JTR mengalu-alukan tuan puan untuk membaca tulisan dalam blog ini bagi manfaat tuan puan
Photobucket

Jumaat, 29 Oktober 2010

Abu Hanifah; Imam Di Hati Rakyat

Posted by Abu Hannan On 4:48:00 PG 2 comments




Al-Nu'man bin Zauthi al-taimi adalah salah seorang ulama' yang lahir sekitar tahun 80 Hijrah. Dilahirkan di Kufah yang kita kenal ia sebagai salah satu dari wilayah yang terdapat di Iraq. 
 Gelaran beliau adalah Abu hanifah. Kenapa ia digelar sedemikian? Ini kerana beliau kerap menulis dan pena ditangannya sukar untuk bebas dari pegangannya. Pena dalam bahasa Iraq disebut sebagai HANIFAH. Oleh yang demikian, sejak hari itu sehingga kini, kita lebih dominan mengenalinya dengan nama Abu Hanifah dari nama asalnya.


Abu Hanifah mempunyai ciri-ciri dan perwakan yang sangat ideal selain beliau seorang yang tampan, ramah dan sangat dekat walaupun dengan mereka-mereka yang masih diperingkat awal pengenalan. Bila ada sahaja siapa yang melalui hadapan rumahnya, Imam Abu Hanifah sering mengajak mereka bertandang ke rumah semata-mata untuk beramah mesra dengan mereka. Inilah dia seorang Imam yang sifatnya sangat disukai dan dekat dengan rakyat marhean. Beliau tidak pernah menunjukkan rasa bosan.
"Aku sangat suka kalau kalian datang lagi ke rumah aku bila-bila sahaja yang kalian mahu", inilah ucapan apabila tetamu yang hadir bertandang ke rumah meminta izin untuk pulang. Sangat mesra sifat beliau.
Beliau juga antara individu yang sangat suka bersedakah. Formula sedekah beliau mungkin sebahagian besar dari kita belum pernah dengar. Jika anda ingin tahu, Jom kita lihat formula sedekah beliau. Jika beliau mempunyai sejumlah wang dinar untuk dibelanjakan bagi keperluan keluarga, dengan jumlah itu jugalah beliau akan menyedekahkan untuk mereka yang memerlukan.  
Selain kecerdasannya dalam memahami ilmu-ilmu syar’i, beliau juga dikenali sebagai seorang yang tegas dalam hal memilih dan mengambil hadith rujukan. Beliau hanya mahu mengambil hadith sahih yang diriwayatkan dari para sahabat, dan tidak mahu jika diriwayatkan dari para tabi’in.
Hal lain yang sangat menonjol berkenaan Imam Abu Hanifah adalah kekuatannya dalam ibadah solat. Hampir setiap orang yang pernah dekat dengan beliau selalu mempunyai pemerhatian dan jawapan  yang sama. Biasanya Imam Abu Hanifah akan menjaga wudhu'nya. Jika wudhu'nya diambil pada solat Isya', ianya akan bertahan sehingga ke solat Subuh  Sepanjang waktu antara Isya dan waktu sahur, aktivitinya ialah bermunajat dan bersolat selain menulis tulisan beliau berkenaan dengan segala permasalahan agama. Beliau hanya tidur sebentar di antara waktu Zuhur dan Asar.
Kecintaan beliau di dalam beribadah telah dibuktikan sendiri oleh ahli keluarganya sehingga beliau dikatakan melakukan perkara itu selama lebih 40 tahun. Beliau sangat menggemari surah al-Qamar dalam bacaan solatnya. Hingga pada ayat ke 46 yang berbunyi yang ertinya: "Sebenarnya hari Kiamat itulah hari yang dijanjikan kepada mereka dan Kiamat itu lebih dahsyat dan lebih pahit, beliau pun menangis "
Imam Abu Hanifah sangat berhati-hati dalam soal harta benda. Suatu hari ketika mana ia menghadiahkan sehelai baju kepada rakannya, beliau memberitahu temannya kalau-kalau ada pada sebahagian tempat pada baju itu mempunyai sedikit kerosakan. Dan jika waktu-waktu baju itu akan dijual oleh temannya, sang Imam meminta kepada temannya itu untuk menyampaikan cacat di baju itu kepada si pembeli.
Namun, kerana mempunyai beberapa hal, teman Imam Abu Hanifah akhirnya memang benar-benar menjual baju tersebut. Sayangnya, ia lupa untuk menyampaikan pesan yang pernah disampaikan Imam Abu Hanifah berkenaan baju tersebut.
”Apakah engkau kenal siapa yang membeli baju itu?” ujar Imam kepada temannya. ”Aku tidak kenal, dan aku lupa ciri-ciri orang yang membeli baju itu,” jawab sang teman seadanya.
Untuk menebus kesilapan itu, Imam Abu Hanifah terus bersedekah sejumlah harga baju yang beliau hadiahkan kepada temannya itu.
Imam Abu Hanifah, seperti para ulama lain di zamannya, kerap menolak dengan tegas tawaran jawatan yang diberikan oleh para penguasa-penguasa khalifah pada waktu itu.
Pada masa Khalifah Al-Mansur memengang tampuk pemerintahan, Imam Abu Hanifah ditawar memengang jawatan hakim tertinggi. Ia menolak dengan alasan ketidakmampuan dirinya dengan jawatan tinggi itu. Penolakan itu menjadikan khalifah marah. Dan hasil dari kemarahan terbut, Imam Abu Hanifah pun dipenjara.
Imam Abu Hanifah bukan sekadar dipenjara, tetapi juga diseksa. Sepertinya ada pihak-pihak yang menyebarkan fitnah terhadap diri Imam Abu Hanifah. Menurut sebuah riwayat, beliau diracun ketika dalam penjara.
Pada tahun 150 Hijrah, Imam Abu Hanifah pun syahid ketika masih dalam penjara. Beliau meninggal dalam usia 70 tahun dan meninggalkan seorang anak yang bernama Hammad. 
Rujukan: Min A’lam As-Salaf, Syaikh Ahmad Farid 
Edit dan tambahan oleh: Mohammad Sufian Talib 

2 Komen:

hakeem berkata-kata...

Cayalah JTR... entri yg dikongsikan tidak terlalu sempit hanya kepada satu2 aspek sahaja. Ini yg kita mahukan... Imam Abu Hanifah, taulan dan teladan untuk kita! jangan tahu kenal artis shj..

Loqman al-hakim..
Umat Islam sekarang kekurang qudwah seperti Imam Abu hanifah...

Catat Ulasan

Pada pendapat anda?

Perjalanan

Tembusi Petra, Jordan Slideshow: BenTaleb’s trip was created by TripAdvisor. Create a free slideshow with music from your travel photos.
Sabda Baginda SAW ; "Ketahuilah ia (Dajjal) berada di laut Syam atau laut Yaman.. akan datang dari arah timur (lalu menunjukkan dengan tangan baginda).."[Riwayat Muslim]. Daripada Abi Bakr al-Siddiq r.a, sabda Baginda SAW, "Dajjal akan muncul ke bumi dari arah timur bernama KHURASAN." [Riwayat al-Tirmizi]. Daripada Anas bin Malik r.a, sabda Baginda SAW, "Dajjal akan keluar dari kota Yahudi ISFAHAN (Khurasan, IRAN) bersama 70,000 penduduk ISFAHAN". [Fath al-Rabbani Tartib Musnad Ahmad. Ibn Hajar berkata : "Sahih"]. Ibn Kathir berkata, Dajal pada mulanya akan muncul dari ISFAHAN dari sebuah kota Yahudi [al-Nihayah fi al-Fitan wa al-Malahim]. ISFAHAN adalah sebuah bandar terbesar YAHUDI di Iran dan pusat loji nuklear Iran pada masa kini.