Kalimah mahasiswa, suatu istilah yang apabila disebut, akan terbit di naluri setiap insan suatu gambaran segolongan komuniti yang mempunyai daya fikir yang jauh, kreatif, inovatif malah mentalitinya lebih terkehadapan daripada masyarakat awam. Ibu bapa atau orang tua akan berasa megah apabila anak mereka dikatakan sedang menuntut di IPT yang mana secara tidak langsung mereka begelar mahasiswa. Tetapi sejauh manakah kebenaran tasawwur yang terdapat pada masyarakat terhadap komuniti ini? Mahasiswa Islam terutamanya perlu mengukur semula setiap inci yang terdapat padanya sejauh mana gambaran itu wujud di dalam diri mereka.
Wahai mahasiswa Islam, anda sebenarnya berada di dunia nyata dan bukannya di alam fantasi. Pengelibatan mahasiswa Islam terutamanya dalam membentuk satu-satu institusi supaya ianya dipandang bukan sahaja islamik dan bermaya tetapi terdapat padanya sentuhan profesional sudah tentu diperlukan oleh semua pihak. Ini kerana, setiap dari kita mempunyai keterikatan yang wajib dipikul dalam memacu ummah ke arah yang berorientasikan keilmuan dan keimanan. Secara tidak langsung, keringat mahasiswa dalam mencipta gambaran baru masyarakat amat diperlukan.
Dalam mencapai kedinamikan masyarakat ini, sudah tentu mahasiswa yang menjadi salah satu faktor dalam pembinaan masyarakat ini benar-benar kritis dan kreatif dalam pemikiran mereka. Mentaliti lapuk yang terdapat pada mahasiswa Islam perlulah di hazaf sejauh-jauhnya supaya masyarakat dapat dipimpin dengan teratur mengikut acuan al-Quran dan al-Sunnah yang sahih. Ini secara tidak langsung memerlukan kepada perubahan individu itu sendiri. “Mentaliti kampung” yang berada di dalam benak sanubari mahasiswa Islam itulah yang menjadi batu pembeku kepada terbentuknya masyarakat madani yang gemilang. Bagaimana ingin dipacu masyarakat yang bermaruah kalau mahasiswa Islam itu sendiri yang masih meletakkan mentalitinya berada di tahap ‘kampung’? Pengorbanan individu yang bergelar mahasiswa Islam untuk berubah dahulu sudah semestinya wajib bagi setiap yang mengatakan mereka mahasiswa Islam. Rasa tanggungjawab juga perlu ada pada tiap-tiap mahasiswa Islam untuk mengubah masyarakat rofess yang lebih sejahtera.
Tetapi fikir-fikirkanlah wahai mahasiswa Islam, bagaimana ingin mengubah masyarakat kita kepada masyarakat Islam yang disegani dunia? Adakah dengan berbekalkan mentaliti kampung sahaja? Tidak dapat tidak satu anjakan paradigma mesti dilakukan. Adakah mahasiswa yang kononnya bergelar mahasiswa Islam yang merokok, meninggalkan solat, melepak di pusat-pusat membeli belah, berfoya-foya dengan wanita dan hanya memikirkan perkara-perkara remeh berangan untuk mengubah masyarakat? Ubah diri kita dahulu kepada mentaliti mahasiswa Islam yang lebih dinamik dan profesional seiringin dengan perubahan era globalisasi. Barulah sebuah masyarakat yang berdisiplin dapat kita lihat berada di dalam masyarakat yang mana kita sebahagian dari mereka.
1 Komen:
Hello. This post is likeable, and your blog is very interesting, congratulations :-). I will add in my blogroll =). If possible gives a last there on my blog, it is about the Flores Online, I hope you enjoy. The address is http://flores-on-line.blogspot.com. A hug.
Catat Ulasan
Pada pendapat anda?