.idf.il/NR/rdonlyres/7072D025-1FB6-4429-B146-5F8E852C7212/0/dotz310803s_cropped_big.jpg

http://cache.daylife.com/imageserve/0e2jfRh1rbch6/610x.jpg

http://i142.photobucket.com/albums/r110/tanks_alotmp/19.jpg

http://www.israelnationalnews.com/static/pictures/_old/10621.jpg

http://www.israelnationalnews.com/static/pictures/_old/10622.jpg

They had Invaded Palestine, in quest to claim the Temple Mount the holy place. You see, the elder Jews rabbi's can't do the dirty jobs. So, they send this 2 zombies brigade (probably more..) to do their bidding.

Their big side project is to cause a civil war between islamic sunni', syiah' and wahaby'; scapegoating christians supporters and sacrificing their goyim israel servants.

The truth shall prevail.

Kepada wan ariff... zaman kita sekarang, agama terlalu sangt utk dilihat dari sudut pandang "ingin tahu" bukan ikut ikutan semata2... Kita harus berkempen agar Islam hari ini akan berubah menjadi seperti asalnya dia datang.. Ini sahaja senjata kita utk memerangi tentera dajjal yg dah ada sekarang ini... =)

kepada zazas, insyaAllah sy akan sampaikan...

p/s: harap2 kita akan terus peka dengn suasana semasa... Politik timur tengah sangat teruk, harap2 kita di tempat kita dpt mengambil iktibar..

salam, buat moderator dan sekelian sahabat.

In The Name Of Allah.

Terima kasih dengan info yang berguna, Dalam Al-quran tidak menyebut tentang Dajjal, tetapi dalam Hadith Rasulullah SAW ada menyatakannya. Nabi SAW menyuruh kita memohon pertolongan kepada Allah SWT agar dihindari dari fitnah dajjal. Sebagai pencaturannya, dekad ini banyak spekulasi yang berkaitan dengan dajjal, ada yang menyatakan ia sudah muncul, dan ada yang menyatakan ia belum muncul. Bagi saya itu tidak penting, tetapi mempercayai akan adanya dajjal yang akan muncul di akhir zaman nanti, itu sudah memadai untuk menguatkan lagi aqidah. Keyakinan dalam diri bahawa munculnya dajjal itu adalah suatu yang perlu ada dalam diri kita ini.

Sebagai contohnya di negara india, kononnya telah munculnya dajal di sana, dan tidak kurang juga di negara kita (Malaysia), iaitu ada manusia yg mengakui dirinya seorang Nabi, dan ia juga merupakan 30 ciri-ciri sifat dajjal yang telah Nabi SAW nyatakan dalam Hadithnya.

Oleh yang demikian, kembalilah kita semua kepada Kitabullah dan Sunnah Rasulullah SAW, berdoalah kepada Allah SWT agar terhindar dari fitnah-fitnah dajjal. Janganlah kita menghabiskan masa dan waktu kita untuk mengkaji akan kemunculan dajjal, sehinggakan masa dan waktu untuk beribadah kepada Allah SWT kita perjejaskan. Janganlah kita menjadi kaum Yahudi dan Nasrani yang suka mengkaji pekara-pekara yg diluar batasan manusia dan seterusnya mengeluarkan dakyah2 baru yang menyesatkan.

WaAllahua'lam.

Surat al kahafa (gua) mempunyai rahsia penting terutama ttg kebangkitan bangsa Melayu. http://1asalama.blogspot.com

Terima kasih kepada Muhammad Ibnu Nazir.. sy harap agar anda boleh meneruskan apa yg anda katakan..

Dajal akan muncul maka bersedialah
dajjal telah lama ada...

dan telah menakluki dunia

Alhamdulillah, akhirnya keterangan mengenai Dajjal yang pure berdasarkan alquran dan sunnah. Bukan lagi dicedok dari kitab-kitab agama lain yang tentunya menyeleweng, dan tentunya bukan lagi berdasarkan sangkaan dan tekaan sendiri.

Cukup bagi orang Islam mengenali dajjal melalui apa yang Allah dan RasulNya sampaikan.

Cuma saya ingin mengetahui mengenai perenggan ini:

"Hadis-hadis di atas menjelaskan bahawa para pendusta terhadap agama ini adalah dajjal. Tetapi jika dajjal itu diikuti dengan al-Masih ad-dajjal, maka itu adalah dajjal akbar. Dajjal ini dijelaskan sebagai sebuah fenomena yang akan muncul menjelang tibanya kiamat. "

Boleh saudara ulaskan, siapa (ulama mana dan kitab mana) yang mengkelaskan dajjal sebagai akbar (dan juga asghar, saya kira)? Serta ulama' mana dan kitab mana yang menyatakan/menjelaskan dajjal itu sebagai "fenomena"? Maaflah kalau persoalan ini terjawab dalam video di atas, kerana saya tidak menontonnya.

Persoalan ini penting bagi memastikan anda tidaklah memandai-mandai dan bercakap mengikut hawa nafsu. Sedangkan ulama' muktabar sendiri khilaf sama ada dajjal itu individu ataupun sekelompok bangsa, inikan pula dikatakan satu "fenomena".

Wallahua'lam. Wassalam.

sy t'dgr psl sahih muslim yg m'ceritakn tentang dajal...cte mngenai pemuda b'nama tamim ad-zhari yg t'dampar disebuah pulau...kemudian t'jumpa dajal...dalam hadis 2 ade mnyebut dajal adlh seorg lelaki yg mana rupa bentuk dajal adlah sperti mahkluk raksasa yg b'bulu lebat...x prnh dgr plak psl 30 dajal...hrp dpt coment...

Allah itu sungguh bijak...dimana dalam segenap al quran, Allah tidak menyebut tentang dajal,tetapi banyak disebut di dalam hadis...begitu juga yakjuj dan makjuj,dalam banyak2 ayat al quran,Allah hanya menyebut sekali sahaja mengenainya.Mengapa?Allah itu tahu,manusia di jadikan sifat ingin tahu tentang sesuatu perkara yg agak terpencil dan misteri..disini lah Allah mahu hambanya meneyempurnakan rukun iman nye iaitu percaya kepada ghaibiyat.Allah itu sebaik2 perancang.tanda tanya mengenai perkara2 akhir zaman ini Allah simpan di dalam pengetahuannya,untuk menguji hambanya dan membezakan siapa yang di sebut ya aiyuhal lazina amanu,dan yg mane ya aiyuhannas..sekadar pandangan hamba yang hina

Catat Ulasan

Pada pendapat anda?

Perjalanan

Tembusi Petra, Jordan Slideshow: BenTaleb’s trip was created by TripAdvisor. Create a free slideshow with music from your travel photos.
Sabda Baginda SAW ; "Ketahuilah ia (Dajjal) berada di laut Syam atau laut Yaman.. akan datang dari arah timur (lalu menunjukkan dengan tangan baginda).."[Riwayat Muslim]. Daripada Abi Bakr al-Siddiq r.a, sabda Baginda SAW, "Dajjal akan muncul ke bumi dari arah timur bernama KHURASAN." [Riwayat al-Tirmizi]. Daripada Anas bin Malik r.a, sabda Baginda SAW, "Dajjal akan keluar dari kota Yahudi ISFAHAN (Khurasan, IRAN) bersama 70,000 penduduk ISFAHAN". [Fath al-Rabbani Tartib Musnad Ahmad. Ibn Hajar berkata : "Sahih"]. Ibn Kathir berkata, Dajal pada mulanya akan muncul dari ISFAHAN dari sebuah kota Yahudi [al-Nihayah fi al-Fitan wa al-Malahim]. ISFAHAN adalah sebuah bandar terbesar YAHUDI di Iran dan pusat loji nuklear Iran pada masa kini.