JTR mengalu-alukan tuan puan untuk membaca tulisan dalam blog ini bagi manfaat tuan puan
Photobucket

Rabu, 4 November 2009

Aku bukan fanatik..

Posted by Abu Hannan On 4:38:00 PG 6 comments

Di mana kredibiliti PGSM?

Sebelum anda membaca artikel ini, dinasihatkan agar anda dapat membuat pembacaan awal mengenai memorandum yang dikeluarkan oleh PGSM di link ini (http://peguamsyarie.org) bertarikh 12 Oktober 2009.

Saya dan sahabat dari jauh, juga turut bersama-sama melihat masalah yang berlaku di Malaysia. Mutakhir ini, banyak masalah-masalah yang membabitkan umat Islam berlaku dan menjadi buah bicara masyarakat. Kerisauan dan kegusaran terus menerpa dan ianya menjadi perbincangan kami di sini (Jordan). Antaranya ialah memorandum yang dikeluarkan oleh Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin Ibn al-Marhum Sultan Mahmud al-Muktafi Billah Shah al-Haj mengenai apa yang dicadang oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak kepada Dr. Mohd Asri (Mantan Mufti Perlis). Memorandum tersebut berbentuk bantahan agar lantikan sebagai Yang di-Pertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) tidak diberi kepada Dr. Asri.

Merujuk kepada memorandum yang dikeluarkan oleh PGSM, secara konklusi, dimanakah letaknya kredibiliti PGSM sebagai mewakili peguam-peguam syarie di Malaysia? Amat memalukan apabila memorandum tersebut seperti ditulis oleh individu yang tidak punya ilmu mengenai metod atau cara berselisih pendapat. Memorandum pula dilihat seperti terdapat unsur-unsur tiada nilai ilmiah dan ianya lebih kepada ingin menjatuhkan individu secara jahat iaitu dengan menggunakan jalan fitnah dan pembohongan. Selain ianya akan memalukan pihak persatuan sendiri mungkin selepas ini, ianya secara tidak langsung turut menjatuhkan ketokohan PGSM sebagai sebuah persatuan yang keahliannya mereka yang mempunyai latar belakang pendidikan Islam yang lebih mendalami perundangan Islam. Adakah mereka terlupa untuk membaca hukum mendakwa sesuatu tanpa ada bukti kukuh? Atau mereka sering tertidur ketika pensyarah sedang memberi tutorial di kuliah? Atau mereka terlepas pandang. Maaf jika andaian sebegini terkeluar di bibir-bibir kami. Ini menunjukkan betapa pihak PGSM telah menyebabkan keyakinan masyarakat Islam dan bukan Muslim semakin luntur dan mungkin hilang. Ini juga akan memberi impak positif kepada kolompok yang ingin melihat Mahkamah Syariah berkubur.

Saya bukanlah seorang yang fanatik terhadap Dr. Asri, kerana terdapat beberapa berkara yang saya mungkin tidak bersetuju dengan beliau. Antaranya ialah isu pengharaman yoga yang dilihat beliau mempunyai pandangan yang berbeza dalam mendasari isu tersebut. Walaubagaimanapun, saya lebih suka pendekatan beliau dalam dakwah yang kini menyebabkan ramai masyarakat ingin mendekati Islam secara yang lebih jernih. Lihat sahaja apabila beliau mempunyai banyak undangan untuk memberi caramah oleh pelbagai latar belakang yang antaranya parti-parti politik yang mewakili muslim yang terbesar di Malaysia. Ini menunjukkan dakwah beliau lebih mudah diterima oleh semua pihak. Masakan beliau tidak disenangi oleh orang-orang politik baik UMNO mahupun PAS seperti yang didakwa oleh PGSM dalam memorandumnya. Bukankah ini satu pembohongan dan fitnah? Apa pula hukuman jika dakwaan tersebut tidak benar? Anda sebagai peguan syarie, saya yakin anda tahu apa jawapannya.

Itu satu diantara beberapa perkara yang disebut oleh PGSM dalam memorandum mereka. Saya tidak mahu mengulas memorandum tersebut kerana ianya telah dijawab sendiri oleh Dr. Asri dalam sidang medianya. Apa yang saya ingin katakan, PGSM yang saya lihat selama ini sebagai sebuah pertubuhan yang banyak bersuara dalam isu-isu muslim Malaysia, telah menyebabkan persepsi saya dan sahabat-sahabat terhadapnya semakin hilang gah dan kredibiliti. Ini kerana PGSM lebih mengetahui perundangan tetapi malangnya ianya tidak dipraktikkan. Saya bersuara dalam isu ini kerana saya juga di antara yang ingin membela institusi kehakiman Islam agar ia terus bertapak di Malaysia, kerana itulah saya sedang belajar dalam jurusan yang berkaitan dengan perundangan Islam.

Saya berharap agar pihak PGSM dapat menarik balik memorandumnya dan memohon maaf secara terbuka terhadap Dr. Asri. Ini agar kredibiliti PGSM dapat dikembalikan semula dan dapat memberi keyakinan terhadap muslim itu sendiri serta bukan muslim. Adillah dalam menilai isu, adillah walaupun dengan orang yang tidak sebulu, adillah kerana yang adil itu lebih dekat dengan taqwa.

6 Komen:

saya masih lagi bljr di melaka... Klu nk tahu lbh lanjut sila add ym ana>> muslimah_syifah@yahoo.com

salam ikhwan...

salam kenal dari sahabat mesir...
boleh tahu macam mane korg boleh tahu tentang konspirasi dajjal,yahudi dan peristiwa2 akhir zaman ni?
artikel menarik...
harap respon...

...cepak87...

korang tgk la pengikut si asri ni pon....pakai la tudung tu elok2 sikit.....si asri ni pon tegur la sikit...

tu anak mahathir la...die datang nk bg sokongan la tu....huhu...

pendekatan berhikmah, klu men halau n tegur sampai menjatuhkan air muka diorg, lagi terus diorg jauh dari Islam. kadang2 emosi kita lagi besar dari gunung everest. Kita kene dekat dgn sume pihak, termasuk artis yg kebnykannya selendang pun x ade. Brulah diorg berspektif yg pendakwah ini x bermusuh dgn die, n senanglah dakwah kita...

Berhikmah itu penting...

dr.asri ni bkn ke wahabi?? sila rujuk http://abu-syafiq.blogspot.com/
"blackmore"

Catat Ulasan

Pada pendapat anda?

Perjalanan

Tembusi Petra, Jordan Slideshow: BenTaleb’s trip was created by TripAdvisor. Create a free slideshow with music from your travel photos.
Sabda Baginda SAW ; "Ketahuilah ia (Dajjal) berada di laut Syam atau laut Yaman.. akan datang dari arah timur (lalu menunjukkan dengan tangan baginda).."[Riwayat Muslim]. Daripada Abi Bakr al-Siddiq r.a, sabda Baginda SAW, "Dajjal akan muncul ke bumi dari arah timur bernama KHURASAN." [Riwayat al-Tirmizi]. Daripada Anas bin Malik r.a, sabda Baginda SAW, "Dajjal akan keluar dari kota Yahudi ISFAHAN (Khurasan, IRAN) bersama 70,000 penduduk ISFAHAN". [Fath al-Rabbani Tartib Musnad Ahmad. Ibn Hajar berkata : "Sahih"]. Ibn Kathir berkata, Dajal pada mulanya akan muncul dari ISFAHAN dari sebuah kota Yahudi [al-Nihayah fi al-Fitan wa al-Malahim]. ISFAHAN adalah sebuah bandar terbesar YAHUDI di Iran dan pusat loji nuklear Iran pada masa kini.