JTR mengalu-alukan tuan puan untuk membaca tulisan dalam blog ini bagi manfaat tuan puan
Photobucket

Ahad, 27 Disember 2009

Istimewa Untuk Fitri @ Adinu

Posted by Abu Hannan On 9:07:00 PTG 5 comments




Istimewa Untuk Fitri @ Adinu


Ditulis oleh: Abu Hannan Mohammad Sufian bin talib
B.A Sc in Islamic Jurisprudence & its Foundations
Al al-Bayt University, Jordan



"Uda, kalau uda ada dekat dangan adik, nanti adik panggil uda udani, kalau uda balik kolej atau nanti dah pergi Jordan, adik panggil uda udanu tau"
, bilang fitri, adik yang paling aku manjakan sebelum aku berda jauh darinya. Ujarku, "kenapa fitri?". Aku berkerut sambil lihat kewajah letihnya yang baru pulang dari sekolah kebangsaan. Baju sekolahnya yang kemas sebelum ke sekolah bertukar serabai. Kadang-kadang aku selalu juga baran dengannya, iya lah, siapa yang tidak letih untuk menggosokkan baju sekolahnya setiap malam. Tapi, dia masih seorang kanak-kanak, baru habis UPSR. Dia menjawab dengan nada selamba sambil berjalan ke dapur melihat menu apa yang dimasak oleh ibu, "Udani tu bunyinya macam dekat, singkatan bagi perkataan sini, kalau Udanu pula, macam jauh saja bunyi tu". Aku tersenyum sambil berjalan dibelakangnya sambil membuang rumput yang melekat dibelakang baju sekolahnya itu. "Pandai kau ya" kata aku. Pipinya yang tembam itu selalu aku ponjot-ponjot. Apapun Udanu nak ucapkan syabas kepada Adinu yang berjaya menghabiskan UPSR dengan baik.

Aku selalu bercerita mengenai hal-hal agama dengan dia, termasuklah cerita-cerita dan agenda sulit yahudi laknat sekarang ini. Aku tengok memang dialah yang bersemangat bila aku kata aku nak cerita.
"Illuminati nikan Adini, dia sembah syaitan tau, cara dia orang sembah, salah satunya dia buat macam ini", aku kata padanya sambil membuat isyarat tangan 'horned hand'. "Betul kah udani?, habis tu yang Faizal Tahir dengan kumpulan Estranged selalu buat tu, dia orang sembah syaitanlah udani". Katanya sambil menyarap melihat buku matematik di atas katil. Ujarku menerangkan kepadanya bahawa artis-artis memang selalu terikut-ikut dengan barat, kadang-kadang mereka itu tak tahupun apa yang diikut. Tahu mesti dia akan mengutarakan soalan-soalan yang kadang-kadang aku pun susah nak jawab, aku pun memotong persoalannya dengan menanyakan kerja rumahnya yang susah-susah. Aku tahu mesti macam-macam persoalan memenuhi ruang minda budak ini, sehingga buku matematiknya pun cepat ditutupnya. Rugi pula aku berasa mengganggu dia belajar. Aku keluar dari bilik, apa lagi kalau nak pergi gosok baju sekolah dia.

Aku perasan, dia memang obses dengan berfikir sendiri. Mungkin adik beradik yang lain kurang perasan apa yang aku sedar mengenai dia. Bila aku buka cerita pasal kesesatan syiah, esok, lusa, tulat pun soalan yang bertubi-tubi pasal syiah sahajalah yang ditanyakan. Letih letih. Kalau dia ulas pulak, kadang-kadang aku pula yang takut. Takut dia bercerita dengan kawan-kawannya yang pendidikan agama mereka biasa-biasa sahaja. Beberapa bulan selepas aku pulang ke kolej, dia menelefon aku. "Udanu, adinu dah tahu dah saipa yang diorang sembah bila diorang buat tangan rock, diorang sembah tuhan dia, nama tuhan dia lucifer". Adikku bercerita panjang membuatkan aku berasa kagum. "Mana Adinu tahu?", soal aku. "Adinu tgk kat internet, lepastu tanya cikgu Adinu". jawab dia membanggakan aku. Pernah sekali aku mengajarkan sifat solat nabi kepadanya dan seorang anak jiran, ketika itu, kami sekeluarga menetap di Melaka. Aku mengajarkan apa yang ditulis oleh Syeikh Nasiruddin al-Albani dalam kitabnya. "Juga sunnah meletakkan tangan di atas dada berdasarkan hadis sahih ini". Suatu hari, pulang dari sekolah agama, adik aku berlari ke arahku sambil menjerit "udani, udani!". "Apa pasal kau ni Fitri". "Ustazah adini marah adik semayang tadi letak tangan atas dada, dia kata ini ajaran wahabi, sesat, wahabi tu apa uda?". Peluh kepala ku keluar mengalir di tepi-tepi telinga, memikirkan fitnah pula yang terjadi. Lalu malam itu, aku bercerita mengenai persoalan yang ditanyakan petang tadi. "Ooo, macam itu.." Kata fitri menarik nafas menandakan dia sudah faham. "Di sekolah buat macam biasa ok, nanti orang yang tak faham kata Adini salah lagi, dekat rumah tak apa", nasihatku kepadanya.

Naluri ingin tahu si Fitri sangat tinggi dan menyebabkan aku meletakkan dia di antara tiga orang adikku sebagai yang perlu diberi lebih sedikit perhatian. Aku tengok dia memang suka dengan isu-isu agama. Kalau sebut Bahtera Perubahan Minda, lepas maghrib berlari dia tukar channel Oasis. Dia kata, dia minat sangat dengan Dr. Asri. Aku tersenyum melihat gelagatnya sambil hati berkata-kata, moga-moga kau boleh jadi pendakwah yang lagi baik dari beliau (Dr. Asri).

"Adini, ini buku Dr. Basit hadiahkan kat udani tau" kata aku selepas menghabiskan upacara Istiadat Konvokesyen KIAS yang lalu." "Betul ke udani? bagi Adini la?", rayunya. "Mana boleh, ni Udani punya, tengok, siap ada signature Dr. basit lagi ni. Tak apa la, uda letak dalam almari uda nanti Adini bacalah ok..." Pujukku menyebabkan adikku mengangguk tanda akur. Malam itu, aku menawarkan padanya untuk melanjutkan pelajaran di sekolah agama. "ala, tapi Adini minat sains, pasal syiah yang sesat ni pun adini minat juga". Ujar dia bersungguh. "Adini dah habis UPSR, sekarang udani kena pastikan laluan adini betul, ibu dengan ayah dah serahkan kat udani, so udani la bertanggungjawab". Aku menceritakan mengenai sekolah Dr. Basit kepada dia dengan panjang lebar sekali. Sehingga pasal Dr. Basit yang menjadi pensyarah aku di KIAS pun aku ceritakan padanya, bukan apa, nak tambahkan keyakinan padanya.

Lama juga aku berfikir, di mana tempat yang paling sesuai untuk adik aku sambung belajar. Berbagai-bagai pertimbangan yang menyerap dalam kepala aku ini dan pertimbangan yang paling utama sekali ialah, masalah kewangan. Selepas ayah sakit, keluarga ini bagaikan tersepuk ke padang pasir yang tidak punya apa-apa pun. Nak Harapkan Kak Long Dan Angah, semua dah bekeluarga. Si Bob pula, ada masalah dia yang tersendiri. Yang lain, masih belajar. Tiada siapa nak tujukan lagi masalah ni. Yang ada, Allah saja satu-satunya tempat kami bergantung. Tidak-tidak ada pun duit tu,alhamdulillah, sampai sekarang kami tidak pernah kebuluran. Allah itu memang yang sepatutnya disembah dan diserahkan diri ini sepenuhnya. Duit. iIulah masalah utama keluarga aku. Kos perubatan sakit buah pinggang kronik ayah terlalu tinggi, Duit memang basyak habis untuk menanggung kos rawatan tersebut. Dan sekarang, masih lagi dalam rawatan. Alhamdulillah, Persatuan Veteran Tentera ada membantu. Tapi, ayah sudah tidak punya keupayaan untuk bekerja. "Ya Allah, Kau berilah kesihatan kepada ayah dan ibuku , limpahkanlah rahmat dan kasihan belas kepada keluarga kami, kau turunkanlah rezeki kepada kami" doa itu tidak pernah putus sehingga hari ini.

Aku ada juga niat untuk menghantar Fitri bersekolah di Maahad Tahfiz Sains, tapi itu tidak mungkin, sebab yurannya yang agak mahal membantutkan niat ini.
Bersekolah di Madrasah Muhammadiah Pondok Sg. Durian tempat yang selalu berpusing di kepala aku. Memandangkan aku kenal dengan Dr. Abd basit kerana beliau pensyarahku, idea-idea beliau yang pertengahan itu juga menambat hatiku. Terfikir latarbelakang pendidikan beliau juga diantara faktor aku memilih PSD sebagai tempat paling sesuai. Aku ada menghantar emel kepada admin PSD di laman webnya mengenai ini, ini yang dibalas:
"Salam, terima kasih kerana menghubungi kami, syarat utama pengambilan pelajar baru ialah : hanya menerima pelajar yang berumur 13 tahun sahaja (semasa pendaftaran), syarat lain ialah, baik disiplin dan akhlak serta ingin belajar. Bayaran pendaftaran RM220 (termasuk buku), bulanan hanya RM20 sahaja makan masak sendiri. sebarang pertanyaan, sila hubungi pejabat Pondok dari jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari, setiap hari kecuali jumaat dan sabtu. tel pejabat : 09-9664161"

Lapang betul rasanya hati ini. Aku pun menelefon ibu memberitahu hal tersebut. ketika itu aku sudah di Jordan. Aku menelefon pun hasil desakan ibuku yang risau memandangkan tarikh untuk ke tahun 2010 semakin dekat. Alhamdulillah, ibu dan ayah dah bersetuju. Tuan punya badan? juga Alhamdulillah juga, gembira nampaknya. Tanggungjawab aku semakin sempurna untuk adini yang tercinta. Kepada Adinu yang Udanu sangat sayang. Udanu harap Adinu gembira dengan sekolah yang bakal Adinu pergi nanti. walaupun Udanu tahu, di sana nanti tidak ada yang memasak untuk Adinu, tapi Udanu percaya, disitulah sejarah Adinu tercipta, disitu Adinu akan melakar sebuah kehidupan Adinu sendiri. Udani sebenarnya berat hati bila teringat pasal masak sendiri. Tapi ingatlah Adinu, ini bukan tanda kami tidak sayang kat Adinu, inilah tanda kecintaan kami yang tidak berbelah bahagi pada Adinu. Lihat Ulama'-ulama' yang terkenal sekarang, mereka juga berasal dari permulaan yang sama juga. Yang pastinya, Uda tidak henti-henti mendoakan yang terbaik untuk adik uda, dunia dan akhirat. Tepat Januari tahun depan, Udanu nak Adinu tanamkan niat dalam hati hanya kerana Allah, dan jangan menangis, adinukan Ben 10, mana boleh menangis, haha. Ini cabaran untuk Adinu terima. Ingat kata-kata ini, "Tidak ada manusia yang kuat selain dia diuji dengan ujian yang kuat". Lihat sahaja Nabi kita.

Harapan Uda dari jauh, Adinu boleh belajar berdikari, dapat mengenal Pencipta yang Maha Mencintai, dapat belajar bersungguh-sungguh dan Jadilah yang terbaik dikalangan mereka yang terbaik. Artikel ini Udanu tulis khas untuk Adinu Mohammad Nur Fitri Bin Talib yang sangat Udanu sayangi. Salam sayang dari Uda dan selamat memasuki dunia baru Adinu.

Share/Bookmark

5 Komen:

bagus ah artikel abang ni.sebak hati baca.tanya sket,abang xda paypal atau apa2 yang senang untuk bagi sumbangan?sbab skarang pun bukan di Malaysia,susah sket kalau maybank..kalau ada,abang bagitau la.boleh hantar email pegi bg234@bath.ac.uk


moga2 keluarga abang dimurahkan rezeki dan disembuhkan dari sgala penyakit.

Apa komen anda mengenai logo PKR?

u r de gud bro! congrats! em...bila baca story ni saya teringat family saya pas my dad meninggal...mmg patah kaki...dr senang jadi..kurang senang...tapi alhamdulillah...belum pernah xmakan..Allah is Great!

mengalir air mata baca post ni.
bertuah fitri dapat abg macam saudara.
saya paling suka quotation, "tidak ada manusia yang kuat selagi dia belum diuji dengan dugaan yang kuat".
syukran.kalian banyak menyedarkan saya.
alhamdulillah.semoga murah rezeki ya saudara.

Catat Ulasan

Pada pendapat anda?

Perjalanan

Tembusi Petra, Jordan Slideshow: BenTaleb’s trip was created by TripAdvisor. Create a free slideshow with music from your travel photos.
Sabda Baginda SAW ; "Ketahuilah ia (Dajjal) berada di laut Syam atau laut Yaman.. akan datang dari arah timur (lalu menunjukkan dengan tangan baginda).."[Riwayat Muslim]. Daripada Abi Bakr al-Siddiq r.a, sabda Baginda SAW, "Dajjal akan muncul ke bumi dari arah timur bernama KHURASAN." [Riwayat al-Tirmizi]. Daripada Anas bin Malik r.a, sabda Baginda SAW, "Dajjal akan keluar dari kota Yahudi ISFAHAN (Khurasan, IRAN) bersama 70,000 penduduk ISFAHAN". [Fath al-Rabbani Tartib Musnad Ahmad. Ibn Hajar berkata : "Sahih"]. Ibn Kathir berkata, Dajal pada mulanya akan muncul dari ISFAHAN dari sebuah kota Yahudi [al-Nihayah fi al-Fitan wa al-Malahim]. ISFAHAN adalah sebuah bandar terbesar YAHUDI di Iran dan pusat loji nuklear Iran pada masa kini.