JTR mengalu-alukan tuan puan untuk membaca tulisan dalam blog ini bagi manfaat tuan puan
Photobucket

Jumaat, 30 Julai 2010

Fadhilat Syaaban: Antara Fakta Dan Dusta

Posted by Abu Hannan On 3:39:00 PG 13 comments


 Bulan Syaaban adalah bulan yang selalu dikaitkan dengan terdapatnya fadhilat-fadhilat tertentu berkenaan dengan amalan-amalan khusus di dalamnya. Banyak juga tulisan-tulisan yang tersebar dikalangan masyarakat kita berkenaan kelebihan bulan ini, tetapi penulisan tersebut hanya menebal dan menambah halaman buku tersebut tetapi dari sudut kesahihan fakta berkenaan amalan tersebut tidak dapat dibuktikan dengan tepat dan ia sebenarnya telah mengelirukan masyarakat berkenaan ibadah yang mana warid dari Rasulullah s.a.w. Walaubagaimanapun, di sana terdapat hadis-hadis berkenaan amalan-amalan tertentu di dalam bulan ini yang thabit dari Rasulullah s.a.w. Masyarakat Islam pula diharap agar tidak beramal dengan sesuatu amalan hanya atas dasar ikut-ikutan tradisi yang disandarkan kepada agama seperti membuat juadah khas Bulan Syaaban dan seumpamanya.

Dalam sejarah ilmu hadis, ramai pemalsu hadis memang gemar membuat hadis-hadis palsu yang berkaitan dengan fadilat-fadilat. Ini seperti mereka mengada-adakan fadilat-fadilat bulan tertentu, surah tertentu dan seumpamanya. Mereka akan mengaitkannya pula dengan amalan tertentu seperti solat khusus, doa khusus, puasa khusus pada hari atau bulan yang dikaitkan dengan fadilat itu. Sebab itulah al-Imam Ibn al-Salah ( meninggal 643H) menyebut:
“Ada beberapa golongan yang membuat hadis palsu, yang paling bahaya ialah puak yang menyandarkan diri mereka kepada zuhud (golongan sufi). Mereka ini membuat hadis palsu dengan dakwaan untuk mendapatkan pahala. Maka orang ramai pun menerima pendustaan mereka atas thiqah (kepercayaan) dan kecenderungan kepada mereka. Kemudian bangkitlah tokoh-tokoh hadis mendedahkan keburukan mereka ini dan menghapuskannya. AlhamdulilLah”.( Ibn al-Salah, `Ulum al-Hadis, m.s. 99, Beirut: Dar al-Fikr al-Mu`asir).
Hadis-hadis palsu yang kerap dan masyhur tersebar dikalangan masyarakat kita antaranya ialah:
“Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadhan bulan umatku”. Ini adalah hadis palsu yang direka oleh Ibn Jahdam (meninggal 414H) (lihat: Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Dha`if, m.s. 95, Halab: Maktab al-Matbu`at al-Islamiyyah).
Beliau adalah seorang guru sufi di Mekah. Dia juga dituduh membuat hadis palsu mengenai solat Raghaib iaitu solat pada jumaat pertama bulan Rejab( lihat: al-Imam al-Zahabi, Mizan al-`Itidal fi Naqd al-Rijal,. 5/173, Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah) (Dr Asri, Tentang kesahihan amalan dan fadhilat bulan syaaban).

Kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (wafat 751H):
“Hadis-hadis mengenai solat Raghaib pada jumaat pertama bulan Rejab kesemuanya itu adalah palsu dan dusta ke atas Rasulullah s.a.w. Begitu juga semua hadis mengenai puasa bulan Rejab dan solat pada malam-malam tertentu adalah dusta ke atas Nabi s.a.w. Demikian juga hadis-hadis mengenai solat pada malam Nisfu Syaaban (kesemuanya adalah palsu). Solat-solat ini direka selepas empat ratus tahun munculnya Islam”. (Ibn al-Qayyim, al-Manar al-Munif, m.s. 95-98).
Walaubagaimanapun, terdapat hadith-hadith dari Nabi s.a.w yang sahih berkenaan dengan kelebihan bulan ini. Antaranya apabila bertanya Usamah bin Zaid Nabi s.a.w mengapa baginda banyak berpuasa pada Bulan Syaaban, Nabi s.a.w menjawab:
“Syaaban antara Rejab dan Ramadan, manusia lalai mengenainya. Padanya (Bulan Syaaban) diangkat amalan hamba-hamba Allah. Aku suka tidak diangkat amalanku, melainkan aku dalam keadaan berpuasa” (Riwayat al-Nasai, dinilai hasan oleh al-Albani dalam Silsilah al-Sahihah 4/522).
Aisyah r.aha juga menyebut:
“Aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w berpuasa dalam bulan lain lebih daripada puasa Syaaban. Baginda pernah berpuasa Syaaban sepenuhnya, kecuali hanya beberapa hari (tidak puasa)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Menurut hadith-hadith di atas, sangat mudah difahami bahawa pada Bulan Syaaban, kita sangat-sangat digalakkan untuk berpuasa kerana Rasulullah s.a.w kerap berpuasa pada bulan ini. Justeru, amat baik jika kita meneruskan amalan berpuasa pada bulan ini kerana ia bersangkutan dengan apa yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. 


Apapun, Nisfu Syaaban iaitu pada 15 haribulan Syaaban, terdapat banyak hadis palsu berkaitan dengan kelebihan serta fadhilatnya disamping tidak menafikan terdapat juga hadith-hadith  yang sabit berkenaan dengan kelebihannya. Antara amalan yang selalu berada dikalangan masyarakat kita ialah amalan khusus seperti solat khas pada malam Nisf Syaaban tersebut.

Kata al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H) dalam kitabnya yang masyhur al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab:
“Solat yang dikenali dengan solat al-Raghaib iaitu dua belas rakaat ditunaikan antara Maghrib dan Isyak pada Jumaat pertama Bulan Rejab, juga Solat Malam Nisfu Syaaban sebanyak seratus rakaat; kedua-dua solat ini bid'ah lagi mungkar yang jelek. Jangan kamu terpengaruh disebabkan keduanya disebut dalam Kitab Qut al-Qulub dan Ihya ‘Ulum al-Din. Jangan juga terpengaruh dengan hadis yang disebut dalam dua kitab berkenaan kerana kesemuanya palsu. Jangan kamu terpengaruh dengan sesetengah imam yang keliru mengenai kedudukan hadis-hadis kedua solat berkenaan” (4/56. Beirut: Dar al-Fikr).
Al-Imam al-Syaukani (meninggal 1250H) menyebut dalam al-Fawaid al-Majmu’ah fi al-Ahadith al-Maudu’ah:
“Telah diriwayatkan mengenai solat malam Nisfu Syaaban dari pelbagai riwayat, kesemuanya batil lagi palsu” (ms 72. Mekah: Maktabah Mustafa Baz).
Yang di atas adalah antara amalan palsu yang disandarkan kepada Rasulullah s.a.w berkenaan malam tersebut. Di sini kita bawakan pula hadith-hadith yang sahih berkenaan dengan kelebihan malam Nisfu Syaaban:


“Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci) (Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain. Al-Albani menilai sahih dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah 3/135).
Maka, sewajarnya apabila hal ini diberitahu oleh Nabi s.a.w, maka kita melakukan amalan-amalan yang soleh pada malam berkenaan dan mengelakkan apa yang Allah benci. Syirik dan permusuhan antara muslim adalah sebab seseorang itu tidak diampunkan. Selain itu dua dosa tersebut, mudah-mudahan kita semua diampunkan.
Oleh yang demikian, menurut kefahaman hadith berkenaan, adalah sangat baik jika kita melakukan amalan-amalan soleh dan amalan sunnah pada malam tersebut dan menjauhi perbuatan yang dibenci oleh Allah. Menjauhi permusuhan dan kezaliman paling besar iaitu syirik adalah penghalang daripada seseorang itu diampunkan oleh Allah.


Mari kita lihat apa komentar Dr. Yusof al-Qaradhawi berkenaan malam tersebut:
“Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan malam nisfu Syaaban, membaca doa tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua raka`at dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca do`a yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi`in dan tabi’ tabi`in). Ianya satu doa yang panjang, yang menyanggahi nas-nas (al-Quran dan Sunnah) serta bercanggahan dan bertentangan pula isi kandungannya…perhimpunan (malam nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bidah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas. Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bidah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bidah, dan setiap yang bidah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka” (Dr. Yusuf al-Qaradawi, Fatawa Mu`asarah, 1/382-383, Beirut: Dar Uli al-Nuha, Beirut) (petikan ini dari Artikel Dr. Asri, Tentang Kesahihan Amalan dan Fadhilat Bulan Syaaban).
Namun begitu, janganlah kita terlalu cepat menghukum. Apa yang disebut oleh Dr al-Qaradawi itu adalah kaedah umum. Sesuatu masyarakat atau seseorang individu mungkin mempunyai keuzuran yang tersendiri. Kemungkinan mereka tidak tahu, atau mereka dihalang ilmu untuk sampai kepada mereka dan seumpamanya. Kemungkinan besar jika mereka tahu, mereka tidak akan melakukan hal yang demikian. Tujuan mereka baik, cuma cara sahaja yang wajar dibaiki. Galakan berdoa dan memohon keampunan pada malam Nisfu Syaaban ada asasnya. Penentuan cara sedemikian itu, tidak ditunjukkan oleh nas yang sahih (ibid).



13 Komen:

salam, nak tanya
mlm nisfu syaaban tahun ni, hostel saya wat bacaan yasin 3 kali n' solat hajat. camna kira yang tu?

kepada cik haruno Hana, cuba tgk apa komentar Dr yusof al-Qaradhawi di atas...

*pencinta sunnah*

suka sangat dengan isu ni...credit to mohd sufian

pengamal puasa pada bulan syaaban berkemungkinan diasaskan pada amalan baik/burok yang akan dipersembahkan kepada allah swt.jadi biarlah keberangkatan tadi dipersembahkan kepada allahswt dalam kita berkeadaan berpuasa.inilah amalan yang telah dsampaikan oleh arwah tok nenek dan abah kami dulu,membaca yasin adalah amalan yang harus dijadikan bacaan tak mengira bulan atau waktu.bacalah pada bila bila masa yang ada.amalan berpuasa bukan saja pada bulan rejab,syaaban dan ramadhan[wajib tanpa sebarang keuzuran]adalan baik kerana ianya bagus bagi kesihatan.puasa itu boleh mengimbangkan penghadaman makanan dalam badan dan faktor lain yang berkaitan dengan kesihatan.

owh... dah faham
thanks for this info :)
salam ukhuwah

slm...kalau bab di angkat amalan ni sebanarnya bukan pada 15 sya`ban, tetapi jelas di dalam al-Quran surah ad-Dukhan awal2 surah lagi Allah taala menyatakan dengan jelas bahawa kitab amalan hanya di tukar pada malam nuzul quran iaitu pada bulan ramadhan..

Terima kasih akh Musa.. perkongsian pendpt yg bernas...

mksd nye kt cni, amaln bacaan yasin 3x
di sertakn doa stp 1 surh yasin
bukan amaln dr rasulullah..
tp klu kte amal kn, adekh mjd 1 dosa??

Jika amalan ibadat itu tidak dari Nabi s.a.w, juga para sahabat, jwbnya ia bukan sunnah. Menetapkan membaca yasin sebyk 3x juga pd malam nisfu syaaban tidak warid dari sahabt bahkan dari Nabi s.a.w. tetapi jika amalan membaca al-Quran bukan kerana malam nisfu syaaban dan ia merupakan amalan harian kita, malah seharusnya diteruskan. harap dapat difahami...

Pencinta Sunnah~

Musa Mohamad berkata...

slm...kalau bab di angkat amalan ni sebanarnya bukan pada 15 sya`ban, tetapi jelas di dalam al-Quran surah ad-Dukhan awal2 surah lagi Allah taala menyatakan dengan jelas bahawa kitab amalan hanya di tukar pada malam nuzul quran iaitu pada bulan ramadhan..
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

jadinya betulkan pada malam nisfu syaaban amalan kita diangkat atau pd malam nuzul al quran..harap beri penjelasan...

to Nokirola : Percayalah sahaja apa yang ada dalam al-Quran..apa lagi yang perlu saya jelaskan sedangkan Allah taala sudah jelaskan secara jelas di dalam kalamnya...

Catat Ulasan

Pada pendapat anda?

Perjalanan

Tembusi Petra, Jordan Slideshow: BenTaleb’s trip was created by TripAdvisor. Create a free slideshow with music from your travel photos.
Sabda Baginda SAW ; "Ketahuilah ia (Dajjal) berada di laut Syam atau laut Yaman.. akan datang dari arah timur (lalu menunjukkan dengan tangan baginda).."[Riwayat Muslim]. Daripada Abi Bakr al-Siddiq r.a, sabda Baginda SAW, "Dajjal akan muncul ke bumi dari arah timur bernama KHURASAN." [Riwayat al-Tirmizi]. Daripada Anas bin Malik r.a, sabda Baginda SAW, "Dajjal akan keluar dari kota Yahudi ISFAHAN (Khurasan, IRAN) bersama 70,000 penduduk ISFAHAN". [Fath al-Rabbani Tartib Musnad Ahmad. Ibn Hajar berkata : "Sahih"]. Ibn Kathir berkata, Dajal pada mulanya akan muncul dari ISFAHAN dari sebuah kota Yahudi [al-Nihayah fi al-Fitan wa al-Malahim]. ISFAHAN adalah sebuah bandar terbesar YAHUDI di Iran dan pusat loji nuklear Iran pada masa kini.