JTR mengalu-alukan tuan puan untuk membaca tulisan dalam blog ini bagi manfaat tuan puan
Photobucket

Selasa, 9 Februari 2010

Komplot

Posted by Abu Hannan On 9:54:00 PTG 17 comments


 Menyingkap Komplot Israel-Iran dan Amerika-Iran



Sebelum memaparkan hubungan strategik antara Yahudi dan Iran, terlebih dahulu kita kembali ke zaman silam untuk meninjau kembali sejarah, iaitu pengasas agama dan fahaman Syi`ah adalah sebenarnya orang-orang Yahudi yang telah memperalatkan Abdullah bin Saba’, seorang Yahudi yang berasal dari Yaman untuk mengasaskan fahaman ini di zaman Kalifah Uthman bin `Affan.

Dia telah menamakan dirinya dan para pengikutnya Syi`atu Ali (penyokong Ali) bagi tujuan mengaburi orang-orang Islam. Hal ini telah diakui oleh al-Kasysyi, seorang tokoh Syi`ah di dalam kitabnya Ma`rifah al-Naqilin `An Ai’immah al-Sadiqin atau lebih dikenali dengan Rijal Kasysyi. Katanya: “Sesungguhnya Ibn Saba’ ini seorang Yahudi kemudian memeluk Islam. Dialah yang mula-mula mengisytiharkan wajibnya menerima Imamah Ali.” Dari sinilah kita berpendapat asal usul fahaman Syi`ah dan Rafidhah diambil daripada ajaran Yahudi.


Ahli-ahli sejarah Sunnah dan Syi`ah sepakat bahawa Ibn Saba’ lah yang menyebabkan kekacauan di zaman Uthman dan dialah yang mencetuskan fitnah di kalangan umat Islam. Begitu juga al-Naubakhti menukilkan daripada al-Tusi bahawa Ibn Saba’ lah yang mula-mula sekali menyerang Abu Bakar, Umar dan Uthman.

Oleh itu kita tidak merasa hairan terhadap kerjasama antara Yahudi dan Iran dari segi bantuan dan persenjataan. Di sini kami kemukakan beberapa contoh kerjasama itu:
Syimitiz dari syarikat Balijiah (BRB) pada 2 Januari 1985 telah mendedahkan penjualan senjata Israel kepada Iran yang dianggarkan sebanyak 164 bilion dollar US dengan pertukaran minyak Iran.

Pada bulan Disember 1980 majalah berbahasa Perancis PBD telah mendedahkan bahawa sejak awal peperangan Iran-Iraq lagi Iran menerima senjata Israel. Akhbar al-Ra’y al-Am juga mendedahkan kenyataan ini ekoran meletupnya kapal terbang Argentina yang membawa senjata dari Tel Aviv ke Tehran melalui Qabras.

Akhbar al-Ra’y bertarikh 24 April 1988 melaporkan penjualan senjata Israel kepada Iran di sepanjang tahun 1980-1987 dan melaporkan daripada Perdana Menteri Israel, Syamir sendiri tentang bantuannya kepada Iran. Katanya: “Menjadi kewajipan kepada Israel menjaga hubungannya dengan kepimpinan ketenteraan Iran. Sesungguhnya peperangan yang berterusan melemahkan Iraq, musuh tradisi Israel. Peperangan itu menyebabkan lebih banyak lagi pembahagian negara-negara Arab”.





Sumber maklumat Perancis menegaskan sejumlah Yahudi Iran memasuki Palestin melalui Viena dengan nisbah 600 orang Yahudi setiap minggu. Dianggarkan bilangan Yahudi yang berpindah ke Amerika dan Palestin melalui Norway seramai 9000 sejak tahun 1983.
Simon Peres mempertahankan penjualan senjata Israel kepada Iran dan menyatakan bahawa Iraq lebih berbahaya daripada Iran.

Sekumpulan pegawai senjata udara Israel telah mengadakan kontrak dengan Tehran dengan gaji yang mencecah 10 000 dolar Amerika bagi setiap orang melalui Namrudi, pedagang senjata Yahudi yang merupakan atase tentara Yahudi di Tehran.
Pada 14 Febuari 1983, iaitu pada hari peringatan Khomeini mengambil alih pemerintahan, telah berlaku pertemuan yang mesra dan saling bertukar kucupan antara Rasfenjani dan rabai Yahudi Auril Davivy di bangunan majlis Syura. Rabai itu berkata: “Doktor-doktor dan tentera kita sekarang ini berada di barisan hadapan peperangan. Castro Nafin telah dipilih menjadi perwakilan Yahudi di Majlis Syura Iran. Dia menyatakan terima kasih kepada Iran sebagai mengingati kerjasama Parsi dan Yahudi di sepanjang sejarah.

Yahudi-yahudi Iran telah mendermakan 70 bilion riyal untuk kepentingan peperangan dengan Iraq.

 


Amerika dan Iran

Walaupun permusuhan yang dItunjukkan oleh Iran terhadap Amerika yang disifatkannya sebagai syaitan besar namun di sana ada hubungan yang erat dan mendalam antara Amerika dengan pemimpin-pemimpin Syi`ah sejak tahun 40-an lagi.

Di sana ada beberapa janji lama Amerika kepada mereka untuk mendirikan negara Syi`ah. Perjanjian-perjanjian ini diperbaharui ketika krisis Teluk yang terakhir kerana Amerika merasakan apabila tertegaknya sebuah negara Islam untuk Ahli Sunnah di salah sebuah negara Timur Tengah seperti Mesir, Syria atau Iraq maka pasti pertubuhan-pertubuhan lain akan menyertainya. Ini akan mewujudkan bahaya besar terhadap Barat dan Israel. Justeru itu, menjadi kepentingan Amerika dan Israel untuk mendirikan Negara Syi`ah yang taksub seperti Iran untuk merealisasikan beberapa matlamat strategik untuk mereka dan juga Israel, antaranya ialah:

Mencurah sehabis-habisnya tenaga manusia dan material dalam siri peperangan antara Sunni dan Syi`ah sebagaimana yang berlaku antara Iran dan Iraq.

Menjadikan rantau Timur Tengah sebagai sumber utama industri senjata Amerika melalui peperangan-peperangan ini.

Menghalang penubuhan Negara Islam Sunni yang bersifat antarabangsa.

 


Mendorong Ahli Sunnah menyibukkan diri dengan Syi`ah supaya kedua-dua pihak mengabaikan kewujudan Yahudi di Palestin.

Menguasai sumber-sumber tenaga serantau seperti minyak dan lain-lain.

Memberi gambaran yang buruk kepada masyarakat umum tentang ketaksuban dan perpecahan orang-orang Islam. Dengan itu mereka dapat menghalang manusia dari jalan Allah. Di samping itu bagi memberi gambaran yang mengelirukan tentang Islam.

Antara bentuk-bentuk kerjasama antara Amerika dan Iran ialah berita yang dilaporkan oleh Agensi Berita Perancis tentang kapal terbang senjata Amerika yang tiba di Tehran pada 14 September 1985. Amerika juga menghantar serangan roket-roket Hawk dari bumi ke bumi dalam tempoh yang sama. Akhbar al-Dustur melaporkan bahawa Khomeini sendiri yang mengarahkan supaya mengadakan hubungan baik dengan Amerika untuk mengurangkan kedudukan golongan sederhana di Iran.

Walaupun wujudnya tekanan luaran antara Iran dan Amerika namun Iran merupakan sumber kedua terbesar minyak bagi Amerika sebagai balasan kepada bantuan Amerika yang mengantikan kemusnahan yang dilakukan oleh Iraq.

Oleh itu kita tidak menafikan wujudnya skandal-skandal yang berlaku seperti Irangate yang mendedahkan kerjasama persenjataan dan strategi antara Iran dan Amerika.

 


 Ditulis Oleh


DR. AHMAD AL-AFGHANI
Sumber Bersekutu JTR: 
A Rethoric war

17 Komen:

slm,ustaz
sy nk amik artikel dlm blog ni utk tujuan dakwah dn penyebaran didlm blog or web saya boleh x?

www.mohd-rashidi.blogpsot.com
www.mrcb.wordpress.com

syiah mmg merbahaya dan musuh dlm selimut kita selamanya...

slm, ustaz

saya dapati apa yg ustaz nyatakan berkaitan freemasion ni dh makin menular serta bnyk mempengaruhi kita cuma kita sj yg masih belum sedar. sy juga dapati freemasion iaitu BAPHOMET yg ustaz nyatakn itu ada disetiap pakaian2. yg sedih tu kwn serumah sy juga memiliki logo tersebut. Saya dgn usaha dakwah kita, kita dpt menyedarkan semua.

Lihatlah The Arrivals... di u tube.. Freemasonary sudah beratus tahun lmanya wujud n kita Umat Muhammad hanya menunggu n mengundang kehancuran dari pihak yahudi n nasrani. Bangunlah wahai saudaraku.. semoga akan lahir perintis2 Salahuddin Al-Ayubi...

Aslmkm. saya bukan x nak caye bende ni. tapi saya rasa susah nak caye sbb iran terlalu membenci Yahudi dan sekutunya. ade penjelasan yg lebih lanjut x supaya lebih terbukti kebenarannya?

Salam kepda yang di atas..
sy harap awk boleh smbung pembcaan anda diblog sahabat sy, http://tenteradajjal.blogspot.com

di situ, byk perkara mengenai aqidah, agenda, komplot, konspirasi Iran bersama negara-negara yg kita ingt mreka bermusuhan...

Tak payah la nak banyak cerita. sememangnya orang-orang kafir memang diciptakan untuk menjadi penghancur umat islam di dunia.

salam..
kpda saudara Abu Hannan..
trima kasih diatas pendedahan segala konspirasi dunia di dalam blog saudara ini..

disini sye ingin mengajukan soalan kpd saudara abu hannan..

kita sedar yg smua manusia dlm dunia ni ada yg baik dan ada yg sebalik nya.

sye ingin bertanyakan, adakah syiah ini ksemua nya adalah jahat,yg menentang shabat2 nabi..??

klu kita secara membuta tuli menuduh syiah itu musuh dlm islam.bagaimana pula golongan syiah yg tperdaya dgn sebilangan ulamak syiah yg telah memsongkan akidah mereka..?

sye confius,bila mana golongan sunni menuduh bahawanya puak syiah terkeluar dr ajaran sebenar islam..
malah ada yg mengatakan syiah itu kafir..

sye bukan lah menyokong syiah,tpi sye ingin tahu sejauh mana syiah itu sesat dr islam..


dan tidak ada kah golongan syiah yg bpegang pada ajaran sunni..??

sye harap saudara abu hannan dpt mengulas sedikit kekeliruan sye ini..

trima kasih
salam..

salam sejahtera ke atas saudara.

pada pendapat saya?

"Akhbar al-Dustur melaporkan bahawa Khomeini sendiri yang mengarahkan supaya mengadakan hubungan baik dengan Amerika untuk mengurangkan kedudukan golongan sederhana di Iran."

Then soalan kepada JTR, apakah punca berlakunya revolusi iran?
bukankah untuk menggulingkan kerajaan dinasti pahlavi (shah pehlvi) yang amat rapat dengan pemimpin2 barat?

kalau niat mereka adalah untuk berbaik baik dengan amareka dan israel, jadi saya rasa tidak perlu adanya revolusi kerana iran sememangnya adalah "best friend" mereka semasa pemerintahan reza shah.

malah, idea "westernization" dan "sekularisme" yang dibawa shah melalui usaha sama negara2 barat antara faktor yang membangkitkan api kemarahan rakyat.

jadi adalah sesuatu yang bertentangan dengan idealogi revolusi itu sendiri untuk "berbaik2" dengan kuasa barat.

amareka membantu iran? adakah saudara tidak mengkaji sejarah sama sekali? it's a general knowledge bahawa yang memberi bantuan persenjataan serta kewangan kepada iraq semasa perang iran-iraq adalh kuasa besar amareka dan israel.

malah yang memulakan peperangan itu sendiri adalah saddam hussein, yang mengambil kesempatan ke atas kekacauan yang berlaku slepas revolusi.

pendapat saya ialah, sila kaji sejarah dengan lebih mendalam. bukan tulis blog dengan topik yang "panas2" mcm ni untok tarik pembaca.

salam.

salam kepada pemberi komentar di atas, sekali2 penulisan sebegini niatnya jauh dari apa yg saudara sangkakan.

Saya harap agar saudara/ri dapat buat sndiri kajian mndalam mengenai sejarah peperangan negara2 teluk dan kaitannya dgn US.

Sy nasihatkan, cuba dptkan sumber2 selain akhbar-akhbar dominan. Ini mungkin akn membantu anda merungkai betapa kerjasama US utk mndirikan negara2 berfahaman syiah sgt2 optimis.

Teruskan membaca. Sucikan hati...

salam sejahtera ke atas saudara.

ya, melalui sumber2 yang bukan dominan lah saya dapat mengetahui lebih mendalam mengenai fitnah2 yang disebarkan untuk melaga-lagakan sesama islam. kita semua tahu, media2 dominan banyak dicontrol oleh pihak barat dan ini bukanlah sumber yang patut kita jadikan ikutan. ketahuilah, fahaman wahabi yang extreme adalah lebih merbahaya dari fahaman syiah dan pihak barat banyak membantu mereka (wahabi) dalam melaga-lagakan kita agar tidak akan dapat penyatuan sesama ummah. inilah objektif mereka. apabila medium2 seperti blog saudara menjaja-jaja kesesatan syiah sebagai contoh, ramai pembaca yang hanya gemar membaca blog tanpa melakukan kajian sendiri akan termakan dengan penulisan saudara. mereka sepatutnya melakukan kajian yang selebihnya untuk menambah pemahaman mereka namun malangnya, tidak ramai yang rajin. sajauh manakah sesatnya fahaman syiah dari mata saudara? adakah saudara membuat kajian melalui rujukan serta sumber sunni. jika ini halnya, saudara sudah bersikap biased. secara jujurnya saya juga pernah menganggap syiah sesat kerana inilah yang diterapkan kepada kita. tetapi melalui kajian serta pembcaan yang lebih, serta melihat fahaman itu dari angle yang berbeza, dengan niat yang suci untuk menambah ilmu, saya dapat simpulkan bahawa merka tidaklah sesesat seperti yang saya sangkakan. mereka juga bertuhankan Allah, berasulkan muhammad, sembahyang 5 waktu sehari semalam, berpuasa di bulan ramadhan, membayar zakat. bukankah ini apa yang dilakukan oleh kita juga? mereka mempunyai pegangan yang sedikit berbeza dari kita. ini bukanlah idealogi yang diambil di tepi jalan. melalui pembuktian yang diberi mereka dari sumber hadis sihah sittah serta buku2 sejarah sunni, apa yang dipegang mereka ada kewarasannya.

syeikh mahmood shaltoot, mengeluarkan fatwa mengenai syiah, mengatakan ianya adalah mazhab yang boleh dipegang, sama seperti ahlul sunnah wal jamaah.

http://www.al-islam.org/encyclopedia/chapter1b/azhar-e.gif

(banyak lagi sumber kalau saudara tidak percaya kepada link ini)

amman message pula, pada tahun 2004, melalui 24 most senior religious scholar seperti Imam Dr. Muhammad Sayyid Tantawi, Shaykh Dr. Yusuf Abdallah Al-Qaradawi serta rami lagi memutuskan bahawa syiah juga adalah pegangan yang betul untuk diikuti.

http://www.ammanmessage.com/

bukankah ini petunjuk yang nyata bagi mereka yang berhati suci? semoga saudara dapat mengkaji dengan lebih mendalam mengenai hal sebegini. bukan apa saudara, kalu syiah tu btol2 sesat, xpa. tapi kalu di sisi Allah, mereka adalah islam, sama seperti kita, maka fikirkanlah dosa yang perlu dipikul untuk mengatakan mereka sesat. mengkafirkan seorang muslim pn dah bnyak dosanya saudara, bagaimana pula dengan mengkafirkan berjuta umat islam. fikir2kn, dan selamat beramal. :)

Saya tidak faham kenapa anda mengatakan ajaran wahabi lagi teruk dan extreme dari ajaran syiah. pertama sekali, saya bukanlah wahabi tetapi saya ahl sunnah yg bermazhab syafie. Sy tidak mahu hurai panjg mngenai syiah dan wahabi, biar pembaca yg punyai ilmu menilai komentar anda.

cuma dalam persoalan ekstrem, saya rasa syiah lebih ekstrem. atas dasar amanah ilmiah, saya katakan tidak semua mazhab syiah ekstrem, tetapi yg lebih dominan fahamannya yang tersebar dalm msyarakat hari ini ialah syiah yang ghuluw. Saya juga tidak pasti sama ada anda akan mengatakan ekstrem atau tidak apabila mendengar Sayyidatina aisyah di caci didlm solat mereka dan digelar sebagai penZINA? khalifah al-Rasyidin semuanya digelar sebagai thaghut kecuali Sayyidina Ali r.a? Kubur Muawaiyyah di Syria dikencingkan sedangkan baginda juga sahabat yang 'Adil?

Malah dalam sebahagian amalan mereka yg menunjukkan mereka lebih ekstrem adalah dgn memukul2 bdan sehingga berdarah menggunakan bahan tajam, menoreh kepala anak2 yang masih kecil. adakah ini yang diajar oleh ahlul Bayt al-Nabi s.a.w?

Al-Quran juga kata mereka tidak benar kerana telah dipesong oleh abu bakr dan umar. Saya berlepas diri dari setiap perbuatan yang bersalahan dengan suruhan Islam malah terlalu ekstrem...

rujuk apa kata jakim mengenai syiah
http://www.islam.gov.my/e-rujukan/syiah.html

AJARAN-AJARAN SESAT YANG TELAH DIWARTAKAN OLEH JAKIM, rujuk nombor 28

1. Nasrul Haq
2. Budi Suci
3. Al-Watan
4. Budi Suci Sejati
5. Jawa Faradin
6. Silat Sunda Pukulan Ghaib
7. Tusuk Hikmat
8. Ilmu Kebatinan
9. Potong Maya
10. Naluri
11. Kaula
12. Haqqullah Syahadah
13. Rampai
14. Wali Suci
15. Kalimat Sakti
16. Silat Pukulan Jarak Jauh
17. Ilmu Tenaga Dalam Hikmat
18. Zikir Sha`ban Islam Haq
19. Asal Wujud Garis Laksmana
20. Al-Ma`zat
21. “Trancendentel Meditation”- Maharisi Mahish Yugi
22. Ilmu Kebatinan
23. Abdul Manan bin Harun- Tolak Hadis
24. Ilmu Mentauhidkan Allah oleh Nasrun S.T.Qahar
25. Kumpulan Ikhwan/al-Mas
26. Kuasa Ghaib ( Tahan Diri)
27. Mohd Nordin Putih
28. Nasrun S.T.Qahar
29. Roslan Katimun atau Ajaran Wali Sembilan
30. Tariqat Naqsyabandiyah Kadirun Yahya
31. Wali Sembilan
32. Khatijah binti Ali @ Puan Tijah
33. Syed Mutalib bin Syed Mohd Nordin
34. Ajaran Mohd Seman Al-Banjari
35. Al-Arqam
36. Golongan Anti Hadis
37. Ajaran yang disampaikan oleh Juruzon bin Abdul Latif atau dikenali juga sebagai (Hj) Ahmad al-Walidie (Pak Su)
38. Syiah
39. Ajaran Hj. Ghazali Othman Hulu Kelang
40. Ajaran Hj.Kadar Ahmad
41. Ajaran Ilmu Tajalli Ahmad Laksamana
42. Ajaran ilmu Hakikat@ Jahar Dumin Hulu Langat
43. Tarikat Mufaridiah
44. Ajaran Hassan Anak Rimau
45. Tarikat Aurad Ismailiah
46. Ajaran Martabat Tujuh
47. Tarikat Samaniah Ibrahim Bonjol
48. Ajaran Sulaiman ( Bahtera Nabi Noh)
49. Ajaran Ilmu Hakikat Hassan bin Jonit
50. Ajaran Ahmadiah/ Qadiani
51. Ajaran Mohd Nor Seman
52. Ajaran Ayah Pin
53. Ajaran Bahai
54. Al-Ma`unah
55. Ajaran Azhar Wahab
56. Ajaran Hj.Banuar

suka untuk saya ajak anda berjumpa dengan Dr. Zakaria Bin Mahmood @ Daud, bertanyakan pula mengenai siapa sebenarnya wahabi, bagaimana pegangan aqidahnya, feqahnya, dan pendirian mereka terhadap amalan2 sunnah. Tesis Ph.D beliau membincangkan mengenai misteri siapa sebenarnya wahabi. Sekian.

"Saya juga tidak pasti sama ada anda akan mengatakan ekstrem atau tidak apabila mendengar Sayyidatina aisyah di caci didlm solat mereka dan digelar sebagai penZINA?"

-komen saya, slalu sangat dengar pasal kes ni. kenapa tidak sahaja kaitkan juga dengan kes mereka mengatakan malaikat jibril tersilap hantar wahyu, mereka claim ali sepatutnya jadi rasul, malah ada yang mengangkat ali sebagai tuhan dan menyembah beliau (nauzubillah!). semua ini adalah amalan syiah ghulat. mungkin saudara juga sudah tahu, syiah ini adalah sengat ekstreme dari segi pemikiran mereka dan sudah pn diclassified pupus. major syiah skrg, syiah imamiah yg diamalkan lbeh 80% syiah di dunia berfahaman lbeh sederhana.


"Malah dalam sebahagian amalan mereka yg menunjukkan mereka lebih ekstrem adalah dgn memukul2 bdan sehingga berdarah menggunakan bahan tajam, menoreh kepala anak2 yang masih kecil. adakah ini yang diajar oleh ahlul Bayt al-Nabi s.a.w?"

mungkin saudara merujuk kepada amalan MATAM. suka atau tidak, ayatollah khomeini dan khomenei menfatwakan bahawa amaln itu diHARAMkan. ayatollah ili sistani pula mengatakan adalh dibolehkan selagi tidak mendatangkan kesan luka yang permenant. kesimpulan, malah ayatollah meraka sendiri tidak menggalakkan amalan matam, cuma bersedih atas kematian cucu rasulullah, hussein ibn ali.
oleh itu, mereka yang mengamalkan matam bukanlah atas dasar mazhab itu, tetapi adat semata2. kerana bkn semua mencederakan diri pd 10 muharram. ada yang cuma bersedih.

"AJARAN-AJARAN SESAT YANG TELAH DIWARTAKAN OLEH JAKIM, rujuk nombor 28"

memanglah saudara, saya bukan bercerita mengenai "rasul kahar". mungkin saudara ingin menaip 38 tetapi tersilap. jakim just tulis "syiah". syiah bkn satu sahaja saudara. ada syiah ja'afariyah, syiah zaidiyah, syiah ismailiyah. yang mna satu? adakah semua? ataupun munkin merka merujuk kepada syiah rafidhah yang ekstrim.

maka, adakh fatwa yang dikeluarkan syeikh mahmood shaltoot seta 24 lagi mereka yang lain tidakboleh dipakai?

saya x tahu dari mna saudara dapat mna semua maklumat2 mengenai amalan mereka ini. adakah saudar ada merujuk dengan mereka sendiri? pernahkah saudara pergi ke iran atau iraq, lihat dengan mata sendiri apa yang mereka lakukan? atau dengar2 membe cerita sahaja.

oklah saudara, saya pn bukanlah kata nak backup syiah atau apa. cuma kadang kala rsa x best jugak dengan mereka yang pandang hal ni sebelah mata, ambil yang mna yang buruk sahaj, tanpa mengkaji terlebih dahulu.

saya harap, kalau saudara ada kelapangan masa, rajin2lah usha web nih.

http://www.al-islam.org/Encyclopedia/

dalam ni bnyak yang mungkin saudara dapat fahami mengenai mazhab yang saudara katakan "ekstreme" itu. banyak pembuktian dari al quran dan hadis sunni sendiri tantang pegangan mereka. tujuan saya bukanlah apa, cuma ingin mengurangkan salah faham yang slalu kita dengar.

harap saudara dapat membuka hati agar dapat menimba ilmu yang lebih. malahan pula saudara sudah tinggi belajar dlm bidang agama ni, smpai ke jordan.

semoga pengajian saudara berjalan lancar dan bnyakkan membuat kajian serta menimba ilmu.

salam.

terima kasih..

saya telahpun perasan setelah menulis mengenai angka 28 tersebut selepas saya confirmkan, tetapi ini hanya salah teknikal..

"-komen saya, slalu sangat dengar pasal kes ni. kenapa tidak sahaja kaitkan juga dengan kes mereka mengatakan malaikat jibril tersilap hantar wahyu, mereka claim ali sepatutnya jadi rasul, malah ada yang mengangkat ali sebagai tuhan dan menyembah beliau (nauzubillah!). semua ini adalah amalan syiah ghulat. mungkin saudara juga sudah tahu, syiah ini adalah sengat ekstreme dari segi pemikiran mereka dan sudah pn diclassified pupus. major syiah skrg, syiah imamiah yg diamalkan lbeh 80% syiah di dunia berfahaman lbeh sederhana. "

Yups. syiah di Iran syiah apa? Apa pun, saya tahu bahw zayyidiah tidaklah seghuluw yg lain. Tetapi, laporan2 dari sahabat saya di Yaman mengatakan bahawa kini zaidiyyah yg berada di sana banyak dipengaruhi oleh Iran sehingga mereka bertindak ganas, gerakan hauthiah yg saya maksudkan...

Cuma saya ingin tahu, syiah yang mana yang menggunakan kutub sittah sebagai rujukan mereka, sedang jumhur mereka menolak al-Bukkhari dan muslim serta yg lain2 dan hanya menerima rujukan kitab hadis mereka bertajuk usul al-Kaafi?

Baiklah, klu la ia adat sekali pun, bukankah Islam melarang perlakuan tersebut kerana melukakan tubuh badan dan kenapa tiada tindakan undang2 dikenakan pada mereka oleh kerajaan iran yg penasihatnya adalah Ayatullah Khomeini dan Ayatullah yg terdidik di Qum? Bukankah bgi mereka ayatullah atau imam2 mereka maksum (setaraf dengan Nabi?) sepatutnya diikuti...

walaubagaimana pun, saya tidak mahu ke Iran kerana nama saya sahaja sudah 'sufian', suatu nama yg sangat dibenci oleh mereka... Tetapi telah saya ke Syria, betapa mereka membenci Saidina Muawiyyah sehingga sanggup kencing dimakamnya...

Bagaimana kita ingin Taqarrub dan bertasamuh (toleransi) dengan mereka, jika mereka masih tidak boleh menghentikan perbuatan tersebut.

Satu lagi, syiah mesti ikhlas jika ingin bersatu, Buanglah sejauh2nya kepercayaan Taqiyyah (menipu). Selagi mereka berpegang dengan "لا إيمانا لمن لا تقية له" selagi itu, ragu2 akan selalu menyelubungi mereka yg ikhlas...

Terima kasih kerana memberi semangat kepada saya utk terus mengkaji muqaranah al-Mazahib ini. bagi saya ia sesuatu yang sangat baik utk diteruskan agar kita kenal siapa lawan dan siapa kawan... Terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada saudara bertanya.. Cuma saya harap agar saudara sertakan juga nama saudara ketika memberi komentar..

wassalam alaik...

Tulisan yang tidak bersandarkan kepada fakta2 yang tepat. Seluruh dunia tahu bagaimana hubungan Israel, AS dan sekutu2nya dengan Republik Islam Iran, tidak seperti yang saudara gambarkan. Apa tujuan saudara menulis seperti ini? mahu membuat fitnah hanya kerana mojoriti rakyat Iran islam syiah dan saudara pula islam wahabi? saya sebenarnya kesian dengan saudara, bagai menegakkan benang yang basah.
Di saat umat islam memerlukan persaudaraan masih ada tulisan2 seperti ini yang mahu merenggangkan persaudaraan sesama islam. saudara jawablah dengan tuhan nanti ok.

Rasulullah berkata: jika aku ilmu, maka Ali adalah pintunya. kenapa uthman menggunakan mushaf uthmani? adakah mushaf Fatimah/Ali xlengkap? Siapa uthman di sisi Rasulullah berbanding Fatimah/Ali?

Catat Ulasan

Pada pendapat anda?

Perjalanan

Tembusi Petra, Jordan Slideshow: BenTaleb’s trip was created by TripAdvisor. Create a free slideshow with music from your travel photos.
Sabda Baginda SAW ; "Ketahuilah ia (Dajjal) berada di laut Syam atau laut Yaman.. akan datang dari arah timur (lalu menunjukkan dengan tangan baginda).."[Riwayat Muslim]. Daripada Abi Bakr al-Siddiq r.a, sabda Baginda SAW, "Dajjal akan muncul ke bumi dari arah timur bernama KHURASAN." [Riwayat al-Tirmizi]. Daripada Anas bin Malik r.a, sabda Baginda SAW, "Dajjal akan keluar dari kota Yahudi ISFAHAN (Khurasan, IRAN) bersama 70,000 penduduk ISFAHAN". [Fath al-Rabbani Tartib Musnad Ahmad. Ibn Hajar berkata : "Sahih"]. Ibn Kathir berkata, Dajal pada mulanya akan muncul dari ISFAHAN dari sebuah kota Yahudi [al-Nihayah fi al-Fitan wa al-Malahim]. ISFAHAN adalah sebuah bandar terbesar YAHUDI di Iran dan pusat loji nuklear Iran pada masa kini.