Assalamualaikum. Tiba-tiba sahaja petang aku sampai di KIAS tempat aku menyingkap tirai ilmu di bumi bertuah ini (Kelantan), datang satu ilham melintas benak fikiran ku tentang seorang tokoh yang yang tidak asing lagi dalam dunia penulisan. Bukan hanya pada dunia penulisan, tetapi beliau merupakan manusia yang saya fikir mahukan kehidupan seharian kehidupan muslim meniti di titian yang diiktiraf Allah dan Rasul-Nya.
Lihat sahaja anak-anaknya yang sudah bergelar Dr, aku mula terfikir, seorang penulis tidak semestinya sibuk dengan pena tetapi keseimbangan melayan masa yang sombong untuk melakar tulisan di akhlak anak-anaknya sehingga anak-anaknya terdidik dan keluar sebagai "malaikat" bukan "Syaitan". Sikapnya yang ingin melihat golongan muda menulis amat tinggi ku rasakan kerana setiap ucapannya tidak tertinggal semangat yang diterbangkan kepada pendengar muda seperti aku untuk terus menulis.
Melihat sahaja kepada kesungguhannya menulis sedari umurnya 15 tahun, aku mula resah kerana ada manusia yang telah jauh meninggalkan ku dalam mencipta lembaran sejarah diri sendiri. Rasa cemburu aku mula menyelinap tatkala mendengar ucapan seminarnya ketika berucap di Dewan Utama KIAS ketika beliau mengatakan beliau telah mula menulis sejak dari muda lagi. Sanggup ke mana sahaja kerana menanggung minat yang mendalam. Mendengar jawapannya apabila ditanya bagaimana beliau mendidik anak-anaknya sehingga menjadi manusia yang bergelar Dr, hanya dengan menyuruh membawa buku untuk dibaca apabila hendak kemana-mana destinasi. Inilah aku rasakan satu kesungguhan seorang bapa dalam melihat anak-anaknya berjaya.
Walaupun sudah menjangkau ke umur tua, beliau masih lagi sibuk untuk menulis buku dan menterjemah kitab. Bagi aku, ini satu perkara yang amat memalukan sekiranya anak muda tidak rasa tercabar dengan semangat yang terkandung ditubuhnya. Satu susunan ayat yang membawa aku ke dunia penulisan kecil-kecilan adalah " Orang yang memberi kuliah mungkin pendengarnya akan lupa akan isinya tetapi orang yang menulis pembacanya akan dapat menikmati ilmu walau setelah ia mati". Inilah kalimah keramat dan cecair paling mujarab yang tertusuk kedalam badanku untuk menulis dan menulis. Sambil beliau melafazkan kata-kata itu, aku melihat air matanya mengalir kerana mungkin dia memikirkan bahawa jangka hayatnya sudah ke peringkat akhir. Apa pun itulah satu kalimah yang aku tampal dalam kepala ini agar ia menjadi suntikan keramat dalam menjayakan usaha dakwah melalui penulisan. Terima kasih Ustaz Abdullah al-Qari bin Hj Salleh A.Q.H.A.S.
0 Komen:
Catat Ulasan
Pada pendapat anda?