JTR mengalu-alukan tuan puan untuk membaca tulisan dalam blog ini bagi manfaat tuan puan
Photobucket

Selasa, 5 Januari 2010

Pengikut Dajjal Menular

Posted by Abu Hannan On 7:31:00 PTG 24 comments

Anak Kita!

Diberitahu dari seorang sahabat yang boleh dikenali dari link ini, menyebabkan saya cepat-cepat membuka myMetro. Anda boleh mengetahui apa yg disampaikan dengan satu klik di atas perkataan akhbar maya tersebut. Mungkin anda dan saya kurang sedar akan apa sebenarnya permintaan paling penting dari masyarakat kita, tetapi inilah kenyataan yang perlu kita hadapi, satu gelombang lama yang diberi nafas baru oleh 'orang kita' (orang Islam). Anda dipersilakan membaca artikel akhbar tersebut sebelum membaca artikel dalam jejaki tinggalan rasul ini selebihnya.


Maaf jika anda mungkin nampak satu entiti di dalam gambar di atas yang sangat memalukan. Tapi, tahukah anda siapa yang terdapat di dalam gambar tersebut? Gambar tersebut saya copy dari sebuah laman sosial seorang berbangsa arab. Membuatkan saya mengalirkan air mata apabila melihat agama Islam mungkin sudah tidak memberi faedah lagi kepada mereka. Ini mungkin merupakan salah satu official website Church of Satan yang berpusat di Radio City Station, New York, US. Anda boleh merungkai apa yang terbuku di dalam minda anda apabila menekan tetikus anda di atas tulis Church of Satan tersebut.




Anda yang sudah biasa pula mungkin telah pun tahu apa kaitan si laknat penyembah syaitan ini dengan the secret society Illuminati. Tetapi kepada sesiapa yang masih belum mengerti, ini mungkin masa yang patut anda gunakan untuk mengetahui siapakah mereka dan siapa di belakang mereka. sila perhatikan carta ke arah the New World Order dibawah ini. Harap carta di bawah boleh membantu anda menghubungkan si penyembah dan penyeru dajjal ini dengan Illuminati.

kerosakan aqidah anak bangsa kita

Untuk mengerti selanjutnya, saya suka mencadangkan untuk anda menonton satu dokumentari khas bertajuk 'The Arrivals' yang boleh dimuat turun melalui youtube, itupun jika pihak youtube masih belum memadam video berjumlah 51 episod yang begitu bermanfaat tersebut. Masyarakat dunia, anda seharusnya perlu bertindak segera. Penularan yang begitu drastik ini sudah tentu dan bukan lagi kemungkinan, disebabkan oleh kekosongan jiwa anak remaja kita kepada agama Islam. Ibu bapa, guru-guru, wakil-wakil rakyat, pemimpin-pemimpin negeri dan negara serta ketua-ketua negara, wajib bertindak serta sedar hakikat kewujudan golongan perosak dunia si penyambut dajjal ini dan melakukan sesuatu. Ini baru satu serangan mereka dari sudut keagamaan, belum lagi disebut dari sudut sains, politik, alam sekitar, sejarah dan sebagainya.

Hadis riwayat Amir Ibnu Sharahi Hamdan dari Fatimah binti Qais mendengar dari Rasulallah:

Setelah habis eddahku, aku mendengar suara azan lalu aku pun pergi ke masjid untuk bersolat bersama Rasulallah. Aku berada di saf wanita dan berhampiran makmum lelaki. Selepas selesai Rasulallah bersolat, baginda terus berkata:

"Hendaklah kamu semua duduk di tempat solatmu. Tahukah kamu kenapa aku panggil kamu semua ke masjid?"

Seorang sahabat menjawab: "Allah dan RasulNya lebih mengetahui."

Lalu baginda menyambung: "Aku menghimpunkan kamu kerana Tamim ad-Dari yang dahulunya seorang Nasrani datang kepadaku dan memeluk Islam. Dia (Tamim) menceritakan satu perkara yang pernah aku ceritakan kepada kamu semua perihal Dajjal. Dia (Tamim) beritahu aku bahawa dia pernah belayar bersama 30 lelaki kabilah Lakhm dan Juzdam. Lalu mereka dipukul ombak selama sebulan sehingga mereka terjumpa sebuah pulau di tengah lautan, tempat tenggelamnya matahari. Mereka kemudian berlabuh di pulau itu. Sesudah mendarat, mereka terkejut didatangi makhluk berbulu tebal, lalu mereka berkata:

"Apakah kamu ini?". Makhluk itu menjawab:

"Aku pengintip rahsia (Jassasah)"

Mereka bertanya lagi: "Pengintip apa?".

Makhluk itu menjawab: "Tak perlu tanya lagi, pergilah berjumpa seorang lelaki di biara itu kerana dia mahu mendengar berita dari kamu."

Tiba di biara itu, mereka melihat sebesar-besar manusia yang dirantai. Kedua tangan dipasung ke leher. Kaki dan lutut diikat besi hingga ke buku lali.

Kemudian mereka bertanya: "Siapa kamu ini?"

Lelaki yang dipasung itu menjawab: "Ceritakan kepadaku tentang kurma di Baisan."

Mereka menjawab: "Ia sudah hampir tidak berbuah lagi." Lelaki dipasung itu bertanya lagi: "Bagaimana pula dengan Tasik Thabariya? Apakah airnya masih ada?"

Lalu mereka jawab: "Airnya hampir kering."

Dia bertanya lagi: "Bagaimana dengan nabi orang-orang ummiyin, apa yang dikerjakannya?"

Mereka menjawab: "Dia telah lahir di Makkah dan berhijrah ke Yathrib (Madinah)."

Dia bertanya: "Apakah orang-orang Arab memeranginya lagi?"

Mereka menjawab: "Ya. Mereka memeranginya."

Dia bertanya lagi: "Bagaimana perlakuan mereka?"

Mereka jawab: "Dia (Muhammad) telah banyak mendapat kemenangan, hampir semua orang Arab kini mengikutinya."

Lelaki itu berkata: "Itu benar terjadi?"

Mereka menjawab: "Benar. Itu yang benar terjadi"

Lelaki itu berkata: "Kalau mereka mengikutinya, maka itulah yang lebih baik kepada mereka. Sekarang aku mahu beritahu kamu semua. Aku adalah al-Masih ad-Dajjal. Rasanya sudah hampir masa untuk aku diizinkan keluar. Bila aku keluar nanti, aku akan berjalan ke serata muka bumi kecuali Makkah dan Thahibah (Madinah) kerana aku dihalang para malaikat."

Selepas diceritakan kepada semua yang berada di masjid itu, Rasulallah pun berkata: "Inilah Thahiba yakni Madinah. Bukankah aku pernah memberitahu kamu mengenai (Dajjal) ini? Sesungguhnya kisah yang Tamin ad-Dari sampaikan kepadaku bersesuaian dengan apa yang pernah aku sampaikan pesan kepada kamu. Dajjal itu berada di Laut Shyam atau Laut Yaman, di arah Timur"

Fatimah yang menceritakan kata-kata Nabi itu kemudian berkata kepada Amir: "Itulah yang aku dengar dari Rasullallah."

Hadis ini menjelaskan tentang satu clue iaitu Dajjal adalah seorang manusia, bukan satu konsep bangsa atau puak. Jika wujud satu puak, ia adalah persoalan lain yang berkait dengan lelaki yang disebut Dajjal ini. Tidak mungkin Nabi s.a.w menyampaikan keterangan yang mempunyai maksud lain, nabi tidak mungkin membuat silap, sedangkan hadis-hadis disampaikan bertujuan bagi menjelaskan sesuatu maksud secara konkrit. Maka, pernyataan bahawa Dajjal adalah manusia juga satu pernyataan konkrit.


Lain-lain kod melalui Hadis pula menjelaskan, ketibaan Dajjal itu adalah seperti berikut:

- Akan muncul pada akhir zaman
- Mengaku bahawa dia adalah Tuhan
- Menyebar fitnah dan dusta
- Keluar selama 40 sebelum dibunuh Nabi Isa (sama ada 40 hari, 40 bulan, 40 tahun atau 40 abad tidak dijelaskan oleh Nabi)




Kalau anda berharap suatu hari anda ingin mencorak anak-anak anda menjadi pemain bola sepak terkenal, penyanyi terkenal, ratu cantik, pemuzik rock, harapan agar anda kaji semula harapan anda tersebut. Kasihanilah anak-anak kita yang tidak berdosa. Anda sememangnya berhak ke atas mereka, tapi jangan lupa, hak anda ke atas anak-anak anda sebenarnya mesti dipandu dengan apa yang Allah s.w.t dan Muhammad s.a.w tentukan. Hidup bukan selama-lamanya di dunia ini tetapi ada yang kekal di sana.

layari laman ini sekiranya anda ingin dibantu.
* Free Our Mind (FOM)

Ditulis oleh: Abu Hannan Mohammad Sufian bin Talib
B.A Sc in Islamic Jurisprudence & Its Foundations
AL al-Bayt University Jordan


Share/Bookmark

24 Komen:

pendedahan yang bermanfaat, mmg skrang sgt2 menggusarkan sy, masyarakt melayu kita, tidak kira pemimpin sehingga ke remaja dan kanak2, tidak terkecuali dri suka meniru barat, klu baik x pe ni semua disapunya.
harap dpt disebarkan perkara sebenar!

terima kasih atas sokongan, insyaAllah blog ini tidak terhenti kepada isu-isu dalam agama sahaja, bahkan mencakupi keseluruhan isu global & tempatan yg berkaitan agama, politik dan pelbagai rencah kehidupan yang dirasakan penting...

jgn terlalu berpolitik..nt ak pn x suka nk tgk blog ne..tmbh lak klu kutuk2..hrp faham la nooo...tp isi yg laen alhamdulillah..

betul tu.. jgn berpolitik.. lebih baik blog ini dibiarkan neutral dan berkonsepkan ilmu yang benar.. =D tahniah.

Saya lebih suka untuk neutral dlm menilai sesuatu perkara. terima kasih atas sokongan anda! politik bgi saya sesuatu yg kotor!

maaf bgi mereka yg kurang senang!

tuan..... saya mempunyai pendapat yg mana cerita2 hollywood yg kita tgk adalah pesanan atau berita tersembunyi kepada pengikut2 freemason.... apa pendapat tuan.... cth matrix... 2012...

boleh tak tuan cerita sal adolf hitler.... siapa dia yg sebenarnya... kenapa dia bunuh kaum yahudi?

hum..crta2 seperti ini ade subliminal message..cthnye cam lagu stairways to heaven (led zeppelin) yg kalau dimainkan secare reverse akan terbentuk satu lagi lagu yg memuja setan..macam citer2 kartun Disney yg diselitkan dgn unsur2 sex.. walaupun tanpa sedar tapi msg yg dibawa akan masok kedalam otak siket demi siket..sama gak kalo kita baca Quran..walopon tak paham keseluruhan tapi msg tersirat yg dibawa Quran akan membawa ketenangan kpd yg membace..
tapi tak bermaksod tak boleh tengok. kalau boleh elakkan sebab pengaruh diorang dah terlalu kuat skarang ni utk ditolak secara terang-terangan..

utk adolf hitler, bleh bce artikel shbat sy di
http://holywar-efairy.blogspot.com/2009/12/secret-society-rockefeller-rothschild.html

assalammualaikum,sy mmang minat nk thu tntang freemason ni.bgus jugak ade org nk tlg ambik balik fakta dri video the arrival tu..jd rmai org boleh thu tntang hal ni.akhirnya jmpe jugak org yg ade minat same cam ni..ade maklumat ape2 bleh kongi ye..kalu bleh add sy kat fb,ms atau ym.

mohamadfarid@ymail.com

bleh tkar2 maklumat.

blog anda membuatkan sy jd sedar yang sy slme ni buta hati , buta mata. masyaalah.
teruskan usaha anda !

masyaAllah..
baru sdar bhawa ceteknya ilmu slama ni..
terima ksh kerana berani war2 kan benda ni..
hope lbh mluas lagi..
saya teruja untk taw cita2 suma ni..
selama tgok cita2 tu suma rase cam xder ape2 pun..
mcm tgok AJL la..
orng yng xtaw cam saya ni maner nk prasan n amik kisah sal simbol2 tu..
lpas taw baca ni baru prasan..
maybe orng yang bertanggjwab uruskan konsep AJL tu taw pun sal ni..
hope suma lbh peka after this..

salam,

al-quran menceritakan segalanya jika anda adalah seorang pembaca setia al-quran.

kalau tak pandai bahasa arab, bacalah tafsir seperti saya. disamping perlu bimbingan orang yg lebih alim. keputusan di tangan anda.

wallahualam

http://holywar-efairy.blogspot.com/2009/12/secret-society-rockefeller-rothschild.html

salam,berkenaan dgn laman blog rakan saudara di ats berkaitn adolf hitler.sy tidak dpt utk membukanya kerana blog yg dinyatakn tiada atau mugkin sudah di banned.harap saudara dapt membantu kerana sy benar2 ingin membaca tentang ape yg terdapat di dalam blog berkenaan.terima kasih.

politik tidak kotor..tetapi manusia yang berpolitik telah mengotorkannya dengan nafsu, kuasa dan harta..

apa benda yag ada pada ijazah??..hampeh...
mencari ilmu xsemestinya perlu dapatkan sijil2...
ilmu ada dimana-mana...jgn kongkongkan diri kita..
sama2la kita menjadi seorg yg tolibul ilmi..
salam..

Saya baca dan saya hayati...bagaimanapun saya tidaklah terburu-buru....saya perlu cari info-info lain lagi....terima kasih atas makluman

dajjal'sudah'*muncul dari khurasan.
buku keluaran pustaka mujaddid dari abu fatiah al-adnani...

kesian, sebahagian org melayu mudah terpedaya..malas berfikir,malas mengambil iktibar,malas mendalami ilmu, malas membaca tetapi suka mambazir baik masa mau pun harta benda,suka bersenang2, tak ambil kisah, suka ambil mudah setiap perkara...akibatnya? Lu fikirlah sendiri..berikan masa dan perhatikanlah keadaan sekeliling kita - disitu ada jawabannya!!

tima kasih skali lagi.,.,.,.,
banyak umat islam keliru yang mana kaca yang mana permata.,.,.,.
blog nie banyak mmbantu saya.,.,.,
trima kasih sangat2.,.,.,.

Walau apa pun perancangan yang dilaksanakan oleh musuh-musuh Islam. Kita harus bertahan. Jagalah diri dan keluarga masing-masing. Hanyab dengan cara itulah kita dapat menangkis segala dakyah. amatlah sukar untuk mewujudkan kesedaran kepada semua ahli masyarakat kerana mata mereka telah dibutakan oleh persekitaran. Lihatlah apa yang ditonton di TV semuanya membawa generasi akan datang menuju kehancuran Ummah.

Salam,

Saya hanya ingin bertanya..jika dilihat dari carta new world order tu..setelah saya perhatikan naam2 organisasi yang terlibat tu...saya jadi musykil... kenapa masih nak kata kita sedang menuju ke new world order sedangkan kalau logiknya daripada pemerhatian tadi..rasanya kita dah mmg didalam 'dunia baru' ni..cuba lihat sahaja organisasi yang terlibat...syarikat GSK, Pfizer, Eli Lily, Shring Plough semuanya adalah syarikat farmasi multinasional yang membekalkan ubat-ubat kepada seluruh dunia..mcm mana saya tahu? sebab saya seorang ahli farmasi..sedihnya jika tahu yang kebanyakkan ubat-ubat yang dimakan adalah penyokong gerakan ini.. isunya adalah...mampukah kita melakukan sesuatu untuk mengubah perkara ini...?..Allah sahaja yang mengetahui..

nk tnye~ knape sy dh xbole nk bukak blog FOM???

blog tersebut telah tiada..... telah di banned.

betullll ke bro..ke...bro...ke....betulkan niat jaga solat kita 5 waktu.

Catat Ulasan

Pada pendapat anda?

Perjalanan

Tembusi Petra, Jordan Slideshow: BenTaleb’s trip was created by TripAdvisor. Create a free slideshow with music from your travel photos.
Sabda Baginda SAW ; "Ketahuilah ia (Dajjal) berada di laut Syam atau laut Yaman.. akan datang dari arah timur (lalu menunjukkan dengan tangan baginda).."[Riwayat Muslim]. Daripada Abi Bakr al-Siddiq r.a, sabda Baginda SAW, "Dajjal akan muncul ke bumi dari arah timur bernama KHURASAN." [Riwayat al-Tirmizi]. Daripada Anas bin Malik r.a, sabda Baginda SAW, "Dajjal akan keluar dari kota Yahudi ISFAHAN (Khurasan, IRAN) bersama 70,000 penduduk ISFAHAN". [Fath al-Rabbani Tartib Musnad Ahmad. Ibn Hajar berkata : "Sahih"]. Ibn Kathir berkata, Dajal pada mulanya akan muncul dari ISFAHAN dari sebuah kota Yahudi [al-Nihayah fi al-Fitan wa al-Malahim]. ISFAHAN adalah sebuah bandar terbesar YAHUDI di Iran dan pusat loji nuklear Iran pada masa kini.