JTR mengalu-alukan tuan puan untuk membaca tulisan dalam blog ini bagi manfaat tuan puan
Photobucket

Rabu, 3 Februari 2010

Konspirasi Dajjal di padang bola

Posted by Abu Hannan On 9:10:00 PTG 97 comments

Manchester United dan AC Milan Kegilaan Bola Sepak Berunsurkan Kesyaitanan
clip_image001
clip_image002
Manchester United dan AC Milan. Siapa yang tidak kenal dengan pasukan bola sepak tersebut. Mereka memang hebat di gelanggang dan memiliki barisan pemain yang handal serta sumber kewngan yang kukuh. Mereka telah beberapa kali berjaya memenangi piala samada di kancah Negara mereka (England dan Italy), di pentah benua Eropah dan di pentas kejohanan kelab-kelab dunia. Kedua-dua kelab berkenaan mempunyai penyokong dari serata dunia hatta di Malaysia juga.


Namun di sebalik nama dan pencapaian hebat mereka di persada dunia dan memiliki sokongan tak berbelah-bahagi dari penyokong mereka di seluruh dunia, tersimpan pelbagai unsur-unsur kesyaitanan, masonik dan kawalan minda (nind control). Dana kelab-kelab berkenaan yang terlalu banyak menjadi misteri kerana dikaitkan dengan Freemason yang membiayai kelab-kelab tersebut. Pemilik Manchester United, Malcom Glazier merupakan seorang warga Amerika Syarikat yang berbangsa Yahudi yang sangat memusuhi Islam. Dia dikatakan membiayai sebuah pertubuhan Yahudi di Israel yang bertujuan membela pendatang-pendatang haram Yahudi di Palestin. Manakala AC Milan pernah diterajui oleh Perdana Menteri Italy, Silvio Berlusconi yang merupakan seorang Mason (ahli Freemason).

Kedua-dua kelab mempunyai persamaan dari segi logo dan warna tema mereka yang menyimpan pelbagai unsur Masonik, Kesyaitanan dan kawalan minda. Kedua-dua kelab memilih warna merah sebagai warna tema mereka di mana di dalam kepercayaan puak kafir penyembah syaitan, warna merah melambangkan ‘warna rasmi’ bagi syaitan itu sendiri. Di dalam teori tenaga, pada waktu hampir dengan senja, frekuensi cahaya merah sangat tinggi dan kita dinasihatkan agar tidak membiarkan anak-anak kita berkeliaran di luar rumah pada waktu senja kerana banyaknya syaitan yang berkeliaran pada waktu senja. Dan kita juga tidak digalakkan tidur pada waktu selepas Asar kerana akan menyebabkan kelembapan otak dan kegilaan kerana dikatakan frekuensi tenaga cahaya merah sangat tinggi menjelang senja.

Kedua-dua kelab ini juga mempunyai logo yang menyerupai sebiji mata, di mana mata dikaitkan dengan unsur All Seeing Eye, Eye of Horus atau Mata Dajjal. Lambang mata satu ini juga terdapat pada not $USD 1.00, matawang Amerika Syarikat. Cuba perhatikan betul-betul pada kedua-dua logo ini di bawah:
clip_image001[1]
clip_image003
clip_image005
clip_image007
Pada logo Manchester United, terdapat satu ‘devil’ yang sedang memegang garpu yang memang diketahui lambang tersebut adalah lambang syaitan. Perkataan ‘Red Devil’ (syaitan merah) juga sesuai digunakan untuk menerangkan lambang berkenaan dan turut digunaan oleh Manchester United selain MUFC, Man Utd, Man U dan MU bagi melambangkan kelab berkenaan. Dua biji bola yang terdapat di logo berkenaan dikatakan oleh pengkaji konspirasi sebagai Ra atau Amon-Ra yang merupakan Tuhan Matahari bagi masyarakat Mesir Purba. 

Pada logo Manchester United terdapat sebanyak lebih kurang sebanyak lima NOMBOR 13, secara jelas atau tersirat jikalau diperhatikan secara teliti. Angka 13 merupakan angka yang melambangkan angka sial bagi masyarakat Eropah dan juga melambangkan nombor kesukaan syaitan bagi para penyembah syaitan. Jikalau anda dapat melukiskan seperti di bawah pada logo ini maka anda akan mendapati satu pentagram, bitang berbucu 5 yang terbalik yang merukan bintang yang melambangkan Baphomet, syaitan berkepala kambing yang disembah oleh para Mason peringkat tinggi. Dan bucu yang melambangkan Baphomet (bucu bawah), ia menghala ke perkataan UNITED seolah-olah menyuruh para penyokong MUFC bersatu di atas nama Baphomet.
clip_image008
clip_image010
clip_image012
Perkataan MASON boleh didapati secara tersembunyi dan tersirat pada logo ini. Selain itu, selalunya Manchester United dibahasakan sebagai MAN U di mana Manu merupakan Dewa bagi masyarakat Hindu. Sekali lagi unsur agama paganisme selain Ra diterapkan dalam logo ini. Perkataan MAN U itu jikalau ditambahkan setiap angka yang mewakili huruf tersebut, kita akan dapati angka 13 pada hasil tambah akhir nombor berkenaan. Contoh:
M=13 A=1 N=14 U=21
1+3+1+1+4+2+1=13
Jika kita abaikan MA pada Manchester (yang mana MA bermaksud MASON) huruf N,C, H,E,S,T,E,R juga boleh mendapat angka kesukaan penyembah syaitan.
E dan R
E=5, R=18
18-5
=13
N,C,H,E,S,T
N=14 C=3 H=8 E=5 S=19 T=20
1+4+3+8+5+1+9+2+0=33 

No 33 adalah angka kesukaan penyembah syaitan. Selain itu juga ia merupakan darjat tertinggi dalam Freemason di mana ahli yang ada darjat 33, meyembah syaitan dalam ritual mereka.

AC Milan pula tidak kurang hebatnya unsur Masonik, kesyaitanan dan kawalan minda pada logo mereka. Satu salib yang terdapat pada logo berkenaan jelas mengambarkan salib Knight Templar. Apa beza salib Kristian dan salib Knight Templar? Salib Kristian persilangan dua batang tersebut tidak berada di tengah-tengah batang yang panjang sebaliknya pada bahagian bawah persilangan lebih panjang dari bahagian atas. Salib Knight Templar pula kedua-dua persilangan berada pada tengah-tengah setiap batang. Cuba perhatikan di bawah salib para Knight Templar dan salib Kristian:
clip_image014
Salib Knight Templar
clip_image016
Salib Kristian
clip_image002[1]
Knight Templar merupakan satu pasukan askar yang sangat kejam yang menyembelih seluruh umat Islam semasa mereka menawan Baitulmuqaddis. Mereka merupakan penyembah Baphomet dan syaitan yang mengamalkan ajaran Kabbalah, ajaran kesihiran dan kesyaitanan. Para Knight Templar juga adalah asas bagi pertubuhan Freemason moden. 

Pada logo berkenaan jiga terdapat 1899 yang mungkin kita faham sebagai tahun penubuhan kelab berkenaan. Namun sebaliknya secara tersiratnya jikalau 1dan 8 ditambahkan akan membentuk 9 dan jika 9 berkenaan digabungkan dengan 99 yang ada dan diterbalikkan, hasilnya angka 666 yang mana angka 666 adalah angka ‘Lambang Raksasa”, Mark of Beast atau angka kejahatan. Pada logo AC Milan juga jikalau salib berkenaan disifatkan sebagai X dan dicampurkan dengan belang-belang yang terdapat di sebelah X berkenaan akan membentuk XIII yang mana angka 13 juka terpakai pada logo ini. Tidak cukup lagi, huruf ACM pada logo berkenaan jikalau dimainkan nombornya:

A=1 C=3 M=13 akan membentuk 13,13 dimana angka 13 berulang sangat disukai para penyembah syaitan. 

Secara umumnya para penyokong kelab-kelab berkenaan jikalau kita perhatikan sejarah perlawanan mereka, mereka gemar bergaduh dengan para penyokong kelab lain. Mereka juga gemar merosakkan harta benda awam dan melakukan vandalisme. Para penyokong kelab-kelab ini juga samada di Eropah atau di Malaysia sangat taksub dengan kelab ini sehinggakan sanggup berbelanja lebih untuk membeli cenderahati, melanggan ASTRO dan melepak di kedai makan semata-mata menonton kelab kegilaan mereka. Lagi sedih, ada yang memakai tanduk ala ‘Devil’ semata-mata menunjukkan sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi. Mereka juga sanggup menghabiskan masa terluang semata-mata menonton pasukan kesayangan mereka sehinggakan terlepas solat Maghrib (ada perlawanan dijalankan pada waktu Maghrib di Malaysia) dan bersengkang mata sehinggakan terlepas solat Subuh akibat menonton perlawanan larut malam.
clip_image018
clip_image020
   
Ini kad permainan illuminati
Ditulis oleh: 
Mr. Yang Berselimut
Jawatan Kuasa Forum JTR-FOM-NT
* telah disiarkan di laman blog FOM

97 Komen:

nasib baik barcelona takde unsur2 ni..

Sendra, ini hanyalah dua cth terbesar saja. Barcelona, Inter Milan dan banyak lagi kelab bola sepak dunia terlibat sekali..

bagusnye chelsea masih 'sehat' dari sume2 nie...

Ala..da nama dengki tu..dengki je la..mcm la fan laen tak taksub ngan club dorang maseng2...kalo dtg malaysia xcited gak smpai xsemyg magrib haha..2x5 jek sume..juz njoy da sports

just enjoy the football.meminati gaya permainana, player kegemaran..not more than that.tidak di nafi maybe ada tersirat di belakang itu semua seperti pendedahan di sini. jika tidak mahu sokong glazer, beli aje baju muslimeen united yg banyk di pasar lamabak.
kenapa lambang setan ye? pegang tombak ( bukan garpu ), maybe ada sejarah....sejarah yg mason di belakang, we never know.
bab pengiraan nama manchester dan no.13, mcm x boleh nak pakai sgt kot, sekejap tambah, sekejap kena tolak, semata-mata nak dpt no.13..sifir apa nak di pakai ?

bagus pendedahan begini. akhir zaman mcmc2 hal akan berlaku, yahudi xkan berdiam diri.nak sokong M.U sekadarnya udah, jangan la fanatik sgt..

p/s : barcelona, fiorentina, real madrid, semuanya lambang bersalib belaka..kalau x yahudi, kristian..mereka x kan redho

terima kasih atas info2 yg sgt berguna..sebelum ni saya kurang tahu pasal illuminati n freemason ni..tp selepas ni saya akan lebih berhati2..teruskan perjuangan anda..

sama ajer semua kelab bola eropah yg berpengaruh pun...baik barcelona, real madrid, man utd, ac milan, inter milan, chelsea,liverpool, arsenal etc...tinggal lagi si penkaji ini lebih menjuruskan kepada logo semata2 shj...ada berlambak kelab lain lagi pakai salib dan ada unsur freemansory...cuma tinggal lagi ini adalah kelab yg paling fames (Man Utd dan AC Milan) sbb itu si pengkaji highlight lebih2 pada 2 kelab ini..

atau pengkaji meminati chelsea...huhu

dekat lambang chelsea pun ada "singa berdiri".. kalau kita tgk "the arivals", faham2 la apa maksud singa tu kan... :)
lambang ni baru dibuat bila abramovich (seorang yahudi) membeli chelsea. sebelum tu, lambang chelsa adalah "CFC"..

so chelsea pun takla "sihat" mana.. :)

dah nama tempat dia manchester.. takkan nak wat nama wakafcheyehunited pulak..

sokong bleh...tp jgn sampai nk solat pon dok teringat team yg diminati...sampai terlewat atau tertinggal solat...sampai de yg berselisih faham...sampai lebih mengenali player2 daripada tokoh2 agama...bukak paper mesti belek sukan dulu...topik agama skip terus...

klo semua yg disenaraikan kt atas terjadi pada kita...maka objektif illuminati dan seangkatan dengannya sudah tercapai...

hhehe...

eleh..eleh.. klu dah namanya fanatik..x boleh diusik skit kelab dia..sekurang-kurangnya pengkaji ni buat jgk kerja-kerja dakwah..mengingatkan sesama muslim.. jgn la melenting x tentu pasal bila kelab pujaan tu dikomen org...

mane yg baek kita ikut dan mane yg buruk kita tinggalkan...tp pengkaji x usik pun team liverpool yg terang2 pakai jersi logo carlsberg!player pun orang israel..musykil2

mungkin terlalu banyak nak ditulis tentang kelab-kelab bola sepak 2 sbb tu penulis x sempat tulis...but die da bagi guideline untuk kita kaji sendiri...jadi kita sama-samalah mengkaji..

trima lah ape yg dikate oleh pnulis dan renung kn
klu kite trime atau tidak pandangan nye, kite wat kajian sndr
jgn la nk salah kn die jer
die cume britahu ape yg die tau

Ini cuma pendapat saya mengenai 'system' ini:

Pernah anda terdengar phrase ini:
"Dari mata turun ke hati"

Dalam bahasa, slalunya interpretation bagi sesuatu maksud adalah subjective. So apa yg saya faham adalah, apa2 pun benda yg kita lihat, walaupun pada asalnya niat kita cuma mahu melihat, akan turun jua ke hati. Dari sekadar melihat dan suka2, secara sedar atau tidak, 'memori' hasil image yg dirakam dai mata akan disimpan di hati lalu membuatkan kita teringat2 lantas membuatkan kita sedikit sebanyak 'mengagung2kan' atau treasure those moments.

Banyak kes2 lain mengenai unconcious influences yg boleh dikaitkan contohnya mcmana music dan tv boleh sub-consciously influenced our mind through Trance Stage. Jangan kita leka, walaupun anda tak merasa impaknya, tidak mustahil satu hari anda secara tidak sedar menyokong dakyah the Hidden Hand ini melalu sukan.

Tak semua benda yang terjadi dalam dunia ni suatu kebetulan. Masakan pokok akan bergoyang kalo tiada angin yang meniupnya atau orang yang mengacaunya. Jangan kita buta dalam cahaya.

boleh tau,macamana kajian pada logo dua kelab ni dilakukan..sekadar pemerhatian mata n pemikiran/fahaman penulis blog ii, atau ade sumber2 lain yg menguatkan kajian ni..example paperworks dari dua kelab ni ker,,web atau tv atau..

Saya setuju dengan encik Tanpa Nama ini. Walaupun kedengaran statement ini logik namun perlu disertakan sumber2 bukti dan alibi yang dapat memperkuatkan lagi artikel ini. Without quotation from any other credibility sources, maka org2 boleh menyangkal statement article ini.

susah kalau orang yang x faham.hanya boleh kuarkan kata2 jelek yang sinis.orang begini ibarat mencurah air ke daun keladi..xkan terima selagi diri sendiri xnak buka mata hati

gua layan man utd
gua layan bola
tapi gua juga menerima semua ilmu2 neh
gua take note supaya gua x minat melebih2 bola sehingga melanggar tujuan 'kenapa tuhan jadikan manusa di muka bumi nih'

gua doakan..orang2 yang hatinya gelap tuh , terbuka menerima kebenaran
gua doakan ....korang dapat ilham tuk mencari kebenaran..

orang-orang seperti ni bukan nak kuarkan suma statement neh saje2..mereka antara orang2 yang sedar..syukur dorang juga nak orang lain seagama dengannya sedar..

try to think 'outside the box'

dah2.. dripde kte 'berdebat' cmni.. dahla..
erm.. xyah la kesa sgt bende2 cmni(aku bukan x sokong ape yg dikaji oleh pengkaji ni).. tp, yg penting solat kte.. xyah la tinggal.. dan ibadat2 yg lain.. dan ketakwaan kpda Allah..

Allah jdkan kte kat dunia ni sbg hamba kpd Nya,.. so kte kne la ikot sgla perintah Nya.. so tujuan kte hidup ni tuk beribadah kpda Allah..

bersukan boleh, sebg riadah kte..tp jgn la terlalu fanatik.. bersukan utk kesihatan fizikal dan mental..
tetapi kalo nk diikutkan, solat pon riadah.. same je.. so yg penting solatla.. solat tu tiang agama..

kte sme2 solat dan berdoa utk diampunkan dosa.. smemangnya kte sume ade dosa2nye..

sekian, hazim ikhwan

aku sokong pendapat hazim ni..
solat tu riadah..
^^

semua lambang dajal punye..letak lambang binatang dajal punye,letak geometri pon dajal punye,bulat mate dajal,segitiga plak rumah dajal,petak2 carpet dajal punye..ssh hidup mcm nih bro!!

kepada tanpa nama 20:36


nabi dah kata..dunia nih ibarat penjara bagi orang mukmin , syurga bagi orang kafir..

dan nabi dah kata..akhir zaman tiada fitnah yang lagi dahsyat daripada fitnah dajal

dan cuba fikir , kalau dajal tiba-tiba muncul dan menyeru orang menyembah dia,.adakah suma orang akan sembah dia?dengar cakap dia?

mustahilll!!!

sebab fitrah kita x dapat menerima perubahan yang bertentangan dengan pemikiran kita sekelip mata

jadi?
ape yang dajal buat?

mestilah PERSEDIAAN.

persediaan apa??

iaitu meyakinkan orang seluruh dunia agar dapat menerima dia..menerima dia sebagai penyelamat dan setrusnya sebagai tuhan

caranya?
menggunakan orang-orang suruhan.freemason dan lain2 lagi gerakan yahudi.

bagaimana?
membuat kan kehadiran dajal sedikit demi sedikit.daripada benda yang x biasa menjadi biasa..akhirnya sampai masa , orang boleh terima dia [ bagi yang lemah iman ]

jadi apa yang penulis nih buat?

dia cuba menyampaikan dan memperingati kita tanda-tanda kehadiran dajal.kita dah di akhir zaman.dulu masa nabi mikraj ..beliau pernah berjumpa dengan seorang perempuan tua..bila ditanya ,jibril menjawab itulah umur dunia..

penulis memberi tau kita tanda2..supaya kita dapat menguatkan keimanan kita..supaya kita x masuk dalam golongan2 yang mengikut dajal nanti..

aku dengar muzik..
aku layan bola..
kehidupan kita diakhir zaman nih..sebenrnya dah di set (mind control)
apa yang kita boleh lakukan?

kita x boleh stop muzik
kita x boleh stop orang main bola..
yang boleh..kita tingkatkan kesedaran dan keimanan kita
dan sedarkanlah orang disekeliling kita


tuk hazim ikhwan ,
awak masih muda..still 15 tahun..banyak2 membaca ye..jangan deny fact..just teruskan mengkaji..insyaAllah tuhan akan tunjukkan kebenaran

samirnasri

Well, kita paham sbb mmg tujuan org ni keluarkan artikel seperti ini utk menyedarkan org ramai dan mereka jugak bukan sekadar keluarkan benda ini ikut sedap mulut jak. Artikel ini mungkin mampu utk menambahkan pengetahuan org2 yg sudah membebaskan minda mereka dari anasir2 dunia yan kurang sihat tp mcmana pulak ngan golongan2 yg masih belum sedia utk di'unplug'? Jenis2 ini akan menggunakan apa saja tindakan utk menidakkan kesahihan artikel2 sebegini dan cara yang paling berkesan adalah dengan mengatakan artikel sebegini tidak relevant disebabkan ketiadaan sumber yang reliable. Itu adalah alasan mereka demi melindungi ego mereka yang masih belum bersedia untuk berubah.

Nak mengubah orang ada banyak cara, bergantung kepada jenis orang tersebut.

k, mmg aku still mude.. sbb tu la aku pon susah nk percaye.. tp bukan aku x caye.. cume trlalu byk dedahan mcm2.. kte pon sampai boleh confuse.. kejab org kate tu, kejab org kate ni.. terlalu byk pendapat.. dan kdg2 mreka sume menganggap mereka betol.. mungkin aku terlalu main lpas ckp .. aku pon x tau cmne.. aku just tulis ape yg aku rse..

tp kalo aku bce bende2 cmni, dan cbe memahami pon, boleh bawak jd gile je.. so, aku rse baik kte just pikir diri sndri dlu.. kte ni smayang cukup ke..., so kalo smayg pon x cukup, tp pikir bende2 psl ni, baik x pyh..

mcm org yg x smyg fardu, tp nk pegi haji.. x ke pelik.. ok so, korang anggap la ni pandangan org mude.. mmg aku ni x byk ilmu... tp.. yela.. korang la menilai pendapat aku ni.. kte just nk kongsi pendapat.. xkan la sume pendapat mesti kene btol je.. somtime ade yg salah jugak kan..

so bg aku, kalo basic pon x mantap, mcmmne nk mantapkan yg lebih dari tu..?
ok, maaf.., mmg aku tulis men lpas je x pikir pape..

hazim

bagaimanakah iluminasi ini boleh mempengaruhi kehidupan kita sebagai umat Islam.

to nexcorvus

betul tuh..
orang ada macam2 jenis pemikiran
just perlu macam2 cara untuk mengubahnya..

aku rasa dalam the arrival ade dikupas satu episode bagaimana nak menyampaikan benda2 nih..

memang bukan senang..tengok dalam ruangan komen neh..

bagaimana setengah2 komentar compare dengan kelab2 len..maksudnya dia belum jelas lagi ngan tujuan penulis sebar benda2 nih..

tiada cara lain.kita boleh tunjuk jalan, tapi selebihnya kena cari sendri..

sbab tuh nabi suh kita tuntut ilmu..mencari pengetahuan

tuk hazim..

nothing wrong with being younger.
banyak2 membaca yek..tpi kalau x faham..jangan malu2 brtany2..silap2 boley sesat..series.dan boleh tersasar jauh..

memang betul..basic thing ialah melaksanakan rukun islam dan rukun iman..tapi dalam rukun iman disuruh kepada percaya kepada rasul..

so..ape yang rasul pesan kepada kita..mesti kita amik tau dan laksanakan..

ibadah memng perlu dan wajib..tapi menuntut ilmu jugak tggi darjat dia..melengkapkan kita sebgai seorang muslim yang sempurna

dan juga mempersiapkan diri kita apabila sampai masa nanti

islam tidak mengajar umatnya berzikir semata-mata ketika berperang.bahkan nabi menyuruh umat Islam menuntut ilmu untuk berperang seprti menunggang kuda , bermain pedang dan memanah..baru lah lengkap fizikal dan mental untuk membela islam :)


samir nasri

Well, janganlah anda2 sekalian berasa inferior sbb kita semua x sempurna. Ilmu2 yang kita ada ini sangatlah terhad jika nak dibandingkan dengan ilmu2 yang dipunyai oleh Allah SWT. Namun masih ada golongan manusia yang merasakn diri mereka sebagai 'tuhan' manusia disebabkan mereka ada ilmu yg 'lebih' dari manusia biasa dan mereka2 inilah yang menyimpan ilmu2 ini utk diri mereka sendiri kononnya merekalah yg lebih layak memilikinya berbanding kita. Disebabkan ini, mereka merasakan bahawa merekalah tuhan dan disebabkan inilah mereka mencaturkan dunia dan seluruh makhluk2 di dalamnya. Mereka inilah Dajjal2 kecil-Illuminati dan Freemason. Nabi mereka Dajjal dan Tuhan mereka ialah Iblis (Agama Luciferan).

Untuk Keterangan lanjut mengenai Illuminati dan Freemason serta gerakan2 rahsia yg lain, sila lawat blog ini:
http://mistisfiles.blogspot.com

Atau, anda boleh cari siri dokumentari The Arrivals yang boleh ditonton di YouTube. 51 episod semuanya.

Hidayah ibarat cahaya matahari, jika kita tidak bukak tingkap, maka cahaya tidak akan masuk ke dalam. Untuk mendapat limpah hidayahnya, kita perlu membuka pintu hati kita untuk menerima hidayah itu.

Kebenaran juga tidak datang bergolek, Kitalah yang perlu mencarinya. Mereka2 ini cuma boleh menunjukkan pintunya, kitalah yang akan membukanya.

emm..mempersoalkan kenyataan dlm penulisan blog ni bukanlah bermaksud xsetuju dengan apa yg didedahkan..cume jer lagi bagus kalau disertakan sumber articles..mmg tu la ilmu asas buat kajian, terutama tajuk2 yg serius macam ni..n dipublishkan pada org ramai..supaya xtimbul kekeliruan..

org yg berfikiran 'out of box',xkan menerima bulat2 information yg diterimanya..dan melihat ianya dari pelbagai sudut..negatif n positive..

lagipon,mcm aku,xkenal sape penulis blog ni,,x mustahil la kalu nak mempersoalkan penulisan ni..cuma mempersoalkan,bukan menafikan..lagi jelas penerangan yg diberikan,lagi byk ilmu kita dapat..lagi panjang berdebat,lagi byk pendapat org ramai disuarakan,,lagi bagus..lagi dalam kita mengkaji..

kalau la penulisan ni atas pendapat penulis semata2,aku pon boleh keluarkan pandangan aku..
lambang merah melambangkan keberanian,kita perlulah berani dlm apa saja yg kita buat.. bentuk pentagram yg dikatakan sebagai lambang baphomet,sebenarnya bentuk biasa bagi sesebuah institusi..seperti sekolah2 dimalaysia..1899 sememangnya tarikh penubuhan acm...
boleh ke korg terima pendapat aku ni??

percaya atau x,kadang2 ilmu dan pandangan org muda lagi bagus dari pandangan org lama..lihat sekeliling korg,ade x situasi macam ni??d rumah..tempat kerja..

ape2pon aku suka penulisan ni,membuka mata pembaca2..cuma lagi bagus kalau diperkemaskan lagi..

..penyokong pahang..

Komen2 di atas menunjukkan bahawa sukan adalah riadah mmg beul apabila kita bersukan dan main sendiri bola sepak tu atau sukan lain bukannya menonton sambil memakan pop corn dan lupa solat sbb menonton MUFC. itu bukan kira riadah beb....

Kehadapan saudara
MOHD SUFIAN TALIB

Tahniah pendedahan berani saudara tentang AJL dan kini industri bolasepak Eropah. Pendedahan tentang perkara tersebut perlu diberi perhatian dan saudara perlu dihargai!
Lantaran untuk MENGHARGAI saudara, saya hanya sekadar mengingatkan saudara agar saudara sendiri tidak TERPERANGKAP dalam JARINGAN KONSIPIRASI tersebut. Lebih tepat lagi saudara buka mata saudara memandang kawasan sekeliling tempat saudara belajar, terpampang atau tidak symbol-simbol yang tidak kena? Saya maklum tidak manis kita berada di negara orang, untuk mengkritik apa lagi tempat untuk kita menimba ilmu seperti U saudara. Tapi ALANG-ALANG BERDAKWAT BIAR HABIS TINTA DIPENA, SEKALI SEKALA MENYAKAT BIAR TIDUR TIDAK LENA!
Salam.
MATA DUA

"alang-alang berdakwat biar habis tinta dipena, sekali sekala menyakat biar tidur tidak lena".. aku suka ayat ni..caya la bro mata dua..mesti org lama ni..

..penyokong shahzan muda..

kajian ni dilakukan berdasarkan pembacaan kami pada sumber2 yang boleh dipercayai.kami menggunakan sumber2 tersebut lalu membuat pemerhatian pada kebanyakan logo-logo kelab bola sepak dunia yang mana sumber kewangan mereka byk. bila dikatakan sumber kewangan banyak dan tidak terhad maka secara teorinya kelab tersebut dibiayai oleh orang2 yang kaya raya yang selalunya bila org kafir yang kaya raya mereka selalunya adalah ahli mason atau puak penyembah syaitan dan penyembah matahari. mereka selalunya akan menyelitkan unsur mereka dalam logo atau lambang syarikat atau kelab atau pertubuhan yang dianggotai mereka. dan termasuk juga kelab bola sepak. Cuba lihat pada USDollar 1 yang mana bank yang mengeluarkan note tersebut adalah Federal reserve bank, yang mana dikuasai oleh puak2 tersebut , mereka menyelitjkan unsur2 mereka pada note tersebut. secara teorinya tidak terkecuali juga pada kelab2 bola sepak.

untuk pengetahuan tuan, hasil2 dapatan kajan kami adalah berdasarkan pemerhatian kami semata2 selepas membuat pemerhatian secara teliti pada logo tersebut.pemerhatian tersebut perlu dibuat dgn menggunakan mata hati juga bukan semata-mata mata fizikal.masa pertama sekali saya mendengar pasal unsur kesyaitanan pada logo MUFC dan AC milan dari kawan saya Fadzlie wong, saya kurang percaya kerana mungkin saya tidak memerhatikan secara teliti. tetapi dalam masa sama saya juga tertanya2 pasal logo "devil pada logo MUFC, dan juga Fadzlie Wong tu sebelum ini merupakan penyokong tegar MUFC sampaikan tahap membeli merchandise kelab tersebut. namun selepas dia membuat pemerhatian teliti dan nampak pasal logo tersebut, terus dia buang semua merchandise yang dibelinya dan mengajak saya bersama2 memerhati dan menulis artikel ni. dia juga sudah tidak langsung meminati bola sepak sebagai penonton atau peminat kelab mana2.

Untuk pengetahuan tuan, sumber2 yang kami gunakan adalah dari blog2 Islamic dan juga blog atau laman web pihak kafir yang saya akan berikan rujukannyadi bawah ini.

http://www.theforbiddenknowledge.com/hardtruth/13_33_freemason_sig.htm

http://www.theforbiddenknowledge.com/hardtruth/uspresidentasmasons.htm

http://www.theforbiddenknowledge.com/hardtruth/destruction_of_the_trade_centers.htm

http://www.exposingsatanism.org/signsymbols.htm

http://halaqah.net/v10/index.php?action=printpage;topic=9957.0 (Ini baca komen2 pengomennya)

dan satu lagi rujukan kami adalah buku tulisan Henry Ford, The International Jews yang mana menulis pasal protocol of zion, buku sihir yanhudi kaballah, Transcendental Magic tulisan eliphas levi yang mana saya tak dapat nak attach kat sini sbb size 28MB, dan juga web page dibawa, web page ibnu yaacob pasal memperkasakan gagasan pengislaman ilmu, tapi bukan isi tulisan ibnu yaacob tetapi komen oleh panas hati dengan jiran. cuba tuan baca komen oleh panas hati dari dgn jiran dari awal hingga habis dalam web di bawah. byk info berguna pasal konspirasi kristian pulak. kita selalu dok nampak konspirasi yahudi dan protocol of zion je sampaikan melupakan satu pihak lagi yang tidak meredhai kita iaitu puak nasrani yang mana pihak yahudi guna protocol of zion manakala nasrani gunakan BENEDICTINE ORDER

http://ibnuyaacob.com/?p=1342

Harap link2 yang saya berikan dapat membantu tuan dan reader lain memahami konspirasi pihak yahudi dan nasrani yang tidak pernah dan tidak akan meredhai Rasulullah dan umat Islam seperti mana firman Allah dalam al-Baqarah 120. dan juga konspirasi oleh Iblis dan para penyembahnya serta pihak penyembah matahari yang dari dulu sampai sekarang ada.

Terima kasih

apa lagi yg tinggal utk kita, sukan bola sepak pun kita dah x boleh nak layan...semuanya mcm salah aja...segala2nya x blh...sekadar suka tgk sukan sudah lar...x payah nak suruh kita ban sana sini...kat negara kita night club dan disko mencanak-canak naik x pulak kita kaji mendalam...maaf lar cakap...tapi kita kadang2 gajah depan mata kita x nampak, tapi kuman seberang laut yg kita lebih2 nak amik tau...

Cuba saudara buat sedikit kajian tentang negara yang saudara menuntut ilmu sekarang ini tentang logo dan simbol-simbol tertentu yang digunakan dan juga U saudara. Adakah terlepas dari jaringan tersebut?

ALANG-ALANG BERDAKWAT BIAR HABIS TINTA DIPENA, SEKALI SEKALA MENYAKAT BIAR TIDUR TIDAK LENA!

JARANG JARANG BERKHALWAT BIAR SAMPAI TERBUKA CELANA,
MENYENTUH DAN MENGUSIK BIAR SAMPAI BERKELANA!
Bagaimanapun saya menghargai hasil kajian dan pendedahan berani saudara .
"KONSPIRASI IBARAT BENANG-BENANG YANG BERBUKU"
MATA DUA

Ini bukan untuk membangkang..
tapi dalam quran..tak pernah menggambarkan
syaitan berbentuk bagaimana..so how u relate it with the figure of ada tanduk or semua tu..

and just wanna know..
is there hadith or ayat quran yng kata..
is not nice to sleep after asar?

aiyoo syamil..ko x paham makna surah al-asri rupanya... xpe mungkin ko x tau.. cari lah ilmu agama biar pun sampai beruban..salam...

maaf..
saya hanya bertanya..
may Allah bless you! (=

jap..apa maksud ko..wahai anonymous?

penerangan yg amat2 jelas dari saudara abu hannan.this is what i want to know..respek la korg..kajian yg amat mendalam..
thanks 4 dis info..

..penyokong piala malaysia!!..

kelantan pon pki simbol merah kan??? bintang kat masjid berbucu 5 kan??? org cina smbt thn baru mesti smua colour merah kan?? so??? ada unsur2 syaitan ke??

oh ya, umat kritian bukan lah musuh islam, ajaran kami x pernah mengajar memburuk2kan agama lain, kami menghormati smua agama d malaysia, kitakan 1 malaysia.... mgkn zaman dahulu bermusuh, tp zaman skrng smua dah tahu b'fikir...so...peace...

wow, btl ke lambang microsoft pun ada unsur2 illuminati??? ada ditulis kat blog yg admin post.... & bulan dan bintang adalah lmbng lucifer??? bukan kah.....

abez kalau kita pkai jersey kelab2 ney time solat atau ble2 je.. x bdosa ke ea..?? sbb de lmbg salib n syaitan tuh.. btw, suke your blog.. byk kupaskan pkara2 yg kami sume 'buta' ttg nye..

tak payah g jauh la...kat malaysia pn da belambak da..paling obvious skali kt KLCC menara bekembar tu..

baju AC-Milan memang confirm haram pakai..
pasal promote perjudian...

tapi kalau mcam liverpool..
still ada orng pakai baju dia,,
sedangkan..promote arak..

btl tu...KLCC rupa mcm da sebijik freemason nye lambang..so jgn g KLCC..yg keje kt sane pn kene benti gak la eh???oh...bendera malaysia pn da mcm US..US negara yahudi..so cmne tu ye tuan tanah blog ni??

Salam sejahtera kepada para2 pengomen, Kadang2 saya tertawa bila persoalan anda diajukan kepda penulis artikel ini, sebabnya, cara kita berfikir itu terlalu mengongkong minda kita.

Sepanjang pembacaan sya, tidak ade pun penulis ni mengharamkan main bola, baju merah, pakai tikar checkered floor, dan lain2.. cume dlm artikel2 sebegini, penulis cuba menerangkan kaitan perkara2 tersebut dengn illuminati dan the secret society yg lain.. itu je, dan kita perlu perlanhankan langkah kita dan berhati2. dats Y nabi kita suh kita berdoa untuk dijauhkan dari fitnah dajjal sebb fitnh yg paling besar adalah fitnh dajjal.

macm gambaran Syaitan, mmg Islam x pernah mengambarkan syaitan tu mcm tu, ade tanduk n stc, tpi penulis kaitkn kerana mengmbil pemahamn dr ape yg puak2 illuminati ini percayai. bukan penulis yg memandai2 lukis gambar syaitan tu. Aduh, besar2 sungguh fitnah akhir zaman ni...

Sy harap kita lebih berfikiran waras dlm menilai dan menyusuri isu2 sebegini.. Niat baik penulis jgn kita pandang sebelah mata. ade yg minta rujukan, say rase penulis dah letak dlm ruang komen ni, so tgk asas2 kajian ni.. kat ctu, kita tahu bgaimana pengkajian ini dilakukan.

Nak main2 bola, main la, nak pakai tikar getah checkered pakailah, nak pakai baju merah, pakailah, janji anda tidak menggunakan kerana kepercayaan tertentu sperti apa yg illuminati & da gang imani.. So, sy harap kita rakyat Malaysia boleh tukar minda kita kepada yg lebih kreatif dlm menilai isu2 mcm ni..

Kepada

(Tanpa Nama berkata...
btl tu...KLCC rupa mcm da sebijik freemason nye lambang..so jgn g KLCC..yg keje kt sane pn kene benti gak la eh???oh...bendera malaysia pn da mcm US..US negara yahudi..so cmne tu ye tuan tanah blog ni??

2010 FEBRUARI 9 14:44)

1. Minat bola? Klu minat bola cuba lihat logo kelab PORSMOUTH?
2. (bendera malaysia pn da mcm US..US negara yahudi..so cmne tu ye tuan tanah blog ni??)
cuba anda buat rujukan tentang artikel bangsa MORMON. Ada seorang professor membuat kajian sehingga ke malaysia!
MATA DUA

nak cakap sikit tentang bola nie. pasal tv3 ade buat soccer kids rasenye cam tak sesuai bebudak didedahkan begitu.
rata2 umur 12, sya pun tak tahu skolah ke tak skolah bebudak tue. patut latih jadi org yg beragama tapi lain lak jadinye.
pastu pakai yg buka aurat. isk2 tak takut dosa ke.
sma jugak cam rancangan hiburan idola kecil.
membuatkan bebudak fikir itulah masa hadpan yg perlu dikejar. sedangkan masa hadapan lebih mencabar lagi dengan pelbagai benda2 yg boleh merosakkan akhlak.
program2 camtu patut dihentikan.

ibubapa mmg mainkan peranan yg penting dlam hal ini. ya allah jauhkanlah negara kami dari segala bencana wabak penyakit,alam dan fitnah dajjal. dan matikan kami sebelum dtgnye dajjal dan hari kiamat. Amin.

sebelum teruskan maaf andai ada silap dan salah.
kawan-kawan semua, kalau rasa penulis blog ni x btul terpulang. tapi soalannya, kita cari atau tidak? kalau kita x stuju terpulang, tp usah menafikannya. mempersoal saya rasa x mgngapa. setuju dgn salah satu komen d atas. kalau kita kata ini tak boleh itu tak boleh jadi suma x blh.. susah btl hidup.. saya kata, memang pun.. dah sbb semua dah dirancang oleh mereka (baca : yahudi & nasrani) sejak sekian lama lagi..

setiap apa yang ada dalam hidup kita hari ini memang ada unsur2 yang mereka terapkan. dari bdak kecik sampai orang tua. dari ruang tamu ke bilik tidur. x leh elak.. jadi kita apa kita buat? cumanya, kadang-kadang ada sesetngah benda yang mereka terapkan, perlu n terpaksa kita manfaatkan atas maslahat yang lebih besar. cnth internet ni la.. mcm KLCC yg d brtahu, saya rasa xda lah sampai x leh pg langsung. kecuali kalau ada org Islam yang ada bangunan yang lbh hebat dr tu, ha.. br blh kata x yah g langsung KLCC tu.. point nya xda.. eh, jap.. itu dr sgi material.. sbnrya ada.. p, cma mgkin ad yang akan kata.. "errr..."
x jauh dr KLCC tu.. masjid.. hehe.. lagi hebat..

saya rasa penulis blog ni xda kuasa nak paksa anda semua untuk x yah tgok terus dan bola man u, villa dsb.. n dia tak bermaksud bgitu pn rasnya.. kn.. x tau la.. p, kalau dapat tahan tak tgok terus lg bgs..hehe.. p, sekurang-kurang dia cr n cuba dedahkan musuh yang tersembunyi..

serius, ini br sikit dia dedahkan.. kalau semua dia dedahkan, ntah2 lg bnyak yang komen kt sini kang.. hehe.. bnda yang kita tak sangka hr2 kita pakai, hari2 kita buat dn bsma..

tolong la kawan2.. komen saya ni mgkin xda isi dan xda fakta.. krn ni hnya nk luah apa yg saya rasa.. sdih.. kita mgkin minat sesuatu material telah membutakan mata kita utk terima satu yang pahit bg kita sndri..

bkak la mata kita.. pandanglah alam ini dengan mata hati.. nampaknya yahudi dan nasrani dag berjaya kalau kita dapat terima mereka dalam hidup kita seharian.. sb ni lah matlamat mereka..

cukupla kot.. kepada teman2 yang masih ada rasa nak mencari, saya syprkan utk tgok video the arrival yang pnah d cadangkan oleh pengkomen sblm2 ni. kemudian, kalau berkemampuan, cuba cari bulu "Musuh Rahsia : Menyingkap Kisah Dari Al-Quran, Taurat dan Injil-Penerbit-Tinta Publisher"... dan rujukan2 yang diberi oleh penulis blog.. teman2 x nak percaya terpulang.. tapi cari terlebih dahulu.. dan buat kesimpulan sendiri..

saya x knal pn penulis.. so, bukanlah nak bekap dia ke apa.. tapi, ini saya rasa berdasarkan apa saya baca dan dapat dari guru2..

jgn la sempit sgt pemikiran kamu tu...psl bola pon nk masuk ngan agama...ape ke heee(org perak kata)..ntah pe2 la ko nih...tau la obsessed sgt ngan agama...tp org kata berpada2...jgn lebih2 sgt dan jgn bkurg2 sgt...kalo kurang tau psl agama x yah la ckp psl agama....sekiannnnnnnnnnnn.

Terima kasih atas pendedahan2 sebegini.Dengan adanya pendedahan ini dapat membuka hati saya yang jahil mengenai freemason,iluminati,dajjal dan sebagainya.Kepada penulis,jangan patah semangat dengan komen2 negetif...teruskan mengkaji.

nape nk libatkn MU dan AC Milan je??
byk lg kelab kt eropah & dunia yg turut tlibat dlm konspirasi ni...
klau tgok kt msia sdiri...
ade pmain2 yg pkai sluar pnjang smase bmain di padang??

Hampir semua kelab-kelab bola sepak diseluruh Eropah ditubuhkan oleh samada Ahli perniagaan(yang ada kaitan dengan Illuminati)atau pihak gereja sendiri..Bola sepak sebagai medium untuk menjana pendapatan bagi untuk menjalankan kegiatan gelap mereka..Malah dalam logo champion league atau design bola tu sendiri ada kaitan dengan illuminati..Tu kira lagi sponsor lagi..Malangnya saya ni peminat Manchester United..Yang dekat K.L tu, jamak je..

Aduh.. Sempitnya fikiran hamba2 yg komen negatif pasal artikel nie..

Contohnye pasal bola, penulis just keluarkn dua club nie sbgai contoh then yg laen kita cuba la kaji sdiri Bukan maksud penulis utk ckp dua club nie je yg ada tanda x elok tp mgkin sbb ini antara club yg popular. Saya juga minat bola tp tak ada la fanatik sehingga sggup keluarkan komen yg berbaur kutukan.

Dan kpd KAWE KLATE, jgn la tlalu fanatik dgn bola. Tak kemana juga. Nie sdikit kata2 utk kamu ye, agama yg juga dtafsirkan sbgai kpercayaan kpd tuhan. Dan percaya atau iman mbawa mksud sama dari istilah bahasa. Iman org Islam memang dah tsemat di hati kita. Ia bukannya suatu bentuk benda yg boleh ditingggal di rumah. So kemana kita pergi dan apa kita buat agama ttp wujud dalm hati kita sbgai org Islam. Maksud saya, setiap nafas, setiap aktiviti harian kita semuanya haruslah bkait dgn agama. Adakah salah atau tidak apa yang kita buat. So saya rasa tak perlu la terlalu fanatik ya. Banyak lg aktiviti riadah yg disunatkn kita buat. So jgn la mengeluarkn komen yg mnunjukkan kejahilan kita.

Macam KLCC, wajib ke kita ke sana sampai nak menyindir penulis. Rumah agama ke tempat tu sampai obses sekali. Kalau boleh, cuba la elakkan. Lagipun aku tengok KLCC tu dah macam tempat maksiat. Nak kerja butik pun takleh pkai tudung. Tapi bukannya salah kalau boleh pergi. Boleh juga tgk rambut dan badan awek yg seksi dan anak remaja yang begitu ramai melakukan perkara yang tak baik. Tak begitu ya.????? 

ingt sikit oi..kita hidup kt dunia ni utk beribadat..bkan ye tgk bola..istifar la bebanyak..klu syurga neraka 2 bley nampak..dah lame korang sme tgk bola atas sejadah..

bola sepak dah mmg jdi org kate sukan yg utama di malaysia nie.
kalo kat skolah rendah ke menengah ke mahupun ipta bola sepak mmg diminati.
itu sebab kalo ckap sikit tentang bola sepak yg ade maslah ade sesetengah tak boleh terima.
sekarang nie mereka main futsal lak kan. sma latu.
yg jadi masalah adelah kalo berlatih main perlawanan bola tue mahupun bersukan sampai tak ingat solat. berlatih ptg solat asar pun terlepas mahupun maghrib. ini yg jadi masalah. budak2 sekolah kalo disuruh main bola idup nyawenye. jurulatih bola pula tak tekankan suruh solat lepas abis berlatih. agaknye sape tanggung dosa bebudak tue. perkara nie ramai amik remeh.
kalo ade ceramah agama ngan perlawanan bola tentu perlawanan bola jadi tempat yg diserbu. tempat ceramah agama tinggal org tua je. ini realiti yg berlaku. org muda skrg nie ramai yg tidak tahu mane yg lebih penting sebenarnye.
idup atas dunia nie hnya utk mendpt keredhaan allah s.w.t. sekian..

aduss..mcm2 ler korg ni..dlm islam kita bley jer bersukan, riadah tapi jgn smpai korg jd leka dan mengabaikan syariat islam 2 sendiri..

psl freemason dan illuminati ni dlm kehidupan seharian xdpt dinafikan kerana hampir semua perkara berkaitan dgn duniawi mmg dipengaruhi oleh dorg YAHUDI..tp korg sbg muslim kena ler lebih cerdik dr dorg drp terperangkap dgn dakyah2 dorg

korg bley ambil tahu psl dorg ni tp jgn obses sgt ler.. baik korg obses dgn ilmu2 islam y hampir xramai org warisi skg ni..

kite sume skg sebok nk tau psl pkara2 ni kdg2 smpi obses nk tau asl usul dan cite sbalik tiap2 pkara kt dunia ni..dr sudut laen kan kite cm terpedaya dgn dorg gk sbb kite leka nk amik tau psl dorg banding dgn pkara y berkaitan islam sendiri..

so jgn terpedaya dan jangan terleka.. tak mustahil perangkap y kita nampak skg ni mayb stil de lg prangkap y blum terungkap lg..
perangkap y MELALAIKAN..

bgus..pendedahan yang bagus..ape2 pon you'll never walk alone

saya bukan pminat bola..hehe...
tp kwn sy mmg gila2 kat MU to..sanggup xtido..huk2

Tak suka baca komen yang pemikiran sempit tu.
Moga pemikiran mereka akan terbuka suatu hari nanti.
Tahniah penulis. Teruskan dakwah anda. :)

sy x kate bola ni bgus sgt.. tp sy x rse bukti ntuk kaitkan dgn simbol2 freemason or illuminati sgt x jelas dan kabur..
ntuk lmbg mnyerupai mata, mata sgt subjektif. bukan semua lmbg mata ad kaitan dgn illuminati. mcm mana dgn bndera PAS? mcm mata jgk sy tgk. adakah bermaksud ad kaitan dengan illuminati? cbe tgk bndera brazil, lmbg nvidia dn mcm2 lg..

yg kedua bntuk prisai yg mmbentuk 5 bucu bintg yg digmbarkan mcm lmbg baphomet tu. prisai mmg stu bnde yg sgt biasa dn universal digunakan dlm logo. logo skolah rndah sy dlu pon pkai prisai jgk.. boleh gk jd bntg baphomet tu. xkn skolah sy illuminati?

next, peminat bola mmg biasanya fanatik. x kira apa pasukan yg diorg mnt skali pon. man u k, acmilan ke, barca k, chelsea k, ape2 lah..

so sy hrp penulis boleh kmukakn bukti2 yg lbih jelas dan x kabur mcm yg sy ckp nie.tq

ops lg stu: pmnt MU yg pkai tnduk merah dlm gmbr kt ats tue org islam ke? klau non-muslim lntk diorg la nk pkai tnduk pon..

www.wakeupproject.com
sila tonton ini..selepas itu, baru buat penaakulan.

http://wakeupproject.com/Videos.asp
Sila tonton siri link ini. Selepas itu, baru penaakulan.

lambang bola malaysia ada x unsur2 nih?
manalah tau ...

kalo team bola tu mason pun,ape dorg bole buat kt kite?kite tgk bola and kdg2 kite main futsal..tu pn sebulan skali..tu je la..yg lain2 sume jaga lg..asalkn xtepengaruh atau fanatik..

byk lg simbol freemason yg ad skg ni...yg pnulis sebut bru sedikit....

Emmm..walaupun ana tak berapa minat MU, or boley kata anti-MU la jugak, tapi dlm hal secara peribadi ana rasa ini adalah pandangan peribadi beliau..maybe secara kebetulan. Nak kata takde kaitan langsung pun ana tak 100% sure, mungkin ada sedikit probability. Cuma nak tau sama ada fahaman Freemason ni bertujuan utk kacau umat Islam shj ke, atau kpd mana2 agama termasuk Kristian Yahudi etc? Kalau lambang MU & AC Milan ni dimasukkan unsur2 Freemason semata2 nak bagi umat Islam tertipu, rasanya tak berapa masuk aqal. Tapi ana rasa unsur2 Freemason dlm AJL-24 tu memang ada banyak, bukan kebetulan. Wallaahu'alam.

bnyk sgtla freemason..aku tgk bola je..aku xminat man.u..ac milan aku minat..tp xterfikir pn nk menyumbang terhadap freemason..yeke freemason?..ntahla..bnyk sgt teori konspirasi..tp aku tetap minat bola selagi xde fatwa jelas ckp bola ni haram..

Salam semua,

Kalau setakat nak kata penyokong kelab bola tu mengamalkan vandalisme..ape pulak bezanya dengan penyokong Kelantan yang bakar kerusi stadium???...freemason gak ke? Sederhana je la kalo minta bola pun. Kalo fikir too detail pun x baik juga..tp ada jugak bagusnya

kepada pmbaca skelian..niat penulis cume mmberitahu hasil kajian..bkn melarang kite utk mminati..tp sbgai manusia yg ade otak maka bfikir la dgn otak..sukan itu tak salah sma skali..tp penubuhan kelab tu yg dikaji..dn ditafsir...

bila baca komen2 kat atas ni mcm lg 'menarik' dari artikel yg ditulis. haha.. apakah bangang sangat sesetengah pengkomen2 ni yg boleh mnimbulkan isu knapa pnulis x sbut kelab2 lain. dah terang2 dia gunakn hanya dua kelab tu je untuk pendedahan, an sgala huraian mmbuka minda kita bahwa jgn tlalu fanatik. mksudnya dgn kelab2 lain pon sama la dol. kalu dia nk tulis smua kelab yg ada smpai bnjggut pon xsiap. lagi satu, ade yg mptikaikn knpa pnulis xtulis atau kaji tmpat2 dia blaja or ngara tu, apakah bangang sangat, dia nk dedahkn knspirasi2 yg brkaitan dgn benda2 yg menjadi kegilaan umat masa kini. so pndedahan kelab tu salah satunya. apakejadahnya nk tulis psal U dia blaja tu. korg bkn tau pon n umum bukan brminat or fanatik pon. adoi lawak2.. n ada lak dua tiga org yg xdapat trima pe pndedahan yg dbuat. bkn nya pnulis sruh kita pcaya 100 % ape yg ditulis. tp kita sbgai mnusia prlu buka minda dan kembangkn pmkiran. sukan itu sndiri sunnah, nbi brsukan, jd kita bsukan jela. tp minat thdp sukan tu jgn tlalu fanatik smpai hancurkan masa sindiri. pada aku, skurang2 nya pnulis brusaha brdakwah dgn mendedahkan knspirasi dajal. kita prcaya atau x, tpulang, daripada mgutuk2, walhal diri sndiri tidak mndatangkn atau memberi sebrang kebaikan, dalam erti kata lan, tidak pula kita nk mengkaji dgn mnyumbang sesuatu sbaliknya mgkritik memanjang.
"blackmore"

xdela fanatik mana pn...org kelantan lg fanatik sampai nk bakar2 stadium,perangai xsenonoh..itu yg kite xnk..
kalo penulis xnk kite pecaya 100%, baik xyah buat artikel.

salam penulis..blh share ttg kaballah x?

hidup berpandukan al-quran bai....bukan pada internet...orang yahudi@kristian akan buat macam2 bai nak sesatkan umat nabi muhammad...ingta..It dicipta yahudi...al-quran dicipta tu yg kat atas tu..ALLAH swt..

kepada tanpa nama 13:09

penulis ni buat artikel utk mengingatkan kita..
lgpn penulis x suruh pn org2 mcm ko ni baca artikel dia..
org dah bg ingatan bkn nk terima..
cuba nk memperlekehkan penulis lg..
kalau hati dah tertutup mmg ssh nk terima peringatan org..

perdebatan antar manusia takan pernah habis selama nyawa masih di kandung badan....jadi sesama orang harus saling menghormati,,

Dr daniel abdullah..

Lepas bace komen2 dan pendapat2 yg negatif dkt sini.. aku rase rendah sgt tahap ilmu org2 kat msia nie.. patot la msia diperintah dgn pemerintah mcm skrg.. sbb org2 yg mcm korg bengap sgt dr dlu spi skrg..korg ade bace x artikel2 lain penulis nie.. ape korang tau psl freemason dan iluminati.. kaji la dulu sblom hentam dgn hujah bodoh sombong korg tu..

mmg la dgn sokong mu ke ac milan korang menyumbang pada freemason.. tp bende kecik korg x npk.. jersey bola,tiket stadium, astro nk beat beli host tuk siaran langsung.. duit tu pegi mane? ok la korg beli jersey ciplak, tiket x beli, tgk pon kedai mamak.. tp korg ske team nie n promote team nie n secara x langsung naik kan populariti team2 nie.. dgn care tu je dorg dh bt duit.. jd penyokong2 la penyumbang walupon xbt ape2.. tp aku rase ape korg faham psl bisnes bola nie.. sekian

ye ke ?nasib la kakiku ada bangku ha,ha

jom sokong congkak lah kalau cmni..senang skit..haishh

kalo dh suke tgk bola tu,tgk jela..
tp rasenye tk perlu kot nk kne fanatik ngan kelab..layan je sume..tp jgn la smpai mengabaikan tanggungjwb sbagai muslim..nk ckp byk pon tk bleh..tepuk dada tnye iman..

nasibla aku tk minat sgt bola sepak..
(dr tgk je...bekmen sendri kn bgus,sihat tubuh badan...)

Assalamualaikum...
saye nk bg pndpt.. kadg2 saye pelik ngn org islam... smue benda nk pertikaikan.. mereka just bg information.. x salahkn.. jgn la nk membngkng.. kalo nk 100% informtn.. buat la kajian sndiri.. tp dlm keadaan dunia skung, smue owg yahdi dah rncg dr zmn dlu.. pasl bola smue, bley tgk, tp jgn la smpi fntik.. kebykn lambg2 bola eroph memg berunsr freemasn.. adkh org yg pertikaikn 2, mnyokg yahudi?? tepok dada, tnye iman...

Assalamualaikum...
saye nk bg pndpt.. kadg2 saye pelik ngn org islam... smue benda nk pertikaikan.. mereka just bg information.. x salahkn.. jgn la nk membngkng.. kalo nk 100% informtn.. buat la kajian sndiri.. tp dlm keadaan dunia skung, smue owg yahdi dah rncg dr zmn dlu.. pasl bola smue, bley tgk, tp jgn la smpi fntik.. kebykn lambg2 bola eroph memg berunsr freemasn.. adkh org yg pertikaikn 2, mnyokg yahudi?? tepok dada, tnye iman sndiri... msg2 mempnyai otak dan akal pemberian Allah.. pikr yg mne baik n buruk.. wassalammm...

adeh... saudara2ku... tolong la toksah dok begadoh pasai bola... segala hujah2 di atas sangat menaraek dan sangat lojik... tp sumber kata malcolm glazer saloq duit pi kat yahudi tu mana mai sumber tu??? manu dapat duit mana banyak sangat kononnya??? please la toksah dok boh fakta x ceredik kalau xpandai... aku bukan fan manu... tp aku budak accounting... nak taw mana mai dana manu mudah ja... tengok stadium dia, tengok berapa ramai fan, tengok harga tiket n tengok penuh ka dak stadium... tu ja dah cukup mana nak tau dia dapat duit... toksah dok amek kera hak penyiaran, sponsor, jualan jersi la nu la... manu tu satu brand... so... paham2 la noh..

1 more... nak kera pasai yahudi ni... ampa pebetoi diri dulu la baru pikiaq nak dok kata kelab nu yahudi kelab ni yahudi.... selagi mekdi ngan kfc dok jamah smeinggu skali toksah dok ingaq la.. ampa kata manu ngan ac milan tu yahudi... tp ampa taw dak world cup la ni apa agenda dia??? pasai pa 4 taun skali buat world cup??? kalau tau baguih... kalau xtau pi cari info noh... cek ni xpandai nak abaq... tp cek taw la jugak... sori la noh...

salam...

yang benar...
-matganja-

hmm.. ku nk email MU punyer management tukar lmbg setan pegang garpu 2 ler.. xlawa pon.. hehe.. tukar ker.. unta pakai helmet..?? ok x? ok aper!!

pengkaji nie mesti fan liverfool.. dengki kt mu.. kuang3x.. kantoi..

hmmm,tmpag tnyer...fc bayern munchen ade kaitan ngan mason tk??illuminati ker??

bagi aku kalau dah terang lagi bersuluh.. tak payah la excited sangat nak sokong. seperti lambang syaitan merah pada Man U. takut-takut nanti rosak akidah kita apabila kita semaikan di dada kita nanti. wallahualam.

ala apa nak kecoh2,pi lantak la diorang nak buat apa dengan logo diorang ,yg kita nak kecoh2 kenapa...kita pulak bergaduh sesama sendiri pasal kelab luar...kalau tak nak terlibat dengan setan2 nie semua,baik sokong kelab MALAYSIA je...

pucuk pangkal hati kita sendiri bagaimana menilai...semua ni adalah hiburan..tpi jgn smpi melalaikan smpi mengabaikan tiang agama...

Untuk simbol Chelsea, jauh sebelum Abramovich muncul jadi pemilik Chelsea, logo Singa itu sudah dipakai sebagai simbol kebanggan Chelsea, jadi tak ada kaitannya dengan Yahudi, freemason atau sebagainya.

Catat Ulasan

Pada pendapat anda?

Perjalanan

Tembusi Petra, Jordan Slideshow: BenTaleb’s trip was created by TripAdvisor. Create a free slideshow with music from your travel photos.
Sabda Baginda SAW ; "Ketahuilah ia (Dajjal) berada di laut Syam atau laut Yaman.. akan datang dari arah timur (lalu menunjukkan dengan tangan baginda).."[Riwayat Muslim]. Daripada Abi Bakr al-Siddiq r.a, sabda Baginda SAW, "Dajjal akan muncul ke bumi dari arah timur bernama KHURASAN." [Riwayat al-Tirmizi]. Daripada Anas bin Malik r.a, sabda Baginda SAW, "Dajjal akan keluar dari kota Yahudi ISFAHAN (Khurasan, IRAN) bersama 70,000 penduduk ISFAHAN". [Fath al-Rabbani Tartib Musnad Ahmad. Ibn Hajar berkata : "Sahih"]. Ibn Kathir berkata, Dajal pada mulanya akan muncul dari ISFAHAN dari sebuah kota Yahudi [al-Nihayah fi al-Fitan wa al-Malahim]. ISFAHAN adalah sebuah bandar terbesar YAHUDI di Iran dan pusat loji nuklear Iran pada masa kini.