JTR mengalu-alukan tuan puan untuk membaca tulisan dalam blog ini bagi manfaat tuan puan
Photobucket

Rabu, 7 Julai 2010

Muawiyyah sangat mesra dengan Ahlul bayt

Posted by Abu Hannan On 9:53:00 PTG 77 comments



Sejak akhir-akhir ini, saya berkesempatan berjumpa dengan mereka yang secara terang-terang menghina sahabat Rasulullah s.a.w. Sesuatu yang amat mendukacitakan apabila doktrin luar yang tidak tahu mana asal usulnya datang dan terus meresap ke dalam minda umat Islam. Antara sahabat Rasulullah yang menjadi mangsa kutukan dan cercaan mereka ini ialah salah satunya Penulis al-Quran, Muawiyah Bin Abi Sufyan serta keturunannya termasuk Yazid bin Muawiyah. Mereka yang menghina dan mengkafirkan sahabat ini tidak lain adalah mereka yang terdoktrin dengan doktrin syiah. Antara dakwaan mereka terhadap keluarga Muawiyyah ialah Yazid Bin Muawiyyah yang membunuh Cucunda Nabi s.a.w. Benarkah dakwaan ini?



Di antara tuduhan yang dilontarkan kepada Sayyidina Muawiyah r.a ialah kononnya beliau telah melayani Bani Hasyim terutamanya di kalangan Ahlul Bait dengan buruk dan telah bertindak kejam terhadap mereka, selain daripada tidak pernah terjalinnya perhubungan  yang baik di antara mereka dengan Muawiyah dan seterusnya khulafa’ daripada kalangan Bani Umaiyyah.

Alasan yang selalu dikemukakan ialah berpunca daripada gambar sejarah yang sememangnya bercampur baur di antara kebenaran dan kebatilan. Sebenarnya kita tidak  hairan dengan riwayat sejarah yang memuatkan cerita-cerita seumpama itu apabila kita memeriksa perawi-perawi (pewarta-pewarta) yang merupakan  sumber cerita-cerita itu.

Begitupun jika kita meneliti dengan cermat dan saksama terhadap fakta-fakta yang terdapat di dalam kitab-kitab sejarah samada ditinjau dari sudut riwayat mahupun dirayah dengan cepat akan teserlah di hadapan kita kepalsuan tuduhan-tuduhan itu.  Kenyataan yang dapat disimpulkan daripada fakta-fakta sejarah itu amat bertentangan sekali dengan tuduhan yang terdapat di dalamnya. Ini ialah kerana tak mungkin boleh terjalinnya hubungan persemendaan sebagai menantu, besan, biras dan lain-lain di antara dua keluarga yang bermusuhan begitu sekali seperti yang tersebut di dalam kitab-kitab sejarah. Tidak mungkin juga orang-orang yang bermaruah seperti individu-individu daripada kalangan Ahlul Bait terutama Hasan dan Husain r.a boleh menerima hadiah-hadiah saguhati, cenderamata atau habuan daripada orang yang zalim dan kejam yang sentiasa merendahkan kehormatan mereka.

Begitu juga tidak masuk akal jika orang-orang yang terhormat dan mulia seperti Sayyyidina Hasan dan Husain r.a boleh berulang alik ke istana Muawiyah yang dikatakan sebagai penipu dan jahat itu kemudian pulang dengan membawa hadiah-hadiah yang nilainya beratus-ratus ribu dirham, kecuali jika diterima bahawa Sayyidina Hasan dan Husin dan juga Ahlul Bait yang lain sebagai orang-orang yang gila dunia atau mata duitan.

Bagaimana mungkin kejam dan zalimnya orang yang Sayyidina Hasan dan Husain turut serta di dalam jihad yang dilancarkannya di samping menyandang pula jawatan-jawatan istimewa dalam kerajaan pimpinannya.

Di sini akan dikemukakan beberapa contoh dari fakta sejarah untuk menghapuskan segala tuduhan-tuduhan palsu itu:

1)    Hubungan baik di antara Sayyidina Muawiyah dan Ahlul Bait terutama Sayyidina Hasan dan Husain r.a.

Ibnu Katsir menulis, “Pada zaman pemerintahannya, Sayyidina Muawiyah melayan Sayyidina Hasan dan Husin dengan penuh mesra dan menghadiahkan kepada mereka hadiah-hadiah yang berharga. Pernah pada suatu hari beliau menghadiahkan wang sebanyak dua ratus ribu dirham kepada mereka berdua” (Al Bidayah wa An-Nihayah, jilid 8 m.s. 50).

Ibnu Abil Hadid menulis, “Muawiyah memberikan habuan terutama kepada Hasan dan Husain sebanyak seratus ribu dirham. Anaknya Yazid pula memberikan habuan tahunan kepada merka berdua sebanyak dua ratus ribu dirham. Sebanyak itu juga diberinya kepada Abdullah bin Abbas dan Abdullah bin Ja’afar (ipar Sayyidina Husain iaitu suami kepada Zainab, adiknya)” (Syarah Nahjul Balaghah).
 sangat jahat; gambar ini disamakan seperti Muawiyah oleh salah seorang penulis blog

Selain daripada habuan tahunan sebanyak seratus ribu dirham itu, Sayyidina Husain dikirimkan bermacam-macam cenderamata dan hadiah-hadiah berharga oleh Muawiyah dan Sayyidina Husain menerimanya dengan gembira sekali.

Sayyidina Husain berkunjung ke kediaman Muawiyah seorang diri dan kadang-kadang bersama abangnya Hasan pada tiap-tiap tahun dan Sayyidina Muawiyah melayani mereka dengan baik dan penuh penghormatan. Beliau memberikan kepada mereka bermacam-macam hadiah. Selepas kewafatan Hasan, Sayyidina Husain tetap berkunjung ke kediaman Muawiyah pada tiap-tiap tahun. Beliau dilayani dengan baik dan penuh penghormatan oleh Muawiyah. (Al Bidayah wa An-Nihayah, jilid 8, m.s. 150-151)

Pernah pada sutu ketika Sayyidina Hasan telah dihadiahkan oleh Muawiyah wang sebanyak empat juta dan pada ketika yang lain pula Sayyidina Hasan dan Husain telah dihadiahkan dua juta dirham. (Al Bidayah wa An-Nihayah, jilid 8, m.s. 137).

Pernah Sayyidina ‘Aqil (abang Sayyidina Ali r.a) memerlukan empat puluh ribu dirham maka beliau pergi menemui Muawiyah dan menyatakan keperluan itu kepadanya. Muawiyah bermurah hati kepadanya dan terus memberikan wang sebanyak lima puluh ribu dirham. (Usdul Ghabah, jilid 3, m.s. 223).

Sayyidatina Aisyah r.a pernah dikirimkan oleh Muaiwiyah wang sebanyak seratus ribu dirham dan sebaik sahaja Aisyah menerimanya dia terus membahagi-bahagikannya kepada orang-orang lain (yang memerlukannya) pada hari itu juga.

Pada suatu ketika pernah Sayyidatina Aisyah berhutang sebanyak 18 ribu dinar (Muawiyah mendapat tahu tentang itu ) maka beliau pun menjelaskan kesemua hutang Aisyah itu.

Pernah juga Muawiyah mengirimkan seutas kalung yang berharga seratus ribu dirham kepada Aisyah. Kiriman itu diterima oleh Aisyah dengan gembira sekali.

Pernah Sayyidina Hussain dan  Abdullah Bin Ja’far At Thayyar menghantar utusannya kepada Muawiyah untuk meminta bantuan kewangan daripada beliau, maka wang sebanyak sejuta dirham dikirimkan kepada mereka. Pada ketika yang lain pula Muawiyah mengirimkan wang kepada Sayyidina Hassan, Abdullah Bin Ja’far At Thayyar, Abdullah Bin Umar dan Abdullah Bin Zubair sebanyak seratus ribu dirham.

Setelah mendapat tahu tentang kewafatan Sayyidina Hassan, Muawiyah pergi menemui Abdullah bin Abbas untuk mengucapkan takziah kepadanya. Muawiyah berkata kepada Abdullah Bin Abbas, “Semoga Allah tidak menyedihkan dan menyusahkann hatimu atas kematian Hassan ini”. Ibnu Abbas lantas menyahut, “Semoga Allah tidak menyedihkan dan menyusahkan hatimu selama Allah memanjangkan umurmu”. (Al Bidayah Wa An  Nihayah,jilid 8 m.s. 136 – 138.)

2)    Menyandang jawatan istimewa di dalam kerajaan Muawiyah.

Di antara individu dari Bani Hasyim ada yang menyandang jawatan istimewa (seperti qadhi dan lain-lain) didalam pemerintahan Muawiyah.

Di Madinah, Marwan Bin Al Hakam adalah gabenor yang dilantik oleh Muawiyah. Ketika itu perlu adanya seorang qadhi (hakim) di Madinah. Oleh itu, Marwan telah melantik Abdullah Bin Al Harith Bin Naufal Bin Al Harith Bin Abdul Muttalib sebagai qadhi di Madinah. Lantaran itu sesetengah golongan mengatakan itulah qadhi yang mula-mula  dilantik di Madinah.

Ibnu Sa’ad menulis di dalam Thobaqatnya: daripada Abi Al Ghaits, katanya: “Aku mendengar Abu Hurairah berkata”, “Setelah Marwan Al Hakam dilantik sebagai gabenor bagi pihak Muawiyah di Madinah iaitu pada tahun 42 Hijrah, beliau telah melantik Abdullah bin Al Harith sebagai qadhi di Madinah. Abu Hurairah berkata, “Itulah qadhi yang mula-mula aku lihat dalam Islam (di Madinah)”. Thobaqat Ibnu Sa’ad jilid 5 m.s. 13). Kenyatan yang sama di dalam Tarikh At Thobari, jilid 6 m.s. 12 di bawah tajuk peristiwa yang berlaku pada tahun 42 Hijrah.

3)    Qustam Bin Abbas r.a dan Sayyidina Hassan r.a ikut serta di dalam jihad yang dilancarkan oleh Muwiyah di zaman pemerintahannya.

Qustam Bin Abbas terbilang di antara sahabat kecil Rasullullah SAW. Beliau adalah saudara sesusu dengan Sayyidina Husin Bin Ali. Beliau telah pergi ke Khurasan di zaman pemerintahan Muawiyah untuk tujuan jihad. Kemudian beliau pergi pula ke Samarkand. Panglima perang yang beliau ikuti di dalam peperangan itu ialah Said Bin Uthman Bin Affan. Akhirnya beliau telah mendapat syuhada (syahid) dalam peperangan di Samarkand.

Demikian tersebut didalam Thobaqot Ibnu Sa’ad, jilid 7, m.s. 101, Nasabu quraisyin, m.s. 27, Tahtazikri Auladi Abbas, Siaru ‘Alami An Nubala’, jilid 3 m.s. 292, Syarah Nahjul Balaghah Ibnu Abil Hadid, jilid 5, m.s. 72.
           
Ahli-ahli sejarah menyebutkan dengan jelas bahawa Sayyidina Hussin juga turut serta di dalam jihad yang dilancarkan di zaman pemerintahan Muawiyah. Beliau menyertai jihad itu dengan suka cita dan relahati, bukan dengan paksaan malah telah memberikan pertolongan yang sepenuhnya  dalam jihad itu.

Ibn Katsir menulis, “Setelah Sayyidina Hassan wafat, Sayyidina Husain pada tiap-tiap tahun tetap mengunjungi Muawiyah. Beliau dikurniakan dengan hadiah-hadiah dan dimuliakan oleh Muawiyah. Beliau pernah menyertai angkatan tentera yang menyerang Constantinople di bawah pimpinan anak Muawiyah iaitu Yazid pada tahun 51 H”. (Al Bidayah Wa An Nihayah, jilid 8, m.s. 151). Perkara yang sama termaktub di dalam Tahzibu Tarikhi Ibni Asakir, jilid 4, m.s. 311, Tazkirah Husain bin Ali.

4)   Hubungan persemendaan di antara Bani Umaiyyah dan Bani Hasyim

Hubungan persemendaan di antara Bani Hasyim dan Bani Ummaiyah terjalin semenjak sebelum Islam lagi dan berterusan hingga ke zaman-zaman pemerintahan Bani Umayyah. Daripada kenyataan-kenyataan sejarah dapat dilihat betapa mesra dan eratnya hubungan di antara mereka.

Permusuhan dan perseteruan di antara mereka tidak lebih daripada cerita-cerita rekaan yang dicipta oleh golongan musuh-musuh Islam dengan tujuan membuktikan kepada dunia bahawa semangat perkauman jahiliyah masih lagi menguasai mereka dan begitu tebal sehingga kedatangan Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW sendiri masih gagal mencabut sampai ke akar umbinya.

Sebaliknya daripada fakta-fakta sejarah yang masih lagi boleh dirujuk dan dianggap muktabar samada daripada kalangan Ahli Sunnah mahupun musuh mereka Syiah, dapat kita temui kenyataan-kenyataan yang menyangkal dan mendustakan cerita-cerita rekaan itu.

Tidak mungkin terjadi hubungan persemendaan di antara dua golongan yang bermusuhan dengan begitu banyak sekali dalam keadaan  perseteruan di antara mereka sampai menumpahkan darah dan memaki hamun di antara satu sama lain di dalam khutbah-khutbah Jumaat .

Rasulullah SAW sendiri sebagai orang yang paling terkemuka daripada Bani Hasyim telah mengahwinkan tiga orang daripada empat orang anak perempuannya dengan Abul ‘Ash bin Ar-Rabii dan Uthman bin Affan, iaitu dua orang yang ternama dari kalangan Bani Umayyah. (lihat Ansabul Asraaf-Balezuri,jilid 5, ms 1,Thobaqotul Ibn Sa’ad, jilid 8, ms 166, Usdul Al-Ghabah, jilid 5, ms 191, Al-Mustadrak, jilid 3, ms 96, Mumtahar Al Amal, jilid 1 m.s. 9).

Aban, anak Sayyidina Uthman kemudiannya berkahwin dengan Ummi Kulthum bt Abdullah bin Ja’far, cucu saudara Sayyidina Ali sendiri. (Al-Ma’arif Ad-Dinawari, m.s. 86).

Sakinah, anak perempuan Sayyidina Husain dan cucu kepada Sayyidina Ali adalah isteri kepada cucu Uthman iaitu Zaid bin Amar bin Uthman. Bahkan beliau telah mewarisi Zaid selepas kematiannya. (Nasabu Quraisyin Mus’ab Az- Zubairi, jilid 4, ms 120, Al-Ma’arif-Ibn Qutaibah, m.s.  94, Jamharatu Ansabil Arab,jilid 1, m.s. 86, Thobaqat Ibn Sa’ad, jilid 6, m.s.  349).

Cucu Sayyidina Ali iaitu Fatimah anak perempuan Sayyidina Husain merupakan isteri kepada cucu Sayyidina Uthman yang lain bernama Abdullah dan mereka mendapat cahaya mata bernama Muhammad hasil dari  perkahwinan itu. Perkahwinan di antara mereka berdua berlangsung setelah Fatimah menjadi janda kepada Hassan bin Hassan bin Ali. (Lihat Thobaqat Ibn Sa’ad, jilid 8, ms 348, Al-Ma’arif, ms 93, Nasabu Quraisyin, jilid 4, ms 114, Maqaatilu At-Tholibiyyin Al-Isfahani, m.s. 203, Nasikuh At Tawarikh, jilid 6, m.s. 534).

Kemudian cucu Sayyidina Hassan iaitu anak Sayyidina Hassan Al-Mutsanna berkahwin pula dengan cucu Marwan bin Aban bin Uthman. Bahkan ahli-ahli sejarah menyebutkan bahawa anak Hassan Al-Mutsanna yang dikenali dengan Ummul Qasim ini telah mendapat cahaya mata hasil perkahwinannya dengan Marwan tersebut, iaitu Muhammad. (Nasabu Quraisyin, jilid 2, m.s. 53, Jamharatu Ansabil Arab, jilid 1, m.s. 85, Al-Muhabbar Al-Baghdadi, m.s. 438).

Cucu saudara Sayyidina Ali iaitu Ramlah bt Muhammad bin Ja’far At-Thoyyar bin Abi Thalib mula-mula menjadi isteri kepada Sulaiman bin Hisyam bin Abdul Malik bin Marwan. Kemudian menjadi pula isteri kepada Abul Qasim bin Wahid bin Uthbah bin Abi Sufian (Kitabu Al-Muhabbar, ms 449).

Ramlah anak perempuan Sayyidina Ali sendiri telah berkahwin dengan anak  Marwan bin Al-Hakam yang bernama Muawiyah. Sebelum itu Ramlah adalah isteri kepada Abi Al-Hayyaj (Nasabu Quraisyin, ms 45, Jamharatu Ansabil Arab, m.s. 87).

Sementara Zainab anak perempuan Hasan Al-Mutsanna pula menjadi isteri kepada Walid bin Abdul Malik bin Marwan Al-Umawi. (Nasabu Quraisyin, ms 52, Jamharatu Ansabil Arab, m.s.  228.

Selain daripada cicit kepada Sayyidina Ali, Hafisah bt Zaid bin Al-Hasan bin Ali adalah isteri kepada cucu Marwan iaitu Al-Walid bin Abdul Malik bin Marwan dan wafat sebagai isterinya. Ibunya ialah Lubabah bt Abdullah bin Abbas. (Thobaqat Ibn Sa’ad, jilid 5, ms 234, ‘ Umdatu At-Thalib fi ansabi’ah Abi Thalib, m.s. 70).

Hasil perkahwinan Sayyidina Husain dengan Laila bt Abi Muruah bin ‘Urwah bin Mas’ud At-Tsaqafi telah melahirkan Ali yang dikenali dengan Al-Ahbar yang kemudiannya terbunuh syahid bersama beliau di Karbala. Ibu kepada Laila ini ialah Maimunah bt Abu Sufian bin Harb bin Umayyah. Ini bererti Sayyidina Muawiyah adalah bapa saudara kepada Laila, iaitu isteri kepada Sayyidina Husain itu. (Nasabu Quraisyin, ms 57, Tarikh Khalifah bin Khayyat, jilid 1, m.s. 255).

Apa yang disebut ini adalah sebahagian daripada hubungan persemendaan di antara Bani Umaiyyah dan Bani Hasyim. Itu pun sudah mencukupi untuk menolak kekeliruan yang telah ditimbulkan. Cerita-cerita yang direka oleh musuh-musuh Islam ini mengatakan bahawa di antara dua keluarga ini telah tertanam permusuhan dan dendam kesumat yang amat mendalam sehingga akhirnya mencetuskan peperangan di antara Ali dan Muawiyah, Husain, Yazid dan seterusnya. Tetapi apabila kita melihat kepada hubungan persemendaan di antara mereka seperti  yang tersebut tadi, jelaslah bahawa cerita-cerita yang memburukkan perhubungan mereka itu tidak berasas sama sekali.

5) Ahlil Bait berimamkan pemimipin-pemimpin dari kalangan Bani Umayyah di  dalam sembahyang mereka   

Semasa Marwan bin Al-Hakam menjadi gabenor bagi  pihak Muawiyah, beliau mengimamkan sembahyang lima  waktu di masjid. Di antara ahli jamaah yang berimamkan beliau ialah Sayyidina Hasan dan Sayyidina Husain.

Fakta ini dapat dilihat dengan jelas di dalam riwayat seperti di bawah ini bahkan daripada riwayat ini dapat difahami bahawa Sayyidina Hasan dan Husain tidak mengulangi sembahyang yang telah ditunaikan secara berjamaah di masjid dengan berimamkan Marwan bin Al-Hakam. Muhammad Al-Baqir juga telah bersumpah bahawa mereka berdua tidak mengulangi sembahyang yang ditunaikan secara berjamaah itu sebagai menyangkal dakwaan setengah-setengah kalangan Syiah yang mengatakan mereka berjamaah dengan Marwan secara taqiyyah, kemudian mengulangi sembahyang yang telah dikerjakan itu di rumah pula.

Perhatikan riwayat ini :

Diriwayatkan daripada Ja’far As-Syadiq daripada ayahnya, katanya, “Hasan bin Ali dan Husain selalu bersembahyang di belakang Marwan.”.  Ja’far berkata, “Kerana itu ayahnya ditanya: “Tidakkah mereka bersembahyang semula setelah pulang ke rumah?”. Beliau menjawab, “Tidak! Demi Allah mereka tidak melebihkan sembahyang daripada sembahyang yang telah dilakukan dengan berimamkan para pemimpin itu”. (Al-Musannaf Ibn Abi Syaibah, jilid 2, m.s. 378, Al-Bidayah Wa An-Nihayah, jilid 8, m.s .258).

Imam Bukhari di dalam Tarikh Soghirnya mengemukakan riwayat tentang  selalunya Sayyidina Hasan dan Husain bersembahyang di belakang Marwan dengan berimamkannya. (At-Tarikh As-Soghir, m.s. 57).

Ibn Sa’ad pula mengemukakan pengakuan Imam Muhammad Al-Baqir   tentang beliau dan ayahnya, Ali Zainal Abidin sentiasa bersembahyang dengan berimamkan pemimpin-pemimpin daripada kalangan Bani Umaiyyah. Beliau berkata, “Sesungguhnya kami bersembahyang dengan berimamkan mereka tanpa taqiyyah dan aku bersaksi bahawa Ali bin Husain (ayahnya) selalu bersembahyang berimamkan mereka tanpa taqiyyah’. (Thabaqat Ibn Sa’ad, jilid 5, m.s. 158).

Kitab-kitab Syi’ah pula menjadi saksi di dalam perkara ini. Di antaranya ialah kitab Biharu Al-Anwar apabila ia mengemukakan riwayat-riwayat yang seerti dengan yang dikemukakan oleh kitab-kitab Ahli Sunnah Wal Jamaah. Antara lain riwayat itu bermaksud : Daripada Musa bin Jaafar daripada ayahnya, katanya : “Hasan dan Husain  selalu bersembahyang di belakang dengan berimamkan Marwan bin Al Hakam. Maka mereka (Syiah) bertanya beliau, “Adakah datuk dan nenek tuan bersembahyang semula apabila pulang ke rumah?” Beliau menjawab, “Tidak! Demi Allah mereka tidak menambah lagi sembahyang yang telah dikerjakan”. (Biharu Al Anwar, Al Majlisi, jilid 10, m.s .139-141).

Selain daripada sembahyang fardhu yang lima itu, pemimpin-pemimpin daripada kalangan Bani Umaiyyah juga mengimamkan sembahyang jenazah  daripada kalangan Ahlul Bait yang telah meninggal dunia. Perkara ini tersebut dengan jelas di dalam kitab-kitab sejarah, antaranya ialah Al-Bidayah Wa An Nihayah, Al Isti’aab, Al Isabah dan Thabaqat Ibn Sa’ad.

Sejarah membuktikan bahawa Aban bin Uthman ketika menjadi gabenor di Madinah bagi pihak Abdul Malik bin Marwan pernah diminta menyembahyangkan jenazah Muhammad bin Ali yang terkenal dengan Muhammad bin Al Hanafiah oleh anaknya sendiri iaitu Abu Hasyim Ali. (Thabaqat Ibn Sa’ad, jilid 5, m.s. 86). Selain itu beliau juga pernah menyembahyangkan jenazah anak saudara Sayyidina Ali, iaitu Abdullah bin Jaafar At Thoyar. (Al Isobah, jilid 2, m.s. 281, Al Isti’aab, jilid 2, m.s. 287 dan Usdu Al Ghobah, jilid 3, m.s. 135)

Penerimaan baik pemimpin-pemimpin daripada kalangan Bani Umaiyyah oleh pihak Bani Hasyim bukanlah suatu yang baru ketika itu kerana sebelum itu pun ayahanda kepada Aban iaitu Sayyidina Uthman bin Affan telah mengimamkan sembahyang jenazah bapa saudara Rasulullah SAW dan juga bapa saudara kepada Sayyidina Ali iaitu Abbas bin Abdul Mutalib. (Al Bidayah Wa An Nihayah, jilid 2, ms 162, Al Isti’aab, jilid 3, ms 100).

Itulah sedikit daripada gambaran hubungan baik di antara Bani Umaiyyah dan Bani Hasyim. Mereka sebenarnya merupakan dahan-dahan dan ranting-ranting daripada pohon yang sama. Mereka telah bekerjasama dan berganding bahu dalam menegakkan dan menyebarkan Islam. Jikalau ada pun permusuhan di antara mereka , itu adalah permusuhan di zaman jahiliyyah tetapi setelah kedatangan Islam, api permusuhan yang bernyala-nyala di zaman jahiliyyah itu terpadam oleh limpahan cahaya Islam yang mencurah-curah yang turun dari Tuhan Semesta Alam.
 



77 Komen:

salam
banyak crita yg muawiyyah vs ahlul bait ni...
terima kasih jtr pasai kongsi ilmu cerah sikit minda bila baca post ni....alhamdulillah

salam..

saya ada satu permintaan..boleh saudara kupas tentang peristiwa Karbala..dan boleh juga saudara kupas tentang kesyahidan Imam Ali?

bolehkah juga saudara kupas bukti yang menunjukkan keluarga Muawiyah itu bukanlah dalang pembunuhan Ahlul Bait?

pada pendapat saya,fakta yang saudara pamerkan di atas hanya menjurus kepada 'ihsan' keluarga Muawiyah terhadap Ahlul Bait..tidak pula saudara menyangkal pertuduhan yang disebarkan itu(pertuduhan sebagai dalang pembunuhan Ahlul Bait)

jadi saya minta saudara kupas tentang hal yang sangat penting ini.

Salam sejahtera dengan rahmat Allah keatas Kalian.

Saudara abu hannan, kenapa tidak disiarkan SEPENUHNYA debat saudara bersama mereka yg anda katakan 'Syiah'?

Hamba kenal profile yg tertera tersebut. Jika barang benar landasan anda, SILA ZAHIRKAN ULASAN PENUH MEREKA.

Kesatuan mereka telah anda pecahkan. Anda sedang hamba perhatikan. Mereka insan2 yang tulus, siapa anda hendak menghukum mereka dengan tuduhan 'syiah'?

Boleh jelaskan asal-usul syiah jika benar anda berilmu setinggi tarbus Hasan Al-Banna?

Memutuskan silaturrahim mereka yg telah lama bersaudara tidaklah perlu hamba ulas hukum hakamnya lantaran anda jua arif mengenainya.

Pesanan ikhlas: Kail sejengkal lautan Allah jangan diduga...

salam ke atas kalian...

kepada saudara Abu Sufian:

Saya adalah salah seorang yg mengikuti perbincangan mereka yg anda screenshot kan itu dan saya kenal mereka... Dan saya dapat hidu bau-bau fitnah di sini.. Pertamanya, mereka tidak ada sebut pon nama Muawwiyah seperti anda dakwa! Yang mereka sebutkan hanya lah nama Yazid.. Jadi kenapa anda tokok tambah nama Muawwiyah itu? untuk sedapkan cerita?? Itu pon tidak mengkafirkan atau menghina sesiapa seperti anda tulis di artikel anda!

Jauh sekali mereka menghina dan mengkafirkan sahabat seperti didakwa oleh anda..Cuma anda yang menimbulkan cerita FITNAH ini.. Mungkin ya ilmu anda tinggi, anda sudah bedah buku-buku Muhammad Abdul Wahhab.. Cuma satu pesan saya, berhati-hati dalam perjuangan anda, dan janganlah memecahbelahkan umat Islam.. dan ingatlah di mana pon anda belajar, di jordan atau di mana-mana, ilmu itu milik Allah jua.. kita ini hanya meminjam ilmuNya.. Jangan TAKBUR dan RIAK..

Wassalam..

Salam,
Saudara, bolehkah saudara menafikan sejarah bahawa Yazid bin muawiyyah telah mengarahkan supaya Saidina Husin as, cucu rasulullah saw dibunuh. Kepalanya dipenggal dan dipisahkan dari tubuh sucinya.

bukankah saudara dan juga yazid selalu berselawat kepada muhammad saw dan keluarganya ketika setiap kali solat 5 waktu. tanpa selawat, solat tidak sah.

bukankah saidina husin as dari keluarga Rasulullah saw. apa erti selawat jika mulut mengucapkan selawat tetapi perkataan dan perbuatan menghina, mempermalukan dan membunuh cucu rasulullah saw sedemikian rupa. dan kini, saudara pula ingin membela dan mendukung si pembunuh. aduhai...

agak-agak saudara, pada Hari Kebangkitan nanti, Rasulullah saw akan meredhai atau tidak pembunuh cucunya dan orang yang mendukung pembunuh cucunya. agak-agak saudara Rasulullah saw akan memberi syafaat atau tidak kepada kelompok manusia yang sebegini.

aduhai, kenapalah masih ada manusia yang mendukung pembunuh cucu Rasulullah saw ini.

Assalamualaikum W.B.T

Kepada Abu Hannan saya telah lama mengikuti blog ini. Tahniah diucapkan atas usaha Abu Hannan untuk menitip kembali perjalanan Rasulullah S.A.W dan ianya satu usaha yang cukup murni.
Namun nampaknya topik kali ini sungguh meninggalkan kesan yang mendalam kepada diri saya dan rakan-rakan di Universiti Al-Azhar. Kesan yang mampu menjejaskan usaha Abu Hannan untuk menitip perjalanan Rasulullah S.A.W kerana kami tidak memahami atas alasan dan usul apakah Abu Hannan membuat topik ini. Saya tidak mengenali Abu Hannan secara dekat namun topik kali ini kelihatan agak tergelincir dari perjuangan anda. Apakah alasan Abu Hannan untuk membuat tampalan gambar tersebut? Salah seorang yang memberi komentar di dalam gambar tersebut (jersi merah) adalah seorang yang saya cukup kenali perjuangannya di dalam Facebook. Cukup saya mengatakan bahawa dia bukanlah seperti yang dimaksudkan. Wadah perjuangannya cukup hebat di pandangan mata kami dan menjadi rujukan kepada saya dan rakan-rakan di University Al-Azhar. Walaupun saya lebih berusia dari beliau namun sentuhan karismatik beliau dalam memberi komentar dan hujah dalam Facebook cukup membuka minda saya dan rakan-rakan. Saya mengikuti perjuangan beliau sejak dari kumpulan Forum Atas Bawah dengan topik mengenai rahsia nuklear yang cukup mendewasakan minda anak-anak Melayu yang masih terlena. Setahu saya beliau juga merupakan salah seorang pengendali Free Our Mind. Hujah anak muda yang saya nyatakan ini sangat mendalam dan kami di Al-Azhar sangat menghormati beliau terutamanya di dalam bidang yang melibatkan Tasawwuf,pembukaan rahsia kebangkitan anak-anak melayu,kajian sirr,pendedahan freemasonary,ilmu persilatan,ketenteraan dan teknologi dan pelbagai lagi. boleh dikatakan beliau adalah 'seseorang' yang cukup bertuah untuk saya dan rakan-rakan kenali.segala persoalan mampu dijawab dengan baik dan tidak pernah beliau berwadah sombong walau ilmu beliau mencakupi pelbagai bidang. kami di Al-Azhar kadangkala rasa cukup rendah diri kerana walaupun beliau menguasai pelbagai bidang namun beliau masih mahu bertanya pendapat kami.apakah perasaannya jika beliau melihat topik Abu Hannan ini.Perwatakannya mungkin tidak nampak alim seperti Abu Hannan tapi percayalah beliau cukup hebat sebagai seorang pengkaji di dalam pelbagai bidang. Beliau selalu berkata lebih ramai yang lebih hebat dan tidak pernah beliau bangga dengan ilmu yang ada (kalau tidak salah saya beliau selalu menyebut nama abangnya bernama akmal dan adiknya bernama wafi yang dikatakan lebih arif berbanding dirinya). minta Abu Hannan padam topik ini dan anggap ini permintaan khas dari peminat blog Abu Hannan di University Al-Azhar dan saya menulis komen ini mewakili rakan-rakan saya seramai 17 orang yang berpendapat sama. Syukranjazilan.

saya rasa tuan dah boleh tukar nama blog tuan ini.

salam ke atas semua pengomentar di atas.
Tujuan saya mengeluarkan artikel ini adalah ingin memberi gambaran sebenar siapa muawiyah ayah kepda yazid. Terlalu banyak kutukan dan cacian serta fitnah dilemparkan kepada yazid dan muawiyah sekeluarga. Dengan jalan ini, saya rasa ia boleh memberi sedikit informasi berkenaan hubungan baik antara ahlul bayt dan keluarga muawiyah yang mana kita tahu, syiah antara mazhab yang banyak menghina, mencaci, melaknat dan juga terlalu banyak fitnah yg dilemparkan ke atas mereka. Tidakkah kita tahu bahawa mereka itu telah dididik oleh rasulullah s.a.w dengan baik.? Apa pun saya harap kalian dapat mengetahui apa objektif disebalik terkeluarnya artikel ini.

Bagi saya, setiap pendapat manusia boleh diterima dan boleh ditolak dengan syarat, ia punya mizan dan mi'yar yg tepat kecuali hadith2 yang warid dari Nabi s.a.w yang wajib kita terima sepenuhnya. Tidak kira siapa sahaja, sekiranya ia tidak tepat, sya berhak mengeluarkan pendapat saya. Apapun, saya tetap akan menghormati rakan2 seperjuangan saya di seluruh dunia tidak kira di al-Azhar, di Madinah, di Yaman, di Syria, di Morocco dan lain2.

Berkenaan dengan bukti2 yang mengatakan bukan keluarga muawiyah yang bunuh cucunda rasulullah, saya mencadangkan anda boleh mengkaji sendiri sejarah dan sirah. Dalam mengkaji, pastikan ia bukanlah yang telah dimanipulasi oleh mana2 pihak dan adil dalam melakukan pengkajian serta menjaga amanah Ilmiah... Saya tidak punya waktu untuk menulis di sini. anda boleh membaca artikel2 berkenaan penyelewengan sejarah ini di 'darul kautsar'.

Kepada pemberi komentar terakhir, tidak ada sebab utk saya menukar nama blog ini kepada nama lain, kerana ia adalah metodologi saya untuk mencapai kehidupan yang 100% mengikut sunnah Rasulullah yang kini menjadi pelik dan ganjil di mata masyarakat serta menyampaikannya kepada yg lain.

S

Salam,

Saudara,laman web Darul Kauthar bukanlah laman web yang tepat bagi memahami Syiah dan sejarahnya. Kenapa saya mengatakan sebegini adalah kerana laman web "Darul Kauthar" adalah laman web Sunni.

telah berlaku adilkah saudara dengan memberikan laman web sunni kepada saya untuk memhami syiah?

Saya kira, untuk memahami sesuatu perkara, sumber yang diambil perlu benar supaya pengkajian yang dilakukan berlaku adil. Untuk memahami ajaran Sunni, sumbernya perlu diambil dari Kitab-Kitab Sunni (termasuk laman web yang kita baca) dan untuk memahami ajaran Syiah sumbernya perlu diambil dari Kitab-Kitab Syiah.

Jika kita memahami Syiah dalam persepsi Sunni/wahabi (dengan membaca dari sumber sunni mengenai syiah), pastilah kenyataannya buruk-buruk belaka kerana sunni dan syiah adalah dua aliran yang saling bertentangan fahaman dan ideologi sejak sekian lamanya.

Misal lain, jika kita berada di eropah, Islam dikenali sebagai agama teroris disebabkan media di sana mewar-warkan sebegitu (islamphobia) kerana mereka (media) tidak menyukai Islam. sedangkan hakikatnya, islam itu indah dan realitinya bukanlah seperti yang dipaparkan. sekarang, bagaimana kita mengetahui islam itu agama indah dan suka kepada keamanan bukannya kezaliman. bukankah kita mengetahuinya dari sumber islam itu sendiri, al quran dan al hadis.

Sekali lagi saya ingin sebutkan, jika kita membaca dari sudut pandang pihak musuh, sudah tentu bayangan selalu buruk tetapi jika kita membaca dari sudut pandang dari sumbernya sendiri pasti maklumat/info yang kita perolehi berbeza. begitulah juga dalam isu untuk memahami syiah/sunnah.

Nah, sekarang saya ingin mencabar saudara supaya berlapang dada dengan membaca sumber dari aliran syiah untuk memahami syiah yang sebenarnya.

Semoga Allah swt memaafkan segala dosa saudara.

Jika anda mahukan yang lebih tepat dan adil, saya cadangkan anda baca sahaja apa yg ditulis tanpa melihat siapa yang menulisnya.

Ikutlah qaul saidina Ali R.A yang bermaksud
"Lihatlah kepada apa yang dikatakannya, dan jangan dilihat kepda siapa yang mengatakannya...

Us. Asri antara yang mengkaji aliran ini ketika beliau berada di Pakistan dahulu. Dan huraiannya dari kitab2 muktabar syiah sendiri. saya rasa beliau adalah rujukan untuk kita mengetahui syiah ini. Jika anda mengatakan kita perlu mengkaji sendiri dari kitab2 syiah, beliau sendiri telah berbuat demikian. Beliau petah brbahasa Urdu dan parsi dan beliau cuba untuk memahami bahasa tersebut adalah kerana kitab2 syiah kebanyakannya berbahasa Urdu dan Parsi.

Saya telah pun cuba untuk berlapang dada dengan aliran ini, tetapi adakah masih lagi saya boleh berlapang dada apabila mereka hanya berpura2 dihadapan kita dan dibelakang kita mereka memaki hamun dan mengkafirkan sahabat r.anhum. Mengatakan al-quran telah ditahrifkan. Mengatakan Ummul Mukminin A'isyah itu penzina dsbg.

Apa pun saya berterima kasih kepada anda kerana kerana mencadangkan saya membca kitab2 syiah, dan sekarang saya sedang membca Usul al-Kaafi, sebuah kitab hadith yang paling baik dari aliran syiah..

dan satu lgi, saya memberi laman web tersebut kerana saya adalah ASWJ. Sekiranya annda rasa tidak selesa dengan dakwaan yg terdapat dalam laman tersebut, jadikan ia sebagaia rujukan anda untuk menilai semula kesilapan dalam tulisan tersebut..

Sekian terima kasih...

ASWJ yang dipegang oleh kome ini Ahlil Sunnah Wal Jamaah ke atau

Aku Sokong Wahabi Je
Aku Sokong Wahabi Jugak
Anti Syiah! Wahabi Jangan
AbuHannan Sokong Wahabi Je
Aku Setuju Wahabi Jalanku
Agungkan Syeikhmuhammadabdulwahhab Wajib Jugak
Angkuhnya Saya Wawasan JTR
Abuhannan Suka Wahabi Je
Alamak! Saya Wahabi Jugak?
Asalkan Saudi Wajib Jaga
Anggap Saya Wahabi Je
Asrizainalabidin Sah Wahabi Jugak
Aku Sendiri Wahabi Jugak
Ampu Syeikhmuhammadabdulwahab Wahabi Je
Asrizainalabidin Sumber Wasilah JTR
Aku Sahkan Wahabi Jalanku

Ngaji sampai Jordan (unibersiti ka berus gigi ni,kalau berus gigi cap Jordan mmang banyak kat supermarket).Ngaji sampai Jordan,cuba kome ingat balik dedulu ustazah yang ngajar kome kat skolah dulu hagak-hagak sedih ke tak bila tau kome ni wahabi?dulu masa kome pegi musola semayang maghrib kome semayang belakang imam Sunni ke kome semayang belakang imam wahabi?kome kalau nak kata Sunni salah maka semayang kome selama ni kat musola-musola seluruh Mesia ni tak sah lah.Ayuh le kome,copet pegi qada sgala semayang kome kat Mesia ni.pegi ambik kakulator cuba kome kira balik brapa waktu kome kena qada.Alamak! Byk ke nommbornya kome oohhooii,berpinau mata kome menengoknye?itule teman dok memikior buatpe le kome ngikut wahabi.balik dari unibersiti berus gigi nanti kome jgn lupa buat semayang dua imam pulak ye kome sebab kome mana bules semayang blakang imam Sunni.Ohh kome,teman pueh memikionye bakpe le kome ni jadi wahabi.
sudah-sudah le teman ke JTR ni,baik teman layan pak karimon juge Tok Syeikh.bakpe le ada yg nyuruh teman bace blog ni.wahabi rupenya.kah!kah!kah!

Kepada PAKCIKLILIOO..

Assalamualaikum..Semoga Allah memberi kesihatan yg baik kepada pakcik..

Saya agak terkejut dengan komen yg telah ditulis saudara..saya tidak faham dimana kesalahannya sehingga digelar dengan pelbagai tuduhan..

Persoalan saya..adakah menggunakan rujukan al-Quran dan hadis sahih sbg sandaran, kita dianggap wahabi? Adakah dengan menukilkan kata2 ulama spt imam syafie, dipanggil wahabi? Adakah jika kita menentang syiah dan yahudi di panggil wahabi?

Bolehkah pakcik jelaskan kpd kami pembaca blog bagaimana yg sbenarnya di gelar ASWJ/Sunni?

Juga,bolehkah pakcik nukilkan kesalahan dari mana-mana kitab Muhammad bin Abd Wahab yg jelas brtentangan dgn al-Quran dan Sunnah?

Berhujah dgn adab dan ilmu,bukan ikut nafsu..

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi bijak sana..

Yazid bin Muawiyah adalah salah seorang individu yang mendapat perhatian di dalam sejarah Islam. Umat Islam terbahagi kepada tiga kumpulan apabila berinteraksi dengannya. Ada yang mencela beliau serendah-rendahnya, ada yang memuji beliau setinggi-tingginya dan ada yang mengambil sikap pertengahan antara mencela dan memuji. Sikap orang-orang yang dipertengahan adalah sikap Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah, dan sememangnya begitulah sikap orang-orang berilmu lagi adil yang berada di atas kebenaran.

Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah memiliki sebuah penjelasan yang menarik dalam perkara ini. Ikutilah ia:

“Tidak berlaku sebelum ini perbincangan berkenaan Yazid bin Muawiyah dan tidak pula berbincang mengenainya menjadi salah satu urusan agama. Hanya setelah itu, setelah berlaku beberapa peristiwa, segolongan orang melaknat Yazid bin Muawiyah secara terang-terangan. Bahkan mungkin dengan sedemikian mereka ingin melanjutkan laknat tersebut kepada orang-orang yang lain pula.

Padahal kebanyakan Ahl al-Sunnah membenci perbuatan melaknat seseorang secara khusus. Setelah mendengar (perbuatan melaknat) sedemikian, maka timbul pula segolongan orang yang berkeyakinan bahawa Yazid adalah daripada kalangan sahabat yang utama dan seorang imam yang memberi petunjuk.

Maka golongan yang melampaui batas berkenaan Yazid terdiri daripada dua golongan yang saling bertentangan. (Golongan yang pertama), mereka berkata bahawasanya beliau (Yazid) adalah seorang kafir zindiq dan sesungguhnya beliau telah membunuh anak perempuan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, (para sahabat dari kalangan) Anshar serta anak-anak mereka pada peristiwa al-Hurrah (pembebasan kota Madinah) untuk membalas dendam ahli-ahli keluarganya yang terbunuh, seperti datuk sebelah ibunya yang bernama Utbah bin Rabi‘ah dan pakciknya yang bernama al-Walid dan selain mereka. Juga disebut-sebut tentang beliau sebagai peminum arak dan melakukan maksiat secara terang-terangan.

(Golongan yang kedua pula) berkeyakinan bahawa Yazid adalah seorang imam yang adil, yang mendapat petunjuk lagi memberi petunjuk dan beliau daripada generasi sahabat atau daripada sahabat yang utama, malah daripada kalangan wali-wali Allah Ta’ala. Bahkan sebahagian mereka ada yang berkeyakinan bahawa Yazid adalah daripada kalangan Nabi-nabi dan mereka berkata: Sesiapa yang menentang Yazid maka Allah akan menghentikannya di dalam neraka jahannam..

Maka kedua-dua golongan ini bersikap melampaui batas terhadap Yazid dan mereka menyelisih apa yang disepakati oleh para ilmuan dan imam. Yazid bin Muawiyah lahir pada zaman khalifah Usman ibn Affan radhiallahu 'anh dan tidak pernah bertemu dengan Nabi shallallahu 'alaihi wasallam. Oleh itu berdasarkan kesepakatan para ilmuan, beliau bukanlah daripada kalangan generasi sahabat. Beliau juga bukanlah masyhur dari sudut keagamaannya dan keshalihannya. Beliau hanyalah seorang dari kalangan pemuda-pemudi Islam.

Pada waktu yang sama, beliau tidak kafir dan tidak zindiq. Beliau memegang jawatan khalifah selepas ayahnya di atas kebencian sebahagian umat Islam dan keredhaan sebahagian yang lain. Beliau memiliki keberanian dan kemuliaan dan tidaklah beliau menampakkan perbuatan-perbuatan maksiat sebagaimana yang dihikayatkan oleh musuh-musuhnya.

bersambung...

Pada masa pemerintahannya, telah terjadi beberapa peristiwa yang besar. Peristiwa pertama adalah pembunuhan Husain radhiallahu 'anh sedangkan beliau tidak memerintahkan pembunuhan tersebut, tidak menampakkan kegembiraan terhadap pembunuhan tersebut, tidak menusuk gigi taring (Husain) radhiallahu 'anh dengan besi dan tidak (memerintah agar) dibawa kepala Husain radhiallahu 'anh ke Syam. Akan tetapi yang beliau perintahkan ialah agar memerhatikan Husain radhiallahu 'anh dan menahan urusannya, sekalipun sehingga perlu memeranginya. Akan tetapi orang suruhannya telah melebihi daripada apa yang diperintahkan dan al-Syamarzi telah mendorong Ubaidullah bin Ziyad untuk membunuh Husain dengan tenteranya……

Maka mereka membunuh Husain secara zalim, demikian juga terhadap sebahagian daripada ahli keluarganya, radhiallahu 'anhum. Pembunuhan Husain radhiallahu 'anh adalah satu musibah yang besar. Sesungguhnya pembunuhan Husain dan pembunuhan Usman sebelum itu merupakan sebab utama berlakunya fitnah ke atas umat ini manakala pembunuh kedua-dua mereka adalah seburuk-buruk makhluk di sisi Allah.

Tatkala ahli keluarga Husain radhiallahu 'anhum menghadap Yazid bin Muawiyah, beliau memuliakan mereka dan menghantar mereka ke Madinah. Diriwayatkan bahawa Yazid melaknat Ubaidullah bin Ziyad atas pembunuhan Husain…… akan tetapi di sebalik itu semua Yazid tidak menampakkan pengingkarannya terhadap peristiwa pembunuhan Husain, beliau tidak menyokongnya dan tidak pula menghukumnya padahal itu (menghukum orang-orang yang bertanggungjawab) adalah satu kewajipan ke atas dirinya. Ini menyebabkan para ahli kebenaran mencelanya disebabkan sikapnya yang meninggalkan kewajipan (menjatuhkan hukuman) dan juga disebabkan oleh beberapa perkara lain. Adapun musuh-musuh Yazid, mereka menokok tambah ke atasnya pelbagai kedustaan yang lain.

Adapun peristiwa kedua adalah berkenaan penduduk Madinah yang membatalkan bai‘ah mereka kepada Yazid dan menghalau keluar orang-orang Yazid serta ahli keluarganya. Maka Yazid menghantar sepasukan tentera kepada mereka dan memberikan syarat – jika mereka tidak taat dalam masa tiga hari, beliau akan memasuki kota Madinah dengan pedang dan menghalalkan darah mereka. Setelah tiga hari, tentera Yazid memasuki kota Madinah dan membunuh penduduknya, merampas harta mereka dan menodai kesucian wanita mereka. Kemudian Yazid menghantar tenteranya ke kota Mekah yang mulia dan mengepungnya. Namun Yazid mati dalam suasana tenteranya sedang mengepung kota Mekah. Ini semua merupakan permusuhan dan kezaliman yang dilakukan di atas perintahnya.

Di atas peristiwa-peristiwa ini, Ahl al-Sunnah dan para imam umat ini berkeyakinan untuk tidak mencela atau mencintai Yazid. Berkata Shalih bin Ahmad bin Hanbal, aku bertanya kepada ayahku: “Satu kaum mereka berkata bahawa mereka mencintai Yazid.” Ayahnya (Imam Ahmad bin Hanbal) menjawab: “Wahai anakku! Bagaimana mungkin seseorang yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat boleh mencintai Yazid?” Aku bertanya lagi: “Wahai ayahku! Maka kenapakah engkau tidak melaknat Yazid?” Ayahnya menjawab: “Wahai anakku! Sejak bila engkau melihat ayah engkau melaknat seseorang?”

Dalam riwayat yang lain, orang berkata kepada (Imam Ahmad bin Hanbal): “Adakah engkau menulis hadis daripada Yazid bin Muawiyah?” Beliau menjawab: “Tidak, tidak ada kemuliaan pada dirinya. Bukankah dia telah melakukan ke atas penduduk Madinah apa yang dia lakukan?”

Maka di sisi para ilmuan dan para imam kaum muslimin, Yazid adalah seorang raja daripada raja-raja. Mereka tidak mencintainya seperti mencintai orang-orang yang shalih dan wali-wali Allah. Pada waktu yang sama mereka tidak mencelanya. Ini kerana mereka (para ilmuan dan para imam kaum muslimin) tidak suka melaknat seorang muslim secara khusus.

bersambung..

Ini berdasarkan sebuah hadis di dalam Shahih al-Bukhari daripada Umar bin al-Khaththab radhiallahu 'anh, bahawa seorang lelaki yang digelar ‘Himar’ sering meminum arak. Setiap kali dia dihadapkan kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, dia dipukul (sebagai hukuman hudud). Maka (setelah beberapa ketika) berkata seorang lelaki: “Semoga Allah melaknatnya. Berapa kali dia sudah dihadapkan kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam!” Lalu Nabi shallallahu 'alaihi wasallam menjawab: “Jangan melaknat dia kerana sesunguhnya dia mencintai Allah dan Rasul-Nya.”

Namun demikian segolongan daripada Ahl al-Sunnah membolehkan melaknat Yazid kerana mereka berkeyakinan bahawa beliau telah melakukan kezaliman yang membolehkan laknat ke atas pelakunya. Manakala segolongan yang lain berpandangan boleh mencintai Yazid kerana sesunguhnya beliau seorang muslim yang memegang jawatan khalifah pada zaman para sahabat dan dibai‘ah oleh para sahabat. Malah mereka berkata, tidaklah sah apa yang dinukil tentang (kezaliman-kezaliman) Yazid padahal beliau memiliki beberapa kebaikan atau beliau seorang mujtahid dalam apa yang dilakukannya.

Yang benar adalah apa yang diperkatakan oleh para imam bahawa mereka tidak mengkhususkan kecintaan kepada Yazid mahupun melaknatnya. Sekalipun beliau seorang yang fasiq atau zalim, maka Allah akan mengampuni seorang yang fasiq dan zalim jika orang itu memiliki beberapa kebaikan yang besar. Sesungguhnya al-Bukhari di dalam Shahihnya telah meriwayatkan daripada Ibn Umar radhiallahu 'anhuma bahawa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: “Pasukan tentera yang pertama menyerang Konstantinopel, maka Allah mengampunkan mereka”. Pasukan pertama yang menyerang Konstantinopel adalah dibawah pimpinan Yazid bin Muawiyah.”

Demikian penjelasan Ibn Taimiyyah, dinukil secara berpisah daripada Majmu al-Fatawa, jld. 3, ms. 409-413.

Salam Abu Hannan..
Saudara, terima kasih atas pandangan. Pun begitu, izinkan saya untuk berbeza pendapat sekali lagi.

Bagaimana mungkin saya ingin percaya sekiranya kebanyakan tulisan berkenaan Syiah dalam sumber/pandangan Sunni buruk-buruk belaka manakala tulisan berkenaan Sunni dalam sumber/pandangan Syiah tidak sedemikian.

Malah, dalam pandangan syiah terhadap Sunni, syiah menganggap sunni adalah dari kaum muslimin dan tidak pernah menyesatkan (sunni). syiah hanya menentang golongan wahabi yang agak radikal dalam menghukum. Manakala dalam kebanyakan sumber/pandangan sunni mengenai syiah, sunni mengatakan syiah sebagai aliran/mazhab yang sesat lagi menyesatkan.

Ya, ada benarnya melihat kepada apa yang disampaikan dan bukannya penyampai. Tetapi dalam kes ini iaitu melakukan kajian dan supaya lebih objektif kita perlu menilai tafsiran dari kedua-dua sumber. Bukan hanya menerima dan menelan sahaja tafsiran negatif yang dibuat dari bukan sumbernya tanpa membaca/mengkaji tafsiran yang ditulis dari sumbernya. maksud saya, kita perlu juga membaca tafsiran dari sumber asalnya supaya kita memahami apa yang sebenarnya dimaksudkan oleh sumber tersebut.

Saya beri contoh mudah untuk lebih memahami. Misalnya, kawan baik saudara [Ustaz sunni/wahabi]telah membawa khabar bahawa isteri saudara [mazhab syiah] telah curang dengan saudara [pengkaji kebenaran] hanya kerana dia melihat seorang lelaki yang beliau "rasa agak kenal" datang ke rumah saudara ketika saudara tiada di rumah. Apakah saudara akan terus menelan/percaya dengan khabar berita tersebut dan terus menghukum isteri saudara dengan menceraikannya dengan talak tiga tanpa memohon penjelasan isteri saudara?

Dalam contoh ini, apa yang ingin saya sampaikan adalah kita tidak boleh hanya melihat kepada apa yang disampaikan sahaja walaupun penyampainya adalah kawan baik saudara tanpa memohon penjelasan sebenar dari isteri saudara, apa yang sebenarnya berlaku dan siapa lelaki tersebut.
Kawan baik saudara mengatakan lelaki itu beliau kenal sangat2 dan bekerja di tempat kerjanya tetapi apabila saudara bertanya kepada isteri saudara, isteri saudara mengatakan lelaki tersebut adalah adiknya yang terpisah sejak kecil mereka lagi dan mereka baru bertemu.

Nah, begitu juga dalam hal memahami sunni/syiah. Perlu juga kita membaca tafsiran dari sumbernya sendiri supaya lebih memahami maksud sebenarnya tanpa menghukum semberono. Harap-harap saudara faham maksud saya [baca: dengan tidak hanya percaya dan menalan sahaja apa yang disampaikan dr asri kerana dr asri tetap bukan sumber yang layak untuk berbicara mengenai syiah kerana beliau sunni walaupun beliau sudah membuat kajian mengenai syiah]

Bukankah al-Quran juga ada menukilkan "Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan."- Al-Hujraat, ayat 6.

apa pun biarlah perbincangan dan artikel yang saudara keluarkan tidak bertujuan menjatuhkan orang lain kerana perkara itu akan dipersoalkan disana..Mengkaji ilmu-ilmu agama biarlah dengan ikhlas.

Golongan profesional disarankan agar jangan 'membodohkan diri' dalam bidang agama, sebaliknya mesti yakin dan ikhlas agar kita boleh menghayati agama dengan cara yang benar.

ilmu yang dikurniakan bukan bertujuan untuk mengaibkan orang kerana ia hanya pinjaman dariNya..

selamat beramal...

Berkenaan usul kafi, jika saudara memang benar memiliki/membaca kitab hadis tersebut, saya tabik spring kepada saudara kerana tidak semua pengikut mazhab syiah (ahlul bayt Nabi saw) memiliki/membaca kitab tersebut sama seperti tidak semua sunni memmiliki kitab ar-risalah/ al-umm karya al-imam Syafie.

Suka saya untuk menyebut di sini bahawa kitab hadis usul kafi tidak sama seperti kitab hadis sahih al bukhori atau sahih muslim. hadis-hadis yang terkumpul dalam usul kafi, tidak semuanya pada kategori sahih seperti mana dalam sahih al bukhori/sahih muslim yang semuanya pada kategori sahih.. Kitab hadis usul kafi hanya mengumpulkan semua hadis yang diriwayatkan oleh para imam-imam ahlul bayt (anak cucu rasulullah saw) dan hadis tersebut akan dinilai semula oleh para ulama syiah ketika merujuk hadis-hadis yang ada dalam usul kafi ketika mahu mengeluarkan hukum.

Maka, saya kira pengkajian saudara mengenai syiah melalui kitab usul kafi adalah kurang tepat dan tambahan akan menyulitkan saudara sendiri. Sebab, pertamanya, hadis yang terkumpul dalam usul kafi tidak semuanya sahih dan kadang2 tidak dapat difahami secara zahir dan memerlukan huraian ulama.

tambahan, suka juga saya ingin menyebutkan bahawa Syiah (pengikut keluarga nabi saw) berpegang dengan al-quran dan Itrah Nabi saw (keluarga keturunan Nabi saw) dan bukannya seperti sunni yang berpegang dengan al-quran dan hadis walaupun hadis dari sumber sunni sendiri yang mengatakan perlu berpegang dengan al-quran dan hadis tidak terdapat dalam kitab-kitab hadis yang masyhur seperti sahih bukhori, sahih muslim, tirmidzi atau abu daud. Hadis yang mengatakan perlu berpegang dengan al quran dan hadis hanya terdapat dalam kitab muwattha imam malik yang hadis itu juga diragui periwayatannya.

sedangkan hadis yang mengatakan perlu berpegang dengan al quran dan Itrah Nabi saw terdapat dalam kitab-kitab hadis yang besar dari sumber sunni sendiri [note: ada dalam sumber sunni tetapi sunni sendiri tidak berpegang dengan hadis tersebut] seperti yang terdapat dalam kitab hadis al tirmidzi.

"Nashr bin Abdurrahman al-Kufi menceritakan kepada kami, Zaid bin al Hasan – iaitu al Anmathi – menceritakan kepada kami, daripada Ja’far bin Muhammad, daripada ayah Ja’far iaitu Muhammad, daripada Jabir bin Abdullah, ia berkata: Aku pernah melihat Rasulullah saw melaksanakan ibadah haji pada hari Arafah, saat itu beliau sedang berkhutbah di atas untanya; al Qashwa. Aku mendengar beliau bersabda: Wahai manusia, sesungguhnya aku telah meninggalkan (sesuatu) untuk kalian, sepanjang kalian berpegang teguh kepada sesuatu itu nescaya kalian tidak akan pernah tersesat, iaitu kitab Allah dan itrati keluargaku.’ Lihat Sahih Sunan at-Tirmidzi, hadis nombor 3786, bab sifat-sifat utama keluarga Nabi saw."

Jika saudara benar-benar berlapang dada, ikhlas, ingin mencari kebenaran dan ingin memahami syiah dari perspektif/ sumber syiah sendiri supaya berlaku adil, objektif dan tidak menghukum semberono tanpa pengetahuan yang sebenarnya, saya ingin menjemput saudara sekali lagi untuk melakukan kajian dengan membaca buku Dialog Sunnah-Syiah karya Syarafuddin al-Musawi. Buku ini saya kira sesuai dengan level saudara sebagai pelajar jurusan agama. Kajilah sebaik-baiknya fakta yang terdapat dalam buku tersebut. Ketika membaca, bacalah dengan hati yang ikhlas demi mencari kebenaran hakiki seperti yang kita selalu mohon kepada Allah ketika setiap kali solat "Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.(al-Fatihah:6-7)"

Semoga kita semua mendapat hidayah-Nya.

Assalamualaikum..
Semoga Allah merahmati kita semua..

Melihatkan komen disini,pada pandangan saya,artikel Abu Hannan ini dikeluarkan bukanlah bertujuan utk mengaibkan @ menjatuhkan sesiapa..tetapi menerangkan Muawiyah disisi ASWJ..

Spt yg kita sedia maklum, di dalam perbahasan ilmiah, kita dibenarkan utk 'radd' kembali sekiranya pendapat kita lebih bertepatan dengan Quran dan Sunnah s.a.w..Dan hal ini menjadi kebiasaan sesetengah ulama' utk radd sebahagian ulama' yg lainnya dengan membawakan hujah yg lbh bernas bertujuan memperbetulkan,bkn mengaibkan..Adapun mengenai gambar facebook (fb) diatas, pemilik fb berkenaan telah pun mengeluarkan kenyataan dan pendapatnya secara terbuka. Jadi tidak salah sekiranya Abu Hannan juga menjawabnya secara terbuka..Nama didalam gambar diatas juga telah pun dikaburkan, hanya status dan pendapatnya shj ditunjukkan..Namun pemilik fb berkenaan juga boleh menjawabnya kembali dgn syarat membawakan hujah yg lbh tepat berpandukan Quran dan hadis yg sahih..bkn menggunakan emosi..
Bukankah kita di medan perbahasan ilmiah?

Saya memahami perasaan sahabat pemilik fb yg cuba membelanya.. Namun, nabi s.a.w sendiri telah memberi jaminan utk memotong tangan Fatimah, anak kesayangannya sekiranya beliau mencuri..yg benar tetap benar,tetapi yg salah tetap salah..tidak mengira siapa..

Berkenaan dengan qaul syiah ttg ASWJ, saya akan nukilkan daripada kitab syiah sendiri:

Maula Ali bin Husin berkata: Saya pernah bertaya kapada Ali bin Husin berkenaan Abu Bakr dan Umar, maka dia berkata: Keduanya kafir dan sesiapa mencintai keduanya adalah kafir. (Bihar al-Anwar. 2/216)

Menurut Khomeini: Iman seorang Syi’ah tidak sempurna, kecuali setelah berbeza (menentang) Ahli Sunnah. (Lihat: Al-Hukumat Al-Islamiyah. Hlm. 83. Khomeini)

Seluruh Ahli Sunnah adalah najis, lebih buruk dari Yahudi, Nasrani dan Majusi. (Lihat: Al-Anwar Al-Nu’maniyah. 1/108)


Inilah sebahagian daripada nukilan kitab muktabar syiah. Jika mereka katakan tidak adil kerana web darulkautsar sunni, nah, skrg saya bentangkan pula dari kitab2 mereka (syiah) sendiri..


Saya juga ingin tahu adakah syiah berani utk mengkafirkan imam Syafie secara terang-terangan krn imam Syafie pernah berkata:

"Belum pernah aku saksikan di kalangan manapun manusia yang begitu berani menjadi pendusta dan sebagai saksi-saksi palsu seperti golongan Syiah"(Minhaaj as-Sunnah, Ibnu Taimiyyah - Tahqiq Muhammad Rashad Saalim, Daar al-'Aroobah, jil. 1, ms.37)


Semoga Allah terus memberi kebaikan kpd ASWJ..

assalamualaikum sedare hakim

yeke dah tu screen short dia terlalu suspicios..tu macam nak mnjatuhkan org lain je..tu pun untuk 'radd' gak ke? cam cikgu wa ckp la manusia ni bila merasakan diri mereka pndai..hbis semua orang dia tengok senget...

betul la orang ckp makin byk ilmu mkin bodo jadiknya manusia..

itu hanya bukti yg ingin ditunjukkan oleh penulis kepada masyarakat yang mereka yg ada fahaman syiah ni selalu dan suka kutuk sahabat tanpa fakta... Lgipun saya rasa die dah pun padam nama dlm screen captured tu sbgi menghrmati kan...

-Pembela sahabat dan ahlul bayt nabi s.a.w

yeke mereka tu fahaman syiah sedare TANPA NAMA? ang kenai ka mereka-mereka tu? adakah penulis kenai depa dan dengan rasa bangga melabelkan 'masyarakat' yg ada fahaman syiah?

ang tak boleh tgk dari sebelah pehak ja..ang kena tanya dua-dua baru bley ang tulis...kalau betui dah padam aku yang tak kenai depa pun leh cari kat pesbuk, tu tandanya dia tak padam habis..

ang kata ang pembela sahabat dan ahlul bayt tapi apa hukum men'syiah'kan orang adakah itu dibenarkan?

dah menggelabah tak boleh jawab as a admin lepas tu menyamar jadi Abu Hakim pulak iyer? Abu Hannan = Abu Hakim. Kalau kowang semua x caye boleh check balik gaya tulisan Abu Hannan (Admin JTR)dengan gaya tulisan Abu Hakim....kan sama tu. Keh3, dah habis hujah ke Abu Hannan? Jadi Abu Hakim pulak ker? lepas ni nak jadi Abu apa pulak?

By the way, sodap bebonar Abu Hakim@Abu Hannan ni bercakap iyer.

Abu Hakim said " Adapun mengenai gambar facebook (fb) diatas, pemilik fb berkenaan telah pun mengeluarkan kenyataan dan pendapatnya secara terbuka. Jadi tidak salah sekiranya Abu Hannan juga menjawabnya secara terbuka..Nama didalam gambar diatas juga telah pun dikaburkan, hanya status dan pendapatnya shj ditunjukkan..Namun pemilik fb berkenaan juga boleh menjawabnya kembali dgn syarat membawakan hujah yg lbh tepat berpandukan Quran dan hadis yg sahih"

Kepala lutot engko la Abu Hakim, cube engko pulok yang kena letak gambor kat atas tu. Apo ekau raso ha??? Ekau x keno sodapla ekau bocakap. Ado ko zaman Nabi buek bendo memalukan sesamo muslim ginih? Namo Jojaki Tinggalan Rasul, aku tak nampok pun mano jojak Rasul yg nyuruh kito memalukan sesamo muslim. Ekau tak payoh la buko blog, bolo kambing lagi baguih eden raso..mongabihkan boraih yoo bak kato orang nogoi.
Satu laie wahai mangkuk (borus gigi JORDAN bak kato PakcikOO), eden tahu ekau ni satu roban dongan namo-namo dan gambor facebook kat atas. F.O.M yang cap burung tu lo kan. Eden nak cakap satu bondo la,lopaih ni eden bonci la dokek F.O.M ni.Sosamo ahli pun nok blingkup camano nok dakwoh orang bongang macam eden ni.tapi kan,eden ado la nampok jugok namo budok baju merah tu dalam F.O.M kek facebook (nak kato bangang tapi nampok macam pandai,botoi ka dio syiah? eden nampok dio ok ja,ramah yo tegor eden dongan ahli laen. Abu Hannan dongan abu hakim eden tak penoh nampok pon) ,tapi namo Abu Hannan eden tak penoh nampok. eden bonciiiiiiiiii semuooo nii. Bonci F.O.M,bonci JTR, bonci sumuuuoooo. sesamo ahli bkelahi,inikan pulok nok dakwoh sano sini.

Salam Abu Hakim yang mungkin juga Abu Hannan seperti kata owang nogoi..

Saya tidak mahu komen kenyataan yang saudara petik dari Bihar al-Anwar, karya Allamah Majlisi dan Al-Anwar Al-Nu’maniyah kerana saya sendiri tidak membaca kitab tersebut. Saya tidak mahu komen apa yang saya tidak tahu kerana Allah swt tetap akan tahu jika saya berbohong. Saya tidak mahu terima azab Allah swt yang amat pedih.

Saya juga ragu-ragu apakah benar saudara telah membaca sendiri dua buah kitab besar tersebut yang mempunyai berjilid-jilid kitabnya. Bihar al-Anwar sahaja mempunyai 110 jilid buah kitab.

Jika saudara telah membaca sendiri dua buah kitab tersebut yang berjilid-jilid kitabnya dan memetik kenyataan dari kitab tersebut, saya mohon saudara membaca sekali lagi kitab itu berserta huraian kenyataan yang saudara petik supaya saudara tidak salah faham maksud sebenarnya yang penulis mahu sampaikan.

Tetapi jika saudara hanya memetik kenyataan itu dari mana-mana laman web atau buku yang sumbernya bukan dari syiah (buku yang menghentam syiah), kemudian copy paste di sini, maka saya kira itu bukan alasan dan hujah yang tepat dan boleh diterima pakai. Malah, sikap sebegini bukan dari sifat orang yang mencari kebenaran.

Adapun, jika saudara berdusta dan berniat memecahkan perpaduan umat islam dengan mengeluarkan kenyataan sebegini, maka ingatlah bahawa Allah swt sebaik-baik Penghukum. Semoga Allah swt memaafkan dosa-dosa saudara.

Artikel dlm blog ni memang wahhabi punya ianya petikan dari "Siri Permunian" sejarah Awal Islam oleh Ustz Muhammad Asri yusof (tatau la dia ni Dr Asri ke atau siapa, tolong check) Bnyk lagi tajuk dlm makallah fotostat tu antaranya:

1. Sandiwara Syiah Urainab bt Ishaq jadi rebutan Husain dan Yazid.
2.Motif Tabarra . Disebalik Hukuman Hudud keatas anak Khalifah Umar
3. Hubungan mesra antara muawiyyah dengan Ahlul Bait
4. Syiah pembunuh Say husain di Karbala
5. Aisyah disalak anjing Hau'ab?

Hamba dapat makallah tu pun dari seorang kawan wahhabi huhuuuhuh . Sah la blog wahhabi vs Syiah

admin oh admin...ang dah kena hantam dah ni..takan senyap ja..jawab lah dengan penuh tulus dan berhkmah depa dok tunggu tu..jgn satgi ang guna nama abu lahab udah le...haru nanti..

tula...len kali ang jgn sesuka hati ja nak hantam org kata depa syiah la apa la..kalau sekadar belajar kat Jordan bukan jaminan ang dah cukup cerdik dan pandai serta terer...

hentikan lah tulisan-tulisan bodo ang cam artikel kali ini..merosakan minda umat adalah...kalau tamo gak apa kata ang tukaq nama blog ang ni, memalukan dan boleh menimbulkan fitnah pada islam je...apa mcm ada beran?

Berkenaan dengan kenyataan yang saudara petik "Menurut Khomeini: Iman seorang Syi’ah tidak sempurna, kecuali setelah berbeza (menentang) Ahli Sunnah. (Lihat: Al-Hukumat Al-Islamiyah. Hlm. 83. Khomeini)

Pertamanya, kenapa perlu ada perkataan "menentang yang dikurungkan" selepas perkataan berbeza. Saya kira ini adalah suatu tambahan yang sengaja dilakukan bagi mengelirukan maksud sebenarnya.

Saya ada membaca buku ini yang diterjemahkan dalam bahasa Indonesia. Menurut saya, apa yang dikatakan oleh Imam Khomeini ra adalah benar. Syiah dan sunni sememangnya berbeza dalam banyak perkara pokok dan cabang. Pengikut mazhab syiah seharusnya beramal dengan ajaran syiah dengan sebenarnya iaitu beramal dengan ajaran yang dibawa oleh keluarga Nabi saw dan bukannya beramal dengan ajaran yang difahami Sunni. Jadi, seorang Syiah itu seharusnya berbeza dengan Sunni. Bagaimana mungkin iman boleh sempurna dengan mengikuti dan beramal dengan ajaran/kefahaman lain? Bukankah begitu juga menurut ahlus sunnah?

Maka, yang dimaksudkan berbeza itu adalah berbeza "ajaran" bukannya ditafsirkan berbeza sebagai "menentang" ahlus sunnah. Ini sama sekali tidak benar dan suatu fitnah.

Tambahan, jika saudara meneliti dan menyoroti sejarah imam Khomeini ra dan Republik Islam Iran selepas revolusi 1979, Imam khomeini tidak pernah mengeluarkan kenyataan menentang sunni dan republik islam iran tidak pernah menyerang negara-negara islam yang berfahaman sunni. perang iran-iraq juga adalah atas inisiatif amerika dengan menyokong iraq pada waktu itu. Republik islam iran (dulu dan kini) hanya menentang negara-negara kuffar yang bersikap menindas, menzalimi dan tidak adil terhadap negara lain, bukannya menentang negara-negara islam yang berfahaman sunni.

Kerana itu, sejak 1979 sehingga kini selama 31 tahun republik islam iran sentiasa berada dalam sekatan antarabangsa yang telah berpuluh-puluh sekatan antarabangsa dikenakan terhadap iran. Saudara tidak boleh menafikan sejarah ini.

Jika saudara mahu mengatakan ini adalah mainan politik antarabangsa dan media bagi mengelirukan dunia, dan mahu kaitan Iran berhubungan baik dengan Amerika dan Israel, saya mahu menjawab bukankah Hizbullah dan Israel pernah berperang dan mengorbankan beratus-ratus orang. Bukankah Hizbullah punya hubungan baik dengan Iran dan mereka berfahaman syiah. Tidak logik orang yang punya hubungan baik, kemudian akan berperang. Maka, entri saudara sebelum ini yang mengaitkan Iran dan Yahudi sangat diragukan sekali dan dipertikaikan. Sia-sia sahaja usaha saudara untuk memburukan Iran kerana tiada siapa yang percaya iran dan yahudi punya hubungan baik dan sulit.

Berbalik kepada isu utama yang dibahaskan, maka kenyataan saudara yang memetik kenyataan Imam khomeini "syiah menentang sunni" itu sebagai tidak benar. Hakikatnya, sejarah iran dengan negara-negara islam yang berfahaman sunni sentiasa baik sahaja dan Iran hanya menentang golongan kuffar. Wslm.

salute la saudara pencinta..ini baru betul-betul pencinta dari aliran yang satu dari 73 pintu...nah abu hannan a.K.a abu Hakim ang duk menikus awat? takan ang dah mati kutu bila saudara pecinta mengemukakan hujah..

jawab admin jangan tak jawab..kami dok tunggu ang punya jawapan..

Assalamualaikum W.B.T

Sekali lagi saya berkunjung ke blog Abu Hannan ini.semoga Abu Hannan sentiasa dirahmati Allah S.W.T Tuhan Sekalian Alam.Kunjungan kali ini mungkin bukanlah sepertimana kunjungan yang terdahulu.Jika kunjungan terdahulu mencerminkan aspek teguran secara tulus dan ikhlas maka anggaplah kunjungan saya ke sekian kalinya ini adalah kunjungan yang terakhir.Teguran secara berhemah dan lembut yang dibuat kepada Abu Hannan nampaknya dipandang sepi dan lantaran itu maka :

Saya UMAIR IBNI FATHULLAH SANI berserta 17 orang rakan dari FAKULTI USULUDDIN WAL DA'WAH/ ASSYUT / UNIVERSITY AL-AZHAR bangkit menyatakan tanpa rasa ragu dan khilaf mempertahankan Tuan Z******R E****Y daripada fitnah dan tikaman yang dilakukan Abu Hannan.

Maka dengan itu juga hasil musyawarah saya bersama 17 orang rakan menyatakan secara yakin akan perkara yang berikut :

Pertama - Tindakan BOIKOT terhadap laman web JEJAKI TINGGALAN RASUL akibat daripada tindakan menjatuhkan air muka seorang muslim yang dilakukan oleh Abu Hannan.

Kedua - Berdiri teguh bersama perjuangan Tuan Z******R E****Y tanpa syak walaupun telah difitnah oleh Abu Hannan.

Ketiga - Secara tuntas maka kami bermohon kepada Allah S.W.T supaya apabila di akhirat kelak nanti kami tidak akan dipertanggungjawabkan dan dihisab atas musabab bersubahat dengan dosa fitnah kubra yang dilakukan oleh Abu Hannan.

Sekian.

tukang like tak plak di blur kan nama?bak kata sedare la kan mgkn mksd sedare tukang like n komen pon kira bersubahat ek?n nama profile yg dikaburkan masih dpt dibaca jika zoom gmbr tersebut.jadi sedare admin telah berjaya juga memfitnah tanpa kenal siapa sebenarnye mereka ni.lagi satu kenapa tak print screen semua komen2 kat status tu?tak silap sy pnjang lg komen2 tu.takut ke?

Segala puji-pujian itu bagi Allah, Tuhan semesta alam.. Selawat dan salam ke atas Rasulullah Salallahualaihiwassalam dan Ahlil Baitnya, Saidina Abu Bakar dan Khalifah-khalifah Rasulullah, Saidina Ali Karamallahuwajha, Saiditina Fatimah Al-Zahrah, Al-Hassan, Al-Hussein dan Salman Al-Farisi.
Menjunjung kemuliaan Khalifah-khalifahmu Paduka Sharif Muhammad dan Paduka Sharif Al-Kubra Sheikh Sharif Abdul Malik Tok Pulau Manis, kedua-dua kota sucimu di kawasan Timur jauh. Dan kami bermohon bergantung padaMu dan berwasilah kepada Rasulullah SAW kepadaMu. Adapun kemudian daripada itu, kami berlindung kepadaMu Ya Allah akan pena yang derhaka dan pendustaan dan mengada-adakan sesuatu daripada sesuatu untuk maksud sesuatu.
Kami mohon ditonton oleh umat akan kehadiran keturunan Rasulullah SAW yang disebutkan menjadi khalifah ke seluruh dunia dan setelah gagal dibatalkan oleh Bani Umaiyah dan kaum-kaum Wahabi dan kaum-kaum Ahli Kitab Al-Fasik, Yahudi dan Nasrani dan kaum-kaum derhaka dan ahli siasat dan ahli muslihat…

Salam ke atas kalian semua. Untuk makluman saudara-saudari semua biarlah saya kenalkan diri. Saya adalah insan yang telah 'dimalukan' dan difitnah oleh Abu Hakim@ Abu Hannan di atas... Sebelum ini saya hanya biarkan perkara ini kerana Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar..Dan tujuan saya bertandang ke blog ini hanya untuk menjelaskan apa yang kabur dan malap sebelum ini sekaligus ingin membersihkan nama-nama yang secara tak langsung terlibat dalam permainan fitnah ini. Ini melibatkan maruah kami. Berat tuduhan kamu ya, wahai Abu Hannan..

KAFIR/ HINA sahabat nabi dan Yazid.. Ini adalah fitnah kamu terhadap kami..


Main point dari intro kamu ialah:
- Sejak akhir-akhir ini, saya berkesempatan berjumpa dengan mereka yang secara terang-terang menghina sahabat Rasulullah s.a.w.
- Antara sahabat Rasulullah yang menjadi mangsa kutukan dan cercaan mereka ini ialah salah satunya Penulis al-Quran, Muawiyah Bin Abi Sufyan serta keturunannya termasuk Yazid bin Muawiyah.
- Mereka yang menghina dan mengkafirkan sahabat ini tidak lain adalah mereka yang terdoktrin dengan doktrin syiah.

Okay, saya di sini mewakili mereka yang teraniaya dek Abu Hannan ini ingin menegaskan bahawa KAMI TIDAK PERNAH MENGHINA DAN MENGKAFIRKAN SESIAPA. Inikan pula para sahabat yang dicintai..

Pertamanya, kami tidak pernah menyebut tentang Muawwiyah Abi Sufyan. Yang disebutkan hanyalah nama Yazid Bin Muawwiyah. Jadi di sini sudah terang Abu Hannan menokok tambah watak Muawwiyah Abi Sufyan itu! Sekali lagi kami tegaskan TIADA kami sebutkan tentang Muawwiyah! Jadi macam mana boleh timbul cerita kami kafir dan hina Muawwiyah ini? Make any sense? You judge it by yourself... Tokok tambah cerita untuk sedapkan fitnah kamu..

Keduanya, kami tidak pernah mengeluarkan kenyataan MENGHINA ATAU MENGKAFIRKAN SESIAPA. Jelas! TIADA. Yang disebut hanyalah Yazid terlibat dengan pembunuhan Saidina Husin. Itu sahaja. Adakah itu statement KAFIRKAN Yazid?? Kenapa Abu Hannan tulis kami kutuk/ cerca Yazid? TIADA!

Dan seperti mana yang anda boleh lihat, hanya sedikit sahaja perbincangan di atas disiarkan. Bukan full version yang turut didatangi oleh Abu Hannan ini setelah dicabar oleh kami yang menentang Wahabi ini. Kenapa tidak disiarkan full version? Takut ke wahai Abu Hannan ?

Di sini kami mencabar Abu Hannan tunjuk bukti dimana statement kami HINA/ KAFIR sahabat nabi! Memang tiada, jika ada sila kemukakan.. Katakanlah benar walaupun pahit ya Abu Hannan..

p/s Nama Jejaki Tinggalan Rasul tidak sesuai digunakan oleh anda. Kerana anda sebenarnya sedang musnahkannya. Nabi tidak menganjurkan anda memalukan sesama muslim dan memfitnahnya.

Salam dari saya...

habis la abu hannan a.k.a abu hakim..blog ang dah kena hunggah dah ni...hang nak mntak tulung sapa plak lpaih ni..jgn ang bukak Talmud dah..haru bertambah biru satgi...

Salam Owang Nogoi,Gambate dll..

Aku rase hangpa sume dh silap org la..xyah nk a.k.a ke ape..aku pembaca setia blog ni je..stakat ang nk ckp tulisan aku same,aku rase tu perkara biase..Aku pun berani bersumpah la kami bkn org yg sama..awat ang xkata gaya tulisan aku mcm A.Samad Said ke,best la jgk..

Ataupun yg komen ramai2 dlm ni sebenarnya org yg sama je,boleh x kalo aku ckp mcmtu plk?

Aku rase ang ni xfhm pun disiplin radd dlm Islam la..kalo ang tgk blk bile ulama' radd ulama' yg lain,mrk siap bagitau nama ulama' tu dan kitabnya lagi..tp xpun ulama' yg di radd tu rase diaibkan?

Sheikh Albani pun pnh diradd oleh ulama' hadis lain,tp dia biase je..xde pun suh 'kwn2' dia tlg back up dlm surat ke,hantar memorandum ke..

Hal ini bertujuan nk perbetulkan je..

Sekalipun disebutkan nama Yazid bin Muawiyah,sabda Nabi s.a.w dlm Bukhari

"Tentera yang pertama di kalangan umatku yang memerangi bandar Qaisar (Caesarea) diampunkan dosa mereka"

Yazid adalah orang yang pertama memerangi bandar Qaisar.

(Ibn Hajar al-Aqalani, Fath al-Bari, jilid 6, ms 201, cetakan: Lubnan, Dar al-Fikr)

ASWJ tidak mensyiahkan sesiapa. Tp kita dapat nilai melalui ciri2 yg ada pd syiah tu sendiri. Spt menghina sahabat..

Sama jgk mcm org munafik,kita xbole nak cop org tu munafik..tp kite dpt tau melalui 3ciri yg nabi dah pesan tu..

Agak2 ang la kan,sape lg yg suka kutuk2 sahabat?;)

Pencinta keluarga nabi..sy sudah pun bawa kpd saudara ape yg saudara mahukan,namun masih berdolak dalik dgn kenyataan yg telah sy bawakan..Susah sgt ke mahu mengaku bahawa syiah sememangnya sudah jauh terpesong?Bila sy kemukakan dari kitab muktbar syiah itu sendiri,saudara kata blm baca..

Jadi apa kata begini..saudara pula yg bawakan kpd kami dari kitab2 yg tlh saudara baca,bahawa syiah mengiktiraf ASWJ dan juga menolak bahawa Quran telah ditahrifkan?

Sekali lg saya mencabar Syiah,sekiranya mrk berani mengeluarkan kenyataan dgn mengatakan imam syafie kafir krn mengeluarkan kenyataan spt itu.

Dan spt yg dapat disaksikan,bahasa2 keras dan kasar spt owang nogoi tlh mencerminkan akhlak dan dirinya sendiri.Saudara,jika mahu berhujah dgn ilmiah,gunakan dalil,bkn emosi ya.

abu hakim yang konon-konon bijak sana..ang ni awat la cetek sgt otak tu...yang kena tuduh kata depa bukan syiah, siap terangkan lagi..satu persatu..tuduhan yang depa dok kena..ang nk suruh org komen dgn berilmu tapi ang sendiri layout kebuduhan yang berlapis-lapis...ang nak komen depa tu ang kenai ka sume..?

depa yang kena fitnah dah trag2 kata depa ni bukan syiah yang ang pi cabar puak syiah awat...

better komen dalam keadaan beremosi daripada tunjuk kunun2 pandai dan berilmu tapi bak kata org nogoi..bobal tak sudah...

Salam Abu Hakim @ Abu Hannan,

Saya harap saudara tidak emosi seperti mana saudara menyeru kepada orang lain supaya tidak beremosi ketika berhujah.

Saudara, saya tidak mahu memberi ulasan apa yang saya tidak tahu. Saya mengaku saya tidak tahu dan saya tidak mahu berlagak tahu atau berpura-pura tahu/pandai. Oleh sebab itu, apabila saya tidak membaca sendiri buku-buku yang saudara nyatakan itu, saya tidak mahu memberi ulasan kerana saya memang tidak tahu.

Saudara, saya tidak berniat berdebat dengan saudara kerana hasil perdebatan tidak membawa apa-apa hasil yang menguntungkan kerana selepas itu masing-masing akan tetap dengan pendirian masing-masing. Saya lebih suka jika kita berkongsi ilmu, bertukar-tukar pendapat, ikhlas dan saling menghormati pegangan masing-masing dengan tidak menyesatkan atau mengkafirkan orang lain yang menyembah tuhan yang sama dan bernubuwwah dengan Nabi yang sama atas nama Islam.

Berkenaan dengan sahabat Nabi saw, saya kira tidak semua sahabat Nabi saw itu maksum dan suci dari segala dosa kerana mereka juga manusia biasa.

Menurut pandangan saya, sahabat Nabi saw itu ada pelbagai kategori. Ada Sahabat yang benar-benar muslim dan mukmin, beriman dan sedia mngorbankan dirinya kepada Nabi saw dan menempati maqam/ martabat yang tinggi di sisi Allah swt. Ada juga sahabat yang pada kategori biasa-biasa sahaja (orang awam). Ada juga sahabat yang pada kategori "menzalimi diri sendiri" dengan berpura-pura beriman dan kembali menjadi kufur. Suka untuk saya berkongsi petikan ayat-ayat al-Quran ini sebagai renungan kepada kita semua untuk berfikir.

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman, kemudian mereka kafir, kemudian mereka beriman semula, kemudian mereka kafir sekali lagi, kemudian mereka bertambah-tambah lagi dengan kekufuran, Allah tidak sekali-kali akan memberi ampun kepada mereka, dan tidak akan memberi petunjuk hidayat kepada mereka ke jalan yang benar." (An-Nisa: 137)

"Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Dia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya." (al-Maidah:54)

"Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). Jika demikian, kalau dia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)? Dan (ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka dia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu)." (Ali-Imran:144)

"Bahawasanya orang-orang yang telah berpaling (melarikan diri) di antara kamu pada hari bertemu dua angkatan tentera (Islam dan kafir dalam perang Uhud) itu sesungguhnya mereka telah digelincirkan oleh Syaitan dengan sebab sebahagian dari perbuatan-perbuatan (yang salah) yang mereka telah lakukan (pada masa yang lalu) dan demi sesungguhnya Allah telah memaafkan mereka, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar.
Saudara, agama adalah untuk orang yang berakal. Oleh sebab itu, orang yang tidak mempunyai akal/gila tidak dipertanggungjawabkan di Hari Kemudian nanti." (Ali-Imran:155)

"Kamu juga akan dapati golongan-golongan yang lain (yang pura-pura Islam) supaya mereka beroleh aman dari pihak kamu dan (sebaliknya mereka melahirkan kekufurannya) supaya mereka beroleh aman dari pihak kaumnya (yang masih kafir). Tiap-tiap kali mereka diajak kepada fitnah (pencerobohan), mereka segera terjerumus ke dalamnya. Oleh itu, jika mereka tidak membiarkan kamu (dan terus mengganggu atau berpihak kepada musuh) dan (tidak pula) menawarkan perdamaian kepada kamu dan juga (tidak) menahan tangan mereka (daripada memerangi kamu), maka hendaklah kamu bertindak menawan mereka dan membunuh mereka di mana sahaja kamu menemuinya; kerana merekalah orang-orang yang Kami jadikan bagi kamu alasan yang terang nyata untuk bertindak terhadapnya." (An-Nisa: 91)

"Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap agama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya) dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik). Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. Mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman) dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang)." (An-Nisa:142)

Petikan ayat-ayat al-Quran ini menggambarkan sikap manusia-manusia yang berada di sekitar Nabi saw pada zamannya. Barangkali manusia-manusia yang mendakwa mereka sahabat nabi juga termasuk dalam golongan ini kerana sahabat nabi tidak maksum dan suci dari segala dosa. Mari renung-renungkan.

Saudara, izinkan saya untuk memetik kata-kata, "Agama adalah untuk orang berakal. Oleh sebab itu orang yang tidak berakal/gila tidak diperanggungjawabkan di Hari Kemudian nanti. Wslm

Salam gambate..

Nampaknya ang pun mmg pembaca setia blog ni jgk spt aku jgk..msti 24jam ang duk tgk ade ke x org komen dlm ni.=)

Jadi kalau bkn syiah,xperlulah sentuh ttg yazid atau sesiapa shj..

Yg ang ni msti xbaca dr awalkan,aku duk cabar semula pencinta keluarga nabi sbb dia duk bela syiah xsudah. Awat,ang pun xbrani nk ckp syiah sesat? Syiah scr umumnya..

Better beremosi?Ni la puak2 yg suka merosakkan ilmiah nya sesuatu perbincangan. Kalau pakai emosi,rasenye nabi pun bole debat dgn Quraisy tanpa Quran..

Ang kalau takut nak hujah pakai ilmu,elok diam. Atau kalau ang xsuka blog ni,xperlulah nk cadang suh tukar nama la,tutupla. Kalau dah xsuka ang xpayahla baca dh blog ni. Aku n beribu lg fans JTR suka blog ni.

Ada kesalahan "tambahan ayat" pada petikan surah ali-Imran ayat 155. Tambahan ayat ini tidak wujud dalam ayat tersebut iaitu "Saudara, agama adalah untuk orang yang berakal. Oleh sebab itu, orang yang tidak mempunyai akal/gila tidak dipertanggungjawabkan di Hari Kemudian nanti." Ayat ini sepatutnya di bahagian akhir tulisan saya. Maaf.

buat abu hakim yang bijak sana lagi tak beremosi..ang tgk skang ni sapa yang merosakan agama org yg terlebih ilmiah ka org cam aku? habaq mai sikit..adakah blog ni blog org yang cam aku atau cam hang yang terlebih2 ilmuanya? ..la ni apa dah jadi sebab terlebih ilmu?

ang ni tak baca ka apa yg sedari sumai tulis tu mengenai yazid dan persetujuan ASWJ...tula ang ni..cakap dan berlagak kunun2 banyak ilmu, petik hadis sana sini rujuk ustaz google.. kunun-kunun hebat..hahah betul cam pope, kata umat islam akhir zaman hanya menguasai al quran melalui tulisan dan penulisan bukan melalui hati..

yeka ang dan beribu yg lain..meminati..apa cerita kalau jejaki tinggalan rasul tapi mengWahabbykan diri apa kejadahya...hahah..abu hakim..abu hakim...

Salam..

Gambate,tula mslh bila ada mrk2 yg berhujah spt ang..ang sndiri pun gagal nk bawakan hujah daripada Quran dan hadis keatas ASWJ, pastu ang perlekeh bila aku bwk..

Ternyatalah ang ni peminat JTR jgk..sbb ang sgt amik brt..msti ang plg cpt reply komen kn..yup,mmg pun kami ni fans JTR..jadi ape mslhnya?mcm aku sebutla,kalo ang dah xsuke blog ni,ang bole baca blog len..xperlu komen kat sini lg dah..

Pencinta keluarga nabi,pertamanya sy dan juga Abu Hanan bukanlah org yg sama. Sy pun hanya mengikut melalui blog beliau shj.

Kedua,jika saudara sendiri tidak byk membaca ttg kitab syiah,tidak perlulah saudara meminta agar diberikan dari sumber kitab2 syiah sendiri utk memahami syiah. Krn permintaan saudara itu seolah2 saudara telah byk baca dari kitab syiah. Jika demikian,saudara lah yg berikan sumber kitab yg telah saudara baca utk menerangkan kpd kami siapa ASWJ disisi syiah.

Ketiga,mmg benar sahabat itu tidaklah maksum..begitu dgn imam2 syiah juga tidak maksum..hanya nabi yg maksum..namun disisi ulama hadis ASWJ,para sahabat kesemuanya adil dalam ilmu jarh wa ta'dil. Tiada siapa boleh mempertikaikan tsiqahnya mrk..

"Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) dari golongan muhajirin dan anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah ridha kepada mereka dan merekapun ridha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka surga-surga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya selama-lamanya. Mereka kekal di dalamnya. Itulah kemenangan yang besar." at-Taubah 100.

Sabda nabi s.a.w:
“Janganlah kalian mencela para sahabatku. Demi Zat yang jiwaku ada di tangan-Nya, kalau salah seorang dari kalian menginfakkan emas semisal gunung Uhud, niscaya tidak akan menyamai satu mud (infak) salah seorang dari mereka, dan tidak pula setengahnya.’” H.R. Bukhari (3470), Muslim (2541), Tirmidzi (3861)

“Abu Bakar di surga, Umar di surga, Utsman di surga, Ali di surga, Thalhah di surga, az-Zubair di surga, Abdurrahman bin Auf di surga, Sa’ad di surga, Sa’id di surga, dan Abu Ubaidah bin al-Jarrah di surga.” H.R. Abu Dawud (4649) dan Tirmidzi (3747)

“Sebaik-baik kurun (generasi) adalah kurunku (Sahabat) kemudian yang sesudahnya (Tabi‘in) kemudian yang sesudahnya (Tabi‘ut Tabi‘in).” H.R. Bukhari (2509), Muslim (2533), dan Tirmidzi (3859)

Dalil2 ini cukup utk membuktikan kepada kita sesungguhnya para sahabat sgt tinggi nilai dan darjatnya disisi Allah dan juga RasulNya.

sedare abu hakim..ang ni apara aku habaq lain ang kona kot len..apa bulih buat..ang kan terar..cerita kat sini..ang dh baca hbiskah screen short fb yg duk kat ataih tu?abu hannan print screen sekerat ja..

ang guna hujah mengenai sahabat nabi ya betui la tu aku sokong..tapi apa cer kalau kita mengkapiaq orang dengan menuduh org syiah? artikel ini jadi panas sebab screen short tu..apa pula dalil mengaibkan org?
tujah sana tujah sini..

cuma sedikit renungan la buat hang yang hebat..aku tak hebat mana pun..kita jangan duk dengaq dari satu pehak ja..ang ikut JTR ang kata depa ni sume syiah..ang ada tanya depa kenapa depa kata lagu tu?

"Dan janganlah kamu mengikut sesuatu yang kamu tidak ketahui kerana Sesungguhnya pendengaran kamu, penglihatan kamu dan hati kamu semuanya akan ditanya dan dipersoalkan."
(Surah Al-Isra : 36)

Apabila disebut nama Muawiyah bin Abi Sufyan radhiallahu 'anh, ia lazimnya dikaitkan dengan tiga peristiwa sejarah yang buruk. Pertama adalah Perang Siffin, kedua adalah tindakan Muawiyah melantik anaknya sendiri – Yazid bin Muawiyah – menjadi khalifah yang menggantinya dan ketiga adalah penglibatan Muawiyah dalam pembunuhan Hasan bin Ali radhiallahu 'anh. Dalam artikel sebelumnya, kita telah meneliti pendirian Muawiyah di sebalik Perang Siffin. Maka dalam artikel ini insya-Allah, kita akan meneliti pendirian Muawiyah di sebalik perlantikan Yazid dan pembunuhan Hasan.

Perlantikan Hasan bin Ali sebagai khalifah.

Apabila Ali bin Abi Thalib radhiallahu 'anh dibunuh, orang ramai melantik anaknya Hasan sebagai khalifah yang baru. Ali tidak mewasiatkan sesiapa jua untuk menjadi penggantinya sebagaimana Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam juga tidak mewasiatkan sesiapa menjadi pengganti baginda. Al-Imam al-Baihaqi rahimahullah (458H) meriwayatkan bahawa orang meminta kepada Ali:

“Lantiklah pengganti ke atas kami!”

Ali menjawab: “Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tidak melantik seorang pengganti (maka aku tidak akan menyelisihi sunnah sedemikian). Akan tetapi jika Allah mengkehendaki kebaikan kepada manusia, Allah akan mengumpul mereka sesudah aku di atas kebaikan mereka (sendiri) sebagaimana Allah telah mengumpul mereka (para sahabat) sesudah Nabi mereka shallallahu 'alaihi wasallam di atas kebaikan mereka (sendiri).” [al-Sunan al-Kubra (diteliti oleh Muhammad ‘Abd al-Qadir ‘Atha’; Dar al-Kutub al-Ilmiah, Beirut, 1999), riwayat no: 16573]

Maksudnya, apabila masyarakat itu baik, maka kebaikan mereka secara tersendiri akan melahirkan seorang pemimpin yang baik ke atas mereka. Sebaliknya apabila masyarakat itu buruk, maka keburukan mereka secara tersendiri akan melahirkan pemimpin yang buruk ke atas mereka. Demikian peraturan Allah (sunnatullah) kepada manusia di mukabumi ini.

Tindakan Ali yang tidak melantik seorang pengganti dan menyandarkan tindakannya itu ke atas sunnah Rasulullah membatalkan dakwaan Syi‘ah kononnya baginda telah melantik Ali sebagai khalifah pengganti ke atas umat Islam. Adapun ayat-ayat al-Qur’an dan hadis-hadis Rasulullah yang dijadikan dalil kekhalifahan Ali oleh Syi‘ah, semuanya adalah melalui takwilan yang batil.

Hasan menyerahkan jawatan khalifah kepada Muawiyah.

Sekalipun orang ramai melantik Hasan sebagai khalifah yang menggantikan ayahnya, Hasan lebih mengingini kemaslahatan dan persatuan umat Islam daripada jawatan tersebut. Pada saat itu umat Islam masih berselisih kerana para pembunuh Usman ibn Affan radhiallahu 'anh masih belum ditangkap. Hasan ingin menutup perselisihan ini. Pada pengamatan beliau, hal ini hanya mampu dicapai jika jawatan khalifah diserahkan kepada Muawiyah. Maka tanpa berbelah bahagi Hasan menyerahkan jawatan khalifah kepada Muawiyah dan kemudian membai‘ah Muawiyah sebagai khalifah umat Islam yang baru. Tindakan Hasan ini memiliki beberapa kepentingan:

Pertama: Ia menunjukkan kemuliaan tak tertanding yang dimiliki oleh Hasan bin Ali. Beliau lebih mencintai apa yang baik untuk umat Islam melebihi segala-galanya.

Kedua: Ia membenarkan sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang pada masa hidupnya telah bersabda di atas mimbar sambil mendukung Hasan yang ketika itu masih kecil:

“Sesungguhnya cucuku ini adalah Sayyid, semoga Allah mendamaikan dengannya dua kumpulan umat Islam yang sedang berselisih.” [Shahih al-Bukhari – hadis no: 3629]

al-Qadhi Ibn al-‘Arabi mengulas dua kepentingan di atas:

“…Hasan lebih berhak daripada Muawiyah dan orang-orang yang lain (untuk jawatan khalifah). Beliau memiliki sifat-sifat seperti ayahnya, iaitu mengajak kumpulan yang berselisih kepada kebenaran dan ketaatan. Maka (bagi Hasan) perdamaian diberi kepentingan (priority) dan semua masalah lain diketepikan. Ini semua adalah untuk menghindari pertumpahan darah di kalangan umat Islam dan membenarkan sabda Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bahawa Hasan adalah seorang juru damai.” [al-‘Awashim min al-Qawashim, ms. 206-207].

Ketiga: Ia membuktikan bahawa Muawiyah bukanlah musuh atau pemberontak. Ini kerana jika Muawiyah adalah musuh atau pemberontak, yang menjadi wajib adalah perang dan bukannya perdamaian. Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah menerangkan:

“Ini menunjukkan bahawa mendamaikan antara dua kumpulan adalah baik dan terpuji, dicintai oleh Allah dan Rasul-Nya. Apa yang dilakukan oleh Hasan adalah daripada keutamaan beliau yang amat agung dan kedudukannya yang dipuji oleh Nabi shallallahu 'alaihi wasallam. Seandainya perang adalah wajib atau disunatkan, nescaya Nabi shallallahu 'alaihi wasallam tidak akan memuji sesiapa jua yang meninggalkan kewajipan atau kesunatan tersebut.” [Minhaj al-Sunnah, jld. 4, ms. 531-532]

Keempat: Ia membuktikan bahawa Syi‘ah bukanlah pendukung Hasan secara khusus dan Ahl al-Bait secara umum. Ini kerana jika mereka adalah pendukung yang sebenar, pasti mereka rela ke atas tindakan Hasan yang menyerahkan jawatan khalifah kepada Muawiyah. Namun riwayat-riwayat sejarah menunjukkan mereka amat marah dan benci kepada Hasan atas tindakannya itu. Malah dalam sebahagian kitab mereka, Husain lebih diberi keutamaan berbanding Hasan.

Muawiyah seorang pemerintah yang cemerlang.

Dalam artikel sebelumnya, kita dapat mengenal bahawa Muawiyah bukanlah calang-calang orang, tetapi seorang sahabat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang memiliki banyak keutamaan. Pernah seorang lelaki bertanya kepada al-Mu‘afi bin Imran rahimahullah:

“Wahai Abu Mas‘ud (gelaran al-Mu‘afi)! Bagaimana kedudukan Umar bin Abdul Aziz berbanding Muawiyah bin Abi Sufyan?” al-Mu‘afi menjadi amat marah mendengar soalan tersebut, lantas menjawab: “Para sahabat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tidak dapat dibandingkan dengan sesiapa jua. Muawiyah adalah seorang sahabat (Rasulullah), ipar baginda, jurutulis baginda dan kepercayaan baginda dalam menulis wahyu Allah.” [Diriwayatkan oleh al-Imam al-Khatib al-Baghdadi (463H) di dalam Tarikh Madinah al-Salam (diteliti oleh Basyar ‘Awwad Ma’ruf; Dar al-Gharb al-Islami, 2001), jld. 1, ms. 577]

Muawiyah juga memiliki satu keutamaan yang khusus, iaitu beliau memiliki ciri-ciri kepimpinan (leadership qualities) yang amat baik. Di atas ciri-ciri inilah beliau dapat memerintah negara Islam pada zamannya dengan penuh kecemerlangan, keadilan, kemakmuran dan kekuatan. Ciri-ciri ini dipersaksikan oleh para sahabat yang lain. Di antaranya ialah Abdullah ibn Abbas radhiallahu 'anh dimana beliau pernah berkata:

“Belum pernah aku melihat orang yang lebih istimewa dalam pemerintahannya selain Muawiyah.” [Diriwayatkan oleh al-Imam ‘Abd al-Razzaq (211H) di dalam al-Musannaf (diteliti oleh Habib al-Rahman al-‘Azhami; al-Maktab al-Islami, Beirut, 1983),riwayat no: 20985]

Abdullah ibn Umar radhiallahu 'anh turut berkata:

“Tidak pernah aku melihat seorang jua selepas Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang lebih bijak kepimpinannya selain Muawiyah.”

Orang bertanya: “Tidak juga Abu Bakar al-Siddiq?”

Ibn Umar menjawab: “Tidak juga Abu Bakar al-Siddiq akan tetapi Abu Bakar adalah lebih baik daripada beliau (dalam sudut-sudut yang lain).

Orang bertanya lagi: “Tidak juga Umar?”

Ibn Umar menjawab: “Tidak juga Umar akan tetapi Umar adalah lebih baik daripada beliau (dalam sudut-sudut yang lain).”[Diriwayatkan oleh al-Imam Ibn Asakir (571H) di dalam Tarikh Dimashq al-Kubra (diteliti oleh ‘Ali ‘Asyur; Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi, Beirut, 2001), jld. 62, ms. 120]

Qabishah bin Jabir rahimahullah berkata:

“Belum pernah aku melihat orang yang lebih agung kesantunannya, lebih besar kemuliaannya dan lebih lembah lembut pemerintahannya melainkan Muawiyah.” [Tarikh Dimashq al-Kubra, jld. 62, ms. 123].

Bahkan Mujahid rahimahullah pernah berkata:

“Seandainya kalian melihat Muawiyah, nescaya kalian akan mengatakan: Inilah Mahdi!” [Tarikh Dimashq al-Kubra, jld. 62, ms. 119]

Terdapat banyak keterangan daripada para sahabat dan para tokoh daripada zaman selepas para sahabat berkenaan kecemerlangan pemerintahan Muawiyah, sehingga berkata Syaikh Muhib al-Din al-Khatib rahimahullah:

“Di antara perkara yang perlu dikaji berkenaan sejarah Arab dan Islam adalah untuk mengetahui bahawa Muawiyah mempelopori kepimpinan, kepanglimaan dan pembentukan hukum.” [catitan notakaki kepada al-‘Awashim min al-Qawashim, ms. 211]

Mengenali kecemerlangan pemerintahan Muawiyah adalah penting kerana ia membentuk dasar kepada pengajian kita tentang sejarah pemerintahan beliau. Sebelum ini, kebanyakan umat Islam hanya mengenali Muawiyah sebagai seorang yang jahat lagi tercela, hasil daripada pengaruh Syi‘ah. Semua ini menyebabkan mereka membaca sejarah pemerintahan beliau dengan mindset yang negatif. Kini, kita akan mengkaji semula sejarah pemerintahan beliau dengan mindset yang positif.

Pendirian Muawiyah di sebalik perlantikan Yazid.

Sejarah versi Syi‘ah mencela Muawiyah kerana telah menyerahkan jawatan khalifah kepada anaknya Yazid. Penyerahan ini, menurut Syi‘ah, membuktikan bahawa Muawiyah bukanlah pemerintah yang adil. Bahkan ia membuktikan Muawiyah tamak kepada jawatan tersebut dan enggan melepaskannya kecuali kepada keturunannya sendiri.

Adapun di sisi Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah, tindakan Muawiyah tidak lain adalah kerana kemaslahatan yang ingin beliau berikan kepada seluruh umat Islam. Al-Allamah Ibn Khaldun rahimahullah (808H) menerangkan kemaslahatan ini:

“Seorang imam tidak sewajarnya dicurigai meskipun dia telah melantik ayah atau puteranya sendiri sebagai penggantinya. Dia telah dipertanggungjawabkan untuk menguruskan kebajikan kaum muslimin selagi dia masih hidup. Lebih daripada itu dia bertanggungjawab untuk membasmi, semasa hidupnya (kemungkinan mewabaknya perkara-perkara yang tidak diingini) setelah kematiannya …. Malah, dia tidak harus sama sekalinya dicurigai dalam apa jua hal pun. Lebih-lebih lagi sekiranya ada alasan (untuk melantik seorang pengganti itu), seperti keinginannya untuk meningkatkan kepentingan umum, atau kekhuatiran akan terjadinya suatu malapetaka (sekiranya tidak dilantik seorang pengganti), oleh itu meragui seorang imam itu adalah bukan persoalannya.

Hal yang sedemikian sebagai satu contoh adalah sebagaimana yang berlaku apabila Muawiyah melantik puteranya, Yazid. Tindakan itu diambil dengan persetujuan rakyat dan, dengan kerana itu, dengan sendirinya menjadi satu bahan hujah kepada persoalan yang dibincangkan. Akan tetapi, Muawiyah sendiri bersikap lebih menyokong puteranya Yazid berbanding dengan bakal penggantinya yang lain. Sebabnya ialah, dia lebih menitikberatkan kepentingan umum yang menghendaki adanya perpaduan dan harmoni di kalangan masyarakat itu, kerana orang yang menerajui kuasa eksekutif, iaitu Bani Umayyah, pada waktu itu bersetuju melantik Yazid.

Tidak ada motif yang lainnya daripada Muawiyah. Hemahnya yang tinggi dan hakikat bahawa dia merupakan salah seorang daripada sahabat-sahabat Nabi mencegah keterangan yang lain-lainnya. Fakta bahawa dia sering datang kepada para sahabat terkemuka, untuk dimintai nasihat, dan kenyataan bahawa mereka tidak memberikan pendapat (yang bertentangan) merupakan bukti tidak adanya kecurigaan atas dirinya. Mereka (para sahabat) tidak termasuk orang gegabah yang mengambil keputusan dalam masalah kebenaran, dan demikian pula Muawiyah tidak mudah seenaknya menerima kebenaran. Mereka mempunyai peranan masing-masing dalam masalah ini, dan keadilan mereka menahan diri mereka untuk bertindak sewenang-wenangnya.” [Muqaddimah (edisi terjemahan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1995), ms. 229-230]

Demikian penjelasan Ibn Khaldun. Sebelum beralih kepada penelitian seterusnya, ingin saya menarik perhatian para pembaca sekalian kepada satu fakta menarik. Kita perhatikan Syi‘ah mencela Muawiyah kerana menjadikan jawatan khalifah sesuatu yang diwarisi oleh keturunannya. Bukankah pada waktu yang sama Syi‘ah juga menjadikan jawatan khalifah sesuatu yang diwarisi oleh keturunan, iaitu keturunan Ahl al-Bait Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam? Yang dapat kita katakan adalah, celaan Syi‘ah ke atas tindakan Muawiyah berbalik menjadi celaan ke atas diri mereka sendiri.

Pendirian Muawiyah di sebalik pembunuhan Hasan.

Apabila ditanya kepada orang ramai, siapakah yang membunuh Hasan? Pasti mereka menjawab “Muawiyah”. Malah mereka mampu memperincikannya, konon Muawiyah telah merasuah isteri Hasan untuk meracuni suaminya. Sebagai ganjaran, isteri tersebut akan diberi sejumlah bayaran wang dan dikahwinkan dengan Yazid bin Muawiyah. Demikianlah kemasyhuran sejarah versi Syi‘ah sehingga orang ramai menganggapnya sebagai satu peristiwa yang benar-benar berlaku.

Yang benar adalah, tidak ada apa-apa bukti untuk menuduh mahupun mengaitkan Muawiyah dengan peristiwa pembunuhan Hasan. Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah menegaskan:

“Dan adapun pendapat: “Sesungguhnya Muawiyah meracuni Hasan”, maka ia adalah daripada perkara yang disebut-sebut oleh sebahagian orang, padahal tidaklah tuduhan yang sedemikian sabit daripada penjelasan syari‘at atau pengakuan orang yang muktabar dan tidak juga dinukil secara tegas berkenaannya. Dan ia adalah daripada sesuatu yang tidak mungkin berdasarkan ilmu, maka berkata dengannya adalah perkataan yang berdiri tanpa ilmu.” [Minhaj al-Sunnah, jld. 5, ms. 469]

Paling kurang terdapat tiga sebab kenapa dikatakan “ia adalah daripada sesuatu yang tidak mungkin berdasarkan ilmu”.

Pertama: Muawiyah sendiri pada asalnya tidak pernah memandang Hasan sebagai persaingan dalam jawatan khalifah. Beliau mengenali Hasan sebagai seorang insan yang memiliki pelbagai ciri-ciri mulia. Antara ciri mulia tersebut adalah Hasan sanggup menyerahkan jawatan khalifah kepadanya (Muawiyah) demi kemaslahatan umat Islam dan beliau tidak memiliki hasrat untuk merebutnya kembali. Muawiyah mengetahui bahawa Hasan berpegang teguh kepada sabda datuknya shallallahu 'alaihi wasallam:

“Sesungguhnya cucuku ini adalah Sayyid, semoga Allah mendamaikan dengannya dua kumpulan umat Islam yang sedang berselisih.” [Shahih al-Bukhari – hadis no: 3629]

Kedua: Jika Hasan adalah persaingan kepada Muawiyah, maka “membasmi” persaingan politik bukanlah merupakan tindak-tanduk seorang pemerintah yang cemerlang. Ia hanya akan menimbulkan rusuhan daripada masyarakat dan ini akhirnya akan memberi natijah yang buruk kepada pemerintah itu sendiri. Oleh itu seandainya Hasan menjadi persaingan kepada Muawiyah, pasti beliau akan bermusyawarah dengannya dalam mencari jalan keluar yang terbaik kepada agama, umat dan negara.

Ketiga: Cerita kononnya “Muawiyah merasuah isteri Hasan untuk meracuni suaminya” bukan sahaja merupakan fitnah ke atas Muawiyah tetapi juga ke atas Hasan. Ini kerana cerita tersebut menunjukkan seolah-olah Hasan telah memilih seorang isteri yang fasiq dan tidak prihatin ke atas tindak-tanduk isterinya yang sanggup menerima rasuah untuk meracuni dirinya. Hal ini sungguh tidak mungkin berlaku ke atas Hasan yang memiliki keimanan yang jitu, ketaqwaan yang teguh, keilmuan yang tinggi, wawasan yang luas dan kemuliaan yang tidak tertanding. Justeru Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah bukan sahaja menolak cerita “Muawiyah merasuah isteri Hasan untuk meracuni suaminya” dalam rangka membersihkan nama Muawiyah tetapi juga dalam rangka membersihkan nama Hasan. Pada waktu yang sama dapat juga kita perhatikan bahawa dalam rangka Syi‘ah membuat fitnah ke atas Muawiyah, mereka juga membuat fitnah yang tersembunyi yang lebih berbisa ke atas Hasan.

Dengan itu tinggal satu persoalan, siapakah yang meracuni Hasan? Apabila tidak ada bukti yang kukuh dalam persoalan ini, Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah menahan diri daripada menuduh sesiapa. Seorang penjenayah mungkin terlepas di dunia tetapi dia tidak akan terlepas di Akhirat. Andai kata dibolehkan membuat tuduhan, maka pihak yang paling layak menjadi suspect ialah orang-orang Syiah itu sendiri. Ini kerana tidak ada sesiapa jua yang lebih benci dan marah ke atas Hasan disebabkan tindakannya menyerahkan jawatan khalifah kepada Muawiyah melainkan orang-orang Syi‘ah itu sendiri.

punya akal maka berfikirlah..bukan sibuk nak menghentam orang sana sini..dengan dalil dan hujah tanpa solusi...wallahualam..

Asalamualaikum dan salam untuk semua yang ada.Ni tok ayah nak cakap sikit la kat cucu cicit tok ayah dekat sini.bergaduh sana bergaduh sini dah macam bangsa takdak agama.mai tok ayah nak ghoyak sepatah dua kat demo semua.awat mengaji tinggi sangat sampai tanah arab sana hangpa ingat boleh ka nak tuduh org senang-senang.oh!hangpa kata ulamak pun buat mcm ni?ulamak pun sebut nama ulamak lain tapi ulamak yang kena sebut tu ok saja?hangpa kata ulamak pun tuduh sesama ulamak untuk bagi contoh kat org ramai?la ni makna kata hangpa nak kata yang ulamak pun buat benda macam ni sebab x sama pendapat?sapadia ajaq hangpa semua ni?tok guru hangpa kat universiti tanah arab tu ajaq suruh bagi malu org mcm ni ka?tok ayah mengaji pondok atap nipah ja pun takdak aircond macam hangpa la ni tapi tok guru tok ayah dulu takdak pulak tuduh orang sana sini.mai tok ayah nak tanya sepatah dua kat hanqpa kot boleh jawab.
-hangpa dok kata ulamak pun sebut nama ulamak lain betoi?haaa la ni tok ayah nak tanya kat hangpa, hangpa ni ulamak ka?tinggi sangat ka mengaji sampai nak tuduh orang?ka hangpa ni perasan ulamak?hangpa ingt pi mengaji sampai tanah arab lepaih tu balik boleh jadi ulamak ka?dah duduk tanah arab sana tak balik sini pun dah fitnah orang merata elok la hangpa toksah balik,manusia macam hangpa ni la dok bagi rosak masyarakat.
-tau kasyaf?hangpa kasyaf ka sampai tau org tu syiah org tu wahabi org tu jahat org ni baik?hangpa tau ka kasyaf benda apa?kalau tau kasyaf hangpa kena tau pulak kasyaf kecik macam mana, kasyaf tinggi macam mana?tok-tok wali yang ada zaman dulu pun tak buat kerja mcm hangpa ni.pi tanya tok guru serban besaq hangpa,tau dak kasyaf tu apa?kalau taktau hangpa balik mengaji mai kat pondok kat kedah ni.
-hangpa oghang muda jangan la dok buat kerja busuk macamni sebab buat malu ja kat tok ayah yang tua ni.tok ayah masuk sini pun sebab ada sahabat tok ayah yang cerita kata hangpa ni tuduh dia macam-macam kat sini.awat hangpa baik sangat dah ka yang buat macam ni?ingat la taik sama busuk takdak sapa pun taik bau wangi.lain kali nak tuduh orang tengok dulu diri tu.
-ilmu tok ayah tak tinggi macam hangpa tapi bawak beringat la dunia ni kecik saja.hangpa nak duduk ataih dunia ni tak lama pun.tok ayah kalau mati esok-esok pun takpa sebab memang dah tua tapi hangpa ni bawak la perangai elok-elok.
-hangpa mengaji kat jordan ka?anak saudara tok ayah pun ada dok kerja kedutaan sana.lagu ni la tok ayah nak habaq kalau hangpa tak buang jugak cerita jahat ni hangpa jangan tekejut kalau ada orang kedutaan mai cari hangpa kat tempat hangpa belajaq.muka tuan blog ni tok ayah simpan dah.senang orang kedutaan nak pi cari.bukan nak buat apa pun tapi saja nak kenai dengan tuan blog ni.dunia ni kecik saja jgn dok ingat hangpa duduk jordan takdak orang boleh kawal hangpa.
-satu lagi tok ayah nak pesan kalau ada org kedutaan mai cari hangpa cakap elok-elok dengan dia hangpa buat apa.hangpa dok cakap pandai sangat satgi takut-takut hangpa takdan habih mengaji dah kena hantaq balik mai kampung.hangpa jangan ingat hangpa pandai sangat satgi takut ketaq lutut kot kena jumpa pegawai kedutaan.tok ayah bukan nak ugut tapi nak ajaq hangpa sikit yang dunia ni kecik sangat.toksah dok besaq diri la nak duduk mana-mana pun.sahabat tok ayah kena tuduh,hangpa jangan ingat tok ayah nak tengok saja.hangpa tuduh silap orang.silap orang!hangpa main dengan api hangpa sedia la rasa panas.24 jam hangpa tak buang cerita ni hangpa kenai la sapa tok ayah yang dok menulih ni.elok hangpa buang sebab lagi elok hangpa tak kenai tok ayah.
-apadia?hangpa kata pandai ka tok ayah main blog semua ni.tok ayah pun reti main benda ni dah kalau sahabat tok ayah kena tuduh.

salam kepada semua pengomentar di atas, saya rasa dengan membuang gambar di atas dan menukar kepada gambar lain adalah jln terbaik untuk menghentikan semua pergaduhan ini. Saya ingin memohon maaf jika posting ini terdapat unsur-unsur fitnah. Jadi lebih baik saya membuang gambar di atas dan diganti dengan yang terbaru itu...

Apapun mesej yg ingin saya smpaikan adalah seperti di post terbaru saya yang di tulis Ust hasrizal.

Semoga dengan tindakan saya itu boleh memuaskan hati semua pihak. Saya dengan rasa rendah diri mohon maaf jika apa yg terjadi mengguris mana-mana pihak, dan saya berharap agar mesej yg ingin disampaikan dlm post ini dapat kita uar-uarkan bersama klu kita benar2 bencikan permusuhan.

Terima kasih sekali lgi kerana melengkapkan pengalamn dakwah saya yang tidak selalunya tenang... Wassalam.. Saya juga adalah pencinta ahlul bayt dan Semua Sahabat R. Anhum... =)

Salam gambate..

Aku xckp pun aku pandai..cumanya aku lbh suka kalo ang hujah dgn lbh berilmiah mcmni..

Yup,aku sokong pe yg ang ckp tu 100%..seharusnya kita sbg ASWJ yg mencintai keluarga nabi dan kesemua sahabat baginda s.a.w tanpa memilih2,perlulah kita pertahankan sahabat2 yg teraniaya ni dgn mengislahkan kembali sejarah yg telah pun tercemar.

Ttg yg ang kata punca artikel ni jd panas tu,bile aku bkk blog ni td,aku tgk tuan blog ni dah pun remove gambar yg menjadi kontroversi tu..eloklah tu..dia pun dah keluarkan statement maaf dia..baguihla..jadi aku rasa lps ni xtimbul dah isu ni,cumanya kita sbg muslim yg mengikut sunnah nabi,dan bermazhab ASWJ perlulah bersama-sama berganding bahu mempertahankan sahabat habis-habisan drpd terus dikecam ataupun dipersalahkan. apa kata ang gambate?


Tok ayah,seharusnya sbg org yg lbh tua sy rasa perlulah tok ayah menasihati yg muda dgn lbh berhikmah dan mendamaikan dua belah pihak yg bergaduh ni. Ya,mungkin tok ayah ramai kenai org pangkat besar2, tp rasenye xperlu kot ckp mcm tu kt dia. xsmpat hbs ngaji la,jmpe duta la. Sbb saya rasa mrk ni sama2 brsemangat tinggi utk belajar dan mengkaji. Kita bagilah sokongan. Bukan menyekat atau menakutkan2 mrk. Jika mrk tersilap, tok ayah yg terlbh dlu mkn gula ni,tegurlah mrk baik2. Sy pasti mrk akn dgr kata org tua. Allah itu sebaik2 tempat utk ditakuti.

Sekadar itu shj padangan sy sbg org luar. Sy bukanlah mahu mencampuri apa yg telah sedia ribut ni. Tapi melihatkan apa yg telah dikatakan oleh tok ayah,sy rasa terpanggil utk komen skali. Maafkan sy sekiranya pendapat sy ni mengguris hati org tua tok ayah.

Semoga Allah memberikan kebaikan kpd kita semua ASWJ.

wa`alaikummusalam sedare abu hakim
salam perpaduan buat sedare-sedare pengomentar serta empunya blog ini...

abu hakim yang dikasihi..sbnarnya aku bukn hirau sgt pasai artikel abu hannan ni..tapi aku tersgtlh berdukacita mengnai perbalahan angpa suma ni..angpa suma ni hebat-hebat, ilmu cukup tinggi tapi dek kerna ego yg lg tinggi dari ilmu maka ujudlah perselisihan faham pada angpa suma. angpa sedaq tak? angpa sume ni telah di tertawakan oleh "mereka"

udah-udah la lepaih ni..toksah duk hinggaq nak tulis pasai menda-menda ni jika ada niat. nk kata org ni kapiaq org tu kapiaq..buang masa ja..bersatulah di bawah panji-panji islam..
jika angpa berselisih paham kembali la kepada al quran dan hadist seperti yg dirakamkan didalam al quran:

"Kemudian jika kamu berselisih tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al-Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya." (An-Nisa': 59)

tak gitu abu hakim?

aku rasa sgt gmbira bila abu hannan bukan abu hakim..menrik kembali gambaq yg penuh dgn unsur-unsur fitnah dan perblahan..tahniah di ucapkan kerana ang berani meminta maaf dgn merendah kan sdikit egois ang..

aku paham apa yang ang nak habaq..tapi cara ang krg tepat.dan krng berhkmah..hang terjah tak kena tempat.

Firman Allah yang bermaksud: "Serulah ke jalan Tuhanmu dengan HIKMAH dan memberi peringatan yang BAIK dan berhujahlah dengan mereka melalui kata-kata yang baik." (al-Nahl: 125)

semoga next time ang perkemaskan lagi skill dan cara ang berdakwah no...baru la ang leh maintain nama JTR..jangan mara no aku bergurau kasaq..

buat pakcik kedah..ku minta maaf la sebab pa kami duk hinggaq lagu ni..bukan apa biasa la darah muda..mendidih tak kira masa..tenkiu sebab pakcik kedah sudi memberi pndangan..iAllah akan kami suma gunakan untuk masa hadapan..

kepada yg terasa hati dgn komen dan gurauan yang aku utarakan..aku mintak maaf no, abu hakim terutamanya..cam ang kata la 'radd'.. apa pun salam perpaduan salam keamanan..salam ukhwahjihadufisabilillah buat semua..

Salam Abu Hakim, Abu Hannan dan pembaca blog JTR..

Saya telah memberikan hujah akal berkenaan Republik Islam Iran iaitu Syiah tidak memerangi Sunni tetapi Syiah hanya memerangi WAHABI yang radikal dalam menghukum.

Saya tidak mahu berdebat kerana saya pasti tiada hasilnya kerana selepas dari itu kita masih akan tetap dengan pendirian masing2.

Cuma, sebagai saudara dalam Islam, saya ingin menyeru kepada rakan-rakan semua supaya memahami Syiah dalam perspektif Syiah dengan membaca sendiri sumber dari aliran ini supaya berlaku adil, objektif dan mengelak berlakunya salah faham.

Seperti kata Abu Hakim, para Imam Ahlul Bayt tidak maksum, itu adalah satu kekeliruan [yang saya rasa beliau mendapat maklumat itu, bukan dari sumber syiah] kerana menurut sumber dari Syiah berserta dengan hujah2 mereka, para Imam 12 Ahlul Bayt as dengan imam terakhir adalah Imam Mahdi aj yang memimpin dunia pada zaman ini, semua para Imam as ini adalah Maksum dan suci dari segala dosa kerana manusia yang memimpin dan membawa agama Allah swt, manusia itu harus dilantik oleh Allah swt sendiri bukan dilantik oleh manusia kerana Islam milik mutlak Allah swt dan bukan milik manusia.

Apabila yang memimpin dan membawa Islam adalah manusia suci dari segala dosa yang dilantik oleh Allah swt, maka Islam akan terus cemerlang, menawan dunia dan membawa kebahagiaan di dunia dan akhirat. Tetapi apabila manusia yang tidak dilantik oleh Allah swt tetapi dilantik oleh manusia untuk membawa dan memimpin agama Allah iaitu Islam, maka itu adalah satu ketidakadilan terhadap agama Allah swt yang menimbulkan kekeliruan besar.

Sekali lagi saya ingin sebutkan, jika kita memahami syiah dalam perspektif sunni dan begitu juga sebaliknya, itu adalah satu ketidakadilan dan kesalahan dalam menilai ilmu. Fahamilah syiah dari sumber syiah dan fahamilah sunni dari sumber sunni. Wslm.

tapikan setelah saya teliti mendapati syiah ni sesat yang nyata apa pendapat pencinta keluarga nabi?

Syiah tidak pernah memerangi Sunni atau menyesatkan Sunni.

Harakahdaily memetik kenyataan Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Sayyid Ali Khamanei yang menyeru perpaduan Sunni-Syiah. Baca di http://harakahdaily.net/en/index.php?option=com_content&view=article&id=986:iranian-leader-urges-sunni-shia-unity&catid=37:world&Itemid=59

Carmilla, adakah Syiah sesat kerana mereka mengikuti ajaran yang dibawa oleh keluarga Nabi saw? Berpegang dengan al-Quran dan Itrah Nabi saw? Entah, saya tidak tahu apa yang sesatnya.

Sila baca http://english.aljazeera.net/news/middleeast/2010/06/201062074140996374.html dan http://english.aljazeera.net/news/middleeast/2010/07/201071518824599686.html

Nah, sekarang siapa serang siapa? Syiah serang Sunni atau Sunni serang Syiah? Bukankah al-Qaeda dan Jundullah adalah gerakan yang berfahaman Wahabi/Salafi yang mereka mendakwa mereka juga adalah dari ASWJ.

Sekali lagi, Syiah tidak pernah menyerang Sunni atau menyesatkan Sunni.

Salam pencinta keluarga nabi..

Saya berasa hairan krn saudara tlh memetik ayat al-Quran bahawa para sahabat tidak maksum,hanya nabi s.a.w shj yg maksum. Lalu anda menyatakan pula bahawa imam 12 itu maksum. Sememangnya saya nyatakan ini bukanlah disebabkan kekeliruan,tetapi saya tetap berpegang bahawa tiada manusia yg maksum melainkan nabi s.a.w.

Saudara berkali2 menyuruh agar kami ASWJ memahami kamu (Syiah) dgn merujuk dgn sumber syiah sendiri. Agar kami berlaku adil keatas kamu. Adakah kami juga perlu memahami dan membaca sendiri sumber dari Kristian,Yahudi,ajaran Ayah Pin?Jika bimbang tidak berlaku adil.

Saudara..kami ASWJ juga mencintai nabi s.a.w serta keluarganya. Tetapi kami juga mencintai para sahabatnya. Abu Bakar, Umar, Usman, Ali r.a juga kami cintai. Ummu al-Mukminin Aisyah r.a juga kami cintai krn beliau juga keluarga nabi s.a.w. Itulah yg membezakan kami dan kamu. Dan byk lagi perbezaan yg lain.

Sehingga kini saudara tidak membawakan kpd kami kenyataan Syiah dari sumber kamu bahawa al-Quran tidak ditahrif, sebahagian besar sahabat nabi s.a.w tidak kafir, ASWJ diiktiraf disisi Syiah.

"Tunjukkanlah bukti kebenaranmu jika kamu adalah orang yang benar" al-Baqarah.

buat pencinta keluarga nabi..terima kasih buat jawapan yang telah anda sampaikan..saya setuju syiah memang tidak menyesatkan sunni.tetapi bagaimana pula dengan ritual-ritual mereka..tidakah ia bertentangan dengan hukum kezaliman?

bagaimana pula dengan sikap mereka yang taksub dengan saidina ali r.a semata..anda pernah mendengar mereka membaca doa qunut? bagaimana pula dengan laungan azan mereka? saya sertakan link kepada anda untuk menjawab kenyataan ini.:

http://www.youtube.com/watch?v=7ErXCKPHh6k&feature=related

beberapa para ahli turut menolak syiah..apakah pandangan saudara pencinta keluarga nabi?saya sertakan linknya sekali:

http://www.youtube.com/watch?v=EyK3Dk6Rqw0

apa yang saya lihat puak syiah menolak kebanyakan sahabat yang lain..mereka hanya mengangkat saidina ali r.a..boleh kan perkara ini berlaku? sedangkan menghina sahabat nabi s.a.w pun kita tidak dibenarkan..apakah lagi menolak.

Rasulullah saw. lalu bersabda: Janganlah kamu mencaci-maki seorang pun dari para sahabatku. Sekalipun salah seorang kamu membelanjakan emas sebesar gunung Uhud, hal itu tidak dapat menandingi satu bahkan setengah mud (1 mud=543 gram) salah seorang mereka (riwayat sahih Muslim)

apa pandangan saudara pencinta keluarga nabi?

Abu Hakim dan Carmilla,
Saya rasa kamu berdua belum pernah membaca sumber dari Syiah kerana seolah-olah kamu berdua tidak mengetahui apa-apa pun selain tuduhan-tuduhan yang dilemparkan disebabkan ketidaktahuan kalian. Jika kalian adalah pencari kebenaran seperti yang kalian mohon "Tunjukkan kami jalan yang lurus", saya menjemput kamu berdua untuk membaca sumber dari Syiah untuk memahami Syiah dan ajarannya yang berpegang dengan al-Quran dan Itrah Nabi saw seperti yang termaktub dalam sumber Sunni kitab al-Tirmidzi:

"Nashr bin Abdurrahman al-Kufi menceritakan kepada kami, Zaid bin al Hasan – iaitu al Anmathi – menceritakan kepada kami, daripada Ja’far bin Muhammad, daripada ayah Ja’far iaitu Muhammad, daripada Jabir bin Abdullah, ia berkata: Aku pernah melihat Rasulullah saw melaksanakan ibadah haji pada hari Arafah, saat itu beliau sedang berkhutbah di atas untanya; al Qashwa. Aku mendengar beliau bersabda: Wahai manusia, sesungguhnya aku telah meninggalkan (sesuatu) untuk kalian, sepanjang kalian berpegang teguh kepada sesuatu itu nescaya kalian tidak akan pernah tersesat, iaitu kitab Allah dan itrati keluargaku.’ Lihat Sahih Sunan at-Tirmidzi, hadis nombor 3786, bab sifat-sifat utama keluarga Nabi saw."

saudara pencinta keluarga nabi...saya bertanya apa komen saudara mengenai azan yang dilaungkan oleh puak syiah? saudara menjemput saya membaca kitab syiah? mengapa? adakah huraiannya berbeza dan tidak bersangkut paut dengan kitab suci al quran?

mengapa syiah hanya mengangkat saidina ali r.a? bagaimana pula dengan sahabat-sahabat yang lain? bagaimana pula dengan ini boleh saudara pencinta keluarga nabi menerangkan kepada saya?

bagaimana pula dengan petikan ini yang saya cedok terus dari kitab Al-Hukumat Al-Islamiyah:

"Iman seorang Syi’ah tidak sempurna, kecuali setelah berbeza (menentang) dengan Ahli Sunah...Apabila seorang Ahli sunnah bersemangat mengamalkan ibadah, maka dia telah bersemangat mengamalkan kebatilan." [Lihat: Ayatullah al-Khomeini, Al-Hukumat Al-Islamiyah, m.s. 83]

apa komen saudara pencinta keluarga nabi?
bagaimana pula dengan ka`abah syiah di najaf karbala?ini linknya:

http://rafidimusyrik.blogspot.com/2008/11/suasana-kabah-syiah-di-najaf-karbala.html

kami tidak menuduh tetapi bukti dah jelas..nampaknya saudara pencinta sendiri tidak dapat memberikan jawapan yang tepat berlandaskan al quran dan assunnah kepada soalan-soalan saya.hanya sekadar bermain dengan dalil dalil..

Jika saudara di pihak yang benar..sila bentangkan hujah-hujah dari kitab syiah..saya akui saya tidak membaca malah memilikinya..semestinya saudara pencinta keluarga nabi memilikinya..maka bacakan kepada kami...tetapi awas sebarang pengolahan pada kitab tersebut anda akan dipersoalkan disana..saya tidak bertanggung jawab dan tidak mahu dipertanggug jawabkan saya berlindung dari siksaanNya yang amat pedih..

buat saudara pencinta keluarga nabi, saya cedok sepenohnya dua buah hadis dari kitab Baqir al-Majlisi, Bihar al-Anwar:

Dari Abu Abdillah a.s, “Kalaulah manusia mengetahui apa yang bakal dilakukan oleh al-Qaim (Mahdi Syiah) semasa dia muncul, maka kebanyakan mereka lebih suka untuk tidak melihatnya kerana pembunuhan yang dilakukannya terhadap manusia .. sehingga kebanyakan manusia mengatakan, “Ini bukan dari keluarga Muhammad, kalaulah dia dari keluarga Muhammad pasti dia akan memiliki kasih sayang” .[Baqir al-Majlisi, Bihar al-Anwar, jil. 52, m.s 353 ].

“Sesungguhnya al-Qaim akan merobohkan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi sehingga rata tanahnya”[Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, jil. 52, m.s : 338 dan al-Tusi, al-Ghaibah, m.s 282 ]

jika saya tersalah buka kitab syiah sila betulkan wahai saudara pencinta. Jika benar sama-sama kita renungkan MUTIARA HADIS SYIAH ini

Saudara Carmilla,

Jika saudara tidak membaca malah memiliki kitab-kitab Syiah, bagaimana saudara boleh memetik kenyataan dari kitab-kitab Syiah?

Adakah saudara pembohong dengan menyatakan saudara telah membuka dan mencedok sendiri kenyataan yang saudara petik itu? Saya hanya bertanya.

Saya menganggap saudara hanya copy dan paste sahaja tanpa mengetahui benar atau tidak kenyataan yang saudara petik itu. Mungkin saudara mengambilnya dari laman web yang menghentam Syiah. Tentang petikan dari kitab al-hukumah al-islamiyyah, saya telah menjawabnya di atas.

Saudara, saya sebagai seorang pengikut keluarga Nabi saw ingin memberitahu saudara supaya saudara tidak keliru lagi dengan fitnah2 yang dilemparkan terhadap Syiah bahawa Tuhan Syiah, nabi Syiah, kitab Al-Quran Syiah, kiblat Syiah adalah sama dengan ahlus sunnah. Punca besar kepada perbezaan Sunni-Syiah menurut saya adalah kepemimpinan selepas kewafatan Nabi saw. Syiah telah menjadikan Itrah keluarga Nabi saw sebagai pemimpin mereka seperti yang saya petik dari kitab hadis al-Tirmidzi manakala Sunni telah menjadikan sahabat Nabi saw sebagai pemimpin mereka.

Saudara Carmilla, saya kira saudara belum banyak mengetahui tentang syiah melainkan yang buruk-buruk sahaja. Saya jemput saudara sekali lagi untuk memahami Syiah dengan membaca sumber dari kitab Syiah sendiri. Jika mahu Ilmiah, sila baca dialog sunnah-syiah karya syarafuddin al musawi. Semoga kita mendapat hidayah-Nya.

saudara pencinta keluarga nabi..apa susah sekarangkan dah moden dan canggih..ustaz google kan ada bak kata saudara gambate..saya tidak berbohong saya sertakan link untuk semua orang cedok. jangan terlalu jumut la..

http://tenteradajjal.blogspot.com/

http://rafidimusyrik.blogspot.com/

ye memang saya copy dan saya pastekan. mengapa saya berbuat demikian saya? kerana saya tidak pandai dan tahu mengenai puak syiah dan ikutannya..so boleh saudara pencinta keluarga nabi menghuraikan hujah-hujah bagi menyokong pendapat saudara?

memang saya belum banyak mengetahui akan perkara tersebut..maka kelihatan saudara pencinta keluarga nabi sangat ahli didalam "kesyiahan" maka sila dan bantu saya memahami syiah yang yang saudara tahu..

tapi awas kalau sekadar pandai berkata-kata tanpa menunjukan dalil dari ayat-ayat suci al quran dan as sunnah..saya akan tolak mentah-mentah.

yang ini saya ambil dari al quran dan kitab hadis:

“Dan sesungguhnya inilah jalan-Ku yang lurus maka ikutilah dia dan jangan kamu ikuti jalan-jalan (lainnya) sebab jalan-jalan itu akan mencerai-beraikan kamu dari jalan-Nya. Demikianlah Allah berwasiat kepada kamu mudah-mudahan kamu bertaqwa.” (QS. Al An’am: 153)

"Ketahuilah, sesungguhnya orang-orang sebelum kamu dari ahli kitab telah berpecah belah menjadi tujuh puluh dua golongan. Dan sesungguhnya agama ini (Islam) akan berpecah belah menjadi tujuh puluh tiga golongan, tujuh puluh dua golongan tempatnya di dalam Neraka dan satu golongan di dalam Syurga, iaitu al-jama'ah."
(HR. Ahmad dan yang lain. Al-Hafidh menggolongkannya hadis hasan)

itulah mslhnye pencinta keluarga nabi..beliau hanya tahu menyuruh org baca dari sumber syiah sendiri..tp tidak pernah membawakan hujah syiah tu..beliau sendiri tidak mampu utk menafikan hujah ASWJ keatas mereka..cthnye dgn membawakan hujah dari kitab muktabar syiah yg mengatakan al-Quran tidak ditahrif..

Saudara,saya kira jika saudara benar2 mengikut hadis tirmizi (spt yg dibawa saudara), syiah juga perlu mengiktiraf Ummu al-Mukminin Aisyah, krn beliau adalah isteri yg sgt disayangi baginda s.a.w. Begitu juga Abu Bakar, Umar, Usman, r.a..Mrk terdiri drpd bapa mertua dan menantu nabi s.a.w..Bukankah mrk semua ini ahli keluarga nabi?

Saudara Carmilla, Abu Hakim dan pembaca blog JTR,

Sila baca di laman web ini bagi memahami Syiah mengikut perpesktif Syiah http://www.al-islam.org/
Semua fitnah-fitnah yang dilemparkan terhadap Syiah ada dijawab di situ. Sila baca.

--> Bagi mereka yang mahu memahami perbezaan Sunnah-Syiah, boleh baca di http://www.al-islam.org/murajaat/index.htm atau http://www.al-shia.org/html/id/index.php?p=3&part=6

kita pencinta keluarga nabi dan para sahabat nabi.hahaha.moga2 kita mendapat keredhaan Tuhan

Saudara pencinta keluarga nabi..terima kasih untuk laman web tersebut? tetapi adakah dia berpandukan kepada kitab yang saudara perkatakan?

bagaimana pula dengan hadis dibawah ini? adakah ia maudu`?

"Ketahuilah, sesungguhnya orang-orang sebelum kamu dari ahli kitab telah berpecah belah menjadi tujuh puluh dua golongan. Dan sesungguhnya agama ini (Islam) akan berpecah belah menjadi tujuh puluh tiga golongan, tujuh puluh dua golongan tempatnya di dalam Neraka dan satu golongan di dalam Syurga, iaitu al-jama'ah."
(HR. Ahmad dan yang lain. Al-Hafidh menggolongkannya hadis hasan)

sekian. yang mencari keredhaan yang hakiki

Kencing kuat mu John... Hina nabi dan keturunan nabi boleh...takdehal punyer..tapi hina sahabat kau bangkang kaw-kaw punyer..
Satu jer.. nak tanyer..
Kenapa ayat ini berbunyi.." telah bermasam muka nabi tatkala datang seorang buta...
" ammayatasaalu aninnaba3il azhim...ila akhir ayat..Betul ke nabi yang bermasam muka atau sahabat yang terkenal yang bermasam muka??..
Kalau nabi bermasam muka ..maka berlawanan dengan ayat " wainakala3ala khuluqin azhim "..
minta tolong cari..semoga anda berjumpa dengan kebenaran....

sedang tinggalann nabi saudara tidak uliti.Oleh kerana itu saya menyarankan agar blog ini ditukar namanya.:)

'Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.” Surah al-Ahzab 56. Lihat juga: ‘Nashr bin Abdurrahman al-Kufi menceritakan kepada kami, Zaid bin al Hasan – iaitu al Anmathi – menceritakan kepada kami, daripada Ja’far bin Muhammad, daripada ayah Ja’far iaitu Muhammad, daripada Jabir bin Abdullah, ia berkata: Aku pernah melihat Rasulullah saw melaksanakan ibadah haji pada hari Arafah, saat itu beliau sedang berkhutbah di atas untanya; al Qashwa. Aku mendengar beliau bersabda: Wahai manusia, sesungguhnya aku telah meninggalkan (sesuatu) untuk kalian, sepanjang kalian berpegang teguh kepada sesuatu itu nescaya kalian tidak akan pernah tersesat, iaitu kitab Allah dan itrati keluargaku.’ Lihat Sahih Sunan at-Tirmidzi, hadis nombor 3786, bab sifat-sifat utama keluarga Nabi saw.

"Shi’i, they are Muslims, albeit from their own sect. They worship the same God, and follow the Prophet; they pray in the direction of the Ka’aba and follow the teachings of the Qur’an. What is happening between Sunni and the Shi’i, especially in Iraq and Lebanon, is due to political disputes that have nothing to do with Islam or the sects within it" - Muhammad Mahdi Akef, Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin Mesir. (Sumber: Al-Nahar, Kuwait, 24 Disember 2008; Al-Sharq Al-Awsat, London, 25 Disember, 2008)

Saudari Carmilla..
seandainya saudari cari dr websitr.. maaf ye mmg sumber bercampur aduk kecuali saudari sendir dapat CLUE dari org yang arif ttg Syiah itu sendiri..

dan perlu diketahui syiah yang pewarisan dari Rasul da keluarganya yang suci adalah syiah imamiyah atau dikenali sebagai syiah ja'fari..

mgkn saudari boleh rujuk kat internet.. dialog antara ulamak sunni dan syiah..

saudari boleh cari tajuknya "Malam2 Peshawar" dan Dialog Sunni-Syiah.. sesuai untuk org2 umum yang mmg zero pasal syiah or just car pasal2 syiah dengan meg'google' jek...

Segala persoalan saudari akan terjawab di situ InsyaAllah...

Selamat membaca ^_^

Salam....kat sini pun dok berbalah shiah- Sunni.....
puak shiah oiii...korang hidup ler dengan ajaran shiah korang tu...
takde maknaaaanya nak betelagah ngan korang...
ada akaiiiii..lu pikir ler sindiri.....ada aku kesahhhh....

As for as we, the Ahlus Sunnah, are concerned, we will not draw closer to them a hairs breath, or even less. They are a greater harm to Islam then even the Yahood and Nasaarah. It is incumbent on all Muslims to be wary of and on guard against them.

Allah Ta' ala says:

They are your enemies, so beware of them. Allah Ta'ala declares war against them. Where are they deviating.

The shiahs are the followers of Ibn Saba, the yahoodi, and of Abu Lu'lu-ah, the majoosi (fire-worshiper). Thus, O Muslims, it is necessary for us to distinguish our Aqeedah, and to love those whom Allah Ta'ala loves, and hate that which Allah Ta'ala hates, to bring about unity amongst the Muslims, to be one strong united hand. The enemies of Islam have united in their false beliefs to fight against Islam. This applies whether the enemies are of old or new.

Bagi saya ustaz ini terlalu sempit pemikirannya. Begitu juga laman web www.darulkautsar.net. Saya tidak tahu mengapa mereka begitu taksub dengan pandangan mereka dan langsung tidak mahu menerima kenyataan bahawa
1. Laman web mereka dipenuhi dengan cerita-cerita rekaan fitnah Munafiqeen dan bukan amalan sebenar golongan Shiah. Kebanyakan hujah adalah kutipan dari entah mana-mana website tanpa diselidik langsung lalu disebarkan. Sebagaimana kita tahu banyak laman web dan kitab-kitab yang direka oleh oleh Munafiqeen di dalam bahasa Arab yang bersekongkol dengan Zionis Amerika bagi memecahbelahkan umat Islam.
2.Apabila hujah mereka dibuktikan palsu, mereka tidak mengambil iktibar untuk membetulkan kesilapan, malah mengeluarkan hujah-hujah baru yang lain dan memandang ringan terhadap pembohongan tersebut. Ini menunjukkan tiada keikhlasan dalam diri mereka untuk mencari kebenaran, malah mereka tetap dengan pendirian asal mereka.
3. Mereka berfkiran di dalam kotak. Tidak mengambil tahu perkembanagn politik dunia semasa, enggan mengenali ajaran Shiah yang tulin, malah memesongkan fakta dengan menuding kepada perbuatan segelintir kecil dari pengikut Shiah.
4. Mereka sebenarnya bukan saja menghina Shiah, tetapi menghina dan mempalit arang kepada umat Sunni kerana mereka memberi gambaran buruk Sunni kepada pengikut Shiah. Kejahatan mereka mengambil amalan golongan minoriti Shiah yang Jahil, kemudian disebarkan kepada Sunnis yang jahil pula hanya akan menyebabkan jurang perbezaan dan pergaduhan antara umat Islam semakin besar. Perbuatan menyebarkan fitnah ini bukan satu dosa yang kecil dan boleh dipandang ringan jika mereka benar ikhlas dalam perjuangan menegakkan Islam.
5. Mereka ini tidak takutkan Allah, sebab itu mereka tidak takut untuk menyebarkan fitnah kepada saudara Muslim sendiri tanpa didahului penyelidikan . Saya yakin, pada hari Akhirat kelak, mereka akan berdiri di hadapan Allah bersama seluruh umat islam Shiah/Wahabi yang difitnah mereka. Disitu telinga,mata dan kulit merekalah yang akan menjadi saksi di atas perbuatan mereka sebagaimana disebut dalam surah Fussilat ayat 20.
3. Mereka ini ibarat seorang yang bersemangat untuk pergi berperang jihad fisabilillah, tetapi malangnya tidak mengenali musuh mereka sebenar. Apabila saudara seIslam cuba memberi panduan, disangkanya saudaranya itu cuba menghalangnya dari berjihad. Lalu dirempuh dan ditembaknya semua yang berada sekelilingnya, maka lukalah saudara Islamnya, terutamanya yang telah mara kehadapan menghadapi musuhnya yang sebenar. Musuhnya hanya ketawa, kerana dia tidak perlu bersusah payah melawan umat Islam kerana umat Islam yang bodoh/jahil sendiri menyerang dan melemahkan saudaranya sendiri.
BERTAUBATLAH DAN TAKUTLAH PADA HARI DI MANA ALASAN DAN PERBAHASAN TIDAK BERGUNA LAGI.
Perhatian untuk saudara Islam yang lain, jangan terpengaruh dengan website www.alkautsar.net. yang isinya sarat dengan fitnah dan propaganda memecahbelahkan umat Islam.

Bagi saya ustaz ini terlalu sempit pemikirannya. Begitu juga laman web www.darulkautsar.net. Saya tidak tahu mengapa mereka begitu taksub dengan pandangan mereka dan langsung tidak mahu menerima kenyataan bahawa
1. Laman web mereka dipenuhi dengan cerita-cerita rekaan fitnah Munafiqeen dan bukan amalan sebenar golongan Shiah. Kebanyakan hujah adalah kutipan dari entah mana-mana website tanpa diselidik langsung lalu disebarkan. Sebagaimana kita tahu banyak laman web dan kitab-kitab yang direka oleh oleh Munafiqeen di dalam bahasa Arab yang bersekongkol dengan Zionis Amerika bagi memecahbelahkan umat Islam.
2.Apabila hujah mereka dibuktikan palsu, mereka tidak mengambil iktibar untuk membetulkan kesilapan, malah mengeluarkan hujah-hujah baru yang lain dan memandang ringan terhadap pembohongan tersebut. Ini menunjukkan tiada keikhlasan dalam diri mereka untuk mencari kebenaran, malah mereka tetap dengan pendirian asal mereka.
3. Mereka berfkiran di dalam kotak. Tidak mengambil tahu perkembanagn politik dunia semasa, enggan mengenali ajaran Shiah yang tulin, malah memesongkan fakta dengan menuding kepada perbuatan segelintir kecil dari pengikut Shiah.
4. Mereka sebenarnya bukan saja menghina Shiah, tetapi menghina dan mempalit arang kepada umat Sunni kerana mereka memberi gambaran buruk Sunni kepada pengikut Shiah. Kejahatan mereka mengambil amalan golongan minoriti Shiah yang Jahil, kemudian disebarkan kepada Sunnis yang jahil pula hanya akan menyebabkan jurang perbezaan dan pergaduhan antara umat Islam semakin besar. Perbuatan menyebarkan fitnah ini bukan satu dosa yang kecil dan boleh dipandang ringan jika mereka benar ikhlas dalam perjuangan menegakkan Islam.
5. Mereka ini tidak takutkan Allah, sebab itu mereka tidak takut untuk menyebarkan fitnah kepada saudara Muslim sendiri tanpa didahului penyelidikan . Saya yakin, pada hari Akhirat kelak, mereka akan berdiri di hadapan Allah bersama seluruh umat islam Shiah/Wahabi yang difitnah mereka. Disitu telinga,mata dan kulit merekalah yang akan menjadi saksi di atas perbuatan mereka sebagaimana disebut dalam surah Fussilat ayat 20.
3. Mereka ini ibarat seorang yang bersemangat untuk pergi berperang jihad fisabilillah, tetapi malangnya tidak mengenali musuh mereka sebenar. Apabila saudara seIslam cuba memberi panduan, disangkanya saudaranya itu cuba menghalangnya dari berjihad. Lalu dirempuh dan ditembaknya semua yang berada sekelilingnya, maka lukalah saudara Islamnya, terutamanya yang telah mara kehadapan menghadapi musuhnya yang sebenar. Musuhnya hanya ketawa, kerana dia tidak perlu bersusah payah melawan umat Islam kerana umat Islam yang bodoh/jahil sendiri menyerang dan melemahkan saudaranya sendiri.
BERTAUBATLAH DAN TAKUTLAH PADA HARI DI MANA ALASAN DAN PERBAHASAN TIDAK BERGUNA LAGI.
Perhatian untuk saudara Islam yang lain, jangan terpengaruh dengan website www.alkautsar.net. yang isinya sarat dengan fitnah dan propaganda memecahbelahkan umat Islam.

saudara pencinta keluarga nabi..saya ingin mendapat beberapa penjelasan daripada saudara mengenai beberapa kenyataan dalam kita syiah 'tanyalah pada ahlinya' yang merunsingkan kepala saya hingga ke hari ini?apa pendapat/penejalasan saudara mengenai kenyataan berikut..'saidina umar mengatakan rasulullah meracau ketika hendak wafat?bolehkah saudara memberi sedikit penjelasan mengenai kenyataan berikut agar kita semua memperoleh manfaat bersama..semoga allah merahmati kita semua..wallahu a'lam

Assalamualaikum..wahai ustaz2 yg berpelajaran tinggi..kome kena di perbodohkan oleh sayyid hassan al-saqqaf,kenal dulu apa kaitan mereka dgn fahaman muktazilah yg di asas kan oleh washil bin Atha dan fahaman syiah..ustaz2 hambe nie bukan pandai tapi melihat berseta memahami dgn akal melihat itu lebih baik daripada mendengar(ucapan fitnah)..wallahualam bishowab..

Assalamualaikum..wahai ustaz2 yg berpelajaran tinggi..kome kena di perbodohkan oleh sayyid hassan al-saqqaf,kenal dulu apa kaitan mereka dgn fahaman muktazilah yg di asas kan oleh washil bin Atha dan fahaman syiah..ustaz2 hambe nie bukan pandai tapi melihat berseta memahami dgn akal melihat itu lebih baik daripada mendengar(ucapan fitnah)..wallahualam bishowab..

Catat Ulasan

Pada pendapat anda?

Perjalanan

Tembusi Petra, Jordan Slideshow: BenTaleb’s trip was created by TripAdvisor. Create a free slideshow with music from your travel photos.
Sabda Baginda SAW ; "Ketahuilah ia (Dajjal) berada di laut Syam atau laut Yaman.. akan datang dari arah timur (lalu menunjukkan dengan tangan baginda).."[Riwayat Muslim]. Daripada Abi Bakr al-Siddiq r.a, sabda Baginda SAW, "Dajjal akan muncul ke bumi dari arah timur bernama KHURASAN." [Riwayat al-Tirmizi]. Daripada Anas bin Malik r.a, sabda Baginda SAW, "Dajjal akan keluar dari kota Yahudi ISFAHAN (Khurasan, IRAN) bersama 70,000 penduduk ISFAHAN". [Fath al-Rabbani Tartib Musnad Ahmad. Ibn Hajar berkata : "Sahih"]. Ibn Kathir berkata, Dajal pada mulanya akan muncul dari ISFAHAN dari sebuah kota Yahudi [al-Nihayah fi al-Fitan wa al-Malahim]. ISFAHAN adalah sebuah bandar terbesar YAHUDI di Iran dan pusat loji nuklear Iran pada masa kini.