Assalamualaikum sahabat sidang pembaca yang amat dicintai sekailan. Ana mengharapkan agar antum yang membaca tulisan ini dapat bersama-sama kita berganding bahu dalam menjayakan agenda teragong yang diwarisi oleh Rasulullah s.a.w kepada kita untuk kita sampaikan kepada sahabat sahabat kita yang lain. Andainya mungkin terdapat susunan kata-kata yang mungkin tersilap, ana dahului dengan jutaan kemaafan dan ingatlah sahabat sekalian bahawa "buruk dan baik it hanya dari Allah yang Maha Berkuasa keatas sesuatu.
Dalam kita mengharungi kehidupan yang semakin hari semakin dekat kita kepada-Nya (mati), mungkin ada beberapa perkara yang kita mungkin terleka atau terlepas pandang kepada sesuatu perkara yang dirasakan ianya amat penting untuk diikuti. ana sendiri baru sahaja menyedari bahawa banyak perkara yang kita sendiri terlepas pandang walaupun dalam perkara-perkara kecil atau asas. Tapi apakan daya kita hamba yang serba dhaif dan lemah di sisi Rabbnya yang Maha Agong tidak dapat untuk memberi hidayah walaupun sekecil kuman kepada sahabat kita. Jadi dengan itu, jangan pula kita lupa untuk meneruskan tugas kita sebagai Da'ie berdakwah kepada sahabat kita lebih-lebih lagi kepada kaum keluarga kita.
Kita semua sedia maklum bahawa perkara pertama sekali yang akan dihisab oleh Allah S.W.T ialah amalan kita iaitu Solat. Semua orang maklum akan perkara ini malah jika di tanya kepada adik-adik kita yang masih di bangku tadika, mereka sudah tahu menjawab perkara tersebut. Amat malulah sesiapa yang tidak mengetahui hakikat ini. Tetapi bagi ana, lebih memalukan kita apabila apa yang kita kerjakan selama ini hanya sia-sia sahaja dan dan tidak dipandang oleh Allah sebagai amalan yang digredkan sebagai betul atau 'A'. seperti contoh seseorang disuruh untuk menyiapkan makanan untuk bapanya dan lauk yang diminta oleh bapanya ialah Asam pedas melaka. maka orang tersebut membuatnya dengan penuh bersungguh dengan ditambah lagi dengan KEIKHLASAN kerana dia melakukan untuk ayahnya. Tetapi asam pedas yang dibuat tadi tidak mengikut cara-cara membuat dengan betul. lalu asam pedas itu dimakan oleh bapanya seraya meludahkan kerana tidak menepati cita rasa asam pedas yang sebenar. Dia pun tergamam lalu malu dengan bapanya. Itu adalah contoh malu baru dengan seorang ayah, apatah lagi dengan Khaliq kita. fikir-fikirkan lah...
Sesungguhnya Keikhlasan masih lagi tidak dapat membantu kita sama ada sesuatu amalan itu diterima oleh Allah atau tidak. Jika ikhlas itu semata-mata yang membantu amalan kita diterima nescaya sami-sami yang melakukan amalannya secara ikhlas dapat diterima oleh Allah. Maka yang amat penting dalam menilai amalan kita diterima atau tidak ialah adakah amalan itu melepasi suatu lapangan iaitu Ittiba' al-Sunnah?. Inilah perkara yang kita sering terlepas pandang dan kadang-kadang tidak menyedari langsung. Na'uzu biLlah Min Zalik.. Semuanya perlu kembali kepada al-Quran dan al-Sunnah Rasul-Nya...
Jadi, ambillah perkara ini untuk ditempatkan ditempat kita letakkan perkara yang amat dirisaukan dalam diri kita. agar dengan tulisan yang tidak seberapa ini dapat sedikit sebanyak memberi kepada kita ransangan untuk kita lebih beramal dengan mengikut Sunnah yang sahih serta dapat menyedarkan kita tentang perkara yang kita anggap remeh ini.
sekian, Terima Kasih..

0 Komen:
Catat Ulasan
Pada pendapat anda?