ANAK KECIL
(tidak perlu kepada pendidikan seks)Teriakan anak-anak kecil
Sedikit pun tidak meletihkan
Sememangnya
Mereka tidak mengerti apa itu penat
Berlari, Melompat
Berkejar, Menyorok
Itu Tabi'inya mereka
Tidak mengerti
Perihal dewasa
Biarlah dia kanak-kanak
Tapi
Minda dipaksa berfikir
Hal cerita orang tua-tua
Kenapa?
Apa kalian gila
Atau tidak tahu cara
Hal dalam kain
Biar ia berada di dalam
Tidak usah di ajar-ajar
Konon punya alasan
Tapi sedikit tidak ubah
Orang athies
Kanak-Kanak
Lukislah jalannya
Apa yang diajar si penyampai wahyu
Kerna, si Empunya firman
lebih mengerti
Baik atau Bobrok
Manusia itu
Mohammad Sufian bin Talib
Sakan Jamiah
Uni. Al al-Bayt, Jordan
1.05 pm | Rabu
8 12 10
Jahannam!
Kadang-kadang
Si jahannam selalu berbisik
Supaya aku terus ikut
Rentak noda yang tiada nilai
Walau aku sedar semua itu
Hanya mendapat lelah
sia-sia belaka
Aku cuba
Melibas semua kehendak nafsu
Kedinding berapi
Biar dia terbakar hangus
Tapi
Sehingga kini
Aku belum benar-benar berjaya
Kerana
Hanya aku sahaja yang tahu
Ia bagaikan bongkah gunung
Semakin hari semakin terpatri utuh
Disokong tiang-tiang syaitan
Yang dah bersumpah
Aku mampir
Kau dari dulu pandang padaku
Melihat kejahatan nafsu bangsat
Ya Allah
Curahkanlah cahaya hidayah-Mu
Agar aku hanya punya Kamu...
Abu Hannan Mohammad Sufian Bin Talib
Bilik ASKJO, Sakan Jami'ah
Universiti Al al-Bayt Jordan
3.19 ptg | 26 Okt 2009
Bilik ASKJO, Sakan Jami'ah
Universiti Al al-Bayt Jordan
3.19 ptg | 26 Okt 2009
Sungguh
Waktu itu
Aku hanya mampu melihat
Tubuhku bagaikan lumpuh
Kerna aku punya kudrat yang terbatas
Sungguh aku
Ingin terbang menerpa rencana
Mengoyak helaian celaka
Bila rasa agama dihina
Bangsa manusia dinoda
Sungguh halus
Si bangsat punya harapan
Berbisik tanpa yang perasan
Jarum yang jatuh tiada kedengaran
Sungguh malang
Tiada yang sedar
Leka dengan yang tidak benar
Terus berlonjak bugar
Bagai Dunia terus berputar
Sedarlah
Ini adalah Yang sungguh, sungguh dan sungguh
Mengerikan...
Waktu itu
Aku hanya mampu melihat
Tubuhku bagaikan lumpuh
Kerna aku punya kudrat yang terbatas
Sungguh aku
Ingin terbang menerpa rencana
Mengoyak helaian celaka
Bila rasa agama dihina
Bangsa manusia dinoda
Sungguh halus
Si bangsat punya harapan
Berbisik tanpa yang perasan
Jarum yang jatuh tiada kedengaran
Sungguh malang
Tiada yang sedar
Leka dengan yang tidak benar
Terus berlonjak bugar
Bagai Dunia terus berputar
Sedarlah
Ini adalah Yang sungguh, sungguh dan sungguh
Mengerikan...
Abu Hannan Mohammad Sufian Bin Talib
Masjid Bilal Bin Rabah
Universiti Al al-Bayt, Jordan 12.20 ptg | 11 Okt 2009
Pemimpin
Bersedia mereka sejarah Tandanya kau orang yang pintar
Bersedia memukau dunia Tandanya kau harapan agama
Bersedia merobah rentakTandanya kau manusia puitis
Bersedia berdiri tegakTandanya kau bukan penakut
Bersedia menghina diri
Itulah sebenarnya Nilai sebuah kehidupan
Dari seorang pemimpin kepada Pemiliknya...
Bersedia mereka sejarah Tandanya kau orang yang pintar
Bersedia memukau dunia Tandanya kau harapan agama
Bersedia merobah rentakTandanya kau manusia puitis
Bersedia berdiri tegakTandanya kau bukan penakut
Bersedia menghina diri
Itulah sebenarnya Nilai sebuah kehidupan
Dari seorang pemimpin kepada Pemiliknya...
Abu Hannan Mohammad Sufian Bin Talib
Masjid Bilal Bin Rabah
Universiti Al al-Bayt, JordanJumaat, 7.20 malam | 23 Okt 2009