JTR mengalu-alukan tuan puan untuk membaca tulisan dalam blog ini bagi manfaat tuan puan
Photobucket

Memaparkan catatan dengan label family. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label family. Papar semua catatan

Ahad, 27 Disember 2009

Istimewa Untuk Fitri @ Adinu

Posted by Abu Hannan On 9:07:00 PTG




Istimewa Untuk Fitri @ Adinu


Ditulis oleh: Abu Hannan Mohammad Sufian bin talib
B.A Sc in Islamic Jurisprudence & its Foundations
Al al-Bayt University, Jordan



"Uda, kalau uda ada dekat dangan adik, nanti adik panggil uda udani, kalau uda balik kolej atau nanti dah pergi Jordan, adik panggil uda udanu tau"
, bilang fitri, adik yang paling aku manjakan sebelum aku berda jauh darinya. Ujarku, "kenapa fitri?". Aku berkerut sambil lihat kewajah letihnya yang baru pulang dari sekolah kebangsaan. Baju sekolahnya yang kemas sebelum ke sekolah bertukar serabai. Kadang-kadang aku selalu juga baran dengannya, iya lah, siapa yang tidak letih untuk menggosokkan baju sekolahnya setiap malam. Tapi, dia masih seorang kanak-kanak, baru habis UPSR. Dia menjawab dengan nada selamba sambil berjalan ke dapur melihat menu apa yang dimasak oleh ibu, "Udani tu bunyinya macam dekat, singkatan bagi perkataan sini, kalau Udanu pula, macam jauh saja bunyi tu". Aku tersenyum sambil berjalan dibelakangnya sambil membuang rumput yang melekat dibelakang baju sekolahnya itu. "Pandai kau ya" kata aku. Pipinya yang tembam itu selalu aku ponjot-ponjot. Apapun Udanu nak ucapkan syabas kepada Adinu yang berjaya menghabiskan UPSR dengan baik.

Rabu, 2 September 2009

terus ke mercu

Posted by Abu Hannan On 1:29:00 PTG


Terus Ke Mercu
Oleh: Abu Hannan Mohammad Sufian Bin Talib
1 Sept 2009, Batu Anam, Segamat Johor
12.40 tgh hari.



Selama tiga tahun saya dan sahabat-sahabat seangkatan membesar di Nilam Puri, Kelantan, bumi yang tidak asing lagi bagi para ilmuan Islam di Malaysia. Terlalu banyak pengalaman suka dan duka saya dan sahabat ketika di sana. Di Nilam Puri lah tempat saya menghabiskan masa menuntut ilmu dengan para sarjana yang berkaliber seperti Dr Ahmad Najib, Dr Johari Mat, Dr Basit, Dr Zakaria @ Mahmood Daud, Ust Hasyimi dan ramai lagi. Sebuah coretan pengalaman yang sukar untuk dilupakan. Apapun, masa itu sentiasa bergerak mendewasakan dunia dan umur. Pada 17 Ogos 2009, saya telahpun menerima anugegah berstatus diploma dalam bidang al-Syariah. Rasa terharu dihati ini masih belum lagi hilang, masih terngiang-ngiang lagi memori ketika istiadat konvokesyen KIAS diadakan di Balai Islam Lundang, Kota Bharu. Saya bersyukur kepada Allah kerana telah memberi ruang untuk saya menadah sebanyak mungkin ilmu bersama insan-insan idola saya ketika di sana. Walaubagaimana pun, ilmu yang ada ini masih lagi tidak mencukupi dan masih penuh dengan cacatnya. Kaki ini akan terus melangkah dan terus melangkah untuk mengaut rumput-rumput ilmu yang masih hijau di bumi yang lain. Selamat tinggal Nilam Puri, Ardh al-Kinanah…

Dari Nilam Puri ke Mafraq, Jordan


Alhamdulillah, Allah masih mengizinkan saya untuk mencari ilmu yang sentiasa kurang ini. InsyaAllah saya dan 14 orang sahabat lain dari KIAS akan terbang ke Jordan pada 3 hari raya ini bagi merealisasikan hasrat masing-masing menjunjung titah ‘Iqra’ dari tuhan Rab al-‘Alamin. Kami akan melanjutkan pelajaran di Universiti Al al-Bayt, Jordan di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pengajian Islam. Saya sendiri akan meneruskan kursus syariah dalam pengkhususan syariah wa al-Qanun. Tempoh masa pengajian kami ketika di sana nanti hanya dua tahun sahaja dan bukannya empat tahun. semoga Allah merahmati perjalanan hidup meranjaui liku-liku mehnah ini. Apa pun kepada sahabat-sahabat yang membaca coretan ringkas ini, diharap dapat bersama-sama tegur menegur jika saya ada melakukan kesilapan ketika berada dibumi orang nanti. Doa kalian amat saya harapkan. Hanya Allah sahaja yang boleh memberi ganjaran kepada kalian.

Sabtu, 9 Mei 2009

untuk ibu aku sahaja..

Posted by Abu Hannan On 6:16:00 PTG


Senyum ibu

Istimewa Hari Ibu,

(hanya untuk ibu Rosnah, kerana beliau adalah wanita paling ajaib di dunia kerana kekuatan dan kesabarannya membesarkan kami sekeluarga)

Oleh: Abu Hannan Mohammad Sufian Bin Talib

KIAS, Nilam Puri Kota Bharu Kelantan.

6.12 ptg, 9 Mei 2009

Senyummu dalam tangisan,

Kepedihan terlihat diwajahmu,

Tika ku ingin bernafas,

Menatap dunia yang ketandusan,

Tetapi kau terus senyum.

Ibu,

Kerisauan kau ku rasai,

Rungutan hatiku kau mengerti,

Namun kau adukan pada Yang Kuasa,

Biar dikelibatmu kau mengukir senyuman,

Walau hakikat terukir ratapan.

Ibu,

Senyuman mu ku impikan,

Biarpun yang hakiki mahupun majazi,

Agar bisa ku rasakan,

Harumnya misk Firdausi.

Ibu,

Harapkan pada ku segalanya,

Biar kepedihan ini ku sembunyi,

Biar siksa ini ku tanggungi,

Moga senyuman dalam tangisanmu terbalas,

Senyuman mu kudambakan,

Senyumlah wahai ibu

Perjalanan

Tembusi Petra, Jordan Slideshow: BenTaleb’s trip was created by TripAdvisor. Create a free slideshow with music from your travel photos.
Sabda Baginda SAW ; "Ketahuilah ia (Dajjal) berada di laut Syam atau laut Yaman.. akan datang dari arah timur (lalu menunjukkan dengan tangan baginda).."[Riwayat Muslim]. Daripada Abi Bakr al-Siddiq r.a, sabda Baginda SAW, "Dajjal akan muncul ke bumi dari arah timur bernama KHURASAN." [Riwayat al-Tirmizi]. Daripada Anas bin Malik r.a, sabda Baginda SAW, "Dajjal akan keluar dari kota Yahudi ISFAHAN (Khurasan, IRAN) bersama 70,000 penduduk ISFAHAN". [Fath al-Rabbani Tartib Musnad Ahmad. Ibn Hajar berkata : "Sahih"]. Ibn Kathir berkata, Dajal pada mulanya akan muncul dari ISFAHAN dari sebuah kota Yahudi [al-Nihayah fi al-Fitan wa al-Malahim]. ISFAHAN adalah sebuah bandar terbesar YAHUDI di Iran dan pusat loji nuklear Iran pada masa kini.