Mari kita berjuang!

Ahad, 2009 Disember 06

Gerakan Houthiah di Yaman Berbahaya!




Tidak benar sama sekali Gerakan Houthiah tu Syiah Zaydiyyah, mereka sebenarnya pemberontak Syiah Imamiyyah yang disokong dan didanai oleh Iran. Kelompok ini turut bertempur di Iraq untuk membunuh Ahli Sunnah. Media-media dunia (bersumberkan Barat) sengaja melabelkan mereka dari kelompok Zaydiyyah yang sebenarnya aqidah yang berbeza sama sekali. Berdasarkan maklumat perbualan saya dengan pelajar Yaman sendiri hari semalam, beliau menyatakan Syiah di utara Yaman itu adalah Imamiyyah bukannya Zaydiyyah. Jika ada pun unsur Zaidiyyah pada mereka boleh dikatakan sebagai bekas Zaydiyyah yang telah bertukar agama kepada Imamiyyah hasil kejayaan dakwah Syiah Imamiyyah di sana.

Jika kita perhatikan Syiah Imamiyyah yang semuanya berwala' kepada Iran sedang berusaha mengepung Jazirah Arab dan sebenarnya sedang menuju untuk menjajah tanah Haram di Hijaz. Itu merupakan doktrin mereka dalam kitab Protokol Ayatullah Qom berdasarkan hadis-hadis "yahudi" mereka sebagaimana yang telah dipaparkan di blog tentera dajjal, klik ini. [ pada ruangan Mutiara Hadis Syiah.]

Umat Islam harus peka masalah ini. Kini mereka menguasai Iraq, Syria, Bahrain (lebih 70%) Kuwait (peratus yang besar), demikian dengan Oman, bahkan separuh penduduk UAE adalah orang-orang Iran yang bercampur dengan etnik Arab. Jika kita perhatikan ke arah mana mereka sedang menuju, sejelasnya ialah untuk menguasai Makkah dan Madinah. Sebab itu Iran begitu beriya-iya menyokong pergerakan mereka dan pergerakan di Saudi. Iran sendiri mengakui ribuan para intelijennya sedang menyusup di negara-negara Arab bagi tujuan ini. Asalnya Syiah di Yaman dari sebuah perkampungan kecil sahaja kemudian mula merebak menjadi satu kawasan yang besar kemudian mengasaskan tenteranya sendiri. Kerajaan Yaman pada mulanya memandang rendah terhadap risiko yang bakal dihasilkan oleh kelompok ini. Namun bila mana mereka sudah membiak dan mula mengadakan pemberontakan, kerajaan negara mula memahami bahawa mereka bertujuan menggulingkan negara mereka dengan bantuan luar dari Iran dan Iraq. Senjata-senjata mereka sememangnya datang dari Iran menerusi pelbagai arah negara Arab yang telah dikuasai oleh mereka. Kerajaan Yaman baru-baru ini telah menolak Menteri Luar Iran untuk mendarat di Yaman bagi membincangkan masalah tersebut. Lantaran itu media Iran sendiri menyiarkan berita bahawa Menteri Luar Iran, Manucher Mottaki meminta campurtangan Amerika disana untuk menekan Yaman supaya menerima diplomasi dari Iran. Rahsia persekongkolan Iran-Amerika di Yaman perlu mendapat perhatian kita semua bagi menyedarkan masyarakat.

Sikap kerajaan Malaysia / JAKIM yang masih tidak bertindak terhadap kumpulan-kumpulan 'anak-anak majusi' asuhan Iran di malaysia hari ini persis tindakan awal kerajaan Yaman itu. Sikap ini sangat merbahaya. Bayangkan markas-markas Syiah di malaysia, yang mula menguasai taman sri gombak dan merebak ke satu daerah gombak. Saya amat percaya selepas ini dengan jutaan dana 'khumus' Imam Mahdi mereka yang sedang disalurkan atas agenda menyebarkan Revolusi Khomeini ini akan membolehkan mereka menguasai beberapa kawasan strategik. Ketika itu, penganut Syiah akan memenuhi jalan-jalan raya untuk merayakan Karbala' dan hari-hari besar mereka. Apakah tidak mustahil dengan jumlah demikian, mereka akan berusaha untuk menubuhkan pasukan tentera dan akan memberontak terhadap kerajaan? Fikirkan sedalam-dalamnya, dengan mengambil contoh-contoh dari Lubnan, Iraq, Yaman dan apa yang sedang dialami oleh kerajaan Saudi hari ini.

Na'uzubillah min dzalika.

Jumaat, 2009 November 20

10 Terawal Zul Hijjah


Kelebihan 10 Hari Terawal Zul Hijjah


Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda, Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan seperti hari-hari ini – iaitu 10 hari Zulhijjah. Para sahabat baginda bertanya, Tidak juga Jihad pada jalan Allah (boleh menyaingi kelebihan hari-hari tersebut)? Ujar Baginda, Tidak juga (termasuk) berjihad pada jalan Allah kecuali bagi seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun.

Imam Ahmad r.a. dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari 10 Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah).

Ibnu Hibban di dam kitab Sahihnya meriwayatkan dari Jabir r.a. bahawa baginda s.a.w bersabda, “Seutama-utama hari adalah hari Arafah”.

Amalan yang dianjurkan padanya

1. Menunaikan ibadah haji dan umrah yang merupakan sebaik-baik amalan. Banyak hadis menyatakan kelebihan ibadah ini di antaranya : Sabda Nabi s.a.w.: “Satu umrah ke umrah yang lain menghapuskan (dosa) yang dilakukan di antara keduanya dan haji yang baik (diterima) tiada baginya balasan melainkan syurga”.

2. Berpuasa pada hari-hari tersebut atau sekadar kemampuannya – terutamanya pada hari Arafah. Tidak dinafikan bahawa puasa adalah di antara amalan yang terbaik dan ia adalah pilihan Allah seperti yang dinyatakan di dalam sebuah hadis qudsi, “Puasa itu adalah bagiKu dan Akulah yang membalasinya, dia meninggalkan keinginan nafsunya, makanan dan minumannya semata-mata keranaKu”.

Imam Muslim meriwayatkan dari Abi Qatadah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, Puasa pada hari Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang.

3. Takbir (Allahu Akbar) dan berzikir padanya, firman Allah s.w.t yang bermaksud, (Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang termaklum), hari-hari tersebut dijelaskan sebagai 10 hari di bulan Zulhijjah. Sebab itulah para ulama menyarankan supaya diperbanyakkan berzikir pada hari-hari tersebut sebagaimana mafhum hadis Ibnu Umar r.a. yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, di antaranya, “Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdulillah)”.

4. Bertaubat dan meninggalkan segala maksiat dan dosa, semoga dengan amalan baik dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah. Ini kerana maksiat adalah punca kepada jauh dan terhindarnya seorang hamba dari rahmat Allah manakala ketaatan pula adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya.

5. Memperbanyakkan amalan soleh terutama amalan sunat tambahan seperti solat sunat, berjihad, membaca al-Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya kerana semuanya akan digandakan pada hari-hari tersebut.

Amalan yang dikerjakan ketika itu walaupun kecil tetapi ia lebih disukai oleh Allah dibandingkan pada hari-hari lain. Begitu juga amalan yang besar seperti berjihad di jalan Allah yang dikategorikan di antara amalan yang terbaik, tidaklah mendapat kehebatan pahala pada hari-hari itu melainkan apabila kuda (kenderaan) yang ditungganginya terbunuh (binasa) dan darahnya keluar (dia cedera atau mati syahid).

6. Disyariatkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjemaah.

Bagi mereka yang tidak menunaikan ibadah haji, takbir bermula dari waktu subuh hari Arafah (9 Zulhijjah) dan bagi yang menunaikannya takbir bermula pada waktu Zuhur hari raya haji (10 Zulhijjah), semuanya berakhir sehingga waktu Asar pada hari ke-13 Zulhijjah.

7. Disyariatkan amalan korban (menyembelih haiwan ternakan) pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Ia merupakan sunah Nabi Ibrahim a.s. setelah Allah s.w.t mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya Ismail tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan seekor haiwan untuk disembelih.

8. Imam Muslim meriwayatkan dari Ummu Salamah r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda, Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan ada di kalangan kamu yang ingin berkorban (sembelih haiwan ternakan), hendaklah dia menahan dirinya dari (memotong) rambut dan kukunya, dan di dalam riwayat lain : “Maka janganlah dia memotong rambut dan kukunya sehinggalah dia berkorban.

Perintah (sunat) ini berkemungkinan ada persamaan dengan hukum bagi mereka yang membawa haiwan ternakan (ketika mengerjakan haji) dari kampung mereka yang telah dijelaskan oleh Allah, maksudnya, (Dan janganlah kamu mencukur rambut kamu sehinggalah haiwan ternakan (yang dibawa untuk dihadiahkan dagingnya kepada penduduk Mekah) itu sampai ke tempatnya).

Larangan (memotong rambut dan kuku) ini pada zahirnya adalah khusus kepada pemunya haiwan korban tersebut sahaja dan tidak termasuk isteri dan anak-anaknya melainkan mereka juga mempunyai haiwan seumpamanya, dan tidak mengapa jika yang berkenaan membasuh dan menggosok kepalanya kemudian terjatuh beberapa helai rambutnya.

9. Setiap muslim hendaklah berusaha menunaikan solat hari raya secara berjemaah, mendengar khutbah oleh imam selepas solat tersebut supaya mendapat pengajaran daripadanya.

Sepatutnyalah kita mengetahui hikmat di sebalik perayaan ini. Ia merupakan hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan. Janganlah pula dilakukan padanya perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah dengan mengerjakan maksiat, kesombongan, pertengkaran dan sebagainya yang boleh menjadi sebab kepada terhapusnya amalan kebaikan yang dikerjakannya sebelum itu.

10. Penuhilah hari-hari berkenaan dengan ketaatan kepada Allah, berzikir, bersyukur, menunaikan perintah-Nya, menjauhi larangan-Nya, mendekatkan diri kepada-Nya semoga mendapat rahmat dan keampunan-Nya.

kredit kepada: http://hajiumrahziarah.wordpress.com/

Rabu, 2009 November 11

harapan kepada Dr. Asri



Dr. Asri digesa tidak ceburi politik kepartian

Oleh: Abu Hannan Mohammad Sufian Bin Talib,

Mahasiswa Ijazah Fiqh & Usuluh. 2.35 ptg, 10 November 2009 | Selasa.

Uni. Al al-Bayt, Jordan.

Sekadar berkongsi pendapat dan lontaran pandangan serta respon terhadap isu semasa di tanah air. Kebelakangan ini, isu hangat berkaitan Dr. Asri (bekas Mufti Negeri Perlis) sering dipaparkan di media-media massa. Antara yang dilaporkan ialah memorandum yang dihantar kepada pihak Istana oleh PGSM agar Dr. Asri tidak dilantik kepada jawatan Yang di-Pertua YADIM yang mana tawaran jawatan tersebut dibuat oleh orang nombor satu negara. Sehari selepas beliau (Dr. Asri) membuat sidang media bagi menjawab memorandum yang dianggapnya sebagai fitnah dan bohong itu, satu lagi kes yang berkaitan beliau heboh apabila beliau ditangkap oleh penguatkuasa JAIS ketika menyampaikan ceramah di Taman Seri Ukay atas sebab memberi ceramah atau kuliah tanpa tauliah. Seterus fitnah terhadapnya yang mendakwa sijil ijazahnya dalam bidang Bahasa Arab/Syariah adalah palsu. Akhirnya mendakwa beliau membawa sebagai menyebar ajaran Wahhabi. Semoga Allah mendawasakan beliau dengan ujian dan mehnah. Tidak lengkap seorang pendakwah tanpa ujian perit dari Tuhan yang sentiasa melihat.

Apapun, saya yang sekadar dapat memerhati dari jauh, hanya dapat mengutarakan komentar dan cadangan serta pandangan mengenai isu-isu hangat sekarang. Apa yang dapat dilihat kesan daripada penangkapan tanpa bukti kukuh tersebut memberi gambaran bahawa dakwah sunnah yang dibawa Dr. Asri dan pendakwah-pendakwah yang lain dapat diterima oleh masyarakat. Observasi demi observasi dilakukan, ianya memang ternyata. Antara situasi yang sangat mengambarkan dakwah tersebut diterima ialah ketika di Dr. Asri di mahkamah bagi menunggu perbicaraan dijalankan. antara yang hadir ialah mereka yang berbeza latar belakang politik, juga mereka yang mempunyai ideologi agama yang berbeza dan masyarakat. Kehadiran beliau adalah bagi memberi sokongan moral kepada Dr. Asri. Selain itu, dakwaan bahawa dakwah sunnah yang dibawa oleh pendakwah-pendakwah yang digelar wahhabi ini sebagai pemecah belah umat hanya telah menjadi suatu mitos yang tidak boleh dipercayai. Lihat sahaja apabila pelbagai latar belakang masyarakat mengutarakan sokongan terhadap beliau serta mempertahankan beliau hatta sehingga Perdana Menteri bagi pihak kerajaan, Khairy Jamaluddin bagi pihak UMNO, Shaari Sungib bagi pihak PAS, dan seorang Exco wanita Selangor yang mewakili PKR serta pelbagai lagi NGO-NGO Islam berada di sebelah beliau. Saya tidak menganggap bahawa beliau sedang mengumpul pengikut tetapi sebaliknya dakwah beliau telah berjaya memecahkan tembok-tembok kepartian, merentasi seluruh komuniti masyarakat. Tidak ketinggalan apabila wakil artis juga menyatakan sokongan terhadap beliau. Ini bukti bahawa Dakwah berteraskan hujjah dan dalil yang kukuh dan jelas mudah diterima dan dapat difahami oleh semua lapisan masyarakat. Hanya mereka yang sengaja memekakkan telinga dan membutakan mata sahaja sengaja tidak mahu menilai apa yang dibawa beliau tetapi lebih mudah menggunakan jalan fitnah gelaran-gelaran yang mengelirukan masyarakat awam.

Harapan kepada Dr. Asri, ruang dakwah kita masih lagi terbuka, janganlah disebabkan beberapa faktor teknikal yang sengaja dibuat-buat, anda beralih kepada jalan politik kepartian. Kesannya telah terbukti berdasarkan hikmah penangkapan anda. Saya yakin bahawa dengan jalan non-politisan sahaja dapat menyatupadukan umat dan dakwah lebih terkena kepada mad’u hatta kesedaran tersebut dapat dirasai oleh kerajaan yang kita sanyangi. Jalan yang ada sekarang lebih neutral untuk semua latarbelakang yang berbeza boleh menerima. Politik kepartian hanya menyebabkan dakwah anda hanya terhenti kepada mereka-mereka yang satu parti dengan anda serta tidak lagi didengari oleh mereka tidak separti dengan anda. Berdakwahlah di pentas yang dilihat oleh semua… Harapan ikhlas ini hanya untuk melihat Islam itu tertegak di hati setiap muslim dan juga berlegar disetiap yang dilembutkan hatinya.

Rabu, 2009 November 04

Aku bukan fanatik..

Di mana kredibiliti PGSM?

Sebelum anda membaca artikel ini, dinasihatkan agar anda dapat membuat pembacaan awal mengenai memorandum yang dikeluarkan oleh PGSM di link ini (http://peguamsyarie.org) bertarikh 12 Oktober 2009.

Saya dan sahabat dari jauh, juga turut bersama-sama melihat masalah yang berlaku di Malaysia. Mutakhir ini, banyak masalah-masalah yang membabitkan umat Islam berlaku dan menjadi buah bicara masyarakat. Kerisauan dan kegusaran terus menerpa dan ianya menjadi perbincangan kami di sini (Jordan). Antaranya ialah memorandum yang dikeluarkan oleh Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin Ibn al-Marhum Sultan Mahmud al-Muktafi Billah Shah al-Haj mengenai apa yang dicadang oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak kepada Dr. Mohd Asri (Mantan Mufti Perlis). Memorandum tersebut berbentuk bantahan agar lantikan sebagai Yang di-Pertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) tidak diberi kepada Dr. Asri.

Merujuk kepada memorandum yang dikeluarkan oleh PGSM, secara konklusi, dimanakah letaknya kredibiliti PGSM sebagai mewakili peguam-peguam syarie di Malaysia? Amat memalukan apabila memorandum tersebut seperti ditulis oleh individu yang tidak punya ilmu mengenai metod atau cara berselisih pendapat. Memorandum pula dilihat seperti terdapat unsur-unsur tiada nilai ilmiah dan ianya lebih kepada ingin menjatuhkan individu secara jahat iaitu dengan menggunakan jalan fitnah dan pembohongan. Selain ianya akan memalukan pihak persatuan sendiri mungkin selepas ini, ianya secara tidak langsung turut menjatuhkan ketokohan PGSM sebagai sebuah persatuan yang keahliannya mereka yang mempunyai latar belakang pendidikan Islam yang lebih mendalami perundangan Islam. Adakah mereka terlupa untuk membaca hukum mendakwa sesuatu tanpa ada bukti kukuh? Atau mereka sering tertidur ketika pensyarah sedang memberi tutorial di kuliah? Atau mereka terlepas pandang. Maaf jika andaian sebegini terkeluar di bibir-bibir kami. Ini menunjukkan betapa pihak PGSM telah menyebabkan keyakinan masyarakat Islam dan bukan Muslim semakin luntur dan mungkin hilang. Ini juga akan memberi impak positif kepada kolompok yang ingin melihat Mahkamah Syariah berkubur.

Saya bukanlah seorang yang fanatik terhadap Dr. Asri, kerana terdapat beberapa berkara yang saya mungkin tidak bersetuju dengan beliau. Antaranya ialah isu pengharaman yoga yang dilihat beliau mempunyai pandangan yang berbeza dalam mendasari isu tersebut. Walaubagaimanapun, saya lebih suka pendekatan beliau dalam dakwah yang kini menyebabkan ramai masyarakat ingin mendekati Islam secara yang lebih jernih. Lihat sahaja apabila beliau mempunyai banyak undangan untuk memberi caramah oleh pelbagai latar belakang yang antaranya parti-parti politik yang mewakili muslim yang terbesar di Malaysia. Ini menunjukkan dakwah beliau lebih mudah diterima oleh semua pihak. Masakan beliau tidak disenangi oleh orang-orang politik baik UMNO mahupun PAS seperti yang didakwa oleh PGSM dalam memorandumnya. Bukankah ini satu pembohongan dan fitnah? Apa pula hukuman jika dakwaan tersebut tidak benar? Anda sebagai peguan syarie, saya yakin anda tahu apa jawapannya.

Itu satu diantara beberapa perkara yang disebut oleh PGSM dalam memorandum mereka. Saya tidak mahu mengulas memorandum tersebut kerana ianya telah dijawab sendiri oleh Dr. Asri dalam sidang medianya. Apa yang saya ingin katakan, PGSM yang saya lihat selama ini sebagai sebuah pertubuhan yang banyak bersuara dalam isu-isu muslim Malaysia, telah menyebabkan persepsi saya dan sahabat-sahabat terhadapnya semakin hilang gah dan kredibiliti. Ini kerana PGSM lebih mengetahui perundangan tetapi malangnya ianya tidak dipraktikkan. Saya bersuara dalam isu ini kerana saya juga di antara yang ingin membela institusi kehakiman Islam agar ia terus bertapak di Malaysia, kerana itulah saya sedang belajar dalam jurusan yang berkaitan dengan perundangan Islam.

Saya berharap agar pihak PGSM dapat menarik balik memorandumnya dan memohon maaf secara terbuka terhadap Dr. Asri. Ini agar kredibiliti PGSM dapat dikembalikan semula dan dapat memberi keyakinan terhadap muslim itu sendiri serta bukan muslim. Adillah dalam menilai isu, adillah walaupun dengan orang yang tidak sebulu, adillah kerana yang adil itu lebih dekat dengan taqwa.

Isnin, 2009 Oktober 05

Ahmadinejad Yahudi?


BUKA MINDA ANDA SEKARANG

Oleh: Abu Hannan Mohd Sufian Bin Talib
Al al-Bayt,Mafraq Jordan.
8.36 p.m | 4 Oktober 2009


Yahudi sebuah agama yang telah lama luput kebenarannya, Taurat bukan lagi kalam Allah azza wa Jalla tapi sebaliknya kata-kata dusta nista rabbi-rabbi yahudi yang lebih suka mengikut hawa nafsu mereka. Membunuh nabi dan rasul adalah hobi mereka, mencerca apatah lagi. Inilah sedikit perangai bangsa bangsat yahudi yang masih berkekalan sehingga hari ini, walaupun nabi sudah tiada, pengikut nabi pula dibunuhnya. Mereka menganggap bahawa bangsa yahudi inilah bangsa pilihan tuhan dan bangsa yang paling tinggi martabatnya berbanding bangsa-bangsa 'goyim' yang lain. Goyim bermaksud manusia lembu yang mana ia disifatkan kepada manusia bukan yahudi. Menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal, itulah kerja mereka. Sebab itulah, banyak ayat-ayat di dalam al-Quran, Allah mencerca mereka ini dengan kutukan yang dahsyat sekali.

Tahukah pembaca sekalian, gerakan sulit Illuminati? ini merupakan satu gerakan yang jarang-jarang masyarakat mengetahuinya. Merekalah sebenar yang mengawal segala pergerakan baik kerajaan, media, kesihatan dan sebagainya di dalam dunia ini sekarang. Ramai yang terkeliru bahawa Amerika merupakan Polis dunia, tapi hakikatnya Amerika adalah boneka yang digerakkan pergerakannya oleh gerakan sulit Illuminati ini. Siapa disebalik gerakan ini, dan apa tujuannya? Ya, soalan ini mesti berpusing-pusing diminda anda. Kebanyakan mereka yang menaungi gerakan ini adalah mereka yang berketurunan yahudi dan ianya boleh dikatakan membawa kepada keseluruhan ahlinya. Mereka menyebah tuhan mereka yang bernama "Lucifer" dan mereka terdiri daripada golongan-golongan elit yahudi yang mengusai sistem kewangan dunia, ketenteraan dan sebagainya. Apa pula tujuannya? Ya tujuannya adalah ingin mewujudkan sebuah Order Baru Dunia yang mana maksud ini ada diterjemahkan melalui wang kertas 1 USD, Novus Ordo Seclorum.



Order baru dunia ini adalah falsafah dan objektif yang ingin dicapai oleh mereka. Dunia hanya dipegang oleh sebuah kerajaan yang dipimpin oleh mereka sehingga seluruh matawang yang digunakan tidak lagi berbeza tetapi hanya satu. Gerakan ini masih lagi aktif dan ia terlalu aktif. Terlalu dominan dengan gerakan anti Islam dan sebagainya asalkan ia anti Islam, bukan sahaja Islam tetapi seluruh agama di dunia kerana yahudi beriman hanya agama mereka yang benar. Mereka menyorok melalui media-media mereka yang melalaikan dan itulah objektif mereka menubuhkan hollywood, Disney dan banyak lagi agar masyarakat dunia tidak mengetahui kewujudannya. Mungkin jika anda bertanya kepada orang Amerika sendiri pun, belum tentu mereka mengetahui apa itu illuminati. Anda boleh merujuk kepada sebuah buku yang ditulis oleh Dr Sulaiman Noordin, bertajuk Sejarah Pemikiran 1 kerana perbincangan mengenai Gerakan sesat dan bahaya ini banyak dikupas oleh beliau.

Tahukah anda bangaimana tanda atau "Hand sign" bagi pemeluk agama yahudi yang mempercayai ucifer? Anda hanya akan mengetahuinya dengan melihat kumpulan-kumpulan rock membuat 'Horned Hand' iaitu dua jari telunjuk dan jari manis dinakkan ke atas dan yang lain digenggam.

Inilah Horned Hand yang digunakan bagi memberi tahu bahawa ia sebanarnya menyembah lucifer. logo ini menyorok melalaui beberapa maksud lain yang lebih difahami oleh masyarakat dunia seperti ianya bermasud rock dan peace. Sebenarnya tidak. Sungguh bijak si yahudi laknatullah ini.



Sekarang mari kita lihat siapa dikalangan ahli-ahli mereka yang aktif tetapi kita tidak mengetahuinya sebelum ini... Mereka adalah terdiri daripada pemimpin-pemimpin dunia. Antaranya ialah:

Bush

Obama

Sarcozy

Sarah Palin

CEO Mc Donald

Tahu tak siapa yang kita paling tidak sangka-sangka? jawapannya ialah manusia di bawah ini:


Jangan terkejut kalau manusia yang anda angkat-angkat selama ini adalah sebenarnya musuh dalam dalam selimut anda. Beliau adalah berketurunan yahudi yang bernama Saburjian. Lihat KOSMO sisipan Dunia, 4 Oktober 2009, klik disini. Ya, beliau sebenarnya beragama yahudi dan menyamar sebagai muslim tetapi menggunakan pentas Syiah. Kononnya seorang yang berani dan membela Islam. Tahu atau tidak bahawa anda dan saya telah ditipu dan dipermainkan hidup-hidup? Iran tidak akan diserang kerana mereka sebenarnya satu sekutu yang sangat dominan. Mereka berlakon dipentas dunia dengan begitu hebat sekali, tidak hairanlah kalau media yang sampai kepada kita sudah ditapis dahulu oleh puak-puak illuminati ini. Tetapi hakikatnya... Inilah Ahmadinejad yang sebenar, seorang yahudi dan syiah. Yahudi + Syiah = sama sahaja, tidak banyak beza antara dua agama ini.


p/s: rujuk blog http://tenteradajjal.blogspot.com untuk tahu lebih informasi mengenai siapa Ahamadinejad sebenarnya.

Sabtu, 2009 Oktober 03

Muhasabah untuk semua masyarakat & pemimpin dunia .

Dunia Menangis Lagi
tanda Dunia sudah Hampir Tamat, Kemurkaan & Ujian Dari-Nya


Saya mengetahui berita bencana alam yang semakin tidak menentu dan terjadi secara berturut-turut dari malaysiakini. Agak mengejutkan apabila tsunami juga telah terjadi untuk kali ke-2 selepas tsunami di Acheh beberapa tahun yang lepas. Kepada American Samoa, Padang Indonesia & Filipina, salam takziah dan selamat bermuhasabah dari saya.

Se
bagai seorang muslim, saya merasa bertanggungjawab untuk mengajak kalian melihat kebelakang sebelum bencana ini terjadi. Saya percaya bahawa bencana alam ini bukan sahaja dek kerana dunia sudah semakin tua, tetapi tanda kemurkaan Allah dan ujiannya kepada umat manusia supaya tidak terus leka. Saya juga bersedih bila melihat ramai saudara-saudara kita mengharungi derita apabila beratus-ratus sanak saudara, sahabat handai, jiran tetangga telah mati akibat gempa bumi di Padang, Indonesia. Juga di Samoa dan Filipina. Ini tanda bahwa Allah ingin 'berkata-kata' dengan kita.

Muslim! tolonglah saudara semanusia kita, berdakwahlah dan janganlah lepaskan peluang ini untuk mengajak masyarakat dunia beriman dengan Allah dan Rasulullah s.a.w sebagai penyampai wahyu-Nya.

Muhasabahlah, muhasabahlah, muhasabahlah...










Allah ingin "berkata-kata" dengan kita!

Khamis, 2009 Oktober 01

kepada si pengempen Uptrend!!

Uptrend, Susah bagi orang yang tak nak faham!

Baru-baru ini, kecoh seketika dikalangan sepupu sepapat saya ketika beraya di kampung kami di Melaka. Kecohnya disebabkan pertikaian halal atau haramnya uptrend. Saya hanya mendengar sahaja pertikaman lidah antara abang saya (yang tidak setuju mengatakan uptrend halal) dan seorang sepupu saya yang kini hampir menjadi jutawan uptrend.

Walaubagaimana pun, saya lebih selesa untuk memberi respon dengan hanya menulis tanpa bertikam lidah kerana cara itu lebih membuang masa saya dan meningkatkan paras suhu darah dalam badan. Untuk Kak Long, Angah, Bob n lain-lain, baca beberapa perkaran Syubhat dalam perniagaan Uptrend ini. Cara nak kenal sama ada halal atau tidak sesuatu transaksi kewangan itu, Islam gariskan dua perkara yang paling bebas iaitu:

1. Riba
2. Gharar (terdapat kekelabuan atau perkara yang tidak jelas atau cuba disembunyikan)

Itu asasnya, dan sebagai umat Islam, perlu diingat bahawa neraca segala perbuatan kita adalah berdasarkan shariah yang dinilai oleh al-Quran dan al-Sunnah serta Qaul Ulama tanpa menjual nama mana-mana ulama' tersebut. Ramai usahawan Uptrend yang lebih selesa menjual nama ulama untuk menghalalkan perniagaan mereka. Na'uzubillah, semoga Allah mengampunkan dosa-dosa mereka.

Ini komen ringkas saya berdasar apa yang uda terbaca dari laman web uptrend sendiri:

1. Logik atau tidak harga sesuatu barang yang murah dijual dengan harga yang terlalu mahal. contohnya 2 kotak kopi berharga RM 120? Ini sudah diragui di dalam Islam kerana beberapa perkara:
a) Harga terlalu tinggi dan tidak setaraf dengan nilai barang.
b) Wujud gharar (ragu-ragu) mengapa harga terlalu tinggi.
c) Terdapat unsur-unsur penginayaan dalam jual beli.
kalau tak percaya, lihat senarai harga yang diambil dari web uptrend2u ini.

NO CODE DESCRIPTIONS BV IBP (RM) *DELIVERY (EM) **S-POINTS RETAIL PRICE(RM)
1 EP0005 Coffee X'Sotika
(10sachets)
2 Box 45.6 152.00 7.60 152 120.00 Per Box
2 EP0006 LumiGlow E. Skin Cream (50G) 1 Btl 45.6 152.00 7.60 152 285.00 Per Btl
3 EP0007 LumiGlow E. Skin Cream (50G) 4 Btl 159.6 532.00 11.40 532
4 EP0008 LumiGlow E. Skin Cream (50G) 10 Btl 300.2 1200.80 26.60 1201
5 EP0011 Omega Plus 3 Btl 60.8 152.00 7.60 152 76.00 Per Btl
6 EP0010 Oxylife 2 Btl 45.6 152.00 7.60 152 142.50 Per Btl
7 EP0004 Uptrend Red Yeast Coffee (20 sac) 10 Box 19.95 130.00 30.40 130 23.00 Per Box
8 EP0013 Uptrend ClensUp 1 Box 19 53.20 7.60 53 121.60 Per Box
9 EP0014 Uptrend TrimmUp 2 Box 76 212.8 11.40 213 228.00 Per Box
10 EP0015 Uptrend HealUp 2 Btl 19 53.20 11.40 53 57.00 Per Box
11 EP0016 Nine Immuna 1 Btl 34.2 79.80 7.60 80 114.00 Per Btl
12 EP0017 Nine Pepta 1 Btl 34.2 79.80 7.60 80 114.00 Per Btl
13 EP0018 Nine Muda 1 Btl 34.2 79.80 7.60 80 114.00 Per Btl
14 EP0019 Nine Flexa 1 Btl 34.2 98.80 7.60 99 144.40 Per Btl
15 EP0020 Nine Immuna, Muda, Pepta, Flexa 1 Btl Each 125.4 319.20 7.60 319 486.40 Per set
16 EP0021 Oncoblast
(12 Btl/Box )
1 Box 87.4 399.00 11.40 399 475.00 Per Box


2. Produk dibeli dengan paksaan apabila anda jadi ahli. Dalam shariah, setiap jual beli mesti ada kesepakatan dan reda meredai antara pembeli dan penjual, Islam tidak mengiktirafan paksaan. Mengikut shariah, setiap jual beli mesti disepakati oleh kedua-dua pihak dan ada peruntukan untuk memberi tempoh pemulangan sekiranya terdapat kerosakan dalam barangan atau produk. Ini berdasarkan hadis Nabi yang bermaksud: "Sesungguhnya jual beli itu adalah reda meredai. Tengok syarat-syarat menjadi ahli Uptrend:

How Can i Start?

  • Excellent. Simple as it is, simply follow the 4 steps;
  • Sign up as our IBP with a registration fee of RM38.00
  • Purchase and sell at least one of the Product Packages (SCPP)
  • Introduce this business to at least 2 or more other individuals to join you as an IBP
  • Lastly, simply duplicate the system

3. Mengamalkan sistem Piramid (macam MLM). Saya dari sudut peribadi memang meragui sistem MLM ni lebih-lebih lagi sistem yang digunakan adalah sistem piramid. Secara ringkas, berlaku penginayaan di dalam sistem ini. Biasanya yang lebih untung adalh Upline dan yang akan bagi duit kepada Upline adalah downline mereka sehingga upline tidak lagi perlu berusaha dan hanya goyang kaki. Ini biasa terjadi dalam mana-mana MLM yang diamalkan. Sistem ini menganiaya orang bawah kerana hasil penat lelah mereka keuntungan mereka dimiliki juga oleh upline mereka tanpa perlu bekerja keras. Untuk mengetahui lebih banyak menganai MLM ini dari perspektif shariah, rujuk buku Wang Anda & Islam oleh Ust Zaharuddin.

Ini tiga perkara yang banyak memberi kesangsian kepada saya dan rakan-rakan lain mengenai perniagaan uptrend ini. Boleh rujuk link ini untuk kepastian yang lebih jelas oleh Pakar Kewangan Islam Ust Zaharuddin Abd Rahman.