Lompat Parti, Dulu tak apa sekarang dicela?
Oleh: Abu Hannan Mohammad Sufian Bin Talib
Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS).
Nilam Puri, Kelantan.
13 februari 2009, 4.23 ptg
Bila saja bercakap pasal politik, sudah tidak dapat disangkal, memang tiada yang mustahil boleh berlaku. Semuanya terhasil daripada pemikir-pemikir parti-parti politik masing-masing yang sangat licik dalam menghasilkan strategi. Kadang-kadang, perkara yang tidak terlintas untuk difikirkan pun boleh terjadi. Kalau tak, tidaklah dipanggil politik.
Rakyat Malaysia sekarang sedang dan masih lagi terkejut dengan senario politik tanah air kita sejak kebalakangan ini. Isunya adalah ‘katak-katak’ yang tak suka duduk rumah sendiri sebab sibuk untuk masuk rumah orang lain. Mereka tak tahu ke ‘rumah’ mereka tu rakyat yang berhabis tenaga untuk mereka tinggal disitu sebab kepercayaan rakyat terhadap mereka terlalu tinggi. Kadang-kadang ‘katak-katak’ ini tidak suka rumah mereka sebab bosan dengan persekitaran dan kadang-kadang di bayar untuk meninggalkan rumah itu. Hai, macam-macam sebab katak-katak ni nak melompat ke rumah lain. Maaflah kalau bahasa ‘katak’ terlalu kasar. Sengaja digambarkan dengan katak sebab katak suka masuk dalam rumah yang bukan rumah dia. Inilah trend politik Malaysia selepas 50 tahun kemerdekaan. Seni dan akan menjadi lebih seni suatu hari nanti.
Dulu, isu lompat parti sangat kerap dilaung-laungkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat selepas menempa kemenangan menawan 4 negeri yang dulunya diperintah oleh BN. Sehinggalah ada ura-ura untuk mengambil alih kerajaan Malaysia pada 16 Sept. 08 dengan menjemput ahli-ahli parlimen BN di Sabah dan Sarawak turut serta dalam PR. Tetapi sehingga sekarang Malaysia masih diperintah oleh BN. Rakyat yang menyokong masih menagih janji itu. Sehingga sekarang isu ini masih diperkatakan.
Pada mulanya, saya memang tidak berapa setuju dengan trend politik hari ini iaitu salah satunya wakil rakyat lompat parti. Mungkin di sana ada unsur-unsur penipuan terhadap hak rakyat di dalam pilihan raya. Rakyat telah keluar membuang undi, tidak kira masyarakat muda, dewasa malah warga emas juga sanggup keluar untuk membuang undi. Betapa mereka bersungguh memilih pemimpin dan parti itu untuk mentadbir kawasannya. Namun saya hanya berkata-kata di dalam hati dan masih tidak memberi komen apa-apa. Saya hanya ambil sikap tunggu dan lihat. Ini mungkin kerana rakan-rakan disekeliling masih excited dengan isu lompat parti dan menyokong penuh saranan untuk melompat parti.
Sebelum kita pergi lebih jauh, saya nak ajak blogger dan pembaca sekalian untuk sama-sama kita berfikir. Apakah lompat parti itu satu perkara biasa atau ianya menipu hak rakyat. Saya bukan penyokong mana-mana parti politik tetapi saya menulis atas dasar individu yang peka dengan senario politik sekarang. Dalam hal ini, saya amat bersetuju dengan apa yang telah dikatakan oleh Dr. Mohd Asri Zainul Abidin. Kalau mahu lompat parti, wakil rakyat tersebut mesti letak jawatan dan beri mandat kepada rakyat untuk memilih wakil mereka sendiri. Bukan dengan cara melompat parti. Kalau saya menyokong PAS, saya mengundi PAS tetapi wakil saya telah lari meninggalkan saya dan penyokongnya yang lain dan melompat ke parti lain. Tentu sekali saya dan penyokong-penyokong lain marah dengan sikap biadap pemimpin itu. Begitulah juga kalau saya menyokong UMNO, PKR dan lain-lain. Memilih parti dan pemimpinnya adalah hak rakyat dan rakyat tidak boleh ditipu secara terhormat begini. Tidak kira lompat parti ini dimulakan oleh siapa, saya tetap tidak setuju dengan trend ini walaupun tiada undang-undang atau akta yang melarang perbuatan ini.
Jom kita terbang ke Perak, krisis politiknya sangat gawat setelah ada yang wakil rakyat yang melompat parti. Tertubuhnya kerajaan yang ditadbir oleh muka-muka baru dari kerajaan BN. Saya tidak mahu bercakap pasal kerajaan itu sah atau tidak, melalui lunas-lunas perlembagaan atau tidak tetapi inilah hasilnya lompat parti. Dulu parti yang sibuk bekerja keras untuk membuat akta lompat parti, sekarang sedang menggaru kepala sama ada ingin meneruskan hasrat itu atau tidak. Samalah juga parti yang dulunya sibuk berkempen untuk lompat parti, sekarang sikap lompat parti telah mereka cela dan kutuk habis-habisan. Terkeluarlah slogan-slogan seperti “jangan tipu rakyat”, kami kerajaan yang dipilih oleh rakyat” dan sebagainya. Yang menjadi mangsa keadaannya adalah rakyat biasa. Hak mereka telah dicabar oleh pemimpin yang mereka undi sendiri. Lompat parti, kalau dulu tak apa, sekarang jangan. Kalau dulu jangan sekarang tak apa. Apa ini semua?
Soalnya, di mana prinsip kita? Dalam hal ini, saya tidak mahu menuding jari kepada mana-mana parti politik. Kedua-dua pihak bagi saya adalah sama sahaja dalam isu ini. Tidak ada prinsip yang utuh dalam jangka masa panjang mahu pun singkat. Prinsip adalah segala-galanya. Tanpa prinsip, semua boleh berubah. Dulu dicela, sekarang tak apa. Dulu tak apa, sekarang dicela.
(gambar di atas di ambil dari http://pilihan anda.blogspot.com, ianya hanya ilustrasi penulis dan tidak mempunyai niat hajat dan sebagainya)
2 Komen:
ape-ape pun sbnrnya macam2 dh berlaku dalam politik negara kita..pincang..tapi keputusannya semua adalah di tangan kita... kita sbg rakyat berhak selidik atas apa yg berlaku..jgn hanya mendengar membuta tuli tanpa usul periksa org kata...apa2 pun..undi adalah rahsiaa...
hmmm...saya setuju dengan saudara...
walaupun saya sokong PR...tapi saya kurang setuju dengan tindakan mengambil alih kerajaan jika mengambil kira hak rakyat.....
namun...apa yang berlaku di perak betul2 membuatkan hati saya marah...
hak rakyat dirampas...
apa2 pun, bagi saya,penyelasaia terbaik adalah dengan pilihanraya negeri...
Catat Ulasan
Pada pendapat anda?