Hakikat Fitnah
Hadith Rasulullah yang terdapat dalam Sahih Bukhari no 5752 yang bererti :
"Barangsiapa mengatakan kepada saudaranya dengan Wahai Kafir, maka kekafiran itu kembali kepada salah satunya "
Fitnah menfitnah, satu tema yang sangat buruk pengakhirannya. Fitnah ini jika dirujuk kepada penggunaannya dikalangan komuniti Melayu juga masyarakat Malaysia, ia memberi maksud :
"mengada-adakan sesuatu cerita yang hakikatnya hal demikian tidak wujud lalu disebarkan kepada khalayak atas objektif ingin menjatuhkan dan mengaibkan seseorang kerana dengki dan hasad".
definasi ini terbit selepas saya cuba mendapatkan yang terbaik untuknya. Mungkin ia agak berbeza dengan apa yang terdapat di dalam kamus DBP, tetapi saya rasa maksudnya sampai. Kembali kepada fitnah yang diperbincangkan. Ianya satu yang agak bahaya, sebab itu,hukuman sesiapa yang menuduh wanita baik (afifah) berzina, hukumannya seperti ini:
وَ الَّذينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَناتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَداءَ فَاجْلِدُوهُمْ ثَمانينَ جَلْدَةً وَ لا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهادَةً أَبَداً وَ أُولٰئِكَ هُمُ الْفاسِقُونَ
Dan orang-orang yang menuduh perempuan-perempuan terhormat (berbuat zina), kemudian itu tidak mengemukakan empat saksi, maka hendaklah mereka dirotan lapan puluh kali sebatan, dan janganlah diterima kesaksian dari mereka selama lamanya. Mereka Itulah orang-orang fasik. (Kod al-Quran 24:4)
Ahlul Bayt Tidak Pernah Mengajar Untuk Tuduh Menuduh
Jejaki Tinggalan Rasul (JTR) berpendapat bahawa melahirkan kecintaan kita kepada Nabi Muhammad s.a.w adalah dengan mengikut jejak langkah Nabi dalam beri'tiqad, beribadah juga berakhlak dan bukan hanya berarak membawa sepanduk beramai ketika memperingati hari keputeraan baginda s.a.w. dan selepas tamat perarakan, kehidupan jauh semula dari sunnah. Itu cara kita menyanjung Rasul kita.
Adakah itu telah menyerupai yahudi? Kepada Maktabah al-Mahdi yang menuduh JTR = yahudi, saya ingin anda baca semula buku-buku atau kitab-kitab muktabar syiah seperti Rijal al-Kasyasyi dan sila cari siapa sebenarnya Abdullah bin Saba'? Satu lagi cabaran saya kepada anda wahai Maktabah al-Mahdi, sila bawakan satu (1) sahaja hadis sahih atau hasan dari ahlul bayt Nabi s.a.w yang mengharuskan fitnah-memfitnah walaupun kepada individu yang tidak seagama dengan kita?
Hidupkan Sunnah Ketika Dunia Semakin Melupakannya
Kemudian Daraquthni pula mengeluarkan sebuah Hadis dari A'isyah Ummul Mukminin yang juga merupakan salah seorang dari Ahlul Bayt Nabi s.a.w. Ummul Mukminin meriwayatkan hadis dari suaminya Muhammad s.a.w:
Dari Siti Aisyah r.a. dari Nabi SAW katanya:
"Sesiapa yang berpegang kepada sunnahku akan memasuki syurga"
Dari Ibnu Abbas ra. bahwa Nabi SAW yang berkata:
“Barangsiapa yang berpegang dengan sunnahku, ketika merata kerusakan pada ummatku, maka baginya pahala seratus orang yang mati syahid”.Dalam riwayat Thabarani dari Abu Hurairah r.a ada sedikit perbezaan, iaitu katanya:
(Riwayat Baihaqi)
"Baginya pahala orang yang mati syahid. (At-Targhib Wat-Tarhib 1: 44)Thabarani dan Abu Nu’aim telah mengeluarkan sebuah Hadis marfu' yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a bahawa Nabi SAW telah bersabda:
Orang yang berpegang kepada sunnahku dalam zaman kerosakan ummatku akan mendapat pahala orang yang mati syahid. Hakim pula meriwayatkan dari Abu Hurairah ra. juga bahwa Nabi SAW telah berkata: Orang yang berpegang kepada sunnahku dalam masa perselisihan diantara ummatku adalah seperti orang yang menggenggam bara api. (Kanzul Ummal 1: 47)
Hakikat Syiah Yang Kononnya Mencintai Ahlul bayt
11 Komen:
Nampaknya makin tegang sekarang. Kat group pun dah berani mengkafirkan orang.
habis hujah fitnah diguna..
Islam bkn syiah atau sunni..ataupun qadiani..Islam adalah Islam..
Inilah salah satu contoh yang membawa pemecahan umat Islam. Fikrah yang berbeza membuatkan kita tidak sehaluan. Sebagai contoh, orang2 yang mengikuti tabligh fikrahnya hanya mahu umat manusia untuk menjaga amalan dan ibadat sahaja. Akan tetapi Fikrah Hizbut Tahrir mahu Islam ditegakkan dengan adanya Khilafah untuk menjaga dan melindungi umat Islam dari kemungkaran.
P/S: JTR, sila betulkan jika ada salah percakapan saya.
hizbul tahril bahaya, anda sendiri boleh kaji........
salam JTR.. org bodoh xperlu di layan kan. mereka sengaja dengki dan sakit hati.
bercakap tnpa memerhati
sabar JTR. Allah lebih mengetahui..
smoga usaha dakwah JTR terus diberkati..
semua ini ujian Allah
Terima kasih +anamuSafir+ Harap Allah permudahkan urusan dakwah kita. tapi selagi mana kita ingin meletakkan kebenaran di hati setiap individu, mehnah dan rintangan itu pasti ada untk menguji kekuatan kita, di sisi-Nya punya pahala yang berharga>...
@>)------
Keutuhan keimanan untuk menegakkan yang hak amat dituntut dalam ISLAM.
Surah Muhammad(47),ayat 7 bermaksud: " Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong agama Allah,nescaya dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu ".
Yakin dan berbuatlah dengan ilmu yang HAK.
Rajin ya saudara menyesatkan Syiah.
Saya kira menilai dan menghukum kesesatan Syiah yang mempunyai pengikut berjuta-juta orangnya di seluruh dunia yang mereka juga mengaku keesaan Allah dan kenabian Muhammad saw dan mendakwa bahawa kita sahaja yang benar sebagai satu tindakan yang tidak tepat kerana menghukum KEBENARAN atau KESESATAN itu bukan hak mutlak kita, ianya hak Allah swt. biarlah Allah swt sahaja yang menghukum mereka kerana syurga dan neraka miliknya dan bukan milik kita.
Polemik dan perbezaan ideologi berkenaan syiah-sunnah berlaku lebih 1400 tahun lamanya selepas kewafatan Rasulullah saw dan berterusan sampai hari ini dan tiada penyelesaiannya.
Jika saudara rajin membaca dan mengkaji Syiah dari sudut pandang syiah sendiri dan bukan dari sudut pandang ASWJ, saya percaya saudara akan menemui pandangan/ maklumat yang berbeza. Saya percaya untuk memahami sesuatu hakikat, perlu diambil dan dikaji dari sumbernya sendiri dan bukan dari sumber yang lain.
Misalnya, jika kita berada di eropah, Islam dikenali sebagai agama teroris disebabkan media di sana mewar-warkan sebegitu (islamphobia) kerana mereka (media) tidak menyukai Islam. sedangkan hakikatnya, islam itu indah dan realitinya bukanlah seperti yang dipaparkan. sekarang, bagaimana kita mengetahui islam itu agama indah dan suka kepada keamanan bukannya kezaliman. bukankah kita mengetahuinya dari sumber islam itu sendiri, al quran dan al hadis.
jika kita membaca dari sudut pandang pihak musuh, sudah tentu bayangan selalu buruk tetapi jika kita membaca dari sudut pandang dari sumbernya sendiri pasti maklumat/info yang kita perolehi berbeza. begitulah juga dalam isu perbezaan syiah-sunnah.
Suka untuk saya sebutkan di sini, jika apa yang saudara katakan mengenai kesesatan Syiah itu BETUL di sisi Allah swt, semoga Allah mengampuni para pengikut syiah/ ahlul bayt Rasulullah saw dan memberikan cahaya petunjuk kepada mereka.
tetapi jika apa yang saudara katakan itu SALAH/ FITNAH di sisi Allah swt dan hanya memecahkan perpaduan umat islam, semoga Allah mengampuni dosa-dosa saudara dan memberikan hidayah-Nya kepada saudara.
Semoga permohonan kita ketika setiap kali solat kepada Allah swt dimakbulkan-Nya, "Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. (surah al-Fatihah: 6-7)"
Jika ada kebenaran apa yang saya sampaikan, terima, fikirkanlah dan bertindak dengan tindakan. tetapi jika apa yang saya sampaikan tiada benarnya dan hanya sia-sia, maka maafkanlah saya yang sangat hina di sisi Allah swt.
Semoga saudara diberkati Allah swt selalu. wslm.
Rajin ya saudara menyesatkan Syiah.
Saya kira menilai dan menghukum kesesatan Syiah yang mempunyai pengikut berjuta-juta orangnya di seluruh dunia yang mereka juga mengaku keesaan Allah dan kenabian Muhammad saw dan mendakwa bahawa kita sahaja yang benar sebagai satu tindakan yang tidak tepat kerana menghukum KEBENARAN atau KESESATAN itu bukan hak mutlak kita, ianya hak Allah swt. biarlah Allah swt sahaja yang menghukum mereka kerana syurga dan neraka miliknya dan bukan milik kita.
Polemik dan perbezaan ideologi berkenaan syiah-sunnah berlaku lebih 1400 tahun lamanya selepas kewafatan Rasulullah saw dan berterusan sampai hari ini dan tiada penyelesaiannya.
Jika saudara rajin membaca dan mengkaji Syiah dari sudut pandang syiah sendiri dan bukan dari sudut pandang ASWJ, saya percaya saudara akan menemui pandangan/ maklumat yang berbeza. Saya percaya untuk memahami sesuatu hakikat, perlu diambil dan dikaji dari sumbernya sendiri dan bukan dari sumber yang lain.
Misalnya, jika kita berada di eropah, Islam dikenali sebagai agama teroris disebabkan media di sana mewar-warkan sebegitu (islamphobia) kerana mereka (media) tidak menyukai Islam. sedangkan hakikatnya, islam itu indah dan realitinya bukanlah seperti yang dipaparkan. sekarang, bagaimana kita mengetahui islam itu agama indah dan suka kepada keamanan bukannya kezaliman. bukankah kita mengetahuinya dari sumber islam itu sendiri, al quran dan al hadis.
jika kita membaca dari sudut pandang pihak musuh, sudah tentu bayangan selalu buruk tetapi jika kita membaca dari sudut pandang dari sumbernya sendiri pasti maklumat/info yang kita perolehi berbeza. begitulah juga dalam isu perbezaan syiah-sunnah.
Suka untuk saya sebutkan di sini, jika apa yang saudara katakan mengenai kesesatan Syiah itu BETUL di sisi Allah swt, semoga Allah mengampuni para pengikut syiah/ ahlul bayt Rasulullah saw dan memberikan cahaya petunjuk kepada mereka.
tetapi jika apa yang saudara katakan itu SALAH/ FITNAH di sisi Allah swt dan hanya memecahkan perpaduan umat islam, semoga Allah mengampuni dosa-dosa saudara dan memberikan hidayah-Nya kepada saudara.
wslm.
JTR = YAHUDI
Catat Ulasan
Pada pendapat anda?