JTR mengalu-alukan tuan puan untuk membaca tulisan dalam blog ini bagi manfaat tuan puan
Photobucket

Jumaat, 17 Disember 2010

Ajaran Sesat Syiah; Tahniah JAIS

Posted by Abu Hannan On 6:42:00 PG 7 comments


Syiah yang bergerak aktif di sekitar lembah kelang hari ini telah berjaya dilumpuhkan aktivitinya apabila pihak JAIS berjaya memberkas seramai 200 orang pengikut syiah yang mengkafir dan menghalalkan darah siapa sahaja yang berbeza i'tiqad dengannya. JTR secara terbuka mengucapkan tahniah di atas kepekaan pihak JAIS yang berjaya melakukan serbuan di premis-premis tertutup milik ajaran sesat syiah ini bagi memastikan fahaman songsang dan pelik syiah ini boleh dihentikan dari terus merebak dikalangan muslim di Malaysia. Semoga ajaran-ajaran sesat seperti ini akan terus dapat dibendung oleh pihak-pihak Jabatan Agama negeri-negeri lain terutama Pulau Pinang, Kedah, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. 

 
KUALA LUMPUR 16 Dis. - Kegiatan satu ajaran Syiah tegar yang dikhuatiri boleh mengancam keselamatan negara dikesan bergerak aktif di negara ini berikutan penahanan 200 pengikut dan dua ketua kumpulannya, malam semalam.

Dua ketua kumpulan itu termasuk seorang warga Iran telah dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Kuang, hari ini dan dibebaskan dengan jaminan.

Para pengikut lain juga telah dibebaskan dengan jaminan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan akan dipanggil untuk diambil keterangan dalam masa terdekat.

Kumpulan yang ditahan di sebuah rumah kedai di Taman Sri Gombak, Batu Caves, dekat sini itu dikatakan berbahaya kerana menganggap penganut Islam mazhab lain sebagai kafir dan halal dibunuh.
Mereka yang menggunakan nama Hauzah Ar Ridha Alaihissalam itu dikesan sudah dua tahun menjalankan kegiatan mereka di tingkat empat rumah kedai berkenaan.

Dalam serbuan sepasukan penguat kuasa JAIS pada pukul 10.15 malam itu, seramai 200 pengikut terdiri daripada lelaki dan perempuan termasuk kanak-kanak sedang khusyuk berselawat dan mendengar khutbah daripada seorang lelaki warga Iran.

Sebahagian pengikutnya yang ditahan merupakan pensyarah dan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT), peguam dan kakitangan kerajaan.

Pengikutnya terdiri daripada 75 lelaki dan 35 wanita tempatan, enam wanita dan tiga lelaki warga Indonesia, dua wanita Myanmar serta masing-masing seorang lelaki Pakistan, Myanmar dan Iran, manakala selebihnya kanak-kanak.

Ia merupakan penahanan terbesar melibatkan pengikut ajaran yang didakwa sesat dicatatkan di Selangor setakat ini dan JAIS percaya ajaran tersebut turut tersebar di negeri-negeri lain.
Pengarahnya, Datuk Muhammed Khusrin Munawi berkata, pihaknya telah mengikuti pergerakan kumpulan terbabit sejak dua tahun lalu dan setelah memperoleh cukup bukti mengaitkan mereka sebagai pengikut ajaran Syiah yang tegar, barulah markas itu diserbu.

Beliau berkata, ajaran Syiah jika dibiarkan berkembang boleh mengancam keselamatan negara kerana pengikut yang fanatik menganggap umat Islam mazhab lain sebagai kafir.
"Bagi mereka, darah pengikut fahaman lain adalah halal dan ia bermakna penganut Ahli Sunnah Wal Jamaah boleh dibunuh.
"Ajaran Syiah lebih bahaya berbanding ajaran sesat seperti Al Arqam. Pengikut Syiah di Iran dan India misalnya bergaduh sesama Islam semata-mata berbeza fahaman.
"Inilah yang ingin dielakkan berlaku di negara ini dan tujuan ia disekat," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi serbuan di sini hari ini.
Muhammed Khusrin berkata, mengikut Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989, fahaman dan ajaran Syiah adalah menyeleweng daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah kerana wujud beberapa percanggahan dari sudut akidah dan syariah.

Katanya, antaranya adalah menyanjung sahabat Rasulullah, Saidina Ali secara keterlaluan, menghalalkan nikah mutaah, menolak hadis yang diriwayatkan oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah sekalipun hadis Mutawir dan mengkafirkan para sahabat Rasulullah.
"Penyelewengan dari sudut syariah pula adalah menolak ijmak ulama, qias dan mengamalkan nikah mutaah. Pengikut Syiah juga terlibat pelbagai penyelewengan umum seperti percaya ganjaran syurga jika menziarahi kubur Saidina Husin.
"Selain itu menyiksa diri dengan memukul badan menggunakan rantai sehingga berdarah sempena 10 Muharam, mengharuskan jamak sembahyang dalam semua keadaan dan tidak mewajibkan haji," katanya.
Menurut Muhammed Khusrin, pihaknya percaya ajaran Syiah yang memudahkan ibadat dan menghalalkan nikah mutaah menjadi punca tarikan umat Islam di negara ini untuk menjadi pengikutnya.

Beliau berkata, kumpulan ajaran sesat terbabit mempunyai dana sendiri bagi membiayai aktiviti dan menyewa bangunan untuk dijadikan markas operasi, manakala penyebarannya pula dibuat secara tertutup melalui penganjuran majlis-majlis tertentu.

Katanya, semua yang ditangkap akan didakwa di bawah Seksyen 12(c) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 iaitu menghina, mengingkari, melanggar atau mempertikaikan arahan-arahan yang dinyatakan dan diberikan fatwa oleh pihak berkuasa agama.

7 Komen:

Itu bukan Syiah tu... itu setan kepa hitam... dia pandai ambil kesempatan dan pandai menipu orang2 yang banggangggg... Kalau pemahaman terhadap Islam mereka mantap takkan jadi begitu... Jabatan Agama jangan dok pandai tangkap je... kena guna otak untuk pikir punca jadi begitu... SEBAB Jabatan Agama tak buat keja... asyik dok pi mengendap orang berzina, pi kumpul bayi yang ada dalam tong sampah, pi serbu karaoke... tapi tak pikir akan punca masalah... tak pernah pikir kaedah yang berkesan untuk memantapkan pemahaman agama Islam dikalangan ummah... Jabatan Agama kena tarbiah umgok yang memerintah tu supaya Tegakkan Syariat Islam yang sebenar... baru semua masalah selesai... ini tak asyik pikir guna kepala lutut .. Tahniah Kepala Bana...

assalamu'alaikum ya saudara otaklunyai...pihak JAIS patut diberi penghargaan dari hasil kerjanya, daripada sebelum ini tidak pernah terdapat serbuan dengan tertangkap begitu ramai pngikut agama sesat ini, kalau ttng cara2 mmkir bgaimana cara mengbah akidah ini daripada puncanya, inikan tanggung jawab kite bersama, jnganlah kita salhkan pihak JAIS yang sudah bertgkus lumus dalam tugasnya...itu tugas mereka, dan apa pulak tugas kita...tepuk dada tanya iman...wasslam,

jazakallahu khairal jazak kepada admin sudah berbagi makluman...

Apapun, JTR masih menyokong tindakan Jais melakukan penangkapan terhadap golongan ini kerana ajarannya dari sudut undang-undang melanggar fatwa kebangsaan yang menyatakan ajaran syiah ialah ajaran sesat dan tidak boleh disebarkan.

Assalamualaikum, SESAT LAGI MENYESATKAN!!! Kalaulah aku tak mengimani ajaran Rasulullah SAW, da lama aku 'hapuskan' syiah ni. Juak2 yg FITNAH Rasulullah SAW ni patutnya tak boleh wujud dlm muka bumi. Nyah kau 'PENYEMBAH' ahlul bait dari tanah melayu!!! p/s dalam azan syiah ada seru nama Saidina Ali, suka2 mak bapak dia je nak letak nama manusia tak maksum tu dlm azan.

Ye ye...tahniah la JAIS dpt tangkap Syiah yang beroperasi di Malaysia ni

Saya x boleh nak komen apa2 pasal tindakan JAIS tapi sya nak komen para komentar post ni...

Tak kira la ajaran syiah tu sesat ke tak...kita tak boleh hentam diorang sesuka hati macam tu je...tolong la...ini ke sikap Muslim?

Lagi satu...kalau x tau....buat x tau...jgn pakai ckap tanpa bukti yang sah yee....tu fintah nama nye :)

Saya sekadar memberi teguran....bukan nak merendahkan
Maaf lah kalau terguris dimana2 ye.

ini bab akidah bang mana boler main2 ko ingat apa, kalo ko redha dgn perbuatan dan ajaran org syiah ni walaopon sebesar zarah ko tanggung la akibat nyer natii, aku syorkan ko perbykan la ngaji lagi kt masjid atau surau yang berdekatan dgn umah ko yer samuraigila, jgn mudah tertipuu yer banggg.

assalamualaikum...saya baru2 nie didatangi seorang tentera laut.Asalnya dia tanya tentang takaful,kerana kami menyedikan khidmat takaful...Tetapi secara perlahan2 dia mula mengatakan bahawa solat sya x sah,selawat salah,sembhyang terawih x wujud,saidina Abu Bakar dan Saidina Umar pengkhianat,haram makan ikan yang bersisik,dan kawin mutta'ah itu sangat dicintainya bg mengelakkan maksiat...Saya rasa sungguh terperanjat bila ada manusia yang sanggup menyelewengkan Islam yg suci..Saya sedih.tapi berbekalkan ilmu agama saya mengguatkan hati dan menghadapi situasi itu dengan hanya 1 soalan pada tentera laut yang datang itu..ADAKAH KAWIN MUTT'AH ITU ADA DALAM AL QURAN?BUKANKAH KAHWIN MUTT'AH ITU PERKAHWINAN YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB? ADAKAH KATA2
RASULULLAH SAW. TENTANG SAHABATNYA ADALAH PENIPUAN? Lalu dengan muka yang malu,lelaki itu beredar dengan jawapan saya akan tan7ya tok guru tentang soalan awak..Dalam hati saya berkata,tiada agama yang Shummul yang lengkap melainkan Islam.

Catat Ulasan

Pada pendapat anda?

Perjalanan

Tembusi Petra, Jordan Slideshow: BenTaleb’s trip was created by TripAdvisor. Create a free slideshow with music from your travel photos.
Sabda Baginda SAW ; "Ketahuilah ia (Dajjal) berada di laut Syam atau laut Yaman.. akan datang dari arah timur (lalu menunjukkan dengan tangan baginda).."[Riwayat Muslim]. Daripada Abi Bakr al-Siddiq r.a, sabda Baginda SAW, "Dajjal akan muncul ke bumi dari arah timur bernama KHURASAN." [Riwayat al-Tirmizi]. Daripada Anas bin Malik r.a, sabda Baginda SAW, "Dajjal akan keluar dari kota Yahudi ISFAHAN (Khurasan, IRAN) bersama 70,000 penduduk ISFAHAN". [Fath al-Rabbani Tartib Musnad Ahmad. Ibn Hajar berkata : "Sahih"]. Ibn Kathir berkata, Dajal pada mulanya akan muncul dari ISFAHAN dari sebuah kota Yahudi [al-Nihayah fi al-Fitan wa al-Malahim]. ISFAHAN adalah sebuah bandar terbesar YAHUDI di Iran dan pusat loji nuklear Iran pada masa kini.