Antara tanda-tanda kiamat adalah turunnya Nabi Isa a.s. Pembaca yang dihormati sekelian, sering kali kita mendengar cerita-cerita berkaitan tanda-tanda berlakunya pengakhiran tamadun dunia (qiamat). Pelbagai versi diperdengarkan dan dipertontonkan termasuklah tambahan-tambahan bagi memberi keseronokan kepada pendengar untuk mendengarnya sedang ia tidak pula diceritakan oleh Nabi dalam hadis-hadis baginda s.a.w. JTR suka untuk menasihatkan untuk kita sama-sama kembali kepada sumber-sumber Islam iaitu al-Quran dan al-Sunnah yang sahih.
1. Firman Allah ;
[[Sesungguhnya dia (Nabi Isa a.s) adalah tanda kepada Kiamat]] Az-Zukhruf : 61
2. Firman Allah ;
[[Sesungguhnya tiada dari kalangan Ahli Kitab melainkan akan beriman dengannya (Nabi Isa a.s) sebelum matinya, dan pada hari Kiamat dia akan menjadi saksi kepada mereka]] An-Nisaa : 159
3. Dari Abi Hurairah r.a, sabda Rasulullah s.a.w :
(( Demi jiwaku yang berada dalam genggamanNya, sangat hampir akan turun di kalangan kamu (Isa) ibni Maryam sebagai seorang pemimpin yang adil, lalu dia akan mematahkan salib, membunuh khinzir, menghapuskan jizyah, tidak akan (Nabi Isa) menerimanya dari kalangan orang kafir dan akan melimpahnya harta sehingga tiada seorang pun yang menerimanya sehingga satu sujud (di waktu itu) lebih baik dari dunia dan seluruh isinya)) (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Beberapa Sifat Nabi Isa a.s
1. Dari Jabir bin Abdillah r.a sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda : (( Dihadapkan kepadaku para nabi… dan aku melihat kepada Isa bin Maryam, lalu aku dapati orang yang paling hampir menyerupainya ialah Urwah bin Mas’ud)) Riwayat Muslim
2. Dari Abi Hurairah r.a sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda : (( Para nabi itu adik-beradik berlainan ibu, ibu-ibu mereka ramai tapi agama mereka satu, sesungguhnya aku yang paling berhak dengan (nabi) Isa bin Maryam kerana sesungguhnya tiada di antaraku dan dia nabi (yang lain), dan sesungguhnya dia akan turun, apabila kamu melihatnya maka kenalilah dia ; seorang lelaki yang tegap (tidak terlalu rendah dan tidak terlalu tinggi), antara kemerahan dan putih (kulitnya), dia memakai dua helai baju yang berwarna sedikit kekuningan, seakan-akan menitis dari rambutnya air walaupun tidak basah…)) Riwayat Ahmad dan Abu Daud
Tempat Di Mana Nabi Isa Akan Turun
Dari Nawwas bin Sam’an r.a Rasulullah s.a.w bersabda : (( Ketika demikian (Dajjal sedang berkuasa), lalu Allah utuskan Isa bin Maryam maka dia akan turun di sebuah menara putih di timur Damsyik di antara dua helai baju berwarna kekuningan dalam keadaan meletakkan kedua tapak tangannya di atas sayap dua malaikat, apabila dia menganggukkan kepalanya menitis air darinya dan apabila dia mengangkatnya gugur air seakan-akan mutiara, maka tiada seorang kafir pun yang dapat mencium nafasnya melainkan akan mati dan nafasnya (Nabi Isa) berakhir sejauh pandangannya…)) Riwayat Muslim
Hikmah Dari Turunnya Nabi Isa a.s
Sebahagian dari kalangan ulama telah menyebut tentang hikmah dari penurunan Nabi Isa a.s, antaranya ialah :
- Sebagai sanggahan terhadap bangsa Yahudi yang telah mendakwa bahawa mereka telah membunuh Nabi Isa a.s. Lalu Allah menurunkan Nabi Isa a.s sebagai jawapan kepada pembohongan mereka bahkan Nabi Isa a.s akan membunuh pemimpin mereka iaitu Dajjal.
- Nabi Isa a.s telah mendapati kelebihan yang banyak telah disediakan oleh Allah kepada Ummat Nabi Muhammad s.a.w sebagaimana yang terdapat dalam Injil, justeru dia memohon dari Allah agar dijadikan oleh Allah sebahagian daripada mereka.
- Nabi Isa a.s akan diturunkan oleh Allah sebelum dari ajalnya agar dia dimatikan di bumi kerana tiada makhluk yang dicipta dari bumi melainkan akan dimatikan di bumi.
- Sebagai hujjah yang menyangkal pendustaan Kristian bahawa Nabi Isa a.s anak Allah. Bahkan nabi Isa a.s akan menghapuskan semua agama selain Islam.
- Nabi Isa a.s adalah pembawa khabar gembira dengan kedatangan Nabi Muhammad s.a.w, maka dia mendapat keistimewaan tersebut berdasarkan hadith Rasulullah s.a.w : ((Akulah yang lebih berhak dengan Isa bin Maryam, sesungguhnya tiada di antaraku dan dia seorang nabi pun)). Riwayat Bukhari dan Muslim
Perkara Yang Akan Berlaku Di Zaman Nabi Isa a.s
- Pembunuhan Dajjal. Sewaktu Dajjal dan pengikutnya sedang berkuasa, Nabi Isa a.s akan turun sebagai pemusnah kerajaan Dajjal dan akan membunuh Dajjal serta pengikutnya.
- Kemusnahan Yakjuj dan Makjuj.
- Terhapusnya semua agama melainkan Islam. Nabi Isa a.s akan mematah-matahkan salib, membunuh khinzir dan menghapuskan Jizyah terhadap orang kafir.
- Terangkatnya permusuhan dan persengketaan sesama manusia, lantas keamanan dan kedamaian akan tersebar di antara semua makhluk.
Tempoh keberadaan Nabi Isa a.s.Setelah Turunnya dan Kewafatannya
Terdapat dua riwayat sahih yang menyatakan tempoh keberadaan Nabi Isa a.s di bumi selepas turunnya. Yang pertama menyebut 40 tahun dan yang kedua menyebut 7 tahun. Sebahagian dari kalangan ulama mentarjihkan riwayat 40 tahun berdasarkan ianya riwayat tambahan dari perawi yang thiqah dan penafsiran Abi Hurairah terhadap ayat Al-Quran tentang Nabi Isa.
Tiada riwayat yang jelas tentang di mana Nabi Isa a.s akan wafat. Namun ada yang mengatakan bahawa beliau akan wafat di Madinah dan akan dimaqamkan bersama Nabi Muhammad s.a.w. Wallahu A’lam.
15 Komen:
BismillahirRahmanirRahim.
Salam buat moderator dan sahabat sekelian.
Terlebih dahulu ingin saya ucapkan terima kasih buat moderator kerana sering melampirkan artikel yang bernas dan berilmu untuk tatapan umum.
Secara amnya, tiada apa yang perlu saya komentarkan di sini, segala info yang telah diutarakan tersebut adalah bertepatan dengan apa yg telah kita semua ketahui berdasarkan Hadith-hadith shahih Nabi SAW.
Untuk pengetahuan buat pembaca, selain dari buku "Teka-Teki Nabi Isa a.s" anda semua boleh mencari dan membaca kitab yang berjudul "Kiamat Sudah Dekat" hasil penulis Syeikh Yusuf bin Abdillah Al-Wabil. Dari penerbit Pustaka Ibnu Katsir.
Secara asasnya, Islam itu pasti akan menang di akhir zaman nanti, walaupun secara umumnya ketika ini Islam telah diganyang dengan teruk oleh musuh-musuh Islam yang hadir bagaikan cendawan, tetapi Allah SWT telah berjanji bahawa Islam itu akan menang dan pihak kuffar akan dimusnahkan oleh pihak Mukmin. Janganlah kita berasa dukacita akan dugaan Allah SWT dekad kini.Ingatlah sebagaimana Allah SWT menjanjikan keselamatan dan kemenangan terhadap kaum bani Israel dan Nabi Musa a.s terhadap apa yang mereka hadapi ketika dikejar firaun, dan ketika itu hanya Allah SWT yang akan menyelamatkan mereka, begitu juga dengan halnya pada hari ini.
Persoalannya siapakah dia orang-orang Mukmin?,
Adakah kita tergolong dalam golongan orang-orang yang Mukmin?
Pekara ini yang perlu kita semua persiapkan untuk menghadapi hari yang getir tersebut.
WaAllahu a'lam.
terima kasih Muhammad Ibnu Nazir..
perkongsian maklumat dan ilmu sebegini sagt menarik bgi sy. Ini jihad kita bgi org2 yg mngetahui. teruskan bejuang...
Ya Allah SWT, tolonglah masukkan sy ke dlm golongan yg sedikit. Sesungguhnya semakin ramai umat Islam yg kurang bersyukur kepada Mu ya Allah. Hindarikanlah sy dri golongan org yg kurang bersyukur itu. Amin....
salam..........
satu perkongsian yg menarik...
harap moderator dapat terus memberi info dan maklumat yang terbaik...
dan nak minta kebenaran untuk kongsi artikel ni dalam blog saya........
wsalam......
Salam ziarah, saya baharu jumpa blog saudara.
Untuk pengetahuan saudara memang terdapat satu hadis berkaitan kematian Nabi Isa as. Malangnya sumbernya hilang dalam simpanan. Saya masih mencarinya. Riwayat itu mafhumnya Saidatina Aisyah memohon kepada Rasulullah SAW untuk dimakamkan sebelah baginda, namum Rasulullah maklumkan ia disediakan untuk Isa Ibn Mariam. Sehingga hari ini sebelah makam baginda ialah makam Saidina Abu Bakar dan Omar dan satu ruang masih lagi kosong. Saudara boleh usahakan untuk mendapatkan sumbernya. Syeikh Imran juga ada menyentuh soal ini dalam ceramahnya. Saya mesih mencari sumber yang saya simpan itu harap dapat jumpa. Salah satu sumber yang lain, saya masih ingat ialah kisah bersiri para nabi keluaran DBP (lebih dari 20 buku)bertajuk "Nabi Ibrahim as Bapa Kepada Nabi-Nabi" ada tercatit hadis tersebut. Semoga Allah memberi hidayah kepada kita semua, insyaallah.
sekian
Wallahu Ta'ala A'la wa A'lam...
saya tidak pasti ceritanya begitu atau tidak, insyaAllah saya akan cuba daptkan.
Cuma nasihat saya, kembali kepada yang paling tepat. tapi sehingga kini, riwayat dari ahl-hadith mengatakan riwayat mengenai kewafatan Isa a.s tidak jelas. Itu sahaja. wallahu a'lam..
buka je kitab tuhfatul asyraf karangan imam al-mizzy...kalau xjmpe gak kena cari dalam kitab2 musnad la 2.
maksub :" menghapuskan jizyah terhadap orang kafir " 2 apa?
ade kaedah tu, utk buke tuhfah al-Ashraf bi Ma'rifah al-Atraf oleh al-Mizzi, perlu kepada tunjuk ajar bagaimana menggunakan kitab takhrij itu...
Musa, cuba tanya ustaz hasyimi, dia lebih tau rasanya...
wallahu 'Alam..
tambahkan lagi bahan2 unsur ilmiah.. saya suka blog nih.. byk info.. tp kadang2 tuh rasa macam tak puas..sbb ingin tahu ..:D
alhamdulillah! saya insan yang jahil...berkesempatan saya membaca sumber-sumber ilmiah dari blog ini alhamdulillah serta tahniah...teruskan bersama harap-harap dapat berkongsi ilmu dengan lebih ramai lagi hamba allah...insyallah.
insyaAllah.. terima kasih, sy harap kita juga boleh berdkwah kpd shbt2 kita yg tidk smpat ke blog ini,...
Salam rakan2 seperjuangan,
Kata Rasullullah SAW, Saidina Isa akan turun di menara putih di timur Damsyik (Damascus). Dimanakah menara putih itu? Itulah Masjid Omayyad yg sangat terkenal... disitu terdapat 3 menara, yg satunya berwarna putih. Perdengarkan azan yg berkumandang di masjid tersebut (http://www.youtube.com/watch?v=_yOZf2D96_8) yg lain dari yg lain... rakan sekerja saya telah pergi melawat masjid tersebut semasa membuat lawatan ke syria.. beliau dapat lihat, keislaman orang2 disana sangat tinggi berbanding orang2 di negara kita. memang patutlah Saidina Isa diarahkan Allah utk turun ke sana...
assalamualaikum ustaz
agaknya boleh ke dijangka bila turunnya nabi isa a.s sebab tanda2 kiamat sudah begitu byk boleh dilihat didepan mata.
satu lagi sekiranya ia berlaku dalam era ini, apakah kesan/tindakan kita yg hidup dibumi malaysia ini.
sekian ..harap ustaz dapat ulas sedikit.tmakasih.
salam saudara blogger
saya baru jumpa blog ini dan saya sempat melihat profile lengkap sdr...saya sedikit musykil bila sdr include astrology details...adakah sdr mempercayai benda2 ini.
sebagai org yg menjurus bidang agama benda2 spt ini agak mendapat perhatian saya.
maaf sekiranya komen ini lari dr topik diatas.
boleh u
assalamualaikum,
Sila rujuk Siri d You tube seperti dalam link ini.
siri itu memaparkan 50 episod dalam rencana. Subtitle Malay http://www.youtube.com/watch?v=x9zrPH6HMu4&feature=related
Catat Ulasan
Pada pendapat anda?