JTR mengalu-alukan tuan puan untuk membaca tulisan dalam blog ini bagi manfaat tuan puan
Photobucket

Ahad, 22 Mac 2009

Jom Kita Bergelap; Ala SEJAM Je!

Posted by Abu Hannan On 9:09:00 PTG No comments


Sahabat yang dimuliakan, jom kita bergelap selama satu jam bersempena dengan Earth Hour 2009. Laptop boleh buka, jangan risau. Jadilah di antara individu yang kami cari dan sertai kami sebagai sokongan kita terhadap program ini. Untuk maklumat lakjut mengenai Earth Hour 2009, sila Layari http://www.earthhour.org/news/my:en.!

Apa yang boleh anda lakukan!
matikan kesemua lampu anda selama 1JAM pada 28 MAC 2009 tepat JAM 8.30 MALAM hari SABTU ini.walau bagaimanapun ada banyak lagi yang boleh anda lakukan dalam menjayakan EARTH HOUR 2009 1 misi yang berjaya.

Daftar sekarang.jadilah sebahagian daripada EARTH HOUR dan dapatkan tips serta cara bagi mengurangkan kesan karbon setiap hari.

Beritahu rakan rakan anda.galakkan mereka untuk turut menyertai EARTH DAY.serta link kan website ini www.earthhour.org.my di website anda seperti BLOG,FACEBOOK,MYSPACE dan sebagainya.

Kongsikan cerita anda. ceritakan bagaimana cuaca sekarang memberi kesan kepada anda.

Kelolakan sendiri program EARTH HOUR ditempat anda!

KUALA LUMPUR - Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF) Malaysia mempelawa orang ramai di seluruh negara mengambil bahagian untuk bersama-sama bergelap selama sejam pada 28 Mac ini bermula 8.30 malam sempena program
Earth Hour 2009. Ia bertujuan memberi sokongan untuk melawan perubahan iklim yang memberi kesan buruk terhadap hutan, sumber air, kesihatan, pertanian, biodiversiti dan sumber pantai. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr. Dionysius S.K. Sharma berkata, komitmen negara dalam menjadi sebahagian daripada program Earth Hour 2009 peringkat Malaysia itu berupaya mengurangkan impak global yang berupaya menyelamatkan sumber air dan iklim untuk generasi akan datang. “Saya bangga kerana Malaysia bersetuju untuk turut serta dalam program ini dan pada masa yang sama, Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang merupakan antara 377 bandar di 74 negara yang akan menyertai program ini,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan program itu di sini semalam.

0 Komen:

Catat Ulasan

Pada pendapat anda?

Perjalanan

Tembusi Petra, Jordan Slideshow: BenTaleb’s trip was created by TripAdvisor. Create a free slideshow with music from your travel photos.
Sabda Baginda SAW ; "Ketahuilah ia (Dajjal) berada di laut Syam atau laut Yaman.. akan datang dari arah timur (lalu menunjukkan dengan tangan baginda).."[Riwayat Muslim]. Daripada Abi Bakr al-Siddiq r.a, sabda Baginda SAW, "Dajjal akan muncul ke bumi dari arah timur bernama KHURASAN." [Riwayat al-Tirmizi]. Daripada Anas bin Malik r.a, sabda Baginda SAW, "Dajjal akan keluar dari kota Yahudi ISFAHAN (Khurasan, IRAN) bersama 70,000 penduduk ISFAHAN". [Fath al-Rabbani Tartib Musnad Ahmad. Ibn Hajar berkata : "Sahih"]. Ibn Kathir berkata, Dajal pada mulanya akan muncul dari ISFAHAN dari sebuah kota Yahudi [al-Nihayah fi al-Fitan wa al-Malahim]. ISFAHAN adalah sebuah bandar terbesar YAHUDI di Iran dan pusat loji nuklear Iran pada masa kini.