JTR mengalu-alukan tuan puan untuk membaca tulisan dalam blog ini bagi manfaat tuan puan
Photobucket

Selasa, 2 Februari 2010

Kenyataan balas JTR

Posted by Abu Hannan On 2:48:00 PG 44 comments

Kenyataan Balas JTR Berhubung Isu Unsur Masonic di AJL 24

dipetik dari mStar online
SETELAH mendengar kenyataan daripada pihak yang terlibat dengan Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-24 baru-baru ini, blogger Mohammad Sufian Talib percaya bahawa hal ini terjadi secara kebetulan namun dia turut berpesan agar semua pihak terus berhati-hati dan tidak leka.
Menerusi kiriman emel, Sufian, 22, pelajar Malaysia yang sedang menuntut di Jordan ini memohon maaf sekiranya penerangan mengenai AJL24 sebelum ini mengguris hati banyak pihak termasuk artis.

Antara yang telah memberikan pandangan mereka baru-baru ini adalah penerbit AJL24, Gbam dan dua finalis AJL24 iaitu Alyah dan Hujan.

Sufian berkata, dia memberikan keterangan itu bagi pihak kumpulan pengkaji daripada gabungan Jejaki Tinggalan Rasul (JTR), Free Our Mind (FOM) dan Nur Toharah (NT).
“Pertama sekali kami ingin memohon maaf jika penerangan kami mengenai AJL yang mempunyai berbagai unsur ‘masonic’ dan ‘illuminati’ di dalamnya ada mengguris hati mana-mana pihak termasuk artis.


“Kami tidak menuduh mana-mana pihak atas apa yg berlaku. Dan setelah mendengar kenyataan dari pihak-pihak berwajib, saya langsung percaya bahawa ini terjadi secara kebetulan...juga berpesan agar terus berhati-hati dan tidak leka,” katanya menerusi emel itu.
Jelasnya lagi, pendedahan yang banyak ‘membuka mata’ banyak pihak itu lebih bersifat untuk saling mengingati dan menasihati saudara sesama Islam.

“Kami ingin berada dekat dengan artis-artis kerana kami menyayangi mereka sebagai saudara seIslam, kami bersaudara.

“Apa pun, alhamdulillah, sebahagian dari kita telah pun sedar mengenai pertubuhan rahsia ini.
“Mungkin ada yang hanya mengambil idea-idea dari barat, tetapi tidak dinafikan bahawa idea-idea ini telah ‘disaluti’ dengan pelbagai mesej bawah sedar dari pertubuhan ‘jahat’ ini sehingga kita terkena tempiasnya tanpa disedari,” ulasnya.

Dalam mengungkapkan ucapan maaf, Sufian turut berharap agar isu AJL ini tidak diperbesarkan lagi sebaliknya lebih menghebahkan tentang kuasa besar dunia yang ingin memesongkan akidah masyarakat Islam dewasa ini.

Ini kerana industri hiburan mempunyai kaitan yang paling mudah untuk menyerap perkara-perkara yang memesongkan akidah.

“Juga tidak dinafikan, industri hiburan adalah yang paling mudah untuk mereka tinggalkan 'tapak kaki' mereka walaupun kita tidak mengesani yang ini tapak kaki mereka atau tidak.

“Apa pun, kami berharap agar semua pihak sedar dan semakin berhati-hati dengan setiap aktiviti kita. Mesej kami, Islam adalah satu cara hidup yang syumul untuk diikuti dan diteladani... tidak ada yg lebih baik dari Islam...,” tuturnya lagi sambil menitipkan sepotong ayat al-Quran.

Ayat itu bermaksud: “Dan tidak akan sekali-kali Yahudi dan Nasrani itu redha kepada kamu (Muslim) sehingga kamu mengikuti (millah) jejak langkah (cara) mereka....”

Pada 12 Januari lalu, Sufian membuat pendedahan dalam blognya, jejakitinggalanrasul.blogspot.com mengenai unsur-unsur negatif yang ditemui sepanjang AJL24 berlangsung pada 10 Januari lalu di Stadium Putra Bukit Jalil.

Blog itu menunjukkan bukti-bukti gambar gerakan Freemason dan Illuminati yang dikatakan banyak mempunyai persamaan dengan set pentas program yang ditonton oleh 4.6 juta penonton itu.

Menurut sebuah akhbar, Freemason dan Illuminati adalah pertubuhan rahsia ke arah pembentukan New World Order dan mereka bergerak untuk mengawal dunia secara keseluruhan.

Antara yang mirip kepada lambang yang terdapat pada logo Freemason adalah set pentas ketika persembahan Datuk Siti Nurhaliza.

Sufian juga berkata: “Yang kedua, anda juga mungkin dapat lihat apa persamaan penari-penari ini dengan salah satu dari kerabat-kerabat firaun yang dipercayai oleh mereka mempunyai suatu yang berkuasa?

“Yang ketiga, Alyah yang merupakan finalis AJL 24 mengenakan gaun merah ala-ala ‘Lady In Red’ yang merupakan simbolik yang digunakan dalam menjayakan organisasi ini serta bagaimana mesej bawah sedar digunakan seperti yang dipertontonkan dalam filem Devil’s Advocate, The Matrix dan dokumentari The Arrivals bahagian 13.

“Anda mungkin tahu mengenai The Master Carpet, turut dikenali sebagai Checkered Floor yang digunakan dalam upacara tertentu oleh gerakan Freemason yang bertentangan dengan agama Islam.”

Sufian yang mewakili kumpulan pengkaji daripada gabungan Jejaki Tinggalan Rasul (JTR), Free Our Mind (FOM) dan Nur Toharah (NT) mengulas persamaan yang ditonjolkan oleh ramai pemain gitar seperti band Hujan dan Bunkface yang menggunakan tali pemegang gitar yang mirip kepada The Master Carpet.
___
Disini saya sertakan komentar dari salah seorang pengunjung blog JTR. Saya berharap pembaca dapat memerhati isi penting yang saya ingin sampaikan.


Tanpa nama berkata:

saudara saudari ku sekalian,

tolonglah fahami betul2 apa itu freemason dan illuminati sebelum anda bulat2 menghakimi post en. hannan ini.

apa yang saya faham, en. hannan cuba memberi kita maklumat bhw dunia kini sedang menghampiri akhir zaman di mana tanda2 kemunculan dajjal semakin jelas. adalah sangat penting untuk anda luangkan sedikit masa untuk memahami apa agenda illuminati dan freemason supaya anda faham apa yang cuba en. hannan cuba sampaikan. again,saya cadangkan The Arrivals sebagai bahan tontonan yang bermanfaat untuk anda memahami freemason dan illuminati.

Saya sendiri hampir habis menonton The Arrivals. Walau masih ada bahagian yang saya keliru, namun sekurang2nya, saya faham apa yang cuba disampaikan oleh saudara hannan. yang pasti, mesej dia bukanlah supaya anda dilarang memakai baju merah, larang anda guna simbol segitiga dan segala macam larangan yang mengarut2 seperti yang sebilangan anda fikirkan. tolong jangan buat diri anda kelihatan bodoh dengan komen sendiri.

yang paling jelas, AJL mungkin satu petanda jelas yang dajjal dan tenteranya semakin hampir dengan kita hinggakan kita tidak merasakannya walau sedikit pun. apatah lagi, medium yang mereka gunakan adalah medium yang kita semua amat sukakan sekali - muzik. AJL mungkin medium merupakan tanda kedatangan mereka di sini, negara kita. Wallahu'alam. Rasanya, mereka di sini telah sekian lama.

Kepada mereka yang tidak nampak apa masalahnya dengan hal ini, saya doakan semoga anda dilindungi daripada fitnah dajjal. Kerana sekurang2nya bagi mereka yang aware, mereka mungkin tahu mengelakkannya. Bagi mereka yang tidak tahu, bagaimana pula?

May Allah bless us. Amin.

44 Komen:

salam. minta abu hannan perjelaskan bagaimana serangan dajjal dan sekutunya di akhir zaman.

Salam Saudaraku,

Terima kasih atas pendedahan anda. Saya amat tertarik dengan apa yang anda cuba rungkaikan. Syukur tidak terhingga kerana Allah masih memberikan kesempatan kepada kita untuk saling ingat-mengingati antara satu sama lain.. Semoga saudara sentiasa berada dalam lindungan-Nya.

Saya doakan agar kita umat akhir zaman ini, mendapat hidayah daripada Allah s.w.t...

"Takutlah pada hari, yang kamu sekalian dikembalikan kepada Allah. Kemudian setiap orang disempurnakan balasan amalnya, dan mereka sama sekali tidak teraniaya" (Al-Baqarah:281)

May Allah bless us. Amin....

pd adik hannan
terima kasih krn mengingatkan
@least kite sume sdar yg masa tu hmpir tiba

Blog ini sepatutnya tidak perlu meminta maaf terhadap ulasan AJL yang punya unsur freemason dan iluminati. Yang sepatutnya perlu meminta maaf ialah artis dan penerbit AJL kerana kelekaan dan kelalaian mereka. AJL itu sendiri memang sudah melalaikan, ditambah pula dengan elemen-elemen freemason dan iluminati (walaupun tanpa disengaja!). INGAT! kejatuhan empayar Uthmaniah, keruntuhan akhlak muda-mudi dan kebobrokan akhlak umat Islam sekarang, semuanya bermula dengan TIDAK SENGAJA dan TANPA SEDAR!!!

This bloh don't have to be too apologetic.

legodz

Tajuk MSTAR "Blogger Mohon Maaf Isu 'Freemason' AJL24 Guris Hati Banyak Pihak" seolah-olah mahu mengolah persetujuan ramai bahawa bloger telah melakukan kesilapan apabila mengkritik AJL...!

1) Sepatutnya TV3, penerbit, artis yang perlu minta maaf sebab lalai dan jahil

2) Penulis blog patut memberikan penjelasan, bukan minta maaf (kalau benar penulis blog ada minta maaf)

3) Mstar kata "menurut emel"...Kalau dapat, sila paparkan dalam blog emel kepada mstar tersebut.

4) Meminta maaf tidak salah. Tetapi meminta maaf tidak bertempat akan mewujudkan persepsi salah masyarakat terhadap apa yang kita ingin sampaikan. Apatah lagi kalau sekadar membaca tajuk berita dan tidak membaca keseluruhan laporan.

5) Lain kali hati-hati. Yakin dengan apa yang diperjuangkan dan bukan 'asyik' minta maaf walaupun anda tahu anda memperjuangkan benda betul. Orang sekarang akan pusing 360 darjah statement kita..!

saya bersetuju dgn pendapat rakan2 diatas...
biasalah "kebenaran memang pahit untuk ditelan" lastly, thanks for the info!

Salam.....awak tak perlu nak mintk maaf...atas pendedahan awk sekurang2nya kita suma tahu masa 2 hmpir tba...thanks cbb remember we all..at least we know...thanks one more...

Kita ni suka sangat mengikut cara masyarakat barat. pada pemikiran kita,semua daripada barat adalah yang terbaik. Kita tidak sedar bahawa mereka (yakni) musuh islam mempunyai agenda dalam merosakkan akidah kita supaya kita menjauhi Allah s.w.t. Sepatutnya penerbit AJL 24 lebih peka dengan perkara ini (cara & ikutan freemansion). Penerbit AJL 24 perlu study apa yang sesuai dan tidak hanya menceduk idea orang lain yang mana ia merosakan bangsa dan agama kita sendiri. Sepatutnya pihak TV3 perlu meminta maaf dengan rakyat Malaysia yang beragama Islam serta artis - artis yang membuat persembahan pada malam itu yang mana cara persembahan mereka menyamai aliran freemansion. Perkara ini perlu diambil iktibar oleh TV3 agar perkara yang sama tidak berulang lagi jika sayang dengan Islam dan saudara - saudara seagama.
Pada malam itu ramai yang menonton AJL24 yang rata - rata beragama islam pula. Apakah kesannya kepada mereka tanpa disedari? Fikir - fikirlah..Berkatalah benar walauoun ianya pahit..

Melayu selalu lalai..dilalaikan artist2 yg kebanyakannya tipis agama..bukan hanya artis termasuk juga individu2 yg terkait dgn hiburan melalaikan ini..mereka tidak akan sekali2 mengaku jika pun apa dakwaan tuan blog ini betul dan berfakta..melayu sudah hilang jatidiri..tuan blog tidak sepatutnya minta maaf jika apa yg diperkatakan itu berfakta..kami yg gemar "memerhati" risau dgn keadaan generasi melayu pada masakini..mereka hanya pentingkan hiburan yg tidak ada kesudahannya..sepatutnya tv3 menyiasat perkara ini dan jika terbukti, tindakan patut diambil keatas individu yg bertanggungjawab, bukan ambil jalan pintas mempertahankan perkara mungkar ini..TErima kasih kpd tuan blog yg perihatin..teruskan penelitian anda..jgn gusar, jgn takut, pegang teguh pd perinsip asalkan anda jgn "berpolitik"..jgn mudah minta maaf jika tuan yakin apa yg tuan bangkitkan.

sebelum ni saya memang tidak tahu apatah lagi mendengar mengenai freemason,illuminati dan sebagainya sehinggalah kenyataan yg keluar dalam akhbar mengenai unsur2 masonic dalam AJL...perkara ini membuka mata saya mengenai gerakan yang mampu menghancurkan umat islam dan saya percaya ramai lagi orang yang turut membuka mata dan berminat terhadap isu ini...terima kasih di atas pendedahan yang memberikan kesedaran ini...

seandainya tiada unsur2 freemason dalam AJL sekalipun..bukankan AJL itu sendiri merupakan sesuatu yang melalaikan dan haram di sisi agama???hiburan yang terlampau mampu melalaikan manusia daripada ingat kepada Allah..penerbit AJL sendiri patut sedar dan berterima kasih diatas pendedahan ini kerana mampu mengelakkan kita daripada terus dipengaruhi oleh unsur2 yang mampu merosakkan iman dan akidah...

sesungguhnya kita berada di akhir zaman....kepada admin...saya harap lebih banyak pendedahan dapat dilakukan mengenai gerakan freemasonry ini...

salam...

xkesah la sama ada kebetulan @ tak ap yg terjadi kat AJL b4 ni..tapi yg pntg kita sbg umat islam prlu sdar yg kte sdh jauh t'sasar dr jln yg sbnr...kte tdk blh menidakkn ap yg bt0l...sesungguhnya kiamat itu pasti akn t'jadi ...wallahuallam

terima ksh u inf0 saudara n b'harap agr saudara trus b'k0ngsi inf02 t'kini b'kenaan freemason, illuminati dsb..

Hiburan itu sendiri adalah satu pengaruh Yahudi dan Nasrani serta para penyembah syaitan (turut juga penyembah matahari, keturunan Firaun) untuk mengembangkan ideologi mereka. Ditambah pula unsur2 masonik dan iluminati, maka AJL adalah satu MIND CONTROL terkuat terhadap umat Islam Melayu

sebenarnya ada pihak freemason di malaysia yang menyerap dalam AJL, tanpa sedar atau buat-buat tak sedar oleh pihak penganjur.

Alhamdulillah... semakin ramai yang dah aware ttg pergerakan New World Order ni... sedikit tambahan info klik http://1persinggahan.blogspot.com/2010/01/ajl24-yang-kontroversi.html

Salam, ya betul pendapat di atas..
Ya, mmg tak salah minta maaf tmbhn lagi kita sbgi umat islam.

Tapi, mana kita tahu, di sebalik tabir ada seseorang yang ditugaskan utk mempengaruhi msyarkat?
Di sunway lagoon, kebetulan ke semua piramid dan patung2 fir'aun?
Di sunway pyramid pun sama. Dahla nama pun pyramid.
Mereka ini hanya bersembunyi.. merancangkan misi diam-diam.
Kebetulan ke semua tu? smpai tali gitar pun ada checkered carpet, itu tak apa lagi. Tapi ana tak tahan bila tengok checkerd carpet di screen. Yang besar gedabak tertayang hitam putih. Kebetulan ke?
Dahla , dlm rancangan hiburan.
Artis. Aurat terbuka. Suara mendayu-dayu,(suara itu aurat)~khas utk prmpn. Pergaulan bebas. Pegang tangan. salam-salam llaki prmpn. Hiburan! itu pun salah satu agenda freemason/illuminati. Meliaskan hiburan. Ah, TV Malaysia skrg penuh dgn hiburan. Malaysia mnang dgn hiburan di TV (bab hiburan)brbanding ngara2 luar. Ayah ana dh selidik.
Tinggal utk kita, umat islam sedar., Dan umumnya, kpd semua hamba Allah. sedarlah.

~Ariffah9

Tidak salah minta maaf, terlepaslah doas sesama manusia sekiranya si artis ni menaruh dendam pada penulis walaupun penulis menyatakan kebenaran. Isu ini telah membuka mata ramai umat Islam di M'sia secara tak langsung mengajak mereka berfikir. Tetap jua ada hasil dr pendedahan ini drpd diam membisu tanpa hasil.. Alhamdullillah kerana penulis masih lg terus berjuang, dn utk kita yg ada kesedaran itu haruslah mhargainya dn mengingati antara satu sama lain.

Teruskan perjuangan anda. Walau sebesar kuman hasilnya, ianya tetap hasil drpd diam tanpa kata, Iluminati terus berleluasa.

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

Statement mohon maaf itu adalah untuk mengelakkan artis2 mengatakan saya menuduh mereka yg 'illuminati' n etc... spnjang dari statement yg dilakukan oleh artis di mStar, saya nampak seolah mereka mengatakan saya menuduh mereka. mohon maaf itu hanya untuk mengelak dari tuduh menuduh.

tetapi tidak sekali2 sy tunduk kepada agenda sulit jahat mereka di negara kita dan negara umat Islam yg lain. dalam statement sy, sy meyuruh utk lebih berhati dan jagan leka..! dan cara hidup Islam adalah yg terbaik untuk diteladani... ini mesej utama yg ingin disampaikan...

Apapun Gbam telah memohon maaf sebagai penerbit dan kita harap di sedar dengan tindakan dia, juga kembali kepada cara hidup yg lebih terjamin.
Alyah juga memandang isu ini secara positif dan memberitahu setinggi manapun muzik tu, dia akan tetap kembali kepada yg asal... Kita doakan mereka kembali dan berpegang degn cara hidup yg lebih selamat..

untuk info sesiapa yang forum pasal ni kat facebook leh join group FOM (Free Our Mind),

Lagi contoh konsep 'Lady in Red' menular dlm Malaysia dpt kita lihat menerusi iklan commercial tv untuk website MYEG yg merupakan basically untuk online insurance & road tax renewal...

video 2 bleh ditonton di website youtube, jz type MYEG TVC d ruangan search

dalam iklan tersebut, scha al-yahya memakai baju warna merah. Mungkin ini hanya 1 lg kebetulan, tp knapa konsep ini digunakan...renungkanlah...

kita mesti sentiasa saling tegur menegur..ilmu haruslah dikongsi..
segala perkara yg timbul akan tetap berterusan..
Palestin x akan aman..Israel akn terus berkuasa..sehingga satu tempoh yg ditetapkn oleh-Nya..sudah tertulis dalam al-Quran..

muhasabah diri,pertingkatkn amalan kita..

Konspirasi Dajjal (Antichrist Conspiracy)

Konspirasi ini mula dihebahkan secara melusas oleh William Guy Carr melalui bukunya, Pawns in The Game pada 1957. Sejak itu ramai yang mula menyedari akan kedurjanaan konspirasi ini. Konspirasi ini bergerak secara modus yang tersangat sulit yang dipelopori segolongan manusia yang ramai gelarkan sebagai 'The Elite'.

Dalam kes AJl ini, kita lihat produsernya tidak membenarkan tuduhan yang dilemparkan. Ini mungkin kerana dia sendiri tidak mengetahui dia 'dikawal' secara tidak sedar seperti kebanyakan artis-artis dunia seperti Rihanna.

Ada banyak kes yang kita secara tak sengaja (mungkin disebabkan kurang pendedahan) terikut-ikut serta ( atau turut sama melaung-laungkan) yang mana ia sebenarnya secara jelas menggambarkan fahaman konspirasi durjana ini.

Antara misi-misi konspirasi ini diperingkat global yang telah berjaya dilaksanakan:
a) 9/11 tragedy
b) World War I & II
c) Penubuhan Negara Haram Israel
d) Keruntuhan Empayar-Empayar besar dunia (Rom, Turki Uthmaniyah)
e) Penyebaran kepalsuan (Aliens & 2012)
f) Revolusi-revolusi besar (Revolusi Inggeris & Revolusi Perancis)

Itu antara sebilangan kecil misi yang telah berjaya direncanakan dengan sangat berjaya tanpa sebarang cacat celanya.

Upcoming Agenda!!!
Misi terbaru yang akan dilaksanakan ialah:
- Tarikh : 27 July - 12 Aug (waktu berlangsungnya temasya sukan olimpik di London)
- Peristiwa : Akan berlakunya penjajahan makhluk asing ke atas bumi!!!
- Agenda : Penjajahan itu adalah palsu. Ia untuk menipu kita bagi menjayakan agenda sulit mereka.
- Agenda sulit : Meletakkan ISRAEL sebagai kuasa baru dunia menggantikan USA. Israel bukan sahaja menjadi kuasa baru dunia, malah seluruh dunia akan berada di bawah kuasa pemerintahan mutlak Israel!!! Semua raja dan ketua kerajaan akan dilucutkan kuasa pemerintahan bagi kerajaan masing-masing dan seluruh umat manusia akan dipaksa tunduk di bawah dirgahayu pemerintahan ISRAEL.

Mengikut konspirasi ini, Dajjal akan memerintah dunia yang kerajaan pemerintahannya akan berpusat di ISRAEL yang mana ia digelarkan sebagai TOTALIRIAN DICTATORSHIP!!!

Peristiwa-peristiwa penjajahan kuasa-kuasa asing (seperti Malaysia) merupakan langkah awal ke arah perlaksanaan agenda ini. Penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) juga merupakan usaha ke arah itu.

Matlamat utama konspirasi ini ialah untuk menidakkan nikmat yang ALLAH SWT kurniakan hanya kepada umat manusia iaitu nikmat KEBEBASAN MEMILIH (FREEDOM TO CHOOSE) !!!

NEED TO KNOW!!!
Konspirasi ini berkisar sebagai satu usaha balas dendam oleh IBLIS disebabkan dimasukkan ke dalam golongan kufur berpunca daripada keenggannya untuk sujud ke atas penciptaan ADAM. Sejak itu IBLIS (LUCIFER) bersumpah untuk menyesatkan anak cucu adam sehingga hari kiamat.

Antichrist Conspiracy = Balas Dendam LUCIFER (IBLIS)

assalamualaikum wbt...
saya sokong dengan pendapat encik yang mengkaji semua benda ini...cuba fikirkan kalau seseorang muslim itu minat pada lambang palang (kristian) dan beliau memakai pakaian yang mempunyai lambang tersebut, tidakkah ia melambangkan dirinya seolah-olah penganut agama itu dan berminat dengan benda sebegitu???...kalau nak ikutkan minat, memanglah banyak yang manusia minat...perlulah selidik terlebih dahulu dan tengok pada hukum agama yang sebenar (Islam)...ia juga boleh mempengaruhi pemikiran kanak-kanak dan tidak mustahil suatu hari nanti mereka akan mengikut perkara-perkara itu... sebagai contoh ibu bapalah yang perlu menjadi teladan dan contoh yang baik kepada anak-anak mereka...kepada semua, pandanglah kehadapan, bukan kebelakang...jangan ambik jalan mudah dengan hukum-hukum agama...bukan semua perkara yang kita tahu...kalau nak diikutkan, belajar agama sehingga mati pun tidak akan habis dipelajarinya...maaflah ye kalau ada sesiapa yang tersinggung dengan kata-kata saya...ini hanya sekadar renungan dan perkongsian pendapat sebagai umat Islam yang prihatin...-bak kata nabil raja lawak, lu pikirlah sendiri-
wallahu'alam

Fakta-fakta yang diutarakan hanya sekadar untuk kita tahu serba sedikit betapa durjananya konspirasi ini...oleh itu sentiasa ambil tahu tentang konspirasi ini agar diri kita tidak mudah terjebak dengan konspirasi ini.

konspirasi ini amat bahaya dan tersangat lick...secara kita tidak sedar, kita boleh terperangkap, even bagaimana alim kamu pun...jadi saya nasihatkan sentiasa ambil tahu berkenaan konspirasi ini

sebagai contoh : tanda kod bar pada barang-barang (yang digunakan untuk scan harga barang di supermarket) yang kita beli, ada muslihat terselindung. Jika dilihat, ada 3 tempat kosong (tanpa nombor)pada kod bar tersebut. Ramai yang mengkaji 3 tempat tanpa nombor itu mewakili nombor 6,6 dan 6. Siapa yang menggunakan (disimbolkan) lambang 666 ini?!

Riba merupakan nadi utama yang menjadi sumber kewangan mereka membiayai konspirasi ini. Dengan riba, mereka mencetuskan revolusi-revolusi besar dunia, perang-perang dunia dan segala macam agenda mereka. Jadi sekarang kamu nampak kenapa Islam mengharamkan riba?!

untuk kita melawan konspirasi ini...senang!
Balik kepada Islam yang asli...Islam yang diajar Muhammad kepada kita...Jangan mengagungkan barat...jangan biarkan generasi kita hanyut dengan dunia!!!

kepada yang berminat untuk mengkaji lebih lanjut tentang ilumaniti dan gerakan-gerakan yang sewaktu dengannya, lawati http://ibnuyaacob.com/

saya bukan pemilik blog ini, tetapi banyak ilmu bermanfaat yang anda boleh dapat di sini

Legodz

Memboikot barangan ISRAEL langsung tidak melumpuhkan sumber kewangan golongan Illuminati (kebanyakan terdiri daripada YAHUDI). Walaubagaimanapun usaha murni itu harus diteruskan..setidak-tidak menunjukkan kasih-sayang kepada Islam kita yang tercinta.

Yang boleh melumpuhkan sama sekali sumber kewangan mereka (mungkin) ialah dengan tidak terlibat dengan sebarang unsur riba dalam hidup. Jadi tidakkah sekarang masanya kita harus memuhasabah diri untuk kembali kepada kewangan Islam yang terbaik untuk kita semua?

Sekarang sudah tiba masanya kita kuatkan iman diri kita dan para jemaah. Berpegang teguh dengan Al-Quran & sunnah agar tidak terkena Fitnah Dajjal yang maha bahaya.

Hadis Nabi : Fitnah terbesar yang akan dihadapi umat islam akhir zaman ialah fitnah dajjal.

Konspirasi inilah fitnah dajjal yang dimaksudkan oleh Rasulullah.

john

apa la sgt ajl tu.. akedemi fantasia, so u think u can dance, jgn lupa lirik, astro, spa q, tari tirana, mystar lg...segala bentuk hiburan d tv skarang ni dah merepek dah.... sangup bersedih2 menitis ayaq mata kerana x dpt masuk bertanding utk jd penyanyi.. tu pon dah mengarut!! bukannya mak bapak diorg yg mati?? tv9 pon konon2 cuba menyerapkan budaya melayu pon ada jgk hiburan ke arah barat... hip tv? galaksi? idola cilik pa kenama?? pon dah bleh meracuni pemikiran penonton.. ibarat kata segala bentuk medium hiburan tv klu anak2 kita tgk tanpa pimpinan ibubapa alamatnya hancus generasi muda akan dtg... nk elak x leh.. sbb tu la sumber kewangan depa... bila x bercampoq ngn yahudi dikata kita ni x moden.. bila dah moden di kata kita ni dah sesat... ntahhh... yg mana 1 betul ha???

Kehidupan kita sehari-hari ialah sebahagian daripada konspirasi ini.

Jual-beli, ekonomi, pelajaran keduniaan (ilmu dunia) dan segala macam sudah diatur oleh golongan illuminati ini. Jika kamu fahami betul-betul konspirasi ini, teramat mustahil untuk kita melawan konspirasi ini.

Contoh : Mustahil untuk kita beli kereta dengan cash. Mana nak dapat duit puluh ribu cash? jadi, nak tak nak kena ambil bayar ansuran. Bila ansuran, jadi riba. Nak buat macam mana, kereta satu keperluan. Tak kan nak tunggu himpun duit dulu?

Memang mustahil nak tentang konspirasi ini? Nak tentang jugak, tinggal dalam hutan...jangan terlibat dengan kehidupan sekarang. Sapa sanggup? Sebab tu saya katakan mustahil nak lawan kerana hidup kita hari ini sudah disetup dengan penuh teliti oleh golongan Illuminati ini.

Apa yang boleh kita buat...sedarkan seramai mungkin umat islam tentang konspirasi ini. Bila ramai umat islam sudah tahu, mungkin boleh diwujudkan struktur ekonomi islam yang kukuh agar kita tidak bergantung kepada ekonomi barat yang mengamalkan riba. Sasarkan juga kepada non-muslim untuk sebarkan tentang konspirasi ini kerana mereka juga harus tahu. Konspirasi ini bukan disasarkan hanya kepada umat islam tetapi seluruh umat manusia.

syabs kepada semua yg sedar dan sanggup berkongsi pendedahan...teruskan memberikan pendedahan sekiranya mempunyai sebarang maklumat...sebarkan mengenai isu ini kepada saudara mara,rakan-rakan dan sesiapa sahaja....umat islam hari ini bukan lagi perlu diberikan kesedaran...malah perlu "disuapkan" dengan kesedaran..

the biggest sponsor for that nite show is "lo'real",one of jewish big supporters...ermmm..

tima kasih penulis blog.
disebabkan penulis blog ni sy dapat tengok the arrival sampai episod 51.walaupun x paham tp sdikit sebanyak telah banyak membantu sy dalam memahami keadaan dunia sekarang.

sedarkan artis dahulu.
kebanyakkan masyarakat sanggup meng'idola'kan artis dari para rasul.
sanggup menghafal lagu dari al-quran.
sanggup menghabiskan duit beli album dari amal jariah.

pengigatan dan saling igat mengigati adalah penting kerana ia mebutkan seseorang itu tidak lalai...............

Sultan Johor juga ahli Freemanson, terbukti dengan wujudnya Loji Diraja Johor di jalan stulang johor.. rujuk di http://luxen.blogspot.com/2008/03/johor-and-pahang-road-trip.html

Saya tertarik dengan pendedahan AJL ini. Benar kata orang, dajjal semakin hampir, tanda2 kiamat telah dapat dilihat. TAUBAT lah sebelum waktunya.

Salam..kajian yg amat menarik bg sy. Bolehkah saudara mbuat kajian ttg Maahad Azzaytun di Indonesia. Sy amat tertarik dengan cara kewujudannya utk membangunkan kerajaan islam. Apa pendapat saudara ye?

Saya telah membuat pembacaan sedikit mengenai Maahad azzaytun yg terletak di negara jiran kita dari kenyataan pengarah IKIM dalam tulisan beliau yg saya dapatkan melalui Internet.

Sebelum ini, sy pernah menerima beberapa soalan daripada org kampung saya berkaitan gerakan pemuda al-Kahfi. Selepas membuat sedikit pembacaan, sy dapati kumpulan ini berpusat di Maahad azzaytun yg dikatakan itu...

Gerakan Pemuda Kahfi ini merupakan satu kumpuln yg boleh dikatakan tidak selari dengan ajaran dan fahaman ahl sunnah wa al-Jamaah. Ini berdasarkan maklum balas masyrkat setempat sy yg pernah mengadu kepada saya berkenaan mereka. Mereka mengtafsirkn al-Quran tidak melalui lunas2 yg telah disediakan. Selain mengharamkan beberapa perkara seperti keluar mengundi dan mengundi parti-parti politik.. Berdasarkan maklum balas awam, cara dakwah mereka yg terlalu bersembunyi itu juga menakut ramai pihak.

Apapun, Suka untuk saya cadangkan untuk awk merujuk kepada majlis2 agama Islam atau JAKIM mengenai gerakan ini. Bagi saya, ia terlalu berbahaya dan boleh merosakkan aqidah.. Begitu juga maahad azzaytun tersebut. terima Kasih...

izinkan sy amek maklumat disini untuk membuat pembentangan boleh tak???sy pelajar f6 dan diminta oleh guru untuk membuat pembentangan tentang tajuk pilihan sy,,,sy berminat utk berkongsi perkara ini dengan teman2,,,,seandainya pihak jtk izinkan sy ucapkan berbanyak terima kasih,,,

Silakan, Pihak JTR sentiasa mengalu2kan perkongsian maklumat sesama manusia..

Salamu'alaikum wbt...saya tertarik dengan isu ini dan baru-baru ini telah diadakan simposium mengenai gerakan illuminati dan freemason di tempat saya belajar. pendedahan mengenai gerakan umapama angin ini telah menimbulkan kesedaran di kalangan pelajar betapa pentingnya kita pertahankan kesucian agama Islam dari dicemari oleh debu-debu kotor hasil dari pekerjaan kuffar. dan apabila dikatakan mengenai gerakan sebegini, timbul pula persoalan yang saya rasa tidak salah untuk saya bertanya semata-mata ingin menambah pengetahuan saya. apa pendapat JTR mengenai Tarekat Ahmadiah Idrissi? Adakah selari dengan ajaran ASWJ (ahli sunnah wal jamaah)

p/s:maafkan saya jika tersilap eja mengenai tarekat ini dan tersalah tempat untuk bertanya. sekian, wasallam wbt.

Anda tak perlu minta maaf atas kejahilan mereka.mmgla diorang ckap diorg x tau pn,tp btul ke diorg x tahu??artis2 mgkin btul x tahu (since diorg ni rmai yg jahil agama) tp pihak producer and organizer mesti ada sebab why nk guna semua tu.pintu gerbang siti, Checkered Floor and even lambang Search tu pn terang2 lmbang Illuminati.Tak mustahil industri hiburan kita sekarang ni dh pun 100% dikawal oleh diorang, tambah2 lagi tv3 ni.Seluruh dunia gempar pasal The Arrival ni,pastu takkan diorang x pnah dgar kot???Maybe diorang ni katak bawah tempurung yang hanya tau menyanyi memanggil HUJAN.Pendek kata,sudah2la kita dok layan hiburan diorang ni.

assalamualaikum...saya ingin mengingati saudara dan saudari semua yg yahudi dan nasara itu tidak akan sekali-kali meredhai kita(orangg islam) selagi kita tidak mengikut jejak langkah mereka....jadi berhati hatilah jika kita tidak mahu mengikut jejak langkah mereka kerana 'jarum' mereka amatlah halus sehingga kita tidak tersedar yg kita telah termakan umpan mereka(yahudi).....mereka tidak berperang dengan kita dengan perang fizikal tetapi mereka berperang dengan perang psychology....berhati hatilah semua.....wallahu a'lam....

ASSALAMUALAIKUM.
TAHNIAH BANYAK2 KERANA MENGUSAHAKAN LAMAN INI. LEBIH KURANG 25 TAHUN YG LALU KETIKA MENUNTUT A-LEVEL DI PPP/ITM, ADA KUMPULAN PENUNTUT YG EDAR SECARA RAHSIA SATU RISALAH KECIL, LEBIH KURANG TAJUKNYA 50 CARA YAHUDI AKAN MENGHAPUSKAN ORG ISLAM. 50 CARA INI TELAH DIBINCANG DAN DITETAPKAN DALAM PERJUMPAAN SEDUNIA MEREKA YANG PERTAMA SEPERTI YG TERSEBUT DLM RENCANA SAUDARA ITU. DI ANTARA 50 CARA ITU, TERCETAK DI KEDUDUKAN YG TERATAS IALAH TV, MUZIK, LAGU DAN HIBURAN. MEREKA PERLU BERUSAHA KERAS UTK MELALAIKAN UMAT ISLAM KERANA SELAGI MEREKA BACA QURAN,SOLAT DAN IKUT SUNNAH MEREKA TIDAK AKAN DAPAT DIJATUHKAN. MEMANG AGENDA MEREKA MELAKSANAKAN RENCANA TANPA KITA SEDARI DAN SPT TIDAK SENGAJA. SO, BERHATI-HATI LAH DALM KEHIDUPAN KKERANA DI KALANGAN KITA PUN ADA TALI BARUT2 BANGSA YG DI LAKNAT ALLAH INI, TERUTAMA ORG2 YG BERPENGARUH.

Catat Ulasan

Pada pendapat anda?

Perjalanan

Tembusi Petra, Jordan Slideshow: BenTaleb’s trip was created by TripAdvisor. Create a free slideshow with music from your travel photos.
Sabda Baginda SAW ; "Ketahuilah ia (Dajjal) berada di laut Syam atau laut Yaman.. akan datang dari arah timur (lalu menunjukkan dengan tangan baginda).."[Riwayat Muslim]. Daripada Abi Bakr al-Siddiq r.a, sabda Baginda SAW, "Dajjal akan muncul ke bumi dari arah timur bernama KHURASAN." [Riwayat al-Tirmizi]. Daripada Anas bin Malik r.a, sabda Baginda SAW, "Dajjal akan keluar dari kota Yahudi ISFAHAN (Khurasan, IRAN) bersama 70,000 penduduk ISFAHAN". [Fath al-Rabbani Tartib Musnad Ahmad. Ibn Hajar berkata : "Sahih"]. Ibn Kathir berkata, Dajal pada mulanya akan muncul dari ISFAHAN dari sebuah kota Yahudi [al-Nihayah fi al-Fitan wa al-Malahim]. ISFAHAN adalah sebuah bandar terbesar YAHUDI di Iran dan pusat loji nuklear Iran pada masa kini.