Berita yang mengejutkan seluruh warga Mahasiswa Islam yang benar-benar memasang niat untuk melanjutkan pelajaran ke al-Azhar apabila YB Harun Bin Idris Parlimen Tangga Batu mengumumkan pembubaran MoU dengan Al-Azhar yang berkait dengan beberapa IPT Islam seluruh negara. Dengan alasan pelajar jurusan ini hanya mendapat permintaan minima dari masyarakat setempat. Kalau dengan bahasa kasarnya mahasiswa jurusan Pengajian Islam ini sudah "tidak laku" lagi dimata masyarakat. Adakah ini benar? Persoalannya, adakah profesyen ini sama seperti jurusan sains atau jururawat yang memang dipersoalkan bidang kerjaya masa depannya. Adakah Islam hanya boleh disebarkan apabila permintaan masyarakat tinggi? Ini seolah-olah menunjukkan bahawa Penyebaran Islam ini bertindak mengikut permintaan, jika kurang tak payah la... Fikirlah semula.
Kepada pelajar-pelajar yang 'memasang niat' untuk ke Jami'ah al-Azhar, jangan bersedih...
Cuba fikirkan beberapa perkara..
1- Adakah al-Azhar sahaja tempat untuk menyambung pelajaran? Terlalu banyak sekali IPT-IPT di Timur Tengah yang lebih baik dari al-Azhar dari sudut ilmunya dan sistemnya. Jangan kita memandang hanya satu sahaja.. Sebagai contoh di Yaman, terdapat banyak IPT yang better dari al-Azhar, contohnya Jamiah Andalus, Jamiah San'a. Walaupun ianya tidak diiktiraf JPA sepenuhnya, perlu diingat, hadaf mempelajari agama ini bukan untuk mencari kerja semata tetapi untuk menyebarkan ilmu kepada masyarakat. Jadi tidak hairanlah kepada sesiapa yang memandang Ilmu itu lebih penting dari yang lain-lain.
2- Di al-Azhar terdapat hampir ratusan ribu pelajar dari Malaysia yang keseluruhannya berbangsa melayu. Perlukan berfikir bagi sesiapa yang ingin berfikir. Bagi penulis agak sukar untuk meningkatkan lagi penguasaan Bahasa Arab jika suasana yang ada tidak berbeza dengan di tanah air. Bangun pagi sahaja tidak bertutur bahasa Arab tetapi lebih mudah berbahasa melayu kerana sahabat serumah juga melayu. Apabila kita berada dengan mijoritinya berbangsa arab atau selain melayu, kebarangkalian yang besar untuk saya mengatakan bahawa kita akan terikut-ikut dengan bahasanya lalu ia memberi kesan kepada kita dari sudut pengkayaan bahasa.
3- Di al-Azhar, bahasa pengantar yang digunakan ketika kuliah tidak menghiraukan adakah pelajar bukan mesir faham atau tidak. Bahasa Amiyah atau bahasa pasar Mesir yang menjadi al-lughah al-Ittisaliyyah. Ini menyebabkan pelajar-pelajar kurang berminat untuk mengikuti kuliah di kampus lalu bertalaqqi dengan syeikh-syeikh di luar serta mempunyai 'projek' lain yang boleh dibuat. Hasil dari ini terjadi perkara-perkara yang tidak diingini yang akan disebut di poin yang ke-lima.
4- Sistem yang tidak membantu pelajar dalam membudayakan ilmu. Maksudnya, tiada halangan bagi pelajar untuk masuk atau tidak ke kuliah. selain itu, assignment juga kurang didedahkan juga latihan ilmiah program yang diambil juga tidak didapati. Ini menyebabkan ramai diantara pelajar-pelajar Malaysia ke sana telah terkeliru dengan halatuju mereka pada mula-mula ke sana. Mereka lebih suka 'berniaga' dan melepak di rumah-rumah mereka derta melayan internet. Ini disebabkan sistem yang ada tidak memaksa atau lebih tepat tiada suntikan tarbiah kepada mereka untuk ke kuliah serta lebih menyebabkan mereka menjadi insan pemalas yang apabila mereka pulang ke tanah air, secara outomatik akan bergelar 'ustaz @ ustazah'.
5- Ini lebih menyumbang ke arah menjadikan pelajar itu pemalas dan lebih suka berniaga dan melakukan aktiviti berpersatuan yang kurang penting dari menuntut ilmu agama. Amat merisaukan pemerhati bagi pelajar-pelajar yang mempunyai tabiat ini. Apakah tanggungjawabnya tatkala melangkah kaki ke tanah air? Adakah goyang kaki sahaja? Sudah tentu mereka akan menjadi bahan rujukan atau public figure kepada masyarakat setempat. Ilmu yang sahih amat penting dan apakah yang ingin kita jawab sekiranya kita disoal dengan pelbagai-bagai soalan agama? Fikirkanlah hal ini wahai peniaga-peniaga mahasiswa al-Azhar...
Yang membaca janganlah mudah melenting, inilah realiti yang mesti kita pandang dengan pandangan yang lebih teliti dari sudut ilmiah. Saya menulis isu ini adalah atas satu niat untuk melihat bahawa bukan al-Azhar sahaja harapan untuk menyambung pelajaran. Dan segala isi di atas adalah hasil dari perkongsiaan penceritaan dari guru-guru saya yang pernah menuntut di al-Azhar. Sekiranya ada salah atau sebagainya, diharapkan dapat diperbetulkan. Sekian Wassalam..
Bersambung...
Rejim Zionis mengepung ambulans di Jabalia
Seminggu yang lalu
0 Komen:
Catat Ulasan
Pada pendapat anda?