Senyum ibu
Istimewa Hari Ibu,
(hanya untuk ibu Rosnah, kerana beliau adalah wanita paling ajaib di dunia kerana kekuatan dan kesabarannya membesarkan kami sekeluarga)
Oleh: Abu Hannan Mohammad Sufian Bin Talib
KIAS, Nilam Puri Kota Bharu Kelantan.
6.12 ptg, 9 Mei 2009
Senyummu dalam tangisan,
Kepedihan terlihat diwajahmu,
Tika ku ingin bernafas,
Menatap dunia yang ketandusan,
Tetapi kau terus senyum.
Ibu,
Kerisauan kau ku rasai,
Rungutan hatiku kau mengerti,
Namun kau adukan pada Yang Kuasa,
Biar dikelibatmu kau mengukir senyuman,
Walau hakikat terukir ratapan.
Ibu,
Senyuman mu ku impikan,
Biarpun yang hakiki mahupun majazi,
Agar bisa ku rasakan,
Harumnya misk Firdausi.
Ibu,
Harapkan pada ku segalanya,
Biar kepedihan ini ku sembunyi,
Biar siksa ini ku tanggungi,
Moga senyuman dalam tangisanmu terbalas,
Senyuman mu kudambakan,
2 Komen:
ude,
kaklong dah bacakan untuk ibu..
sedihnya baca..
kita doakan ibu sentiasa bahagia dan kita semua mampu bahagiakan dia ya..
amin
sayang ibu...jasa ibu takkan dapat kita balas...
Catat Ulasan
Pada pendapat anda?