JTR mengalu-alukan tuan puan untuk membaca tulisan dalam blog ini bagi manfaat tuan puan
Photobucket

Jumaat, 1 Januari 2010

01 01 10; besarkan Allah

Posted by Abu Hannan On 2:04:00 PG 3 comments


Hidupkan Sunnah Solat Sunat Gerhana

PUTRAJAYA, Dis 30 – Fenomena gerhana bulan separa dijangka berlaku Jumaat ini 1 Jan 2010 bersamaan dengan 15 Muharam 1431H bermula pukul 1.17 pagi hingga 5.28 pagi waktu tempatan.
Menurut kenyataan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini, gerhana akan bermula dengan fasa penumbra pada pukul 1.17 pagi dan mencapai tahap gerhana maksimum pada pukul 3.24 pagi.
“Gerhana ini dijangka berakhir pada pukul 5.28 pagi. Gerhana yang jelas hanya dapat dilihat apabila bulan memasuki bayang umbra bumi iaitu dari pukul 2.53 pagi sehingga gerhana maksimum,” kata kenyataan itu.
Sehubungan fenomena itu, masyarakat Islam digalakkan menunaikan solat sunat khusuf atau solat sunat gerhana bulan yang disertai dengan khutbah khas gerhana bulan, bersempena dengan kejadian gerhana bulan itu.

Ekoran gerhana yang berlaku semasa cuti sambutan tahun baru 2010, orang ramai dijemput hadir bagi menyaksikan fenomena alam semula jadi itu dan turut serta menunaikan solat sunat khusuf yang akan diadakan di Masjid Negara.
“Program yang merupakan anjuran bersama Masjid Negara, Jakim dan Agensi Angkasa Negara itu bertujuan meningkatkan tahap keimanan masyarakat Islam,” kata Jakim. – Bernama
Berikut tadi adalah petikan akhbar berkaitan Gerhana Bulan Berlaku pada 01 01 10. Satu kekuasaan Allah yang Maha Berkuasa. Pada waktu itu, disunnahkan solat sunnah gerhana. Bagaimana pula cara-cara melakukannya? Ikuti kuliah yang disampaikan oleh Ust Rasul Bin Dahri di bawah ini. Semoga dengan kuliah tersebut membantu anda melaku solat sunat ini apabila berlaku gerhana pada masa akan datang.




Disediakan Oleh: Abu hannan Mohammad Sufian bin Talib
B.A Sc In Islamic Jurisprudence & Its Foundations
Al al-Bayt University, Jordan
31 Disember 2009 | Khamis

Share/Bookmark

3 Komen:

Subhanallah...

kalo tgk no tu...kalo tak salah, no 10 tu adalah kod yg merujuk kepada tuhan (drpd siri the arrival).

jadi... 01 = yg MAHA ESA = solat kpd ALLAH

maknanya, sememangnye ALLAHlah Tuhan sekalian alam!

kejadian alam ni jadi bukti kepatuhan dan harus menjadi bukti kewujudan dan kebesaranNYA sbg HANYA ALLAH YG BERHAK DISEMBAH!

subhanallah...la ilaha illallah

bukti apa lagi yg kita mahu? wahai hati2 yg masih lalai, mari kita menjadi org yg sedar dan bangun!insyaALLAH...smg kita terus dibimbing oleh hidayahNYA...takde sape yg mampu nak tunjukkan kita jalan kebenaran jika tidak ALLAH kehendaki.

alamak...ayat berbelit...

kejadian alam ni (gerhana bulan) menjadi bukti kepatuhan alam. bahkan ia menjadi bukti kewujudan dan kebesaranNYA. ALLAH nak kita semua sedar bhw HANYA ALLAHlah YG BERHAK DISEMBAH!

Bukti kehendak Allah mengatasi seluruh makhluk-Nya yang lemah! thank you siti sha..

Catat Ulasan

Pada pendapat anda?

Perjalanan

Tembusi Petra, Jordan Slideshow: BenTaleb’s trip was created by TripAdvisor. Create a free slideshow with music from your travel photos.
Sabda Baginda SAW ; "Ketahuilah ia (Dajjal) berada di laut Syam atau laut Yaman.. akan datang dari arah timur (lalu menunjukkan dengan tangan baginda).."[Riwayat Muslim]. Daripada Abi Bakr al-Siddiq r.a, sabda Baginda SAW, "Dajjal akan muncul ke bumi dari arah timur bernama KHURASAN." [Riwayat al-Tirmizi]. Daripada Anas bin Malik r.a, sabda Baginda SAW, "Dajjal akan keluar dari kota Yahudi ISFAHAN (Khurasan, IRAN) bersama 70,000 penduduk ISFAHAN". [Fath al-Rabbani Tartib Musnad Ahmad. Ibn Hajar berkata : "Sahih"]. Ibn Kathir berkata, Dajal pada mulanya akan muncul dari ISFAHAN dari sebuah kota Yahudi [al-Nihayah fi al-Fitan wa al-Malahim]. ISFAHAN adalah sebuah bandar terbesar YAHUDI di Iran dan pusat loji nuklear Iran pada masa kini.