JTR mengalu-alukan tuan puan untuk membaca tulisan dalam blog ini bagi manfaat tuan puan
Photobucket

Isnin, 2 Februari 2009

Posted by Abu Hannan On 9:03:00 PTG No comments



Bible melayu punya pasal ke?

Oleh: Abu Hannan Mohammad Sufian Bin Talib

KIAS, Nilam Puri. 12.02 a.m, 6 Safar 1430 | 2 Februari 2009

Bible dalam bahasa melayu pada segolongan masyarakat Islam di negara ini adalah sangat berbahaya sekali. Mungkin kemarahan mereka terhadap perkembangan kristian semakin melebar di Malaysia apabila mereka melihat bible pun sudah diubah bahasa ke dalam bahasa ibunda kita. Mungkin juga dalam pemerhatian mereka, dengan ada terjemahan bible dalam bahasa melayu menunjukkan kristian semakin mendapat tempat di Malaysia. Itu satu tinjauan yang baik. Pemerhatian seperti ini sangat perlu dilakukan. Justeru itu, saya ingin mengajak blogger dan para pembaca sekalian berfikir sejenak mengenai perkara ini.

Sebagai individu muslim yang sedar serta yakin dengan al-Quran, sepatutnya kita mendalaminya sebagaimana ulama’-ulama’ al-Salaf al-Soleh memahami erti serta maksud yang tersurat dan tersirat ayat-ayat Allah. Dengan kita menerapkan ia ke dalam sistem kehidupan berkeluarga, bermasyarakat, bernegara dan seterusnya ke arena yang lebih besar. Dalam masa yang sama, kita juga tahu bahawa kitab-kitab samawi yang lain telah dipesongkan oleh ahl-Kitab dahulu kala. Kalau tidak mengapa Allah mengutuskan nabi yang baru (Muhammad s.a.w) dan mengajarkan kita (umat Muhammad) al-Kitab juga dalam versi yang baru (al-Quran). Apa yang telah terjadi dengan Taurat, injil(bible)? Jawablah sendiri, saya yakin kalian mampu menjawabnya.

Oleh yang demikian, kenapa kita terlalu resah apabila ada ura-ura ingin memelayukan bible sedangkan di Indonesia telah lama melayu bible itu. Hasil dari itu lebih ramai pula masyarakat Indonesia tertarik dengan Islam kerana mengkaji bible yang telah dialih bahasa. Kenapa? Ha, itulah mukjizat al-Quran. Cuba tuan-tuan fikir sekejap (2 minit) kenapa mereka lalu berminat dengan Islam? Jawapannya, kerana bible itu sudah tidak lagi asli seperti yang diturunkan dipermulaannya. Terlalu banyak pindaan dan pengubahan, tokok tambah dan pengurangan yang mana ia tidak sebulu dengan mereka dia buang yang mana sebulu dia ambil. Sehingga sebilangan golongan kristian terpaksa berdiam diri dan menutup mulut apabila melihat kecamukan dan pertembungan yang terlalu banyak di dalam kitab mereka kerana takut dengan dosa dan ugutan yang akan paderi bagi jika mereka menimbulkan persoalan. Oleh tidak hairanlah kenapa kristian ditolak pada permulaan era eropah membangun dahulu. Hanya yang diberi hidayah oleh Allah mampu memilih yang terang dari yang gelap. Kerana itulah sebabnya mengapa kita punyai saudara baru yang sedar melalui pengkajian mendalam begitu ramai di eropah sana. Bible sudah lama tiada nilainya dek kerana adanya tangan-tangan busuk yang masuk campur urusan Allah.

Rakyat Malaysia, jangan gundah gulana. Biarkan mereka dengan bible melayunya itu, kita ada al-Quran yang tidak ada keraguan baginya. Tinggal lagi, belajarlah al-Quran itu dengan sepenuh hati, barulah jadi perdana menteri yang baik, doktor pakar yang disegani, mahasiswa yang santun, arkitek yang luhur polis yang amanah, peguam yang adil, tukang sapu yang ikhlas dan masyarakat yang berwawasan hasil dari acuan al-Quran. Bible melayu mereka hanya akan memakan diri mereka semula. Pada saya, mungkin mereka tidak berfikir panjang ketika memelayukan bible, tidakkah masyarakat Malaysia ini akan mengetahui pekung yang akan mereka buka? Kan lebih baik kalau biarkan sahaja pada bahasa asalnya. Itupun saya rasa sukar juga kerana, ramai juga rakyat Malaysia yang mengerti dan petah berbahasa Inggeris.

Pembaca sekalian, kita terlalu mudah untuk panik, tetapi terlalu lewat untuk berfikir di mana rasional kita. Saya bermohon agar kita dapat mengubah cara berfikir kita kepada individu yang kreatif dan kritis dalam memahami isu dan menanganinya. Kepada mahasiswa yang baca artikel ini, jangan lupa, balik kampung, ajar masyarakat kampung kita cara berfikir yang baik dan sistematik. Kalau investigator di eropah mampu, kenapa kita tidak? Isu-isu yang sebegini seharusnya dapat kita atasi dengan bijak. Kitakan ada al-Quran. Bukankah Quran itu penyelesai sagala masalah yang timbul? Quran juga tidak membiarkan umatnya apabila ada masalah.

Oleh itu, saya tidak lah pula tidak bersetuju dengan tindakan yang telah dilakukan oleh pihak yang tertentu dalam membanteras bible melayu, cuma kita punyai strategi dakwah yang tersendiri, biar bible melayu itu menyedarkan manusia tentang adanya al-Quran yang lengkap.

Golongan agama juga perlu berubah, dari pemikiran terlalu ortodok dan konservatif (maaf jika terlalu kasar) kepada memberi gambaran bahawa Islam itu murni, mudah diamal, aman, selamat dan hidup harmoni. Bagi masyarakat awam, rujukan Islam mereka adalah sesiapa yang berkopiah dan berserban, berjubah dan sebagainya. Apabila golongan ini tidak beramal dengan Islam yang tulen, maka berlakulah apa yang telah berlaku. Islam dilihat sebagai mengongkong, suka marah-marah dan banyak lagi perspektif negatif. Maka dalam kepala umum, Islam sebanarnya begitu, padahal tidak pun begitu. Islam bukan agama yang kolot, jumud, anti moden, anti globalisasi dan sebagainya. Tetapi Islam menggalakkan semua perkara baik dalam muamalah. Apa yang perlu diberi perhatian sekarang ialah, mengapa ramai yang murtad? Adakah mereka memahami bible? Tak mungkin. Sebenarnya, mereka bosan dengan golongan yang membawa nama Islam ini. Pembawaan mereka yang begitu menjauhkan anak muda Islam kepada agamanya.

Ini yang perlu kita muhasabah kembali. Mana tidaknya, masjid hanya untuk pesara-pesara yang pencen, tidak diberi ruang kepada golongan belia berorganisasi, (tidak menafikan bahawa terdapat masjid yang peka terhadap belia), saf kanak-kanak dibeza kan, nun jauh di belakang, (rujuk hadis dibawah[i]) cukup masa, pintu masjid dimangga. Ibu bapa di rumah pun, dimana peranan kita? Solat jemaah? Tazkirah? Sekolah anak? Pakaian anak? Sahsia ibu bapa dan anak? Banyak lagi persoalan dalam rumah ni.

Kesimpulannya, kaji semula di mana sepatutnya kita letakkan ketakutan dan kemarahan kita apabila berlaku kes anak qaryah kita masuk murtad (bak kata orang kampung), adakah bible melayu atau...


Hadis yang pertama, diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari (nombor 822)

[i] عن أنس بن مالك:

أن جدته مليكة دعت رسول الله صلى الله عليه وسلم لطعام صنعته، فأكل منه، فقال (قوموا فلأصلي بكم). فقمت إلى حصير لنا قد اسود من طول ما لبس، فنضحته بماء، فقام رسول الله صلى الله عليه وسلم واليتيم معي، والعجوز من ورائنا، فصلى بنا ركعتين.

"Daripada Anas bin Malik katanya neneknya, Mulaikah telah menjemput Rasulullah s.a.w. untuk makan makanan yang disediakannya. Lalu Rasulullah s.a.w. makan sebahagaian darinya kemudian bersabda: "Bangunlah, saya akan mengimamkan sembahyang kamu. Lalu saya mendapatkan sekeping tikar kami yang berwarna hitam kerana sudah lama digunakan kemudian saya merenjiskannya dengan air. Rasulullah s.a.w. berdiri, seorang anak yatim berdiri bersama saya dan nenek di belakang kami. Baginda bersembahyang mengimami kami sebanyak dua rakaat."

Hadis kedua juga diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari (nombor 823)

عن ابن عباس رضي الله عنهما أنه قال:

أقبلت راكبا على حمار أتان، وأنا يومئذ قد ناهزت الاحتلام، ورسول الله صلى الله عليه وسلم يصلي بمنى إلى غير جدار، فمررت بين يدي بعض الصف، فنزلت وأرسلت الأتان ترتع، ودخلت في الصف، فلم ينكر ذلك علي أحد.

Daripada Ibn Abbas katanya: "Saya datang dengan menunggang keldai betina, pada ketika itu belum lagi baligh (hampir baligh). Rasulullah s.a.w. sedang bersembahyang dengan tidak menghadap dinding. Lalu saya ,melalui di hadapan beberapa saf dan saya turun dan membiarkan keldai itu memakan rumput. Saya masuk ke dalam saf dan seorangpun tidak membantah saya.

0 Komen:

Catat Ulasan

Pada pendapat anda?

Perjalanan

Tembusi Petra, Jordan Slideshow: BenTaleb’s trip was created by TripAdvisor. Create a free slideshow with music from your travel photos.
Sabda Baginda SAW ; "Ketahuilah ia (Dajjal) berada di laut Syam atau laut Yaman.. akan datang dari arah timur (lalu menunjukkan dengan tangan baginda).."[Riwayat Muslim]. Daripada Abi Bakr al-Siddiq r.a, sabda Baginda SAW, "Dajjal akan muncul ke bumi dari arah timur bernama KHURASAN." [Riwayat al-Tirmizi]. Daripada Anas bin Malik r.a, sabda Baginda SAW, "Dajjal akan keluar dari kota Yahudi ISFAHAN (Khurasan, IRAN) bersama 70,000 penduduk ISFAHAN". [Fath al-Rabbani Tartib Musnad Ahmad. Ibn Hajar berkata : "Sahih"]. Ibn Kathir berkata, Dajal pada mulanya akan muncul dari ISFAHAN dari sebuah kota Yahudi [al-Nihayah fi al-Fitan wa al-Malahim]. ISFAHAN adalah sebuah bandar terbesar YAHUDI di Iran dan pusat loji nuklear Iran pada masa kini.