JTR mengalu-alukan tuan puan untuk membaca tulisan dalam blog ini bagi manfaat tuan puan
Photobucket

Khamis, 4 Oktober 2007

Wahai Shabab al-Sunnah; Jangan Mudah Terlepas Cakap...

Posted by Abu Hannan On 6:54:00 PTG No comments



Salam Sejahtera Kalian ana ucapkan..

Ketika ramai manusia yang bergelar muslim sedang rosak hasil dari gelombang dhalal yang menampar kesahihan al-Din, alhamdulillah kita diselamatkan dari bahana tersebut. Itulah satu perkara yang Allah menunjukkan kepada kita bahawa kita adalah termasuk dalam golongan kekasihnya. Sebab itu, pada ketika mana pun, rasa syukur itu wajib kita lafaz dan realize dalam bentuk beribadatan kepada Allah. Dan Alhamdulillah kita sedang berada di pertengahan Ramadhan yang mana Allah telah memberikan kepada umatnya satu masa untuk kembali kepada fitrah semula jadi manusia. Walaupun kita di pertengahan ramadhan, jangan kita tertipu tentang satu hadith yang mengatakan "Awalnya Rahmat pertengahannya berkat akhirnya Maghfirah..." kerana ini merupakan hadith yang maudhu'. Inilah satu perkara yang ana rasa golongan ahli sunnah selalu terlepas pandang lalu bertebarlah hadith-hadith seperti ini di masjid-masjid dan di surau-surau.




Sebab itu penulis memilih title artikel ini sebagai yang tersebut. Apa pun wahai sahabat sidang pembaca sekalian, kita sering menggelar diri kita sebagai golongan Ahli Sunnah wal Jamaah. Bile ditanya sahaja pada sesiapa yang di Malaysia ni, mereka berpegang pada pada aqidah apa, lantas dengan cepat mengatakan AKU AHLI SUNNAH WAL JAMAAH. Apa bukti disebalik pengakuan anda itu? Syiah yang sedang membiak di Malaysia ini pun mengaku Ahli Sunnah kononnya untuk menarik pengikut. Bertaqiyyah dengan gembiranya kerana dianggap tidak beriman sesiapa yang tidak bertaqiyyah. Inilah Pegangan syiah. Maaf kerana penulis merupakan antara yang tidak menyukai paham sesat syiah itu. Tetiba sahaja terlintas di fikiran penulis untuk menulis mengenai kejahatan akidah Syiah. Tadi, sebelum penulis meneruskan tulisan penulis terbaca di satu sudut Masjid Kampung Laut satu Poster tanda-tanda qiamat dan salah satunya ada yang berkaitan dengan syiah iaitu; ada golongan akhir yang akan mengutuk tanpa rasa hormat sedikit pun golongan terdahulu tidak kira Rasulullah, Sahabat mahupun Tabiin. Berdasar perkara tersebut, sudah jelas kepada kita bahawa Syiahlah golongan yang mencerca sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w dengan sewenang-wenangnya kecuali sesiapa yang mereka anggap ahlu al-bait. Ibunda kita Aisyah RA dilabelkan sebagai penzina! Omar dan Abu Bakar sebagai Thagut dan sebagainya. Inilah pegangan mereka sehingga sekarang. " Rasulullah telah menjanjikan qurun terbaik adalah qurun para Sahabat, Tabi'in & Tabi' Tabi'in didalam satu hadis yang sahih. Penulis sengaja memasukkan perasaan penulis ketika menulis. Apa pun Iman yang utama bukan Emosi.(maaf kerana Lari tajuk)




Terlepas cakap atau sengaja lepas cakap satu perkara yang perlu dipandang serius terutama di dalam perkara yang bertunjangkan dalil dan fakta. Kesahihan sesuatu perkara amat dititik beratkan di dalam Islam. Kerana itu adanya pelajaran sekarang kita pelajari dan mesti pelajari iaitu umpamanya; Ulum al-Hadith dan sebagainya. Ini kerana kita diajar untuk menilai seseorang perawi berdasarkan kreteria yang di syaratkan. Ini secara tidak langsung mengajar kita untuk menilai fakta dan dalil agar ianya sahih dan bersih dari tokok tambah. Penulis agak kesal sedikit mata pelajaran Ulum al-Hadith hanya diajar hanya untuk satu semester. Apa pun penulis bersyukur dapat memahami serba sedikit mengenainya. Berbalik kepada isi di atas, sememangnya Islam menilai sesuatu berdasarkan fakta serta dalil-dalil yang sahih.




Kita cukup risau apabila adanya pencipta kata-kata yang menyandarkan kata-katanya kepada Rasulullah. Ini sebenarnya merupakan satu jenayah ilmiah yang perlu dianggap sangat berat. Apa rasanya seseorang apabila nama bapa atau ibunya dijaja di pasar-pasar pada hal ianya bukan kata-kata mereka? tentu sekali kemarahan akan memuncak di benak hatinya. Apatah lagi Nabi s.a.w. Nabi ade Bersabda di dalam satu Hadis Mutawatir yang telah diriwayatkan lebih 70 orang sahabat iaitu " Sesiapa yang menipu di atas nama ku, maka tersedialah satu tempat untuknya di dalam neraka". Hanya orang-orang yang beriman sahaja yang akan gerun apabila mendengar hadis ini.




Atas sebab mulut kita yang mengaku ahli Sunnah ini mudah sangat untuk mengucapkan sesuatulah, maka tersebarlah hadis-hadis dhaif dan palsu ini. Perlu di tanya dan semak balik dalam kamus hati kita disertai kamus umala' muktabar Ahli Sunnah, siapakah golongan Ahli Sunnah yang sebenarnya?!.. Penulis tidak mahu menulis jawapannya dengan terperinci kerana dikhuatiri menimbulkan sensitiviti mana-mana pihak. Apa pun penulis suka untuk mengatakan disini bahawa Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah golongan yang hanya berpegang teguh dengan Sunnah Rasulullah dan bukannya menggunakan hadis-hadis dhaif dan palsu.




Akhir kalam, marilah sama-sama khasnya untuk warga Nilam Puri KIAS & UM untuk sama-sama kita hidupkan suasana "NO DALIL NO TALK". Barulah Bumi sumpahan ini menampakkan kesuburannya. Barulah Suasana ilmu itu wujud di bumi ini dan secara tidak langsung masyarakat disekeliling menunjukkan kemajuan hasil daripada tempias dek kerana kewujudan suasana ini. Ingat, kita bukan orang kampung yang tidak suka membaca dan mengkaji dan hanya menerima bulat-bulat ceramah USTAZ2 di masjid. Jadilah Mahasiswa yang bergelar Mahasiswa dalam ertikata sebenar, menilai dan mengkaji kesahihan dalil mahupun fakta.


wassalam...








0 Komen:

Catat Ulasan

Pada pendapat anda?

Perjalanan

Tembusi Petra, Jordan Slideshow: BenTaleb’s trip was created by TripAdvisor. Create a free slideshow with music from your travel photos.
Sabda Baginda SAW ; "Ketahuilah ia (Dajjal) berada di laut Syam atau laut Yaman.. akan datang dari arah timur (lalu menunjukkan dengan tangan baginda).."[Riwayat Muslim]. Daripada Abi Bakr al-Siddiq r.a, sabda Baginda SAW, "Dajjal akan muncul ke bumi dari arah timur bernama KHURASAN." [Riwayat al-Tirmizi]. Daripada Anas bin Malik r.a, sabda Baginda SAW, "Dajjal akan keluar dari kota Yahudi ISFAHAN (Khurasan, IRAN) bersama 70,000 penduduk ISFAHAN". [Fath al-Rabbani Tartib Musnad Ahmad. Ibn Hajar berkata : "Sahih"]. Ibn Kathir berkata, Dajal pada mulanya akan muncul dari ISFAHAN dari sebuah kota Yahudi [al-Nihayah fi al-Fitan wa al-Malahim]. ISFAHAN adalah sebuah bandar terbesar YAHUDI di Iran dan pusat loji nuklear Iran pada masa kini.