Kenangan bersama 2 Orang Otai;
Ust Hasrizal Abdul Jamil & Ust Maszlee Malik
bersama Ust Hasrizal & Ust Maszlee Malik
PERTAMA* ditinggalkan dengan sedikit kekesalan. Kekesalan kerana terpaksa pulang awal ke Mafraq. Dua hari bersama dua orang otai yang tidak asing lagi dalam dunia akademik dan dakwah, Ust Hasrizal Abd Jamil dan Ust. Maslee Malik rasa tidak cukup untuk mengorek seberapa banyak rahsia ilmu yang tersimpan di dalam tubuh mereka. Hasil pertemuan yang termaktub (kismet) di Lauh Mahfuz itu memberi saya erti, kenapa hidup mesti memberi. Berborak bersama Ust Maszlee Malik yang merupakan alumni Universiti AL al-Bayt memberi 1001 harapan dan rasa tanggungjawab. “kamu kena teruskan menulis, ruang dah ada tinggal lagi kamu perlu mujahadah sedikit, teruskan, jangan berhenti” katanya sebelum disapa Ust Hasrizal untuk ke dewan menikmati jamuan tengah hari seusai Solat Jumaat. Kata-kata itu menyebabkan liang-liang roma sekitar kepala ini meremang, tandanya semangat yang tidak terhingga bercampur juga kesejukan diakhir musim sejuk menyebabkan saya sedikit menggigil ketika bersila bersama beliau.
Pulangnya dua orang otai itu sangat-sangat meninggalkan tanggungjawab besar kepada saya dan sahabat-sahabat agar terus mengukir senyuman Nabi Muhammad di Akhirat kelak. Tersenyum kerana dakwah dan sunnahnya masih diteruskan oleh minoriti yang disebut nabi sebagai al-Ghuraba’. Semoga itu yang akan dijanjikan.
Pulangnya saya ke padang pasir Mafraq menaiki bas yang agak selesa. Keselesaan itu masih tidak Berjaya membuatkan mata saya dan Nur Sulaiman terlelap dek kepenatan mengikuti PERTAMA. Dari Mu’tah sehingga ke Amman, perbualan bersemangat kami berdua mungkin agak mengganggu sahabat lain yang ingin beristirehat. Kami bersembang mengenai keperluan dakwah semasa dan bagaimana membentuk Da’ie yang disebut professional mendepani masyarakat yang pelbagai ragamnya. Perbualan kami berdua banyak terkesan dari drama hasil penceritaan Ust Hasrizal dalam siri Cinta Sempurna yang telah memasuki Astro Oasis saluran 106.
Kami teringatkan formula unik yang ramai diantara ustaz-ustaz dan pendakwah kurang mengerti realiti ini. Bagi saya, bagaimana mungkin saya boleh bersedia mendepani masyarakat tercinta ini jika saya hanya pandang sebelah mata sahaja perkara sepenting ini. Lantas terasa untuk mengisinya dengan usaha bagi masa-masa akan datang.
Apapun, satu saat yang berlalu tidak mungkin kita boleh menambatnya walau dengan tali besi sekalipun. Itulah namanya pendewasaan. Jutaan terima kasih kepada sang murabbi Ust Hasrizal Abdul Jamil dan Ust Maszlee Malik kerana bertungkus lumus mengenalkan kami dengan realiti dunia ini. Jasa kalian tidak akan kami lupakan.
Pengembaraan ilmu yang penuh mehnah. Terkadang terasa letih, terkadang terasa bersemangat, Terkadang terasa kosong, terkadang terasa agah. Ya Allah, aku memohon perlindungan dari Mu, tetapkanlah hatiku ini hanya semata-mata mencari syurga-Mu. Kuatkanlah hati dan jatidiri saudara-saudara muslimku, agar mereka berjaya menempuh dunia penuh tipu daya dan fitnah terbesar akhir zaman ini Ya Allah. Ya Allah pertemukan kami di Syurga-Mu yang kekal Abadi.
"Dakwah & Realiti Mahasiswa Timur Tengah"
*PERTAMA= Persidangan Tahunan Mahasiswa Timur Tengah
9 Komen:
salam. coretan yang mendewasakan akhi,semoga hidup dicucuri rahmat ilahi...
Ibn Mazin, Saudi Arabia...
Keindahan Islam hanya akan tertegak dari keperitan pembawa panji2nya. Semoga awk menjadi pendakwah profesional sesuai dengan keperluan zaman...
Sedap dengar ust hasrizal bernasyid, tetamu dataran syam.. teringin je rase nak blaja kat Jordan. tpi... Allah sahaja yg mengerti..
Terima kasih, Kepada yg di atas, sy doakan agar cita2 awk terlaksana dengan usaha.. semoga kita berusaha mncari hidayah Allah itu di mana sahaja kita berdiri...
Teruskan usaha anda . Saya kira masih ramai yang sangat memerlukan pendedahan-pendedahan mengenai dunia yang dapat menyedarkan mereka tentang kekuasaan ALLAH dan kejahatan duniawi . Saya yakin ramai yang menyokong anda .
ramai juga yang akan menentang dakwah ini.. tapi, tentangan itu kita jadikan medium mendewasakan kita dlm menghadapi mehnah dan tribulasi ini...
Terima kasih atas sokongan Cik Beruang Comel
salam..mantap syeikh..teruskan penuisan..banyak manfaat.. "junjung syahadah..gerakkan dakwah"
Terima kasih, Nadya juga harus teruskan tagline itu...
bagus3....
Catat Ulasan
Pada pendapat anda?