Sahabat seperjuangan sekalian, sudah terang lagi bersuluh. Syiah sekarang sedang melebarkan sayapnya di tanah air yang kita cintai ini. Baru-baru ini, syiah melalui Parti Islam Se-Malaysia di Kota Bharu dalam satu seminar yang mana tajuk seminar hanya sedikit disentuh tetapi lebih kepada mempromosi syiah.
Agama Syiah, agama yang amat mengelirukan bagi sesiapa yang mengkajinya. Mereka menghina sahabat-sahabat Rasulullah yang sama-sama berjuang menyebarkan Islam.A'isyah difitnahnya sebagai penzina dll. Al-Quran yang kita baca pun mereka katakan bahawa Ianya tidak cukup..
WAHAI Umat Muhammad, berhati-hatilah dengan agama ini, kerana jika aqidah yang jika pada dasarnya sudah goyah, amat ditakuti bila-bila masa sahaja kita akan terpengaruh dengan dakyah fitnah tidak berasas mereka.
Mereka menyebarkan dakwah mereka melalui semua rangkaian media, tidak kira ceramah internet dll. Telah ramai tokoh-tokoh syiah tanah air yang telah menunjukkan taring setelah menyembunyikannya sekian lama. Ini menunjukkan bahawa mereka telah mempunyai pengaruh yang kuat sehingga mereka berani untuk menyebarkan isme ini. Di kaca tv, corong-corong radio, internet malah tulisan-tulisan mereka yang lebih menonjolkan 'keilmiahannya' dengan bernota kaki yang berjela-jela menyebabkan ramai yang terpedaya dengan agama ini. Mereka masih menggunakan nama Islam sedangkan Islam jauh sekali gambarannya dengan amalan yang dilakukan mereka.
Taqiah atau berpura-pura merupakan sebahagian dari aqidah mereka yang jelas bertentangan dengan ajaran nabi, keluarga serta sahabatnya. Mereka dibolehkan untuk menipu kepada golongan yang menjadi mangsa dakwah mereka. Bila berhadapan atau bersama kaum sunnah, mereka bersembahyang dengan meletakkan tangan di bahagian abdomen, tetapi asalnya perbuatan itu boleh menyebabkan solatnya (syiah) terbatal. Dimanakah kebenarannya syiah sekiranya dihadapan kita lain, dibelakang kita lain.
Ahli Sunnah merupakan golongan yang paling dijejaki untuk dibunuh. Sekiranya disusun Kristian, Yahudi dan Ahli Sunnah, yang paling layak dibunuh adalah Ahlu Sunnah. Ingat wahai kaum sunni sekalian, bersama-samalah kita berpesan-pesan kepada keluarga, jiran tetangga, sahabat handai, ahli masjid sekampung, imam-imam, rakan sekerja, bos, wakil rakyat dan seluruh warga tanah air tidak ketinggalan saudara dinegara jiran Indonesia, Singapura, Brunei dan Thailand dll, Berhati-hatilah dan kuatkanlah aqidah kita seperti aqidah yang diimani oleh Rasulullah, para sahabat, tabiin serta pengikut tabi' tabiin..
"KEMPEN SELAMATKAN KELUARGA KITA DARI SYIAH"
Rejim Zionis mengepung ambulans di Jabalia
Seminggu yang lalu
0 Komen:
Catat Ulasan
Pada pendapat anda?