JTR mengalu-alukan tuan puan untuk membaca tulisan dalam blog ini bagi manfaat tuan puan
Photobucket

Rabu, 5 Mei 2010

Ajaran Pemuda Kahfi; Siapa?

Posted by Abu Hannan On 5:37:00 PG 46 comments

 
Sejak kebelakangan ini, terdapat pertanyaan yang agak serupa oleh beberapa orang penanya yang berbeza. Ia seolah memberi satu gambaran bahawa ajaran ini sedang digiatkan semula oleh pihak mereka. JTR kali ini akan berkongsi kepada anda siapa sebenarnya Pemuda Kahfi ini dan apa pandangan Islam mengenainya. Antara soalan mereka:

1. Ustaz, apa pendapat ustaz mengenai Pondok Persantren al-Zaytun dan Ajaran Pemuda Kahfi tu apa?
2. Ustaz, Negara Islam (NI) hakiki sekarang telah wujud tapi mengapa pemuda kahfi merahsikannya? Sejauh mana kebenaran pernyataan ini?




Pengenalan oleh Penyunting
Saudara-saudari, berhati-hati jika anda didekati oleh kumpulan ini yang menyamar mengajak orang ramai memasuki kelas kuliah tafsir al-Quran. Mereka juga mendakwa negara Islam tulen telah wujud tetapi tersembunyi. Mereka mentafsir al-Quran secara semberono dan menggunakan logik akal tanpa merujuk imam-imam yang muktabar sehingga membuat dakwaan-dakwaan palsu terhadap Rasulullah SAW.

Tempat asal ajaran: Indonesia (Pondok Pesantren al-Zaitun, Indramayu, Jawa Barat). Mula menular secara rahsia di Malaysia sejak 10 tahun lepas.

Modus Operandi

A)Pemilihan ahli

Setiap individu yang telah terpilih menyertai organisasi ini hendaklah menyerahkan nama-nama prospek baru yang difikirkan layak ke dalam "database nama" untuk direkrutkan. Sebelum individu pengikut ajaran ini dibenarkan berjumpa dengan sesorang prospek , pemimpin kumpulan atau ulul amri akan meneliti senarai nama tersebut dan mengarahkan untuk menjalankan proses Iqra' -1 . Proses ini adalah proses saringan untuk menjamin survival kumpulan ini di masa hadapan. Berikut adalah ciri -ciri individu yang diperlukan:

1.Tidak terlalu tua atau terlalu muda
2.Berharta
3.Sihat tubuh badan
4.Bukan anggota keselamatan
5.Kelihatan belum dipengaruhi sebarang ideologi lain
6.Tidak bekerja syif
7.Bukan seorang muallaf

Setelah selesai melakukan perincian tersebut dan calon prospek melepasi saringan ciri -ciri yang dikehendaki, ahli tersebut bolehlah membuat proses Iqra' -2 dan membuat temujanji dengan prospek. Kali ini beliau akan ditemani oleh orang lama organisasi ini yang bertindak sebagai penampan bagi mematahkan hujah-hujah prospek. Al -Quran turut dibawa bersama sebagai alat menguatkan hujah mereka. Di penghujung proses Iqra', prospek akan ditawarkan mengikuti kelas pengajian tafsif Al Quran secara percuma bagi menarik minatnya menyertai organisasi ini.

Berikut adalah sesi yang mesti dilepasi oleh seseorang individu sebelum layak mengikuti sesi hijrah pertama:

1.Sesi Silatulrahim
2.Sesi Akidah
3.Sesi Sunnah
4.Sesi Ibadah
5.Sesi Perlaksanaan

Sekiranya prospek menunjukkan respon positif sepanjang berlangsungnya kesemua sesi ini, mereka akan diuji bagi menilai tahap keyakinan mereka. Jika dilihat seakan-akan menolak ,pentilawah akan mengulangi berpuluh kali ayat yang sama dan melabelkan prospek sebagai orang kafir yang suka tinggal di dalam tong najis sekiranya enggan berhijrah.

Di dalam sesi perlaksanaan, prospek akan diminta membayar RM 1,500.00 dan RM 70 infaq wajib untuk melayakkannya mengikuti kelas 'Sistem Pendidikan Islam' (SPI) selama 6 bulan. Setelah wang diberikan, prospek akan diminta membayar sejumlah lagi 'Wang Taubah'. Jumlahnya tidak ditetapkan tetapi mengambil kira sebanyak mana dosa yang telah dilakukan sejak lahir hingga sekarang.

Ada yang membayar hingga RM 20,000.00 dan jumlah minimum yang ditetapkan adalah sebanyak RM200.00. Mereka juga diingatkan supaya menyimpan wang sebanyak RM 3,600.00 dan paspot antarabangsa untuk melawat ke Negara Islam yang disebut-sebut sebagai negara Islam tulen yang telah wujud tetapi tersembunyi.

Pada program hijrah pertama, prospek diminta menunggu di transit seawal jam 5 pagi. Hal ini bagi mengelakkan daripada dikesan oleh pihak tertentu. Prospek akan dijemput oleh seseorang dengan menaiki kereta atau van ke tempat yang ditetapkan. Sebelum perjalanan dimulakan, mata prospek akan ditutup.

Perjalanan ini kononnya perjalanan ke "GUA". Perjalanan ke 'gua' tersebut tidaklah terlalu jauh. Setelah semua yang terdiri daripada lelaki dan perempuan dikumpulkan di 'gua', mereka diberikan taklimat ringkas tentang program yang akan dijalankan pada hari tersebut.

Menjelang jam 9 pagi, sesi hijrah bermula dengan sesi ta'aruf kepada wakil pemimpin 'Negara Islam' (NI) . Setiap orang diminta berdiri untuk membacakan lafaz baiah di hadapan 4 orang pemimpin NI tersebut. Majlis berakhir jam 5 petang.

Kelas SPI bolehlah dibahagikan kepada 7 peringkat:

1.Kelas Sambutan
2.Kelas Persediaan Asas District - PAD
3.Kelas P3D
4.Kelas PDU 1
5.Kelas PDU 2
6.Sejarah Am
7.Sejarah Khusus

B) Method Dakwah

Setiap individu diwajibkan membawa tafsir Al Quran setiap kali program berlangsung. Ahli lelaki dikehendaki berkemeja lengan panjang, bertali leher, berseluar panjang dan berkasut. Mereka mendakwa jubah adalah pakaian Rasulullah sesuai dengan keadaan masyarakat pada waktu hidup baginda. Manakala pakaian umum yang sesuai dengan keadaan sekarang ialah kemeja.

Bagi perempuan pula, cukup dengan berpakaian kemas. Sementara menunggu sesi dimulakan, setiap ahli dikehendaki menyerahkan wang program ( rujuk ayat 58:12) ke dalam sampul yang disediakan. Kemudian sesi diteruskan dengan semakan hafazan setiap individu mengikut peringkat yang ditetapkan. Setelah selesai, pimpinan NI meneruskannya dengan mengarahkan ahli membaca ayat tertentu daripada surah tertentu. Kemudian ahli diminta supaya memberi pendapat mengikut fahaman mereka tentang ayat tersebut.

Setiap ahli juga akan disoal bertalu-talu untuk menilai kefahaman mereka. Kebiasaannya tidak akan ada seorang pun yang menjawab mengikut seperti yang dikehendaki oleh ajaran ini. Sebarang persoalan dibenarkan untuk diajukan. Keadaan ini seolah menunjukkan pimpinan bersikap terbuka tetapi jika ada yang berani bertanya, individu tersebut akan disindir dan diherdik kerana cuba menjadi pengacau di dalam kelas tersebut. Sebelum kelas berakhir, setiap ahli dikehendaki menyampaikan kesan dan pesan daripada program tersebut kemudian ditulis di atas kertas untuk direkodkan. Program berakhir jam 11 malam.

C) Infaq

Infaq merupakan elemen terpenting dalam menentukan tahap keimanan individu yang terlibat dalam organisasi ini. Setiap ahli dikehendaki membayar jumlah infaq yang berbeza mengikut tahap dan peringkat tertentu. Alasan yang diberikan ialah di dalam negara yang batil yang diduduki mereka sekarang ini pun bermacam cukai dan benda yang mesti dibayar. Oleh itu, untuk membina Negara Islam lebih banyak wang diperlukan. Ini kerana Allahlah yang meminta anda berjihad harta dan diri sebelum diangkat darjat olehNYA. Antara infaq yang ditetapkan ialah:

1.Harakah Ramadhan
2.Infaq individu
3.Harakah Korban Aidil Adha
4.Infaq Pendidikan
5.Infaq Projek Mega
6.Infaq Taifah ( pentadbiran pejabat kumpulan)
7.Granite
8.Sedekah Program Khas (Ta'lim Ta'lum)
9.Intisodiah

Bayaran lain pula adalah didakwa untuk menampung kos-kos seperti aktiviti setiap minggu, program kepimpinan, SMS, pengangkutan, kos sewa bangunan ,bil air dan elektrik, barang –barang pejabat dan stationery.

Pembelian wajib juga diadakan oleh ulul amri seperti frozen food, jus minuman, minyak angin ,kuih muih dan sebagainya di mana ianya amatlah membebankan ahli. Jumlah keseluruhan boleh dianggarkan sekitar RM 1,000.00 sebulan yang wajib dijelaskan tanpa memberi sebarang alasan.

Jika beralasan, maka akan dibacakan ayat-ayat tertentu bagi menambahkan keyakinan ahli. Ini tidak termasuk kos persediaan berhijrah ke NI iaitu RM 3,600.00 yang mesti di jelaskan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

D) Aqidah dan Manhaj

1. Membahagikan tawhid itu kepada 3 bahagian, iaitu tawhid Rubbubiyah,tawhid Mulkiyyah dan Tawhid Ubudiyyah. Tawhid Rubbubiyah merujuk kepada Rabbi iaitu aturan dan sandaran perlembagaan Negara Islam berdasarkan (Al Quran dan As Sunnah). Tawhid Mulkiyyah merujuk kepada kawasan dan wilayah kekuasaan Negara Islam. Tawhid Ubudiyyah merujuk kepada penganut ,rakyat dan warganegara Islam.

2. Segala aturan,perintah dan arahan dari Negara Islam (NI) adalah sama dengan arahan Allah yang wajib dipatuhi.

3. Semua pekerja NI adalah malaikat di sisi Allah.

4. Kerasulan dan kenabian tidak berakhir dengan alasan setiap orang yang menyampaikan da'wah Islam dianggap juga sebagai Rasul Allah.

5. Al Quran diakui sebagai wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad, namun manusia mempunyai kebebasan untuk menta'wil dan mentafsir mengikut logika mereka baik ayat-ayat muhkamat mahupun mutasyabihat.

6. Hari Qiamat adalah hari kebangkitan dan kemenangan mereka untuk isytihar futuh ( pembukaan Mekah) .

7. Solat terbahagi kepada 2 bahagian, iaitu solat actual dan ritual. Solat yang lebih utama ialah solat actual iaitu segala bentuk aktiviti ,program yang ditetapkan oleh NI. Solat ritual ialah solat lima waktu tidak diwajibkan hingga setelah futuh.

8. Melakukan solat actual adalah bukti laksanakan Negara Islam yang haq dan ibadat paling utama dalam ajaran ini. Antaranya merekrut ahli baru, hafazan ayat Al Quran, mengumpul dana, menjana program dan menjadi umat Islam sepenuhnya dengan berhijrah ke Negara Islam (dengan cara bersyahadah dan berbai'ah kepada pimpinan NI).

9. Menghalalkan apa jua cara bagi melaksanakan matlamatnya termasuk menipu, mencuri barang milik keluarga sendiri,syarikat dan kawan-kawan yang di luar golongan mereka kerana untuk memenangkan agama Allah.

10. Orang yang berada di luar golongan mereka adalah kafir ,munafik dan musyrik tidak kira sama ada mereka itu termasuk ibu bapa, adik beradik, mahupun golongan ulama kerana mereka bukan warganegara Islam tetapi umat demokrasi.

11. Jika berlaku sebarang perlanggaran syariat Islam yang ditetapkan mereka akan dikenakan 'dam' yang harus dibayar dengan wang ringgit.

12. Dosa juga boleh ditebus dengan membayar "wang taubah".

13. Ibadat korban bukanlah dengan menyembelih haiwan ternakan tetapi dengan mengorbankan wang ringgit dan harta benda bagi pembangunan NI.

14. Haram mengahwini pasangan yang di luar golongan mereka kerana ibarat berkahwin dengan orang kafir maka tidak sah perkahwinannya.

15. Negara Malaysia dianggap Mekah dan NI dianggap Madinah. Hanya yang telah berhijrah dan menjadi warganegara NI layak dipanggil umat Islam.

16. Syurga di akhirat hanya layak untuk mereka yang telah Islam iaitu kepada yang telah menjadi warganegara NI. Sebelum mendapat syurga di akhirat hendaklah terlebih dahulu mendapat 'syurga' di dunia .

17. Lailatul Qadar adalah hari diturunkan Al Quran kepada pengikut yang baru dalam sesi hijrah pertama. Ia menunjukkan Allah maha adil kerana Lailatul Qadar yang difahami sekarang hanya pada mereka yang bernasib baik dan berlaku sekali dalam setahun.

18. Isra' dan Mikraj merujuk kepada seseorang 'rasul' (dalam tafsiran no. 4 di atas) bertemu dengan pemimpin tertinggi dalam struktur organisasi NI.

19. Menutup aurat tidak diwajibkan kepada semua pengikutnya dengan alasan mereka adalah golongan kahfi ( ahli gua) .

20. Setiap pengikut diwajibkan berjihad harta dan diri. Membayar infaq yang ditetapkan setiap bulan dan sanggup menjadi kuda orang suruhan ulul amri mereka dengan taat setia

21. Harta milik pengikut mereka adalah milik Allah dan hendaklah diserahkan apabila diminta berbuat demikian.

22. Mengerjakan haji bukanlah satu ibadat kerana tujuan Rasulullah ke Mekah adalah untuk menakluk Mekah dengan berselindung disebalik mengerjakan ibadat haji.

23. Pengagihan wang zakat bukanlah semata-mata kepada asnaf yang ditetapkan tetapi juga boleh digunakan untuk pembangunan prasarana NI.

24. Rasulullah tidak mempunyai apa-apa mukjizat selain Al Quran.

25. Rasulullah bukan 'Ummi' kerana mustahil seorang cucu pembesar Mekah buta huruf. Rasulullah menulis sendiri ayat-ayat Al Quran yang diwahyukan kepadanya.

26. Nama sebenar Nabi Muhammad ialah Ahmad. Muhammad merujuk kepada suatu 'Lembaga Kerasulan Muhammad' yang berperanan sebagai kumpulan dakwah Islam di zaman Nabi Muhammad.

27. Yang menyampaikan wahyu kepada Nabi Muhamad bukanlah Malaikat Jibrail tetapi kumpulan pemuda "kahfi" di zaman itu.

28. Sunnah bukanlah merujuk pada segala tingkah laku dan amalan Rasulullah dalam beribadat tetapi turun dan naiknya gelombang kejatuhan dan tertegaknya negara Islam dari Adam hinggalah terakhir, kerajaan Turki Othmaniah.

29. Bukti gerakan ini di landasan yang hak adalah merujuk kepada ayat Allah yang menjadikan bumi ini dalam 6 masa. Ia ditafsirkan sebagai fasa (framework) yang mesti dilalui oleh sesebuah Negara Islam dalam 6 peringkat sebagai contoh:

1) Kondisi Mekah
2) Kahfi Pertama
3) Isytihar Negara Islam
4) Kahfi Kedua
5) Futuh atau Pembukaan Mekah
6) Perluasan (penyebaran ke seluruh dunia)

30. Hadis Rasullullah hanyalah satu cerita kosong yang tiada kena-mengena dalam perlaksanaan ibadat dan mendirikan Negara Islam.

31. Hukum menyentuh kitab Al Quran tidak perlu berwuduk, malah ia boleh dilontar, dipijak, dihempas dan diludahi kerana ia adalah buatan manusia. Yang lebih penting ialah melaksanakan isi kandungannya daripada meghormati rupa bentuknya.

32 Rasulullah tidak maksum dan pernah melakukan banyak dosa tetapi tidak diceritakan dalam sejarah. Mustahil Rasullullah dapat berdakwah pada orang seperti Umar Al Khattab jika peribadi baginda berbeza dengannya.

E) Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya, Ajaran Pemuda Kahfi ini bukanlah ajaran Islam seperti yang diperjuangkan atau dilaung-laungkannya. Ia adalah satu aliran agama palsu dan baru yang bertopengkan ajaran Islam bagi mengelirukan pengikutnya yang jahil tetapi dahagakan ilmu agama . Ia dikesan menggunakan metod pemikiran golongan Islam Liberal dan Anti Hadis dalam membuat tafsiran ayat-ayat al-Quran.

Kepada sesiapa yang terlibat dan masih aktif, segeralah bertaubat. Kepada yang belum terlibat, berhati-hatilah dengan perangkap mereka.

Nota Hujung Penyunting

Yang melucukan ialah apabila ditanya dimanakah NI yang disebut-sebut telah muncul dengan segala kesempurnaannya itu berada…. Jawapannya di suatu tempat di kawasan yang beriklim 4 musim!!!


Oleh: Syahid Redha dengan suntingan oleh Sheikmaz, ahli forum al-ahkam.net
Penyunting: sheikmaz

Sebaran Untuk JTR 2010


Sumber: Forum www.al-ahkam.net dengan sedikit pindaan dan suntingan




46 Komen:

Ajaran ni 2 tahun dulu agakaktif di area bangi, putrajaya, kajang n serdang... skrg nmpk dah tak aktif..

mmg mengarut tp kita org biasa2 takde ilmu nk hujah dgn mereka ni..

terima kasih ustaz dengan penjelasan ni

terima kasih di atas pnjelasan pjg lebar yg diberikan~~mmg nmpak sgt2 mengarut ajaran ini..smoga kita umat isLam tidak tertipu dengan ajaran palsu sebegini..allahuakhbar!!!

jika aqidah kita jelas, insyaAllah kita boleh membezakan yg mana kaca dan yang mana berlian..

Assalamualaikum Ustaz..Saya bekerja di kajang,ajaran ini sudah mula menular di tempat kerja saya.Pada pengamatan saya dah agak ramai kawan kawan saya mengikut kelas tafsir Alquran yang di anjurkanya.Kelas tfsir adalah secara in person dgn `ustaz'.Seorang ahli lama akan menemani ahli baru.Proses pembelajaran berlaku dirumah ahli baru @ rumah ahli lama @ rumah `ustaz'.Kadang-kadang sehingga ke subang,pj,shah alam..Acap kali saya di ajak utk mengikuti klas ini,tapi saya menyatakan INSYAALLAH.Saya diajukan banyak persoalan tentang islam.Antaranya siapa nabi Muhammad?Betulkah Nabi Muhhammad seorang yg ummi?.Tafsir Alquran yg di pelajari bukanya secara keseluruhan,tetapi sebaris ayat Alquran shj.Ahli perlu mengigati bacaan dan makna ayat tersebut.Kebanyakkan ayat yg ditekankan adalah ayat yg mempuyai makna`Sesungguhnya'.Rakan-rakan yg enggan mengikuti digelar musyrik..Apa pandangan ustaz tentang hal ini dan apa yg patut saya lakukan.Wassalam.

Wassalam kepada yang bertanya di atas. Saya akan cuba memberi respon terbaik untuk anda, tetapi saya cadangkan untuk anda bertnya kepada yg lebih arif mengenainya.

Persoalan yang sangat jelas, jika tidak mengikuti kelas ini, akan digelar musyrik. Musyrik merupakan satu maksud yang sangat berkaitan dengan soal aqidah. Musyrik ini bermaksud mensyirikkan Allah seperti contoh, meminta dengan orang yang telah mati, menyembah berhala, pokok, bulan dll. Adakah kerana hanya tidak mengikuti kelas tafsir yg diadakan secara 'IN-Person" digelar syirik? Mengajak mengikuti kelas tafsir dengan cara ini dilihat seperti paksaan secara terhormat. Ternyata mereka yg mengikuti kelas ini tidak lagi mengerti soal syirik yang sebenarnya. sekarang jelas, Ini tafsiran yang menyimpang jauh dari landasan aqidah Islam.

Cadangan.
kalau pensyarah yang mmg2 sudah punya kelayakan untuk berceramah dimasjid2 wajib mendapatkan tauliah terlebih dahulu untuk mengajar, malah dicari juga mereka yg berkuliah dirumah2 takut2 tidak punya kuliah, saya katakan, pihak berwajib agama harus terlebih dahulu menangkap golongan ini yang sememangnya sah2 tidak punya tauliah dari sudut Islam dan undang2. Saya mencadangkan untuk anda membuat laporan kepada pihak berkuasa agama, kalau di selangor, JAISlah. minta penjelasan lanjut mengenai ajaran ini, dan selain itu, cuba berikan khidmat nasihat kepada sahabat2 anda dengan cara paling berhikmah... Doa juga penting.

Salam,

Aku pun dah terjebak 'ajaran' ni di kuantan sekitar 2 tahun lepas. yang jadi 'ulul amri' ni pulak geng satu batch aku kat universiti yg dah lama x jumpa (dulu bkn main rock lagi mat ni, skrg alih-alih dah alim).modus operandi lbh kurang sama mcm kat atas la. sempat la jugak aku kena pau dalam 1-2 ribu. last-last aku nampak mcm x betul je...asyik mintak duit je...last-last aku panggil member aku (sorang ustaz) dan belasah mat ni (dgn hujah la..hehe). terus dia senyap sampai skrg..

salam... saya memang dah tau sesat tp saje nak joint sbb adek sy terlibat , tp bila saya byk tanya langsung dia kensel klas patutnya 7 hrari bturut apapon klu nak mnyamar kena jd lurus bendul & jadi bodoh baru tau modus operandi dia sampai akhir tp awas!! anda akan diugut bunuh jika lari dr kumpulan ni atau kena bayar beribu ringgit , macai mereka akan ikut anda hingga ke tempat kerja & d mana saje membuatkn anda tak selesa dan ketakutan...

awas mamat kilang area shah alam pj subang banyak terpengaruh...

ok bye - bye
pemuda gua hira'

Salam,

saya pun dah pernah belajar dengan mereka ni..memang mereka mentafsir Al-Quran sesuka hati dengan alasan kita diberi akal untuk berfikir..mereka juga berkata apa yang telah kita belajar selama ini adalah ajaran nenek moyang sahaja..

mereka juga menolak pendapat ulamak terdahulu dan mengatakan ulamak adalah ahli kitab..mereka juga memutarbelitkan tafsiran Al-Quran dan tidak mentafsirkan Al-Quran secara penuh iaitu hanya mengambil ayat-ayat yang membenarkan hujah mereka sahaja, sedangkan apabila saya baca semula terjemahan Al-Quran di baca dengan penuh mengikut surah tidak langsung berkaitan dengan apa yang mereka ini sampaikan..jelaslah bahawa ada dakyah yang tersembunyi daripada ajaran mereka ini..

tafsiran mereka hanya lah menjurus ke arah pembinaan Madinah dan mengatakan apabila kita berbicara tentang Al-Quran kita berbicara tentang membina Madinah tersebut..mereka kecilkan skop Al-Quran dengan hanya mementingkan pembinaan Madinah tersebut dan apabila ditanya dimanakah Madinah tersebut meraka merahsiakannya daripada saya dengan alasan Rasulullah berdakwah secara rahsia-rahsia dan itulah cara beriman kepada perkara yang ghaib..

ada juga terdapat unsur-unsur penipuan dari segi kewangan kerana saya dituntut untuk membuat Bai'ah dengan memberi sejumlah wang kerana kata mereka itulah yang Rasulullah buat semasa Bai'atul-Aqabah..sedangkan apabila di baca semula, Bai'ah sebenar yang dilakukan oleh Rasulullah adalah dengan meyatakan kalimah syahadah..

meraka menyatakan zaman kita adalah sama seperti zaman jahilliyah dahu..oleh itu kita perlulah berhijrah keluar dan membina Madinah..dan untuk hijrah perlulah berBaroah iaitu melakukan Bai'ah seperti yang saya tuliskan tadi..yang kelakarnya, mereka mentafsirkan ayat yang mengatakan kita wajib mengeluarkan wang (berBaroah) tersebut untuk berhijrah keluar ke Madinah tetapi apa yang pasti, ayat tersebut adalah dari surah Madaniyah..maknanya Rasulullah belum lagi menerima wahyu tersebut semasa beliau hijrah ke Madinah..jelas sekali mereka hanya memutar belitkan Al-Quran..

Berhati-hatilah dengan mereka ini..rujuklah kepada para ulama dan janganlah taklid dalam apa jua perbuatan kita khususnya dalam hal-hal agama...gerakan mereka ini masih lagi aktif..berwaspadalah...!!

tambahan..
mereka tidak lagi menggunakan nama Ajaran Pemuda Kahfi, mereka menamakannya sebagai satu sistem kehidupan iaitu SISTEM DINUL HAQ....

sebabtiulah pentingnya tauliah untuk mengajar agama..tauliah tu bukanlah sama macam pendaftaran bisnes..tapi untuk memastikan setiap apa yang disampaikan itu adalah mengikut syariat Islam..apa yang ditakutkan untuk meminta tauliah jika kita pasti ajaran kita itu benar..

Salam.

Kepada penulis, Gerakan NII Zaytun Wilayah Malaya memang sentiasa bergiat aktif sejak dahulu lagi. Sehingga kini telah ramai yg menjadi mangsa.

Saya sebenarnya amat kesal dengan sikap pihak berkuasa yg memandang remeh perkara ini. Di Indonesia Maahad Zaytun dilindungi oleh Intelejen Indonesia (BIN) dan Majlis Ulama Indonesia (MUI)sampai sekarang tidak berani mengeluarkan fatwa walaupun jelas sesat.

Di Malaysia, NII zaytun jelas juga dilindungi oleh pihak tertentu kerana ada segelintir ahli NII Zaytun wilayah malaya adalah golongan berpengaruh.

Nampaknya masih ramai lagi terutamanya ilmuwan dan pihak berkuasa agama memandang remeh perkara ini sedangkan ia satu penyesatan akidah dan syariat secara terancang. NII Zaytun jelas adalah gerakan penyesatan paling aktif dan berkembang tanpa sekatan setakat ini.

GK

Sebarkan maklumat mengenai Gerakan sesat ini kepada masyarakat kerana hakikatnya pada hari ini Gerakan Sesat ini semakin aktif merekrut prospek untuk dijadikan binatang ternak untuk diperah tenaga, mental dan wang ringgit mereka.

Sekitar tahun 2000 aku join dorang nih dan dinaikkan 'darjat' hingga ke peringkat Pusat.

aku lari sebab aku slalu gaduh ngan dorang sebab duit. pemimpin2 pakai kete besar, tapi umat bawah seksa merana.

aku rasa ajaran tak salah, yg salah ialah perlaksanaanya. kita jgn lupa, menegakkan Negara Islam brlandaskan Al-Quran dan Sunnah adalah WAJIB. menegakkan khilafah adalah wajib, sama wajib mcm solat, puasa, zakat, haji dan sebagainya.

kita yg tak buat apa2, xde hak nak menuduh org lain sesat, sedangkan diri sendiri hanyut dibuai duniawi dan mngabaikan tanggungjawab sebagai muslim. Tanggungjawab muslim ialah berjihad memenangkan agama, dengan harta dan diri. ada buat?

yg penting, setan2 yg memeras duit org2 yg nak berjihad utk diri sndiri mesti dihapuskan. utk pngetahuan semua, kenapa majlis agama dan jabatan agama xleh buat apa2?

pertama, apa yg dorang buat adalah BETUL dan menepati kehendak agama. bahkan tukang2 yg nk dakwa x jadi nk dakwa sbb diri sndiri lg teruk dr dorang tu. so cmne nk dakwa dan wujudkan kes?

keduanya, ada bbrp individu peringkat tinggi dlm kerajaan dan jabatan agama adalah orang2 mereka. aku tau lah pasal aku selalu jumpa dorang.

sebagai Islam, aku takleh ckp apa2 sebab berjihad adalah WAJIB bg setiap yg mngaku muslim. menuruti sunnah juga wajib. jgn ingat sekadar solat, puasa, zakat, haji tu cukup. tak.

aku cuma nk perlaksanaan dorang ni diperbetulkan dan setan2 jahanam yg membusukkan Islam itu mesti dipancung. jika dilaksanakan menepati 100% anjuran Allah dan dilaksanakan Rasul, memang cantik sangat, bleh rasa betapa dekat diri ngan Allah, betapa ada 'fungsi' diri sebagai hamba.

apa2 pun aku nasihatkan jgn terjun buat kesimpulan jika sekadar dgr cakap2 org. takut2 akan jadi fitnah dan jadi sebagian dari manusia2 yg mnghalang manusia dari kebajikan dan berjuang kerana Allah.

sebelum menuding jari, tye diri sndiri dulu, apa sumbangan aku utk Islam dan Allah?

Saya pernah mengikuti kelas tafsir sesat ni pada tahun 2007. Diajak sungguh2 oleh rakan sepejabat saya yg tak jemu2 'follow up'. Setelah beberapa minggu dia follow up saya terasa bersalah kerana asyik mengelak 'majlis ilmu'.

Kelas Pertama
'Ustaz' di dalam kelas asyik menegaskan orang di luar sana 'yg belum mendapat hidayah' adalah kafir. Saya agak kurang setuju kerana difinisi kafir tu adalah terlalu berat. Dia berulang2 kali menyatakan kafir itu bukannya yg biasa kita gunakan tu - kafir tu bermaksud belum mendapat 'hidayah' diorang lagi. Saya hanya berdiam diri selepas itu sebab malas nak bergaduh.

Kelas Kedua - Terakhir
Kebanyakkan ajaran mereka nampak seolah2 betul tapi secara perlahan2 mereka cuba selitkan mesej2 songsang seperti:

1. Al-Quran itu hanyalah kata2 (ayat2)
Mereka hanya menganggap QUran itu adalah salah satu buku. Tak payah nak hormat sangat - bida'ah kata mereka.

2. Nabi Muhammad bukan ummi (buta huruf)
Cantik sungguh alasan diorang waktu ni, menyatakan sebenarnya musuh2 islam cuba nak perlekehkan kita dengan menyatakan rasulullah itu adalah buta huruf. Pada zaman itu nabi dijaga oleh atuknya seorang pembesar makkah (takkan tak mampu hantar cucunya ke sekolah kot?) Pada waktu ni saya mengiyakan sajalah sebab nak tau mana dia nak pusing lepas tu.
(Mungkin selepas tu nak cakap nabi yang reka sendiri Al-Quran??)

3. Nabi tidak maksum
Kata mereka kita sekarang ni terlalu mengagungkan nabi. Nabi juga berdosa dan dia juga terpaksa menebus dosa dengan berhijrah, bersedeqah dan sebagainya. Waktu ni kesabaran saya memang dah hilang dan saya mula bertikam lidah dengan mereka.

Pada penghujung kelas ni 'ustaz' dan pembantunya mula meminta wang hijrah pada saya sebanyak RM700++. Dia start cakap pasal dosa yg saya dah lakukan sejak baligh sampai sekarang tak tertebus dengan duit sebanyak RM700++ tu. Saya jawab, "saya boleh bersedeqah tapi bukan pada awak". Saya cakap lagi "apasal nak jadi macam gereja zaman dulu yang jual surat pengampunan - kalau org miskin tu berdosa la sampai mati??" Rasanya 'Ustaz' tu belum cukup 'ilmu' utk menyakinkan orang degil macam saya.

Saya terus menarik diri dari kelas tu dan report pada JAIS. Tapi tak taulah ada tindakan yg dibuat ke tidak.

Pada mereka yang masih menyatakan kumpulan ni tak sesat, saya cadangkan anda beristighfar banyak2. Sunnah nabi juga diperlekehkan di antaranya - "jubah dan serban tu hanya pakaian di zaman itu - sekarang lebih baik pakai kemeja - lebih sesuai" kata mereka. (Pakai kemeja tu ikut sapa??) Ingatlah di akhirat kelak kita semua mengharapkan syafaat nabi Muhammad SAW.

Sumbangan kita pada Allah & Islam?
Ya Allah banyak lagi kita boleh buat - di antaranya cuba banteras kumpulan2 sesat macam ni. Berjuang apa kebenda kalau hukum yg wajib pun mereka ketepikan?? Kata nak berjuang demi Islam tapi solat ditinggalkan, tak berpuasa malah orang pergi haji pun diperlekehkan?
Fikir-fikirkanlah. Wallahualam.

maaf ya kiranya saya kurang ilmu. saya ingin berkongsi pedapat dah harap respon baik dari sahabat2. begini selepas baca banyak dari risalah, cerita pengalaman dan sebagainya kita boleh lihat bertapa daifnya diri kita ini, masyarakat yang hilang arah dan punca. kemuadia muncul golongan "membela islam" seperti ajaran pemuda kahfi ini, wahabi dan sbagainya yang banyak menyeleweng. jujur saya bukan penyokong mana2 politik malaysia yang makin karut.(maaf kalau terkasa bahasa). ada juga yang telah buat aduan namun gagal membentas masalah ini. banyak pula saya dengar tentang sistem islam yang dahulu terbaik namun musnah ditangan musuh islam. sistem kalifah. saya berdoa sistem itu kembali. berharap saudara2 boleh menceritakan tanda2 awal bakalnya muncul sistem ini.

suami saya baru menyertai kelas tafsir quran ni..mmg nampak perubahan dari negatif ke positif..tapi bila baca blog ni,saya jd takut suami sy terjebak lebih jauh lg.sy harap dapat menarik semula suami untuk tari diri dari ajaran tersebut

saya mahasiswa Perguruan Tinggi Swasta di Jogjakarta. Saya telah diajarkan tentang Hijrah ke Negara Islam oleh seseorang yang baru saya kenal dari teman, apakah itu aliran sesat ?
Gimana nie solusinya ? Trus saya diminta uang 3 juta untuk hijrah tersebut, mohon dibalas .. penting !

Cuba selami lagi. Cuba selidiki lagi.

Adakah benar Rasulullah S.A.W mengatakan bahawasanya Negara Islam (Madinah) itu yang paling utama dibina.

Dakwah yang disampaikan oleh Rasulullah S.A.W adalah kearah Mentauhidkan Allah S.W.T, meninggalkan segala larangan-Nya dan membuat dan melaksanakan tuntutan-Nya.

Adakah benar solat itu cukup sekadar kita melakukan dan melengkapkan 13 rukun di dalam solat sahaja. Solat bagaimana yang di ajar oleh Rasulullah S.A.W.

Fikirkanlah, bina negara Islam itu penting atau bina Islam dalam diri itu penting.....

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ”

Bahaya 8 perkara..

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika

1. bapa-bapa kamu,
2. dan anak-anak kamu,
3. dan saudara-saudara kamu,
4. dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu,
5. dan kaum keluarga kamu,
6. dan harta benda yang kamu usahakan,
7. dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot,
8. dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai,

- (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada

1. Allah
2. dan RasulNya
3. dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya,

maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya);
kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).
(At Taubah; ayat 24)


Jangan yakin majoriti..

Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam banyak medan-medan perang dan di medan perang Hunain, iaitu semasa kamu merasa megah dengan sebab bilangan kamu yang ramai; maka bilangan yang ramai itu tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikitpun; dan (semasa kamu merasa) bumi yang luas itu menjadi sempit kepada kamu; kemudian kamu berpaling undur melarikan diri.
(At Taubah; ayat 25)

salam...
aku mntk maaf dlu sblm ckp...
tp aku jd sgt xpuas ht plak bila tau/dgr benda merepek cmni...
tp klu aku jmpe mana2 ustaz/manusia yg wat ajaran sesat ni...
mmg aku pukul/belasah smpi lembik...
pstu aku nk bwk diorg gi balai polis+JAKIM...
weh,ustaz sesat,ada berani kasi cri la sama aku...
bodoh+bangang+bingai...
da sesat,lg menyesatkn!!!
SALAM /// smpg tiga US

salam,
aku pun penah join kumpulan ini, dah dkt 2 tahun juga lah, niat asal cuma untuk mendalami al-Quran, tapi alih2 rupanya ianya adalah sebuah pergerakan.
Pendapat aku, org2 yg aku kenal dlm gerakan ni (yg masih kat peringkat bawahan), niat diorang sgt tulus, nak berjihad tegakkan agama, hukum2 Allah.
Apa yg bekas pengikut di atas sebut, usaha dan niat mereka untuk teggakkan syiar Islam. Niat mereka lebih tulus dari manusia yg hanya tahu bercakap, tp hapak pun tadak. Sekurang-kurangnya mereka berusaha.

Cuma yang musykil adalah cara perlaksanaan, di mana pastinya, orang atasan lah yg mencipta segala undang-undang dan sistem pentafsiran. Bagaimana mereka menafsir al-Quran? Kitab apa yang dirujuk? Mana mungkin menafsir al-Quran ikut logik akal sahaja. kalau tak silap aku, ada hadith yang melarang kita menafsir al-Quran sesuka hati kita. Mana hadith? Kata ikut Quran dan sunnah, kalau sunnah selain cerita sejarah Rasulullah s.a.w., mana hadith2 Rasulullah, mana kitab2 hadith sahih? Kenapa cuma me-rekrut orang-orang baru yang beduit? Kenapa? yang tak berduit tak layak untuk menegakkan agama Allah ke? Negara islam yang dimaksudkan ada agenda tersembunyi ke tidak? Benarkah dana-dana yang terkumpul setiap bulan digunakan untuk membentuk sistem negara? Atau masuk ke poket orang atasan? Kenapa tak gunakan sistem yang telus.

Aku berharap sangap, niat suci mereka yang ikhlas kita contohi, tegakkan agama kita. Tak perlu bina negara baru, kita perindahkan sahaja. Kita ikut al-Quran dan As-Sunnah. Kita kuatkan ilmu pengetahuan (Muslim kita pun dah ramai jadi bijak pandai), kita kuasai ekonomi. Kita follow undang2 Islam. Setel.

Jangan ckp mereka yg menyertai gerakan ni bodoh or bangang etc. Lebih-lebih lagi org yg baru menyertai. Sekurang2 nya niat di hati mereka suci. Cuma kebanyakan mereka cuma ikut tanpa kaji selidik terlebih dahulu. Juga perlaksanaan yg direka org atasan sgt diragui.

Pemuda Kahfi mengkafirkan umat lain yang tidak bersedia ikut Pemuda Kahfi.

Pemuda Kahfi menafsirkan Al Quran menurut pimpinannya tanpa meninjau tafsir-tafsir ulama pendahulu. Rukun Iman ditafsirkan sebagai berikut : Iman pada Allah = Sistem NII, Iman pada Malaikat = Pemimpin NII, Iman pada Kitab = Ajaran NII, Iman pada Rasul = Aparat NII, Iman pada Kiamat = Kemenangan NII, Iman pada Qada & Qadar = Gerakan NII.

Pemuda Kahfi melarang anggotanya untuk berdiskusi tentang Sistem Islam dengan umat di luar pengikut Pemuda Kahfi karena dikhawatirkan menggoyahkan doktrin-doktrin yang telah ditanam pimpinan pada umatnya.

Pemuda Kahfi menetapkan pungutan-pungutan liar dan memaksa pada anggotanya, dan bila tidak dipenuhi maka anggota dicaci-maki sebagai umat yang tidak taat pimpinan, tidak taat negara, dan tidak taat agama. Pungutan-pungutan tersebut antara lain : infaq, harakah ramadhan, harakah kurban, wakaf tarbiyah, sedekah negara, wakaf tanah, dan wisata ke Mahad Megah Az Zayton Nir Rojim di Indramayu Indonesia

Pemuda Kahfi mengganti sholat ritual lima kali sehari dengan mencari anggota baru untuk diajak masuk Pemuda Kahfi. Bila tidak mampu mengajak orang lain masuk Pemuda Kahfi maka dianggap tidak pernah melakukan sholat.

Pemuda Kahfi tidak wajibkan Puasa Ramadhan, tapi wajib membayar uang Program Harakah Ramadhan.
Pemuda Kahfi untuk memenuhi pungutan-pungutan liar dan memaksa tersebut tidak melarang anggotanya mencuri dan menipu umat lain demi mendapat sejumlah uang atau anggota baru untuk dimasukkan dalam Pemuda Kahfi.

Refferensi click my name

Niat itu tidak menghalalkan cara. Sebab itulah kita perlualah jelas tentang akidah Islam yang sebenar. Jangan hanya mengambil satu pendapat sahaja. Setiap apa yang kita perolehi itu perlulah kita kaji dan selidiki. Bertanya kepada banyak pihak. Isu akidah dan tauhuid jangan taklid.

salam..
kepada semua yang mempunyai maklumat berkaitan gerakan pemuda kahfi/NII KW9 di Malaysia,
sila salurkan kepada saya melalui suarajagat@gmail.com

blog sy khas memperkatakan tentang ajaran sesat terutamanya NII KW9 Wilayah Malaya
sebahagian org kanan mereka pernah ditangkap oleh Jabatan Agama Islam pada ogos tahun lalu. Kini mereka turut bergiat melalui persatuan berbasikal ACT

http://suarajagat.wordpress.com

ya Allah..sahabat2 bantu diriku...saya ada ikut 1 program...tapi bila saya baca balik tentang pemuda khafi..hati saya berbelah bahagi..semua sama..kecuali infak..infak yang harus di keluarkan adalah 1:10 dari gaji yang dapat..masuk infak harakah semua..paling kurang rm169 sebulan kene bayar...bila di tanya..mereka ckp...beza dengan pemuda khafi adalah bayaran semasa bai`ah..tapi..bila saya tgk balik semua sama..kecuali bayaran bai`ah...mereka pentingkan lagi solat(sillah = hubungan) sesama manusia..program selalu bermula pukul 8.30..maknanya.tidak sempat isya`..tapi bagi mereka,program juga penting..wajib..maka x ape..tapi dalam surah An-Nisaa...sembahyang itu ibadah utama..namun tidak di jawab..manakala...mereka menolak sunat muakkad..katanya wajib itu lagi penting...dan yang wajib bagi mereka hanyalah hubungan sesama manusia..iaitu bawa ahli baru masuk..bantu saya..saya benar2 keliru..

bagi hamba Allah yang sudi membantu...tolong ym atau email saya di afiq.aris09@yahoo.com...

semoga ALlah memberkati kalian...

Salam.

Tak perlu keliru. Memang kumpulan yang sama.
Jika anda sayang dengan ibadat solat lima waktu anda, tinggalkan ajaran ini cepat2.

Mereka akan sedikit demi sedikit menaman pahaman yang solat lima waktu itu sia-sia dan solat sebenar ialah mengabdikan diri kepada ajaran.

Penyampai2 yang senior kebanyakannya dah tak solat lima waktu sebab tu mereka sombong dan berlagak pandai bayyinat qur'an sesuka hati.

TQ.

marilah kita sama-sama sebarkan tentang kesesatan yang di bawa oleh kumpulan ini kepada seluruh umat Islam terutamanya yang berada di Malaysia.

Salam alaik..

Patutla saya cari profil pasal kumpulan ni merata di internet tapi tidak jumpa. Dalam program yg saya ikuti, mereka tidak menggelarkan diri mereka sebagai pemuda kahfi whatsoever, tetapi hanya memberitahu saya supaya menyertai 'program education'. sekiranya sesiapa anda yg pernah terdengar atau menyertai 'program education', berhati-hatilah.

Pada pandangan saya, apa yg diperjuangkan pada dasarnya adalah baik. saya x dpt nafikan yg sekarang ni saya lebih peka dengan ayat2 Allah berbanding dulu. apa yg mereka katakan bahawa 'al Quran itu hak setiap muslim' juga betul. sebagai umat islam, kita harus menyampaikan al Quran tu kepada sahabat2 kita yg tidak mengetahui. begitu juga dgn proses akal dan juga mahunya Allah iaitu hidup di bumi berlandaskan al Quran.

Tapi perkara yg membuatkan saya berasa sangsi juga begitu banyak. pertamanya sepert yg diberitahu, ia tidak menjelaskan ttg sunnah Rasulullah. Harus diingati bahawa al Quran itu perlu diperincikan dgn As Sunnah. kalau tidak bukanlah nama kita ahli Sunnah wal Jamaah.

8 alasan itu juga perlu diteliti ketika mana dan dalam konteks bagaimana ia dilaksanakan. Pernah suatu ketika seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah sama ada beliau perlu berperang atau pergi kepada ibunya lantas Rasulullah menyurhnya pergi kepada ibunya. Itu hanya diterangkan dlm asSunnah.Kita juga perlu bertanggungjawab ke atas ahli keluarga kita. kalau x mengapa Islam menganjurkan kita untuk berkeluarga?


Dari segi organisasi juga, saya berasa sangsi. saya nak tahu sgt apa nama pertubuhan ni but they keep telling me its program education. ingin saya nyatakan di sini mereka target people of low income as well, including students. kawasan saya ni rata2 kawasan golongan berpendapatan rendah. Jadi lebih senang untuk mereka menerima. Mereka mahu menerima saya sebagai keluarga tapi kesangsian itu menyebabkan saya jadi lebih jauh.

dan, kenapa berdakwah secara sembunyi? sedangkan islam itu sudah ada di depan mata.. laksanakan sajalah! lakukan secara terang-terangan. saya sanggup dipanggil gila di depan orang ramai drp gila kerana melakukan sesuatu secara sembunyi.

mereka juga membahagi kumpulan2 mengikut jawatankuasa mukim/kampung etc. ini mengikut satu bahagian dlm surah an Nahl.

Mmg benar sistem islam yg dijalankan sekarang penuh korup kerana pelaksananya. Tapi ingatlah, jangan bertindak sendiri. bacalah dan jangan berpegang pada satu sumber. bersahabatlah dengan alim ulama. Jihad harta dan diri tetapi tgk pada tempat. lebih baik kiranya duit itu disalurkan kepada sahabat kita yg memerlukan -at least kita nampak duit itu ke mana.

Saya hanya menyatakan pendapat. Ya Allah berikan kekuatan kepada kita semua..

Ya Allah.... tolong la hamba2 mu ini jauh dari kesesatan..... andai mereka sesat beroleh lah petunjuk jalan yang lurus..... andai kami sesat kau berolehkan lah juga pada kami petunjuk jalan yang lurus..... kami ingin mendapat keredhaan dan keberkatanmu ya Allah.... tolong la kami semua ya Allah supaya kami berjaya di akhiratmu.... dapat kan lah kebenaran pada kami ya Allah supaya hilang rasa was2 kami,bingungnya kami,mana satu kah yang perlu diikut...... hamba jahil dalam ilmu agama, hamba masih baru dalam mencari ilmu agama.... harap kita semua dapat berdoa seketika dan berusaha berterusan pada Allah S.W.T untuk mendapat petunjuk sebenar2nya. Amin

mengapakah masih ada lagi percanggahan fahaman didalam ajaran agama islam.... masing2 dengan fahaman masing2 dan puak masing2 dalam memperjuangkan islam.... diberikan alquran tuk penyelesaian, masih lagi dengan tafsiran2 yang berbeza sesama islam.... puak pemuda kahfi dengan tafsiran dan fahamannya manakala puak mufti2 kerajaan spt jais,jawi dan sebagainya dengan tafsiran dan fahamannya... bagaimanakah nasib2 anak muda yang masih baru dalam mencari ilmu atau golongan tua yang baru nak mencari ilmu.... pasti mereka itu akan bingung dan dol dalam hal ini...

assalamualikum ustaz,
saya pernah ikut kelas NI, pada mulanye nampak ok. ye la bila ditanye di suruh buka al-quran dan baca ayat yg disebutkan, xkn saya nak nafi kan ape yg al-quran terangkn. tapi bila diminta cari prospek dgn ciri yg di tetapkn saya mula sangsi. ape yg kita maklum islam untuk semua. cara pemimpin mereka menyampaikan ajaran pun satu hal gak, suka caci org luar dari NI, ini bukan ciri2 islam. islam menyuruh mencari guru yang sebaik-baiknye untuk di jadikan guru agama.
saya mula tanye perkara yg diragui, tapi mereka hanye suruh bersabar konon nye al-quran di ajar secara pelahan-lahan. saya mula jauhkn diri, mereka kejar dan hubungi saya serta pujuk namun saya menolak. masa tu saya xberani kata kan ajaran ni salah sehingga saya terbaca blog ustaz ni.pemimpin NI juga penah memberi amaran sekiranye sesiapa yg tinggal kan ajaran ini segala nota yang telah diberikan akan hilang, dan secara kebetulan nota saya hilang selepas saya berhenti dari NI, perkara ni buat keliru. apa yang saya boleh fikir pada masa tu ialah kembali kepada rukun islam dan iman kerana ia adalah asas islam.
saya seorang insan yang dahaga ilmu agama. pernah juga saya ingin belajar mengaji kerana seumur hidup saya tidak pernah katam al-quran, tapi telah diajar berdamping dengan wali2 allah, syukur lah saya cepat sedar terus tarik diri. perkara yang paling saya takut adalah syirik didalam mencari ilmu agama, sekiranya ustaz ade tempat untuk saya mendalami ilmu agama secara sambilan pada hujung minggu di kuala lumpur tolong email kepada saya sparrow_hornet@yahoo.com saya akui saya seorang yang jahil namun saya ingin mencari keberkatan allah swt dunia dan akhirat. selama ini saya mencari tempat yang salah. saya xnk anak saya akan jahil seperti saya kemudian hari.

Komen yang dua dari atas cuba menyamakan ajaran sesat NII Zaytun (gerakan kahfi) dengan perbezaan pendapat antara mufti.

Mereka pihak mufti hanya berbeza pendapat perkara furu'. Tapi mereka semua solat tak tinggal.

Kamu ahli gerakan kahfi solat tak? pengikut gerakan kahfi yang dol sebab kalau dulu sebelum masuk tak tinggal solat. Setahun masuk dah mula abai solat. Bila dah jadi penyampai solat hanya sekadar menunjuk2 pada budak baru. Lama-lama langsung tak solat. Kesian.

Kepala kalau dah lama tak bersujud kepada Allah yang hak memangla jadi dol. Akhlak pun lintang pukang. Wassalam.

salam,

mohon hubungi email saya sarahsulaiman@ymail.com bagi sesiapa yang telah terjebak @ dah keluar dari ajaran ini kerana saya sedang dalam proses menyiapkan artikel laporan akhbar berhubung ajaran ini..sekat ini sudah ada 3 orang pengikut yang bertaubat.. mohon bantuan semua kerana sekadar mahu mengukuhkan lagi artikel.
terima kasih..

"Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah)." Al-An'am 6:116

"Ikutilah apa yang telah diwahyukan kepadamu dari Tuhanmu; tidak ada Tuhan selain Dia; dan berpalinglah dari orang-orang musyrik." Al-An'am 6:106

ada pulak budak /// yg cite pasal agama, cakap org lain sesat, kelakar jek. kebanyakkan ahli /// yg keje ditempat maksiat, beradap kasar, cite pasal bangsa, kenakan dam pada 'downline'.

kalo x silap group kahfi ni pernah berdialog dgn tok ayah di kelana jaya. tok ayah panggil seorang ustaz. dan ustaz tu x dpt buktikan sebarang kesesatan berlaku. entahla.

kepada bapak ibu yang menemukan anaknya terkena ajaran menyimpang, silahkan klik www.sempalan.wordpress.com untuk menyadarkannya

Simak dan saksikan ... live 24 jam ... proses penyadaran korban2 ajaran nii zaytun milah ibrahim komar milata abraham al qiyadah al islamiyah di http://sempalan.wordpress.com/2011/03/14/live-24-jam-menyadarkan/

saya adalah bekas gerakan ni, banyak kesesatan berlaku dalam ajaran ni, mereka sanggup berkata kita boleh lihat wanita tanpa pakaian asalkan ada quran dalam dada, dan ibadah diluar 'sistem' adalah tidak sah, al quran adalah tulisan sahaja dan boleh dicampak2 dan byk lagi takwilan2 yang menyeleweng yang tdk dirujuk pada sumber2 yang sohih. malah bila ditanya soalan2, mereka tidak mampu menjawab melainkan yang telah diprogramkan, berbeda dengan kuliah2 di masjid, apabila saya bertanya mengenai maslahah sesuatu urusan walaupun ia ringkas, ustaz tu boleh jawab dan disokong dengan dalil quran dan hadis2 yang sohih. saya ambil yang ma'ruf dari mereka iaitu kembali kepada al quran dan sunnah, tetapi dari segi method dan pendekatan, sudah jauh lari dari matlamat disiplin ilmu dalam islam dan manhaj serta ijtihad baginda, para sahabat, tabiin tabiit tabiin dan ulamak2 muktabar. seperti ayat ke 116 surah al an'am, terang2an bagi mereka yang jahil ilmunya akan melabel orang yang mengikuti kebanykan orang(yg tidak mengikut sistem mereka)adalah orang yang sesat. padahal gerakan ni tak sedar, ayat ini berbalik kepada mereka, yang menggunakan ilmu sangka2 dalam menafsir ayat2 Allah. dan pada ayat 36 surah al israk(antara ayat2 modal gerakan), yang bermaksud janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya, sesungguhnya pendengaran penglihatan dan hati akan diminta dipertanggungjawabkan. dengan ayat ni juga sebenarnya ia berbalik kepada mereka kerana mereka terlalu berahsia dalam menjalankan 'dakwah' dan merahsiakan orang2 atasan dalam gerakan ni. cuba tanya mereka kenapa kami tak boleh tahu semua tu, pasti jawapan mereka, tgu 'dibukakan'. cube 'tembak' mereka semula dengan ayat 36 surah al israk, pening juga mereka nak menjawab. dan kepada yang masih mengikuti, jgn takut utk keluar, anda tidak 'kafir' dan tidak pula 'haiwan'. kalimah tauhid bukanlah pada baiah mereka tetapi pada syahadah kita. kesimpulannya, jgn malas untuk pergi mencari kuliah2 di masjid2 dan banyakkan buat kajian dengan ustaz dan guru2 yang mursyid.

astaghfirullah....apabila bc artikel n komen2 di atas sy rs kelas terjemahan AQ yg sdg sy ikuti skrg ni cara2 perlaksanaan nya lebih kurg seperti atas cuma mungkin diperhalusi lg spy tiada persoalan.

taktiknyer sama cuma sy di bw masuk tnpa paksaan..sy rela hati sbb mmg nk cr klas tafsir AQ. kelas dijlnkan dirumah ahli2 yg sudah berbai'at dgn 2org penyampai serta seorg pendamping (iaitu kwn yg bw korg masuk). org lain tdk dibenarkan turut serta melainkan org tu dah berbai'at.

klas dijln kan bermula jam 9mlm habis kdg2 smpai kol 11lebeh bergantung kalo korg byk tanya..lama laa klas tu. mmg di tekankan di awalnyer hadith sahih seperti dlm AQ terjemahan iaitu AQ+sunnah kamu tdk akan tersesat selama2nya selagi kamu berpegang teguh kpd keduanya. kmdn di ajar sirah nabi bagaimana nabi b'dakwah. klas yg dijlnkan ni mmg scr sembunyi2 bila ditanya knp nk sembunyi2 mrk ckp ikut sunnah nabi yg berdakwah scr sembunyi iaitu dgn kaum keluarga dulu dan seterusnya....sy mmg xleh terima tp entah knp truskan le jugak sbb diorg ni gunakan taktyik psikologi...cth nyer: 'korg ada 2 pilihan s/ada nk belajar AQ yg mmg wajib atau tidak'. so bila diorg dh ckp cmtu scr automatik lah kan korg nk dtg belajar...

ni waktu berbai'at plak. masa awal2 klas korg mmg xperlu byr ape2 walau sesen pon. tp b4 berbai'at korg akan 'd interview' dgn isi satu form siap kene bg tau background parents bagai smua. even gaji korg pon diorg nak tau. then start situ diorg tanya brp derma yg korg nk bg masa berbai'at nnt. mula2 ragu2 gak tp diorg ni pandai menjwb siap terang kan balik sirah nabi n perjanjian aqabah. so sy pon setuju je la n bg ikut keikhlasan korg.

sewktu dlm klas akan ada checking ayat hafazan. n kdg2 penyampai ni tanya gak ape update/progress korg dlm bersilah (silah ni bila korg dh gi sesi PL=program lanjutan, korg akan ditanya dgn sape korg bersilah). sy pon still blur2 gak part ni sbb akan ada satu program dnamakan program silah plak khas utk belajar cmne nk bersilah dgn org2 sekeliling kita. mmg terpikir knp diorg ni sibuk soh kitorg bersilah n bw masuk kwn2 dlm kmpln ni. knp tak kuatkan akidah kami2 yg baru ni dulu then bila dah strong baru pikir nk bw org lain. kdg2 rasa cm paksaan pon ye gak. ok berbalik pd dlm klas plak....most of the time dorg akan guna AQ..akan dibukakn ayat2 AQ..tp yg mushkilnya dorg xpenah guna hadith2 utk support ayat2 AQ tu. diorg terjemah ikut akal diorg n setiap ktorg akan ditanya pendapat. of course la ktorg yg masih xdlm ilmu ni jelaskan scr direct berdasarkn ayat terjemahan dlm AQ tu sndr. mmg totally based on diorg nyer kefahaman n tertanya2 gak mana sunnah2 or hadith utk menyokong ayat2 tersebut.

then jika nk pegi ke mana2 even nk balik kg jmpa parents korg pon kene bg tau diorg melalui surat. bila ditanya knp diorg ckp mcm korg kerja gak minta izin dr bos korg utk bercuti. yg ni mmg x setuju gak tp buat jer. then diorg mintak derma seikhlas mungkin. bila tanya knapa perlu bg derma...maka dibukakn ayat ni 58:12. time ni pon pelik gak...knapa nk sama taraf kan rasul dgn ketua kumpulan(KK) plak. mmg rs lain mcm tp ikutkan jugak. so kesimpulannyer diorg ni menterjemahkan ayat2 Al-Quran ikut kepentingan diorg sndr. alhamdulillah tetiba tergerak hati nk bercerita dgn kwn pasal klas ni then dia bg tau bnda ni sbnrnye dah lama even dia pon penah join jugak tp x smpat berbai'at lg.

jadi takut bila bc balik artikel2 pasal ajaran sesat ni. sbb di awal peringkat cm sy ni mmg susah nk cr kesalahan ajaran kmpln ni sbb perkara asas yg diorg tekankan ialah berpandukan Al-Quran dan sunnah. mmg diorg guna strategi scr halus spy tidak dpt dikesan. kmpln ni masih berleluasa di luar sana n ramai anak2 muda yg turut serta.

ADAKAH CUKUP DGN SOLAT,ZAKAT,NAIK HAJI SAHAJA.DGN ITU ISLAM AKAN DIJADIKAN PERLEMBAGAAN(AL QURAN) NEGARA ISLAM????

lawak nak mampos aku nengok semua betahyol ....bingai skali takbalik kau...rosakkan imej pahaman sendiri tapi dlm masa sama menyampaikan massage...

apa ke hal? mana satu kau nak?

nak bagi :-
A)tahu benar atau,
B)sesatkan benar

A= fatonah = berimej = ber-reputasi
B= pantatnah = ajajil = tahyol

tak ada satu pun menurut piawaian rasululllah

Surah Al-Kahf, Verse 68:
وَكَيْفَ تَصْبِرُ عَلَىٰ مَا لَمْ تُحِطْ بِهِ خُبْرًا

Dan bagaimana kamu dapat sabar atas sesuatu, yang kamu belum mempunyai pengetahuan yang cukup tentang hal itu?"

Allah da bg akal pd manusia.. fikirlah baik2 dgn nama Allah

"Kemudian jika mereka mendebat kamu (tentang kebenaran Islam), maka katakanlah: "Aku menyerahkan diriku kepada Allah dan (demikian pula) orang-orang yang mengikutiku". Dan katakanlah kepada orang-orang yang telah diberi Al Kitab dan kepada orang-orang yang ummi 19O : "Apakah kamu (mau) masuk Islam". Jika mereka masuk Islam, sesungguhnya mereka telah mendapat petunjuk, dan jika mereka berpaling, maka kewajiban kamu hanyalah menyampaikan (ayat-ayat Allah). Dan Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya." Ali-Imran :20

hairan jugak, kenapa diorang nk sesatkan org?
maka hiduplah dengan sebebas bebasknya.
maka wujudlah perasaan takut dan tunduk kpd manusia.
kamu akan kata,aku tidak takut kpd manusia!
tapi kamu alpa, dimana kamu berdiri skrng, kepada apa kamu taburkan kudrat kamu, kamu diperintah oleh siapa sepanjang 5 hari seminggu.
Maka hiduplah kamu dalam keadaan berpecah belah. Sesuai dgn matlamat musuh. Pecah dan perintah.

setiap manusia menanggung amanah yg dijanji sblum lahir. Maka terlunaskah amanah kamu sblum kamu mati?

"sampai suatu masa, islam kembali berdagang"

Melayu2...dulu hindu ikut2an..skrg islam ikut2an..mlayu berubah mnjadi arab..meniru budaya arab ..cara makan dan cara pakaian kononnya itu adalah islam..terpulang..ada otak fikir la..buang yg keruh ambil yg jernih...bgi kamu cara hidup kamu..bg kami cr hidup kami..kami ingin bgn kan negara bgsa maju dan berdaya saing..usah menuduh..kamu berjuanglah dgn sesiapa di luar..kami tidak pernah memaksa...jumpa di mercu kejayaan..umat yg satu..tuhan yg satu

Catat Ulasan

Pada pendapat anda?

Perjalanan

Tembusi Petra, Jordan Slideshow: BenTaleb’s trip was created by TripAdvisor. Create a free slideshow with music from your travel photos.
Sabda Baginda SAW ; "Ketahuilah ia (Dajjal) berada di laut Syam atau laut Yaman.. akan datang dari arah timur (lalu menunjukkan dengan tangan baginda).."[Riwayat Muslim]. Daripada Abi Bakr al-Siddiq r.a, sabda Baginda SAW, "Dajjal akan muncul ke bumi dari arah timur bernama KHURASAN." [Riwayat al-Tirmizi]. Daripada Anas bin Malik r.a, sabda Baginda SAW, "Dajjal akan keluar dari kota Yahudi ISFAHAN (Khurasan, IRAN) bersama 70,000 penduduk ISFAHAN". [Fath al-Rabbani Tartib Musnad Ahmad. Ibn Hajar berkata : "Sahih"]. Ibn Kathir berkata, Dajal pada mulanya akan muncul dari ISFAHAN dari sebuah kota Yahudi [al-Nihayah fi al-Fitan wa al-Malahim]. ISFAHAN adalah sebuah bandar terbesar YAHUDI di Iran dan pusat loji nuklear Iran pada masa kini.