JTR mengalu-alukan tuan puan untuk membaca tulisan dalam blog ini bagi manfaat tuan puan
Photobucket

Isnin, 1 November 2010

Jawapan Kepada Si Kaki Kritik

Posted by Abu Hannan On 5:47:00 PG 21 comments

Muktahir ini, muncul suatu golongan yang asyik mengkritik apa sahaja yang dirasakan tidak sekepala dengan mereka. Mereka ini boleh muncul di mana-mana laman sosial seperti facebook, forum-forum malah terdapat juga blog-blog yang tumbuh bagai cendawan atas dasar mengkritik ini. Tidak dapat dipastikan puncanya, barangkali mereka terpengaruh dengan rancangan seumpama Akademi Fantasia, American Idol dan sebagainya. Mereka berfikir sekiranya mereka dapat mengkritik selantang Simon Cowell, mungkinkah mereka akan mendapat lebih perhatian yang diingini?


Apabila mendengar perkataan The Arrivals, apakah yang terlintas di fikiran anda? Pasti terdapat segelintir mengaitkannya dengan teori konspirasi dan mereka terus menolak sementah-mentahnya. Tetapi apabila mendapat majalah tabloid hiburan, adakah mereka lakukan perkara yang sama? Amat malang sekali apabila datangnya satu teori yang digelar konspirasi, segelintir daripada kita menolak terus bagaikan suatu sampah, menghinanya tanpa sebarang penilaian lanjut dan yang paling menyakitkan adalah memBODOHkan orang lain. Entri kali ini ditulis untuk menjawab tulisan “Teori Konspirasi itu bodoh?”, sekaligus mengajak pembaca sekalian sentiasalah bermuhasabah diri masing-masing. Kita acap kali melontarkan pelbagai kritikan-kritikan, namun sedarkah, kritikan-kritikan itu hanyalah membuka pekong kejahilan kita sendiri. Sekarang marilah kita memahami mereka semoleknya…

Taksub dengan pandangan sendiri

Di kalangan mereka yang asyik mengkritik, wujud sifat ketaksuban yang melampau terhadap pandangan sendiri. Mereka ini akan mengkritik pihak yang tidak sepandangan dengan mereka, yakni kelompok yang berlawanan. Mereka akan menentang segala pandangan baru yang bertentangan dengan mereka kerana merasakan pandangan sendiri lebih benar. Mereka tahu, sekiranya maklumat itu diterima, mereka terpaksa mengubah gaya hidup mereka kini yang agak selesa.
Apabila mereka tidak mampu menerima pandangan baru yang lebih benar, maka untuk melindungi maruah, mereka akan menolak segala pandangan baru. Tidak hairanlah mereka mengeluarkan perkataan “bodoh”, “bangang”, “bahlul” dan sebagainya kepada segala mereka yang membawa pandangan yang bertentangan dengan mereka.

Cepat buat penilaian

Antara sikap yang menjengkelkan di kalangan mereka adalah terlalu cepat membuat penilaian. Baru sahaja mendengar khabar entah dari mana, terus mereka membuat kesimpulan konkrit. Bermacam-macam kata-kata menyakitkan dilontar mereka, tetapi apabila ditanya, "apakah mereka sudah menonton video tersebut?" Tergagap-gagap mereka menjawabnya. Ditanya lagi, "mengenai apakah siri The Arrivals ni?" Mereka menjawab “Meramal masa depan!” Sah, mereka memang tak tengok langsung.
Kadang-kadang agak kelakar apabila melihat cara mereka membuat penilaian. Apabila mereka berjumpa seseorang yang dilihat terlampau obses dengan teori konspirasi, yang hanya duduk menunggu ketibaan dajal semata-mata, maka mereka terus mengisytiharkan teori konspirasi sebagai mengarut. Kaedah mereka pakai ini tak ubah seperti pendokong George W. Bush yang mengisytihar Islam sebagai agama pejuang terrorist hanya disebabkan segelintir kecil muslim melibatkan diri dalam jenayah. 

Sebab berlakunya perkara sedemikian ini adalah berpunca dari sikap kemalasan mereka; malas membaca, malas mendengar, malas menelaah, malas mengkaji dan lain-lain malas lagi. Dan akibat kemalasan tersebut, mereka membuat keputusan berdasarkan pengetahuan semasa yang ketinggalan itu. Maka apabila terdapat pihak yang berusaha membuat video dengan harapan mereka yang pemalas ini mendapat manfaat, mereka meneruskan keegoaan mereka memperlekehkan usaha tersebut.

Menyempitkan pemikiran

Mereka yang asyik mengkritik ini, sering berkata lebih baik menumpukan perhatian pada ibadat semata-mata. Mereka beranggapan menuntut ilmu hanyalah terhad kepada pengkhususan agama yang hanya boleh didengar melalui penyampaian ustaz-ustaz yang berada di masjid atau surau.
“Baik baca tafsir Quran daripada tengok video tu”
“Sape suruh belajar agama guna internet? Lebih baik pergi masjid dengar kuliah agama!”
Pemikiran sebegini amat menghairankan, seolah-olah menafikan tuntutan ilmu-ilmu yang lain. Pandangan mereka ini seolah-olah ingin berkata kepada profesion-profesion lain seperti doktor, jurutera dan lain-lain supaya meninggalkan kerjaya mereka dan hanya menumpukan perhatian pada ibadat semata-mata. 

Adakah mereka tidak mengetahui, dengan zaman moden sebegini, teknologi dapat dimanfaatkan untuk mengembangkan dakwah secara lebih terbuka dan tidak terhad di masjid semata-mata? Youtube dapat dimanfaatkan untuk disebarkan segala video-video yang dirakam semasa kuliah di masjid atau dikupas melalui dokumentari secara lebih mudah difahami orang awam. Barangkali mereka yang mengkritik ini, terasa kejutan budaya? Apakah mereka menafikan kreativiti metod pendakwah-pendakwah lain? Atau hanya ingin mengehadkan urusan dakwah kepada di masjid semata-mata? Sudah tiba masanya mereka membuka minda…

Menghukum lebih daripada beri penyelesaian 

Apabila asyik mengkritik, mereka lupa memberi penyelesaian. Bagaimana terlupa sekiranya kritikan mereka pun penuh dengan kecelaruan. Apabila mereka menjumpai sedikit kesilapan, mereka terus menghukum sekeras-kerasnya! Mereka seharusnya sedar setiap apa-apa persembahan dakwah, pasti ada cacat celanya. Hatta, tazkirah-tazkirah yang dilakukan ustaz-ustaz di surau dan masjid pasti ada kesilapan. Tetapi adakah kita ingin mengambil tindakan memulaukan ustaz tersebut? Tentunya tidak. Maka tindakan yang sewajarnya adalah menegur secara berhikmah. Cadangkanlah langkah-langkah mengatasi kecacatan yang ada itu. Tegurlah mereka yang terlampau taksub dengan video-video seumpama ini supaya sentiasa berada di landasan yang betul. Tetapi apa yang dilakukan mereka hanya menilai mereka yang taksub itu dan menjustifikasi mereka yang lain sekali seperti itu juga. Adakah mereka tak pernah mendengar peribahasa “kerana nila setitik rosak sebelanga”? Anda fikirkanlah...

Pesanan buat mereka yang asyik mengkritik ini, anda mungkin cukup hebat, sentiasa beribadat tidak kira siang dan malam. Tetapi sentiasa ingatlah, tidak semua orang hebat seperti anda dan tidak semua orang dapat berfikir seperti anda. Maka tidak perlulah kondem sesiapa dan janganlah menafikan hak mereka untuk berterusan mencari-cari hidayah milik Allah. Kita bimbang jika budaya mengkritik membabi buta ini berlaku secara berterusan akan menyebabkan orang awam akan berasa takut untuk mendekatkan diri dengan dakwah, ini sekaligus membantutkan perkembangan usaha dakwah itu sendiri. Akhir kata, ambillah jalan pertengahan (wasatiyyah), tidak perlulah terlampau menolak dan terlampau obses. Sekian…

rujukan kredit kepada Jalan Salafus al-Sholih

21 Komen:

mereka juga sebahagian dari konspirasi tersebut.... untuk menutup kebenaran!

terima kasih kerana sependapat dengan saya, saya tidak cakap teori konpirasi itu betul, tidak juga menafikannya,

cuma ia sedikit membuka mata saya utk membenarkan apa yg disampaikan oleh Rasulullah SAW dulu,

kebanyakkannya saya tidak fhm kaitan tanda akhir zaman dengan dajal
(Contohnya : bangunan2 tinggi)

tapi dengan pertolongan sedikit dari orang lain dan dokumentari yg sebegitu, saya dapat tau sedikit sebanyak tntg strategi mereka...

tetapi amat syg masih ada yg menafikannya mentah2 tanpa mengkaji, malahan tergolong dlm kalangan orang berintelek...

Ramai yang terlampau fanatik nak kaitkan dengan 'teori konspirasi' tu. Sikit2 freemason. Sikit2 haikal silaimn.

Kaji sumber sesuatu berita sebelum menghukum. Jika berita tersebut di ambil dari kitab nabi2 sebagai contoh wahyu yg di turunkan kpd nabi zakaria atau nabi yahya di dlm kitab, apakah kita abaikan? Bukankah kita beriman dgn nabi2 dan kitab2? Wahyu2 ini menyampaikan perkhabaran ttg akhir zaman namun org2 Islam terus kata kita x boleh percaya dgn kitab2 terdahulu yg telah dirosakkan. Masaalahnya, pernah baca tak dan tahu x kat mana rosaknya? Sebab itulah al quran itu pembeza sebagai pemandu kita. Manusia lebih taksub dgn hadis2 yg ditulis entah dari sapa tapi nabi2 yg disebut di dlm al quran, firman yg dibawa nabi2 itu di tolak. Pelik akhir zaman ni, sebab tulah bila x beriman dgn tuhan, nabi2, malaikat2, rasul2 dan kitab2 tiadalah petunjuk yg menyinar jalan.

Pd pendapat saya, bagi individu yg kurg/cetek ilmunya seperti saya ini, segala info yg didapati dr video, blog, forum ini hendaklah difikir dgn akal, hati yg tenang dan pemikiran yg waras. tak boleh "dihadam" begitu saja utk mengelakkan menjadi taksub dan obses terhadap sesuatu perkara/info. bila bercerita/bincang dgn rakan2 mengenai teori konspirasi, mmg ada yg menolak mentah2. apa yg saya katakan kpd mereka "bukan semua perkara dlm dunia ini satu kebetulan".

Saya bersetuju dan terima hakikat bahawa usaha dakwah juga boleh dibuat melalui internet. Jika ziarah dari rumah ke rumah (pintu ke pintu) utk mengajak saudara kita ke surau/masjid mmg byk cabaran. Jd apa salahnya kita ajak melalui emel?fesbuk misalnya? Ramai yg ambil mudah sebenarnya.

Saya amat menghargai usaha saudara-saudara kita yg ingin berkongsi ilmu dan pengetahuan melalui blog-blog mereka. Banyak membuka mata/minda saya yg selama ini “kabur” (atau “dikaburkan”?)

Jika pintu hati telah tertutup, segala kebenaran akan dilihat sebagai kepalsuan dan begitu juga sebaliknya. Hidayah hanya akan diperolehi oleh mereka terbuka hatinya. Ilmu Allah itu luas terbentang.... Buat lah yang terbaik yang kita mampu. Membuat kajian itu perlu untuk mencari titik kebenaran, tiada salahnya.

Mereka yang sukakan hiburan, akan merasa rimas terhadap kematian dan kesengsaraan. Mereka tidak sanggup mendengar apatah lagi memikirkannya. Wallahua'lam

Saya tidak mengkritik sangat Freemason ini tapi hanya x suka dengan kewujudan segelintir orang yg terlampau obses dengannya. Terlampau obses sehingga menyebarkan kepada semua org. Ya tidak salah untuk menyebarkan ilmu, tetapi kalau dah sampai menjengkelkan orang tu yg saya xle tahan

Salam , jangan risau saudaraku. insyaAllah kita akan disatukan.

Allah yang menjaga Islam , tugas kita terus lakukan tangjungjawab yang diamanahkan. setiap orang dalam bidangnya tersendiri. :)

saya percaya keikhlas kamu dan rakan-rakan yang lain.

*Biar sedikit tetapi yang sedikit itu adalah yang berkualiti. kerana Allah tidak memerlukan kita sesungguhnya kita yang memerlukan Alah swt. semoga Allah swt meredhai perjuang hambaNya2 yg Ikhlas . Amin.

Penerimaan dakwah bukan sesuatu yg boleh kita anggap sebagai suatu yg mudah. Lihat sahaja dakwah nabi yg ditolak dan dipermainkan di awal fatrah dakwah baginda..

Apa pun, pengkaji2 yg terlalu obses sehingga semua perkara ingin dikait dengan konspirasi adalah satu yg mungkin perlukan muhasabah. Ini untuk mengelakkan kecelaruan mereka yg senantiasa mengikuti perkembangan ini.

Nasihat saya kepada mereka agar kembali kepada asas2 ilmu alat. Selain itu, beberpa ilmu yg perlu diberi perhatian penting ialah:
1) Mengetahui Aqidah yg sahih seperti manhaj yang disediakan oleh al-Salaf al-Ummah.
2) Pengetahuan berkenaan ilmu riwayah dan dirayah hadith (sekurang-kurangnya asas). Ini untuk mengelakkan mereka tidak meletakkan hadith2 dhaif dan maudhu' sebagai dalil menguatkan hujjah mereka.
3) Bebas dari fakta2 sejarah yang telah ditokok tambah oleh musuh2 islam agar fakta sebenar berkenaan kajian dapat benar2 didasari selain agar kita tidak tertipu juga dengan konspirasi.

selain itu, mengenali individu yang memang dekat dengan kajian ini dan dalam masa yang sama kekuatan ilmu dalam kedua2 aspek di atas adalah sangat diperlukan agar kita tidak terbabas sehingga boleh mengaitkan semua perkara yang tidak sepatutnya dikaitkan.

Ini adalah nasihat ikhlas saya untuk mereka yang'berminat' untuk mengkaji berkenaan konspirasi ini. Apa pun, jangan jadikan simbol2 tertentu untuk anda menjustifikasikannya tanpa didasari maklumat2 tepat berkenaannya.
---
Kepada kaki kritik dan tidak mahu langsung menerima hakikat ini, berhati-hati dengan ucapan berunsur bongkak tersebut. Style dakwah perlu dipelbagaikan agar mad'u tidak. Jika anda tidak mahu mendengar dan berfikir, jangan ajak orang lain untuk tidak berfikir seperti anda. =)

Sekian wallahu 'alam..

Sebagai Islam dan mengenali rapat teori sebegini. Saya mempercayainya dengan sebetul-betulnya dan menanamkan dalam diri bahawa saya tidak akan menjadi mangsa kepada konspirasi terancang dunia. Bukan singkat masa yang Yahudi rancang untuk melaksanakannya. Bermula sejak 1900 lagi Protokol Yahudi dilancarkan satu persatu.

Terutamanya melalui muzik dan TV. Mereka sudah berjaya merasuk diri kita melalui filem mereka yang bercorak fantasi serta nyanyian mereka yang kononnya sedap didengar namun sebenarnya disiratkan dengan mesej jelas agar menjauhi Islam.

Memang jelas bukan semua teori konspirasi itu betul namun ia dari pihak Yahudi ia sememangnya wujud dalam merencanakan yang terbaik untuk menghancurkan orang Islam yang mereka gelarkan sebagai "ghoyim" atau lembu.

http://emjayjb.multiply.com/journal/item/222

Link di atas lebih menjelaskan Protokol Yahudi yang didedahkan pada 1901 M.

Semua agama2 yg ada di dunia di cipta oleh Freemason dan mereka meletakkan lambang setiap agama dlm pertubuhan mereka. Mereka dikenali sebagai Ateis kerana mereka tidak mungkin mengikuti agama yg mereka cipta. Setiap agama yg dicipta adalah dgn bersandarkan kitab nabi2, jadi setiap agama membenci satu sama lain. Bukankah di dlm al quran, tuhan menyatakan bhw bumi ini diwarisi hamba2nya yg soleh. Jadi, jelaslah tiada agama di dunia ini yg mendahului mana2 agama. Hanya agama tuhanlah yg akan di bangkitkan dan hamba berjuang dan berjihad menegakkan agama nenek moyang hamba nabi2. http://mahadaya-asalama.blogspot.com

salam..
apa pendapat saudara tentang artikel ini?

http://sipenggalikubur.blogspot.com/2010/11/arrivals-mengapa-kenapa.html

semekum......kpd hamba-hamba allah sekelian...
pada pendapat saya....megenai lambang freemason ini..
adalah cubaan kaum yahudi menghalang kebangkitan islam melalui....
cara fahaman mereka...dengan media elektronik dan media cetak...
wahai orang-orang yang beriman,
bersabarlah kamu dan kuatkanlah
kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga
(diperbatasan negerimu)dan bertakwalah
kepada allah supaya kamu beruntung........surah.3:200

mereka yang malas ini akan mendapat tempat mereka yang selayaknya..

mereka mahu syurga tpi mereka malas untuk mencarinya,
mereka mahu pahala tpi mereka tidak berusaha mencarinya..

mungkin mereka tidak tahu bahawa syurga adalah neraka dan neraka adalah
syurga bagi dajjal.

mereka tak mahu berusaha sekarang tiada siapa dapat membantu mereka pada masa akan datang..

firman allah : "aku tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka mengubah nasib mereka sendiri"

wallahualam...

FREEMASON ADALAH MUSUH SEBENAR UMAT ISLAM..SEDARLAH UMAT ISLAM ,KAJILAH TENTANG PERTUBUHAN FREEMASON..KELAK KAMU AKAN TAHU MENGAPA ZIONIST MAHUKAN AL-AQSA..TANGGUNGJAWAB KITA SEBAGAI HAMBA ALLAH... sekarang ini masih ramai lagi UMAT ISLAM di MALAYSIA YANG MASIH TIDAK TAHU TENTANG FREEMASON.

Sabarlah saudara2ku dalam menjalankan kerja2 agama. Sesungguhnya yang memandang dan menilai itu adalah Allah SWT. Umat akhir zaman khususnya mereka2 yang telah digelapkan hatinya itu, datangnya dari Allah jua. Doakanlah meraka agar dibukankan pintu2 hati dan mendapat hidayah daripada Allah SWT.

Janganlah kamu semua khuatir akan mereka2 yang sentiasa menghalang usaha dakwah yang kita jalankan, bersabarlah dan bertawakallah kamu kepada Allah Tuhan Sekalian alam. Insya'Allah, agama yang kita cintai ini, agama Islam pasti akan menang sepertimana yang telah dijanjikan.

Merujuk kepada ketaksuban sesetengah golongan terhadap isu ini, saya lebih berpendapat untuk mengajak saudara2 yang merasakan mereka sentiasa betul atau berfikiran secara logik akal, menilai bersandarkan 2 harta peninggalan Rasulullah iaitu al-Quran dan sunnahnya. Jika kita berani secara terang-terangan untuk menyangkal apa yang cuba disampaikan melalui kedua-dua rujukan tersebut, maka tepuklah dada, tanyalah iman.

Saudara2ku yang berdiri tetap teguh atas nama dakwah, kuatkan dan perkukuhkan niatmu kerana Allah SWT. Sentiasalah berdoa untuk saudara2 kita, umat Islam seluruhnya. Selagi kita menyebut kalimah Syahadah itu, kita perlu untuk terus menyemainya dengan rasa kasih dan sayang. Kita bersaudara wahai saudara2ku. Janganlah terus berbalah untuk menegakkan benang yang basah.

Buat musuh2ku wahai Kafir Laknatullah!!!! Ketahuilah bahawa kami semua ini menunggu ketibaan hari kebangkitan itu sama seperti kamu. Bagi kami, kami tetap atas agama kami, Islam!!! Ingatlah kata2ku ini, Islam pasti menang!!! Dan hanya Islam yang diterima oleh Allah, Tuhan Semesta alam.

Aku ini hanya insan biasa, bergelar manusia. Yang dijadikan dan dilahirkan ke atas muka bumi untuk diperhitungkan segala amanah yang telah diberikan dan diletakkan di atas bahuku ini. Cukup tempohnya, aku pasti akan dijemput kembali mengadap di hadapan-Nya. Yang pasti, hanya Allah yang menilai atas apa yang telah aku usahan selama ini.

Wallahualam....

assalamualaikum.
apakah yang cuba penulis sampaikan dengan buku sejarah pemikiran itu? kritikan ataupun rekomendasi?

huahuahua. gua punya sumber rujukan Al Quran dan Hadis nabi. Dan Al quran kalau salah tafsir ? Oh ! Jadi pasal the arrival ? Gua senyum dan gua tutup mata

maknenye saudara iqbal dapat bulat2 semua hadis yang betul2 sahih.. tapi hadis pun perlukan ulamak utk menjelaskan mksud hadis.. apatah lagi al quran.. tapi kenapa perlu menyombong diri dgn "the arrival"? knp perlu tutup mata.. nanti Allah tutup pintu hati baru tau.. hadis ntah ke mana al quran entah kemana.. pada pndapat saya la.. kite ni dah lame kehilangan nabi muhammad s.a.w.. dah dekat seribu pat ratus taun lebih dah.. banyak bende yang nabi ckp tapi xsampai kat kita.. ingat tak sejarah perang salib atau ape2 je perang oleh orang kafir dulu.. banyak ilmu2 islam yg diorang bakar dan buang kat sungai.. boleh jadi banyak ilmu yang kite terlepas..sebab tu kite perlukan imam, ulamak yg ikhlas.. tak salah kita jadi kan the arrival tu sbagai salah satu sandaran utk mengelak dari penyakit "cinta dunia,takut mati" ingat..salah satu tanda kiamat,Allah akan cabut ilmu kat dunia ni smpaikan orang cume tau ucap "la ila ha illalah" je.. jadi,xnak la ade dlm umat islam sikap "aku je yang betul" kite di zaman kebodohan..jangan ditambah pulak dgn sikap "bodoh sombong".. harap sekalian umat islam prihatin tentang hal ni..

teruskan perjuangan...org yg mengkritik itu tidak berasas langsung fakta pun tiada mahu pun teori ini jelas menunjukkan mereka yg kaki kritik ne cemburu dgn pengetahuan saudara...jika anda percaya pun hal ini tidak akan membatalkan iman anda.kecualilah anda taksub sgt2.nasihat ak pada kaki kritik sudah2lah memaki hamun,mencaci saling menjatuhkan dgn yg lain hentikanlah!!!seharusnya kamu berterima dgn pengetahuan konspirasi ini.tak salahkan klu si dajjal yg selama ini kamu puja2 di bongkar rahsianya...mungkin kaki kritik ini anak2 buah dajjal...kerana mereka tidak suka dgn teori konspirasi ini...

Catat Ulasan

Pada pendapat anda?

Perjalanan

Tembusi Petra, Jordan Slideshow: BenTaleb’s trip was created by TripAdvisor. Create a free slideshow with music from your travel photos.
Sabda Baginda SAW ; "Ketahuilah ia (Dajjal) berada di laut Syam atau laut Yaman.. akan datang dari arah timur (lalu menunjukkan dengan tangan baginda).."[Riwayat Muslim]. Daripada Abi Bakr al-Siddiq r.a, sabda Baginda SAW, "Dajjal akan muncul ke bumi dari arah timur bernama KHURASAN." [Riwayat al-Tirmizi]. Daripada Anas bin Malik r.a, sabda Baginda SAW, "Dajjal akan keluar dari kota Yahudi ISFAHAN (Khurasan, IRAN) bersama 70,000 penduduk ISFAHAN". [Fath al-Rabbani Tartib Musnad Ahmad. Ibn Hajar berkata : "Sahih"]. Ibn Kathir berkata, Dajal pada mulanya akan muncul dari ISFAHAN dari sebuah kota Yahudi [al-Nihayah fi al-Fitan wa al-Malahim]. ISFAHAN adalah sebuah bandar terbesar YAHUDI di Iran dan pusat loji nuklear Iran pada masa kini.