JTR mengalu-alukan tuan puan untuk membaca tulisan dalam blog ini bagi manfaat tuan puan
Photobucket

Isnin, 7 Januari 2008

Berfikiran Terbuka; Bukan Malu Kerana Anda Kalah...

Posted by Abu Hannan On 6:00:00 PTG 1 comment

[YANG PERTAMA]
Memang tidak dapat dibidas lagi, segelintir daripada kita apabila petah berkata, ia akan
dikatakan oleh orang ramai : "'dialah orang yang teror berdebat, dialah orang yang teror
bercakap, tkut aku nak bercakap dengan dia, nanti tergamam plak dibuatnye'"... pendebat
yang suka auta akan lebih terjamin bagi mereka dari segi pujian ramai terhadapnya sebab
mereka bijak menyusun kata-kata. Yang kalah pula akan tersipu-sipu malu sebab
mereka tewas. Tapi, adakah dengan ini, kita boleh berteriak kesukaan kerana kemenangan?
walaupun hujah yang kita bawa tiada sandaran fakta dan dalil? sudahlah hidung tinggi,
dosa menyampaikan ilmu yang tidak amanah pula terpikul dibahu.
[YANG KEDUA]
Bagi pendebat yang membawa fakta dan dalil yang sahih pula, adakalanya kita alpa
dan leka dengan ujian yang diberikan Allah kepada kita? Menjadi kebiasaan
mereka apabila pulang dari berdebat dengan membawa kejayaan, sengaja
menceritakannya pula kepada yang lain, inikah akhlak salaf yang kita idam-idamkan?
Kalau begitu, anda berada di dalam kerugian!! Jangan masuk Bakul angkat
sendiri atau naik lif tekan sendiri (pepatah zaman moden).
Yang penting kita terima dengan hati yang terbuka... kesilapan yang diterima
jadikan ia sebagai pembetul ilmu, kesahihan fakta jangan jadikan ia keegoan di jiwa..
jiwa mujaddid hendaklah diisi dengan keikhlasan bukan kesombongan. Akhlak
Salaf al-Salih perlu menjadi pedoman jiwa yang
sedang membara semangat dakwah.
Jauhi Kesombongan...
Benci Keeogoan...
Sepak saja sifat Hidung Tinggi...
-biar mereka melayang jauh-jauh-

1 Komen:

Hello. This post is likeable, and your blog is very interesting, congratulations :-). I will add in my blogroll =). If possible gives a last there on my site, it is about the CresceNet, I hope you enjoy. The address is http://www.provedorcrescenet.com . A hug.

Catat Ulasan

Pada pendapat anda?

Perjalanan

Tembusi Petra, Jordan Slideshow: BenTaleb’s trip was created by TripAdvisor. Create a free slideshow with music from your travel photos.
Sabda Baginda SAW ; "Ketahuilah ia (Dajjal) berada di laut Syam atau laut Yaman.. akan datang dari arah timur (lalu menunjukkan dengan tangan baginda).."[Riwayat Muslim]. Daripada Abi Bakr al-Siddiq r.a, sabda Baginda SAW, "Dajjal akan muncul ke bumi dari arah timur bernama KHURASAN." [Riwayat al-Tirmizi]. Daripada Anas bin Malik r.a, sabda Baginda SAW, "Dajjal akan keluar dari kota Yahudi ISFAHAN (Khurasan, IRAN) bersama 70,000 penduduk ISFAHAN". [Fath al-Rabbani Tartib Musnad Ahmad. Ibn Hajar berkata : "Sahih"]. Ibn Kathir berkata, Dajal pada mulanya akan muncul dari ISFAHAN dari sebuah kota Yahudi [al-Nihayah fi al-Fitan wa al-Malahim]. ISFAHAN adalah sebuah bandar terbesar YAHUDI di Iran dan pusat loji nuklear Iran pada masa kini.