Dr. Asri digesa tidak ceburi politik kepartian
Oleh: Abu Hannan Mohammad Sufian Bin Talib,
Mahasiswa Ijazah Fiqh & Usuluh. 2.35 ptg, 10 November 2009 | Selasa.
Uni. Al al-Bayt,
Sekadar berkongsi pendapat dan lontaran pandangan serta respon terhadap isu semasa di tanah air. Kebelakangan ini, isu hangat berkaitan Dr. Asri (bekas Mufti Negeri Perlis) sering dipaparkan di media-media
Apapun, saya yang sekadar dapat memerhati dari jauh, hanya dapat mengutarakan komentar dan cadangan serta pandangan mengenai isu-isu hangat sekarang. Apa yang dapat dilihat kesan daripada penangkapan tanpa bukti kukuh tersebut memberi gambaran bahawa dakwah sunnah yang dibawa Dr. Asri dan pendakwah-pendakwah yang lain dapat diterima oleh masyarakat. Observasi demi observasi dilakukan, ianya memang ternyata. Antara situasi yang sangat mengambarkan dakwah tersebut diterima ialah ketika di Dr. Asri di mahkamah bagi menunggu perbicaraan dijalankan. antara yang hadir ialah mereka yang berbeza latar belakang politik, juga mereka yang mempunyai ideologi agama yang berbeza dan masyarakat. Kehadiran beliau adalah bagi memberi sokongan moral kepada Dr. Asri. Selain itu, dakwaan bahawa dakwah sunnah yang dibawa oleh pendakwah-pendakwah yang digelar wahhabi ini sebagai pemecah belah umat hanya telah menjadi suatu mitos yang tidak boleh dipercayai. Lihat sahaja apabila pelbagai latar belakang masyarakat mengutarakan sokongan terhadap beliau serta mempertahankan beliau hatta sehingga Perdana Menteri bagi pihak kerajaan, Khairy Jamaluddin bagi pihak UMNO, Shaari Sungib bagi pihak PAS, dan seorang Exco wanita Selangor yang mewakili PKR serta pelbagai lagi NGO-NGO Islam berada di sebelah beliau. Saya tidak menganggap bahawa beliau sedang mengumpul pengikut tetapi sebaliknya dakwah beliau telah berjaya memecahkan tembok-tembok kepartian, merentasi seluruh komuniti masyarakat. Tidak ketinggalan apabila wakil artis juga menyatakan sokongan terhadap beliau. Ini bukti bahawa Dakwah berteraskan hujjah dan dalil yang kukuh dan jelas mudah diterima dan dapat difahami oleh semua lapisan masyarakat. Hanya mereka yang sengaja memekakkan telinga dan membutakan mata sahaja sengaja tidak mahu menilai apa yang dibawa beliau tetapi lebih mudah menggunakan jalan fitnah gelaran-gelaran yang mengelirukan masyarakat awam.
Harapan kepada Dr. Asri, ruang dakwah kita masih lagi terbuka, janganlah disebabkan beberapa faktor teknikal yang sengaja dibuat-buat, anda beralih kepada jalan politik kepartian. Kesannya telah terbukti berdasarkan hikmah penangkapan anda. Saya yakin bahawa dengan jalan non-politisan sahaja dapat menyatupadukan umat dan dakwah lebih terkena kepada mad’u hatta kesedaran tersebut dapat dirasai oleh kerajaan yang kita sanyangi. Jalan yang ada sekarang lebih neutral untuk semua latarbelakang yang berbeza boleh menerima. Politik kepartian hanya menyebabkan dakwah anda hanya terhenti kepada mereka-mereka yang satu parti dengan anda serta tidak lagi didengari oleh mereka tidak separti dengan anda. Berdakwahlah di pentas yang dilihat oleh semua… Harapan ikhlas ini hanya untuk melihat Islam itu tertegak di hati setiap muslim dan juga berlegar disetiap yang dilembutkan hatinya.
12 Komen:
hhmm.... arwah ayah saya pernah kata... kalo ustaz2 xboleh nak masuk politik.. sampai bila negara akan diperintah oleh org celik islam...
dgn kata lain.. kita xboleh halang kalo dia nak masuk politik.. cuma pada pandangan saya.. masuk pilitik hanya akan memutar belit cerita.. macam yg abg cakap.. org akan putr belit.. almaklumlah politik..
jadi pandangan saya.. kalo berdakwah macam biasa lagi baik kan? =)
tq. harap2 Dr. Asri kekal lah dlm pentas dkwah seperti skarang.. lebih mudah diterima orang dan lebih luas ruangnya berbnding politik...
hrmmm... kalau dengan kemasukan dia ke dalam parti politik boleh membetulkan haluan parti politik tu, apa salahnya...
cuma dia kena berani kerana benar
pd pndgn sy, jke Dr Asri msuk PAS,amt2 bgz,krane die blh byk myumbg,tp sy mmg stuju dgn pndgn tuan blog, mlhat kpd keadaan skrg,lbh elok Dr. Asri brade d luar,x perlu cburi parti politik scare lnsung, krane wlau die ddk dluar, die msh blh mbrikan pndgn bkn sje kpd PAS, jge kpd parti2 lain..semoga ALLAH mmbrikan kmudahan kpdnya..amin (^_^)
ni sekadr ape yg saya dgr,..dr asri ade lah org suruhan dato seri najib tun razak utk menghalang perjalanan syeikh mahmud al mazjub.prnah dgr x ttntang perjumpaan antara pak lah dgn anwar ibrahim kat sebuah madrasah??beliau ni lah yg menyatukan diorang.cube tgk laman web ni
http://www.nuruliman.com.my/versi_melayu/
sekadar nk kongsi pendapat ;-)
Salah satu karakter tokoh-tokoh yang mengusung pemikiran pembaharuan dan pemurnian islam adalah keterbukaan mereka dalam beradaptasi dengan mana-mana gerakan yang mengusung pemikiran yang sama. Di Indonesia, salah seorang pembawa pemikiran pembaharuan Islam, A. Hassan yang secara organisatoris menuangkan fikrahnya ke institusi Persatuan Islam boleh juga meleburkan diri ke pelbagai NGO dan parti Masyumi yang di dalamnya berhimpun berpagai elemen islam.
Bahkan, A. Hassan boleh diterima oleh kalangan Muhammadiyah dan al-Irsyad, dua organisasi yang lebih dahulu mengusung idea pembaharuan di Indonesia.
Dr. Asri dalam pendapat saya, juga memiliki karakter tersebut. Terhadap mana-mana gerakan dan NGO, yang mengusung pemikiran pembaharuan, maka beliau diterima. Tentu suasana ini tidak akan berlaku bagi mereka yang mempertahankan pemikiran tradisionalis.
Saya teringat, ketika Dr. Asri mengkisahkan kenikmatan dakwah Rasulullah s.a.w justru ketika penolakan dan fitnah musuh-musuh Islam semakin dirasakan dalam dakwah beliau. Dan di sanalah konsekwensi dakwah. Sama juga apa yang dirasakan pejuang afghanistan, mereka justru merasakan nikmatnya perjuangan, justru ketika masih berdepan dengan kekuatan soviet. Namun, apakah mereka merasakan kenikmatan itu sekaranga, setelah mereka terbebas dari kuasa soviet?
Sikap netral dalam berdakwah untuk semua umat Islam adalah sebuah pilihan tepat. Dr. Asri yang punya komitmen jelas dalam berpegang kepada al-Quran dan Sunnah tentu akan lebih leluasa berdakwah tanpa melibatkan diri ke parti. Beliau boleh saja menghantam Umno, sekiranya dirasa ada celah hitam di dalamnya di lihat dari perspektif beliau berdasar dua sumber utama beliau tadi.
Begitu juga, PAS dan mana-mana parti lainnya, adalah sasaran dakwah beliau sekiranya di dalamnya terdapat pemikiran yang menyimpang. Apalagi kita rasakan, suasana fahaman pengikut di kalangan PAS sendiri, tidak boleh dikatakan sama dengan para pemimpinnya. Salah satu contoh, apakah sama pandangan Haji Hadi Awang dan Nik Aziz tentang kalimat Allah yang seirama dengan pandangan Asri di bandingkan para pengikut kedua-dua pemimpin PAS tersebut? Kadangkala, fenomena rusaknya sebuah gerakan atau aliran, lebih banyak berpunca pada pengikut yang 'taklid' dan lebih banyak menjadi penikmat dan penghancur. Aplagi kalau sudah dihinggapi virus ta'ashub.
Jadi, menurut saya, sebagaimana pandangan pemilik blog, teruskan dakwah tanpa harus melibatkan diri ke mana-mana parti. Ini bukan bererti kita menepikan urgensi parti untuk kepentingan dakwah Islam. Namun, kita juga tidak mampu menyalahkan sekiranya Dr. Asri secara peribadi punya 'catata'-catatan kelabu' tentang parti-parti yang ada.
Dan saya peribadi mengajak kepada seluruh kawan-kawan yang selama ini hanya menundukkan pemikiran dan ruang hak berfikir mereka yang dimatikan akibat hanya mengikut budaya turun-temuran yang tidak hujah dan dalil, sedarlah. Tidak ada satu amalan yang buat, kelak semua akan diminta pertanggung jawab. Maka jawablah ia dengan ilmu atau sikap mengikut dengan kejelasan yang amanah, bukan dengan membunuh potensi berfikir dengan hanya mendengar 'cakap guru dan guru' sahaja.
Salam kenal untuk pemilik blog. Saya banyak pengetahuan dengan mengikuti analisis anda.
Assalamualaikum..
Ada jugak yg nak bela Al-Majzub tu.. kalau tgok web dia mmg nampak baik je.. cuba pegi youtube tgok cara majlis zikirnya.. selari dengan sunnah ke?
politik demokrasi hanya merosakkan.. winston churchill pun sendiri mengaku ianya hanya mainan.. itulah termasuk ideologi New World Order.. hadith Nabi tentang kemenangan umat Islam akhir zaman adakah berdasarkan politik demokrasi? hanya khilafah akan tertegak nanti..
kalau kita pendukung sunnah sebenar, dukunglah sunnah itu dari segenap sudut kehidupan.. jgn hanya sibuk dgn isu bid'ah, isu wahabi, isu akidah tauhid 3 vs tauhid 20.. Islam itu merangkumi segenap aspek kehidupan termasuk ekonomi dan politik.. perjuangan sunnah itu bukan terletak pada contoh2 tadi sahaja.. sebab itu memegang sunnah di akhir zaman lebih sukar dari genggam bara api.. perjuangan kebenaran ini mmg seoalh mustahil di akhir zaman.. Semoga Allah beri kita semua kekuatan..
alak_1988@yahoo.com
Jangan percaya kepada pembaharuan Islam, percaya kepada pemulihan Islam. Sebab ramai umat Islam pada abad ini sesat dari jalan yang sepatutnya. Semuanya ekoran dari sikap terlalu percaya kepada ajaran2 dari golongan ulama sesat dan guru2 ugama sesat yang bertopengkan Ilmu agama yang mereka pelajari dari mempercayai Al-Quran dan Hadis. Golongan ini sanggup menjatuhkan seseorang dan memecahbelahkan perpaduan umat Islam dan sanggup menyebarkan fitnah dan meletakkan kesalahan seseorang berdasarkan Ilmu agama yang mereka anuti.
Janganlah kita terlalu percaya kepada seseorang manusia itu berdasarkan kepada pemahaman agama yang mereka miliki. Fikirkan dahulu tindakan yang kita lakukan itu benar atau salah dan tidak menyinggung mana2 pihak sebelum kita melakukan sesuatu.
Salam kepada semua. Di sini saya ingin berkongsi pendapat.
Dr Asri marilah kita bersama2 mendalami ilmu agama...
Kalau boleh kita menuntut dari sepupunya Ust Amin di Penaga yang menentang keras 'ajaran' yang disebarkan oleh Dr Asri.
Pandangan dan pengetahuan anda terhadap personaliti dan perjuangan Dr Asri Hanyalah seperti melihat ikan didalam kolam. Anda memandang tinggi kepadanya atas apa yang anda lihat dan dengar tentangnya, semestinya org itu menyukainya..tetapi adakah anda tahu apakah kuliah yang disampaikan olehnya ketika dan sebelum beliau ditangkap oleh JAIS??..semestinya dan saya pasti anda tidak tahu..Wahabi..Jikalau anda berada dimana Dr Asri menyampaikan kuliah..Anda pasti berkata.."Adakah Dr Asri Seorang pengikut WahhabI????"..
tanpa nama di atas ni berada di kuliah tu ke?
Dia mmg tak dengar dia main cakap je... Bukan memuja Dr Asri, tapi menyokong usaha pengembangan sunnah.. Ada juga pendapat Dr Asri yg saya tak setuju.. Tokoh Sunnah bukan Dr ASri seorang..
alak_1988@yahoo.com
Catat Ulasan
Pada pendapat anda?