JTR mengalu-alukan tuan puan untuk membaca tulisan dalam blog ini bagi manfaat tuan puan
Photobucket

Isnin, 1 Oktober 2007

Surat Terbuka Kepada Masjid Syed Alwee Batu Anam Segamat

Posted by Abu Hannan On 10:47:00 PTG No comments

Assalamualaikum w.t.b, saya hamba Allah yang menetap secara bermastautin di mukim Buluh Kasap iaitu di Pekan Batu Anam. Saya juga merupakan wakil kepada ahli qaryah Masjid Syed Alwee. Tujuan saya menulis surat ini adalah kerana terdapat beberapa perkara yang saya fikirkan perlu kepada pembaharuan dan pembetulan dalam pentadbiran masjid ini. Ini dibuat juga kerana berdasarkan satu firman Allah yang bermaksud : “Dan Hanya yang layak memakmurkan masjid-masjid Allah adalah orang yang beramal soleh dan beriman kepada hari akhirat”. Terdapat beberapa teguran dan cadangan yang ingin saya lemparkan kepada pihak pentadbir masjid dalam memantapkan lagi institusi masjid yang diredhai oleh Allah s.w.t. Saya membuat teguran ini adalah diatas dasar al-din al-nasihah (agama itu nasihat) dan atas dasar ingin membantu dalam memakmurkan masjid Allah.

Teguran pertama saya adalah; mengenai azan yang tepat pada waktunya. Sejak masjid ini siap dibina, perubahan hanya dapat dilihat pada reka bentuk dan corak yang cantik pada masjid tersebut. Tetapi apa yang menghampakan saya ialah pembangunan dari sudut spiritual masih ditahap yang amat-amat menyedihkan. Azan yang dilaungkan adakala tepat pada masanya dan adakalanya tidak kedengaran langsung. Perkara ini amat menyedihkan sekali bagi saya. Kemana perginya bilal yang dilantik? Adakala apabila muazzin melaungkan azan, bukan hanya suara muazzin yang sepatutnya azan malah pelbagai jenis suara yang mengalunkan azan. Saya bukan tidak bersetuju dengan memberi peluang kepada ahli qaryah untuk azan malah didalam sebuah hadis rasulullah s.a.w., nabi ada bersabda yang bermaksud; “ rebutlah dua perkara iaitu azan dan saf hadapan” . akan tetapi masjid Syed Alwi merupakan masjid Jame’ sepatutnya membuat satu organisasi yang tegas dan mantap supaya dapat melantik muazzin yang betul-betul boleh memberi tumpuan dalam bidangnya.

Teguran saya yang kedua adalah masalah Imam solat; ini merupakan perkara yang lebih menyedihkan saya sebagai seorang ahli qaryah masjid ini. Imam masjid yang dilantik untuk mengimamkan setiap solat seringkali tidak kelihatan untuk mengimamkan solat berjamaah, dan adakalanya saya datang untuk solat asar, hanya saya seorang yang bersembahyang. Apakah ini masjid atau musalla? Ini perkara yang saya kira teramat penting sekali untuk membuat teguran dan sangat mengharapkan satu perubahan. Saya juga berasa malu apabila ada saudara yang bermusafir datang untuk singgah bersolat bertanyakan masjid ini mempunyai imam atau tidak? Saya hanya boleh tersenyum malu. Adakalanya individu yang secara sukarela menjadi imam terlalu laju dalam solat, bacaannya tidak menepati tajwid dan pakaian mereka bukan pakaian seorang imam. Ini cukup memalukan apabila saya cuba membandingkan dengan masjid-masjid yang lain. Harapan saya adalah pihak AJK masjid wajib melantik imam yang baru dan betul-betul berkebolehan dalam tugas yang diberikan sebagai imam. Berkebolehan dalam erti kata menepati masa, fasih membaca al-quran, tajwid di jaga dan berilmu pengetahuan yang luas dalam bidang agama islam.

Teguran saya yang ketiga adalah bacaan khutbah yang hambar; sebagai organisasi yang memajukan institusi masjid, pihak masjid hendaklah memastikan jemaah yang hadir untuk mendengar khutbah dan solat jumaat betul- betul mendengar dan menumpukan tumpuan kepada khatib yang sedang berkhutbah. Tetapi apa yang saya lihat menyebabkan jemaah mengantuk dan tidak datang untuk bersolat jumaat adalah pemberi khutbah hambar sekali. Saya harap teguran ini diterima dengan hati yang terbuka. Untuk mengelakkan jemaah tidur dan sebagainya, khatib hendaklah membaca khutbah dengan fasih, lancar dan intonasi suara yang memberi tarikan kepada pendengar untuk mendengar. Ini secara langsung memberi kefahaman kepada para jemaah mengenai mesej yang ingin disampaikan.

Teguran saya yang keempat dan mungkin yang terakhir adalah kelas-kelas pengajian atau kuliah di masjid; memandangkan sejarah tamadun islam dan dakwah yang disampaikan oleh rasulullah s.a.w disampaikan bertumpu kepada masjid, masjid telah dipandang sebagai pusat penyebaran ilmu yang terunggul sehingga diingat sebagai sejarah sehingga sekarang. Tetapi adakah kita telah menjadikan masjid ini sebagai pusat penyebaran ilmu yang sepatutnya? Sangat memalukan apabila masjid yang besar tidak terdapat majlis-majlis ilmu didalamnya. Ini saya rasa amat dan teramat diperlukan kerana masyarakat sangat hauskan ilmu dan semakin jauh dari agama. Dan sekiranya diadakan kuliah-kuliah saya berharap agar perbanyakan kuliah yang berkisar mengenai Aqidah Islam dahulu barulah diikuti dengan ulum al-Quran, Hadis, Feqah dan sebagainya. Cadangan saya juga supaya diadakan kelas-kelas pengajian al-Quran untuk kanak-kanak dan diadakan kelas-kelas tuisyen seperti sains, matematik, fizik dan sebagainya sebagai satu langkah untuk menarik minat golongan belia remaja dalam mendekati masjid. Cadangan saya untuk membuat kelas tuisyen dalam matapelajaran yang disebutkan diharap dapat dilihat secara positif. Ini kerana kita sebagai seorang yang beragama islam seharusnya tidak menyempitkan akal fikiran kita untuk tidak meletakkan ilmu sains dan teknologi ini sebagai satu sektor dalam ilmu-ilmu agama. Sekiranya ini berlaku, ini merupakan satu perkara yang amat merugikan kita sebagai umat islam yang mana telah banyak melahirkan ulama’ yang mampu dalam bidang agama malah professional dalam bidang matematik, sains, fizik dan sebagainya. Secara tidak langsung, kita telah mensekularkan institusi masjid kerana telah membezakan ilmu kepada agama dan dunia.

Itulah saya rasa sedikit teguran yang membina kepada pihak pentadbir masjid dalam memajukan pembangunan dari segi spiritual dan bukan hanya kepada fizikal atau luaran masjid sahaja. Saya berharap agar surat yang ditulis ini dapat memberi sedikit sebanyak sumbangan dalam memajukan institusi masjid dan dapat memberi impak yang positif agar masjid menjadi tumpuan penduduk kampung selain balai raya dan sebagainya. Teguran yang disertakan dengan cadangan ini diharap dapat menjadi satu titik tolak dalam memberi pembaharuan kepada masjid yang dicintai ini. Sekian dari saya, wassalam…

0 Komen:

Catat Ulasan

Pada pendapat anda?

Perjalanan

Tembusi Petra, Jordan Slideshow: BenTaleb’s trip was created by TripAdvisor. Create a free slideshow with music from your travel photos.
Sabda Baginda SAW ; "Ketahuilah ia (Dajjal) berada di laut Syam atau laut Yaman.. akan datang dari arah timur (lalu menunjukkan dengan tangan baginda).."[Riwayat Muslim]. Daripada Abi Bakr al-Siddiq r.a, sabda Baginda SAW, "Dajjal akan muncul ke bumi dari arah timur bernama KHURASAN." [Riwayat al-Tirmizi]. Daripada Anas bin Malik r.a, sabda Baginda SAW, "Dajjal akan keluar dari kota Yahudi ISFAHAN (Khurasan, IRAN) bersama 70,000 penduduk ISFAHAN". [Fath al-Rabbani Tartib Musnad Ahmad. Ibn Hajar berkata : "Sahih"]. Ibn Kathir berkata, Dajal pada mulanya akan muncul dari ISFAHAN dari sebuah kota Yahudi [al-Nihayah fi al-Fitan wa al-Malahim]. ISFAHAN adalah sebuah bandar terbesar YAHUDI di Iran dan pusat loji nuklear Iran pada masa kini.