Ranumnya Ilmu Letaknya Pada Banyak Bertanya
Diubah suai oleh:
Abu Hannan Mohammad Sufian Bin Talib
Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)
Nilam Puri, Ahad, 29 Mac 2009, 5.34 Petang.
Kebanyakan yang menjadikan penuntut ilmu berpaling (sehingga terhalang daripada ilmu) adalah permasalahan-permasalahan yang membuat dia musykil (samar) atau kebingungan, maka ketika itu wajib baginya untuk bertanya kepada ulama dengan meminta bimbingan, beradab terhadap mereka, dan tawadhu' di depan mereka. Allah ta'ala berfirman:
فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِنْ كُنْتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ
"Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kalian tidak mengetahui.”
Dan telah datang riwayat di dalam hadits 'Abdullah bin 'Abbas, bahawa seorang lelaki terluka ketika safar kemudian dia mengalami mimpi basah. Maka dikatakan kepadanya: "Kami tidak mendapati keringanan untukmu." Kemudian dia mandi, lalu meninggal dunia. Ketika dikhabarkan kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam, beliau bersabda,
قَتَلُوْهُ قَتَلَهُمُ اللهُ، أَلاَ سَأَلُوْا إِذْ لَمْ يَعْلَمُوْا، فَإِنَّمَا شِفَاءُ الْعَيِّ اَلسُّؤَالُ
"Mereka telah membunuhnya, semoga Allah membunuh mereka (sebagai teguran yang keras kepada mereka -pent). Tidakkah mereka bertanya jika mereka tidak tahu, kerana sesungguhnya ubatnya al 'ay (kebodohan) adalah bertanya."
Al 'Ay adalah kurangnya pemahaman.
Daripada 'A`isyah radhiyallahu 'anha, beliau berkata,
رَحِمَ اللهُ نِسَاءَ اْلأَنْصَارِ، لَمْ يَمْنَعْهُنَّ الْحَيَاءُ أَنْ يَسْأَلْنَ عَنْ أَمْرِ دِيْنِهِنَّ
"Semoga Allah merahmati wanita Anshar, rasa malu tidak menghalangi mereka untuk bertanya perkara agama mereka."
Daripada 'Abdullah bin Mas'ud radhiyallahu 'anhu, beliau berkata, "Tambahannya ilmu adalah dengan mencarinya, sedangkan untuk mendapatkan ilmu adalah dengan bertanya."
Dikatakan kepada Ibnu 'Abbas radhiyallahu 'anhu, "Dengan apa engkau mendapatkan ilmu?" Beliau menjawab, "Dengan lisan yang sering bertanya dan hati yang cerdas."
Dari Ibnu Syihab, beliau berkata, "Ilmu itu perbendaharaan-perbendaharaan, dan kunci-kuncinya adalah bertanya."
Dan berkata seorang penyair,
وَلِلْعِلْمِ مُلْتَمِساً فَاسْأَلِ | إِذَا كُنْتَ فِيْ بَلَدٍ جَاهِلاً |
كَمَا قِيْلَ فِي الْمَثَلِ اْلأَوَّلِ | فَإِنَّ السُّؤَالَ شِفاءُ العَيِي |
Jika engkau berada di suatu daerah dalam keadaan bodoh
dan sedang mencari ilmu, maka bertanyalah.
Kerana bertanya adalah ubat daripada kebodohan
Sebagaimana dikatakan pada permisalan yang pertama.
0 Komen:
Catat Ulasan
Pada pendapat anda?