JTR mengalu-alukan tuan puan untuk membaca tulisan dalam blog ini bagi manfaat tuan puan
Photobucket

Rabu, 2 Jun 2010

Apa & Kenapa Wahabi?

Posted by Abu Hannan On 3:34:00 PTG 61 comments

Terlalu ramai pembaca yang bertanyakan kepada saya, wahabi itu apa? kenapa wahabi ini sesat, saya lihat mereka cuba untuk menjaga ketulenan agama, kenapa mereka digelar sebegitu?, dan banyak lagi. Untuk menjawab persoalan ini, saya suka untuk menjemput para pembaca membaca tulisan ini dalam keadaan tenang dan ikhlas. Ini bagi memastikan kita boleh menilai sesuatu konflik itu dengan nilaian ilmiah dan dengan niat ingin mencari kebenaran.


Sudah hampir 4 tahun laporan muka utama sebuah akhbar perdana tempatan yang berjudul “Fahaman Wahabi Menular”. Kebanyakan kenyataan dalam laporan tersebut adalah tidak tepat sebagaimana yang telah dijelaskan oleh seorang ustaz, Mohd. Yaakub bin Mohd. Yunus dalam bukunya Fahaman Wahabi Menular: Satu Analisis Terhadap Dakwaan Yang Ditimbulkan Oleh Akhbar Utusan Malaysia terbitan Jahabersa, Johor Bahru, 2006. Namun ada dua kenyataan yang boleh dikatakan tepat:

* Pertama: Laporan tersebut menyatakan bahawa fahaman Wahabi sedang menular. Ini tepat, bahkan yang lebih jitu adalah fahaman Wahabi memang sungguh-sungguh sedang menular. Ia seumpama arus tsunami yang menenggelamkan pelbagai fahaman, pengaruh, jamaah dan aliran lain yang ada di Malaysia.

* Kedua: Laporan tersebut menyatakan bahawa fahaman Wahabi mendapat tempat di kalangan cerdik pandai umat Islam. Ini tepat, tetapi realiti masa kini membuktikan bahawa fahaman Wahabi juga sudah mendapat tempat di kalangan mereka yang berada dalam pelbagai lapisan dan latarbelakang.

Apa Dan Kenapa Wahabi?

Saya biasa ditanya, apakah fahaman Wahabi? Jawapan saya mudah sahaja: “Ia adalah pemikiran dan amalan Islam berdasarkan dalil dan hujah yang berbeza dengan kebiasaan masyarakat”. Soalan seterusnya, kenapa fahaman Wahabi mendapat tempat secara meluas di kalangan umat Islam? Terdapat beberapa jawapan bagi persoalan ini:

Pertama: Fahaman ini memandang Islam sebagai suatu agama yang berdasarkan ilmu. Oleh itu ia tidak membicarakan Islam melainkan dengan metodologi ilmiah yang tinggi lagi berdisiplin. Fahaman ini menolak bicara Islam yang berdasarkan mitos, khayalan, cerita-cerita dongeng dan apa-apa yang seumpama. Dalam suasana umat Islam yang semakin meningkat taraf keilmuannya, mereka mula beralih kepada Islam yang berdasarkan ilmu, yakni dalil dan hujah.

Kedua: Fahaman ini meningkatkan lagi penghayatan umat Islam terhadap agama Islam. Jika sebelum ini umat hanya mengenal Islam berdasarkan hafalan “fardhu ain”, kini umat mula mengenal Islam berdasarkan dalil dan hujah. Umat Islam mula mengenal kenapa mereka beribadah dengan tatacara sekian-sekian, hikmah di sebalik sesuatu ibadah, tujuan di sebalik sesuatu hukum dan objektif yang ingin dicapai oleh syari’at kepada manusia.

Ketiga: Fahaman ini memberi penekanan kepada usaha tajdid, iaitu usaha membersihkan agama Islam dari pelbagai pencemaran sehingga ia kembali tulen. Ketulenan ini adalah sesuatu yang benar-benar asing kepada masyarakat sehingga mereka menganggap ia adalah sesuatu yang baru, sekali pun ia sebenarnya sudah wujud sejak lebih 1400 tahun yang lalu. Usaha tajdid memberi nafas baru kepada umat Islam. Mereka mula melihat keindahan, kemudahan dan kesyumulan Islam sebagaimana yang dilihat oleh generasi pertama yang menerimanya secara tulen daripada Rasulullah s.a.w..

Keempat: Fahaman ini menyentuh isu-isu terkini lagi relevan dengan suasana umat Islam. Sebagai contoh, apabila fahaman yang lain masih memberi perhatian kepada hukum berwudhu’ dengan air perigi, fahaman ini memberi perhatian kepada hukum berwudhu’ dalam kapalterbang. Apabila fahaman lain memberi perhatian kepada cara berzikir di atas pokok, fahaman ini memberi perhatian kepada cara beribadah di atas kenderaan moden seperti LRT, Monorail, Komuter dan sebagainya. Oleh itu tidak asing juga apabila didapati antara yang kehadapan dalam menangani isu-isu liberalisme, pluralisme, feminisme dan athiesisme adalah tokoh-tokoh yang disandarkan kepada fahaman ini.

Kelima: Fahaman ini tidak membataskan ahli-ahlinya kepada jamaah tertentu. Tidak ada sistem mendaftar keahlian, berbai’ah kepada amir, perlantikan ahli jawatan kuasa tahunan dan lain-lain yang biasa ditemui dalam jamaah-jamaah Islam. Seseorang itu boleh sahaja mengikuti fahaman ini dan pada waktu yang sama terus bergiat aktif dengan jamaah yang dianggotainya. Hanya saja fahaman ini mengingatkan umat Islam agar membetulkan tujuan mereka bergiat aktif di dalam sesuatu jamaah. Hendaklah tujuan tersebut demi kebaikan Islam dan umatnya, bukan demi memelihara maruah jamaah dan menjaga kedudukannya sebagai yang terbaik berbanding jamaah-jamaah yang lain.

Di Mana Salahnya Fahaman Wahabi?


Secara umum, tidak ada yang salah dengan fahaman Wahabi kecuali namanya. Memang, ada segelintir orang yang mengikuti fahaman ini dengan semangat yang mendahului ilmu dan kematangan sehingga mereka berlebih-lebihan dalam mengkritik dan mencela. Namun tindakan segelintir tidak boleh dijadikan hujah untuk menghitamkan keseluruhan fahaman ini dan majoriti yang mengikutinya berdasarkan ilmu dan kematangan.

Fahaman Wahabi bukanlah sesuatu yang asing dalam Islam atau terkeluar dari Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah. Malah ia lebih mendekati Islam yang sebenar dan Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah yang tulen. Terkecuali adalah nama “Wahabi” yang disandarkan kepada fahaman ini, ia adalah nama yang sengaja digunakan oleh sebahagian agamawan sebagai senjata untuk menakutkan orang ramai dan menjauhkan mereka daripada fahaman yang murni ini. Kenapakah perlu ditakut dan dijauhkan orang ramai daripada fahaman ini? Paling kurang ada dua sebab utama:

Sebab Pertama: Apabila fahaman ini membicarakan Islam berdasarkan metodologi ilmiah, akan terbongkar kesilapan, kedongengan dan kepalsuan apa yang selama ini disampaikan oleh para agamawan tersebut. Dalam menghadapi suasana ini, para agamawan terbahagi kepada dua kategori:

* Pertama adalah mereka yang bekerjaya dalam jurusan agama berdasarkan sikap jujur lagi amanah. Mereka membetulkan apa yang pernah disampaikan sebelum ini seandainya ia sememangnya tidak tepat.

* Kedua adalah mereka yang bekerjaya dalam jurusan agama kerana maruah dan status. Mereka sukar untuk mengakui bahawa apa yang mereka sampaikan sebelum ini adalah tidak tepat. Maka mereka mencari helah untuk menakutkan orang ramai dan menjauhkan mereka dari kebenaran tersebut. Helah tersebut adalah: “Berhati-hatilah dengan fahaman Wahabi kerana ia terkeluar dari Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah……”

Sebab Kedua: Fahaman ini benar-benar mendapat sambutan daripada umat Islam sehingga kuliah-kuliah pimpinan tokohnya dibanjiri oleh hadirin dari pelbagai latarbelakang. Suasana ini bertolak belakang dengan kuliah-kuliah lain yang semakin lengang sehingga akhirnya dibatalkan oleh pihak penganjur. Dalam menghadapi suasana ini, sekali lagi para agamawan terbahagi kepada dua kategori:

* Pertama adalah mereka yang memiliki sikap yang positif dimana dengan sikap tersebut mereka berusaha untuk mempertingkatkan mutu kuliah yang disampaikan, selari dengan kehendak para hadirin.

* Kedua adalah mereka yang memiliki sikap yang negatif dimana mereka enggan mempertingkatkan
mutu kuliah yang disampaikan. Pada waktu yang sama mereka tidak boleh berdiam diri kerana semua ini melibatkan sumber pendapatan mereka. Dengan berkurangnya jemputan, berkuranglah juga pendapatan. Maka mereka perlu mencari helah untuk menjanakan kembali sumber pendapatan dengan berkata: “Berhati-hatilah dengan kuliah orang-orang Wahabi, mereka itu ditaja oleh pihak Barat……”

Siapa Yang Sebenarnya Salah?

Diharapkan melalui penjelasan yang ringkas di atas, para pembaca sekalian dapat mengetahui kisah sebenar di sebalik gelaran atau tuduhan “Wahabi”. Tidak percaya? Cubalah mengkaji salah satu dari kitab Mazhab asy-Syafi’e yang muktabar dan pilih satu hukum atau amalan yang berbeza dari kebiasaan masyarakat. Nescaya anda akan dituduh “Wahabi” sekalipun rujukan anda ialah kitab muktabar Mazhab asy-Syafi’e.

Di sini ingin saya tambah, bahawa yang tidak benar bukan sekadar tuduhan “Wahabi”, tetapi sikap orang yang menuduh itu sendiri adalah tidak benar. Ini kerana Islam melarang umatnya daripada tuduh-menuduh, cemoh-mencemuh dan memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang tidak baik. Allah s.w.t. berfirman, maksudnya:

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu kumpulan (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan kumpulan lelaki yang lain, (kerana) boleh jadi kumpulan yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu kumpulan dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan kumpulan perempuan yang lain, (kerana) boleh jadi kumpulan yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka;

Dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.” [al-Hujurat 49:11]

Akhir kata, apabila anda mendengar seseorang berkata: “Si fulan Wahabi”, “Kumpulan itu Wahabi”, “Ini majalah Wahabi” atau apa-apa tuduhan seumpama, maka ketahuilah bahawa kesalahan tidak terletak pada yang dituduh tetapi pada yang menuduh.

61 Komen:

Cerita ini dah basi. Sekarang kita gelarkan sebagai Salafy dan dakwah salafiyyah

kenapa nak claim benda tu basi..penulis hanya nak share..x salah kan.. =D

anyway..thanks for the info..it reminds me on what happens in my negeri. =)

kadang yg basi inilah,tohmahan terus menerus dilemparkan...
apa pun sunnah harus terus ditegakkan...
salam dakwah~

berlapis-lapislah ditipu yahudi zionis...sendiri renung, renunglah pada mata hati yg ikhlas pd Allah. moga dberi ptunjuk smuanya olehNya. wallah a'lam.

الله أكبر ولله الحمد
semoga Allah merahmati Syeikh Muhamad Abd. Wahab..

ketika mana orang menuduhnya dengan pelbagai tuduhan dia hanya menjawab..

سبحانك هذا بهتان عظيم

semoga usaha murni beliau dapat kita teruskan agar Islam terus terhindar dari segala khurafat dan bidah...

hmmm...peningkan? nak follow wahabi ke mazhab syafie? kalau nikah nak pakai hukum mana, mazhab syafie ke wahabi, kalau setengah perkara ambil wahabi, setengah perkara lagi ambil dari mazhab syafie, jadi bukan ke namanya ikut hawa nafsu?

Haha. blog wahabi! nampak sangat nak defend wahabi B*BI. poorahh

salam alaik kepada tanpa nama, pertama sekali, saya berharap agar awk dapt menilai dengan kaca mata ilmiah dan cuba elakkan emosi.

Anda pening ingin mengikut yang mana? baik, jika anda membaca kitab dan pendapat imam Syafie mengenai pahala bacaan quran kepada si mati tidak sampai, adakah imam syafie juga dituduh wahabi.

Imam al-Nawawi merupakan ulamak mazhab syafie terkemuka, menulis dalam kitabnya arba'in nawawiah dalam hadis ke 5, menyebutkan hadith berkenaan melarang melakukan perkara baru dalam urusan agama, adakah Imam al-Nawawi juga wahabi..

Saya cadangkan supaya kita benar2 mengkut apa yg dikatakan oleh Imam Syafie dan Ulamak2 muktabar bermazhab syafie dan beramal dengannya, saya rasa anda akan dikatakan wahabi juga...

Buka minda kita, baca buku2 muhammad bin abd wahab, dan cari dimana kesilapannya, jangan hanya mendengar tanpa membuat kaji selidik...

kepada tanpa nama; di mana akhlak anda jika anda benar2 ingin menegakkan kebenaran. perlukah berkelakuan begitu bila tidak sependapat dengan seseorang?
jika Nabi Muhammad masih hidup, mendengar pula cacian anda, anda rasa Nabi Muhammad akan senyum kepada anda bila anda berkata begitu..

Jika anda ahli sunnah, ikutilah ulama aswj tak perlu bersusah payah nak tukar aliran. Segalanya berjalan dengan baik sehinggalah wujud kaum muda dan kini dipanggil wahabi.

Jika anda rasa wahabi itu baik, silakan. Anda tentukan sendiri jalan anda untuk kembali kepada Allah. Bukan orang lain. Matlamat wahabi tidaklah buruk tetapi hanya sesuai untuk urusan keduniaan dan hukum sahaja. Soal akidah dan tauhid, wahabi tidak dapat buktikan fahamannya kukuh dan tepat. Perkara ghaib tidak begitu penting pada hawabi.

Kebangkitan wahabi pula ada kaitan dengan gerakan zionis sedunia (THH) mengucarkacirkan kerajaan khalifah Islam Othmaniah dengan menarik keluar Arab Saudi (Makkah dan Madinah) dari kuasa kerajaan Othmaniah sebagai jalan melumpuhkan pengaruhnya dan memecahbelahkan umat Islam.

Apa kaitan wahabi dengan fahaman ibn taimiyah? Cuba saudara kupaskan. Polimik Ibn Taimiah telah berjalan sejak ratusan tahun, sejarahnya jelas meninggalkan ASWJ.

Kerajaan Saud adalah penyokong kuat fahaman wahabi, Saud disokong pula oleh British melaluinya masonic menyelit dan Saud dengan senang hati meyerahkan kekayaan minyak kepada keluarga Rothchild. Siapa Rothchild? Kini kekayaannya telah dapat membantu Israel menghapuskan negara Pelestin.

Apabila wahabi mengambil alih Masjid Nabi dan Masjid Haram, keluarga baginda (ahli bait) telah tersingkir. Pengajian agama di serambi Masjid Haram telah diharamkan, ramai ulama dan guru agama yang mengajar disana telah dihalau. Lihatlah dengan hati bukan dengan mata kasar.

tok seriau, sila pastikan ia satu fakta atau fitnah, saya bukan wahabi tetapi saya bermazhab syafie tulen.

Apa kena mengena ibn Taymiah dengan muhammad bin Abd Wahab, Ibn Taymiah rahimahullah pergi dahulu sebelum muhammad bin abd wahab, kenp ada juga mereka yg mngatakan Ibn Taymiah wahabi? Apa anda telah memeriksa fakta itu? Klu begitu, bank2 Islam seluruh malaysia yg bnyk menggunakan pendapat Ibn Taymiah telah terbatal seluruh aqad dan tidak sah..?! Sila pastikan itu tohmahan atau fakta

Sila perincikan fakta anda apabila anda berkata bahawa wahabi diantara dalang kejatuhan empayar turki Othmaniah? bukankan dalangnya ialah Nasiruddin al-Tusi? Bukankah pula Mustafa kamal alTarturk? Bagaimana Muhammad Bn Abdul Wahab yg tinggal di pesisir (najd) boleh berkuasa sebegitu skali apabila anda mengatakan beliau yg menjatuhkn kerajaan turki Othaniah?

Mengapa gelaran tersebut tidak diletakan Muhammadi sedangkan Wahabi itu diambil nama dari ayahnya? Siapa pula yg memberi nama tersebut? dan apa objektif orientalis bila beliau menamakan gerakan Islah ini sebagai wahabi? Oreantalis tahu siapa salah dan siapa benar, maka oleh itu, yg benar itu akan digambarkan sebagai jahat, sesat dan sebagainya. Yang salah dibela malah dibiayai pula supy masyarkt tidak nmpak keslhan terbut. Oreantalis seakan sudah dapat bau yg gerakan Islah ini mendapat tempt dan boleh membahayakn mereka.

Dan jika anda mengatakan wahabi yg sesat ini mengambil alih Haramain (2 tanah haram). Tidakkah anda berfikir sejenak bahwa Firman Allah untuk menjaga kesucian tanah suci umat Islam seolah hanya retorik? Atau hanya penipuan.. Sila hati2. Anda mengerjakan haji dan solat dibelakang Imam masjid Haramain akan menjadi tidak sah.

Saya kurang faham dengan dakwaan anda keluarga baginda tersingkir apabila 'wahabi' ini mengambil tempat. Jika begitu, seolah2 anda juga tidak bersetuju Khalifah pertama Abu Bakar r.a, Umar r.a, Uthman r.a memegang kekhalifahan yg berpusat di Mekah dan Madinah dan hnya Keluarga Baginda yg layak? Sejak bila Rasulullah menggunakan cara 'takhta warisan' ini?

Kalau anda ingin menghukum sesat sesuatu puak, anda perlu mengkaji penulisan mereka dalam kitab2 mereka, anda nilai dimana kesesatan mereka, jika ada, dirikan pula hujjah anda berasaskn dalil dan fakta yg tepat. Islam bukan agama yg berdalilkan cakap-cakap orang, tetpi hujjah nas dan fakta yg sahih. Ini amanah ilmiah yg diajar oleh Rasulullah sendiri dan para sahabat dan muhaddisin (ahl al-Hadith).

Perlu diingat,saya bermazhab syafie, berusaha untuk beraqidah Sepertimana Rasulullah dan para sahabat (salaf al-Soleh), hanya mengikut sunnah Rasulullah dan para sahabat, menggunakan Ijmak dalam permasalah agama, dan Qias dalam persoalan muamalah jika bersesuaian. Saya bukan wahabi tetapi saya ingin berkongsi kebenaran disebalik fitnah2 yg dtohmah terhadap gerakan Islah ini.

Fahaman itu tiada yg salahnya kerana ianya jga bersandarkan nas. Masing-masing menghormati pendapat dan pegangan masing-masing berdasarkan hujah beserta nas.

Apa yang mengecewakan sikap taksub dengan sesuatu pendapat sehingga tidak mahu menerima pendapat yg berbeda. Menerima bukan beerti mesti mengamalkan. Anda punya hak untuk memilih.

Begitulah keadaannya. Usah dipersoal siapa salah siapa benar. Persoala apa yang salah apa yang benar. Ini dapat menampung kekurangan.

Wallahu'alam

Terima kasih Abu Irsyad, itulah masalahnya bila sikap taksub dan sikap suka menyesatkn mereka yg tidak sealiran tanpa hujjah dan nas menebal dalam diri. Sebagai seorang yg inginkan kebenaran, seharusnya, nas, hujjah itu jalan seiring dalam setiap amalan yg kita lakukan dan bukannya berdasarkn cakap2 semata. Ini kerana Islam merupakan agama yg berdiri di atas Nas dan Hujjah kukuh dan bukannya dari khayalan, mimpi atau cakap2 tradisi sahaja..

Keyword 1: buang sikap taksub, hormati pandangan aliran lain selagi ia tidak bertntangan dengan Nas2 atau sumber2 rujukan agama Islam..

pasal syiah pula macam mana? saya pun dah tak tahu nak rujuk sape dah sebab semua bagi jawapan lain-lain. tak tahula orang yang saya tanya tu memang tahu atau buat-buat tahu je.

Umat Islam terpecah kepada 73 puak, hanya satu yang benar dan selamat. Semakin berhujah semakin parah, masing2 terasa merekalah yang benar. Disaat Islam diperlekeh, wujud berbagai puak dan gerakan baru atas alasan memperkukuh ukhwah. Sebaliknya yang berlaku, bertambah pula beberapa puak baru yang menyalahkan puak lama. Taksub atau tidak ada kaitan dengan iman dan keyakinan. Selagi ia tak menyalahi ia dapat diterima tidak kira dari mana asal usul mazhab kepercayaan mereka. Wahabi dibentuk berlandaskan ajaran Ibn Taimiyah, ianya fakta bukan khayalan. Sila periksa. Tiada siapa menyesatkan siapa. soalnya perpaduan ummah semakin rosak. Elakkan wahabi memecah belahkan ummah di Malaysia.

Buang sifat Taksub, kuatkan ukhuwwah, perlapang dada, kuatkan kesatuan...

Umat Islam perlukan satu anjakan paradigma. Kalau dulu menerima agama semata2 dari ajaran org tua2 yg terhasil dari campur baur adat tanpa ada sandaran dalil, hari Umat Islam perlu kembali kepada mengkaji sejauh mana amalan kita sesuai dengan kehendak agama dan di iktiraf oleh Allah dan Rasulnya.

Saya suka untuk mengajak para pembaca sekalian buka arba'in al-nawawiah untuk bacaan dan hayati hadith yg kelima. Inilah seruan yg dibawa oleh mereka yg digelar wahabi. Saya rasa tidak ada sebab untuk menjadikan wahabi itu sesat, begitu juga Ibn Taimiah r.h.

Masalhnya, bila satu amalan itu asing dari kebiasaan masyarakat di Malaysia, sedangkan ia tepat dengan kehendak sunnah, tidak semena2 mereka yg melakukan sunnah itu digelar dengan gelaran2 yg teruk, termasukla gelaran wahabi atau kaum muda. Ini bukti kepada sesiapa yg celik bahwa Islam itu sudahpun kembali pelik seperti mana yg disebut oleh Rasulullah s.a.w dalam hadis baginda yang bermaksud:

"Islam itu datangnya (mulanya) dalam keadaan pelik (asing), maka ia akan kembali pelik seperti mana ia datang. Maka beruntunglah mereka yang asing asing"

Pelik disitu membawa maksud sunnah telah jauh ditinggalkan manakala yg bukan sunnah mendapat galakan untuk dilakukan. akhirnya sampai suatu masa, ketika umat jauh dari sunnah, mereka yg membwa seruan menghidupkan sunnah pula dituduh sesat dan sebagainya.

Janganlah bila habis hujjah, fitnah dilempar.
Salam ukhuwwah! Salam Ihya al-Sunnah. inilah tanda kita cinta kepada Nabi! iaitu dengan menghidupkan sunnahnya!

kepada abu hannan, saya menyokong segala usaha kamu dalm menerangkan apa itu wahabi. tidak bermakna menerangkan apa itu wahabi, kita terus dilabel wahabi. Ini hanyalah ilmu untuk dikongsi bersama. Jangan disalah tafsir segala usaha yang ingin disampaikan oleh abu hannan. Mungkin dari kita bertaklid buta dalam satu-satu perkara lebih baik kita mengkaji terlebih dahulu. Dengan cara kita mengkaji sesuatu perkara tersebut, mungkin kita dapat pemahaman yang lebih berbanding orang lain yang hanya bertaklid buta Bertaklid buta mungkin sesuai untuk sesetengah golongan, tetapi bagi mereka yang berilmu atau berpendidikan tinggi tak salah rasanya mereka mengkaji sesuatu perkara terutamanya ilmu agama, dengan tujuan untuk dapat pemahaman yang lebih dan bukan bertujuan untuk mengubah hukum asal sesuatu perkara. ini hanyalah pendapat saya secara peribadi. InsyaALLAH. dari hamba ALLAH

Kepd Tanpa nama di atas, terima kasih atas komentar anda.

Kadang2 itu lumrah perjuang, selalu shja dilempar degn tuduhn2 palsu dan tidak berasas oleh mereka yg berbza pandangan. Apa pun, terima kasih sekali lgi atas komen anda yg tepat dan bernas itu! syabas..

terima kasih atas perkongsian saudara di sini..
dan juga komen2 yg menarik..

banyak sungguh yg sy timba dari JTR sejak dipekenalkan oleh sahabat sy..

alhamdulillah..moga JTR terus kehadapan..

terima kasih kpd 별_wie143..
agar perkongsian ini membuka minda kita.. dan harapan besar agar kita dapat mengubah masyarakat kita ke arah yg peka dan berilmu pengetahuan.

ya ALLAH ya tuhanku..
maafkan dosa2 kami yang hina ini..
selamatkanlah kami dari fitnah dajjal yang membawa kepada kehancuran ..Terangilah hati kami DAN KUATKANLAH IMAN KAMI..segala puji bagimu ya allah..

Berikan saya satu hadis yang menyuruh kita mengikut wahabi? tidak ada bukan..
apakah hanya wahabi (yang mendakwa mereka sebagai ahlul sunnah tulen) sahaja yang betul. saya kira semua aliran maznab dan pemikiran dalam islam mendakwa dan mengaku bahawa mereka beramal dengan al-quran dan sunnah nabi yang tulen. buktikan wahabi benar?

SAY NO TO WAHABI, yang ada hanyalah ISLAM.

Terma Wahabi ni hanyalah satu label arbitrary malafide. Tak lebih dai tu.

salam..
bagaimana pula dgn penggerak2 tajdid d m'sia yg tanpe rase bsalah menghentam ulama'2 yg tidak bersependapat dan bersependirian dgn mreka?
dan jg yg memperlekehkan ulama'2 yg mreka rasakan tidak berautoriti?
adakah ini cara pendukung sunnah nabi?

-saya hanya ingin mdapatkn pnjelasan, bkn bdebat-

kpd tanpa nama di atas..yg sebenarnya anda lebih mempertikaikan sikap penggerak wahabi,bknnya dakwah yg ingin disampaikannya..penggerak yg menggerakkan dakwah ini juga adalah manusia biasa,yg buat salah dan silap juga..mgkn niat mereka ini baik (memperjuangkan agama Islam bersandarkan Al-Quran dan Hadis),tetapi cara mereka salah (seperti menjadi fanatik dan ekstremis sampai mengagungkan pendapat sndr dan memperlekehkan pandangan org lain)..

nilailah dakwah Islam itu atas nama Islam, bkn nilai dari penggerak2nya..di sinilah perlunya ilmu utk membezakan penggerak yg mana di jalan yg benar,dan yg mana telah tersesat..utk mendapat ilmu pula,perlu ada sikap ingin mencari kebenaran..sy yakin sesiapa yg mencari kebenaran sebenar,kelak dia akan menemui Al-Quran dan Hadis sbg pegangan hidupnya..insyaAllah..

pd saya..tidak kisahlah Wahabi ke ,Sunni ke,Syiah ke,selagi berpegang teguh kpd Al-Quran dan Sunah ,selagi itulah kita tidak akan tersesat..

semoga kita dipertemukan hidayahNya..Amin ya rabbal alamin..

nieyh skunk ni spa yang mencaci orang yang tulis blog ni, maka orang yang mencaci itulah orang yang paling keji dan kejam.. pikir la baik2. Allah itu maha berkuasa

http://www.islam.gov.my/portal/lihat.php?jakim=894

Kesimpulannya dari segi tauhid fahaman Wahabi bukan ajaran baru dan juga tidak termasuk antara 73 cabang ajaran sesat seperti mana yang dijelaskan ulama berdasarkan huraian hadis penjelasan 73 ajaran sesat itu.

Alhamdulillah..hari ini dapat peluang dan hidayah oleh Allah S.W.T utk ziarah blog ni..Walaupun kali pertama mengunjungi, byk input dan info yg saya terima..terima kasih dan syabas diucapkan kepada penulis blog..semoga sentiasa maju untuk menyebarkan ilmu kepada umat islam seluruh dunia..

Semoga kita beroleh manfaat drpdnya...

mcm pernah baca di blog hafiz firdaus abdullah..hmmm

kredit kepada Us Hafiz Firdaus Abdullah

dah ade kat atas...

saya berlepas diri dari masalah khilafiah..lebih baik kita mencari dan mengenal redha ALLAH dulu melalui pewaris nabi yaitu ulamak2 yg MUKTABAR seperti para mursyid yg diketahui atau yg low profile...ANDA JUJUR PADA ALLAH SWT PASTI ALLAH TAKKAN SIA2 KAN HAMBANYA TERJEBAK DI DLM ALIRAN2 SESAT YG WUJUD SKRG NI..cmne nk dikatekan jujur pd ms yg sma rase diri lbh baik dr org lain..perbaiki diri dgn mengenali diri...BARANGSIAPA MENGENALI DIRI PASTI MENGENALI TUHANNYA..WALLAHUA'LAM..

orang yang taksub dan ekstrim dgn fahaman wahabi ni suka membid'ahkan orang lain tanpa mengkaji dahulu sedalam-dalamnya maksud hadith Rasulullah S.A.W. Semoga Allah memberi petunjuk kepada orang-orang yang beriman..amin

kepada tanpa nama di atas bertarikh 6 julai :

tidak sesuai digunakan perkataan ekstrem dan taksub itu..kerana mereka2 ini (ekstrem dan takssub)yg berpegang kpd fahaman ini adalah mereka2 yg berpegang teguh kpd Al-Quran dan As-sunnah..sy jelaskan di sini..jika mreka berpegang teguh kpd 2 sumber ini,maka mereka akan beriman dan mengamalkan seperti apa yg disarankan..seperti cnth, di dalam Al-Quran, byk ayat2 yang mengajak kepada KEBAIKAN dan KESEDERHANAAN..jadi mereka2 yg pegang fahaman ini mestilah berbuat baik sesama manusia dan bersederhana..dan pd pndgn sy,mereka yg nmpk ekstrem dan taksub ini pd pandangan KASAR awam, tapi hakikatnya mereka hanya PENCINTA Al-Quran dan Hadis dan TEGAS dlm mengamalkan ajaran Islam yang dianjurkan dlm 2 sumber agung tersebut..jadi anda faham apa yg sy maksudkan?perkataan ekstrem dan taksub perlu ditukar kepada PENCINTA dan TEGAS kerana mereka perkataan ekstrem dan taksub itu tidak hanya tidak bertujuan utk memberikan imej yg negatif kepada mereka yg berpegang teguh kepada jalan ini (Al-Quran dan As-Sunnah)

kedua : bukan mudah utk membid'ahkan org lain spt yg anda dakwa..mereka yg bpegang kepada fahaman ini mempunyai dalil/hujah mereka berlandaskan 2 sumber tersebut..hadis yg mereka pegang bkn hadis2 yg lemah,tetapi hadis yg kuat..tujuannya bg menjaga kemaslahatan ajaran Islam itu sendiri..saya sarankan anda yang PATUT MENGKAJI dalil2 dan hujah mereka..dalami ilmu hadis dan ilmu sanad..kekuatan dalil fahaman ini adalah pada ilmu sanadnya..

bkn sng mreka hendak mengatakan itu bid'ah dan ini bid'ah..cuba anda fikirkan,adakah mreka suka2 dan sanggup utk mengetepikan adat/budaya yg salah yg menjadi darah daging mereka dahulu sebelum mereka mendapat hidayah Allah utk berpegang teguh kepada Al-Quran dan As-Sunnah?

sama2lah kita fikirkan dan kembalilah kepada Al-Quran dan As-sunnah mengikut medium yg betul..smoga Allah memberikan hidayah kepada kita semua..Amin..

-Mohamed Aiezad-

Betul aper yang dinyatakan oleh Mohamaed Aiezad

Seharusnya kita perlu melihat mengapa terlalu bayk hadith nabi yg melarang melakukan perkara baru (bid'ah). Jika bid'ah ini satu perkara remeh, mengapa nabi menyebutnya dgn tegas sekali di dalm hadith2 yang sahih.

Dan seruan kepada menjauhi perkara bid'ah ini ialah dari Nabi sendiri kerana manusia lain tidak berhak untuk campur tangan dalam hal ibadat khusus kerana sesuatu ibadat itu mesti punya dalilnya kerana ia berkaitan dgn cara kita berhubung dengan Allah. Dan semestinya apa yang kita buat mengikut lunas2 sunnah yg ditunjukkan oleh Rasulullah dan ia diiktiraf oleh Allah.

Kita tidak berhak untuk mencipta ibdat2 baru kerana kita adalah kita yg lemah..

Kaedah fiqh yang mudah:
'Setiap ibadat asalnya haram kecuali dengan datangnya dalil' dan 'setiap sesuatu (selain urusan agama) adalah mubah/harus kecuali dengan dtgnya dalil yang mengharamkan'. Jika kita faham ini, insyaAllah, ibdat kita tidak akan sia2...

Perkara baru yang dimaksudkan mungkin ditujukan kepada golongan-golongan Syiah, murji'ah,khawarij dan sebagainya(seangkatan denganya) yang jelas melakukan dan mengadakan perkara-perkara baru dalam agama yang jelas bertentangan dengan syariat yang di bawa oleh Baginda Rasulullah S.A.W dan lagi menyesatkan. Mengapa Perkara yang tidak bertentangan dengan Syariat yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W ditentang habis, mengapa tidak sahaja amalan mereka ini(golongan yang disebutkan tadi) yang perlu didedahkan sebagai "bid'ah dhalalah" yang sebenar-benarnya...

Cubalah kaji dan fahami maksud hadith Rasulullah S.A.W menggunakan ilmu dan pertimbangan akal. Gunakanlah kaedah bahasa arab yang betul dan tepat dalam memahami maksud hadith tersebut(bagi mereka yang mahir dalam bahasa arab)..

Semoga Allah memberikan petunjuk kepada hamba-hambanya yang beriman..

:Hamba Allah:

Pada pandangan saya yang cetek dengan ilmu agama, apa yang dinukilkan diatas hanyalah cuba untuk memisahkan agama dengan bangsa(adat). Apa yg kita lihat sekarang ini, agama dan adat (Melayu) telah banyak bercampur hingga orang terkeliru adakah dibuat ini adalah wajib? harus? ataupun haram. Seperti sambutan maulidur rasul, membaca tahlil 7 hari 7 malam ke atas simati dan banyak lagi yg diselitkan didalam atucara kehidupan kita seharian.
Apa yg "Wahabi" pertikaikan adalah, adakah atucara tersebut perlu sedangkan tidak pernah dibuat oleh Rasulullah SAW?
Pada pandangan saya yang cetek ini, "Wahabi" hanyalah cuba menyuruh orang berfikir "out-of-the-box" dan cuba mendapatkan dalil yang secukupnya atas setiap perbuatan.
By the end of the day, we are all working towards Him. The Only One. Semoga kita semua diampunkan dan dirahmati olehNya.

Salam Abu Hannan.
Saya perasan anda menggunakan kalam imam syafie untuk mengatakan tidak sampai pahala bacaan kepada si mati. Imam Syafie bukan Wahabi, dan kalam imam Syafie yang mengatakan tidak sampai pahala bacaan kepada si mati adalah qaul dhaif, dan qaul masyhur pula sampai.

Sebenarnya tepulang lah nak ambik yang mana (mungkin boleh dikatakan khilaf sebab ulamak berselisih pendapat), tapi kalau ada golongan yang membidaahkan tu namanya jahil murakkab. Ada segelintir golongan macam tu, suka mengaburi org awam, lepas org awam pun mulalah membidaahkan perkara2 khilaf.

S

kepada Affan; jika ia qaul dhaif, sy harap saudr boleh sediakan di sini rujukn bgi qaul2 yg rajih dari qaul imam syafie sendiri berkenaan sampai pahala tersebut.. Sekurang2nya saya boleh menambh ilmu sy.. =)

Kaedah fiqh yang mudah:
'Setiap ibadat asalnya haram kecuali dengan datangnya dalil' dan 'setiap sesuatu (selain urusan agama) adalah mubah/harus kecuali dengan dtgnya dalil yang mengharamkan'. Jika kita faham ini, insyaAllah, ibdat kita tidak akan sia2...

saudara Abu Hannan, bolehkah sy tahu daripada mana kata2 di atas diambil?adakah ianya daripada Al-Quran/Hadis ataupun kata2 ulama muktabar?

-Mohamed Aiezad-

Kaedah tersebut terdapt dalam kitab2 qawaid fiqhiyyah yg pernah saya pelajari dahulu...
al-quran dn hadith2 sahih menyokong kaedah fiqh itu.

jikalau tidak keberatan boleh saudara nyatakan skali ayt al-quran dan hadith2 yang menyokong kaedah fiqh itu?maaflah kalau menyusahkan..cuma ingin menambahkan dan mendalami ilmu sedia ada.. =)

-Mohamed Aiezad-

Mohamed Aiezad, insyaAllah saya akan bantu.

yg pertama: boleh bukak hadith yg ke-lima di dalam 'arba'in al-Nawawiyah. di dalam riwayat muslim yg berbunyi:
من عمل عملاً ليس عليه أمرنا فهو رد
bermaksud: Sesiapa yg beramal dengan sesuatu amalan yang bukannya datang dari urusan kami maka ia akan tertolak". tertolak itu bermaksud tidak diterima dan amalan itu hanya sia2. Dan sighah 'Amruna' urusan kami membawa maksud hal-hal di dalam agama.

di dalam riwayat bukhari dan muslim:
عن عائشة رضي الله عنها قالت : قال رسول الله، صلى الله عليه وسلم : "من أحدث في أمرنا هذا ما ليس منه فهو رد". رواه البخاري ومسلم
bermaksud: sesiapa yang mengada-adakan di dalam urusan kami (dalam urusan agama), maka ia akan tertolak.

Ini diantara hadith2 sahih yg menjelaskan dalam urusan agama, tidak ada yang boleh mencampurinya terutama soal ibadat khusus. dari sini qaedah itu boleh diterapkan :"setiap perkara syariat itu haram kecuali datang dalil membolehkannya"

Untuk yang kedua:
Dalil dari hadith nabi s.a.w ketika mana seorang bertanyakan berkenaan cara tanaman yang terbaik kepada rasulullah, lalu nabi menjawab:
أَنْتُمْ أَعْلَمُ بِأَمْرِ دُنْيَاكُمْ
bermaksud: "kamu lebih mengetahui berkenaan hal-hal dunia (yang tidak bersangkutan dengan agama)kamu"
ini menunjukkan dalam hal2 keduniaan, kita boleh untuk mengguna kreativiti kita untuk mencipta sesuatu sekali pun tidak ada pada zaman rasulullah, kecuali apabila perkara itu telah diharamkan di dalam al-Quran dan al-Sunnah.

Harap dapat membantu. =)

Kalau tiada angin, manakan pokok akan bergoyang... Hmmm...

alhamdulillah..banyak info yang saya dapat dari jtr.Kadang-kadang sedih apabila banyak salah faham antara umat islam akhir zaman ini.Banyak bercanggahan pendapat.

apa-apa pun,kita hanya perlu mengikut sunnah dan melakukan kerja nabi iaitu dakwah..serta melakukan segala perintah Allah..saya ingin bertanya kepada abu hannan,jika imam syafie tersilap dlm mazhabnya kita tetap mendapat satu pahala bukan?

Terima ksh saudara Abu Hannan..ilmu yg anda beri sgt bermanfaat..jazakallahu khair.. =)

-Mohamed Aiezad-

Alhamdulillah...
Medan Ilmu yang bermanfaat..
Saya suka blog ini.. semua yang mengunjunginya mengambil sikap berlapang dada dalam berhujjah...

Fahaman Wahabi atau Salafi terkenal dengan MemBIDAAH kan orang lain dan terkenal dengan catata hadis yg bermaksud "Setiap BIDAAH itu sesat dan setiap yg sesat itu Neraka"

Sebenarnya mereka telah dipengaruhi oleh Yahudi dan memang pun mereka ditaja oleh Yahudi secara tak langsung, sebenarnya yg sesat itu adalah pengikut yg cuai, bukan amalan asalnya. Jadi sepatutnya Puak Wahabi nie jgn cop semua isu yg mereka bangkitkan seperti Tahlil, Maulid, Tariqat, Talqin itu bidah yg membawa keneraka.

Hati2 dalam berbicara dan menuduh amalan org lain sesat!!!

Assalamualaikum...

Tahniah kepada pengendali blog. Sememangnya terma wahabi ini digunakan oleh ramai jemaah-jemaah yang tidak sealiran dgn ASWJ bagi menakut-nakutkan orang ramai. Kadang-kadang saya hairan kenapa orang mengatakan bahawa wahabi itu ditaja oleh Yahudi dan Barat? Kalau begitu, kita perlu berterima kasih kepada orang2 kafir tersebut kerana mereka seperti menyuruh kita merujuk kembali kepada dalil Al-Qurán dan As-Sunnah. Sudah tentu perkara ini mustahil kerana Yahudi dan Barat akan sentiasa berusaha untuk menjauhkan kita dari mendekatkan diri kepada Nur Islam yang sebenar.

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Muhammad bin Abdul Wahab bukanlah Ulama Fiqh dan tidak mengeluarkan mazhab sendiri, dan beliau sendiri adalah bermazhab Hanbali. Jadi kepada sesiapa yang bertanya, nak nikah dengan mazhab wahabikah? maknanya orang itu nak nikah guna Mazhab Hanbali iaitu salah satu 4 mazhab yang terkemuka dan besar dalam mazhab aqidah ASWJ.

Pendukung Syiah memang anti dengan Wahabi kerana dikatakan wahabilah yang selalu menentang mereka, salah seorangnya Salahuddin Al-Ayyubi dikatakan wahabi kerana menghalau syiah dari Mesir. Wahabi juga dikatakan tidak mencintai ahlul-bayt sedangkan Muhammad bin Abdul Wahab sendiri menamakan anak-anak beliau dgn nama Hasan, Husain dan Ali, iaitu nama2 Imam penganut fahaman syiah.

Jadi, banyakkan mengkaji. Kepada si penuduh, jangan ingat kami tidak tahu siapa anda. Sunni akan sentiasa berpegang kepada Al-Qurán dan Sunnah tanpa ragu.

Istilah WAHABI sebenarnya istilah diada-adakan...disebut2 dgn gaya seolah2 ia suatu 'benda' yg salah... lalu dipercayai semua org bahawa ia salah... tanpa melihat mana bukti dakwaan itu itu!!

Kalau saya kata tak mau buat kenduri tahlil arwah ayah lalu dituduh wahabi...maka saya rela dituduh.kenapa? sbb bukan saya sorg yg tak mau buat. 4 Imam Mazhab fiqh tak buat.malah larang dgn keras. ratusan ribu sahabat Rasul s.a.w. tak buat.dan Rasul saya pun tak buat. so ada saya kisah dgn tuduhan wahabi anda itu??

apabila kita katakan menambah amalan baru dlm agama adalah bid'ah..anda sensitif dan terus kata wahabi..anda sensitif dgn perkataan bid'ah dan seolah-olah fobia dgn p'kataan itu..bukan sy , bukan Abu Hannan atau imam2 muktabar yg mereka-reka perkataan ini.ia terbit dari lidah mulia Rasul s.a.w. kita..jika anda tak setuju dikatakan ssuatu amalan itu bid'ah, sila kemukakan dalil hujah anda..jgn pula pabila anda tidak ada hujah, anda menjelir-jelir lidah bagai kanak2.

syukran Abu Hannan..bnyk info di blog tuan :)

akhi,pasang button like kat entry skali ye..

Assalamualaikum........,
Mekah dan Madinah adalah tanah yg telah dirahmati dan telah dijanjikan keselamatannya oleh ALLAH s.w.t dari segala fitnah2 didunia(termasuk fitnah dajjal).,sepertimana yg telah disampaikan dan dijanjikan oleh Rasullulah Muhammad s.a.w..., adakah anda mahu mendustakan Rasullulah s.a.w dan berpaling dari janji ALLAH s.w.t dengan menuduh mereka yg disana sebagai wahabi(sesat)..,dan ketika Imam Mahdi muncul nanti,adakah mereka yg menuduh wahabi sebagai sesat akan bersedia berjuang bersama2 dengan beliau atau akan menuduh beliau sesat...,renungkan...., nauzubillahi min zalik...,

Saya betul2 berminat nak tahu lebih lanjut tentang penerangan 'wahabi' ni. saya ni jahil ilmu agama. yang saya tahu di akhir zaman, islam berpecah kepada 72 puak. Hanya satu sahaja yang benar.

Walaupun saya jahil agama, tapi saya tak jahil dalam matematik.
Maknanya jika dibuat perkiraan matematik, kebarangkalian saya sedang beramal dengan puak yang sesat adalah :

71/72 x 100 = 98.6% Hampir 99%.. peratusan itu terlalu tinggi untuk saya berasa selesa dengan pegangan saya sekarang.

Mungkin atas sebab itu, rasulullah pesan kalau tidak mahu sesat, peganglah pada 2 perkara (alquran dan sunnah)..

Soalan saya :
1) adakah sebarang perkara/amalan/ajaran di dlm sunnah wal jamaah mencabuli pesan rasulullah ini?
2) adakah sebarang perkara/amalan/ajaran di dlm wahabi mencabuli pesan rasulullah ini?
3) Jika saya ingin terus berpegang pada sunnah wal jamaah dengan menolak sebarang bidaah hasanah, adakah saya masih dikira ahli sunnah wal jamaah?
4) Bagaimana saya nak tahu saya sedang berada dalam SATU golongan yang benar dari 72 golongan yang sesat?

Harap siapa sudi bantu saya terima kasih. Boleh hubungi saya di http://www.facebook.com/profile.php?id=100001415384755

Salaamun'alaik, tak perlulah tuduh orang itu ini, realitinya harus difahami, Syeikh Abdul Wahhab rohimahullah itu adalah seorang ulama' besar Hanabilah, mengaitkan beliau dengan kesesatan adalah satu fitnah besar. Yang dimarahi sangat tu adalah anaknya bernama Muhammad, maka kalaulah sudah dibenci dan dihina sangat dia ini, sebutlah dengan benar dan tepat : Muhammad sesat. Kenapa dituduh orang yang tiada kena mengena.

Kepada semua, jika nak merasakan bagaimana yang dikatakan manis, hebat dan mulianya ilmu Allah Swt. ini, mari kita cuba begini, pilih 5 perkara ibadah, mari kita selidiki satu persatu asasnya bermula dengan perintah Al Kitab, diikuti as sunnah Nabi Saw. yang menunjukkan dengan lengkap ibadah itu, diikuti pula amal perbuatan para salafus solih. Dengan mengikut disiplin ini akan pasti sekali ditemui makna dan kaifiyat sebenar melakukan ibadah itu.

Marilah buat bersama, nanti kita lihat hasilnya. Akhirnya akan kita temui sendiri yang mana disuruh oleh Allah dan ditunjukkan oleh rasulNya dengan yang tak pernah ada sekarang ada pulak. Sendiri kita akan temui dan fahami perbezaannya.

Selamat mencuba, moga rahmat dan petunjuk Allah Swt. sentiasa mengiringi kita ke jalan yang lurus.

Wassalam

Aburijal Adz Dzahiry

...satu saja perkara yg saya mahu tahu, Aliran Islam apakah yang terdahulu masuk ketanah melayu yg dibawa oleh saudagar dan pendakwah islam ? Adakah aliran tasawuf yg tulen atau aliran tasawuf yg sudah rosak atau aliran yg membawa ajaran dari Al-Quran dan Sunnah, kalau kita perhatikan dialam-alam melayu ini banyak membicarakan perkara2 mistik, seperti keramat2, ilmu kebal...Biasanya apabila sesuatu perkara sudah menjadi darah daging akan sukar untuk menerima perkara lain walaupun perkara yang datang itu benar...

umpama orang krsitian yg mendakwa sayang kpd nabi isa tetapi x ikut satu pun suruhan dan larangan nya. mereka tidak berkhatan, mereka menduakan tuhan, mkn babi, tidak menutup aurat, minum arak, mengadakan patung sembahan, berzina dan menggunakan perantara utk berdoa. Akan tetapi jika seorang kristian itu benar2 mengikut ajaran nabi isa a.s, maka apa akan masyarakat kristian sekarang gelarkan kpd dia??? dia akan digelar Muslim! kerana Islam wujud sejak dari nabi adam hingga ke rasullah saw.

begitulah nasib umat islam yg memilih utk menolak bidaah, menolak hadis dhaif dan maudu', menghidupkan manhaj salaful soleh, menrujuk kpd nas dan hadis, serta berpegang kpd kaedah sebenar tafsiran 4 imam ahlul sunnah wal jamaah....mereka dituduh wahabi, ekstremist, konservatif, dan mcm2 lagi label...semoga Allah kurniakan hidayah kpd yang menfitnah salafi sbg wahabi terutamanya kpd ustaz zamihan al ghari. Wallahualam

Soal yang diperbincangkan ini usahlah terlalu diberatkan seperti orang yang tidak berakal serta berilmu dengan iman yang kukuh, kerana kita perlu melihat secara teliti apa jua permasalahan ini tetap berpandukan Al-Quran serta As-Sunnah serta 4 ulama Mazhab utama As-Syafie, Hambali, Maliki dan Hanafi, itu lebih penting, beli kitab yang terbaik dan kaji yer semua, tak usah berhujah cara orang bodoh, banyak perkara dasar tidak lagi betul.

Sebagian kaum Musyabbihah, seperti kaum Wahhabiyyah di masa sekarang terkadang mambantah pemaknaan Istawâ dengan Istawlâ, Qahara atau Ghalaba (menguasai). Mereka lebih memilih makna Istaqarra (bersemayam atau bertempat) yang jelas tidak sesuai bagi keagungan Allah. Di antara alasan yang mereka kemukakan ialah bahwa pemaknaan Istawâ dengan Qahara dan Ghalaba memberikan indikasi adanya “pertentangan” antara Allah dengan arsy, dan kemudian Allah memenangkan “pertentangan” tersebut. Artinya, menurut mereka seakan pada awalnya Allah dikalahkan (Maghlûb), lalu kemudian Dia dapat mengalahkan (Ghâlib). Mereka memandang bahwa di sini ada pemahaman Sabq al-Mughâlabah, artinya seakan Allah dikalahkan terlebih dahulu

Catat Ulasan

Pada pendapat anda?

Perjalanan

Tembusi Petra, Jordan Slideshow: BenTaleb’s trip was created by TripAdvisor. Create a free slideshow with music from your travel photos.
Sabda Baginda SAW ; "Ketahuilah ia (Dajjal) berada di laut Syam atau laut Yaman.. akan datang dari arah timur (lalu menunjukkan dengan tangan baginda).."[Riwayat Muslim]. Daripada Abi Bakr al-Siddiq r.a, sabda Baginda SAW, "Dajjal akan muncul ke bumi dari arah timur bernama KHURASAN." [Riwayat al-Tirmizi]. Daripada Anas bin Malik r.a, sabda Baginda SAW, "Dajjal akan keluar dari kota Yahudi ISFAHAN (Khurasan, IRAN) bersama 70,000 penduduk ISFAHAN". [Fath al-Rabbani Tartib Musnad Ahmad. Ibn Hajar berkata : "Sahih"]. Ibn Kathir berkata, Dajal pada mulanya akan muncul dari ISFAHAN dari sebuah kota Yahudi [al-Nihayah fi al-Fitan wa al-Malahim]. ISFAHAN adalah sebuah bandar terbesar YAHUDI di Iran dan pusat loji nuklear Iran pada masa kini.