“Tak Tau Tajuk Apa”
Oleh: Abu Hannan Mohammad Sufian Bin Talib
2.00 ptg, 11 April 2009 |
KIAS, Nilam Puri.
Oleh: Abu Hannan Mohammad Sufian Bin Talib
2.00 ptg, 11 April 2009 |
KIAS, Nilam Puri.
Hai… aku selalu mengeluh bila dah tak tahu nak buat dengan jari-jemari ni. Maklumlah, idea selalunya akan datang bila pen dan buku nota tak ada di poket. Satu kerugian bila kita kerap meninggalkan dua senjata itu. Jadi aku dah ambil keputusan sentiasa bawa kedua-dua senjata itu ke mana sahaja aku pergi. Tapi takkan masuk toilet pun nak bawa. Malam ini, aku tak tau nak buat apa, so jari jemari ini memaksa aku untuk buka laptop sebab diorang semua nak menekan huruf-huruf kat situ (malu-malu plak). Nak tak nak akal anugerah Allah ni pun terpaksa berpusing sebelum aku baringkan badan aku ke tilam yang empuk di belakang ni. Apa pun, tulisan kali ini tidaklah terikat dengan mana-mana tajuk atau isu yang agak spesifik tapi ianya mungkin berbentuk bebas dan banyak hala, bukan sehala. So, jangan hairanlah kalau tulisan ini ada sedikit unsur-unsur humor ok. Korang pun, suka kot nak baca tulisan kali ini. Actually, aku tak letak tajuk lagi dalam tulisan ni, korang mesti tau sebabnya. Erm, biasanya kalau aku tulis artikel-artikel yang berkaitan dengan isu-isu atau permasalahan tertentu, mesti aku letak tajuk dulu, bukan apa supaya aku boleh concern dengan apa yang aku nak tulis, tak lah menjajar ntah ke langit mana entah nanti. Hehe, berkongsi pengalaman.
(Selepas berfikir panjang)
Akhirnya, sempat juga aku belajar dengan Dr. Abdul Basit. Impian aku dimakbulkan oleh Allah, maklumlah, sukar juga nak menadah kitab dengan beliau. Mungkin dengan kesibukan dan kepadatan masa beliau, beliau hanya hadir ketika beliau ada kuliah yang ingin diajar. Kitab ‘Rawai’ al-Bayan Fi Tafsir Ayat al-Ahkam’ oleh Syaikh ‘Ali al-Sabuni. adalah silibus kami di KIAS apabila mengambil subjek Ayat Ahkam. Dalam banyak-banyak kami, akulah yang paling berbangga sebab dapat berdamping dengan beliau. Perawakan wajahnya yang agak tegas menyebabkan beberapa pelajar yang suka buat lawak dalam kuliah terpaksa tutup mulut. Tegas tapi mesra, itulah yang aku boleh describe mengenai peribadi Dr. Basit selama aku mengenalinya. Pernah juga aku bertanya kepada beliau mengenai satu persoalan yang sebenarnya aku dah agak jawapannya memang begitu. bukan apa, supaya sahabat-sahabat sekuliah yang lain turut juga memahami isu itu bila aku timbulkan persoalan itu. Soalannya lebih kurang macam ini: “Dr, apa pendapat Dr mengenai pengunaan nama Allah bagi kelompok bukan Islam”. Aku sengaja bagi soalan itu sebab nak suruh kawan-kawan yang selalu marah-marah bila orang kristian nak guna nama Allah tu terbuka sikit mindanya. Jadi, jawapan yang diutarakan oleh beliau seingat aku ialah: “ kita tengok kepada apa mereka menggunakan nama Allah, kalau dia mempermain dan ingin menghina, kita mesti larang dan halang dari mereka menggunakan nama Allah, tapi kalau kita nak larang selain dari itu, mereka pun percaya kepada Allah macam kita, cuma mereka telah mensyirikkan Allah dengan konsep trinitinya dan sebagainya. Kita jangan mudah marah tidak bertempat tetapi lihat dulu apa tujuan mereka”. Terjawab sahaja soalan tu, aku pun menarik nafas lega bila jawapan tersebut sependapat dengan aku. Pembaca sekalian, jangan lupa, beliau telah mengadakan sesi dakwahnya di televisyen sedari 12 – 15 Februari yang lepas. Kalau nak tau lebih lanjut, lawatlah laman web beliau. Ada kat link aku kalau korang tak tau alamatnya.
Tesis untuk melayakkan aku menerima diploma di KIAS ni pun telah aku siapkan. Hantar pun aku dah. Dalam masa menyiapkan tesis itu, semangat aku kadang-kadang macam bukak air mineral sampai terlupa nak tutup. Kadang-kadang macam filter air mineral tersumbat. Tapi aku anggap dia perkara biasa. Lumrah bagi sesiapa yang ingin bergelar penulis. Bila filter tersumbat, janganlah kuatkan air lagi, pecah pula filter tu nanti. Macam itulah bila tak idea atau ilham tak sampai-sampai, kalau tulis juga, berterabuhlah isi-isi dan akhir sekali tutup Microsoft Word dan kalau keluar notice nak save ke tak nak, klik no. balik semula kepada tesis aku, tajuk yang diperbincangkan adalah sekitar tajuk tajassus, mengintip pesalah khalwat, boleh ke tak. Itulah tajuk aku. Mencabar jugalah, dan hasil sokongan penyelia aku, Ustazah Nurul Akma Binti Syeikh Mohammad Amin dan sahabat-sahabat akhirnya aku dah pun hantar 3 buah tesis yang telah siap dijilid. Bolehlah tarik nafas panjang sekarang ni, tak sampai tiga minggu lagi, KIAS akan berubah suasana. Dari yang tak biasa pegang kitab, jadi biasa. Dari yang tak biasa tulis nota, dah pegang nota yang penuh dengan tulisan kecil-kecil. Maksudnya, dah nak exam lah ni. Aku boleh tumpu sepenuhnya kepada study balik apa yang aku dah belajar selama satu semester dulu. Ha, sebelum terlupa, jangan lupa doakan aku dapat jawab soalan akan datang dengan penuh keyakinan bahawa jawapan aku tu betul. Doakan tau. Habis saja periksa akhir sem tu nanti, tinggal tunggu nak graduasi jelah. Sementara tunggu bulan 8 ni, aku ingin nak pergi bercuti sebatikal, sekurang-kurang bertambahlah ilmu di dada ni. Tapi tak lah macam Dr. Asri Zainul Abidin sampai ke Lampeter tu, aku Cuma di bercuti sebatikal di Johor dan di Melaka. Haha, gelak ya.
Dah nak tamat tahun tiga ni, macam-macam program nak buat. Lepas ni kita orang dah buat haluan masing-masing, jadi sebab tulah aku cadangkan untuk kami buat study tour sikit. Alhamdulillah dah pun diluluskan proposal itu. Aku adalah pengarah bagi program tersebut, so, macam-macamlah nak kena fikir. Kitorang akan terbang ke Sabah dalam bulan 5 ni. insyaAllah, kalau dapat cari banyak sponsorship. Sekarang ini sampai bulan 3 ni, adalah masa untuk cari seberepa banyak dana untuk program ini. Lebih kurang RM 40500 juga lah yang akan habis untuk program ni. Kalau korang nak sumbangkan pun, aku terima. Bagitau lah kat aku. Tujuannya program ini adalah untuk mengkaji sosio budaya masyarakat Islam di Borneo tu, selain itu, cuba melihat bagaimana metodologi dakwah yang sesuai di sana untu diterapkan. Selain melihat dengan lebih dekat etnik-etnik kat sana, kitorang juga akan melalui satu fasa yang dinamakan fasa pra pengkajian maidani. Belajar nak kaji sesuatu secara berkumpulan di luar kampus. Ini satu pengalaman yang bagus.
Sekadar berkongsi cerita, sebelum mengakhiri artikel yang tak macam artikel ni, aku nak ucapkan tahniah kepada abang aku, familiar dengan panggilan dek ngah, sebab dah jadi bapa kepada seorang anak sulong yang bernama Fateh Kautsar bin Mohd Firdaos. Semoga menjadi bapa yang prihatin terhadap kebajikan anak ye. Apa pun, anak-anak adalah anugerah dan amanah Allah, didiklah mereka dengan acuan al-Quran dan al-Sunnah lagi-lagi kita hidup dalam zaman fitnah yang semakin mencabar ni. insyaAllah habis periksa ni, nak gi serbu rumah dek ngah tau, nak tengok anak buah. Haha.
Erm, mata ni dah bagi signal lah. Kelopak tu dah nak tutup, patutlah dah pukul 11.35 mlm. Ok lah, pembaca sekalian, terima kasih sebab meluangkan masa nak baca artikel kosong ni. Harap kosong-kosong pun, ada juga pengisian rohani untuk kita. Terima kasih banyak-banyak.
2 Komen:
yurtdışı kargo
resimli magnet
instagram takipçi satın al
yurtdışı kargo
sms onay
dijital kartvizit
dijital kartvizit
https://nobetci-eczane.org/
E7TFNQ
salt likit
salt likit
dr mood likit
big boss likit
dl likit
dark likit
V578O
Catat Ulasan
Pada pendapat anda?