JTR mengalu-alukan tuan puan untuk membaca tulisan dalam blog ini bagi manfaat tuan puan
Photobucket

Memaparkan catatan dengan label hadith. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hadith. Papar semua catatan

Rabu, 13 Oktober 2010

Haji: Menjaga Ketulenan Dari Diselaputi Khurafat

Posted by Abu Hannan On 11:11:00 PTG



Segala puji bagi Allah s.w.t, dengan rahmat dan limpahNya, kita sudah pun melepasi bulan ujian dan rahmat Ramadhan, diikuti bulan kemenangan Syawal dan tidak lama lagi kita akan memasuki satu lagi bulan Islam iaitu Zulhijjah. Bulan Zulhijjah mempunyai peristiwa istimewa di dalam Islam kerana kita sebagai muslim difardhukan untuk menunaikan haji ke Makkah­­ - bagi yang berkemampuan- dan juga ibadah qurban.

وَلِلَّهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا

Maksudnya: “mengerjakan haji adalah kewajipan manusia terhadap Allah, iaitu (bagi) orang yang mampu  mengadakan perjalanan ke Baitullah.” (ali-Imran : 97)

Selasa, 13 April 2010

Turunnya Jesus 'Alaihi al-Salam

Posted by Abu Hannan On 9:48:00 PTG

Antara tanda-tanda kiamat adalah turunnya Nabi Isa a.s. Pembaca yang dihormati sekelian, sering kali kita mendengar cerita-cerita berkaitan tanda-tanda berlakunya pengakhiran tamadun dunia (qiamat). Pelbagai versi diperdengarkan dan dipertontonkan termasuklah tambahan-tambahan bagi memberi keseronokan kepada pendengar untuk mendengarnya sedang ia tidak pula diceritakan oleh Nabi dalam hadis-hadis baginda s.a.w. JTR suka untuk menasihatkan untuk kita sama-sama kembali kepada sumber-sumber Islam iaitu al-Quran dan al-Sunnah yang sahih.

Isnin, 5 April 2010

Dajjal...

Posted by Abu Hannan On 6:48:00 PG

 (antara gambaran kepercaya catholic-antichrist)

Alhamdulillah, terlalu ramai yang mengutarakan soalan kepada saya mengenai dajjal dan berharap agar saya dapat menceritakan serba sedikit mengenai perihal al-Masih al-Dajjal ini. InsyaAllah, walaupun sedikit di sebabkan tanggungjawab yang agak terbatas, tetapi saya berharap agar ia memberi sedikit kepuasan kepada pembaca sekalian. Walaubagaimana pun, saya ingin menasihati pembaca sekalian agar memahami isu ini sebagai isu aqidah kerana ia termasuk dalam ghaibiyyat (perkara yang akan datang) justeru itu, JTR berharap agar apabila kalian ingin memahami isu ini, wajib untuk kita kembali kepada dua sumber terbesar umat Islam, al-Quran dan al-Sunnah yang sahih. 

Perjalanan

Tembusi Petra, Jordan Slideshow: BenTaleb’s trip was created by TripAdvisor. Create a free slideshow with music from your travel photos.
Sabda Baginda SAW ; "Ketahuilah ia (Dajjal) berada di laut Syam atau laut Yaman.. akan datang dari arah timur (lalu menunjukkan dengan tangan baginda).."[Riwayat Muslim]. Daripada Abi Bakr al-Siddiq r.a, sabda Baginda SAW, "Dajjal akan muncul ke bumi dari arah timur bernama KHURASAN." [Riwayat al-Tirmizi]. Daripada Anas bin Malik r.a, sabda Baginda SAW, "Dajjal akan keluar dari kota Yahudi ISFAHAN (Khurasan, IRAN) bersama 70,000 penduduk ISFAHAN". [Fath al-Rabbani Tartib Musnad Ahmad. Ibn Hajar berkata : "Sahih"]. Ibn Kathir berkata, Dajal pada mulanya akan muncul dari ISFAHAN dari sebuah kota Yahudi [al-Nihayah fi al-Fitan wa al-Malahim]. ISFAHAN adalah sebuah bandar terbesar YAHUDI di Iran dan pusat loji nuklear Iran pada masa kini.