JTR mengalu-alukan tuan puan untuk membaca tulisan dalam blog ini bagi manfaat tuan puan
Photobucket

Sabtu, 30 Januari 2010

Silence War

Posted by Abu Hannan On 8:17:00 PTG 11 comments

 Klorin Dalam Air; Anda Tahu Punca Sebenar Sakit Jantung, Strok?

…sambungan dari part 1

Menurut satu kajian oleh Joseph M.Price (M.D) di Amerika Syarikat, klorin yang dimasukkan ke dalam air paip adalah satu bahan kimia yang sangat bahaya. Menurut teorinya, klorin sebagai satu bahan yang sangat aktif bertindak balas dengan fat dan cholestrol menyebabkan ‘plak’ berwarna kuning terjadi dan berendap (deposited) di permukaan arteri-arteri. Endapan ini (atherosclerosis) menyebabkan arteri menjadi keras tidak kenyal (elastic). Arteri-arteri tersebut lama kelamaan boleh pecah ataupun lubangnya menjadi sempit. Keadaan demikian boleh menyebabkan penyakit atherosclerotic atau coronary heart disease dan stroke.

lihat eksperimen ini:
ujikaji ini menggunakan 100 ekor ayam jantan berumur 100 hari. Ayam ini dibahagikan kepada dua kumpulan, setiap satu kumpulan dibahagikan kepada 50 ekor ayam. Kumpulan satu diberi air yang ada klorin dan kumpulan ke dua diberi air tanpa klorin bersama dengan makanan mereka. Didapati ayam-ayam yang diberikan air klorin mendapat penyakit plak berwarna kuning (atherosclerosis) di dalam saluran darah (arteri) di bahagian abdomen (abdominal corta).


Bagi kumpulan ayam yang tidak diberi klorin dalam airnya, tidak didapati seekor pun yg mengidap penyakit arteri selepas tujuh bulan. Ujikaji itu menunjukkan bahawa klorin boleh menyebabkan penyakit atherosclerosis iaitu saluran darah ‘arteri” tersumbat.


Lihat apa kata Dr. Price dalam teorinya:
Teori kolestrol dan lemak sebagai penyebab utama sakit jantung belum lagi sempurna. Sebagai bukti orang Eskimo di Kutub Utara tidak mengidap sebarang penyakit ‘atherosclerosis’ atau penyakit jantung sungguhpun pemakanan (diet) mereka mengandungi kolestrol yang lebih tinggi daripada yang biasa. Sebab utama mereka tidak mengidap penyakit jantung ialah mereka minum air salji iaitu air suling yang bebas daripada klorin.
Dr. Price menunjukkan juga bahawa 75 tahun dahulu sebelum adanya klorin dimasukkan ke dalam air minum tidak pernah ada rekod penyakit jantung di Canada dan Amerika Syarikat. Ia mungkin kerana klorin mula digunakan (sebagai ujian) untuk membersihkan air pada tahun 1890 an dan hanya pada dekad kedua dan ketiga (1920) ia diterima sebagai satu ‘ubat’ untuk air minum. Tanda-tanda penyakit atherosclerosis mengambil masa 10-20 tahun untuk menjadi.

Di sini, kita dapat korelasi antara timbulnya penyakit atherosclerosis sejak tahun 1930 dengan pengklorinan air. Korelasi ini susah untuk dinafikan atau pinggirkan sahaja.


Menurut Dr Allen Banik dalam bukunya “Your Water and Your Health”:
Klorin dalam bentuk yang dimasukkan ke dalam air adalah satu bahan toksik yang akumulatif (bertumpukkan).
Dr Price mencadangkan:
Supaya air dibersihkan dengan cara lain seperti menggunakan sinar ultra-lembayung sebagai satu cara yang praktikal, mudah dan murah. Alternatif yang lain ialah dengan menggunakan cara ‘ozonation’ atau penyulingan air. Cara sementara waktu ialah mendidihkan air untuk mewapkan (penyejatan) klorin itu sebagai satu cara untuk mencegah daripada mendapat penyakit jantung.
Cara yang paling dramatik dicadangkan oleh Dr Allen Banik ialah air yang paling selamat daripada bahan-bahan kimia yang mudarat adalah dengan menggunakan air suling. Penyulingan air adalah satu cara sahaja yang dipercayai boleh meninggalkan semua bahan kimia inorganik untuk menjadi air yang tulen dan bersih.

Malangnya, kajian Dr Price tidak dihiraukan oleh media massa. Dr Price mengatakan bahawa kajiannya telah disenyapkan (silent Treatment) oleh media massa.

11 Komen:

salam

ya akhi sufi..tolong check email anda..tq

wow...xthu..mcm mner anda tahu sye tahu..mcm mner kalu minum klorin dalam kuantiti yg betul??

erm, kurang fhm dgn persoalan duone_starz.. =) boleh dijelaskan..?

Salam,

Tanya sikit..kenapa tak boleh access blog http://holywar-efairy.blogspot.com/ (FOM)? tengah update/upgrade ke? TQ!

blog FOM under maintenence!.. sedang di upgrade supaya lebih selamat..

klorin dlm air tu, sma mcm kandungan dlm peluntur klorin?

huh, lega dengar blog holywar-efairy dlm maintence...ingat kena delete..

bkn ker sodium chloride ade dlm air laut??hmmm

Sodium Chloride (NaCl) memanglah garam yang terdapat dlm air laut dan yang kita gunakan dlm masakan tp sbtian ini stabil dan xmerbahaya. Klw kita piahakan sebatian ini kembali kepa unsur2nya iaitu sodium (natrium) dan juga chlorine mmglah die jd berbahaya. Sama juga macam arang (carbon), unsur ini berbahaya klw kita mkn macam tu sahaja tapi klw carbon itu bergabung dengan unsur-unsur lain seperti oksigen dan juga hidrogen pada nisbah yang betul, maka terhasillah sebatian-sebatian yang baik untuk badan kita seperti karbohidrat, protien dan lemak (sekadar memberi bebrapa contoh). Chlorine, Chlorat, Chloride secara umumnya diklasifikasikan sebagai bahan mengiritasi (irritant) klw dipek sebagai bahan kimia untuk kegunaan sekolah dan industri (botol reagent). Dlm masa yang sama, tidak dinafikan bahawa penggunaan bahan tersebut merupakan cara yang palih mudah membunuh bakteria tapi ia mempunyai kesan juga terhadap manusia. Pendapat saya serupa dgn Allen, cara paling selamat adalah dengan menyuling air paip dan klw gunakan air hujan cukup dengan mendidihkannya sahaja.

Salam. Nak copy kedua2 part ye. terima kasih

Catat Ulasan

Pada pendapat anda?

Perjalanan

Tembusi Petra, Jordan Slideshow: BenTaleb’s trip was created by TripAdvisor. Create a free slideshow with music from your travel photos.
Sabda Baginda SAW ; "Ketahuilah ia (Dajjal) berada di laut Syam atau laut Yaman.. akan datang dari arah timur (lalu menunjukkan dengan tangan baginda).."[Riwayat Muslim]. Daripada Abi Bakr al-Siddiq r.a, sabda Baginda SAW, "Dajjal akan muncul ke bumi dari arah timur bernama KHURASAN." [Riwayat al-Tirmizi]. Daripada Anas bin Malik r.a, sabda Baginda SAW, "Dajjal akan keluar dari kota Yahudi ISFAHAN (Khurasan, IRAN) bersama 70,000 penduduk ISFAHAN". [Fath al-Rabbani Tartib Musnad Ahmad. Ibn Hajar berkata : "Sahih"]. Ibn Kathir berkata, Dajal pada mulanya akan muncul dari ISFAHAN dari sebuah kota Yahudi [al-Nihayah fi al-Fitan wa al-Malahim]. ISFAHAN adalah sebuah bandar terbesar YAHUDI di Iran dan pusat loji nuklear Iran pada masa kini.