Proses perkahwinan yang digalakkan oleh Islam sewajarnya dipermudahkan agar generasi muda tidak liar dan kemaruk nafsu, lalu terjebak dalam kancah seks bebas, kata ketua Dewan Pemuda PAS pusat, Nasrudin Hassan.
Menurutnya, langkah memudahkan proses perkahwinan boleh dilakukan oleh pihak berwajib, antaranya dengan:
# Memberi peruntukan kepada pasangan muda yang ingin berkahwin.
# Memberi insentif sebagai galakan berkahwin.
# Mengurangkan karenah birokrasi yang menyulitkan.
# Kursus dan khidmat bimbingan perkahwinan secara percuma.
# Menganjurkan perkahwinan beramai - ramai yang menjimatkan.
# Mendidik masyarakat dengan budaya sederhana dalam majlis perkahwinan.
# Merendahkan hantaran perkahwinan.
"Antara kaedah mempermudahkan proses perkahwinan ialah Nikah Khitbah atau dalam bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai nikah gantung," kata Nasrudin dalam satu kenyataan hari ini.
Cuma bezanya, tegas beliau, ialah pasangan pengantin tidak tinggal serumah dalam tempoh-tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti:
Menurutnya, langkah memudahkan proses perkahwinan boleh dilakukan oleh pihak berwajib, antaranya dengan:
# Memberi peruntukan kepada pasangan muda yang ingin berkahwin.
# Memberi insentif sebagai galakan berkahwin.
# Mengurangkan karenah birokrasi yang menyulitkan.
# Kursus dan khidmat bimbingan perkahwinan secara percuma.
# Menganjurkan perkahwinan beramai - ramai yang menjimatkan.
# Mendidik masyarakat dengan budaya sederhana dalam majlis perkahwinan.
# Merendahkan hantaran perkahwinan.
"Antara kaedah mempermudahkan proses perkahwinan ialah Nikah Khitbah atau dalam bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai nikah gantung," kata Nasrudin dalam satu kenyataan hari ini.
Cuma bezanya, tegas beliau, ialah pasangan pengantin tidak tinggal serumah dalam tempoh-tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti:
# Masih menuntut di kolej atau univerisiti.
# idak mempunyai kemampuan menyewa rumah.
# Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga.
Nasrudin berkata, kelebihan nikah gantung ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang-undang negara."Andainya dalam tempoh itu mereka bertemu, keluar makan, belajar bersama, bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks, mka apa yang mereka lakukan itu tidak salah atau tidak haram.
"Andai berlaku kehamilan, maka pasangan itu tidak perlu panik terutama pihak gadis yang hamil kerana ia menghamilkan anaknya yang sah nasab (keturunan).
"Bahkan nanti mereka tidak perlu malu dan menjauhkan diri dari keluarga kerana keluarga pula akan menyambut kedatangan bayi itu dengan bangga dan bermaruah," tambahnya .
Menurutnya lagi, kes buang bayi yang berleluasa hari ini rata-ratanya adalah ekoran rasa panik dan hilang pertimbangan akibat malu dan hilang maruah dari pasangan terbabit.
"Malah mereka juga takut untuk kembali ke pangkuan keluarga justeru mereka mengetahui bahawa hubungan mereka salah dan mereka hamil hasil hubungan terlarang. Ia memalukan keluarga dan mencemarkan maruah bangsa dan agama .
"Akhirnya, jalan pintas dan terdesak yang ada pada mereka ialah buang bayi tersebut dengan harapan selesai masaalah dan beban yang mereka hadapi tanpa mereka menyedari bahawa akan mencetus bencana yang lebih parah kepada sosial negara," tegasnya lagi.
Berlainan pula dengan couple (yang belum berkahwin dalam istilah remaja kini), ibu bapa lebih rela melihat anak mereka berdua-duaan ke mana sahaja. Bahkan menjadi trend dan kebanggaan bagi orang tua mereka melihat anaknya saling berpacaran ke sana ke mari. Ini merupakan proses normalisasi yang telah terbentuk dikalangan masyarakat kita yang saban hari mengikut telunjuk barat dalam segenap hal. Ada juga trend hari ini, sesiapa yang tidak punya couple akan dianggap tidak 'up-to-date'. Inilah satu musibat yang melanda realiti kita pada hari ini.
Jadi, kesimpulannya, ibu bapa, berilah ruang kemudahan untuk remaja anda mencari dan menyemai cinta pada jalan yang halal dan diredhai. Jangan pula tidak mengaku anak kalau satu hari nanti, remaja anda terlibat dalam kancah zina dan buang bayi!!
Firman Allah:
وَإِنْ خِفْتُمْ عَيْلَةً فَسَوْفَ يُغْنِيكُمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ إِنْ شَاءَ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ حَكِيمٌ
Dan jika kamu khawatir menjadi miskin, maka Allah nanti akan memberimu kekayaan kepadamu dari karuniaNya, jika Dia menghendaki. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
Apa kata anda?
JTR Menyokong kempen Kerajaan Negeri Kelantan
19 Komen:
suka en3 ini..
renung2 kan dan selamat beramal..
:)
salam...boleh copy?
silakan....
Assalamualaikum...Sy nak tanya, tapi bukan berkaitan artikel ini. Apa jwpn yg kita patut berikan kalau seorang hamba Allah ini menyatakan Freemason, Illuminati, Skull and Bones, Jesuit bukan secret society, kerna skrg tdpt website organisasi ptbuhan tsbut?
semoga mereka yang bercouple dapat mempertimbangkan cara ini..lebih selamat dan membawa keberkatan kepada agama dan negara..dan juga mengurangkan pembunuhan bayi secara berleluasa di negara kita
Betul tu abcdeful. cara yg islam sediakan sangt mudah tetapi ramai yg belum nampak~
hurmmm betol2..bagus gak tue..
besar gak cabaran nak tune kepala masyarakat(termasuk sy) yg memeg hidup dlm zaman materialistik
salam...minta izin copy gambar...
minta izin share di facebook... syukran!
http://diamuhammadashrafalexis.blogspot.com/
salam.this is my novel..read if you have time and be my follower.i need around 200 blog follower to publish my novel...hope your support friend...thanks...
like your post..
salam....minta izin copy ye...
bagaimana dengan keluarga yg tidak faham???
Nikah Gantung bagus untuk mereka yang matang. bagaimana yang kurang matang.
Masalah sekarang....pihak pompuan slalu nk mntk hantaran yg sgt2 tggi...dan slalunya...pihak laki x mampu.....jadi...pihak laki mengamil jln mudah iaitu terjun ke dlm maksiat.....
Saya bersetuju dgn pendapat ini, namun jodoh kami tidak panjang krn sikap bertanggungjawab dan tolenrasi drpd suami dan mertua.. anak yg sah ku kandung disuruhnya GUGUR kan, alasannya mudah, hanya krn ingin menjaga nasab dan air muka anak itu kelak krn ibu mertua tidak merestui pernikahan kami. Akhirnya ketika anak berusia 3 bulan, saya ditinggalkan suami yang merantau belajar di Cairo, dan apabila puteriku berusia 10 bulan, saya di ceraikan melalui telefon dlm keadaan terpingga2.. dan skrg terus menghilangkan diri di sana.
Persoalannya, Dimana kah kelebihan bernikah awal ini jika suami tidak matang/ bertanggungjawab dr segi batiniah?? atau apa sahaja??
mintak izin share di blog n facebook :)
boleh sy minta izin nak kongsi di blog sy???sebab pengisiannya penuh hikmah...sy tak punyai ilmu....tp bila de ilmu yg sy dpt tau sy mau berkongsi dgn yg lain juga....boleh tak???
justru adat dan budaya lokal yang kadang mempersulit pernikahan
Kumpulan artikel ilmiah
kdg2 pihak agama yg merumitkan hal perkahwinan ekoran gabungan undang2 sivil dan undang2 agama.. bende yg mudah jadi rumit.. tak ada ke satu badan yang boleh bawak hal ni ketengah?
Catat Ulasan
Pada pendapat anda?