JTR mengalu-alukan tuan puan untuk membaca tulisan dalam blog ini bagi manfaat tuan puan
Photobucket

Sabtu, 9 Januari 2010

Lagi pasal illuminati

Posted by Abu Hannan On 5:51:00 PTG 62 comments

illuminati juga terdapat di Malaysia!

Ini adalah sebahagian dari kajian dan studi yang dilakukan oleh seorang sahabat saya yang kini berada di Filipina. Selepas anda membaca dan meneliti kajian beliau, mungkin anda akan terfikir, ini mungkin hanya kebetulan semata. Tapi bagi saya, Mungkin ini benar kerana; "sejarah tidak berlalu dengan kebetulan tetapi ia telah telah dirancang untuk dilakukan". Jom kita perhatikan apa yang tertulis di dalam kajian Brother Wan Arief Imran.
---

Mungkin ramai yang tidak percaya teori saya sendiri yang mengatakan bahawa menara kebanggaan kita, menara KLCC adalah salah satu simbol Freemason yang dengan sengaja diletakkan di negara kita supaya kita membangga-banggakan keagungan menara tersebut yang menjadi antara bangunan tertinggi di dunia. Tanpa kita sedari, kita juga telah mengagung-agungkan Freemason dan menjadi pengikut mereka.


Freemason adalah salah satu daripada organisasi rahsia Yahudi yang bekerja bersama Dajjal laknatullah dalam melaksanakan misi mereka mengawal dunia (New World Order). Selain daripada Freemason, banyak lagi organisasi-organisasi rahsia yang mempunyai misi yang sama seperti Illuminati (Illuminati menggunakan lambang piramid yang mengandungi MATA SATU/all-seeing eye didalamnya), Skull and Bones, Opus Dei, Priory of Sion, the Bilderberg Group, agensi-agensi Hollywood (CW Chanel, Columbia TriStar, etc..) dan bermacam-macam lagi. Tujuan mereka menubuhkan berbagai organisasi dalam mencapai satu misi yang sama hanyalah semata-mata untuk mengelirukan dan membutakan mata hati umat-umat manusia seluruh dunia dan menanamkan sifat Dajjal yang buta satu matanya (celik mata penglihatan tapi buta mata hati).

Berbalik kepada tajuk, berdasarkan reka bentuk bangunan KLCC, kita dapat lihat secara jelas unsur-unsur Masonic yang digunakan seperti yang terdapat di atas sebuah “Masters’ Carpet” milik Freemason.

 

dua persamaan pertama

Persamaan ketiga (garisan hijau) menunjukkan satu mata yang kuat memerhati selari dengan matahari dan bulan. Secara logiknya, matahari dan bulan berada dalam kedudukan selari di angkasa. Jadi, mata yang telah memerhati pergerakan kita selama ini juga tergantung jauh di angkasa.

RazakSat, satelit terbaru milik Malaysia adalah objek yang paling menepati ciri-ciri all-seeing eye. Berada selari dengan matahari dan bulan di angkasa, satelit ini juga memerhati tiap gerak-geri kita melalui kamera CCTV, internet dan bermacam lagi teknologi. satelit ini jugalah yang menghantar segala maklumat yang telah kita tulis di internet (Facebook) kepada agensi-agensi perisikan seperti CIA dan FBI bagi memantau segala kegiatan kita dan menyenangkan kerja-kerja mereka menghapuskan mereka yang menentang. Lihat sajalah apa yang sudah terjadi kepada Michael ‘Mikaeel’ Jackson yang dibunuh dengan penuh konspirasi setelah memeluk Islam. Berkemungkinan juga artis-artis lain seperti Britney Spears yang pernah berminat untuk mendekati Islam diugut bunuh kerana impak yang mereka boleh bawa kepada dunia Islam adalah sangat besar dan dapat merosakkan plan yang telah mereka rancang sejak sekian lama.
RazakSat (bentuknya juga seakan-akan mempunyai satu mata)






Lain-lain persamaan yang terdapat antara Menara KLCC dan Freemason.



Pedang yang menghubungkan kedua-dua tiang Jachin dan Boaz bakal menjadi senjata penting ketika perang akhir zaman nanti walaupun zaman kita dibanjiri dengan teknologi-teknologi terhebat yang pernah kita saksikan (klik sini jika anda ingin tahu dengan lebih lanjut kenapa perang akhir zaman akan kembali menggunakan kuda dan pedang dan bukan teknologi-teknologi moden yang telah dan akan dicipta). Selain itu, kaki yang mendokong jambatan KLCC juga sangat menyerupai logo Freemason! Kedua-duanye mempunyai bentuk yang lebih runcing di bahagian bawah dan dicantum keduanya dengan satu bulatan di tengah.


 


Inilah bukti-bukti yang sangat besar dan jelas yang menunjukkan negara kita masih dibawah jajahan kafir laknatullah. Kita selama ini telah dibutakan dengan tipu daya syaitan. Sesungguhnya dajjal telah berjaya menanamkan sifatnya dalam diri kita. Dia telah berjaya membutakan mata hati kita. Tanpa mata hati, kita akan sesat walaupun mata penglihatan kekal celik.

Segala keterangan di atas juga telah membuktikan perisiwa 9/11 juga telah lama menjadi rancangan pihak Yahudi dan Amerika. Menara WTC di New York dirobohkan hanya beberapa tahun selepas siapnya menara KLCC. Mungkin ramai tertanya kenapa Malaysia dipilih untuk ditanam unsur-unsur ini bukan negar-negara lain yang lebih maju seperti Jepun. Ini kerana mereka gerun dengan semangat Islam yang sedang membongkar kejahatan si Dajjal laknatullah ini. Mereka sudah menjajah negara-negara timur tengah dengan kakayaan tanpa had dan ini membuktikan mereka sedang mencucuk jarum penjajahan kedalam diri kita yang berada di timur jauh  (kepulauan Melayu adalah komuniti islam terbesar di dunia selepas timur tengah) dengan sangat perlahan. Singapura telah berjaya mereka kawal. Brunei juga dikawal dengan wang seperti di timur tengah. Hanya Indonesia dan Malaysia yang sengaja dilaga-lagakan demi kepentingan mereka menghancurkan perpaduan kaum Muslim dan sesama Melayu.

Sekian, jika ada silap dan salah harap ditegur dan dimaafi diri manusia yang tak sempurna ini. Segala yang baik itu datang daripada Allah dan yang buruk itu datang daripada kelemahan diri saya sendiri. wAllahua’lam.
 ---

ini sedikit komentar yang ditujukan kepada Wan Arief Imran:
dari pqpqpq
im quite confused bout ur artikel..kalo yg twin tower tu make sense la kalo nk kaitkan ngan freemason....tpi...jejantas(ke jejambat?..lol) tu kalo xde support bole jtuh....kalo pon boleh,tpi x tahan lama psal metal fatigue...kalo buat arc kos metal tu mhl..so...pling murah teknik ni je bole....nnti jdi tragedi Schipol 1992 plak(tahu x?)...

just my opinion,kalo salah mintak diteguri....

Jwpn WanAriefImran 
alright. terima kasih sebab bertanya.
KLCC pd asalnya kalau tak silap saya berdasarkan apa yg saya tengok di tv, direka tanpa jambatan. tapi utk mengelakkan perkara tak diingini berlaku, mereka telah meletakkan jambatan yg mudah 'bergerak' bila ditiup angin.

ini sebenarnya satu konsep fizik yg simple. permukaan yg kecil memberi tekanan yg lebih besar jika dibandingkan dengan permukaan yg lebih besar. bandingkan antara kasut tumit tinggi dan kasut-kasut biasa yg lain. bandingkan juga antara bhgn depan dan belakang pisau. yg mane lebih senang utk memotong?

jadi, instead of menggunakan design yg lebar di bawah berbanding di atas, kenapa mereka menggunakan design yg lebih banyak memberi tekanan kpd kedua bangunan (tirus di bawah)? utk mengurangkan tekanan tersebut, mereka telah mengecilkan sedikit bhgn atas. jika alasan yg mereka berikan adalah 'utk memberikan pergerakan yg lebih bebas bila ditiup angin', sebenarnya kedua-dua design tersebut tidak memberikan perbezaan dari segi pergerakan.

diharap jawapan yg saya berikan ini dapat memuaskan hati saudara dan dapat membuka lagi rantai-rantai misteri di sekelilng kita.

jika ada silap dan salah, harap ditegur. saya bukan seorang designer bangunan dan hanya berusia 18 tahun.

[Schiphol 1992? which incident/accident was it? El Al cargo jet crashed in Amsterdam on my very first birthday (october 4th)? the plane that contains depleted uranium. that's the only accident I can find in the internet about Schiphol 1992. thanks for the information though.]

Ditulis Oleh: Wan Arief Imran
Edit Oleh: Abu Hannan Mohammad Sufian Bin talib
BA Sc in Islamic Jurisprudence & Its Foundations
AL al-Bayt University Jordan


62 Komen:

hmm...
spa btnggongjwab??!!..
2 la...bg owg luaq lg..
design klcc...laz skali..
tngok apa jdi!!..dia wat illuminati...wl0pon ada gk unsur2 islam...
kta x sdaq plak 2!!...trimas ats pndedhan ni..arap lpas ni siasat lu ltar blkg designer2 bngunan@cntractor@dll...
bkn ta0 nk wat ja~...:D

Illuminati ini mmg berkomplot dgn bapak2 kapitalis sedunia! cekup projek besar2.. So laluan ni la digunakan utk mereka serapkan clue mreka ini..

aiyoo. bodoonyee...
kalau indon plak kate KLCC kita tiru Candi Borobodur dorang???!!!

kenapalah nak saling menyamakan, aku rasa MAHA TIDAK SAMA pun struktur tuhhh...

jgn2 tingkat atas skali tu ada kuil freemason tak? kalau kat suria KLCC tu aku tau la ada surau, dekat2 KLCC tu pun ada masjid???

yg pasal razak sat ada 1 mata tuh, lagi la bodoh. semua kamera nampak cam ada 1 mata.
orang buta mata sebelah pun tinggal 1 mata, tapi takkan kita nak samakan org buta sebelah mata sebagai FREEMASON? cam celake je

salam...mereka yang terselamat dpd tipu daya yahudi & konco2 nya, hanyalh mereka yg bpegang teguh dgn Al-Quran & as-Sunah serta tetap bersama jamaah Islam yg syumul.
'Dunia yg akn berakhir'

setahu aku.... klcc dibina berasaskan senibina islam..... kebetulan aje bro.....

stahu aku...yg bwh bridge 2 mmg kena supot..kalo x..mana nak tngung load2 2...mayb kebtulan..kalo blaja enginering pn..mmg kena supot kalo kt bwh 2...kalo x..brigde 2 mmg hancor lew bro...huhuhuh...

hmm..mengikut apa yg aku baca. (xtau la betul atau tak.

Sebelum pembinaan KLCC..Mahathir minta Cesar Pelli(arkitek) untuk design menara yg ada ciri2 dan bentuk2 yg melambangkan islam..
So..si Pelli ni pon design la..byk design yg dia telah buat..tp semua Mahathir reject..
Last2 Mahathir yg design sendiri bentuk KLCC tu..

entahlah..

bro, dari segi design xsalah lagi-lagi engineering, maybe kebetulan, ingat senang ke nak perah otak begitu. design dari bawah ke atas, base lagi besar dan seterusnya mengecil ke atas, kalo nak tau, swing kat bahagian atas sekali jarak 1m, tu sebab die buat dua, kalo x, lagi gayat dok atas swing sampai berapa meter, mata kasar xnampak, tgk design burj abu dhabi. diord buat setinggi alam sebab kawasan luas, klcc ni luas kawasan kecil dan bangunan yang tinggi melampau xboleh dibina, negara kita berangin. jejantas perlu dibina. nak buat pun bukan senang, perit jerih memikir dari proses rekabentuk sampai siap pembinaan. kita komen memang senang. tp if komen yang bukan bidang kita tu.. jauh-jauh la, ada lg yang lebih arif.

sy stuju dgn admin.mngkin ngara kita dh di serang oleh freemason..ktika sedang mnonton siri the arrival,mngkaji tntng wafi mall di dubai..sy jg trfikir dmlysia..kerna kita jg ada,sunway pyramid..

janganlah taksub sangat...ini hanya teori dan juga kebetulan...lucu sungguh...

Apa agaknya yg melucukan anda wahai sayaw? kalau anda seorang muslim, tlg berfikiran terbuka dan jgn ambil mudah kesemua perkara yang disebutkan! Ini adalah hasil kajian... Anda tahu yg laman2 blog seperti http://holywar-efairy.blogspot.com telah didelete pada 22 jan 2010? ini semua kerana ingin memberi pendedhan kepda manusia seperti anda bahaw kita sedang berada di dunia penuh konsprasi dan tipu helah dajjal! buka la minda anda...

salam , admin. enta dah buat hosting sendiri tak ?

holywar-efairy.blogspot.com telah didelete.

x ada lgi, masih kekurang tenaga pakar & kewangan tidak mncukupi...

tq,pededahan yg menarik
bg org yg mcm sye..
akan lbh berfikir n mengkaji...
mencari kebenaran...

Betul ke michael jackson dah peluk Islam?? sy ade buat homework sket, tp resultnye 50 50
last skali xde conclusion..tlg jelaskn with proof

afifa_90@yahoo.com

Adakah penggunaan checkered clothes juga dilarang? What if in any other colour combination? Thanks in advance =)

kalau ad unsur iluminati pun adakah memberi kesan kepada agama Islam? saya rasa x menjejaskan langsung. umat islam x de pulak rasanya berbondong2 join kump freemason nih. sedangkan gereja pun kita boleh tukar menjadi sebuah masjid yang suci, tempat mentauhid dan mengagungkan Allah SWT. Inikan pula satu unsur yang yang wujud secara spekulasi & x dikenali. kita sume tahu yang perkara2 underground ni dah lama pun wujud sejak dari zaman Nabi SAW dengan adanya kaum munafiqin. tapi Nabi SAW x pernah berspekulasi yang bukan2 jika tiada fakta yang kukuh. kerana agama Islam ini kekuatannya masih ada insyaAllah. Mungkin en blogger/penulis boleh wat kajian/risikan tentang latar belakang Pelli sama ada dia ada bau2 bacang ngan gerakan freemason ni. Maaf komen terlalu panjang.

Asalamualaikum tuan,

Saya dulu pun macam tuan juga. Bila diberitahu mengenai FM/Illumnti, saya selalu mencari mengenai pertubuhan ini.
Ini sebenarnya apa yg mereka mahu. Bercakap lebih mengenai mereka sehingga masuk kedalam hati tuan.
Dan menjadi sebati dalam diri tuan.

Seperti seorang saintis Jepun membuat kajian.
Jika kita membacakan ayat suci al-Quran kepada air, jika air itu dibekukan hablur kristal berbentuk menarik akan terbentuk. Jika kita mengatakan pekara buruk kepada air, jika dibekukan. hablur kristal yg hodoh akan terjadi.
Ini juga terjadi kepada manusia. Manusia mengandungi 60% air.

Rasulullah SAW menyarankan kita selalu membaca ayat suci al Quran dan selalu bertasbih mengingati Allah SWT daripada berkata tentang keburukan.

Oleh itu hanya satu cara yang boleh menyelamatkan umat akhir zaman.
Hanya kembali kepada cara hidup Rasulullah SAW.
Disini adalah alamat masjid seluruh dunia yang mengamalkan sunnah Rasullulah SAW.
http://gotabligh.com/?p=197
masjid lain pun ada juga. Tapi masjid ini lebih menekankan sunnah.

JazakAllah

Sekadar nasihat...Dari kita risau dan bimbang mengenai perkembangan pertubuhan ini. lebih baik kita bimbang dengan perkembangan agama kita yang agak perlahan. terutama di Malaysia.Assalammualaikum...

Memang tujuan utama kita skrg adalah utk mnaikkan smula islam...tp perlu juga sbahagian dari umat Islam yg mgkaji pergerakan2 musuh kita...

Freemason mmg dah tau byk psl agama kita, n dorg dah serang stiap bhgn tu sikit dmi sikit.... Hasilnya kita dpt tgk cam mane kjatuhan akhlak umat Islam tu sndiri, identiti Islam pon dah xnmpk..shinggakan umat Islam tu sndiri xleh trime kbnaran yg mrk digunakan oleh Freemason ni..

Jadi, keje2 mnyebarkan dan mnyedarkan umat Islam tentang pergerakan freemason ini juga penting..dan dalam masa yg same, mrk yg dah tau perlulah perlengkapkan diri dgn Iman dan Taqwa, utk mlawan keje2 musuh Allah ni..

Mmg agak sukar utk pmbaca2 menerima knyataan, tp sama2 la kita blapang dada, dan cuba menerima dgn fikiran yg positif...nnt anda akan nmpk cahaya kbenaran...insyaAllah..

salam, sbnar nye dah lme sy trfkr kn perkara ni, sbb wtc rntuh slpas bbrp thun klcc siap, sbb dh jelas tnde2nye. thnks 2 pnulis ksi jelaskn bnde ni. kte berbangga dgn sni bina freemason yang gah d negara kte ni .. bgtu halus diorag msk dkt mnda, pndangn n pmkkran kte, kte d jajah lg...
bersame2 la jg akidah kte n smue saudara islam kte yang lain..

fremason nie kalau korunk xtau citer,mmg xcaye... kat umah aku ada port dia... semua org kaya je yg dtg... semua pkai keter mahal...
ahli dia mmg org ternama...

ok, razaksat tu xtahu nk ckp cmne sbb dh terang lg bersuluh camera/satelit besenye nmpak seolah2 1lens @ 1mata. cume, klu dfikir secara rasional n fiiran terbuka, mmg ketara mansonic, iluminate n so on semakin mguasai bln sja negara kita, malah seluruh dunia.
jgn menidakkan benang yg basah. sile buke fikiran anda kpd yg masih lg mahu mengkal sekeras2nye dkwaan mgenai freemanson ini. :)

Assalammualaikum...
Unsur Illuminati memang suda ada di kebanyakan negara-negara di dunia. Unsur berkenaan merupakan teknik2 hebat bg Zionis & sekutunya untuk melemahkan agama, terutama Islam. Kita sebagai saudara seIslam perlu sedar akan senjata sulit pihak ini. unsur2 Illuminati boleh membunuh nilai2 budaya dan agama kita jika dibiarkan tanpa ada tindakan. Walau bagaimanapun kita tidak seharusnya menyalahkan sesuatu pihak tertentu. Misalnya, bangunan kebangaan rakyat Malaysia KLCC merupakan idea daripa pemimpin kita Dr.M dan rekabentuk bangunan hasil daripada pemimpin pada masa itu juga yang melihat kepada unsur2 rekabentuk Islam. Dokumentari mengenainya pernah di tayangkan di Nasional Georafi dan kebanyakan idea bangunan melibatkan unsur Islam dan budaya orang Malaysia. Jadi, di sini sy berpendapat bahawa unsur Illuminati yang ada pada design KLCC ada secara kebetulan dan kesilapan tersebut perlu di jadikan panduan terutamanya kepada pihak yang bercadang untuk membuat design bangunan. kepada penulis terima kasi atas maklumat dan teguran yang anda berikan. tanpa maklumat ini kita x akan sedar akan kelemahan kita dan teruskan perjuangan murni anda untuk menegakkan agama agung ini(Islam)

تو Sy bdk

tinggi sungguh daya imiginasi sipenulis...
Dan supporter...

salam alaikum.. ini sekadar pendapat saya.. sy dah tengok kesemua 50 episod the Arrivals, dan faham bagaimana freemason/illuminati menggunakan kaedah kejuruteraan dalam mencapai apa yang mereka inginkan. sesebuah bangunan itu tidak lain dan tidak bukan hanyalah salah satu medium untuk menghasilkan aura samada positif atau negatif bergantung kepada aktiviti yang dilakukan dalam bangunan tersebut. kalau setakat bercirikan Islam tapi aktiviti di dalamnya tidak ke arah menghasilkan aura positif, tiada gunanya.. Berapa buah masjid cantik yang dibina di atas muka Bumi ini tidak penting, apa yang penting ialah berapa banyak masjid yang diimarahkan dan digunakan sepenuhnya oleh umat Islam??

saya ingin berterima kasih kpd blog ini kerana telah membuka mata dan minda saya tentang segala perancangan jahat si yahudi dan amerika untuksesatkan kidah umat islam

saudara admin aku nak sponsor hosting kat hang. email aku admin@lepaknet.org

Saya setuju dgn ulasan cik LuluLolita.
Apa yang menarik perhatian saya dalam siri tersebut adalah pendedahan mereka terhadap struktur2 bangunan berunsur negatif ini yang dibina secara perpusat mengikut leylines all around the world. Adakah pembinaan KLCC juga berada tepat di atas leyline tersebut? Kebetulan atau terancang?

blog ni byk bg info bermanfaat.well done & keep up da good effort.smg mndpt redha Allah

klo satelite tu ala2 bleh tgk segalanye..dh tu org cacat sebelah mata tu apa plak?freemason?jom bunuh ramai2..
kain sarung jantan yg kotak2 tu checkered gak ke?tikar mengkuang?
kat masjid xde ke tiang cam illuminati?
bumbung umah bukan ke cm piramid?
kaki pendokong jambatan ala2 lambang freemason?dh tu klo jam bukan digital,pada pukul 4.40,kan bentuk sama cm lambang freemason..alat tulis geometri lagi la..klo betul pun la kan,apa effect kt kita aa?

Kebetulan jer, lagipown menara KLCC tu mirip menara masjid aper. Kalu tak disokong ngan jejantas tu boleh tumbang dibuatnya... ini hanya konspirasi yang dibuat2 untuk memburukkan lagi keadaan.

heheh..wahai sedara2 seumatku...daripada anda taksub pada cerita2 ini, lebih baik anda pergi solat berjemaah di masjid..itu lagi bagus..

baru nak berdiskusi pasal hal2 nie tapi anda dah offline..

laku lak blog miker ni..cayalah..tapi kenapa gunakan blog sebagai medium alternatife??naper tak diajukan sahaja kepada pihak jabatan agama islam yang berkaitan..

jangan wujudkan kekeliruan dengan kecelaruan di kalangan masyarakat islam di negara ini.

buktikan..jangan sekadar main cedok kromok!!

lorat la kau ni. orang ramai sebenarnya tak tau sgt pun freemason ke hape ke. hanya sebab engkau baca sikit2 pasal freemason tak payahla sampai jadi taksub tak tentu hala kata semua benda ada unsur freemason.

Dulu2 orang kata semua benda ada unsur salib. tikar semayang ada gambar salib, merata2 ada unsur salib. memanglah begitu sebab bentuk 't' salib tu memang ada pada banyak rekabentuk dan struktur lukisan/ bangunan.

jangan dangkal sangat, matang sikit beb. baru orang dengar cakap kita. melalut macam ni buang masa kau je. belajar sampai habis dulu.

APA DAH KORANG NI NK AMIK HAL DENGAN LOGO2 NI....KAN KREATIVITI SESEORANG JE APA NAK AMIK SIYES!KEBETULAN JE TU! KEBETULAN JE! XDE APA2...xcaya cuba ngok lak logo lhdn, logo dewan bahasa dn pustaka, logo sprm......logo jpa...logo halal mcmcana ek? klu ckp logo keadilan lak mcm mana?"ada gak yang kena rejam dgn batu ni" .Saje ngacau korang....SLAM.....tu sbagai mukadimah je...xde apa lah tu...tu kan logo je.xde apa pun....he he he....xcaya tanya NABIL..."lu pikir sendiri".wardina dengan anak dia blakon dlm iklan susu conteng logo bintang 6 bucu tu kan biasa je....alah budak2 bukan tahu apa.....mak budak pun xtahu apa2.tahun lepas byk logo sambutan 25 tahun...tmasuk bdn pyiaran tv.tu logo apa ek....? "ha eleh dia ni...tu sbagai 25thun JUBLI PERAK"....oooo ye ye...YELAH jubli perak. Apa nk fikir sangat duit USD tu....lambang dacing yg ada kan sbagai logo SAKSAMA,KEADILAN. Jadi xde apa2 sgt klu KEBETULAN je ada yg pakai lambang2 tu.Korang jgn lah nk yg berbukan bukan. KEBETULAN bah ituk suma!KEBETULAN suma tu.askar2 jerman dulu pun pakai bintang bucu lapan sbbnya diorang xde logo lain nk pakai...."britain dh pakai cross...jepun dh pakai simbol matahari....ni kita nk pakai logo apa ni?" "Eko lotaklah lambang bucu lapan....den ngok mcm monarek jo"kata hitler...."owh beres boss!" Btul x aku dah ckp...dari pbualan hitler pun korang leh tahu kan xde logo lain yg diorg nk pakai kan....sama gak....masa nk wat logo2 kt makanan ni..."letak je lah octagon...geometri sikit nampak berseni....he he he...seni kan satu keindahan..." jadi korang jangan salah faham tu kbtulan je. "ah dah sampai masa ni kita tukar LOGO kita utk nampak corporat sikit"..kata salah seorang pengarah syarikat minuman. "Kita pakaiHEKSAGON pulak lah...nampak canggih sikit'..kebetulan diorang pun tukar logo.nampak lah KORPORAT sikit.xde apa pun. XDE APA2 PUN. sekali lagi XDE APA2 PUN SAJE JE...NK KORPORAT ATAU KESENIAN tu je....baru2 ni seorang menteri kita dijemput utk merasmikan sebuah hospital swasta....KEBETULAN lambang hospital swasta tu pun menggunakan logo bucu lapan. Jadi hospital tu pun tiada lagi KERAGUAN.sbb nya kbetulan mggunakan bucu lapan mcm logo halal."beb apa ni beb...gua xckp ek hospital tu halal....gua ckp hospital tu sama logo dia gunakan bucu lapan mcm logo halal....lu jgn lah slah faham...FAHAM btul2...!
Bill internet – p1

" APA LAH SANGAT LOGO? MELAMBANGKAN APA yg korang nk pertikaikan ni? Singapura bendera dia ada simbol bintang dan bulan ? yelah memang lah bintang dia ada 5...kita 1 je. Klu singapura pakai logo bulan sabit dan bintang kt bendera dia.....diorang negara ISLAM ke? Ha...dah nape nk samakan LOGO2 tu dengan apo ko cakap tu....."apa nama...." ....MASIONARY...ek? xde kena MENGENA.Tu KEBETULAN je. Selepas Lee dpt sgpore dr msia, "KITA TALAK MASA LAGI WOO...MAHU PIKIR2 LOGO MANA MAH YG SESUAI UTK BENDERA KITA....KITA PAKAI BULAN SABIT DENGAN BINTANG JO LO!!!TAPI LETAK ITU LIMA BINTANG HO...JANGAN 3 LEEH NANTI OLANG MALAYA INGAT KITA KOMUNIS LO...!!!" KEBETULAN ok. xde apa2 pun. Logo bucu lapan ni biasa je kt singapore....berlambak kt bawah2 blok singapura ni."KITA ORANG XKISAH LAH...DIAORANG NK CAKAP APA TENTANG BINTANG2 NI...JANJI KITA ORANG DAPAT PERRGI STADIUM KALLANG!"tu kata2 salah seorang makcik bwh blok yang sedang bbual mesra dengan rakan2nya sambil dduk atas bucu 8 tu bila ada yg mempertikaikan logo2 tu. Klu korang nk pertikaikan baik korang pertikaikan skali logo2 yg ada kt shopping complex yg ada kt negara kita ni.simbol matahari ada, simbol heksagon, simbol octagon ada...simbol segitiga jgn ckp....blambak oo....baik korang pertikaian skali simbol medicine dua ular melilit batang yg ada pada institusi kedoktoran swasta yg ada.tapi bila sakit korang gi gak jumpa doktor kan? nape xjumpa bomoh! "LU LEBIH2 LAH BRO...XKAN SAKIT GUA NK JUMPA LU LAK! LU BUKAN BOMOH JAUH SEKALI DOKTOR!!" mame eh kawe buke doktor....bomoh pun buke...tapi demo sebok2 pasal logo...kawe cakop lagu tu!"
BILL INTERNET-part 11

Hu letih nk cite pasal logo! Mula2 zaman2 rock kapak dulu gua lepak kt daya bumi ngok lambang KESENIAN yang ada memang gua RESPECT beb! Tapi bila ngok lambang2 yang ada pun ada kt baju tentera JERMAN...ada jugak kt kt kuil2..."EH NI APA CITE NI?" jadi gua pun mula lah SUSPECT! Jadi gua tanya lah pd org yg amik bidang arkitek ni...diorang ckp tu KESENIAN...."ooooo i c" aku mgangguk-angguk. Tanya yg taraf2 tinggi dalam agama...diorg pun ckp "TU KESENIAN PERADABAN ISLAM. DINEGARA2 ARAB SIMBOL2 TU BANYAK DIGUNAKAN"...."oooooooo........" panjang sikit beb gua punya oooo kali ni sebabnya dpt pjelasan yg BERMAKNA. Gua pun trus je ingatkan duit kertas yg gua ada dlm poket....gua belek2 punya belek...lagi panjang gua punya "ooooooooooooooooo.....patutlah" KEBETULAN ada bank2 tertentu pun ada pakai lambang tu. Ye lah mungkin menghormati PAK ARAB2 yg banyak mlabur kt bank tu.TOKEY beb....duit dia...bukan duit gua beb...yg gua nk pertikaikan.Belek punya belek...gua npk simbol mata 1 lak yg korang ckp tu kt duit kt belakang petih lima riyal(duit lima inggit plastik lah)....xcayalah korang kluar kan duit LIMA inggit tu skrg aku tunjukkan skrg....iye duit lima inggit skrg lah...aik korang xde? "ko ni mmg tgh xde duit ke atau duit note 50 inggit yg bayk...?". ok klu ada korang ngok kt blakg note lima inggit tu....ha npk tak? nampak kan? korang yang tak nampak memag mata korang satu mcm yg korang pertikaikan isu2 kt atas tu! ha...nampakkan! EH apa dah kt atas kontrol tower tu lah! nampakkan! "ha eleh tu kan KEBETULAN dan KESENIAN" kt control tower tu korang nampak x ada org tgh teropong klcc pd tgkt2 TERTENTU…..SEKALI LAGI TINGKAT TERTENTU ok…. KAH KAH KAH KAH......korang KENA!!!...mana ada dah org tengah teropong! "DUSH! DUSH! DUSH!" abby fana dr sinarfm tumbuk aku....”urggh ai laik!”...ok2 kita truskan...cuba korang ttup mata korang sebelah n fokuskan kt klcc tu. kt terowong ats angin tu....fokus btul2.....tak nampak? "ha eko buek cermin mato eko tu kt fokuspoint!" nampak kan? nampak tak bentuk "kompas" dan "pembaris"? Tapi tak samakan mcm dlam duit usd kn? tu bukan KEBETULAN klu TAK sama. "Apa lah ko nk pertikaikan sampai ke situ? Tu kan sumanya DESIGN sebagai KESENIAN. Hiburan pun KESENIAN. kan klcc ni arkitek dia memang masyhur dengan rekabentuknya....akrkitek yg sama merekabentuk wtc!" "Dengan wtc....wtc yg mana ...yg runtuh kena langgar kapal terbang tu?" "iye bro.....lu xcaya lu ngok web ni http://www.petronas.com.my/internet/pett/pettweb.nsf/Src/WebDoc*Architecture/?Open
BILL INTERNET-part 111

Lu mcm bagus je sampai nk bagi web.Gua tahu lah....gua xtahu yg arkitek yg sama design wtc. Gua ingat pele yg main bola rupanya Cesar Pelli & Associates."Ye lah bro....tapi apa tujuan lu bagi web tu....?" "jadi ko boleh ngok....btul atau x yg designer tu dengan apa yg aku cakap..? pastu ngok skali konsep tapak binaan dia?" Benda lah dia ni nk pertikaikan sampai mcm tu!"
Ha tulah klu aku pertikaikan korang marah....tapi korang pertikaikan anugerah juara lagu xpe lah pulak? Owh klu tapak tu sbbnya nk dkukuhkan jadi perlu tapak yg sebegitu xpe? klu gua pertikaikan yg pyramid tu sbbnya arkitek tu x kreatif hanya tahu wat bentuk segitiga je....oo korang marah lak? Korang sama kan lak dengan mata satu ek....tapi yg korang tadi mata korang satu masa nk fokus kt klcc tu korang x perasaan lak? lu orang yg mata satu tadi...gua nampak! gua nampak beb! "Adui bang...adui...adui......cukup bang...cukup..bang...sakit bang....jangan pukul lagi.....tak....tak...mata abang2...saudara2...dh jadi satu....dua dua bijik mata dah celik!" "padan muka lu gua tumbuk gua pukul lu baru lu nk cakap kita orang dah celik ek!" "lu memang giler! lu giler beb! gua malas nk layan lu! Padan muka lu kena pukul!"
Yelah aku jelah salah...aku ngaku....abis tu korang nk sangat pertikaikan logo2 tu....bile aku pertikaikan xboleh lak...!
BILL mcm mana? "LU PIKIRLAH SENDIRI"
-BILL INTERNET-

Saya setuju dengan bro Bangau.

Jangan samakan lambang-lambang tu dengan freemason jangan TAKSUB sangat! Tapi klu awak dah taksub saya pun taksub!
Bagaimana kalau saya katakan background blogspot anda sendiri ada unsur-unsur atau simbol-simbol freemason?
1. Lambang bunga yang ada menyerupai PENTAGAM?
2. Kerawang-lerwang yang ada menunjukkan simbol.....keras ni takpelah saudara ngok sendiri cerita jenifer lopez berlakon...."CARILAH SENDIRI CITE TU!"

assalamualaikum sume..
haha...
pelik aku...
ape salah yew ambik hal2 cam ni kite kuat kn iman kite..
klu betol, kite da sedia...
klu salah, xpe la..iman kite pon da makin mantop..

ni na mara2 pesal..
xsetuju, biar kn jew la diowg ngan labu2 yew...
cam mane klu betul2 terjadi...
sendiri mau ingat la cam ne lu na selamat kn diri lu..

2 cuma simbol jela beb..
pentagram 2.. abis 2,bulan sabit n bintang pon ade kat freemason. kite pon gne letak kat masjid n sejadah. ade kaitan x? kubah pon diowg gne gak..korang tgk la dlu the arrival..bru phm cikit..dr tgk citer jenifer lopez tmbh dosa wat ape gak..lambang n logo 2 xsalah ape2 pon..binaan pon xsalah..tpi ad sbb knape diowg gne(klu diowg tol2 wujud la)..tgk la the arrival 2..kat utube berlambak..cari jew..

pokok xkn bergoyang klu xde angin.
len la klu ko goyang kn pokok 2 sendri..
klu da ad ura2 cm ni..
lebih bek ambil sikap berhati2..
tambah iman, wat byk pahala..tgl yg lara' cam AJL 2..
klu korang mat rempit xpe..tros kn la..
xplu wat persediaan..helmet xde xpa, roadtax da mati pon xpa..sbb na join mati skali..haha..

fikir la..owg na beritahu..saling mengigati..
bkn na salah kn sape2..cume na kite lebih berhati2 ngan dunia akhir zaman..
salah kew owg 2 cume na btaw..
pantang d tgor, tros melatah!!hakhak..
(memahami musuh, dan kite pon kuat la iman kite na lawan diowg)

p/s:aku bkn taksub..tpi cume ambil langkah hati2..xsalah ape2 pon..aku still idop cam owg len gak..teringat aku kat 1 blog yg aku bace, tol kate owg tue 2, xkn ramai yg percaya..hahaha..kini aku ngerti pak..walaupon dlu pon cam korang..wat xptaw jew pasal ni..tpi xsalah kn ambil sikap hati2..klu salah betul kn la sy ea..sy ni dak bru na berjalan..len la korang yg da leh msok lari 1o0m kat olimpik 2..
=)

aiyahh.. when come to org kafir.. kita byk salahkan diorg kan.. its not im on their side.. but persamaan tu.. bg tuan blog ni. mgkin kate xmgkin kebetulan.. but org lain kate mybe kebetulan.. i dont care la if ade mastermind ke whteva... but then.. mahathir kan yg buat bnda ni.. if mahathir tawu psl ni,xkan la die mastermind? mahathir bijak.. so.. kebetulan..

Tuan Blogger:

Pendapat saya utk kita fikirkan bersama:

1. Asal mula sesuatu itu itu harus, sehingga dinyatakan dengan jelas haramnya.

2. Kita menghalau kegelapan dengan cahaya, tidak jadi dengan memukul kegelapan itu.

3. The best defense is attack; the most effective attack is with the element of surprise. When everything is announced there's no more surprise.

4. There's always two sides of a coin; kanan pada seorng adalah kiri pd org yg memandangnya. Malang pd seorg adalah untung pd seorg yg lain.

Berhati-hatilah dengan apa yg kita war-warkan. Kadang2 kita sangka benda yg kita bawa itu baik tetapi sebenarnya ia menghancur dan menyesatkan. Kadang2 kita sangka bicara kita itu membawa manfaat tetapi sebenarnya ia membawa mudharat kpd yg mendengar. Berhati2lah... Saya kira dengan bidang Pengajian Saudara dlm Fiqh & Usul Fiqh Saudara mampu mengupas dakwaan2 saudara berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Bukankah lebih cantik dan mantap begitu drp membentangkan isu ini berteraskan teori konspirasi, persepsi dan spekulasi?

Bukanlah saya mengatakan apa yg Saudara war2kan ini salah tetapi dasar Saudara adalah supaya umat Islam sedar dan mengambil sedar, maka asas Islam itu Al-Quran dan As-Sunnah, dan itu jualah yg harus didasarkan. Kedua2 ini sentiasa akan tepat dengan logika pemikiran sedar.

Ini dari sudut para pengkaji sejarah bangsa melayu yg telah lama diselubungi misteri dan dihancurkan(penjajah).... kalau tengok dari sudut atas ia seperti bentuk bunga teratai yg suatu ketika dahulu banyak digunakan untuk mendirikan bangunan...ia tercatat dalam Empayar Benua Islam Siam Ayuthia(sebelum diserang puak kafir), bangunan dihancurkan dan tapaknya(bentuk bunga teratai) diletaknya patung2 Buddha...perkara ini amat merumitkan disebabkan terlampau banyak kazanah kita telah di musnahkan oleh pihak penjajah(dasar Freemason dan Illuminati untuk melemahkan semangat generasi akan datang) sila rujuk di http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/. ini bukan soal untuk menaikkan nama kedah atau sebaliknya(aku bukan orang kedah ^^). untuk memahami sesuatu perkara, kita kena selidik dan mengkaji apa yang ingin disampaikan. suatu ketika dahulu tun mahathir pernah bekata dekat orang portugis "The man who finish around the world is malay and not portugis" dikenali sebagai Henry the black(versi org putih) Panglima Awang(Versi Kita)dan Enrique(versi eropah) yg menjadi ketua kapal portugis selepas matinya ketua kapal portugis di filipina yg mengacau kedaulatannya semasa perang suadara meletus di sana(masa itu filipina dikuasai oleh bangsa melayu, hehe ramai mesti tak percaya. cuba selidik siapa Jose Rizal). lagi satu nama "A Farmosa", semua orang ingat nama tu datang dari portugis. kalau korang ada kawan warga portugis, haram!! diorang pun tak tahu "Mengikut bahasa Siam Kedah, Pha-mo-ser membawa maksud, bawa-tentera-berpengetahuan." http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=55&thread_id=772&rowstart=20 dan banyak lagi sejarah kita dipesongkan sebulat-bulatnya..ehmm siapa pakar sejarah kita hari ini? klunya "cina"...

sy tidak tksub tp kagum kerana penulis brusaha brdakwah dgn mndedahkn byk knpirasi. sy juga akn mbaca stiap kmen2 pmbaca lain supya dapat mmahami pndirian2 pmbaca2 blog..pnulis dilihat rajin mmblas komen2 normal pmbaca2..tp bg komen2 yg radikal, dilihat pnulis tidak membalas. jadi, pndapat saya, bg mnguatkan usaha dkwh anda, anda sharusnya mmbalas komen2 yg radikal itu dgn hujah2 yang kukuh dan utuh bdasarkn fakta atau pemikiran yg kritis supaya dapat dilihat dgn jelas. sy brbangga jika anda dapat mguatkan hujah anda dgn menepis sgala tomahan (kcuali soalan2 yg tidak logi yg ditanyakan).
"blackmore"

haha, sudahlah. sempit pny pmikiran. kalau semua zionis, yahudi, hang nak dok mana wahai cik writer? sudahlah bwk pmikiran sempit!

slm..good exposed..but besela ade yg trime n xnk trime..klo ade yg da tgk siri the arrivals tuh alhamdulillah..ini akn membuatkn otak knn korg mula berfikir secr kritis dan kreatif.bg yg xnk asah otak knn korg tuh,tu la jdnyer..menidakkn bende yg da nyata.otak knn korg TDO kot!
fine..bg yg xnk trime n xnk fikir tntg pendedahan ni sume, korg byk2 kn la zikir n minx ptnjuk..mgkn kite tkot kern KEBENARAN itu MENYAKITKAN bukn?dats y,kite wat xnmpk n xnk trime.its ok..xnk trime xpe.agpla neh sbg satu ilmu.:)xslh kn?
ape2 pn,kite skrg da akhir zaman.bg org islam g btl2 CINTA Allah swt..mereka akn siapkn diri mereka utk join barisan di medan perang di akhir zaman ini.bersama2 imam mahdi n Nabi Isa as..
xrase ke kite ni zalim..zalim pd dr. Allah da jadikan kite,kite plak jd penentang yg nyata.(minx dijauhkn..)
xsayg ke kita pada Allah?
xsyg ke kita pada Rasulullah saw yg sentiasa rindukn umatnya?
xsyg ke kita pada agama kita yg sgt benr nie,Islam?
skrg ni same2 kite siapkn diri kita..
belajar berenang,memanah dan menunggang kuda..
dan sentiasa rasekn diri ini adalah pejuang yg berjuang menentang dajjal di akhir zaman ini nanti..Insya-Allah,amin...
moga iman kite sentiasa tetap dan sentiasa berada dektNya dan tetap dlm agama yg benar ini,ISLAM..slm :)

tak tau la nak percaya atau anggap ini sbg satu kebetulan..yg pasti,umat islam perlu berwaspada. illuminati sgt licik,ada agenda tersendiri,perancangan mereka begitu teliti, cara mereka sgt halus,meresap dalam organisasi2 dunia..

Korang ni bodoh ke ape? Korang ingat,dengan menidakkan benda yang korang rasa "KEBETULAN dan REMEH" tu,membuatkan korang rasa korang matang? Wake up,people. You are being so easily deceived by them. Orang kalau nak buat jahat,ada ke orang tu terus pegi kat kita then cakap "eh aku nak samun/rogol/rompak kau". Jgnla immature sgt.We are telling you all this because we CARE.We do not want our culture and religion to keep disbelieving the truth,just because of the fact that it is all "KEBETULAN". You are making all of us look so idiotic. I bet they are laughing at us right now while saying "Look,we made it!" Stop condemning orang lain. Cuba terima perkara ni dgn mendalam, terbuka dan TANPA EGO. Nothing in this world is COINCIDENCE. Everything happens for a reason. If you think benda ni semua coincidence, can you explain the symbols that are in majority of the movies that we watched?Check kat youtube la.Diorang ni memang dah destined to destroy strong religions of the world.Dari awal zaman diorang wujud untuk musnahkan kita.Kau jgn la ingat buku sejarah/ architecture/ engineering etc which you all learn by heart tu,semuanya betul. Semuanya dah dirancang dgn baaaeekkk. Kalau setakat belajar sampai PhD tapi perangai mcm budak tadika,baik tak payah baca blog mcm ni la.Kau hanya menjatuhkan semangat orang kita yang hendak mempercayai kebenaran. BONGOK!

Aku setuju dgn penulis...yg tak tgk the arrivals silakan tgk...anda akan lebih faham dgn ape yg dimaksudkan penulis...=)

ak nk tanye..
ape function buat bangunan tinggi2...
bkn ke tu tande kcil kiamat?
bgus sgt r tu wat bngunan tinggi2 melalui seni bina islam..pirah...
FREEMASON LA TUH!!!

hai..dunia..dunia..klaka aku baca komen org yg nak menafikan lagi apa yg dah blaku di sekeliling kita ni..
bg yg menegakkan apa yg d luahkan oleh admin,aku salute coz korang masih lagi besabar melayan karenah org yg tak nak membuka minda dieorg lg..
aku xnak komen membina atau nak menjatuhkan.bg aku,semua org ada pandangan dan pemikiran mereka sdiri.kita xblh nak kejutkan org yg sdiri xnak d bangunkn.biar mereka sedar sdiri itu pn klu masih xterlewat..
sejak aku tgk siri the arrival.aku mula membuka kan mata d seluruh persekitaran aku mahupn perkembangan dunia..aku xnak jadi org yg buta dan d brain wash oleh sesiapa..yg penting aku percaya pada alQuran dan hadis..tv/hiburan pn aku dh jarang tgk kecuali berita semasa(itupn aku masih xpercaya 100%)
byk sebenarnya rahsia yg kita xketahui..tp aku bersyukur sbb dapat tau serba sedikit ttg rancangan jahat dajjal ni,aku dah start membentuk diri aku yg baru.dan aku nak mati dalam islam..insyallah..amin!

yg nie tak ketara sangat la, sorry bro tapi aku rasa analisis kau untuk KLCC langsung tak tepat, satelit mmg dah design camtuh, kelakar sial kau nie, jambatan plak, dah mmg nak kena sokong camtuh, ape salahnyer buat jambatan, dah orang nak cross dari satu menara ke satu menara, sorry to say but analisis nie mengarut...

ape kata kau buat analisis pakai sunway piramid, yg tuh mmg aku interested nak tau...

bismillahirahmannirrahim...
assalamualaikum....

pada saya,perkara sebegini memang wujud.dan kebanyakan daripada kita mengetahuinya.pada hemat saya tidak perlulah kita untuk bertikam lidah berkata siapa betul dan siapa salah.bila da masing2 nak menang mula nak maki2 antara satu sama lain.mungkin niat baik untuk memberi kesedaran tetapi niat tidak menghalalkan cara.klau nak memberi pendapat memang bagus tetapi tak perlulah nak menggunakan bahasa yg kasar.dari situ kita lihat taktik org kafir ni dah berjaya iaitu melaga-lagakan sesama kita..betul x?masing2 saya rasa sudah besar panjang dan cukup umur untuk menilai mana yang baik dan buruk..berdiskusi lah dgn cara yg lebih baik..berbaliklah kepada Al-Quran dan sinnah...jika kita ikut semua tu nescayalah insyaallah selamat dunia akhirat..tak kiralah hebat mana cubaan freemason untuk memesongkan kita tak akan berhasil.. peganglah kpd Al-quran dan sunnah..peganglah..peganglah..akal memang boleh berfikir tetapi tidak boleh merasa..hanya hati yg boleh..tepuk dada tanya iman
maafkan saya jika ada salah dan silap..
assalamualaikum

Aku Benci sapa yg bwat design KLCC ney...
aku Benci Illuminati@freemason...
marilah Kita Bersama2 menyelamat kan sesama kita...
agar tidak berkait dgan mereka!!!!

Apa lah pemikiran kolot nak kaitkan Freemason lah iluminiti lah .. Zaman firaun dulu nak tunjuk kekuasaan bina pyramid ... Tiada manfaat kecuali firaun jea.. Di USA nak kekalkan kekuasaan bina lah Pentagon ... Takut diserang gunakan kaedah senjata ... Di Malaysia nak beri manfaat beratus ribu masyarakat Malaysia dpt bekerja Dan kaya binalah bentuk oktagon 8 klcc.. Berapa ratus ribu setiap hari dpt makan di klcc ... Nie lah cara ..beza pemikiran... Sebaik baik manusia kan yang banyak beri manfaat ...

Welcome to brotherhood Illuminati where you can become
rich famous and popular and your life story we be change
totally my name is Dan Jerry I am here to share my
testimony on how I join the great brotherhood Illuminati
and my life story was change immediately . I was very poor
no job and I has no money to even feed and take care of my
family I was confuse in life I don’t know what to do I try all
my possible best to get money but no one work out for me
each day I share tears, I was just looking out my family no
money to take care of them until one day I decided to join
the great Illuminati , I come across them in the internet I
never believe I said let me try I email them.all what they
said we happen in my life just started it was like a dream to
me they really change my story totally . They give me the
sum of $1,200,000 and many thing. through the Illuminati I
was able to become rich, and have many industry on my
own and become famous and popular in my country , today
me and my family is living happily and I am the most
happiest man here is the opportunity for you to join the
Illuminati and become rich and famous in life and be like
other people and you life we be change totally.If you are
interested in joining the great brotherhood Illuminati.then
contact him +2348106618681 email:illuminatibrotherpowerful@
gmail.com or you need my assistance email:danjerry04@gmail.com

Salam dari perintah pencerahan yang hebat kepada negara bersatu dan kepada seluruh dunia, ini adalah peluang terbuka untuk menyertai komuniti orang yang tercerahkan, di mana anda boleh menangkap semula impian anda yang hilang, dan juga di mana anda boleh mendapatkan semula cahaya melihat kekayaan dan bahagia tanpa ada pengorbanan darah. Dan kami juga membayar sejumlah $550,000 untuk mendapatkan semua ahli baharu apabila mereka menyertai persaudaraan dan juga ke rumah pilihan dan lokasi anda dengan pelaburan dan peluang dalam hidup ini untuk menjadi terkenal.

FAEDAH DIBERIKAN KEPADA AHLI BARU MENYALA LAMPU.
1. Ganjaran wang tunai sebanyak $550,000.
2. KERETA Impian Anggun baharu bernilai $150,000 USD
3. Membeli rumah idaman di negara pilihan anda.
Perundingan selama sebulan dengan 5 terbaik di dunia.
Pemimpin dan 5 selebriti paling penting di dunia. Jika anda berminat sila hubungi alamat e-mel sebelum ini = illuminatiworldwideorder@gmail.com atau wahtsapp kami +12529306744



https://www.gaia.com/article/what-is-the-illuminati

Catat Ulasan

Pada pendapat anda?

Perjalanan

Tembusi Petra, Jordan Slideshow: BenTaleb’s trip was created by TripAdvisor. Create a free slideshow with music from your travel photos.
Sabda Baginda SAW ; "Ketahuilah ia (Dajjal) berada di laut Syam atau laut Yaman.. akan datang dari arah timur (lalu menunjukkan dengan tangan baginda).."[Riwayat Muslim]. Daripada Abi Bakr al-Siddiq r.a, sabda Baginda SAW, "Dajjal akan muncul ke bumi dari arah timur bernama KHURASAN." [Riwayat al-Tirmizi]. Daripada Anas bin Malik r.a, sabda Baginda SAW, "Dajjal akan keluar dari kota Yahudi ISFAHAN (Khurasan, IRAN) bersama 70,000 penduduk ISFAHAN". [Fath al-Rabbani Tartib Musnad Ahmad. Ibn Hajar berkata : "Sahih"]. Ibn Kathir berkata, Dajal pada mulanya akan muncul dari ISFAHAN dari sebuah kota Yahudi [al-Nihayah fi al-Fitan wa al-Malahim]. ISFAHAN adalah sebuah bandar terbesar YAHUDI di Iran dan pusat loji nuklear Iran pada masa kini.