Saya secara peribadi sangat meminati tulisan-tulisan bernas Hisyamudin Rais. Bagi saya, beliau merupakan seorang penulis bebas (independent writter) yang sangat hebat mengkritik apa-apa sahaja termasuk pimpinan negara dan sistem-sistem sengal perosak manusia. Satu tulisan yang saya agak tertarik dan kita akan kongsikan bersama ialah berkenaan John Perkins, si ajen atau saya katakan kambing belaan kapitalis dunia. Inilah hakikat kapitalis yang hanya menguntungkan pemodal-pemodal, mengayakan yang kaya dan membiarkan si miskin berbogel kepapaan.
Pada 2004, John Perkins menulis Confession of an Economic Hit Man – Pengakuan Tukang Pukul Ekonomi. Buku ini melakar bagaimana Perkins direkrut oleh National Security Agency (NSA) untuk menjaga kepentingan kaum pemodal antarabangsa.
Untuk menghalalkan tugasnya, Perkins telah dimasukan bekerja di sebuah syarikat konsultan ekonomi sebagai baju yang dipakai oleh Perkins kerana syarikat ini memiliki hubungan rapat dengan NSA.
Sebagai penasihat ekonomi, Perkins merayau-rayau ke Indonesia, Panama, Ecuador, Colombia, Arab Saudi, Iran dan negara yang dianggap memiliki potensi ekonomi.
Tugas Perkins cukup enteng: dia akan menasihatkan pemimpin negara-negara ini untuk membuat projek-projek mega (seperti projek Bakun).
Perkins tidak memiliki masaalah untuk bertemu dengan pemimpin politik negara-negara Dunia Ketiga kerana dia sedar bahawa pemimpin-pemimpin ini, apabila mendengar ada Mat Saleh ingin bertemu mereka, maka mulut dan buntut mereka ternganga luas.

Perkins dijemput untuk menghadiri pelbagai seminar dan mesyuarat (seperti Invest Malaysia 2009) dan dijemput dalam perbincangan percambahan pendapat.
Akhirnya Perkins akan membuat dan mengajukan kertas kerja dan cadangan untuk memunculkan projek mega.
Dalam masa yang sama, melalui Perkins, Bank Dunia atau Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) atau bank-bank lain akan bersiap sedia mengeluarkan dana.
Projek mega ini cara "merasuah" para pemimpin dan kroni para politikus Dunia Ketiga. Projek-projek ini tidak ada sangkut paut dengan kepentingan ekonomi warga negara itu walaupun dengan lunak Perkins akan menggambarkan bagaimana projek mega ini akan memberi manfaat untuk rakyat. Ia hanyalah kelentong.
Kontraktor-kontraktor projek, perkakas pembuatan – semuanya didatangkan daripada nasihat Perkins. Projek ini akan menggunakan pakar-pakar 'Mat Saleh' yang dibayar dengan lumayan berbanding dengan pakar tempatan.
Perkins melahirkan pekerjaan untuk para Mat Saleh yang dipanggil 'pakar'.
Dalam masa yang sama, Perkins cukup sedar banyak dana ini akan masuk ke dalam poket para pemimpin negara ini - ia sebahagian daripada strategi Perkins. Ia perangkap yang sengaja dipasang.
Sedikit demi sedikit negara ini akan terhutang dengan lembaga-lembaga bank antarabanga – IMF, Bank Dunia, Bank Eropah dan pelbagai lembaga dana yang bekerja erat dengan Perkins.
Bunga dan hutang ini akan meningkat, lalu menambahkan lagi beban negara. Perkins akan mengusulkan cara terbaik untuk mencari dana agar dapat membayar hutang dan bunga.
Cadangan Perkins: subsidi mesti dihapuskan. Kawalan makanan dilupuskan, import dibesarkan. Barangan eksport dimurahkan.
Nilai ringgit dikurangkan dengan alasan akan menarik orang luar membeli barangan eksport.
Akhirnya – akan sampai suatu masa – hutang begitu menjerut untuk negara ini. Maka Perkins akan 'menasihatkan' para politikus agar Pertamina memberikan hak untuk Exxon menjalankan cari gali di Ambalat – mislanya yang terjadi di Indonesia.
Ia perangkap awal.
Jika pemimpin politik ini memiliki perasaan nasionalisme dan terus berdegil, maka akan dihantar apa yang di panggil 'the Jackals'. Mosaddeq di Iran menjadi mangsa pada 1953.
Presiden Guatemala pada 1954 menjadi mangsa agar bumi negaranya selamat untuk dijadikan ladang pisang United Fruits Company. Sukarno pada 1965, Ecuador pada 1981.
Mari kita melihat kes klasik sejarah Terusan Panama yang telah dimiliknegarakan oleh Omar Torrijos pada 1977. Kemudiannya, pada 31 Julai 1981, kapal terbang yang dinaikinya meletup di udara.
Sesudah Torrijos mati, Amerika kembali mendapat hak untuk meletakan tenteranya di Terusan Panama. Khalas.
Di negara kita sendiri perkara yang sama pasti berlaku. Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilakar oleh Razak Hussein mengetepikan kepentingan pemodal antarabangsa. Kaum pemodal ini berasa kurang senang dengan dasar ini. Melalui media dunia, mereka terus mempertikaikan dasar ini.
Dasar ini juga dikritik oleh kapitalis nasional dan kapitalis komprador yang suaranya diwakili oleh MCA.
Ketika itu air, api, telekom, universiti, jalan raya, hospital, tanah Felda dan perbadanan kemajuan ekonomi peringkat negeri SEDC – semuanya milik orang ramai, yakni milik negara.
Kritikan dasar ini tidak ada sangkut paut dengan kepentingan Mak Jah peniaga warung di Gombak atau Pak Huseing pembuat budu di Pengkalan Chepa. Kritikan ini datang daripada kaum kapitalis yang tidak dapat membuat keuntungan maksimum.
Apabila Mahathir Mohamad naik, semua ini diubah. Untuk mendapat sokongan kapitalis komprador dan kapitalis nasional (baca: pemodal Cina), Mahathir telah menswastakan harta rakyat ini. Maka gembiralah dan berkendurilah kaum kapitalis ini.
Harta kekayaan mereka bertimbun-tambah. Laporan terbaru membuktikan bagaimana 58 bilion ringgit harta negara di tangan swasta, hanya 2 bilion ringgit sahaja yang menjadi milik Melayu.
Mahathir naik tocang apabila dinobatkan oleh kaum pemodal (kaum: Cina) sebagai penjana pembangunan. (Ia tidak ada sangkut paut dengan Mak Cik Limah di Felda Chomomoi atau Haji Timah tuan punya warung di Senawang) DEB hakikatnya adalah dasar ekonomi kapitalis yang penuh dengan percanggahan.
Dasar ini bercita-cita untuk memunculkan 'zaibatsu' Melayu atau Bumiputera. Ia hanyalah mimpi tegang yang tidak terpancut-pancut.
Cita-cita ini tidak mungkin tercapai hingga bumi meletup. Kalaupun tupai beranakkan gajah, dasar ini tidak akan tercapai!
Dasar DEB tidak akan berjaya kerana dalam hukum ekonomi kapitalis "apa boleh jual akan dijual, apa yang boleh dibeli akan dibeli".
Dalam ekonomi kapitalis, tidak ada agama atau bangsa. Setiap kali modal dilabur untuk Melayu, ia pasti akan bertalian dengan ekonomi Cina yang telah lama kukuh. Wang yang mengalir ini belum mengambil kira jumlah rasuah.
Tidak mungkin semua orang Melayu/Bumiputera akan dapat dikayakan. Pemodal memerlukan buruh yang boleh diupah murah. Pemodal memerlukan pengguna untuk membeli.
Kalau Melayu semua kaya, siapa pula yang akan menjadi buruh di ladang sawit, penanam padi, nelayan dan Minah Karan dan Mat Spanar?
DEB hanyalah satu kelentongan atau tipu helah - lubuk para politikus Melayu berkumpul membuat dasar atas nama Melayu.
Dengan bersandarkan kemelayuan, maka para politikus Melayu ini dapat 'merembat' harta negara.
Pada ketika DEB dimulakan, pergaduhan Melayu lawan bukan Melayu baru selesai (peristiwa 13 Mei 1969). Kapitalis nasional dan kapitalis komprador tidak berani menyuarakan tentangan pada ketika itu.
Mereka melihat dari jangka panjang kepentingan mereka lebih terjaga dengan dasar DEB ini. Anggapan mereka cukup tepat.
Siapa dia Lim Goh Tong, siapa dia Ananda Krishnan, siapa dia Vincent Tan?
Dasar untuk menjadikan 30 peratus harta kekayaan negara ini dimiliki oleh Melayu/Bumiputera adalah mimpi kosong dan dasar yang salah. Tidak perlu membuat kajian ilmiah – pergi sahaja keluar dari Kuala Lumpur dan lihat sendiri kehidupan orang-orang di kampung.
Memang betul ada perubahan. Kalau dulu, pada 1974, di Kampong Chenor (kampung saya) tidak ada elektrik dan air, hari ini telah ada.
Tetapi air dan elektrik kini dimiliki oleh pemodal tuan empunya saham. Hospital dimiliki oleh pemodal tuan empunya saham.
Sekolah dan universiti dimiliki oleh pemodal tuan empunya saham.
Jalan raya dimiliki oleh pemodal tuan empunya saham. Telefon dimiliki oleh pemodal tuan empunya saham. Inilan perbezaannya.
Inilah hakikatnya.
Dua minggu dahulu Najib Razak telah membuat dasar liberalisasi. Perkataan LIBERALISASI ini perkataan hampeh - perkataan putar alam bertujuan untuk mengelirukan kefahaman yang tuntas kepada orang ramai terutama kepada Mak Cik dan Pak Cik Felda.
Liberalisai bermakna syarikat antarabangsa dibenarkan berniaga bebas dalam negara ini.
Dua hari lalu Najib telah mengubah satu jalur DEB. Kaum pemodal pasti akan mengalu-alukan dasar (baru) ini. Ertinya pasaran Malaysia terkangkang luas untuk dientot. Ertinya, tidak ada lagi halangan untuk sesiapa sahaja memiliki harta kekayaan negara ini.
(Kalau saya kapitalis, saya akan terpancut siang malam dan meleleh air liur melihat harta negara ini boleh dimiliki).
Kenapa Najib membuat dasar baru ini?
Cukup senang untuk memahaminya. Najib memiliki masaalah peribadi yang berat. Jangan silap baca, ia tidak ada sangkut paut dengan berat isteri Najib. Berat di sini bermakna berat dari segi politik.
Contohnya, parti yang dipimpin oleh Najib tidak lagi mendapat sokongan rakyat. Retak-retak kelihatan dalam gabungan Barisan Nasional. Dan paling menakutkan Najib apabila kaum kapitalis komprador dan kapitalis nasional (baca: pemodal Cina) telah menjauhkan diri daripada Najib.
Dalam masa yang sama media antarabangsa terus menghantui Najib dengan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, wanita cun dari Mongolia. Media luar ini alat pembesar suara untuk memastikan kepentingan kaum pemodal antarabangsa terjaga rapi.
Kaum pemodal antarabangsa ini telah lama ingin merembat harta kekayaan negara ini. Hantu-hantu, polong-polong dan puaka-puaka ini perlu dijaga.
Najib wajib melakukan sesuatu. Seperti Mahathir menswastakan harta negara untuk kaum komprador dan kapitalis nasional, maka Najib menswastakan seluruh bumi Malaysia ini untuk kepentingan kelas kapitalis dari dalam dan luar negara - inilah hakikat dari dasar ekonomi yang akan dijalankan oleh Najib.
Di mana Perkins kaki pukul sedang bersemayam?
Jangan risau, si Perkins ini masih wujud. Perkins telah menghantar budak suruhannya dari Singapura. Lupakah projek mega, jambatan ketiga yang dicadangkan Najib sewaktu berkunjung ke republik itu?
"Perkins-Perkins" ini mungkin ada jaringan dalam Unit Perancangan Ekonomi (EPU) di Jabatan Perdana Menteri. Si Perkins ini mungkin masih bersarang di Tingkat Empat atau ingin pindah ke tempat yang lebih tinggi seperti di Menara Petronas.
Si Perkins sedang berselerak menjalankan tugas untuk memastikan kepentingan kaum kapitalis akan didahulukan.
DEB atau Dasar Pendekatan Baru ini semuanya tidak akan memberi apa-apa manfaat kepada rakyat biasa. Dasar ini tidak ada sangkut paut dengan kepentingan Gopal pemandu teksi dari Segambut. Dasar ini tidak ada sangkut paut dengan Swee Heng peniaga nasi itik di Jalan Petaling.
Dasar ini tidak ada sangkut paut dengan Hajah Limah pembekal kerepek ubi dari Sijangkang.
Rakyat biasa tidak berjudi di bursa saham. Rakyat biasa tidak tahu apa itu 'pink form'. Rakyat biasa tidak memahami turun naiknya Nasdaq atau Index Hang Seng. Rakyat biasa mahu keselesaan dan bukan mahu diikat dengan pelbagai gaya – cukai, tol, bil hospital, bil air, bil api, bil sewa rumah, cukai rumah – di mana mereka wajib dan dipaksa mengeluarkan duit yang tidak mereka miliki.
Dasar ekonomi terbuka dan terkangkang ini akan menjemput kapitalis antarabangsa – dengan alasan untuk melabur dan membawa modal. Hujah ini betul-betul daripada kertas kerja John Perkins. Beginilah cara yang digunakan oleh Perkins untuk memastikan sesebuah negara itu akhirnya akan dapat dijajah kembali.
Satu kerajaan yang baik adalah kerajaan yang berkiblatkan rakyat. Sebuah kerajaan yang adil tidak akan mempedulikan kepentingan kaum kapitalis kerana mereka menghisap darah warga negara. Dasar yang wajib dinobatkan ialah dasar kepentingan ramai mendahului kepentingan peribadi. Kepentingan ramai menjadi nakhoda dan juragan.
Kerajaan yang adil ialah sebuah pentabiran yang telus di mana dasar ekonominya akan menobatkan kepentingan kaum buruh dan tani kerana dari tenaga mereka inilah munculnya modal.
Modal muncul daripada tenaga manusia. Modal bukan wang ringgit. Wang ringgit adalah tanda nilai tenaga dan fikrah manusia. Modal datang daripada tenaga warganegara itu sendiri.
Modal bukan datang daripada IMF atau Bank Dunia. Duit daripada IMF atau Bank Dunia itu hasil rompakan tenaga kaum buruh dan tani dari seluruh dunia.
Justeru, dasar menjual Felda mungkin dilihat dapat mengumpulkan modal. Awas! Menjual Felda samalah seperti Lebai Sudin di Kuala Nerang yang hanya memiliki sebuah rumah dan tiga relung sawah.
Satu hari untuk membaiki atap rumahnya Lebai Sudin telah menjualkan tiga relung tanah sawahnya kepada...

22 Komen:
Hmm takkanlah pemimpin kite nak hancurkan negara sendiri kan?
Yela masalah mengkayakan org yg dah kaya nie mmg dari dlu lagi. Sape ade modal dia buat duit.
Kite berade diakhir zaman nie, perkara nie mmg berlaku dan harp kite berade dlam golongan org bertakwa.
Post anda ni benar2 membuka mata saya..terima kasih..
BAGUS POSTING INI UNTUK PEMIMPIN YANG ADA SEKARANG
saya takut....takut sangat...bila pikirkan hal ni....
Saya tak setuju.
1. DEB itu asasnya adalah supaya merapatkan jurang perbezaan ekonomi di antara kaum, khususnya Melayu dan Bumiputra, pada masa yg sama melupuskan kemiskinan di kalangan rakyat.
2. Kerajaan telah melaksanakan berbagai2 program yg ujud drp dasar2 utk mencapai objektif2 DEB. Salah satunya dasar pendidikan. Salah satu cara memperkasakan Melayu adalah dgn memberi didikan peringkat tertinggi. Oleh kerana itulah ramai anak2 Melayu sejak dr tahun 70-an ditaja oleh biasiswa kerajaan utk melanjutkan pelajaran ke luar negara dlm berbagai bidang profesional dan sebagainya (mungkin juga Penulis Blog adalah salah seorg yg menikmati nikmat ini). Siapa kata dasar ini tidak ada kesan ke atas masyarakat desa dan terpinggir?
2. DEB mengsyaratkan 30% hakmilikan Melayu ke atas perniagaan tersenarai di BSKL. Berapakah nilai urusniaga di BSKL? Kalau 30% berapakah nilainya? Tidakkah ini mengkayakan Melayu?
3. DEB mengujudkan berbagai amanah saham sejak berpuluh tahun dahulu khusus utk bumiputra. Tidakkah bumiputra mendapat hasil drpnya?
4. Pengswastaan tidak bermaksud mengaleh harta kerajaan (rakyat) kepada individu tertentu. Malah ianya lebih memberi peluang kepada rakyat menikmati hasil secara terus drp transaksi aset tersebut. TELEKOM, TNB, anak2 syarikat PETRONAS yg disenaraikan tidakkah ia memberi 30% hakmilikan kpd Melayu? Tidakkah saham2nya mandatangkan dividen dan bonus yg baik? Juga, bukan semua saham2 diniagakan malahan majoriti saham masih dipegang oleh kerajaan.
5. Projek2 mega memang pada sekali pandang tidak mendatangkan manfaat banyak kepada rakyat. Tetapi tahukah saudara bahawa hasil drp projek2 ini banyak syarikat2 Malaysia (Melayu dan bukan Melayu) yg mendapat exposure secara langsung dan kini dijemput menjadi pemaju2 dan kontraktor2 di luar negara seperti Dubai, Bosnia, Afrika Selatan, India, Sudan? Tidakkah ini membawa pulangan dan hasil kepada negara?
6. Saya tidak pasti samada saudara tahu atau tidak sewaktu krisis ekonomi 1987-1988 DS Anwar Ibrahim sewaktu itu Menteri Kewangan telah bermaksud menggunakan dana IMF dan ini telah dicegah oleh Tun Dr Mahathir dan pasukannya. Bayangkan apa yg mungkiin terjadi sekiranya DSAI meneruskan usaha2 tersebut...
Saya berpendapat penulisan saudara (atau penulisan yg saudara paparkan) terlalu bias dan prejudis serta tidak disokong fakta. Ini amat berbahaya kerana jika fikiran saudara semuda 22 tahun dikorupkan maka saudara boleh mendewasa dgn persepsi negatif dan pesimis.
Get your facts right, Sir. Buka minda dan kaji dengan lebih mendalam sebelum menjatuhkan hukum. Bukankah ini yg saudara war-warkan kepada pembaca blog ini? BUKA MINDA dan KAJI
Terima kasih Amirmhd, untuk makluman pihak tuan, saya bukanlah org nik aziz, DSAI, DSNR, atau sape2, pertamanya, saya ingin tuan elakkan persepsi bhwa saya menyokong di antara dua pihak atau bayk parti2 politik..
DEB memang bayk perdebatan mengenainya, dari pemimpin2 politik sampailah ke Pak Harun kepala kedai kopi hujung kampung kenangan, segamat tu. apapun pendapat saudara saya serahkan kepada para pembaca untuk menilai, sy tidak paksa saudara menyokong artikal hisyamudin rais ini, dan sy pula tidaklah memaksa diri saya untuk fanatik kepada satu pndangan sahaja. Cuma apa yg saya lihat,kesan kepada membantu dalam keadaan tidak sedarkan diri kita terhadap pemodal2 menyebabkan satu kesan buruk jangka masa pnjang terhadap ekonomi negara kita yg kita sayanyi ini. kuncinya, elakkan kapitalisme ini dari mendoktrin pemikiran pemimpin dan sistem ekonomi kita. apa pun terima kasih kerana berkongsi di JTR.
(makluman tambahan)
Saya diantara ramai pelajar jurusan agama yg tidak pernah mendapat bantuan biasiswa dari pihak kerajaan pusat. Setakat ini, hanya tiket kapal terbang yang dpt tajaan, itupun dari pusat zakat hasil penat lelah saya dan ayah. juga wang dari kerajaan negeri Kelantan kerana saya menuntut di KIAS Nilam Puri ketika menyiapkan diploma. Saya tidak tahu di mana lagi untuk diadukan masalah kewangan ini, kerana saya telahpun ke MARA dan JPA untuk bertanyakan hal ini, tetapi tidak ada jawapn, begitu juga wakil rakyat saya... Saya tidak tahu di mana pertolongan yg boleh kerajaan kita bantu kepada pelajar2 seperti saya. harap en.amirmhd boleh bantu. Terima kasih =)
Posting yang sangat baik untuk membuka minda...selama ini rakyat cuma dilaung2kan akan kebaikan dasar yang mereka pilih ini. nak mengkayakan orang melayu lah...nak membangunkan ekonomi lah... memajukan negara dan pelbagai alasan lagi...tapi kita boleh lihat sendiri hasilnya...tak buat kajian mendalam pun dah tahu.lihat sekeliling kita...memang benar malaysia ini jauh berubah berbanding masa baru merdeka dulu....tapi itu hanya pada mata kasar sahaja...hakikatnya terlalu ramai lagi rakyat yang menderita. berjuang untuk terus hidup...
memang pun kapitalis itu dasar dan matlamat akhirnya sapa yang kaya akan terus kaya yang miskin akan terus tersepit.x boleh disangkal lagi..dan memang nyata sistem ini datangnya bukan dasar dari al-quran dan hadis...
Tuan Blogger:
1. Tentang Penajaan Pengajian Tuan - saya rasa bidang pengajian Tuan bukan bidang yg diberi penekanan utk pembiayaan oleh Kerajaan. Ramai anak2 Melayu yg senasib Tuan sebenarnya. Bidang yg diberi penekanan utk penajaan adalah bidang2 professional di mana Malaysia amat berkurangan bekalan tenaga kerja seperti kedoktoran, sesetengah bidang kejuruteraan, dan beberapa bidang yg lain. Tuan mungkin boleh merayu ke PPZ negeri asal Tuan. Saya dulu ditaja oleh JPA tetapi masih tidak mencukupi utk biaya hidup, jadi saya bekerja separuh masa di library universiti dan dlm waktu cuti saya bekerja sepenuh masa sebagai buruh binaan.
2. Tentang Kapitalisma - saya berpendapat bukanlah sistem itu yg menjadi punca masalah utama masyarakat malahan sifat dan sikap masyarakat itu sendiri yg lebih mempengaruhi hasil/produk sesuatu sistem. Contoh: Kapitalisma dalam DEB adalah dgn Kerajaan membekalkan modal kpd usahawan2 Melayu yg dikira layak mentadbir perniagaan. Mereka ini disyaratkan supaya apabila berjaya mendidik pula anak2 Melayu yg lain menjadi usahawan dgn membekalkan infrastruktur dan modal utk berniaga. Ramai di kalangan mereka seusia 50-an yg kini telah berjaya dlm perniagaan yg dilapisi pula oleh mereka berusia 40-an sekarang ini. Dan seterusnya khidmat ini akan diteruskan dr generasi ke generasi.
Apabila Tuan memaksudkan saudagar2 Cina mengaup keuntungan hasil drp DEB, itu tidaklah sesuatu yg pelik malah bukanlah sesuatu yg boleh dielakkan. Saudagar2 Cina ini telah bertahun2 memegang ekonomi Tanah melayu sejak zaman kesultanan Melaka lagi. Mana mungkin menandingi mereka dalam kualiti dan kuantiti dlm sedekad dua ini! DEB bukanlah bertujuan mengkayakan Melayu dgn memiskinkan bangsa lain, malah matlamatnya adalah supaya setiap kaum kaya seiring.
Kesan buruk yg Tuan maksudkan ke atas ekonomi negara ini adalah apa? Saya agak kurang jelas apa kesan buruk yg Tuan gambarkan akibat drp kapitalisma itu. Sila jelaskan jika tidak keberatan.
3. Tidak ada mana2 dalam catatan saya yg saya mengaitkan Tuan dgn mana2 parti atau individu. Dlm artikel Tuan ada menyebut tentang mengambil dana World Bank dan IMF jadi saya sebutlah tentang apa yg DSAI bermaksud lakukan dalm tahun 1997-1998 dulu. Dan saya menyatakan juga bayangkanlah apa yg mungkin terjadi sekiranya kita mengambil dana IMF dulu.
Sekali lagi, bukanlah sistem itu yg salah malah sistem boleh diubah-suai utk menepati keadaan masa dan budaya, Org2 yg mentadbir sistem itulah yg selalu melakukan kesalahan. Sistem zakat Islam itu sempurna, tetapi jika pelaksananya yakni amil dan amir gagal mentadbir kutipan zakat itu sewajarnya apa akan jadi kpd baitulmal? Hancur, walau pun dalam suasana sistem yg sempurna anugerah Tuhan.
Terima kasih kepada pihak kerajaan kerana tidak menaja pelajar2 seperti kami atas alasan bidang kami bukan bidang profesional. Untuk makluman, bidang saya ini antara bidang terpenting untuk memacu negara ke arah yg lebih hebat dan bertamadun. saya tidak mahu tulis panjang mengenai hal ini, cuma cuba saudara dan pembaca perhatikan satu sahaja contoh, siapa yang telah 'mengislamkan' bank2 ribawi di Malaysia kalau bukan dari profesional agama. Jika saudara mengatakan kerajaan berpersepsi bahwa bidang ini tidak profesional, saya harap saudara dan saya juga boleh perbetulkan persepsi serong ini. Saya berpendapat, Malaysia memerlukan lebih ramai pakar dalam semua bidang tanpa terkecuali satu pun..
Profesional ini ada dalam semua bidang ilmu. dan saya rasa tidak harus kerajaan pusat menganak tirikan pelajar jurusan agama dan tidak harus juga pusat zakat negeri menganak tirikan pelajar kodoktoran sbgi contoh untuk pemberian zakat. Jika kerajaan nak pacu negara, perlu adil.
Apa pun, Terima kasih berbanyak2 kepada saudara, saudara berhak menyuarakan pendapat. Sekali lgi sy katakan yg artikel ini ditulis oleh suadara Hishamudin Rais yang saya masukkan ke dalam blog JTR.
Utk hal DEB ini, saya cadangkan untuk pembaca sekalian membaca satu buku yang ditulis oleh Rahim Zain bertajuk 'Memahami Kelemahan Dasar Ekonomi Baru'.
Satu lagi, saya quote kata2 Prof Abdul Aziz Bari berkenaan perlantikan bukan melayu sebagai PM sah.
"Katanya, perkara tersebut jika berlaku tidak sepatutnya mengejutkan orang Melayu kerana selepas enam perdana menteri Melayu di Malaysia, kepentingan Islam dan Melayu tidak juga terjaga.
“Malah ada (perdana menteri) yang kita boleh katakan telah menggadaikan kedudukan dan kepentingan itu,” kata pensyarah yang terkenal dengan kelantangan dan ketegasannya itu.
(temu ramah Malaysiakini http://www.malaysiakini.com/news/124955)
Dari situ, apabila ada seorang pakar bebas bercakap perihal demikian, saya rasa beliau punya sumber dalam kenyataaan beliau. dan jika tidak benar, saya cadangkan pihak kerajaan untuk melakukan tindakan undang2 ke atas pensyarah berkenaan.
Saya bercakap atas kapasiti saya sebagai salah seorang rakyat Malaysia dan tidak lebih dari itu. Apa pun, terima kasih kepada Saudara Amirmhd kerana melontarkan idea2 baik untuk pembaca menilainya.
untuk pembacaan lanjut, sila baca:
http://rafika.ngeblogs.com/2009/12/19/kelemahan-sistem-ekonomi-kapitalis/
Salam Abu Hannan. Terima kasih krn berkongsi pandangan kritis Hisyamudin Rais. Ttg DEB, tak dinafikan ia telah membantu org Melayu. Tapi tak salah kita mengkritik utk melihat "the other side of the coin". Mana ada sistem yg sempurna. Kita kritik supaya dpt dicari/diganti dgn kaedah yg lebih baik. Memang benar DEB byk menaja "cream of the cream" student2 kita. Tapi berapa ramai pula yg tidak berpeluang melanjutkan pelajaran disebabkan kesempitan hidup. Ingat..bukan semua mereka malas ttp membantu keluarga meringankan beban menjadi prioriti utama. Lihatlah sekeliling kita.
Nak tengok baik atau buruknya sistem ekonomi kapitalis, mari kita renungkan:
Berjalanlah anda dikomplek2 membeli belah yang gah dan moden
Cth: Anda pun 'tertarik' dgn hp model terbaru dan anda beli sbg hp kedua. Tak apalah itu duit anda.
Cth: Anda pun membeli baju berjenama 'kegemaran' utk menambah koleksi walaupun agak mahal harganya. Oklah anda mampun membelinya.
Tapi bila difikir semula - adakah kita betul2 'memerlukan' benda2 tersebut?
Nak dijadi cerita - bila tiba satu waktu bila semua orang sudah redha hidup sederhana,
apa agaknya akan terjadi pd gedung2 yg gah tadi?
Siapa sebenarnya yg 'takut' sgt barang2 tak terjual?
Siapa sebenarnya yg 'ngeri' sgt bila keuntungan syarikat tak meningkat? Bukan tak untung tapi nak lagi untung.
Tidak sedarkah bhw kita telah dipoyokan utk membeli barang2 yg 'tidak/kurang diperlukan' semata2 utk 'membahagiakan' org2 yg memang dah kaya?
Ditaqdirkan perang terjadi, golongan manakah yg agak2nya dok sebuk menyelamatkan harta benda dulu dan lari keluar negara?
Marketing strategy merupakan satu ilusi yg menipu, dan hanya menggemukkan hawa nafsu
Ini hanya renungan peribadi saya - open & tdk terikat pd apa2 dan sesiapa pun. Renungan ini adalah utk mengingatkan diri saya sendiri setelah sekian lama terjebak dgn sistem kapitalis yg 'gila' ni.
Terima Kasih Abu Hannan! Teruskan usaha murni anda semoga lahir lebih ramai lagi ahli professional spt Ustaz Zaharudin.
- syukur -
Terima kasih kepada penulis komen di atas... semoga profesionalis muslim di malaysia seperti ust zaharuddin dan insyaAllah ramai lagi dapat mengubah lanskap sistem negara ke arah yang lebih adil berasaskan sumber2 wahyu. Kerahan tenaga dari semua pihak sangat penting bagi menjayakan misi ini.
ingat,Mencerca dan memaki hamun pemimpin bukanlah jalan penyelesaian dan tidak pernah diajar oleh Islam tetapi, menasihati dan sentiasa mendekati pemimpin dengan jlan hikmah itu yg disuruh agama.
amat menarikk u org ymcm sy y kurg tau pasl isu negara tq
kepada EveAhmad sahabt2 pembaca, kita sebagi rakyat Malaysia wajib utk mengetahui berkenaan isu kenegaraan kita. Baru boleh jadi rakyat yg matang dan tidak terkongkong.. tidak mudah ditipu dan tidak mudah menerima bulat2..
Satu kunci penting, elakkan kita hanyut dengan dunia hiburan yg melekakan, sbbnya, agama akan kita lupa dan isu2 lebih penting akan kita biarkan.. nasihat ini untuk diri saya yg dhaif ini dan kepada sahabat2 pembaca sekalian..
Selamat sejahtera Abu Hannan.
Utk kebaikan ugama/negara dan masyarakat - kita memang perlukan lebih ramai lagi ahli profesional yg celik ilmu agama dlm semua aspek.
Diawal tahun 90an dulu, saya ada seorng rakan non-muslim nak buat MBA di sebuah IPTA. Katanya, antara bidang kajian penting pd waktu itu ialah pensijilan halal. Sesiapa berminat boleh buat kajian. Dia komen bhw waktu tu memang kurang pakar yg benar2 faham konsep halal yg hendak diaplikasikan secara komersil. Jika kedua2 pihak terutamanya muslim dan non-muslim faham secara betul ilmunya atau akademiknya melalui kajian yg mendalam, rasanya implementasi pensijilan halal akan menjadi lebih efektif. Walaupun pihak industri melihat dr segi market dan keuntungan ttp adalah lebih baik bila mereka dpt faham dr segi perlaksanaan termasuk manfaatnya.
Aduhai....perkara2 berat berkenaan pembaikan sistem atau polisi ni bukan boleh suka2 didebatkan diwarung2 kopi. Nak berhadapan dgn pembuat polisi dan industri kenalah penuh ilmu di dada dan perlu lebih lagi profesional dan berhikmah supaya mereka boleh nampak kebaikannya dan dpt menerima malah membantu dan memberi sokongan utk menjayakannya.
Terlalu byk bidang dan ruang utk penambah-baikan kerana ia melibatkan semua aktiviti kehidupan seharian kita setelah sekian lama dirosakkan oleh the hidden hand.
Islam sememangnya sudah sempurna. Namun kita telah terpisah dr tamadun Islam yg pertama selama ratusan tahun. Jadi kita perlu kaji semula dan bina model2 bersyariatkan Islam utk diaplikasikan dizaman mutakhir ini. Islam itu cantik, jadi kena present dgn bijaksana dan akhlak mulia. Baru orang nampak keindahannya dan terbuka hati utk melaksanakannya.
Kita sudah maklum sistem bikinan manusia sedang menuju kemusnahan, sesiapa pun sekarang sedang mencari alternatif yg lebih baik. Dan jgn terkejut bila pendokong2 sistem ciptaan manusia ini sudah nampak akan keindahan sistem berasaskan wahyu, mereka pula yg akan menjadi penggerak utama utk kebaikan manusia sejagat.
Sdr Abu Hannan dan rakan2 yg lain mempunyai amanah yg berat utk menjayakan cita2 tersebut. Semoga dipermudahkan segala urusan oleh Yang Maha Esa.
halim
Saudara Halim, terima kasih atas komen anda. seharusnya tanggungjawab ini, semua punya tugas ke arah itu, itu tanggungjawab kita yg mengetahui ini. InsyaAllah jika niat kita baik untuk menegakkan yang benar, Allah akan permudahkan..
terima kasih...
Artikel yang bagus sekali! Sudut pandangan yang menarik dan banyak kebenarannya.. Sesekali terasa hiba pada org2 kita yang ditepis akibat tindakan org2 kita sendiri atas nama liberalisasi..
korang sume sangat best.kalo nk di ikut kan tak ramai rakyat yg tak tahu hal ni,especially aku.perlu bnyak lagi pendedahan pasal benda camni..Kalau lah pemimpin dpat menerangkan setiap inci dasar yg bakal diaorg buat pasti rakyat senang untuk buat penilaian.kebanyakan rakyat Malaysia ni bnyak yg mengiyakan shaja benda mcam ni,lagi bnyak yg malas dan tak nk ambik tahu benda mcam ni.Respect lah kat korang,someday aku pun nk jd cam korang ader BLOg sendiri..heehee!
memanglah takkan pemimpin kita nak hancurkan negara....tapi soalnya pemimpin kita ni nak selamatkan kedudukan dikerusi empuk , tak kira walau apa sekalipun...so kalau dah tak ada jalan setelah mereka dah tak famous dimata rakyat itu yg cuba ini dan cuba itu untuk menyelamatkan kedudukan...in the end dah tak nampak jalan terus terperangkap didalam pukat penjahat kapitalis dunia tu.....
anis...
wa nak komen mamat yang bagi komen ni..
Tanpa Nama berkata...
Salam Abu Hannan. Terima kasih krn berkongsi pandangan kritis Hisyamudin Rais. Ttg DEB, tak dinafikan ia telah membantu org Melayu. Tapi tak salah kita mengkritik utk melihat "the other side of the coin". Mana ada sistem yg sempurna. Kita kritik supaya dpt dicari/diganti dgn kaedah yg lebih baik. Memang benar DEB byk menaja "cream of the cream" student2 kita. Tapi berapa ramai pula yg tidak berpeluang melanjutkan pelajaran disebabkan kesempitan hidup. Ingat..bukan semua mereka malas ttp membantu keluarga meringankan beban menjadi prioriti utama. Lihatlah sekeliling kita.
tiada sistem yang sempurna..
Islam itu tidak sempurnakah..
Islam bukan hanya agama..
Islam adalah cara hidup..
bermakna Islam mempunyai sistem..
sistem Islam adalah sistem yang sempurna..
mari bersama2 menghidupkan semula Khilafah
Salam kpd Abu Hannan dan para pembaca!
Kpd sdr aDDyhAIKAL(2010 MAC 20 18:47). Anda telah copy-paste posting saya diatas. Terima kasih krn ketajaman mata anda dlm mengesan ayat "Mana ada sistem yg sempurna". Terima kasih juga kerana mengingatkan bhw Islamlah sistem hidup yg sempurna.
Sebenarnya saya tidak bermaksud utk mengatakan semua sistem tidak sempurna termasuk Islam. Nauzubillah jika saya berniat sedemikian. Cumanya sewaktu menulis posting tersebut saya merujuk kpd SISTEM2 CIPTAAN MANUSIA serta jalan2 penyelesaian yg dipromosikan terdapat byk cacat celanya termasuklah DEB.
Dan sesungguhnya semua yg cintakan keadilan dan kebenaran amat menantikan agar sistem Khalifah dpt ditegakkan semua. Bukan shj utk umat Islam ttp ia juga dpt memayungi yg bukan Islam krn mereka juga sedang mencari2 sistem hidup yg lebih baik.
Walllahualam. Terima kasih Abu Hannan!
tu lah..kan bagus kalau pemimpin kita yg baca blog ni..baru die sedar suara rakyat macam kita..ye..memang benar kita x tau apa masalah negara sampai die(pemimpin) boleh buat keputusan macm tu..tapi die kene lah igt..semua keputusan tu biar lah jgn sampai nyusahkan kite..tul x?
islam 2 memang la sempurna..orang nye je yg ada xsempurna...hmm...rasa nye iklan model kat tepi 2 bleh dh buang....kat atas pakai kopiah...iklan kt bwh nye?
Catat Ulasan
Pada pendapat anda?