JTR mengalu-alukan tuan puan untuk membaca tulisan dalam blog ini bagi manfaat tuan puan
Photobucket

Rabu, 31 Oktober 2007

Jubah, Serban; Kekeliruan & Salah Faham...

Posted by Abu Hannan On 5:44:00 PTG No comments

Assalamualaikum,
Mungkin sidang pembaca yang setia dengan blog ini akan tertunggu-tunggu apa sebenarnya persoalan yang berkisar kepada tajuk di atas. Sebenarnya penulis tidaklah mempunyai niat untuk mencela atau menghina mana-mana pihak, apa pun mohon dan maaf penulis dahulukan sekiranya terdapat kata-kata penulis yang kontroversi atau mengganggu sensitiviti mana-mana pihak. Mungkin tajuk kali ini akan menimbulkan sedikit kontradiksi di antara puak-puak yang berada di Malaysia ini. Bagi penulis, perkara seperti ini perlu kita hayati bersama supaya kualiti Islam itu kekal jitu dan tulen.
Jubah dan Serban, selain itu Tali Tasbih dan serban yang diletak diatas bahu, merupakan satu gambaran apabila kita memperkatakan mengenai golongan ustaz, ulama dan yang sesiapa yang berkaitan dengan agama. Mungkin inilah kostum bagi golongan di atas yang sekiranya ia dipandang dari kaca mata orang awam. Penulis juga satu ketika dahulu amat mengangungkan golongan yang berjubah dan berserban. Alhamdulillah penulis telah pun bersedia untuk menangkis segala bentuk propaganda yang datang dari golongan ini. Apa pun tidak semua orang yang berjubah dan berserban itu berpropaganda dan menjaja agama disebabkan pakaiannya, mungkin mereka memakai kerana ittiba' mereka kepada Rasulullah selain mengamal semua perkara yang bersabit dari Rasulullah s.a.w dari semua aspek kehidupan pengamalan dan peribadatan serta Aqidah.

Apa yang mengelirukan masyarakat ialah terdapat golongan yang memakai kostum ini merupakan yang termaksum selepas nabi. Ini mungkin disebabkan kerana JUBAH & SERBAN nya. Wahai masyarakat sekalian sedarlah kita bahawa jubah dan yang sewaktunya itu hanyalah arabic culture sahaja. Ingatlah bahawa imam-imam syiah juga berpakaian seperti itu. Mubaligh Kristian pun berjubah. Persoalannya, adakah pakaian yang dipandang untuk mengetahui keilmuan seseorang.

Ulama' Ahlu al-Sunnah kebanyakannya ada yang menaqalkan bahawa jubah dan seangkatan dengannya hanyalah sunnah adat dan bukan sunnah yang dituntut. Tetapi Islam tidak menghalang pakaian tersebut selagi ianya selari dengan kehendak Islam itu sendiri. Apa yang dituntut Rasulullah ialah mengikut sunnahnya dari sudut Aqidah, Pengibadatan, Akhlaq dan bukannya pakaian. Ini amat bercanggah dengan apa yang disibuk-sibukkan oleh masyarakat Islam di Malaysia khususnya. Hanya melihat sunnah dari sudut fizikal sahaja sudah cukup untuk memperlihatkan bahawa seseorang itu cukup tinggi ilmunya. Janganlah mudah berteriak wahai umat. Berhati-hatilah dalam mencari guru.

Jubah dan yang berkaitan dengannya bukanlah kriteria untuk melihat seseorang itu 'Alim dan penuh ilmu didada. Tetapi kriteria utama ialah ilmu dan cara pengamalan agamanya selari dengan kehendak al-Quran & al-Sunnah yang sahih. Bukannya apabila seseorang itu memegang tasbih (yang sememangnya bukan sunnah), kita mengangkatnya dengan gelaran Ulama'. Penulis teringat satu kisah al-Imam al-Syafie yang diceritakan oleh Prof. Mahmud Zuhdi ketika menghadiri Seminar Tajdid anjuran Kerajaan Negeri Perlis di Masjid Wilayah, Imam Syafie yang menjadi Imam kepada sebilangan besar masyarakat Islam global bukanlah sepertimana yang digambarkan. Gambaran yang diberikan oleh masyarakat adalah sangat konservatif iaitu dengan berjubah, berserban besar, ditangannya ada tali tasbih dan sebagainya. Ini merupakan satu tanggapan yang salah terhadap Imam al-Syafie.

Pernah suatu hari Imam Syafie dijemput untuk menghadiri satu majlis di rumah salah seorang penduduk di kawasannya, keesokannya Imam Syafie pergi menghadirkan diri ke majlis tersebut. Setelah selesai Imam Syafie terus pulang. Keesokan harinya tuan rumah yang menjemputnya kerumah bertanya kepada Imam al-Syafie " adakah engkau menghadiri majlisku semalam?", lalu Imam Syafie menjawab, "Ya". "Aku tidak melihat engkau ketika majlis itu" jawab lelaki itu. Sememangnya cerita itu memberi gambaran bahawa Imam Syafie yang merupakan tokoh di saantero dunia juga tidak jumud dalam soal pemakaian sehingga orang tidak mengenalinya apabila berpakaian selain jubah ketika mengidiri majlis itu.

Kesimpulannya, Masyarakat, bukalah mata dan suluhlah dengan suluhan ilmu dan Iman. Arab ke disko juga berjubah, ke stadium juga pun berjubah, berfoya-foya juga berjubah. Sampai sahaja di Malaysia, Golongan yang berjubah telah bertukar statusnya kepada ULAMA'. Perbetulkan pemahaman kita dan mencermin seseorang kerana silap langkah, kuta akan tersesat dek kerana si pemakai Jubah dan Serban itu.

0 Komen:

Catat Ulasan

Pada pendapat anda?

Perjalanan

Tembusi Petra, Jordan Slideshow: BenTaleb’s trip was created by TripAdvisor. Create a free slideshow with music from your travel photos.
Sabda Baginda SAW ; "Ketahuilah ia (Dajjal) berada di laut Syam atau laut Yaman.. akan datang dari arah timur (lalu menunjukkan dengan tangan baginda).."[Riwayat Muslim]. Daripada Abi Bakr al-Siddiq r.a, sabda Baginda SAW, "Dajjal akan muncul ke bumi dari arah timur bernama KHURASAN." [Riwayat al-Tirmizi]. Daripada Anas bin Malik r.a, sabda Baginda SAW, "Dajjal akan keluar dari kota Yahudi ISFAHAN (Khurasan, IRAN) bersama 70,000 penduduk ISFAHAN". [Fath al-Rabbani Tartib Musnad Ahmad. Ibn Hajar berkata : "Sahih"]. Ibn Kathir berkata, Dajal pada mulanya akan muncul dari ISFAHAN dari sebuah kota Yahudi [al-Nihayah fi al-Fitan wa al-Malahim]. ISFAHAN adalah sebuah bandar terbesar YAHUDI di Iran dan pusat loji nuklear Iran pada masa kini.