
Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada sidang pembaca sekalian. Yang terus membaca, teruskanlah membaca. Semoga dengan banyaknya bacaan anda semua, Allah mengurniakan kepada kita kecerdikan dan pengetahuan yang luas.
Sejak dahulu lagi kita sering terbaca di dada-dada akhbar, kedengaran dicorong-corong radio, menguasai masa-masa berita terutama pada jam lapan di kaca-kaca televisyen membicarakan mengenai kes-kes salah laku yang melibatkan semua peringkat umur sehinggakan ada diantara kita yang memandang perkara ini bukan lagi satu masalah yang perlukan perhatian yang sangat prihatin

Tiadanya penjagaan diri dari aspek adab sehinggalah kepada ikhtilat atau lebih kita faham sebagai pergaulan diantara lelaki dan wanita, ketidak endahan masyarakat terutama ibu dan bapa terhadap anak-anak dan pelbagai lagi sebab musabab menjadi penyebab berlakunya perkara yang tidak diingini ini.
Punca berlakunya kes-kes salah laku ini sebenarnya berasal usulkan dari ikhtilat yang berleluasa dikalangan masyarakat, dari segenap umur dan sebagainya. Bermula dari dalam rumah sehinggalah di tempat kerja, di sekolah-sekolah sama ada berorientasikan agama atau tidak dan bermacam jenis situasi lagi ikhtilat ini boleh berlaku.

Atas rasa kesungguhan kami terhadap masalah ikhtlat ini maka kami di Risalah Syariah pada keluaran ini akan cuba menyingkap dengan lebih terfokus kepada bab yang berhubungkait dengan masalah ikhtilat ini dengan secara yang terperinci. Hal ini kerana perkara ini amat pentung untuk diketengahkan dan juga berkait rapat

Jika ini terjadi, maka tidak kisahlah bahawa keruntuhan akhlak akan berlaku. Dan kita jangan asyik marah dan menuding jari hanya kepada golongan belia tetapi juga kepada yang bergelar ibubapa, ustaz ustazah untuk bermuhasabah semula adakah kita benar-benar telah mendidik anak-anak dan pelajar kita.Akhir kalam dari saya, pandanglah perkara ini sebagai satu bebanan kepada kita yang perlu diselesaikan dengan penuh ilmiah dan praktikal. Bukan hanya berceramah sahaja tanpa ada resolusi yang dibuat. Sekian, wassalam. ®
0 Komen:
Catat Ulasan
Pada pendapat anda?